RSS

JANGAN LUPAKAN ‘SITI KHADIJAH’ KITA!

08 Apr

rahsia-1Minggu yang lalu kebetulan saya berbual-bual dengan Dr. Tengku Asmadi (pengasas MAP training) dan juga Puan Noraini Hj Ahmad dari UIA sementara menanti mereka berdua muncul di TV. Entah kenapa tiba-tiba perbualan itu menjurus kepada soal poligami. Tentang peranan isteri, kerjaya dan segalanya. Saya bertuah dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka berdua. Dalam perjalanan pulang, hati saya terus mendesak-desak untuk menulis sesuatu. Tiba-tiba teringat catatan lama… Mari sudi-sudikan berkongsi rasa dengan saya:

Sungguh, kau jangan lupakan dia. Dia yang sejak awal rela untuk bersamamu – mengharungi denai dan ngarai. Pada segala kesusahan yang dirasainya sejak mula. Isterimu, adalah sayap kiri. Pelengkap terbang kita melayangi suka dan duka, ria dan nestapa dalam kehidupan yang sementara ini. Aku pasti dia telah tua sekarang. Tenaga wanitanya pasti dipagut usia dan gelombang rasa.

Pada usia yang hampir mencecah pertengahan abad, tidak kira ketika kariermu sedang di puncak atau masih terus mendaki, kau tidak punya alasan untuk meminggirkan dia. Tergamakkah kau mematahkan tongkat yang membantumu melangkah, atau membakar jembatan yang telah membawamu ke seberang? Jangan, jangan begitu… bukankah tidak bersyukur kepada manusia kekadang mencacatkan syukur kita kepada Allah?

Apa salahnya kau teladani Rasul yang mengenang jasa Siti Khadijah – isteri yang memberi selimut waktu baginda kedinginan dilanda wahyu pertama? Ketika segalanya meminggir, Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir. Segalanya diserahkan kepada perjuangan suami… kerana dia dan suami adalah satu. Satu hati menegakkan kalimah yang satu dilautan berhala yang beribu!

Tergenang air mata Rasul bila mengenangkan Khadijah. Jauhari yang mengenalnya sewaktu gelap Jahiliyah. Orang lain buta, tetapi Khadijah tidak… dia tetap mengenal permata di tengah celahan kaca. Lantas dia menjadi mahkota di hati Rasulullah. Dukacita Nabi atas pemergiannya diubati oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj. Lalu Tahun Dukacita abadi dalam sejarah – nostalgia duka yang berbekas di hati Rasulullah.

Ketika hidupnya, ketika pemergiannya, Rasul mengenangnya. Tatkala ada hidangan yang hendak dijamukan, sering Rasul berpesan… kirimkan kepada kawan-kawan Siti Khadijah. Siapa yang menghantar makanan ke gua Hira’ ketika Nabi Muhammad gelisah di tengah amukan jahiliyah. Siapa pula yang menahan kesukaran untuk hamil dan melahirkan cahaya mata Rasulullah? Kita tentu akur bahawa srikandi cinta Rasul ialah Siti Khadijah.

Pasti isteri kita tidak sebaik Khadijah, kerana kitapun tidak semulia Muhammad SAW. Namun apa salahnya cinta sejati itu diteladani dalam mengharungi cinta suami-isteri masakini. Yang berubah hanya ‘alat-alat’ teknologi, tetapi bukan soal hati. Hukum cinta tetap abadi dan hakiki – untuk disayangi, mesti terlebih dahulu menyanyangi! Jangan kau lupakan jasa insan yang bersamamu ketika kau ‘merangkak’ agar engkau tidak tersungkur semula bila sudah di puncak.Jika alam boleh bersuara, pasti semuanya akan mengingatkan akan betapa besarnya ‘saham’ seorang isteri pada kejayaan seorang suami.

Jangan kau melupakannya, kerana melupakannya bererti kau melupakan dirimu sendiri. Jangan melihat ‘pucuk muda’ di hujung dahan sehingga kau lupa ‘akar tua’ yang menumbuhkan pepohonan. Insan semulia Muhammad SAW itupun masih mengenangkan jasa isteri, apalagi kita insan yang biasa-biasa ini… Jangan gigit tangan yang terus rela dan tega bersamumu dalam perjalanan ini. Kenang dan balas jasanya sementara dia masih ada. Pesanku, buatmu dan buatku jua… jangan lupakan ‘Siti Khadijah’ kita!

 
17 Komen

Posted by di 8 April 2009 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

17 responses to “JANGAN LUPAKAN ‘SITI KHADIJAH’ KITA!

  1. myikhwanfiideen

    9 April 2009 at 10:49 am

    Salam’alayk ustaz..

    Kongsi rasa yg sungguh memberi bekas dalam jiwa.. Ingatan buat para anak muda yg bakal melakar hidup.. YA.. Jgn lupakan siti khadijah kita!

    Syukran ustaz..

     
  2. gentarasa

    9 April 2009 at 3:36 pm

    Salam,
    Ya syabab… Teruskan jihadmu. Bermula dengan diri dan serulah orang lain. Semuga bertemu segera dengan ‘Siti Khadijah’ dengan cuba menteladaninya suaminya – Rasulullah SAW. Syukran.

     
  3. sunah

    10 April 2009 at 11:06 am

    salam ziarah ya ustaz.

    jazakallah atas perkongsian ini. ssguhnya hati, jiwa dan diri ini tidak pernah putus ingin mnjadi seperti Khadijah. doakan agar lbih ramai muslimah yang mjadi sepertinya.

     
  4. gentarasa

    11 April 2009 at 9:16 am

    Salam Sunah,
    Yang dinilai bukan kita atau sampai atau tidak ke destinasi Khadijah… tetapi apakah kita sudah menempuh JALAN untuk menemuinnya. Mari bersama kita bermujahadah. Ya… Jalan Mujahadah Siti Khadijah!

     
  5. sunah

    25 Mei 2009 at 1:49 pm

    salam ustaz. syukran, akan saya ingat sampai bila-bila kata-kata ustaz itu. semoga ALLAH memberi kekuatan untuk kita semua istiqomah menempuh jalanNYA, jalan yang pernah dilalui oleh Siti Khadijah. insya’ALLAH..

     
  6. gentarasa

    25 Mei 2009 at 4:58 pm

    Salam sunahmohamad,
    Semoga sentiasa ada “Siti Khadijah” yang setia dan sentiasa menemani kita dijalan Allah. Doakan saya ya.

     
  7. sunah

    25 Mei 2009 at 9:01 pm

    salam ustaz. insya’ALLAH..

     
  8. nur adibah

    27 Ogos 2009 at 7:43 am

    Assalamualaikum ustaz,

    terasa di hati betapa agungnya kasih dan cinta siti khadijah kepada Rasulullah. Begitu juga Rasulullah terhadap Siti Khadijah berbanding isteri yang lain. Insyaalah ilmu ini akan dikongsi bersama-sama teman yang lain.

    Izinkan saya mencetak nukilan ustaz ataupun ‘copy & paste’ untuk berkongsi bersama teman yang lain.

     
  9. gentarasa

    1 September 2009 at 11:50 am

    Salam Nur Adibah,
    Semoga kita berusaha menjadi Siti Khadijah yang sanggup membela kebenaran dalam kesukaran. Ya, kongsikanlah.

     
  10. ZAHRA

    4 April 2010 at 6:21 pm

    salam ustadz…

    nak minta izin utk copy nukilan ustadz ini buat tatapan diri sdiri & utk d kongsi b’sama2 teman2…salam..

     
  11. gentarasa

    5 April 2010 at 6:08 pm

    Salam Zahra,
    Silakan.

     
  12. devi

    19 Mei 2010 at 9:50 pm

    assalamu ‘alaikum

    pak saya mau tanya sedikit.. boleh gak za..

    seberapa sih. sayangnya nabi muhammad ke siti khodijah. sampai ketika fatkhul makkah beliau masih teringat kepada siti khodijah.. samapi dia memarahai istri tercintanya A’isyah karena cemburu kepada Khodijah..

    dan saya ingin sekali mencontoh sikap dan prilaku kanjeng nabi muhammad SAW ketika berumah tangga..
    ketika kanjeng Nabi menghadapi istrinya yang marah dan sebagainya..

    kalau bapak mempunyai jawaban, saya minta tolong jawaban itu dikirim ke e-mail saya pak..
    karena sekarang sedang bingung memikirkan rumah tangga saya….

    terima kasih sebelumnya..
    wassallam

    salam ukhwa’ islamiyah

     
  13. liza

    27 April 2011 at 9:15 am

    Assalam ustaz

    Terima kasih kerana tulisan2 ustaz byk menyedarkan diri yg sering lupa. Saya mungkin tidak mampu utk menjadi seagung Siti Khadijah. Tapi sekurang2nya mampu utk mengikuti jalannya.

    Mohon kongsi tulisan2 ustaz utk panduan diri sendiri dan berkongsi bersama2 sahabat…terima kasih

     
  14. nabilah abdul hamid

    29 September 2011 at 10:43 am

    Ustaz
    alhamdulillah.
    Sejuk hati jika mempunyai suami yang sebegini menghargai segala pengorbanan isteri.Saya berdoa agar suami saya juga mempunyai sifat begini. Mohon kongsi tulisan ustaz sebagai panduan kepada saya dan teman2.

     
  15. Nazimah Baharom

    1 November 2011 at 8:54 pm

    Salam Ustaz..minta izin nak copy untuk di kongsi dgn teman2….

     
  16. nieda

    7 November 2011 at 7:56 am

    salam ustaz.. saya tertarik dgn gaya penulisan ustaz.. mohon copy utk dikongsi bersama teman2 lain :)

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,222 other followers

%d bloggers like this: