Looking for Something?

BERILAH KEMAAFAN ITU

Author:

88808028BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

Feedback

35
  • hajirikhusyuk

    Salam..

    kemaafan itu sememangnya sesuatu yang berat untuk diberikan, terutamanya akibat fitnah dan angkara buruk, yang membuat seseorang itu menderita sekian lama….

    tapi berikanlah kemaafan itu, kerana ada hikmah di sebaliknya
    ikhlas dari http://hajirikhusyuk.wordpress.com

  • tun fatimah/ummuafiq

    Assalammuaalaikum ustaz,

    Jemputla ke blog saya, kalau ada yang tak elok berilah teguran.

  • gentarasa

    Salam, Tun fatimah,
    Subhanallah, cantiknya blog. Saya kagum. Teruskan usaha. Semoga Allah berkati usaha yang dibuaat oleh saudaraku ini. Berilah poadanya kebaikan dan ketenangan yang sentiasa. Amin.

  • assyahida

    salam alayk ustaz.. =)

    sangat bagus tulisan ini…terkesan di jiwa bila membacanya..

    benar, maaf mampu melepaskan belenggu dan keresahan… sememangnya ia senang dipertuturkan tapi hakikatnya sangat sukar untuk dilaksanakannya…

    kadang2, kita memang mahu bahagia dengan melepaskan kedukaan, tapi hati sering tidak rela memaafkan.. sukarnya melunakkan hati.. mungkin ini tanda adanya ego di dalam diri..? sedangkan Allah Maha Pengampun.. Astaghfirullah..

  • gentarasa

    Salam,
    Api kemarahan hanya akan membakar kita bukan orang yang kita marahkan itu. Jauhkan fitnah dan angkara buruk dengan lebih selektif memilih kawan. Jangan dikhianati berkali-kali. Memaafkan boleh, melupakan kekadang lebih sukar. Tetapi cukuplah kalau dapat kita maafkan. Jangan bertemu muka lagi, agar dapat melupakan. Tetapi kalau bertemu juga, bersahajalah. jangan terpancar kemarahan dan kebencian. Orang yang berani, tenang menghadapi orang yang “dibencinya”.

  • acu

    salam ustaz,
    benar begitu sukar untuk melupakan, setiap hari saya berusaha sehabis mungkin untuk belajar memaafkan, tetapi setiap hari jugalah saya disakiti oleh roomate. sedang mempertimbangkan untuk berpindah rumah jika itu dapat mengurangkan rasa tertekan dgn sikapnya yg suka mencari pasal. persahabatan selama 6 tahun ini langsung tidak memberi makna padanya. namun saya tidak pasti apakah keputusan yg saya buat ini akan memulihkan keadaan atau sebaliknya. minta nasihat dari ustaz. terima kasih ustaz.

  • gentarasa

    Salam acu,
    Jika keadaan masih panas dan rimas, elok diambil pendekatan menjauh dulu. Bukan memutuskan silahturrahim… kerana itu sangat berdosa. Tetapi orang putih kata, “better bend than break..” Mana tahu, menjauh sedikit menimbulkan rasa tenang dan kedua-dua pihak mula berfikir untuk memperbaiki keadaan. Namun hakikatnya persahabatan begitu. Ada dua fasa. Fasa pertama, mengenal dan tertarik kepada kebaikannya. Ini mudah. Fasa kedua (setelah bersahabat agak lama dan rapat), mengenal keburukan dan bersabar menghadapi keburukan itu. Bukan kita sahaja, dia pun begitu. Kekadang kita cuma nampak kita “sabar” dengan karenahnya. Pada dia juga mungkin sedang “sabar” dengan karenah kita. Berdoalah, supaya Allah perkukuhkan hati kita dan Allah permudahkan hati dia berubah. Dont worry, be happy! Hati-hati menjaga hati. Bila marah atau terasa hati, cepat-cepat selawat dan ingatkan hati… aku ini hamba Allah.

  • acu

    Salam ustaz,
    Terima kasih atas nasihat yg sangat2 membantu pada saat2 seperti ini. Hanya pada Allah dapat saya sandarkan harapan. Semoga persahabatan ini adalah semata2 untuk mendapat redhaNYA.
    Sebenarnya waktu beginilah, sgt sesuai untuk saya bermuhasabah sejauh mana saya menhargai nilai seorg sahabat. Astaghfirullah.. Semoga Allah mengampuni saya.

  • gentarasa

    Salam acu,
    Memaafkan petanda ketulusan dan kesedaran kita sebagai hamba Allah. Semakin mampu kita memaafkan semakin dekat kita dengan akhlak asmaul Husna – Ar Rahim, Al A’fu, Al Ghaffar. Itu juga indikator rasa sombong yang masih tersembunyi di hati. Ya Ghaffar, berilah kemampuan untuk menteladani secebis dari sifat pemaaf Mu yang tiada tandingan itu. Amin.

  • mek yah

    salam ustaz
    nak mintak izin copy artikel ni nak bagi kat adik
    kadang2 tulisan yang hebat boleh mengegarkan iman dari pertuturan….
    jazakallah khair ustaz

  • gentarasa

    Salam mek yah,
    Ya, silakan. Mudah-mudahan ada kebaikan buat kita. Syukran jazilan atas ziarah dan ukhwah.

  • nurul

    salam.ana tertarik dengan topik kemaafan ini.ustaz ana mahu bertanya tentang kemaafan . bagaimana ye jika seseorang itu mengatakan ia telah memaafkan kita tapi masih tidak boleh menerima kesilapan yang pernah kita lakukan padanya.sehinggakan berlaku retakan dalam perhubungan. sehinggakan apabila terjumpa/bertembung dengannya muka kita ini seperti suatu dosa untuk dipandang walaupun kita telah cuba berbaik denganya(my own prblem)

  • gentarasa

    Salam nurul,
    masa akan mengubat parut di atas bekas luka. Menjauhlah seketika. Insya-Allah, lama kelamaan kita dan dia akan lupa. Kita tidak boleh “kawal” dia, tetapi kawal diri kita. Jangan reaktif. Jika bertemu “belum manis”, menjauh lebih baik. Bukan memutuskan, tetapi “gencatan perasaan” seketika.

  • Ameera

    subhanaAllah…Ya Allah, mampukah hambaMu….. ustaz, mohon copy ye..mudah2an terkesan kepada sahabat2 yang lain..syukran

  • azie

    salam ustaz,
    salam ramadhan. saya amat tertarik dengan topik ini dan ada persoalan timbul di hati saya. adakah kita telah dikatakan telah memaafkan seseorang bilamana kita masih teringat kesalahannya kepada kita. bagi diri saya sendiri saya rasa saya telah memaafkan seseorang wbgmanapun saya sukar melupakan kesalahan tersebut. “it is easy to forgive but not to forget”. wassalam

  • gentarasa

    Salam,
    Untuk melupakan memerlukan masa. Syukur kalau kita masih ingat “yang kita patut melupakan”. Itupun sudah kira baik.

  • Kakcik

    salam ustaz.

    bagaimana pula kalau pasangan mengkhianati kita ? dan tidak mahu berjanji utk tidak mengulanginya lagi ? Bagaimana hendak memaafkannya dan mempercayainya lagi..

  • gentarasa

    Salam, kekadang memaafkan lebih mudah daripada mempercayai. Tepuk dada tanya iman, apakah kita masih mampu memberinya peluang yang ke 2, 3 dan sebagainya. Jika mampu ayuh, maafkan. Dan didik dan doakan dia agar boleh dipercayai semula.

  • ibnu nafis

    salam ustaz,
    kemaafan telah di berikan pada seseorang. Meminta maaf telah juga di pinta dari seseorang biarpun dia tidak mengungkapkan kemaafan. Tetapi, hati ini masih tidak tenang. Bagaimana ingin mencapai ketenangan yang sewajarnya agar diri tidak lagi dibelenggu rasa bersalah???

  • ashyfida

    salam ustaz..
    memg mudah utk lidah mengucap maaf..
    tapi hati ini kekadang tidak merelakannya..
    diri ini telah lama memaafkannya tetapi tidak kembali kepada kemesraan yang wujud antara sahabat..
    dalam meniti waktu terdengar khabar bhw dia masih dengan egoisnya…
    tidak mahu bertegur denganku dan kekuatiran ku tiba tatkala aku memelihara hubungan ku dengan Pencipta.. bagaimana amalku? sedangkan hubungan sesama manusia tidak termenterai lagi..
    ustaz.. adakala hati bingung, kemaafanku sudah dipohon tetpi kemaafan itu belum dikembalikan padaku..
    salahkah diri ini? jikalau dia mengerti bhw manusia itu tidak sempurna.. alangkah bahagia hamba itu…

  • ida79

    kenapa saya sukar memaafkan kesalahan org.saya rasa kesalahan dia terlalu sukar nak dimaafkan.rasa diri betul teraniaya.dia dah banyak tipu saya.saya dah banyak berkorban untuk dia.saya doakan dia bahagia tapi saya tak mampu nak maafkan dia

  • gentarasa

    Salam,
    kadangkala luka yang terlalu, hanya masa akan mengubatinya. Memaafkan itupun payah, apalagi untuk melupakannya. Tetapi percayalah “dia” itu hakikatnya didatangkan Allah dalam hidup kita untuk mendidik kita sifat sabar dan pemaaf. Selagi kita belum memaafkannya, kita belum lulus dalam ujian Allah. Perlahan-lahan pujuklah hati, mungkin ada dosa-dosa kita di tempat atau dengan orang lain, lalu Allah datangkan dia sebagai kifarahnya!

  • Eita86

    Salam ustaz,
    tlisan2 ustz ini amat tkesan di jiwa saya
    oleh itu saya mohon kebenaran ustaz
    untuk meminjam kata2 ustaz yg saya fikir dapat
    membantu sy dan rakan2 membaiki diri kami….
    keizinan ustaz amat sy dambakan…
    terima kasih..

  • gentarasa

    Salam Eita,
    Ya, silakan. syukran atas sokongan dalam usaha kerjasama menyebarkan ilmu/

  • c.tee

    salam …
    kata diatas..telah menyentuh hati saya. izinkan saya meminjam kata ustaz..untuk menyebarkan kepada teman2 saya…

  • peahchomel

    salam Uztaz,
    sudah dipohon kemaafan pada sahabat, sudah cuba perbaiki hubungan dgn menjatuhkan ego saya, tapi diri ini dilayan seperti tembok dn tidak dibalas seperti yang diharapkan..tidak mahu menuding jari sape yang bersalah saya mengalah.tapi setiap manusia ada limit dn saya tak mampu utk perbaiki hubungan itu. walhal dua2 ada salahnya. adakah saya termasuk dlm golongan orang yang memutuskan silaturrahim??
    tak mampu saya nak maafkan orang yang menjadi penyebab segala2nya dn pemusnah ini. Moga Allah beri saya kekuatan untuk melupakan semuanya. :(

  • Zie

    Salam…. sy berkawan dah lama, 6 tahun.. Berlaku sedikit perselisihan faham… dia menjauhkan diri.Tdk mahu bertegur sape. sy mohon maaf. Dia nyatakan kemaafannya. Tapi masih menjauhkan diri. Anggap saya tdk wujud di tempat itu..Acapkali sy cuba bertegur sape dan beramah mesra dengannya. Sikapnya acuh tidak acuh sahaja. Kdg kala sy merasakan diri ini, hidung tak mancung, pipi tersorong2… Apakah cara terbaik buat saya? Adakah perlu sy berpindah tempat kerja? Ia amat mengganggu urusan pentadbiran di situ hinggakan Boss ingin masuk campur.

  • gentarasa

    Salam,
    Jawabnya… Teruskan bertegur sapa dan memberi salam. Anda tahu anda wujud di sana. Buatlah kebaikan kerana Allah, insya-Allah, nanti Allah akan lembutkan hati hamba-hambaNya kepada kita. Amin. Jangan pindah, nanti anda akan hadapi ‘orang yang sama’ di sana dan di mana-mana!

  • zie

    salam…trm kasih atas nasihat daripada ustaz….Bagi memulihkan suasana ceria dan pandangan serta hati rakan setugas yg lain di tempat itu. Adalah baik saya mengundurkan diri. Peluang kosong ada di tempat lain…Tindakan saya bagi memulihkan keadaan. Menghidupkan suasana harmoni di tempat itu…Apa pandangan ustaz? Serta mohon nasihat buat saya sekiranya saya berpindah ke tempat lain…Byk penulisan ustaz, memberi makna dan berkesan buat saya, insan yg dahagakan ilmu..Sekian, Trm kasih…

  • RITA

    ustaz,adakah kesalahan saya cukup besar bg teman sy..kesalahan sy hanya membls msj pada kawan dia sendiri dan sy di tngal tanpa di beri peluang untuk membuktikan diri saya tak bersalh,dan kemaafan tiada lg dapat di ucapkan,sehingga sy rs resah bila tiada apa2 kata penyudahya..tolonglh saya ustaz…

  • gentarasa

    Salam,
    Kekadang masa itu sebagai penawar kemarahan dan kesedihan. Berilah masa… Jangan mengharap hasil yang segera. Jangan resah atas kesalahan pada manusia yang telah kita pohon maaf. Resahlah atas dosa kita dengan Allah. Takut taubat kita tidak diterima.

  • nurjiwa

    salam..
    nak mintak copi yer..untuk panduan bersma kwn2…

  • Sutera Qaseh

    sy pon nk mtk izin copy article ni…. TQ

  • ziela

    ustaz, bagaimana ya caranya untuk diri di maafkan? walau telah meminta maaf dan telah di maafkan..kesilapan yang lalu tetap di ungkit-ungkit….,buntu fikiran memikirkannya.Bagaimana jika kemaafan itu tidak ikhlas?Adakah dosa itu tetap ditanggung sehingga ke alam barzakh?

  • gentarasa

    Salam ziela,
    Tugas kita hanya meminta maaf dengan seikhlas hati. Tempuhi 4 syarat taubat sesama manusia. Jika sudah ditempuh, orang masih tidak maafkan… serahkan sahaja pada Allah. Semoga Allah ampunkan kita dan dia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: