RSS

Belajar tawakal dari semut

06 Jul

82738514Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog dengan segera. Terlalu banyak urusan lain yang terpakasa didahulukan justeru janji dan peneguhan kata lebih awal. Insya-Allah, terlalu rindu rasanya untuk menyambung catatan Umrah Kembara Mata Hati musim lalu. Bahan-bahannya masih membayangi rasa dan berlegar di ruang mata. Saya akan sambung nanti… Namun, untuk mengisi luang waktu yang ada, saya susuli dengan tulisan ini, mudah-mudahan ada kebaikan buat pengunjung yang sudi singgah seperti biasa:

Kesempatan yang jarang saya temui itu tidak saya lepaskan. Kuliah Maghrib di mesjid kariah saya itu, saya ikuti dengan teliti. Kaedah dan bahasa yang digunakan oleh pengajarnya sangat ’simple’ dan bersahaja – orangnya sederhana, agak tua, berjubah dan berserban putih. Tubunhya pendek tapi menarik, beliau menceritakan perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan nabi Sulaiman. Begini ceritanya…

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku? 

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Sampai di situ penceramah tua itu pun memberi ’moral’ pada ceritanya. Begini ucapnya:
”Inilah sifat tawakakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

Saya termenung panjang dalam fikir yang dalam. Walaupun pengajar kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi pengajarannya sangat luar biasa. Bersahaja, tetapi penuh hikmah dan ibrah. Berapa kerat manusia yang benar-benar mengambil panduan daripada ajaran Islam ketika berdepan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi.

Ada seruan yang menganjurkan hidup berjimat ketika ekonomi meleset padahal Islam menganjurkan jimat cermat tanpa mengira situasi dan kondisi. Orang yang membazir adalah ’saudara’ syaitan tidak kira samada semasa ekonomi meleset atau stabil, samada dalam keadaan harga minyak naik atau sebaliknya. Ada pula yang meuar-uarkan agar dilakukan perubahan gaya hidup dalam keadaan sekarang… Sinisnya, bukankah cara hidup orang Islam ialah cara hidup Islam, apa lagi yang hendak diubah-ubahnya?

Jarang benar kita mendengar tafsiran yang lebih tersirat tentang apa yang berlaku kini. Maksudnya, tafsiran yang merujuk kepada ‘musabbabil asbab’ (faktor penyebab) bukan hanya ‘asbab’ (sebab). Hakikatnya, apa yang berlaku ialah dengan izin Allah jua. Dan tentu ada maksud Allah izinkan semua ini berlaku. Apakah pengajaran untuk sikaya, simiskin, peniaga, pengguna, rakyat dan penguasa di tengah kemelesetan ekonomi ini?

Bukankah kita telah diberitahu oleh Al Quran dan Al Hadis bahawa ujian daripada Allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita? Dan ujian juga boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah. Pokok pangkalnya, apakah musibah ini menggugat keyakinan kita kepada Allah yang bersifat Al Wahhab (Maha Pemberi), Al Ghani (Maha Kaya) dan Ar Razzak (Maha Pemberi Rezki) misalnya?

Bagaimana pula kita kembali kepada Allah (raja’na ilallah) dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita mula mendidik hati kita dengan sifat-sifat mahmudah bersumberkan akidah Islamiah? Apakah kita mula bermuhasabah tentang sistem ekonomi semasa, apakah telah benar-benar disusun mengikut syariah? Apakah orang kaya dan pengusaha mula tergerak untuk mengamalkan akhlak yang pemurah dan zuhud? Manakala orang miskin pula dengan sifat sabar dan qanaah?

Saya tidak pandai mentafsir lebih mendalam, tetapi itulah yang ’mengganggu’ pemikiran dan rasa hati bila mendengar cerita semut dan nabi Sulaiman oleh penceramah tua itu. Pada saya, pasti ada ’mesej’ dan ’signal’ daripada Allah untuk semua golongan masyarakat di sebalik ujian ini. Mustahil Allah lakukan semua ini dengan sia-sia. Pasti ada sesuatu yang perlu diambil peringatan oleh para hamba-Nya.

Sayangnya, kuliah beliau yang begitu tajam dan menyentuh didengar secara yang hambar sekali. Sidang hadirin yang kebanyaknya golongan ’veteran’ duduk jauh-jauh dan ramai juga yang mendengarkannya sambil lewa. Pada hal, majlis ilmu yang sebegitu mulia (yang disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai taman syurga di dunia) sangat diperlukan oleh semua – daripada pemerintah hingga kepada rakyat jelata. Hakikatnya, tidak kira samada sultan, menteri, mufti, majikan, buruh dan sesiapa sahaja dapat belajar kejituan tawakkal dan kegigihan ikhtiar… daripada seekor semut!

 
26 Komen

Posted by di 6 Julai 2009 in Belajar Dari Alam

 

Label: , , , ,

26 responses to “Belajar tawakal dari semut

  1. cguharun

    6 Julai 2009 at 3:24 pm

    salam ustaz – saya mengikuti perkembangan ustaz dari sg pencala lagi.saya percaya kepada usaha dan komitmen ustaz
    semuga kita diberkatiNYa…

    mengenai SOLUSI.
    rujuk kepada komen di blog saya.

     
  2. munirah sulaiman

    7 Julai 2009 at 4:16 am

    Salam ustaz.

    Bertuahnya kalau dapat mengambil barakah di majlis ilmu. Keadaan berbeza di sini, tazkirah wujud di kala perayaan bulan2 Islam shj. Rindu suasana di sekolah dulu.

    Teruskan usaha ustaz menyampaikan ilmu. Saya amat2 menghargainya.

     
  3. wan

    7 Julai 2009 at 6:29 am

    salam
    criternyer santai tapi penuh bermakna…..

     
  4. Lala

    7 Julai 2009 at 6:39 am

    Salam Ustaz

    Artikel ini memberi kesan mendalam kepada diri saya. keep up the good work.

    Thanks
    Ajlaa

     
  5. naja

    7 Julai 2009 at 8:26 am

    syukran atas perkongsian ustaz.

     
  6. naji

    7 Julai 2009 at 9:41 am

    salam ustaz,
    sy pernah baca cerpen bersiri dalam majalah migguan sekolah dalam 4 atau 5 tahun lepas, tajuk derap kasutnya, cerpen itu adalah tulisan ustazkan?….tp malangnya saya sempat baca separuh sahaja, di mana sy boleh dapatkannya cerita tersebut..

     
  7. mariana

    7 Julai 2009 at 5:54 pm

    crita ni menyedarkan saya bahawa kita perlu sentiasa bertawakal kepada allah.
    saya adalah student u yg akan graduat tak lagi.
    tapi saya di hantui oleh ketakutan mengenai kerja.
    saya takut tidak akan dapt kerja slps hbs bljr kerna result saya tidak berapa ok.
    tp slps sy membaca kisah semut baru lh saya terfikir bahawa setiap manusia telah ditetapkan rezeki untuk nya dan kita perlulah sentiasa berusaha dan bertwakal kepadaNYA…..

     
  8. gentarasa

    8 Julai 2009 at 4:53 am

    Salam mariana,

    Syukur kalau begitu. Semoga saya juga mendapat sentuhan dan keberkatan daripada apa yang anda rasakan. Yang penting sangka baik, usaha dan doa. Ingat selalu, Allah mengikut sangka hamba-Nya. Insya-Allah, apa jua yang ditentukan nanti adalah terbaik daripada Allah, walaupun kekadang kita belum dapat melihat kebaikannya lagi!

     
  9. gentarasa

    8 Julai 2009 at 4:55 am

    Salam naji,
    Saya pun tercari-cari buku yang sama. Sekarang saya jarang menulis cerpen lagi. Entahlah, mungkin sudah tua, perasaan tidak tajam lagi. Tetapi insya-Allah, saya kan cuba kembali menulis cerpen. Mungkin ada yang akan terkesan dengan tulisan berbentuk kreatif. Mudah-mudahan sebagai lebar jalan taubat dan ibadah saya dan kita semua menuju Allah. Amin.

     
  10. gentarasa

    8 Julai 2009 at 4:59 am

    Salam naja,
    Syukran kembali. Atas ziarahmu semuga dibalas Allah dengan nyang lebih baik. Amin.

     
  11. gentarasa

    8 Julai 2009 at 5:00 am

    Salam lala,

    Syukran kalau begitu. Terima kasih atas penghargaan, saya anggap itu doa.

     
  12. gentarasa

    8 Julai 2009 at 5:01 am

    Salam wan,

    Bertemu lagi. Banyak citer yang boleh “diberi makna”. Cerita wan bagaimana?

     
  13. gentarasa

    8 Julai 2009 at 5:03 am

    Salam munirah,

    Di masjid kita tu ya? Ya, bila sudah dewasa, kita ditimang gelombang. Itu hakikat. Memang rindu, Jenan banyak mengajar kita. Sekali-sekala singgah di sana. Solat di situ, terutamanya masa anak matrikulasi di Canglun. Belajar dan Berbakti!

     
  14. WaN

    8 Julai 2009 at 1:42 pm

    Alhamdulillah..syukur..kita jua sebagai manusia yg sentiasa alpa dengan kepentingan duniawi……

     
  15. ummimusa

    8 Julai 2009 at 10:04 pm

    rupa-rupanya tak perlu pun cerita yang terlalu berbelit-belit untuk terdapat dalamnya sebuah pelajaran yang besar… sekecil2 semut, jika ada yg mahu mengambil ibrah…terima kasih kerana berkongsi.

     
  16. gentarasa

    9 Julai 2009 at 4:03 am

    Salam,
    Syukur kalau kita ingat yang kita selalu lupa itu petanda yang kita MASIH ingat. Salm Jumaat Wan. Subuh-subuh begini sejuk dengan kesyukuran mu. Syukur kerana kita masih mampu bersyukur!

     
  17. mayasakinah

    9 Julai 2009 at 9:10 am

    salam ustaz..

    perkara sebegini selalu terjadi kepada insan lemah, kepada saya sendiri, berharap nasib yang lebih baik hingga alpa dengan rezeki yang sedang dinikmati. Berkongsi ilmu dan cerita, boleh membuka mata, dengan ketentuan Allah yang Maha Bijak Mengatur. Berasa manis dengan takdir insan lain hingga menolak pahit takdir diri sendiri walhal itula yang sebenarnya manisan terbaik yang kita tidak sedari. Alhamdullilah itu yang sepatutnya senantiasa diucap.

     
  18. Nabil

    25 Ogos 2009 at 8:20 am

    salam ustaz alhmdlilah dapat kgsi cerita
    cuma bole saya dapat sikit info dari mana kita nk tgk cerita ni?sbb saya x penah dgr lagi…menarik dan boleh dijadikan pnduan buat kita.kalau ustaz bole bagi untuk rujukan saya…syukran

     
  19. gentarasa

    1 September 2009 at 12:12 pm

    Salam Nabil,
    Saya juga mengaji mendengar sahaja dalam masjid masa tu. Mungkin selepas puasa nanti, bila ustaz itu mengajar, saya akan tanyakan sumber rujukannya. Maaf nabil, saya mengaji tidak formal sahaja.

     
  20. nur fatin bt jalaudin

    29 Oktober 2009 at 10:04 pm

    salam ustaz.saya pelajar PRA_U dr melaka.ini kali pertama sy baca tazkirah dr ustaz.sudahlah percuma,berguna pula.trmaksh.moga ada rmai lagi yg sudi membaca.amin

     
  21. Aleng

    19 Mac 2010 at 3:56 pm

    Akm…

    Ustaz saya amat bersyukur skali Ke Hadrat Allah Taala kerana walaupun sekadar saja2 memcari ilmu penerang hati akhir dipertemukan dengan blog Ustaz… Byk pngajaran yang saya perolehi.. terutamanya kisah tentang semut… Sungguh Luarbiasa sekali… Semoga Allah Melimpahkan rahmatnya kepada Ustaz

     
  22. Latifah Mahmood

    20 Ogos 2010 at 3:59 pm

    Astagfrullah…kadang2 terlupa yang Maha pemberi Rezeki adalah Allah s.w.t. terima kasih atas info di atas, baru tersedar dari lena yang panjang….

     
  23. hana

    22 Mac 2011 at 8:53 pm

    salam ustaz..mohon share ye..syukran..

     
  24. ummi syahidah

    1 April 2011 at 8:08 pm

    Salam wrb…ustaz.
    Terima kasih di atas tazkirah melalui perceritaan yang santai..tetapi menarik dan memberi manfaat kpd pembaca..
    saya mohon utk dikongsi dgn pembaca yg lain di laman fb pl..syukran jzkk..

     
  25. merchant cash advance

    25 April 2013 at 2:36 am

    Hey I know this is off topic but I was wondering
    if you knew of any widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest
    twitter updates. I’ve been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

     
  26. merchant cash advance companies

    11 Mei 2013 at 2:16 pm

    WOW just what I was searching for. Came here by searching for skin

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers

%d bloggers like this: