Looking for Something?

BUKU YANG SEDANG DITULIS

Author:

7 LANGKAH PERKASA DIRI – CELIK MATA HATI

Berikut ialah sebahagian daripada mukadimah buku yang sedang saya tulis…

01.MUKADIMAH

perkasa-diri“Bukan soal pucuk tetapi akar… akar diri yang telah mati!”

MEMBACA UNTUK MEMIMPIN

Tahniah, kerana mula membaca buku ini. Membaca umpama memberi ‘makanan’ pada akal dan memberi ‘cahaya’ bagi hati. Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung. Sering diungkapkan oleh bijak pandai:
“Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.”

Insya-Allah, buku ini akan mencorakkan hidup anda ke arah yang lebih baik. Malah keputusan untuk membacanya pun sudah membuktikan bahawa anda telah komited untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad. Ingat, “when you stop learning you stop leading” – bila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin. Pada hal setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi, apa yang anda lakukan sekarang sebenarnya bukan setakat membaca, malah anda sedang memimpin. Ingat selalu, ‘leaders are lerners!’

Tidak ada noktah dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik. Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung. Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang lebih luas. Berbanding malaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik, manusia sebaliknya punya potensi untuk menjadi lebih baik dan dinamik. Tahap kebaikan manusia berterusan sifatnya, tidak statik seperti malaikat.

BERJAYA, CELAKA ATAU TERPEDAYA?

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (‘destiny’) tetapi satu perjalanan (‘journey’). Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war’). Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya… Setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku. Jika kita tidak menaik, kita pasti sedang menurun.

Kata hukama:
“Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik dari semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam.”

Kita di golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilih. Sudikanlah buku ini sebagai panduan untuk membuat pilihan dan tindakan. Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati kita untuk mencari dan mendapat kekuatan dengan membacanya. Amin.

Buku ini akan menjelaskan perkara-perkara penting dan teras dengan cara yang mudah dan menarik – sama ada dari segi bahasa, perbahasan, dalil atau contoh-contohnya. Insya-Allah! Saya cuba memenuhi apa yang dinasihatkan oleh Fauzil Adhim, seorang pengarang tersohor Indonesia melalui katanya:
“Orang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan bahasa yang berat.”
Walaupun saya bukan orang yang hebat, tetapi tidak salah untuk meniru orang yang hebat dengan mempermudahkan penyampaian mesej yang ‘berat’ dalam buku ini.

JANGAN BIARKAN INGIN MENJADI DINGIN

Buku ini bukan sahaja untuk mereka yang sudah ‘lemah’, tetapi juga buat yang ingin menambah kekuatan. Keinginan anda adalah satu modal besar. Tanpa keinginan – bakat, minat dan kecerdasan yang bagaimanapun tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jadi, jangan biarkan ingin menjadi dingin. Fikirkan tentang kekuatan ‘keinginan’ itu berdasarkan kata-kata hikmah ini:
“It’s not how good you are, it’s how good you want to be.”

Oh! ya, bila bercakap tentang perkasa, saya tidak bermaksud bercakap tentang Tongkat Ali atau Viagra. Tidak, buku ini tidak akan memperkatakan soal ‘pucuk’, tetapi ia akan fokus pada soal akar. Kita akan menelusuri soal ‘mati akar’ yakni hilangnya daya tahan, kekuatan dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat.

BACA BUKU YANG DIBELI

Kenapa perlukan buku ini? Apa keistimewaannya? Mungkinkah isinya nanti akan mengulang-ulang perkara lama yang telah pun anda sedia ketahui sebelumnya? Sekiranya pengulangan itu benar-benar berlaku pun tidak mengapa, justeru pengulangan merupakan ibu kepada segala pengetahuan. Mari kita amalkan satu prinsip dalam pembelajaran – ‘repeatition is mother of knowledge’ – pengulangan ibu kepada pengetahuan.

Setelah dibeli, jangan dibiarkan buku ini tersepuk di rak buku tanpa dibaca dan dipraktikan (sesetengah orang hanya berminat untuk membeli buku, bukan untuk dibaca, apalagi mengamalkannya). Jangan begitu. Jadikan peribahasa Cina ini sebagai motivasi untuk serius membaca dan mengamalkan isinya:
“Dengan wang kamu hanya boleh membeli buku, tetapi kamu tidak boleh membeli ilmu.”

Ilmu hanya boleh dimiliki dengan membaca – membaca anak kunci pengetahuan. Mulakanlah membaca, walaupun sekadar sedikit. Mulakan sekarang, mulakan hari ini. Ingat, tidak ada hari esok bagi mereka yang tidak memulai hari ini…

Feedback

10
  • muhammadridwanto

    Salam ziarah,
    saya amat meminati gaya penceritaan saudara
    Boleh di katakan semua buku saudara saya hadam dan uliti.
    Tidak lupa juga bait2 lagu nasyid yang menginsafkan jiwa. Tahniah.

  • muhammadridwanto

    Maaf.
    sifu, kalau boleh saya panggil…

  • gentarasa

    Salam, jazakallah atas sokongan dan dorongan. Itu saya anggap sebagai nasihat juga. Barakallahufi.

  • rosma

    salam ustaz..
    dah terbit ke buku ni?..terima kasih ustaz.

  • gentarasa

    Salam,
    Syukran atas keperihatinan. Saya sedang proses terakhir dalam menyudahkannya.

  • aziza

    salam ya ustaz..
    kalau di ikut perancangan, bila buku tu akan keluar di pasaran? boleh tak dapatkan trus dr penerbitan by post dan brapa harga senaskah?

  • ashmir

    Assalamualaikum Ustaz,

    saya baru memiliki 3 buah buku (Nota Hati Seorang Lelaki, Nota Fikir untuk Zikir & Dilema Melayu-Islam).

    Alhamdulillah isi dan gaya penulisan Ustaz banyak membuka minda dan mata hati saya untuk berfikir dan berzikir. semoga usaha daie ustaz akan dipermudahkan dan diberkati Allah.

  • salwa

    Assalamualaikum Ustaz,

    Kehadiran buku ini memang dinanti-nanti…….olahan dan garapan penulisan ustaz bukan sekadar memberi kesan dihati pembaca malahan dapat mendidik dan menjadi salah satu menu dalam santapan rohani yang berkesan.

    Tahniah dan teruskan usaha ustaz dalam berkarya.Mudahan-mudahan Allah akan sentiasa mencetuskan ilham kepada ustaz dalam menghasilkan karya yang menjadi wadah tarbiah di hati pembaca.

  • aida nazieli

    ustaz…syukur saya dipertemukan dengan ilmu (dr Allah) yang disalurkan melalui tulisan dan pengalaman ustaz dan rakan-rakan..insya-Allah..m’cuba dan terus m’cuba m’perbaiki diri…

  • fullmoon

    Definitely believe that which you stated. Your favorite justification appeared to be on the internet the easiest thing to be aware of.
    I say to you, I certainly get irked while people think about
    worries that they plainly don’t know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side effect , people could take a signal. Will probably be back to get more. Thanks

Leave a Reply

%d bloggers like this: