Looking for Something?

LIHAT LANGIT INGAT ALLAH

Author:
langit1

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Untuk menjelaskan hal ini, mari Pak Ngah terangkan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung?

Mari kita lihat ciptaan langsung daripada Allah terlebih dahulu. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati yang anak-anak, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.    

Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.  

Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik  dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau anak-anak bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.  

 Jadi pak Ngah hendak ingatkan, kalau hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”

Anak-anak tentu pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang.

Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan).  Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini anak-anak jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati anak-anak akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.

Feedback

8
  • munirah sulaiman

    Salam ustaz.

    Nicely put. Kadang-kadang rasa bila fikiran sempit, selalu nak pegi tepi pantai; duduk, main pasir, kadang-kadang kejar ombak. Lepas tu cakap yup, my favourite place tepi laut, dapat ketenangan, malah berimpian nak buat rumah tepi pantai 😉

    Padahal, ketenangan tu dapat sebab pantai, langit berserta sunset tu ciptaan Allah yang paling damai dan indah. Kurang tepat diolah dan ditafsir oleh akal yang lemah ini.

    Salam.

  • sulastri

    subhanallah….kita emang jarang memandang langit, padahal langit itu indah, betul sekali klw melihat langit hari ini akan menjadi tenag n merasa terbang n semua beban yang ada di otak(pikiran) merasa hilang tu selamnya…:-) ^_^

  • Murtadha Rafaai

    Saya setuju dengan Ustaz
    Ketenangan Hakiki hanya akan dapat dikecapi dengan
    kembali pada alam…

  • Ijah Alli

    Alhamdulillah syukur nikmatnya. Allah maha kaya lagi maha besar..segala-galanya yang terjadi dimuka bumi ini adalah milik Allah, dunia hanya pinjaman semata-semata. Yang kekal abadi ialah akhirat, dunia yang sebenar-benarnya. Oleh itu, selagi kita tidak didatangi dengan musibah kita tak akan dekatkan diri padaNya. Langit itu sentiasa jadi renungan saya ketika bersujud padaNya..Allah bagi segala ketenangan di situ. Insyaallah…cayalah.

  • sakinah

    Assalamualaikum ustaz.
    alhamdulillah, rasa tersentuh selepas membaca artikel.subhanallah..
    sebenrnya, saya ada masalah hati..bila baca Quran kadang2 tidak rasa zuqnya, qiam tidak terasa manisnya..
    saya mencri2 punca pokok adakah saya melakukn maksiat..tetapi saya cuba hindari maksiat, mungkin ada juga maksiat yang saya lakukan tanpa saya merasai dek ‘kesedapan’ maksiat..
    saya selalu berdoa moga Allah gantikan hati saya dengan hati yang baru..
    boleh pak ustaz tolong cadangkan kepada saya apa2/buku yang saya bisa untuk merawat hati saya…
    jazakallah pak ustaz..insyaALLAH saya cuba bermujahadah moga hati saya kembali dekat kepada Allah..

  • gentarasa

    Salam sakinah,
    Acapkali, kita mencari tapi “tak diberi” bukan kerana gagal, tetapi Allah minta kita terus mencari. Terus mencari itulah yang sebenarnya telah “mendapat”. Taubat, terus mujahadah, tambah ilmu, bergaul dengan orang-orang baik… insya-Allah kita akan terus mencari. Bila ditanya kepada Al Ghazali, bagaimana kalau lidah menyebut zikir tetapi hati masih lalai? Jawabnya, teruslah berzikir kerana sekurang-kurangnya lidah itu terhindar daripada menyebut yang buruk dan dosa.

  • shila

    salam ustaz…seringkali bila memandang ke langit ramai org merasa Tuhan ada disana..ada yg beranggapan kita tak tahu Tuhan dimana, dalam hati org beriman tuhan ada dalam hati ..dengan ilmu agama yang terlalu cetek ini saya amat mengharapkan penjelasan dari ustaz.Saya meyakini dengan kebesaran Allah…dia yang menentukan segalanya, yg menghidupkan dan mematikan..tp saya ditanya oleh seorang kawan yg bukan islam tentang ini, dgn ilmu yang agama yang cetek ini saya takut jawapan saya mencemarkan nama islam..kdg2 kita tak sedar apa yang kita tak tahu sehingglah kita ditanya tentangnya.alhamdulillah saya terjumpa blog ustaz, sy harap ustaz dapat menjelaskan.

  • tinie

    Salam ustaz..
    sejenak tersedar betapa ceteknya pemikiran kita. lupa untuk fikir dan zikir padanya. menjadi fitrah kita mencari agama dan hanya sesuatu yang padanya ada Allah menjadikan kita tenang. dulu hanya melihat alam dan pastinya hati merasakan keagungan Allah. hakikatnya, setiap yang berhubungan dengan Allah di situlah ketenangan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: