cermin alam

gunung-tasikCERMIN ALAM
Air, langit dan gunung
Kekadang lebih dari sekadar pemandangan
Yang tersurat keindahan…
Yang tersirat pengajaran… 

Air, langit dan gunung
Kekadang cubitan pada satu kealpaan
pada limpah selaut indah
mana titis sejemput sembah?

Air, langit dan gunung
Kekadang cermin satu perlambangan
… keteguhan Iman
… kelapangan Islam
… kelembutan Ihsan
teranyam kukuh di peribadi insan

Ya, Allah…
Kau teguhkan iman ku
Seteguh gunung itu…
Kau lapangkanlah Islam ku
Selapang langit biru…
Kau lembutkanlah ihsan ku
Selembut bayu lalu…

5 Komen

  1. wana93 berkata,

    5 Jun 2009 pada 6:10 pm

    sedap aytnyer..
    penuh penghayatan..

  2. gentarasa berkata,

    17 Jun 2009 pada 11:24 pm

    Salam,
    Mudah-mudahan kita sering bercermin alam, untuk melihat diri dalam diam. Agar yang suram, kelam di dalam… kembali terang benderang ke semesta alam. Jazakallah wana93. Anda mengharagai saya.

  3. haryati berkata,

    8 Julai 2009 pada 10:17 pm

    salam. Suka saya dgn puisi ustaz ni. Saya sebenarnya seorg yg suka mendaki gunung & outdoor activiti. Subhanallah. Terdengar alam memujiNya. Semmgnya lebih dari sekadar pemandangan yg indah. Terima Kasih.

  4. gentarasa berkata,

    9 Julai 2009 pada 4:07 am

    Salam,
    Ya, rupa-rupanya kita tenang melihat alam kerana alam sentiasa mengingati Allah. Alangkah baiknya kalau kita juga sentiasa mengingati Allah? Kita akan tenang dan orang yang melihat kitapun tenang. Ya, begitulah… kita sering ingat nikmat tetapi sering lupa PEMBERI nikmat!

  5. ainatuliffah berkata,

    6 Februari 2010 pada 8:29 pm

    kadang2 kita xtahu yang alam lebih taat dri kita,manusia..ego manusia terlalu tinggi sehingga mereka merasakan yang dunia ini untuk selama_lamanya…alpa.tapi harus diingat dunia xselalunya indah..renung2kanlah…


Kirim Komen