RSS

KOMENTAR TENTANG BUKU DILEMA MELAYU-ISLAM

17 Ogo

88434834Sepatutnya perjalanan saya sekeluarga ke JB hujung minggu lalu untuk menghadiri majlis konvokesyen anak yang kedua penuh dengan kegembiraan. Namun sebaliknya berlaku. Fikiran dan perasaan kami sekeluarga masih terusik kenangan sedih atas pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Sepanjang perjalanan kami memutarkan nasyid-nasyid seperti kebiasaannya. Apabila tiba kepada nasyid yang dikumandangkan oleh Allahyarham, tanpa disedari air mata mengalir. Sebak. Terlalu sebak. Al Fatehah…

Saya baru pulang. Terlalu banyak “hutang” dengan pengunjung blog untuk ditunaikan. Izinkan saya menumpukan kerja traning dahulu. Saya akan ke Pahang esok. Begitu juga kerja-kerja penyemakan terakhir SOLUSI 11. Pagi tadi saya muncul seketika dalam segmen resensi buku di RTM 1 – mengulas tentang buku NOTA HATI SEORANG LELAKI. Alhamdulillah, sekadar dan setakat diizinkan Allah hari ini saya masih ok, walaupun masih batuk-batuk.

Dalam kesempatan ini saya “paste”kan sahaja pandangan seorang Profesor tentang buku saya DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Saya berdoa kecamuk politik orang Melayu-Islam, akan mereda sedikit dengan kedatangan Ramadan yang mulia. Harapan saya agar sikap cela mencela, remeh meremehkan dan tuduhan liar dapat diminimakan kalau tidak pun dihapuskan langsung.

Berikut saya lampirkan komentar Prof Puan Sri Dr Rohaty:

Saya amat tertarik dengan buku tersebut yang telah diperkenalkan kepada saya oleh Wan Ahmad Jailani Wan Ngah. Ini kerana buku tersebut merupakan satu usaha yang bersungguh sungguh untuk cuba memberi satu penawar kepada racun yang memerbahayakan “Kesehatan mental”orang orang Melayu samada dari puak PAS atau UMNO. Sebagai seorang pendakwah Pahrol sedar apa yang menghinggapi Bangsa Melayu dan Islam .Mungkin boleh saya katakan Pahrol sedih terhadap kemelut yang berlaku :konflik yang sentiasa menjadi batu penghalang kepada perpaduan umat Islam.

Namun sebagai pendakwah yang gigih beliau tenang menghadapi situasi ini dan menghasilkan buku tersebut untuk dijadikan bimbingan dan tunjukajar kepada sesiapa yang merasai diri nya bertanggungjawab terhadap kebaikan dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.Buku ini mengandungi 39 Bab yang menarik walaupun Bab Bab tersebut agak rengkas dan lebih senang habis membacanya. Judul Judul Bab menarik berpusatkan tema tema yang telah dipilih untuk menjadikan judul buku lebih ketara

.Buku tersebut berpusatkan tesis bahawa bangsa Melayu terpisah kerana :memakai “jenama”dan seolah olah atau mungkin ada puak puak bangsa Melayu yang mengakui diri mereka lebih Islam dari puak yang lain.Jadi timbul persoalan:” Siapa yang lebih Islam? Siapa yang lebih Melayu? Sewajarnya dan secara idealnya tidak timbul siapa yang lebih Islam .Ini kerana sebaik baiknya yang unggul bangsa Melayu itu adalah bangsa yang memperaktikkan agama Islam sepenuh dan sesempurnanya.

Namun Pahrol selanjutnya menegaskan Melayu=Islam belum bersatupadu dan bersifat integratif sepenuhnya dan inilah pembunuh kekuatan dan ketegapan Bangsa Melayu. Banyak konsep konsep yang dikemukakan dalam buku ini bersama istilah istilah yang mencabar. Buku ini mahu dijadikan oleh Pahrol asas untuk Reengineering Bangsa dan Agama. Reengineerring yang bermaksud menjana semula dan menjana semula berdasarkan faktor faktor sejarah dan Al Quran dengan mengambil ikhtibar dari kemelut yang dihadapi Bangsa Melayu dewasa ini.

Itu sebabnya Pahrol menyebut Bangsa Melayu sudah mati akar dan jika sesuatu Bangsa sudah mati akar atau ROOTS maka akan matilah Bangsa tersebut. Ibarat pohon jika akar sudah mati lambat laun akan tumbanglah pohon ini rebah ke bumi. Pahrol melafazkan perasaan beliau bahawa orang Melayu mungkin tidak sedar bahawa mereka terlibat dalam politik kotor dan ini mungkin merugikan Bangsa Melayu sendiri.

Banyak perkara perkara tidak produktif dilakukan saperti membesar besarkan perbezaan berasas parti politik. Pahrol membandingkan dengan kaum Cina yang sentiasa ada rangkaian dan mahu membantu diantara satu dan lain.

Menyorot dari kulit Buku ini kekuatan buku ini dimanifestasikan dalam lima perkara iaitu (a) Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara sepadu (b)Asas kesucian zikir (kebersihan hati)dan kekuatan fikir(*teknologi)(c)pelaksanaan politik sebagai satu ibadah (d)Memanafaatkan persamaan bukan perbezaan dan akhir sekali (e )Persaingan sehat melalui berfikir.

Pahrol memohon pembacanya membuat refleksi tentang bagaimana Rasulullah membina bangsa bermaruah sedangkan awalnya terkenal Barbar dan Jahiliah. Ikhtibar dari Buku tersebut adalah keperluan Bangsa Melayu banyak berfikir dan banyak berzikir. Dengan demikian Bangsa Melayu memperolehi kekuatan yang lebih untuk bersatupadu dan memartabatkan bangsa dan agamanya

. Buku ini wajib menjadi pembacaan setiap remaja yang bakal menjadi pemimpin negara. Buku ini perlu dilihat tanpa perjudis dan membacanya dengan fikiran terbuka . Buku ini sewajarnya dapat menginsafi orang melayu yang duduk dalam khemah PAS dan orang Melayu yang duduk dalam khemah UMNO kerana masing masing hingga ke hari ini masih terpisah oleh gelombang politik ( Siapakah yang lebih Islam diantara kita? Siapakah yang boleh menjanjikan syurga?)

Buku ini sewajarnya membangunakan orang melayu yang tertidur dan berada dalam zon keselesaan dan mereka yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkorban untuk bangsa dan agama. Buku ini sewajarnya dibaca oleh setiap orang Melayu yang merasakan dia bertanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, bangsanya dan agamanya.

Tahniah saya kepada Pahrol kerana usahanya. Semuga diberkati Allah swt.
Posted by Prof Puan Sri Dr rohaty at 12:19 PM

Komentar 1: Dayang Kalsum said…

Tahniah dan syabas kepada saudara Pahrol kerana telah menyampaikan satu mesej berguna melalui bukunya untuk renungan semua umat Melayu Islam di negara ini.

Menurut saya, bangsa Melayu telah ketandusan idea dan akal sehingga terpaksa mencaci saudara sendiri untuk menjatuhkan lawan. Tanpa sedar, mereka telah menjatuhkan maruah bangsa dan agama sendiri..jadi, siapa yang benar-benar Melayu?, siapa yang benar-benar Islam?..bangsa lain melihat sambil mendengar, kemudian ketawa..Oleh itu, bangsa Melayu perlu insaf dan memperbetulkan semua yang dusta supaya semua tanggapan negatif terhadap bangsa kita akan pudar dan hilang selamanya.

July 16, 2009 3:39 AM

Komentar 2: Shairatul Azlin, UKM said…

Prof, saudara Pahrol bukan berseorangan merasai kesedihan akibat kemelut yang melanda masyarakat Melayu kini..ramai lagi yang berkongsi kelukaan akibat perpecahan masyarakat Melayu kini..hakikatnya, Melayu kini bukan sahaja dipisahkan oleh fahaman politik, malah tanpa disedari kini terdapat banyak lagi isu seperti pengaruh dan anasir Barat serta negatif yang menyelinap ke dalam jati diri anak-anak Melayu…dulu, yang menyatukan kita ialah nilai-nilai murni dan pegangan kuat terhadap agama suci kita iaitu agama Islam,,kini, semakin kita jauh dari pegangan tersebut, semakin jauhlah kita di antara satu sama lain..marilah kita renungkan bersama…:)
July 18, 2009 6:33 AM

Komentar 3: minn arash said…

Jika kata-kata Hang Tuah “Takkan hilang Melayu di dunia” hendak dijadikan satu realiti, orang-orang Melayu perlu bersatu semula dan bangkit dari kelekaan berpolitik.

Masya-Allah,  La hawla wala quwataillah billah. Demikian antara komentar yang saya lampirkan. Syukran atas perhatian semua. Semoga Allah  hindarkan  umat ini daripada sengketa dan bencana yang berpanjangan. Amin.

 
28 Komen

Posted by di 17 Ogos 2009 in Uncategorized

 

Label: , , , ,

28 responses to “KOMENTAR TENTANG BUKU DILEMA MELAYU-ISLAM

  1. naja

    17 Ogos 2009 at 2:22 pm

    salam.

    saudara,saya baru sahaja membeli buku tersebut semalam.

    komentar2 yang diberikan cukup memberikan gambaran bahawa tindakan saya membeli buku ini tidak sia-sia.

    semoga saya memperoleh manfaat daripada hasil tulisan saudara.

    teruskan berkarya!

     
  2. muhammad fakhruddin

    17 Ogos 2009 at 6:36 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    di tengah 2 arus yang berkecamuk dalam umat Melayu-Islam kita(mungkin kini ada lebih daripada 2),masih ramai lagi yang bersikap atas pagar.Lebih sesuai dikatakan,golongan yang kecewa(bukan Khawarij) terhadap apa yang berlaku dalam dan di antara 2 arus tersebut.

    Ya,masih ramai yang mengharapkan perpaduan. Cuma hanya segelintir yang benar-benar terbuka dan berlapang dada melaksanakannya.Itulah penghalang terbesar perpaduan,ditambah dengan rencah isu khilaf diperbesarkan dalam kancah yang salah,iaitu kancah politik.

    Tahniah Ustaz,kerana buku Ustaz sememangnya memberi perspekstif baru dalam memahami isu ini.

     
  3. Iman

    17 Ogos 2009 at 7:06 pm

    salam ziarah ustaz.

    Semoga dpermudahkan segala urusan oleh ALLAH.Alhamdulillah, terasa kenyang menimba ilmu di sini.Jazakallah ustaz.

    wassalam

     
  4. Mohamad Fisal B Abdul Karim

    18 Ogos 2009 at 9:06 am

    Sebuah buku yang relevean dibaca oleh semua rakyat Malaysia dalam situasi sekarang.Fikir dan bertindak sebelum terlambat..Ustaz Pahrol berani memberi idea dan pendapat untuk difikirkan secara serius kepada setiap golongan.Tahniah Ustaz Pahrol

     
  5. khairul

    19 Ogos 2009 at 8:43 am

    hanya dengan mengambil Islam sepenuhnya bukan cebisan-cebisan yang selari dengan nafsu kita sahaja barulah Melayu akan selamat…. dan terlepas dari penjajahan sekularisme selama 52 tahun .

     
  6. gentarasa

    19 Ogos 2009 at 9:34 am

    Salam khairul,
    Ya, saya bersetuju benar dengan apa yang dikatakan. Melayu hanya kukuh, bila Islam dalam dirinya teguh. Hidup Islam, hiduplah Melayu. Dan Islam yang mesti dihidupkan ialah Islam yang penuh dan menyeluruh!

     
  7. gentarasa

    19 Ogos 2009 at 9:47 am

    Salam akhi Mohamad Fisal b. Abdul Karim,
    MasyaAllah, lahawla wala quwata illa billah. Ya, harapan saya begitulah. Walaupun saya bukan orang besar tetapi niat dan harapan saya besar. Ingin melihat bangsa saya bersatu di bawah panji-panji kebenaran yang datang dari Al Haq! Tahniah, buat saudara juga. Tanpa pembaca, penulis akan terkapa-kapa dengan ideanya sahaja.

     
  8. gentarasa

    19 Ogos 2009 at 9:51 am

    Salam Iman,
    Syukran, mudah-mudahan kita terus bersama dalam majlis ilmu di alam nyata dan siber. Majlis itu adalah taman dari taman-taman syurga. Semoga bahagia di raudatul jannah. Amin.

     
  9. gentarasa

    19 Ogos 2009 at 9:57 am

    Salam Muhammad fakhuruddin,
    Kita sedih. Tetapi tentu ada hikmah takdir Allah yang menetapkan begitu. Kadangkala begitu sukar bersuara tanpa dicap “orang mana”? Pada hal kita mengharap mana pihakpun bersatu dalam perkara-perkara yang pokok, manakala dalam hal ranting kita bertasamuh (berlapang dada). Lebih sukar lagi berdepan dengan fahaman ” siapa yang tidak bersama kami adalah musuh kami.” Padahal mungkin kita tidak bersama hanya kerana pendekatan yang berbeza. Tidak ada perpaduan dengan membelakang Islam… namun tidak semua masalah perlu didekati secara siasah. adakalanya pendekatan dakwah dan tarbiah lebih menusuk dan menyejuk! Walla hu aklam.

     
  10. gentarasa

    19 Ogos 2009 at 9:59 am

    Salam naja,
    Syukran atas sokongan dan dokongan. Mudah-mudahan kalau tidak seluruhnya tepat pun, buku itu boleh dijadikan “batu loncatan” untuk mendapat yang lebih benar dan tepat. Kita terus mencari! Ya, saya akan terus berkarya. insya-Allah!

     
  11. ikhsaninsan

    19 Ogos 2009 at 2:25 pm

    salam, saya baru dapatkan buku ustaz yang ini, dah lama dah nak beli, tapi still sejujurnya saya masih mencari komen2 pembaca lain ttg buku ini, akhirnya saya beli juga , alhamdulillah, setelah membaca komen2 diluar dan juga didalam alam maya . insyaAllah, nak cuba melihat isu utama tentang melayu dalam buku ustaz…

    berlapang dada dalam menuntut ilmu,…insyaAllah..

     
  12. munirah sulaiman

    23 Ogos 2009 at 12:07 pm

    Salam ustaz.

    Alhamdulillah, laptop dah selamat dibaiki semalam. Sekarang saya boleh menyorot setiap artikel ustaz dengan lebih mudah lagi,insyaAllah.

    Buku ustaz sudah saya dapatkan 26 Ogos lalu, sekadar menyebak beberapa topik yg menarik akibat kekangan masa kebelakangan ini. Apa yang penting, isi kandungan secara keseluruhannya mengarah ke pemikiran yang kritikal. Bukan sebuah buku yang isinya santai; serius, namun tetap hebat cara pendekatan ustaz.

    Apa yang saya katakan kepada adik, ” Buku ni lebih dari berbaloi untuk harganya” Satu kerugian jika tidak memilikinya. Pengarang kritis seperti ustaz amat jarang-jarang saya temui. Mungkin saya kurang mengambil tahu , tapi apa yang penting, teruskan usaha ustaz. InsyaAllah,saya akan cuba habiskan baca secepat mungkin dan suggestkan buat kawan-kawan yang lain.

    Selamat menunaikan ibadah puasa =)

     
  13. gentarasa

    24 Ogos 2009 at 9:17 am

    salam Munirah,
    Syukran kerana membaca buku saya. Saya sangat hargainya. Buku yang mana? kalau boleh saya tahu. Selamat berpuasa. Insya-Allah, anggaplah puasa yang kita jalani ini, puasa yang terakhir dalam hidup kita. Tidak ada jaminan kita akan bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Jadi, kalau ada rasa seperti itu kita akan buat yang terbaik. Tolong, doakan saya. Kekadang doa kita untuk diri kita kurang tajamnya, tetapi doa untuk sahabat yang lain lebih berkesan. Ya, Allah, bantulah kami agar gagah mujahadah dalam bulan Ramadan ini. Biarlah lebih baik daripada yang sebelumnya. Amin.

     
  14. munirah sulaiman

    24 Ogos 2009 at 10:26 am

    Salam ustaz.

    Buku Dilema Melayu-Islam. Typo kat komen atas tu, saya beli 16 Ogos lepas. Baru berkesempatan. Buku Tentang Cinta yang sangat- sangat best tu saya beli April 2007. Alhamdulillah, menjadi sumber rujukan yang sangat-sangat bermanfaat. Banyak sangat input ustaz, sangat saya bersyukur, dengan point of view ustaz, saya lebih mudah melihat dunia dengan mata hati. Sedar akan ketentuan yang Allah tetapkan buat setiap hambaNya. Yakin yang jodoh itu tetap akan tiba. Dan apa yang lebih penting, berusaha belajar menyayangi DIA daripada si dia. Buku ustaz telah acapkali saya recommend buat sahabat dan alhamdulillah, pendapat kami serupa. Majoriti semua gembira dan berpuas hati dengan karya ustaz. Apatah lagi, dalam pada masa keadaan remaja yang semakin parah, buku dan artikel ustaz banyak memberikan nasihat, mengajak pembaca- pembaca muda secara amnya, berfikir, mempraktikkan cara hidup yang lebih bermoral mengikut syariat Islam ; tanpa perlu menggunakan bahasa yang berat dan sarat. Santai tapi padat. Alhamdulillah.

    Kadang- kadang hati gusar. Selalu jiwa kacau. Apatah lagi ketika sedang meningkat dewasa. Terasa lemah, kerdil, bila berhadapan dengan dunia dan godaan-godaannya. Berjauhan dengan keluarga lagi mematangkan saya. Alhamdulillah. Namun panduan-panduan serta pandangan hidup dari perspektif dan kacamata orang lain juga perlu saya susuri, agar saya tidak mudah melatah atau tersilap langkah.

    Masih banyak yang perlu saya pelajari, ustaz. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah menerima doa-doa kudus dari diri-diri kerdil ini. Amiin..

     
  15. nkamariyah

    26 Ogos 2009 at 2:36 pm

    alhamdullillah..

    walaupun belum mbaca sepenuhnya buku ini, namun telah melepasi lebih daripada separuh..
    saya mengakui buku ini benar2 merupakan lontaran idea yang benar2 kritis dan mencabar minda pembaca…

    secara jujurnya, saya benar2 tertarik dengan olahan buku ini..sesuatu yang membuatkan saya terfikir setelah saya mebaca buku ini, relevankah politik kepartian wujud di dalam negara kita? apakah pengakhiran kepada konflik dua parti utama yang wujud di Malaysia?

    hmm..kemana ya? namun setelah diamati realiti perjuangan politik di Malaysia, saya berpendapat konflik antara kedua2 parti utama ini takkan berakhir selagi mana ada pihak yang masih berjuang berasaskan kepentingan individu dan kroni semata..dalam makna kata yang lain, titik pertemuan kedua2 parti ini takkan bertemu sekiranya perjuangan masing2 tidak didasarkan kepada kepentingan ummah dan agama

     
  16. Nuaeman

    29 Ogos 2009 at 3:46 am

    Saya belum berkesempatan untuk membeli buku ini walau telah lama saya melihatnya dipasaran. Membaca reaksi Prof tu tak sabar pulak untuk saya memilikinya. Insyaallah akan cuba dapatkan secepat mungkin.

    Saya sendiri resah dengan delima yang melanda melayu islam sekarang.

     
  17. gentarasa

    1 September 2009 at 11:48 am

    Salam Nueman,
    Kita berkongsi kebimbangan. Dan setiap kita ingin melaksanakan pembaikan. Ya, Allah tunjuki kaumku.

     
  18. gentarasa

    1 September 2009 at 12:19 pm

    Salam munirah,
    Minta maaf kerana lambat respons atas tulisan munirah yang sangat saya hargai. Jadual bulan puasa telah berubah… sedangkan saya masih biasa-biasa sahaja. Masih tercari-cari rentak untuk menulis di blog ini.
    MasyaAllah, la hawlawala quwata illah billah. kalau ada yang baik dari saya, itu hakikatnya daripada Allah. Yang buruk pasti ada, dari diri sendiri.
    Remaja zaman ini lebih adventrous, dinamik dan berani… pendekatan perlu dipelbagaikan.
    Sama-sama kita terus belajar. Saya menulis ini di celah-celah sela masa sewaktu mengendalikan program di UPM. Insya-Allah, bila kelapangan nanti kita terus berbincang dengan lebih santai dan panjang.

     
  19. norashikin abu bakar

    17 Oktober 2010 at 8:09 pm

    Assalamualaikum …

    Ustaz bagaimana saya ingin memiliki buku yang bertajuk :
    Dilema Melayu Islam dan adakah masih ada stok di dalam Telaga Biru .

    Sekian sahaja terima kasih

    Wassalam

     
  20. gentarasa

    21 Oktober 2010 at 10:06 am

    Saudara/i boleh terus sahaja hubungi Telaga Biru atau Storm Readers dan juga kedai buku yang tertera dalam blog ini. Insya-Allah boleh diurus secara pembelian pos.

     
  21. go to post

    16 September 2012 at 9:31 pm

    Hello there, You have done a great job. I’ll certainly digg it and personally suggest to my friends. I’m
    sure they’ll be benefited from this website.

     
  22. http://www.genf20plus-reviews.info

    30 Januari 2013 at 2:16 am

    Unquestionably believe that which you stated.
    Your favorite justification seemed to be on the net the easiest thing to be aware of.
    I say to you, I definitely get irked while people consider worries that they plainly don’t know about. You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side effect , people can take a signal. Will likely be back to get more. Thanks

     
  23. this page

    18 April 2013 at 7:22 pm

    I tend not to leave a response, but after browsing a bunch of responses on
    this page KOMENTAR TENTANG BUKU DILEMA MELAYU-ISLAM | Genta Rasa.
    I actually do have a few questions for you if you tend not to
    mind. Is it simply me or does it look as if like a few of the comments look
    like they are left by brain dead folks? :-P And, if you are posting at additional online social sites,
    I would like to keep up with anything fresh you have to post.
    Would you post a list of every one of your public pages like
    your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

     
  24. pay tv anbieter deutschland

    2 Mei 2013 at 10:38 pm

    Hi i am kavin, its my first time to commenting anywhere, when i read this article i
    thought i could also make comment due to this brilliant paragraph.

     
  25. new seo technology

    2 Jun 2013 at 5:36 am

    I really love your website.. Excellent colors & theme. Did you build this amazing site yourself?

    Please reply back as I’m wanting to create my very own website and would love to find out where you got this from or just what the theme is named. Thanks!

     
  26. how to lose weight

    28 Jun 2013 at 10:39 am

    My spouse and I stumbled over here by a different web address and thought I should check things out.
    I like what I see so now i’m following you. Look forward to exploring your web page again.

     
  27. hafiza bt sulaiman

    7 Julai 2013 at 5:54 pm

    assalamualaikum, ustaz dimana dan bagaimanakah boleh saya dapatkan buku dilema melayu islam ini. sudah banyak kedai buku dan kedai buku online yang saya cari, namun semua tidak ada stok buku ini. sangat mengharap dapat membaca buku ini.

     
  28. Modesta

    1 Disember 2013 at 2:23 pm

    I think this is one of the most significant information
    for me. And i am glad reading your article. But wanna remark on few general things, The web site
    style is ideal, the articles is really excellent : D.
    Good job, cheers

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,217 other followers

%d bloggers like this: