Looking for Something?

KALAU BENAR INGIN MENDAHULUKAN RAKYAT!

Author:

hedonismeBagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (tauhid), pandangan hidup (“mind-set”) dan asas nilai yang kukuh. Langkah “back to basic” (kembali kepada fitrah) ini mestilah bermula dengan membina sifat ikhlas dalam diri ahli-ahli politik.

Satu ketika dahulu, gagasan berpolitik sebagai satu ibadah pernah diuar-uarkan. Gagasan itu seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan parti politik untuk bermuhasabah apakah prinsip, pendekatan dan pelaksanaan agenda politik mereka sudah boleh dianggap ibadah?

Kita sangat mengalu-alukan jika saranan itu dibuat dengan hati yang tulus dan serius. Siapa yang tidak inginkan pejuang agama, bangsa dan negara yang ikhlas? Pembinaan sifat ikhlas tentulah bermula dengan meletakkan segala urusan atas niat kerana Allah.

Lalu apa maksudnya “kerana Allah” dalam berpolitik? Sebagai permulaan, tujuan politik itu mestilah dikaitkan dengan tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah yakni menjadi hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi.

Untuk menjadi hamba Allah, ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada-Nya. Ini soal akidah. Dan sebagai khalifah ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan profesional berpandukan peraturan (syariat) Allah.

Dalam konsep berpolitik sebagai satu ibadah, Allah mesti menjadi paksi segala dorongan (“God Centred”). Pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara mestilah berpandukan syariat. Inilah teras sifat ikhlas, yakni merasakan berbuat atau meninggalkan sesuatu hanya kerana dan untuk Allah.

Keikhlasan hanya akan dapat diperkukuhkan jika iman disuburkan, syariat diamalkan. Pada ketika itu kedudukan dan jawatan dilihat sebagai satu amanah bukan lagi satu anugerah. Politik akan dilihat sebagai satu peluang untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

Dengan menghayati konsep tersebut barulah lahir ahli politik yang benar-benar bertanggungjawab (sanggup menanggung dan menjawab di depan Allah apabila dipersoalkan di akhirat kelak). Di akhirat nanti apa yang kita tanggung di dunia, akan disoal dan kita mesti menjawabnya di hadapan Allah.

Bagi ahli politik jenis ini, kerja-kerja politik adalah juga urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal kepentingan diri dan parti di dunia tetapi berkait terus dengan amanah Allah dan nasibnya di akhirat.

Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep politik sebagai satu ibadah ini, maka dengan sendirinya kepentingan rakyat akan di dahulukan. Mendahulukan rakyat bererti “mengemudiankan” diri sendiri. Sikap mengutamakan kepentingan orang lain bukan mudah dicapai kecuali oleh mereka yang benar-benar beriman.

Hanya orang beriman sahaja yang boleh mencintai orang lain seperti mana mencintai diri sendiri. Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencinta saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”

Yakinlah, hanya dengan pendidikan iman akan melahirkan ahli politik yang ikhlas. Dan hanya ahli politik yang ikhlas mampu mendahulukan kepentingan rakyat!

Feedback

10
  • peluncurIslam

    jazakallah ustaz atas perkongsian yg manfaat ini..

  • wan

    salam, susah untuk melihat keikhlasan pemimpin di zaman sekarang ni. baik kerajaan atau pembangkang.

  • shafifah

    Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan

    KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/scan1_cr.png

  • Mujahid ANBU

    salam ustad..soal akidah..soal hati pemimpin..perlu sangat diperkuat dan tingkat…saya gusar..akibat politik yang tidak matang..mencari kesalahan menghina dan mengherdik akan menjadi norma medan politik..asas nya..perlu kembali kepada Allah..berpegang kepada Alquran dan assunnah..seperti katamu…

  • Firdaus Rahim

    Salam ustaz, alhamdulillah ketemu juga dengan blog ustaz ni. last jumpa ustaz semasa muslim youth camp anjuran di kyuem.

    Dan dengar kuliah ustaz pasal cinta di radio ikim. ustaz cerita cinta dalam poligami ni macam arial tv. apabila satu tv dapat signal, tv lain tidak terksan dan berkurangan penerimaannya.

    Selamat menulis ustaz.

  • Zayu Hisham

    Semoga rakyat Malaysia dipelihara dan mendapat kerahmatan Ilahi. Semoga pemimpin menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan seikhlasnya.Hidup di dunia hanya sementara.Tiada apa yang ingin dikejar atau dikaut, walaupun harta seluas lautan biru sekalipun, kita tidak akan pernah cukup.Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan.

  • gentarasa

    Salam Zayu,
    Benar, dunia yang haram dan syubahat bagai air laut. Makin diminum, makin haus. Jika para pemimpin ingat mati, insya-Allah hidup rakyat akan harmoni. Ya, Allah tunjuki pemimpin-pemimpin kami dengan hidayah dan taufik-MU. Amin.

  • gentarasa

    Salam Mujahid,
    Saya berkongsi kebimbangan dfengan mu. Politik kita terlalu celaru. Semoga Allah beri hidayah kepada pemimpin-pemimpin kita tidak kita di pihak manapun mereka berada. Amin.

  • Benjamin joseph

    salam
    tiada iman selagi berpolitik, tiada keiklasan selagi berpolitik,sebab seorang yang berpolitik ia boleh memutar belitkan semua fakta dan lain2.

  • puteri abah

    terima kasih ustaz..

Leave a Reply

%d bloggers like this: