RSS

BELAJAR DARI YANG ‘GHAIB’

26 Dis

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Anak-anak, sesuatu yang tidak kelihatan dengan mata kasar, jangan disangka tidak ada. Malah, kekadang, sesuatu yang tidak kelihatan itulah yang lebih kuat, betenaga dan berkuasa. Misalnya, arus eletrik. Kita tidak nampak bagaimana ia mengalir. Tetapi setelah ia berfungsi barulah kelihatan kuasanya. Kita nampak bagaimana arus eletrik memutarkan kipas angin, memberi kesejukan kepada peti ais dan memberikan cahaya kepada mentol lampu bahkan menggerakkan janakuasa. Jadi, jangan disangkal adanya kuasa eletrik. Ia ada, dan ia berkuasa.

 

Sering juga sesuatu itu tidak kelihatan bukan kerana tidak ada, tetapi kerana kita tidak mampu melihatnya. Dengan penglihatan mata kasar virus dan bakteria seolah-olah hidupan yang ghaib. Kita tidak dapat melihat dan merasai kehadirannya. Tetapi sebaik sahaja kita gunakan mikroskop, virus dan bakteria dapat kita lihat. Malah kita tahu nama khususnya, dan apakah peranan virus dan bakteria itu. Kita terkejut, sehalus-halus makhluk ciptaan Allah itu tetapi kesan dan pengaruhnya kepada kesihatan manusia sangat besar.

Cuba anak-anak fikirkan, berapa ramai orang menjadi korban harimau setahun? Bandingkan berapa pula yang menjadi korban virus dan bakteria dalam setahun? Tentu, lebih ramai yang menjadi korban bakteria dan virus berbanding yang menjadi korban harimau dan singa. Jadi, siapa yang lebih bahaya? Harimau yang besar atau virus yang halus dan tidak kelihatan itu?

Ada juga perkara atau benda yang tidak kelihatan tetapi Cuma dapat dirasai. Angin misalnya, begitu mudah kita rasakan tetapi ia juga tidak kelihatan. Jangan dipertikaikan kuasa angin. Angin kecil, yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat mengasyikkan. Kita boleh terlena dibelainya. Tetapi awas, angin ribut… kuasanya boleh meranapkan bangunan, menumbangkan pokok-pokok. Lebih-lebih lagi kalau angin bertukar taufan, kuasanya sangat hebat dan dahsyat. Rupanya, tidak kelihatan tetapi kuasanya tidak boleh dinafikan.

Sekarang, mari kita tanyakan sesuatu yang sangat dekat dengan diri kita sendiri. Ia juga tidak kelihatan. Apa ya anak-anak? Mari kita tanyakan, bolehkah kita melihat nyawa kita? Wah, macam mana rupa bentuknya ya? Tidak ada siapa yang tahu. Tetapi yang pasti nyawa itu ada dan ia sangat berharga. Tidak ada gunanya kaki yang kuat jika nyawa tidak ada. Tidak ada gunanya otak yang cerdas, wajah yang cantik dan lain-lain kelebihan jika kita telah tidak bernyawa. Nyawa itu letaknya di mana? Sekali lagi kita termenung… tidak tahu dimana? Nyawa ada, tetapi tidak kita ketahui letak nyawa itu di mana?

Jadi, anak-anak… apa yang kita boleh pelajari daripada semua benda dan perkara yang tidak kelihatan ini? Ya, jangan dinafikan adanya atau wujudnya sesuatu hanya kerana ia tidak kelihatan pada .mata kasar kita. Banyak makhluk Allah yang tidak kelihatan tetapi sangat besar pengaruh dan kesannya dalam kehidupan kita. Jadi apa yang cuba Pah Ngah sampaikan melalui semua perkara di atas? Ya, pandai. Pandai anak-anak menekanya. Siapa lagi yang Pak Ngah ingin kenalkan kalau tidak Allah?

Begini anak-anak…kalau dengan makhluk Allah yang tidak ‘kelihatan’ seperti angin, arus eletrik, virus dan nyawa itupun manusia tidak dapat melihatnya apalagi Allah Pencipta segala-galanya itu. Allah tentulah tidak sama dengan sebarang ciptaan-Nya. Tentulah Allah itu lebih hebat, berkuasa dan perkasa. Dan Allah itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tidak kelihatan tetapi Allah itu ada dan berkuasa. Kuasa Allah tidak dapat ditandingi oleh makhluknya samada angin, vrus, arus eletrik dan juga manusia. Kehebatan Allah tidak dapat dijangkau oleh pancaindera manusia… Apalagi Allah, yang Maha Berkuasa itu, sedangkan makhluk-makhluk-Nya pun sesetengahnya tidak dapat dijangkau oleh pancaindera manusia. Begitu hebatnya Allah, tidak kelihatan tetapi amat luas kuasa dan kekuatannya! 

 
2 Komen

Posted by di 26 Disember 2008 in Belajar Dari Alam

 

2 responses to “BELAJAR DARI YANG ‘GHAIB’

  1. Haslindah

    7 April 2010 at 9:29 pm

    Iman islam dan ihsan//rubbubiyh dan uluhiyyah..ulasan ustz sangat simple tapi bermakna..Alhamdulillah…nafas masih bernafas, jantung masih berdegup tanda kasi sayang Allah buat kita utk terus beramal..

     
  2. akmal

    13 Ogos 2010 at 11:12 am

    lepas baca cerita ni, rasa macam nak tercabut nyawa saya.. sebabnya, dah banyak sangat kejahatan yang saya lakukan. dan banyak juga kerosakan yang dah saya lakukan. rupanya saya ni cuma patung jer… isk..isk..iskk hinanya saya.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: