Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.
Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!















nurin berkata,
27 Julai 2009 pada 7:28 pm
sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. tapi kenapa yea…susah mahu jumpa wanita solehah yang benar-benar solehah? luaran kelihatan macam solehah..namun dalaman?kecantikan dalaman? wallahu’alam…
hajirikhusyuk berkata,
27 Julai 2009 pada 8:14 pm
Kecantikan itu terletak di mata orang yang memandang, walaupun semua orang menyatakan hodoh, tapi bagi mata yang seorang itu tetap cantik….
http://www.hajirikhusyuk.wordpress.com
sunah berkata,
27 Julai 2009 pada 9:18 pm
“Ya ALLAH, sebagaimana telah kau perindahkan kejadianku, perindahkanlah jua akhlakku.”
gentarasa berkata,
28 Julai 2009 pada 6:47 am
Salam,
Syukran kerana mengingatkan. Itulah doa yang seharusnya menjadi kesimpulan tulisan itu.
gentarasa berkata,
28 Julai 2009 pada 6:49 am
Salam Nurin,
sudah jadi sunnatullah, yang berniali itu sukar didapati. Permata, jarang ditemui. Kaca ada di merata-rata.
siti berkata,
28 Julai 2009 pada 9:03 am
Salam. Seronok baca artikel2 ustaz. Mohon kebenaran print spy boleh sebarluaskan kepada insan2 lain yang tiada kemudahan internet
JHaZKiTaRo berkata,
29 Julai 2009 pada 7:01 am
salam ziarah dari pelajar di bumi eire.. blog hopping
panduanhidup berkata,
29 Julai 2009 pada 7:48 am
benar, kita selalu lupa yang kecantikan sejati berada di dalam. apa yang ada diluar hanyalah pinjaman sementara.
inilah lumrah dunia, siapa yang cantik dipuji dan dipandang berkali-kali (tanyalah semua lelaki, kalau tak percaya), manakala yang kurang cantik pula dipandang sinis (mungkin dikeji).
jadi, bagaimana kita nak sedarkan mereka dengan hakikat ini?
gentarasa berkata,
29 Julai 2009 pada 11:09 am
Salam panduan hidup,
Bila mereka disedarkan siapa diri, siapa Allah dan apakah tujuan kita datang ke dunia, untuk apa kita dijadikan dan ke mana berakhirnya kita semua…Insya-Allah, segalanya akan terserlah jua.
gentarasa berkata,
29 Julai 2009 pada 11:10 am
Salam,
Syukran Siti. Perpanjangkanlah, semoga ada kebaikannya. Amin.
shafifah berkata,
3 Ogos 2009 pada 12:50 pm
Jadual Pengajian Ilmu Syeikh Fuad bula ogos 2009
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/jadual-pengajian-ust-fuad-ogos.jpg
munirah sulaiman berkata,
10 Ogos 2009 pada 7:50 am
Salam ustaz.
Saya kembali!
Melawat emak dan ayah di Perlis penghujung bulan lepas, seronok minta mak singgah sekolah, mengenang memori lama
Laptop juga rosak, jadi saya banyak membaca artikel ustaz dr handphone ayah, namun sukar untuk tinggalkan respond. Alhamdulillah, makin lama, makin bersemangat saya menanti setiap artikel terbaru ustaz. Di majalah anis dan solusi juga
Berkaitan artikel, hmm.. sebagai peringatan, insyaAllah. Subjek ini bagaikan taboo, acapkali diperkatakan. Kecantikan dalaman vs kecantikan luaran. Hakikatnya, manusia pada zaman sekarang mempunyai point of view yang berbeza secara keseluruhannya. Bukan mudah mengubah persepsi yang beauty is only skin deep. Apatah lagi menilai peribadi dengan mata hati. Sesukar menilai kaum Adam jugalah kot, ustaz
Syukran atas artikel
Salam.
gentarasa berkata,
11 Ogos 2009 pada 8:35 am
Salam Munirah,
Seronoknya kalau musafir sesama anggota keluarga. Dengan nasyid, kuliah dan kadang-kadang terpaksa layan juga lagu anak-anak yang “konvensional” tetapi masih beradab.
Singgah sekolah lama? Sekolah kita tidak banyak berubah. Saya pergi jalan-jalan sampai ke belakang dekat padang berhampiran asrama puteri dulu. Lihat kebun-kebun getah, yang ada masanya rontok dan berguguran.
Masa tidak akan dapat diputar kembali. Tetapi keindahan dan pengajaran bisa melembutkan hati. “Aku pernah hadapi pelbagai peristiwa di sini dulu… dan di hadapanku bakal datang beberapa peristiwa lagi. Ya Allah, bantulah aku kini dan akan datang… Insya-Allah, sepertimana KAU telah membantuku sejak dulu.”
Belajar, terus belajar… Berbakti terus berbakti. BELAJAR & BERBAKTI!
yana abu bakar berkata,
28 Disember 2009 pada 11:48 pm
salam..terima kasih ustaz..
semoga saya mampu menjadi bunga yg harum itu..
saya banyak sgt kekurangan..
namun, semoga artikel ini mampu memberi petunjuk buat saya..
insyaALLAH..
hamzah berkata,
4 Januari 2010 pada 12:27 pm
terima kasih
fatimah fukaiha berkata,
11 Januari 2010 pada 10:32 pm
terima kasih ustaz..
semoga kehadiran artikel ini akan mengindahkan lagi bunga-bunga di dunia ini.amin.
Iman Aisyah berkata,
17 Januari 2010 pada 2:56 pm
Salam.
A good article to muslimah.
Boleh saya ambil sebahagian artikel utk publish dlm blog saya ustaz?saya link kan blog ustz di bwhnya nnt.
syukran.
gentarasa berkata,
17 Januari 2010 pada 6:53 pm
Salam,
Syukran. Silakan.
rose berkata,
30 April 2010 pada 2:01 pm
syukur mudah2an semua wanita di luar sana menjadi perhiasan terindah di dunia dan disisi Allah..
ummah_misi berkata,
7 Mei 2010 pada 8:07 am
salam,
nilai seseorang ada pada iman,ilmu dan akhlak.sama2 kita sentiasa belajar mempercantikkan akhlak dan menjaga kebersihan hati.ini yg ALLAH nilai.yg penting,penilaian ALLAH pd kita.
ummah_misi berkata,
7 Mei 2010 pada 8:09 am
terima kasih banyak ustaz.semoga ustaz dan keluarga dapat nilai dan darjat yg tinggi di sisi ALLAH atas peringatan2 dalam artikel ustaz.;-)
Zulkifli A. Rahman berkata,
17 Mei 2010 pada 2:14 pm
Salam Ustaz,
Mohon dgn izin utk mengambil sebahagian bahan penulisan ini utk di “share” dgn teman2.. sbnrnya sye amat tertarik dgn karya Ustaz.. actually reading is not my hobby, but 1st time baca terus karya Ustaz terus jatuh hati…
ramsiah berkata,
14 Jun 2010 pada 2:35 am
salam. artikel bermanfaat nie telah saya copy ke facebook saya. terima kasih ustaz. ingin berkongsi dgn kwn2.
yusmiza berkata,
14 Jun 2010 pada 7:00 am
salam ustaz,
bagaimana pula dgn manusia yg sudahla tidak cantik pd luaran, akhlak juga tidak cntik?? seringkali manusia cntik org akan berkata ” ala, klau rupe je cntik, perangai x cantik buat ape”?
ayat spt itu seringkali sy dgr dan ternyata yg berckp spt itu mmg x cntik pun.. dlm hati sy berkata sndiri, sudah la diri awk tu x cntik, “mulut” pun busuk…
yg cntik sudah lumrah utk tidak berapa cntik dr segi akhlak, tp klau yg sudahla tidak cntik, akhlak pun hancur, apela mknanye org spt tu??
wani sujak berkata,
14 Jun 2010 pada 8:58 am
slm ustz..
smkn hari,,wnta smkn mnjd hlg keagamaan..kcntkn d slh gnekn,,ttp benrkh tanggapn yg mengatakn wnta adlh punca utama kemaksiatan..?