RSS

BELAJAR ILMU IKHLAS

08 Jul

76c0e34e9552e7a7ffdc5d790f133d06“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. 

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

 
45 Komen

Posted by di 8 Julai 2009 in Iktibar Kisah

 

45 responses to “BELAJAR ILMU IKHLAS

  1. shafifah

    8 Julai 2009 at 12:10 pm

    Majlis Sambutan Isya`& Mi`raj 1430H

    [img]http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/image000011.jpg[/img]

    http://pondokhabib.wordpress. com

     
  2. munirah sulaiman

    8 Julai 2009 at 8:45 pm

    Salam ustaz.

    Dari moral cerita, ujian keikhlasan bukan sesuatu yang mudah.

    Hakikatnya, mengikhlaskan niat dalam sebarang urusan merupakan perkara yang paling sukar untuk dilakukan.

    Kadang-kadang, sebagai contoh, hati berperang dengan perasaan; patut ke aku sedekah kat masjid lepas solat? orang ramai ni, kawan kat sebelah, nampak macam nak menunjuk kat org yang aku ni baik..

    Bisikan tu datang sekejap je. Tapi mengganggu niat dan keikhlasan kita. Dugaan yang kecil je. Itu belum lagi bila berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan. Ikhlas tak saya berbakti kat adik-adik, bantu mak dan ayah?

    Macam mana ye ustaz? Nak buang perasaan tu jauh2?

    Salam.

     
  3. haryati

    8 Julai 2009 at 9:12 pm

    Salam. tiada ikhlas umpama debu-debu yang berterbangan… ;)

     
  4. pali

    8 Julai 2009 at 10:05 pm

    assalamualaikum tuan, bagaimana tanah haram? sudah kembali ke tanah air? Semoga semua baik -baik belaka.

    Tidak ikhlas.. dekat rasanya dengan syirik?

    Amalan yang dilakukan @ ditinggalkan kerana makhluk itu pun tidak ikhlas? seperti kurang rajin bekerja jika tidak dipantau majikan @ tidak berbuat ibadah kerana takut dikatakan riak?..

    Bagaimana kaedah terbaik untuk mengingati supaya ikhlas? supaya komen saya ini pun ikhlas, supaya apa yang dibuat semuanya ikhlas?

    Mohon perkongsian tuan haji.. :)

     
  5. gentarasa

    9 Julai 2009 at 4:00 am

    Salam,
    Pesan saya (seperti yang didengar daripada guru-guru dan kitab-kitab) teruskan sahaja amalan baik kita walaupun hati kita masih “berperang” antara ikhlas ataupun tidak. Jangan tunggu, hati benar-benar ikhlas baru nak laksanakan kebaikan. Ikhlas juga dicapai bertahap, melalui jalan mujahadah. Bila rasa yang negatif “menyerang” tepis, datang lagi tepis… singgah sekejap di hati tidak mengapa, tetapi jangan biarkan rasa negatif itu menetap lama. Satu metafora yang selalu disebut orang, seperti kita belajar naik basikal masa kecil-kecil dulu. Bukankah kita pernah jatuh, bukan sekali, malah berkali-kali… Apa jadi kalau kita terus berhenti belajar kerana takut jatuh? Insya-Allah, kalau begitulah, sampai hari ini kita tidak pandai naik basikal. Betul tak? Tapi kerana kita terus belajar walaupun jatuh berkali-kali, hari ini kita dah pandai naik basikal.
    Begitulah dalam usaha membuat kebaikan. Buatlah terus menerus, walaupun belum berapa ikhlas (masih bercampur-campur). Dengan mujahadah berterusan, Allah akan kurniakan kita ikhlas amin. Bila Allah nak beri, mudah sahaja. Logikkah misalnya kita kata…. aku kalau tak khusyuk selagi tu aku tak solat. Kalau macam tu tak solatlah kita sampai mati. Yang tepatnya, solatlah walaupun belum khusyuk, dari situ kita mujahadah… insya-Allah, kalau kita serius Allah janji akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Marilah sama-sama kita beramal. Teruslah berbakti kepada adik2 dan mak serta ayah. Kerana kalau emak dan ayah nak tunggu ikhlas ketika mula hendak membesarkan kita dahulu, entahlah sekarang kita dimana…
    Salam Munirah dan sahabat-sahabat semua. Jumpa lagi.

     
  6. gentarasa

    9 Julai 2009 at 4:12 am

    Salm Pali,
    ya, saya dah kembali. Tidak tunggu manusia ada di depan kita baru kita diserang riyak, kadangkala manusia tidak adapun kita riyak. Riyak itu bukan sekadar beramal kerana inginkan pujian manusia, meninggalkan amal kerana takutkan kejian manusia juga riyak. Cara terbaik… saya sudah berikan pandangan kepada Munirah Sulaiman, baca di situ ya. Saya akan khususkan nanti buat pali. bagaimana study?

     
  7. gentarasa

    9 Julai 2009 at 4:13 am

    Salam Haryati,
    Ya, syukran atas tambahan. Tidak ikhlas… khalas (habis!)

     
  8. Siti Fatimah Ahmad

    9 Julai 2009 at 5:55 am

    Assalaamu’alaikum…

    Alhamdulillah. Keikhlasan adalah satu amal diri untuk melakukan sesuatu kerana Allah swt. Keikhlasan dalam memberi dan menerima walau apa cara dilakukan pasti mendatangkan kegembiraan dan rahmat dari Allah swt. Laman ilmu yang sungguh berinformasi dan pencerahan minda dapat ditingkatkan denan usaha penulisan yang menarik. Salam ukhuwwah dari Sarawak.

     
  9. shafifah

    9 Julai 2009 at 7:20 am

    Jemputan Majlis Bacaan Ratib Al-Attas & AsmaulHusna
    Tempat :Masjid Bandar Sri Damansara
    Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
    Masa : Selepas Solat Maghrib
    Pimpinan Habib Hussin Alwi Al-Attas

    Masjid Al-Mukarramah,
    Jalan Saga SD8/1,
    Bandar Sri Damansara,
    52200, Kuala Lumpur.

    Semua muslimin & muslimat di jemput hadir

    http://pondokhabib.wordpess. com

     
  10. munirah sulaiman

    9 Julai 2009 at 10:47 am

    InsyaAllah, pesanan ustaz akan saya ingat dan amalkan.

    Syukran. Sangat2.

     
  11. pali

    9 Julai 2009 at 6:51 pm

    terima kasih tuan haji. penerangan kepada munirah itu sudah memadai.

    alhamdulillah, semua ok. doa2kan saja. :)

     
  12. Hj. zack

    9 Julai 2009 at 8:53 pm

    Salam Ustaz,
    Lama kita tak bertemu dan berbicara. Terasa rindu dgn ustaz dan sahabat kita yang lain. Tertarik dengan 2 artikel terbaru berkenaan dengan ikhlas dan tawakal sang semut. Banyak pengajaran dan iktibar dari cerita tersebut. Untuk menuntut ilmu pun kita kena benar-benar ikhlas dan sanggup menempuh cabaran. Barulah ilmu yang kita perolehi itu bermunafaat.
    Sekarang ini susah untuk benar-benar ikhlas dalam ibadat dan amalan sedekah jariah. Orang selalu berkata, sumbangan saya ini ikhlas dan macam-macam lagi. Adakah ikhlas itu patut dilafaskan…supaya orang ramai tahu sumbangan itu benar-benar ikhlas….Teringat sewaktu umrah mati hati tempuhari. Sebak hati ini melihatkan keikhlasan saudara-saudara islam kita bersedekah kepada pengemis-pengemis dan pekerja-pekerja masjidiharam dan masjid nabawi. Walaupun sumbangan itu mungkin sedikit nilainya, tapi tergambar keikhlasanya…
    Ustaz, saya tertunggu-tunggu catatan umrah mata hati 3. Bila agaknya….
    Kirim salam kalau bertemu dengan sahabat kita yang lain.
    Salam dari saya sekeluarga untuk ustaz sekeluarga.
    Amin

     
  13. gentarasa

    10 Julai 2009 at 3:59 am

    Waalaikumsalam Siti Fatimah,
    Rindu untuk ke bumi Kenyalang lagi. Bandar kuching yang bersih dan tenang sentiasa terkenang-kenang. Saya sudah ziarah ke websitifatimah. Tahniah, cantik, informatif dan mendidik. Sudah jauh ukhti melangkah. Selamat maju jaya. Penulisan yang sangat berkesan!

     
  14. gentarasa

    10 Julai 2009 at 4:11 am

    Salam Tuan Haji,
    Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Kita pun tidak tahu samada hati kita ikhlas atau tidak… apalagi untuk mengetahui hati orang lain. Memang setengah guru-guru agama mengatakan tidak beradab kalau kita mengatakan kita ikhlas… Yang penting kita terus beramal sahaja. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita ikhlas.
    Insya-Allah, dorongan dari thaji untuk saya menyambung catatan itu saya anggap sebagai satu janji daripada saya. Pagi ni saya bertolak ke Pahang untuk melaksanakan kursus dengan Takaful Ikhlas sehingga Ahad. Pagi Isnin akan ke Perak pula. Ustaz Md. Nasib sudah ke Kelantan semalam. Begitulah kerja kami sentiasa keluar kawasan. Dalam sela-sela waktu itulah saya menulis.
    Kadangkala bila mengenangkan pengalaman kita di Makkah dan Madinah, tanpa disedari air mata mengalir. Dapatkah kita ke sana lagi? Namun tugas kita di sinipun menuntut kesungguhan dan amanah yang besar. Bagaimana hendak terus mendidik diri, isteri dan mendoakan anak-anak? Bagaimana nak jadikan kerja kita sehari-harian sebagai satu ibadah? Dan bagaimana supaya hati kita sentiasa ingat Allah ketika bergaul mesra dengan manusia?
    Tuan haji, semoga kita IKHLAS. Persahabatan ini biarlah kerana Allah. Insya-Allah, kalau demikian, tidak berjumpapun sudah BERTEMU. Tidak pergi pun sudah BERTAMU. Salam saya untuk Tuan Haji dan keluarga. Tepuk-tepuk bahu Aizat bagi pihak saya!

     
  15. zahar

    13 Julai 2009 at 5:48 pm

    assalamualaikum ust… sy bru jer jmpa ngn blog ust ni… bnyk ilmu yg blh dpt,trsa dri ni trllu krdil… bnyk yg kurang nyer… hrp2 ngn usaha ust ni, dpt la sy mbil mnfaatny,itu ngn rahmat n izin dri NYA gak… tuan empunya alam ni…

     
  16. yani

    15 Julai 2009 at 6:46 am

    TQ Ustadz for writing so many excellent articles…saya minta izin copy article2 ustadz utk email kat adik beradik dan kawan kawan ya..

     
  17. zainura66

    15 Julai 2009 at 9:49 am

    kesimpulanya mudah sahaja. hanya allah yang layakdipuji. jangan sekadar pandai menyebut alhamdulillah sahaja setiap hari sebutlah jugamasyALLAH…WA ALLAHUALAM.

     
  18. shafifah

    16 Julai 2009 at 12:49 pm

    MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

     
  19. anak pakLeh bakar

    17 Julai 2009 at 7:09 am

    salam ustaz
    saya ingin berkongsi artikel menarik berikut; http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=9027:ulama-pendakwah-dan-budaya-cari-makan&catid=51:berita-tempatan&Itemid=15
    &
    saya ingin tahu pendapat/pandangan peribadi ustaz ttg insurans…jika disini tidak sesuai, minta jasa baik ustaz utk emel kpd saya
    tk

     
  20. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:42 am

    Salam anak Pakleh,
    Saya sudah baca artikel tersebut. Sedih dan mengecewakan.Saya akan respons dengan satu entry khas. Insya-Allah. Saya pun sangat-sangat tersentuh. Tidak sangka!

     
  21. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:43 am

    Salam,
    Sharifah, syukran atas undangan. Semoga habaib semua diredai Allah. Kami sayang kamu semua!

     
  22. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:49 am

    Salam zainura 66,
    Ya, masyaAllah! Dia saja yang Qahhar dan Jabbar!

     
  23. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:50 am

    Salam yani,
    Ya, sebar-sebarkanlah. Mudah-mudahan ada kebaikannya. Amin. Tolong betulkan ya… pasti ada kesalahannya!

     
  24. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:55 am

    Salam zahar,
    ya… itulah tujuan saya menulis. Pujian buat Allah jua yang mengizinkan segalanya berlaku.l

     
  25. syedhafiz

    25 Januari 2010 at 1:59 pm

    salam, dijemput hadir ke majlis ratib al attas dan zikir asmaulhusna di rumah almarhum habib mohsin bin hussin bin thohir bin ali al habsyi, setiap bulan pada hari sabtu minggu ke-3 selepas maghrib. alamat no 7 jln rumbia 59 taman daya 81100 johor bahru, johor. harap dpt disebarkan kepada rakan2. hafiz alhabsyi 012-7618389

     
  26. nurfazlina bte ramlie

    8 Jun 2010 at 6:58 pm

    assalammualaikum… ustaz

    ape khabar…

    bagaimana caranye nak berhubung dgn ustaz utk mempelajari ttg ilmu ikhlas ini? kerna, baru ini saya melawat blog ustaz..

     
  27. Indrawan Yusuf

    25 Jun 2010 at 4:44 pm

    assalamualikum wr.wb
    pak ustadz umur saya 13 tahun ,saya ingin bertany kepada ustads
    .kakak saya meninggal ber-umur 28 tahun ,meninggal dunia karena sakit tumor pankreas ,dia meninggal pada tanggal 4 juni 2010 , dy meninggalkan 1 anak dan suaminya . mama saya selalu sedih , saya dan kakak” saya yang lain sudah berusaha menenangkan dan membuat mama trsnyum , tapi sepertiy mama ku blm bisa mengikhlaskan dan blm bisa menerima kepergian kakak saya . :’( . bagaiman carny untuk bisa membuat mama saya tidak sedih trs dan bisa meng-ikhlaskan kakak’saya
    terima kasih sebelumny.
    wassalamualaikum wr.wb

     
  28. gentarasa

    26 Jun 2010 at 11:53 am

    Salam saudarku seiman dan serumpun,
    Doakan ibu anda. Sebut namanya. Pinta kepada Allah agar dicabut kesedihannya. Jangan biarkan ibu anda sendirian. Temankannya, walaupun sekadar berdiam diri. Biarkan kesedihannya… itu fitrah. Yang penting ajak dia sentiasa solat.

     
  29. Nor

    20 Ogos 2010 at 4:51 pm

    Assalamualaikum ustaz
    sy mohon izin utk share ya.
    terima kasih.

     
  30. ronnie

    22 Ogos 2010 at 10:24 pm

    salam ustad
    sampai saat ini saya belum bisa mengikhlaskan wanita yang saya cinta untuk berbahagia dngan orang laen,apa yang harus saya lakukan ustad?sungguh tersiksa sekali hati ini karenanya

     
  31. gentarasa

    23 Ogos 2010 at 10:38 am

    Atas kesabaran mu insya-Allah akan dikurniakan orang yang lebih baik untuk mu. Amin. Sabarlah dalam bersabar… takdir Allah sukar dibaca dengan hanya akal dan perasaan kita yang dangkal.

     
  32. zakiah

    26 Ogos 2010 at 3:47 pm

    Assalamualaikum…
    rasanya sukar sekali melengkapi amalan seharian..contohnya solat..saya rasa hati saya nie mcm dah xtakot kalo meninggalkan solat 2..cmne ye ustaz..sy ada juga fikirkan untuk membaiki,tp fikiran 2 sekejap je..lepas beberapa minit,bley lesap mcm 2 je..ble saya rase tiba2 sayu ataw tersangat tersepit,barulah saya rasa hati ini nak menadah tangan mintak tolong dan sembahyang..tolong sy…sy rasa saya sgt kritikal nie

     
  33. aris munandar

    24 November 2010 at 9:54 am

    asalamualaikum…
    ustad..saya ingin sekali mengikhaskan dia bersama orang laen..tp tetap saja hati ini menolaknya mungkin karna besarnya rasa kepadanya, dan saya juga tidak yakin dia bahagia bersama lelaki tersebut..apalagi akhir2 ini banyak sekali saya mimpi aneh tentang hubungan dia dengan lelaki tersebut…apa yg harus saya lakukan ustad..apa perasan ini hanya kecemburuan belaka..mhon di balas ustad, trimakasi. wassalalm……..

     
  34. aris munandar

    24 November 2010 at 10:12 am

    asalamualaikum…
    ustad..saya ingin sekali mengikhaskan dia bersama orang laen..tp tetap saja hati ini menolaknya mungkin karna besarnya rasa kepadanya, dan saya juga tidak yakin dia bahagia bersama lelaki tersebut..apalagi akhir2 ini banyak sekali saya mimpi aneh tentang hubungan dia dengan lelaki tersebut…apa yg harus saya lakukan ustad..apa perasan ini hanya kecemburuan belaka..mhon di balas ustad, trimakasi. wassalalm……..

     
  35. gentarasa

    25 November 2010 at 9:13 am

    Salam,
    mimpi-mimpi tidak boleh dijadikan dasar pada tindakan dan pertimbangan. Luka bercinta… kekadang hanya memerlukan masa untuk mengubatinya. Dan cara terbaik katakan, dia adalah terbaik untuknya. Dan yang terbaik untukku akan datang jua dengan izin Allah. Kita kekadang ditakdirkan bercinta dengan orang yang salah, sebelum mencintai orang yang sebenarnya. Pegang itu sebagai ubat… walaupun pahit.

     
  36. aris munandar

    25 November 2010 at 4:26 pm

    asallamuakum..
    terima kasih..ustad
    insaallah saya berusaha untuk menerima apapun menerima keputusannya..klo itu jalan yang Allah kasih buat saya..sekali lagi terima kasi atas jawabannya..dan alhamdulilah hati saya trasa lega..
    wasalamualaiku..Wr.Wb..

     
  37. jarkosih

    25 Mei 2011 at 8:46 pm

     
  38. Alif Ghotika

    10 Ogos 2011 at 12:48 pm

    Assalamualaikum,Ustadz…
    Aku tidak memiliki kemampuan…
    utuk menyingkapi semua kepedihan yg ia berikan pd ku
    Aku hanya meminta pengampunan kpd MU Ya Rabb….
    semoga..ak bs mengIkhlas kan ap yg sudah ia perlakukan kpd ku
    dan hari-hari yg kulewati semakin mendekatkan untuk kematian ku

     
  39. gentarasa

    11 Ogos 2011 at 9:23 am

    Salam Alif,
    Cinta ku terbatas
    Namun rahmat dan pengampunan Mu Maha Luas
    dalam sedih aku merintih
    agar ada jua sayang dan kasih…
    Dari Mu ya Rabb, Tuhan yang Maha Kasih

     
  40. Nua Afterwards

    4 Oktober 2011 at 8:43 pm

    lindungilah aku dr hati yg tdk ikhlas ya Allah..

     
  41. decy

    8 Mei 2012 at 3:30 pm

    salam ustad.
    saya pengen sekali bljr agama islam lebih mendalam lagi karena slm ini saya baru kulit-kulitnya aja

     
  42. decy

    8 Mei 2012 at 3:35 pm

    salam ustad.
    mohon pentujuknya ya

     
  43. gentarasa

    14 Mei 2012 at 11:44 am

    Assalam decy,
    Berdoa kepada Allah. Cari alim ulama terdekat. Hadiri majlis ilmu mereka. Dapatkan bahan bacaan Islam yang baik-baik. Jika ikhlas mencari petunjuk, pasti Allah berikannya. Amin.

     
  44. aira

    11 April 2013 at 12:44 am

    ikhlas itu anugerah.. :)

     
  45. i.........i

    21 Oktober 2013 at 3:38 pm

    ikhlas sangat sulit….! apalagi mendalami ikhlas dari kejadian yg pahit.cotoh nya ;bagai mana meng ikhlas kan pasangan kita yg telah berbuat zina dgn sodara kita,dan kita melihat kejadian nya langsung apa yg harus di lakukan ….. dan saya ingin belajar ikhlas bagai mana cara ikhlas nya……….perih sakit nya tiada terbatas seumpama perih nya seluas mata memandang…….dan luka nya sedalam hati……selalu teringat dan terbayang selalu………..?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,251 other followers

%d bloggers like this: