RSS

JIKA BENAR INGINKANNYA BAYAR HARGANYA!

26 Mac

82845097Jika kita tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan, penyebabnya cuma dua – pertama, kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kita tidak membayar “harga” yang sepatutnya untuk mencapai apa yang kita inginkan itu. Begitulah dengan usaha membanteras rasuah yang sedang hebat diperkatakan sekarang.

Kejayaannya terletak kepada dua faktor ini. Apakah kita benar-benar inginkan ia dihapuskan atau keinginan itu hanya “separuh hati”? Dan apakah kita benar-benar tekad untuk menghapuskannya, tidak kira berapa banyak korban yang terpaksa dilakukan.

Jika sesetengahnya kita masih berbisik, kalau rasuah dapat dihapuskan memang baik tetapi kalau tidak, tidak mengapalah… Ia sudah menjadi budaya, maka bukan mudah untuk menghapuskannya. Bisikan seperti ini menunjukkan kita tidak benar-benar serius.

Pernah satu ketika selepas menjelaskan bagaimana perniagaan boleh menjadi satu ibadah (salah satu syaratnya ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang haram, antaranya… rasuah) saya seolah-olah disergah oleh seorang ahli perniagaan dengan begitu sinis sekali melalui katanya, “kalau tak rasuah susahlah dapat projek?” Malah beberapa tahun yang lalu saya telah diajukan satu soalan oleh seorang pegawai dengan nada sindiran, “apakah usaha menghapuskan rasuah masih relevan?”

Ya, bukan mudah untuk menghapuskan satu keburukan yang telah menjadi budaya. Bila yang buruk dianggap biasa, dan yang baik dianggap asing, perlu satu anjakan pemikiran dan tekad yang kuat untuk menegakkan kebenaran. Maksudnya, kalau kata-kata sinis bernada pesimis seperti di atas masih mendominasi hati kebanyakan kita, yakinlah rasuah tidak akan dapat dihapuskan.

Semua itu menunjukkan tekad kita belum bulat sepenuhnya. Tidak seperti tekad Nabi Muhammad SAW yang ketika dipujuk oleh bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti berdakwah, baginda telah berkata:
“Sekalipun jika diletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku, namun untuk aku memberhentikan usaha dakwah ini tidak sama sekali. Aku akan teruskan sama ada aku berjaya atau mati dalam usaha ku ini.”

Itulah “burning disired” (keinginan yang bernyala-nyala) yang ada dalam diri Rasulullah SAW hingga merealisasikan impiannya untuk mengislamkan manusia. Kejayaan itu disebabkan baginda benar-benar inginkannya. Dan kerana itu baginda tidak mengenal jemu, payah, ugutan dan bujukan dalam perjuangannya.

Lihat bagaimana dimulakan perjuangannya di Makkah tetapi terbentur. Tidak putus asa, baginda bergerak mencari sinar di Taif, masih ditolak. Kemudian hijrah sebilangan sahabatnya memohon “suaka politik” di Habsyah. Dan akhirnya menemui cahaya kemenangan di kota Madinah dan kembali semula “membuka” kota Makkah. Baginda tidak mengenal undur, kerana baginda benar-benar inginkannya!

Soalan kedua yang harus ditanyakan ialah apakah kita sanggup membayar harga keinginan itu walau setinggi mana sekalipun nilainya? Sering kali apa yang kita inginkan menagih korban daripada sesuatu yang juga sangat kita sayangi. Kejayaan Rasulullah SAW terpaksa “mengorbankan” deretan sahabat-sahabat yang sangat disayanginya – bermula dengan syahidnya Sumayyah, Yassir, Sayidina Hamzah, Saad bin Muaz, Hanzalah, Mus’ab dan lain-lain. Bahkan sekian lama baginda sendiri telah mengorbankan segala kesenangan, kerehatan, keselesaan dan kecintaannya demi membayar harga kejayaan Islam itu.

Ya, bagaimana dengan “harga” keinginan kita untuk bebas rasuah? Apakah kita sanggup membayarnya? Sanggupkah kita “memotong” sebahagian anggota masyarakat yang terlibat dengannya (tidak kira betapa besar jasa, pangkat dan kedudukan mereka) seperti mana seorang pesakit kencing manis yang sanggup memotong kaki atau bahagian-bahagian lain anggota tubuhnya demi menyelamatkan nyawa?

Mudah-mudahan dijauhkan kita daripada bersikap berdolak-dalik atau pilih kasih dengan hanya menghukum “ikan bilis” dan melepaskan “jerung-jerung besar”. Al hasil, tindakan kita untuk menghapuskan rasuah begitu bermusim sifatnya. Kata orang, hangat-hangat tahi ayam.

Dua faktor yang disebutkan tadi melibatkan soal dalaman yakni jiwa dan hati nurani manusia. Rasulullah SAW memiliki kedua-duanya justeru keyakinannya kepada Allah dan hari Akhirat. Keinginannya yang menyala-nyala dan kesanggupannya membayar harga yang tinggi untuk kejayaan itu adalah disebabkan baginda benar-benar yakin kepada Allah dan pembalasan di hari akhirat.

Bila Allah dibesarkan, akhirat diutamakan, maka menjadi “murahlah” dunia ini dan “kecillah” segala manusia. Dan ketika itulah segala-galanya pun rela dipertaruhkan dan dijadikan tebusan untuk mendapat keredaan Allah dan meraih syurga. Rasa hati seperti inilah yang diperlukan dalam memerangi rasuah dan lain-lain kemungkaran.

Jika ada yang masih bertanya, mengapa kita belum berjaya membanteras rasuah? Kembalilah kepada ayat pertama tulisan ini…

About these ads
 
1 Komen

Posted by di 26 Mac 2009 in Uncategorized

 

Label: , ,

One response to “JIKA BENAR INGINKANNYA BAYAR HARGANYA!

  1. shafifah

    26 Mac 2009 at 8:17 am

    Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 2009 dan Majlis Maulidur Rasul Perdana Bersama DYMM YDPB Negeri Sembilan

    Tuabn-tuan/Puan-puan Sekalian:

    Alhamdulillah, suatu Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Daerah Rembau akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh : 8 Rabiulakhir 1430H/ 04 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Tentatif Program :

    07.30 pagi – Ketibaan Orangramai / Jemputan

    08.30 pagi – Ketibaan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja HAJI MUHAMMAD SHARIP NIM OTHMAN

    09.00 pagi – Aluan Pengerusi

    – Sabda YTM Undang Luak Rembau
    – Penyampai Anugerah, Hadiah dan Cenderamata
    – Forum Perdana : Ahli Panel terdiri drpd :

    i. Dato Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
    ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
    iii. Haji Solahudin bin Azrai, Penceramah dari STIAS.
    iv. Tuan Haji Nor Azamir bin Alias, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau ( Pengerusi ).

    – Jamuan Tengahari / Bersurai

    Majlis akan bersambung dengan acara pada sebelah petangnya bermula pada pukul 6.00 petang, dengan:

    MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA dan MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA KE BAWAH DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM DATO LELA MAHARAJA UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN.

    Tentatif Program :

    06.00 petang – Bacaan Maulid Daibaie

    07.00 petang – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

    07.25 petang – Sholat Maghrib

    – Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
    – Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan
    – Majlis Perlancaran Kitab
    – Penyampaian Cenderahati
    – Sholat Isyak
    – Jamuan / Bersurai

    MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

    http://pondokhabib.wordpress.com

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: