
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.
Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang bagi memburu mangsanya? Barulah adil.
Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.
Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!
Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:
“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”














Teja
31 Disember 2009 at 12:28 am
Salam..
setiap ciptaan-NYA ada kelebihan dan kekurangan..bersyukur apa yang dianugerahkan
ina
31 Disember 2009 at 4:15 pm
salam ustz. sy nk minta keizinan dr ustaz untk copy artikel.
gentarasa
5 Januari 2010 at 3:00 pm
Salam,
Ya. silakan.
ameelah
25 Jun 2010 at 4:50 pm
salam, mohon utk copy artikel..
Hafriz
28 Jun 2010 at 7:01 am
Assalamu’alaikum ustz…
izinkan sy copy mana2 pnulisan ustz, utk perkongsian dgn shbt…
syukran… =)
haliza bt osman
4 Januari 2011 at 9:57 pm
..slm~
bes la artikel ni.. analogi menggunakan cicak adalah sangat menarik n terus ternag sy x pernah terfikir pun..
hainana
29 Januari 2011 at 11:01 pm
assalam
MrConsult
10 Jun 2011 at 5:42 pm
salam ustaz…..izin sy copy mane2 penulisan ustaz….terima kasih…
nazly
9 Oktober 2011 at 10:34 pm
minta izin copy artikal untuk bacaan pelajar teman…. TQ…