RSS

SEKADAR CERITA UNTUK DIRENUNGKAN…

10 Mei

PENCURISudah persungkur baru akur

“Kalau aku dapat pencuri kereta aku, aku akan kerat empat!” Begitu luahan marah seorang kenalan sewaktu kami bertemu minggu lalu.
”Begitu geram, marah?”
”Yalah, dengan kereta itulah aku mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan balik kampung. Ia seolah-olah nyawa kepada keluarga kami.”
“Sampai nak kerat empat?”
“Confirm! Kalau dapat aku tak lepas,” akuinya terus terang.
Melihat dia marah-marah begitu saya “tersenyum” dalam hati. Betapa tidak, saya memang mengenalinya sejak di IPT lagi. Masih segar dalam ingatan saya perbualan kami lima tahun yang lalu. Ketika itu beliau begitu sinis dengan hukum hudud.
“Bagi aku ayat Quran tentang Hudud perlu tafsiran semula. Realiti dunia berubah.”
Saya terdiam, berfikir bagaimana siswa jurusan Sains dan Matematik itu begitu “arif” dalam ilmu tafsir.
“Mengapa begitu. Syariat itu sesuatu yang evergreen, sesuai untuk setiap zaman dan masa,” balas saya.
“Kejam sangat. Curi sahaja, potong tangan. Habis macam mana pencuri itu nak meneruskan kehidupan?”
Begitulah besarnya simpati beliau kepada pencuri.

Walaupun saya telah cuba jelaskan bahawa sebagai hamba Allah kita perlu patuh dengan segala yang diperintahkan-Nya, namun dia tetap berkeras. Ketika saya bermati-matian menyedarkan bahawa ilmu manusia yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas, dia membalasnya dengan berkata:
“Tuhan juga memberi kita akal, kita gunakanlah akal untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukum-Nya mengikut peredaran keadaan dan masa.”

Saya masih ingat juga bagaimana reaksinya ketika saya menegaskan bahawa kitalah yang harus tunduk dengan me¬nye¬suaikan keadaan dan masa menurut hukum Allah, bu¬kannya hukum Allah yang diubah me¬ng¬ikut keadaan dan masa. Dia be¬gitu marah. Ketika muzakarah itu hampir menjadi mujadalah dan ada riak-riak yang kami hendak berbalah, maka saya menukar tajuk perbualan. Dalam hati ter¬detik, mudah-mudahan saatnya tiba juga untuk dia memahami hakikat sebenarnya.

Ya, detik itulah yang tiba kini. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk memberi pen-jelasan walaupun kekusutan itu telah berusia lima tahun.
“Kau berubah,” kata saya tiba-tiba.
“Berubah apanya?”
“Kau dah menyokong hudud sekarang,” tusuk saya tanpa ber¬selindung lagi.

Dia terdiam. Mungkin fikiran dan ingatannya mula terusik oleh imbasan “muzakarah” kami tentang hudud lima tahun yang lalu. Saya tidak gusar kalau dia menerima hudud tetapi sekadar berbeza pandangan tentang kaedah penjelasan dan proses pelaksanaannya (yang tentunya menagih kebijaksanaan dan tempoh masa), tetapi dia menolak secara total. Itu yang bahaya.
Dia masih diam.

“Tak simpati dengan pencuri kereta kau?”
“Bukan tak simpati tapi…”
“Tapi geram? Marah? Kau te¬rasa dizalimi, dikhianati bukan?”
Sebenarnya bukan sahaja saya simpati bahkan empati dengan kecurian keretanya. Saya sendiri pernah kecurian telefon bimbit – begitu banyak data, maklumat, gambar kenangan serta pesanan ringkas yang menjadi nostalgia hilang bersamanya. Saya dapat merasakan kegeramannya walaupun tidaklah sampai ber¬azam untuk mengerat empat si pencurinya.

“Hudud tak sampailah kerat empat. Hanya setakat kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang begitu ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi sekadar mendidik pencuri dan menegakkan keadilan buat masyarakat.”
Bila terkena batang hidung sendiri, barulah ramai manusia yang sedar betapa relevannya hukum Allah.
Melihat dia diam, saya me¬nam¬bah lagi:
“Jangan apabila hak Allah dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apa¬bila kita atau keluarga kita jadi mangsa curi, rompak, ragut, zina dan rogol… barulah kita jadi menyokong hukum Allah!”

SONGKOK 1Songkok vs. Kopiah

“Tolong tukar kepada songkok, kalau tidak payah awak nak dapat projek ni,” cadang seorang kenamaan kepada saya beberapa tahun yang lalu.
“Kenapa dengan kopiah?”
“Awak faham-faham sendiri¬lah,” balasnya pendek.

Saya mengangguk sahaja walaupun hakikatnya saya belum benar-benar faham apa yang di¬maksudkannya.
Apa kena-mengenanya an¬tara kopiah atau songkok yang saya pakai dengan projek yang ditawarkan. Yang penting ia¬lah reputasi dan kompetensi sese¬orang dalam me¬laksana¬kan-nya yang harus menjadi penilaian dan pertimbangan.

Bila saya cuba menjelaskan hakikat itu, tokoh itu berkata, “Ini soal sensitif. Ada orang dalam committee yang menilai tidak senang dengan kopiah putih. Awak tak kan tak faham.”
Sekali lagi saya terpinga-pinga apabila cuba memahami soal “ke¬tidak¬fahaman” mereka dalam hal ini. Di mana rasionalnya? Lebih-lebih lagi, profesionalkah sikap ini?

* * * * *

Satu ¬ketika yang lain, kawan saya yang bersongkok pernah disindir apabila singgah di sebuah masjid di utara tanah air untuk mengerjakan solat jamak.
“Dia dah datang dah…” kata seorang lelaki ahli kariah setempat.
“Musim-musim macam nilah selalunya baru nak jenguk muka,” sampuk seorang lagi.
Kawan saya yang bersongkok itu terpinga-pinga, tidak faham apa maksud sindiran mereka yang berkopiah itu. Dia kebetulan hanya singgah di situ untuk mengerjakan solat. Hanya apabila dia membaca risalah-risalah, iklan-iklan cera¬mah dan poster yang di¬tampal di persekitaran masjid barulah dia faham. Rupanya dengan bersongkok begitu dia dianggap ahli parti politik lawan yang hendak “turun padang” ke kawasan itu. Dan musim itu ialah musim pilihan raya!

* * * * *

KOPIAHSeorang kawan saya yang lain pula meluahkan rasa hatinya betapa terujinya dia dengan memakai kopiah di tempat kerja.
“Saya dilayan dengan begitu curiga oleh bos sendiri,” katanya.
“Mengapa? Hanya dengan ber¬kopiah?” tanya saya ke¬haira¬nan.
Dia mengangguk. Kawan saya disyaki membawa agenda politik ke tempat kerja. Padahal saya tahu beliau berkopiah sejak di sekolah rendah lagi. Dia anak seorang guru agama yang memang dibiasakan oleh bapanya berkopiah sejak kecil. Tidak ada kena-mengena dengan soal politik.

Saya masih ingat betapa praktikalnya memakai kopiah jika kita bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Kopiah senang dilipat dan dibersihkan ataupun dibasuh. Berbanding songkok yang perlu dijaga selalu. Jika terhenyak, apalagi kalau terduduk ia akan mudah terpesok. Namun kopiah juga ada “kekurangannya”. Apabila menghadiri majlis-majlis rasmi umpamanya, songkok kelihatan lebih segak dan manis bila dipadankan dengan baju Melayu (malah dengan pakaian kasual sekalipun).  

Soalnya sekarang, apakah kita hendak bersongkok atau ber¬kopiah? Atau lebih tepat lagi mana lebih baik, songkok atau kopiah? Pada saya, mana-mana pun bo¬¬leh. Yang penting semuanya harus dipakai berdasarkan hu¬kum syariat, dan syariat juga meng¬iktiraf soal budaya serta adat se¬tempat yang tidak bertentangan dengan agama.

* * * * *

Saya terbaca jawapan kiyai muda yang tersohor di Indonesia, Aa Gim (KH Abdullah Gymnastiar), apabila ditanya mengapa ada kalanya dia berserban, ber¬kopiah atau kekadang tidak memakai apa-apa penutup ke¬pala, dia menjawab:
“…Saya memutuskan untuk lebih fleksibel. Kadang berkopiah, kadang berserban dan kekadang tidak berkopiah atau berserban sama sekali, kerana ternyata Rasul pun begitu. Oleh kerana itu, kita tidak boleh mengikat diri kepada aksesoris tertentu. Yang penting kita berusaha menjadi lebih baik daripada topeng yang kita pakai…”

Aa Gim, walaupun saya rasa (maaf kalau tersilap) tampil ber¬serban pada kebanyakan waktu dan keadaan, (kerana itu pakaian sunah dan tradisi orang soleh), tetapi tetap praktikal dalam menghadapi kepelbagaian suasana dan menangani keragaman ke¬adaan.

Dan yang paling penting, jawapannya itu tidak memisahkan antara golongan yang berkopiah, bersongkok, berserban atau “gondol” begitu sahaja. Dan ja¬wapannya merupakan satu didikan (tarbiah) untuk setiap golongan memperbaiki hati masing-masing.

Suatu masa dulu, ketika saya ingin tampil berceramah di sebuah organisasi bertaraf korporat, saya “dinasihatkan” agar menanggalkan kopiah.
“Kalau nak tutup kepala juga tuan, pakai sahaja songkok,” kata pengerusi majlis yang begitu cemas. Saya faham dia terpaksa menjaga hati banyak pihak dan pada masa yang sama dia tidak mahu mengecilkan hati saya.
“No problem,” jawab saya, “Kalau awak minta saya tak pakai apa-apa penutup kepala pun tidak mengapa asalkan saya boleh berdakwah!”

Ya, kalau apa yang saya pakai di kepala menjadi penghalang kepada apa yang saya ingin sampaikan dari hati nurani ini… maka biarlah kopiah atau songkok itu “terkorban”. Kita mesti bijak menilai keutamaan.

* * * * *

Demikian, rentetan kisah “remeh-temeh” tentang kopiah vs songkok dalam masyarakat. Kelihatannya sahaja kecil dan terpinggir namun itu hanya umpama “tip of iceberg” sahaja kepada persoalan dan permasalahan yang lebih besar di kalangan masyarakat – soal toleransi, kasih sayang, tahap kefahaman, pengurusan perbezaan, memilih keutamaan dan lain-lain yang sudah terhakis dalam hati dan diri umat Islam.

Kita seolah-olah mencari-cari sebab sahaja untuk bertelagah, curiga dan berprasangka. “Gila politik” tidak kira musim, tempat dan keadaan sehingga soal kita pakai di kepala pun mampu menimbulkan polemik. Padahal yang lebih penting ialah dahi itu yang sujud kepada Ilahi. Bukankah Allah, Tuhan kita itu satu?

 
13 Komen

Posted by di 10 Mei 2009 in Semasa

 

Label: , , , ,

13 responses to “SEKADAR CERITA UNTUK DIRENUNGKAN…

  1. sukri

    10 Mei 2009 at 9:19 pm

    as`kum wr. wbt…
    dua cerita yg begitu menarik utk dikongsi bersama. Setelah membaca berkaitan kecurian kereta kawan ustaz, terlintas di fikiran ana mengenai jenayah ragut yg berlaku dalam seminggu ini yg meragut 3 nyawa. Apakah hukuman yg setimpal bg peragut ini?

    Artikel kedua berkaitan kopiah atau songkok..Ana sendiri pun bersetuju dgn pendapat ustaz. Mana2 pun boleh dipakai, namun kopiah adalah lebih baik kerana kopiah dapat dibasuh dan senang dibawa. Berbanding dgn songkok, ianya tidak dapat dibasuh. Jadi, terdapat kemusykilan berkaitan sucikah songkok yang dipakai untuk jangka waktu yang lama.

    Ana sendiri mempunyai pengalaman dalam memakai songkok di sekolah dulu. Setiap kali ingin solat zohor, terpaksa menukar dengan kopiah kerana meragui kesucian songkok yang dipakai.. Oleh itu, ana lebih gemar berkopiah walaupun kopiah ‘tidak lekat’ pun kat diri ini…

     
  2. nour

    10 Mei 2009 at 11:34 pm

    very nicely written…jazakallah ustaz..

     
  3. gentarasa

    11 Mei 2009 at 3:14 am

    Salam nour,
    sekadar renungan… syukran. Hati-hati jaga hati.

     
  4. gentarasa

    11 Mei 2009 at 3:19 am

    Salam Syukri,
    Bagus dikaitkan begitu. Sebab yang ragut dan kena ragut kebanyakannya orang Melayu Islam kita. Manusia terkial-kial dengan mainan akal dan terlalu degil untuk pelang kepada Allah. Semua ini adalah mesej tersirat di sebalik kes ragut yang berleluasa sekarang.

    Songkok atau kopiah? Sengaja saya ambil contoh kecil, untuk dijadikan bahan fikir bagi menangani isu BESAR. Bagaimana kita “menguruskan” perbezaan dan memanfaatkan persamaan. Ya, Allah… satukanlah hati-hati kami dengan iman dan Islam. Amin.

     
  5. husaini a. hamid

    11 Mei 2009 at 5:17 am

    Salam yg di kasihi ustaz Pahrol,
    “Songkok vs kopiah” mmg sesuatu yg menjadi agenda percakapan segolongan Islam yg menutup kepala.Di sebabkan kopiah ini sudah “di cop” sebagai pembawa agenda politik dan songkok pula sudah di cop sebagai pejuang bangsa, maka disinilah timbul beberapa isu. Kalau masing-masing dapat menerima ia nya sebagai”salah satu khilaf” maka tak akan timbul samaada “songkok atau kopiah”.
    Terima Kasih ustaz.Sesuatu yg menarik yg di bincangkan di majalah solusi.Muha ia membuka fikiran kita untuk lebih bertindak dan berperanan secara “sepatut nya” dalam arena dakwah yg msemakin mencabar dan sedang di cabar.

     
  6. Evelyn

    11 Mei 2009 at 2:59 pm

    When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer – and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

    let us rejoice while not forgetting there are still 14 ISA detainees let in kamunting as we speak. we are proposing a more drastic actions, capitalizing najib fears of more PRK, fear of losing the faith of the rakyat, to maintain people’s perception that he is still in power. join us in our quest to push the Pakatan Leaders to be willing to threaten the government into releasing more ISA detainees.

    Good day to all,

    We would like to invite you to our blog “Misi Membebaskan Tahanan ISA” to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:

    “Blog Bebaskan Mereka”

    We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.“Online Petition”

    Justice for all.

    salam perjuangan bro,

    mohon kehadiran suara ke blog kami “Misi Membebaskan Tahanan ISA” dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.

    sila lawat: “Blog Bebaskan Mereka”
    seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:

    “Online Petition”

    JZK

     
  7. muhammad fakhruddin

    11 Mei 2009 at 8:35 pm

    Assalamualaikum ustaz…seperti yang ustaz katakan di hujung coretan ustaz,isu-isu seperti songkok vs. kopiah ini hanyalah presenting problem yang digembar-gemburkan bagai nak rak.Sedang real problem yang terhidang gagal ditangani dengan baik, seperti isu statistik perceraian yang semakin memuncak bak harga minyak naik,mat rempit yang terabai dari keluarga mereka memilih jalan hitam bagi mencari erti kehidupan(macam tagline filem Bohsia pula) dan 1001 macam kerenah manusia lagi.

    Penulisan ustaz kali ini telah memberi jawapan sebelum soalannya ditimbulkan.Mengapa Islam tidak menjadi solusi semua ini?Coretan ustaz yang baik untuk direnungi semua pihak ^_^

     
  8. sukri

    11 Mei 2009 at 11:12 pm

    salam alaik sekali lg…
    ana pun faham apa sebenarnya yang ustaz maksudkan. cuma tidak bolehlah menjadikan blog ustaz ni asobiah kepada mana2 belah pihak. so, ana pun bagi komen secara dasar je…he3

     
  9. wardah

    13 Mei 2009 at 10:05 am

    salam ustaz. Isu yang menarik. Nampak macam perkara kecil,”Songkok vs Kopiah” tapi inilah yang menyebabkan masyarakat berpecah kerana agenda politik. Lagi satu antara “wanita berpurdah VS tidak berpurdah”. ada juga kalangan yang melabel orang yang berpurdah ini “ekstrimis”. Sedangkan itu adalah hak individu bagaimana mereka meletakkan diri mereka pada kaca mata ALLAH.

    teruskan mengislah ummah ustaz. syukran atas perkongsian yang membuka ‘mata’.

     
  10. gentarasa

    14 Mei 2009 at 5:40 am

    Ya, purdah vs tidak purdah sewajarnya tidak timbul – antara qaul muktamad dan qaul yang masyhur (khilaf pendapat mazhab & ulama). Yang sepatutnya yang patut menjadi fokus ialah Tutup aurat vs Dedah aurat – yang ini tidak ada khilaf. Dedah aurat adalah haram. Berjuanglah sahabatku. Berdoalah dalam islah diri dan ummah ini kita tidak lupakan Allah. Ya, Allah bantulah kami. Amin.

     
  11. gentarasa

    14 Mei 2009 at 5:45 am

    Salam Sukri,
    Ya begitulah. Kebenaran mungkin ada di pihak sini atau sana. Kita menjadi pemburunya sahaja. Di manapun kita terima justeru al haq itu hakikatnya dari Allah!

     
  12. gentarasa

    14 Mei 2009 at 5:47 am

    Salam,
    Begitulah muhmmad fakhruddin… ada lebih banyak isu BESAR untuk orang yang berjiwa besar. Tetapi kalau isu kecil jadi taruhan itu bermakna jiwa kita juga kecil. Kebesaran jiwa seseorang bergantung kepada sebesar mana ujian yang dihadapinya. Teruskan perjuangan!

     
  13. gentarasa

    14 Mei 2009 at 5:51 am

    Salam ustaz,
    Apapun pakaian yang baik datang daripada hati yang baik. Dijauhkan Allah kita daripada riyak dengan pakaian baik, jahil dan degil dengan pakaian yang jahat. Selamat berjuang… mudah-mudahan Allah akan bantu lebih banyak tenaga, kreativiti dan kesabaran ustaz dalam menyemarakkan dakwah. Ana doakan ustaz. Ustaz doakan ana juga ya. Agar gagah di jalan mujahadah ini! Amin.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,219 other followers

%d bloggers like this: