Looking for Something?

BOIKOT CARA HIDUP YAHUDI!

Author:

images2Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang “merempat”. Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.
Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demonstrasi- demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kaedah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan – “actions speaks louder than words.”Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:
“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.”
Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah SWT sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.

Tegasnya, dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah “demonstrasi” yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha “memboikot” cara hidup Yahudi – budaya hedonisme (berseronok-seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan lain-lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.

Boikot cara hidup Yahudi tidaklah sesukar mana. Contohnya, tidak sesukar kita membeli bendera Israel, pemetik api dan kemudian membakarnya tetapi cukup, sekadar tidak membakar… Jangan membakar rokok! Bukankah merokok itu membazir dan memudaratkan? Dan itulah juga industri yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan Yahudi?

Marilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insya-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru, membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!

Feedback

8
  • norehan

    Barangan Israel wajar diboikot. Ini saja yang mampu kita lakukan selain bersedekah wang ringgit untuk disalurkan ke Gaza. Memang tidak dinafikan ramai yang memandang serong dengan usaha memboikot barangan Israel. Mereka risau ramai penduduk Malaysia yang akan kehilangan pekerjaan sekiranya anak-anak syarikat Israel ini ditutup. Tetapi mereka lupa bahawa rezeki Allah Taala itu luas dan ada dimana-mana. Membeli barangan yang menyumbang ke ekonomi Israel seolah-olah menghalalkan pembunuhan saudara-saudara Islam di Palestine.

  • gentarasa

    Saya setuju dengan Norehan. Rezeki di tangan Allah. Namun bagi yang lemah pendirian, kita harus bermula dengan mengadakan peluang alternatif dengan menyemarakkan lagi pembangunan ekonomi Islam. Mudah-mudahan satu ketika nanti kita mampu mengambil semua pekerja Muslim yang terjejas dengan usaha pemboikotan barangan Yahudi. Mungkin masih jauh, tetapi usaha ini telah bermula. Insya-Allah.

  • Zulkifli

    Tindakan umat Islam di Malaysia hanya diibaratkan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kita tunggu dalam dua tiga minggu lagi, adakah umat Islam masih konsisten memboikot produk-produk tersebut?

    Inilah masalah umat Islam sekarang, dipandang rendah dan sering mendapat perlian yang pedas lagi sinis. Mereka secara jelasnya dilihat sebagai golongan yang tidak mempunyai pendirian yang tetap, dalam perkataan lain tidak boleh dipercayai.

    Kenapa? Orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tidak mempunyai iltizam yang kuat tidak layak untuk menjadi pemimpin. Alangkah sedihnya umat Islam sekarang, baru diuji dengan urusan dunia yang kecil, sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab mereka.

  • gentarasa

    terima kasih zul. Biarlah orang lain tidak konsisten tapi kita tetap konsisten. Mulakan dengan diri sendiri, dan serulah orang lain. Sebaik-baik seruan ialah dengan doa dan tindakan.

  • hamba Allah

    saya terjumpa blog ini secara tak sengaja http://konspirasi-teoris.blogspot.com dan berharap kita semua menyedari hakikat sebenar dunia hari ini. Semaoga kita dipelihara kasih sayang Allah. – Hamba Akhir Zaman

  • zakiahanum

    sebelum kite menimbang perbuatan org, kite timbang perbuatan kite…
    biarlah kite yang memulakan langkah pertama…..

  • Ustaz Love

    Salam..

    Cara hidup itu mungkin agak payah nak diubah sekiranya ia sudah menjadi budaya..namun, kita masih mampu mengawal apa yang boleh memberi keuntungan kepada Yahudi spt barangan2 keluaran mereka dan sekutu kuat mereka iaitu Amerika. Tak dapat banyak, yang sedikit itu juga merupakan satu usaha kita untuk dunia Islam.

  • ima

    Assalamualaikum.. terima kasih di atas peringatan ini Ustaz..
    sy tertarik dgn salah satu cadangan Ustaz…. ” Jangan membakar rokok! Bukankah merokok itu membazir dan memudaratkan? Dan itulah juga industri yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan Yahudi? ”

    tetapi bila diperhatikan ada setengah tu apabila diminta berhenti merokok, teramat la sukar… kekadang tu mereka yang boleh dikategorikan sebagai orang yang memiliki ilmu agama ni pun buat tak endah. Sedih sangat dengan situasi ini….

    sy rasa, ini boleh dilakukan bermula dari kerajaan dengan mengharamkan terus kemasukan rokok ni… tetapi ia adalah sukar dilakukan kerana rokok merupakan salah satu hasil negara…. jadi bagaimanakah cara yang teramat mudah ini dapat dilaksanahkan??? rasa teramat sedih…
    Ramai yang berkata ” boikot Israel Laknatullah ” tapi mereka sendiri yang membangunkan Israel… Wallahualam…

Leave a Reply

%d bloggers like this: