RSS

IKTIBAR CERITA ARNAB DAN KURA-KURA

26 Dis

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.

 

“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”

“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama  aku sampailah.” Jawab kura-kura.

“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”

“Jangan engkau hina aku arnab.”

“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.

“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.

“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”

“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.

Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berihat, dan akhirnya tertiudur. Namun babgi kura-kura dengan semangat,. Keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan.  Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah  menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendik ini.

Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada   cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. tidak semestinya  ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti  ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.

 

Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia   gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkinlebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab  tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya. Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.

 

 

 

 

Kedua, sikap kura-kura yang positif ialah konsisten ataupun istiqomah. Ia tetap meneruskan perlumbaan walau apapun terjadinya. Misalnya, walau ia telah ketinggalan, ia tetap merangkak juga. Inilah sikap istiqomah. Seterusnya, sikap kura-kura ialah sabar. Kura-kura mempunyai kesabaran tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalanan itu terlalu jauh bagi ia sebab memang jauh. Jika dekat, masakan arnab boleh tertidur di tengah jalan. Walaupun begitu, kura-kura mecuba juga. Kura-kura tetap teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan. Inilah sikap sabar.Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran arnab. Ia tidak mahu dihina. Semua sikap-sikap ini memberi kredit atau kelebihan kepada kura-kura. Dari segi    fizikalnya arnab lebih tangkas. Tetapi dari segi fizikal, mental, jiwa dan emosinya, kura-kura lebih stabil.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Pertama, ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab  tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.

Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupunIQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian,  tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak committed dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

Kedua, menerusi cerita ini kita tahu Allah swt tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang  lebih hina daripada orang yang dihina itu. Seseorang telah menjatuhkan dirinya terlebih dahulu kalau dia menghina orang yang ingin dijatuhkannya dengan penghinaan itu. Sekiranya kita lihat seseorang itu miskin, ada kelemahan atau  kekurangan, maka Allah melarang kita menghina mereka. Sedangkan  seseorang yang terang-terangan membuat kejahatan atau  penganiayaan, pun masih tidak boleh dipandang hina (mungkin disebabkan kejahilannya). Apa yang hina ialah perbuatannya sahaja bukan orangnya.

Apabila arnab memandang hina kura-kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula, ia membela maruah diri dengan menyahut cabaran arnab itu. Dalam Islam, kalau orang menghina kita, janganlah kita balas dengan melawannya. Sebaliknya, bangunkanlah sikap ingin memajukan diri. Hinaan arnab terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura menghinanya balik, tetapi kura-kura berusaha untuk  membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan oleh arnab. Ia buktikan bahawa dia sebenarnya mempunyai kelebihan dan  kekuatan dalaman.

Apa yang boleh kita belajar dalam kehidupan manusia ini ialah apabila seseorang itu mulai ego, dia telah memusnahkan dirinya sendiri. Oleh sebab itu apabila kita lihat sepanjang sejarah, misalnya dalam Al-Quran. Kisah Namrud, Firaun dan semua orang yang ego akan hancur akhirnya. Oleh itu, dalam hidup ini kita tidak boleh ego. Apakah yang dikatakan ego? Antara sifat ego ialah merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Apabila merasakan diri baik, dari sudut perkembangan diri, tidak akan muncul lagi usaha hendak meningkatkan diri. Tidak timbul lagi dorongan untuk berjaya. Bagi kura-kura tadi, apabila menerima cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan sebagainya.

Sekiranya kita padankan dengan permasalahan umat Islam kini, umat Islam dikatakan jauh ketinggalan dari kaca mata Barat. Simboliknya Barat adalah arnab dan umat Islam adalah kura-kura. Barat menghina kita kononnya Islam ini militan, mundur, dan sebagainya. Ini kerana Barat merasakan mereka hebat pada  teknologinya. Pendapatan per kapital dan hasil eksportnya tinggi. Oleh sebab itu, Amerika memandang hina kepada negara-negara Islam dan negara dunia ketiga. Peristiwa 11 September telah menghilangkan keegoan Barat yang mempunyai peralatan yang sophisticated, perisikan yang begitu canggih dan berkaedah saintifik tinggi, al hasil mereka masih tidak dapat mengesan atau menjangka apa yang akan berlaku serangan ke atas Pusat Dagangan New York dan Pentagon.  Sekelip mata ia hancur apabila kapalterbangnya dalam negara sendiri merempuhnya. Ini menunjukkan Amerika yang sombong tadi dihina oleh Allah disebabkan memandang rendah orang lain. Ia jadi arnab yang ‘dikalahkan’ oleh kura-kura.

Soalnya sekarang ialah apakah umat Islam boleh mencontohi sifat kura-kura yang istiqomah itu? Memang kita telah ketinggalan dari segi kebendaan dan pensenjataan, namun kita masih punya harga diri, apakah mereka boleh bangun balik dalam bidang ekonomi, politik, sains, hatta dalam bidang ketenteraan sekalipun. Apakah umat Islam bergerak seperti kura-kura, walaupun ketinggalan tetapi masih merangkak dan terus meluru  untuk mencapai kemenangan. Ini kerana race atau perlumbaan kita ini masih belum habis. Kini boleh di katakan, mungkin ini baru separuh atau pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, umat Islam tidak boleh cepat mengalah dengan men yangka mereka tidak akan boleh menandingi Barat sebab perlumbaan masih lagi berlansung. Tambahan pula, kita masih tidak tahu lagi hujungnya di mana?

Kisah arnab dan kura ini mempunyai pengajaran yang amat besar. Ertinya umat Islam mesti mempunyai satu sikap yang betul. Di sinilah cabarannya. Unsur yang utama dalam membentuk sikap seseorang ialah keyakinan atau iman seseorang. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kitapun mantap. Kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk mengikut ukuran Tuhan, bukan mengikut ukuran kita. Ini dorongan yang kuat untuk kita sebab manusia ini akan terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat itu rasa baik dan menguntung, dia akan perbuat. Tetapi jika dia rasa itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Dan yang hendak menentukan baik atau buruk ialah sistem nilai yang ada pada diri ialah keyakinannya. Oleh itu, jika kita boleh iman kita ubah dari goyah kepada mantap, keyakinan diri kita akan mantap, dan ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat. Apabila sistem nilai kuat, dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik adalah tinggi dan dorongan meninggalkan sesuatu yang buruk juga tinggi. Daripada inilah kita akan membentuk sikap yang betul. Maka gabungan  keyakinan, nilai, dorongan dan kelakuan (sikap) inilah yang akan membina kekuatan umat Islam semula. Inilah iktibar besar yang boleh kita ambil dari kisah kecil… ceita arnab dan kura-kura!

About these ads
 
9 Komen

Posted by di 26 Disember 2008 in Iktibar Kisah

 

Label:

9 responses to “IKTIBAR CERITA ARNAB DAN KURA-KURA

  1. nasrul

    12 Mac 2009 at 7:21 am

    sip artikelnya bagus…… aku suka dengan sikap yang dimiliki si kura-kura itu kang…….

     
  2. nurr iman

    30 November 2009 at 9:26 pm

    artikel yg bagus..untuk menyuntik semangat mnuju KEJAYAAN…!!!

     
  3. gentarasa

    1 Disember 2009 at 6:33 am

    Salam,
    apapun sedikit yang istiqamah (macam kura-kura) lebih baik daripada banyak yang mudah jemu (macam arnab). Muga dunia disinari oleh nurr iman mu!

     
  4. faizul

    12 Mei 2010 at 5:39 pm

    salam…..bagus artikel ini…izinkan sy copy utk bg kawan2 membaca di laman facebook..terima kasih…

     
  5. sharifah

    22 Mei 2010 at 12:49 pm

    sgt2 bagus sekali……blh dijadikan iktibar dari kisah2 ini…….

     
  6. hashvinie

    2 Julai 2010 at 3:46 pm

    hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

     
  7. june mohammad

    16 Ogos 2010 at 10:57 am

    Amat bagus sekali cerita yg mudah difahami…

     
  8. anisatulmuna

    1 Mac 2011 at 9:50 pm

    urm..diam2 je la!!

     
  9. kesidang

    2 Mac 2011 at 10:30 pm

    salam,
    izinkan saya menyalin cerita dan kupasan yang menarik ini ya ustaz.ada ‘hijab’yang terbuka lewat kisah ini…insya Allah

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: