RSS

ORANG BAIK MATI CEPAT…

04 Sep

sb10064839t-002Salam sahabat-sahabat pengunjung. Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak. Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat!

Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.

“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.

“Kenapa?”
“Tak kan orang yang baik terdiri daripada para ulama sahaja. Bukan ulama pun ada juga yang baik.”
“Ya, tak ya juga.”
“Kau pernah lihat atau dengar orang jahat mati lambat?” tanya saya mengulangi soalan terdahulu.
“Susah kita nak tentukan seseorang tu baik atau jahat…”
“Tetapi Allahyarham sahabat kita ini orang baik bukan?”
“Insya-Allah. Amin,” jawabnya perlahan namun penuh kepastian bercampur harapan.

“Saya rasa mungkin ada sebab yang lain,” kata saya memulakan semula perbualan. Kami berdua-dua benar-benar kesedihan. Perbualan ini sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan itu. Sahabat yang baru meninggal itu bukan calang-calang orang, jasanya dalam dakwah dan pendidikan Islam telah diakui ramai. Jasanya jauh lebih “panjang” berbanding usianya.

“Imam Safie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun. Imam Nawawi lebih muda daripada itu,” tambah sahabat saya tanpa memberi respons tentang “:mungkin ada sebab lain” yang saya katakan sebelumnya.
“Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat, orang jahat mati lambat,” saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.
“Apa yang kau rasakan? Ada sebab lain?”
Saya pula yang tersenyum. Dia juga sahabat akrab saya. Entahlah antara kami siapa yang akan meninggalkan siapa? Ya, siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu. Tidak tahu bila, tetapi saat itu pasti tiba. Orang yang berbual tentang kematian pun akan mati juga.

“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah berdiam agak lama.
“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.
“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”
“Maksudnya?”
“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”
Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.

“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
“Sambungannya ini akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati terlalu lambat,” tambah saya tanpa memberi sambungan yang dipintanya. Biar “suspen” sedikit.
“Sambungannya begini… tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!”
“Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat, ops… dirasakan mati lambat,” katanya membetulkan ayat bagi menerangkan maksudnya yang sebenar.
“Mengapa?” tanya saya memberi laluan kepadanya untuk menjelaskan.

“Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hati dalam “merasakan” kejahatan dirasakan sudah terlalu lama. Ya, sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
“Ah, sekarang giliran dia… Giliran kita bila agaknya?”
Saya melencongkan sedikit arah perbualan kerana ada kisah yang menerjah ruang ingatan. Kisah benar beberapa bulan yang lalu ketika saya menziarahi seorang ulama yang baru pulih daripada strok.

“Enta tahu berapa orang yang menziarahi ana sewaktu ana terlantar dulu yang telah mati?” tanya ulama yang sangat saya segani itu.
“Sewaktu tu ana terbaring tidak dapat bergerak dan bercakap. Tapi ana masih kenal orang-orang yang datang ziarah ana. Ramai anak murid yang ziarah dan mendoakan ana. Sewaktu tu harapan ana untuk pulih hanya 50-50. Dalam ramai-ramai anak murid tu ada yang menangis sambil berdoa minta kepada Allah untuk menyembuhkan ana…”
“Alhamdulillah, makbul doa mereka tu. Sekarang ustaz dah sembuh,” ujar saya.
“Alhamdulillah dan innalillah.”
Kenapa innalillah, gumam saya dalam hati?

“Alhamdulilllah sebab Allah sembuhkan ana. Innalillah sebab ada di antara yang mendoakan ana itu telah meninggal dunia,” jawab ulama itu seperti dapat meneka pertanyaan hati saya.
“Ajaib benar kematian ini. Orang sakit yang dirasakan akan mati hidup, orang sihat yang mendoakannya pula yang mati. Bukan seorang, tetapi ana kira sepanjang tempoh enam bulan ana terlantar hingga kini sudah 8 orang yang menziarahi ana dahulu telah meninggal dunia!”
“Apa yang kau menungkan?”
Tiba-tiba kawan saya memutuskan lamunan panjang saya. Dia memandu perlahan sahaja. Mungkin dia juga sedang melayan lamunannya.

“Saya tertanya-tanya bila pula agaknya giliran kita?”
“Apakah datang dengan tiba-tiba atau sudah dijangka?”
“Itu tidak penting. Yang penting apakah kita diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?”
“Alhamdulillah, sahabat kita meninggal semasa melaksanakan aktiviti kebaikan.”
“Kau tahu, saya ada cerita tentang kematian yang sangat menakjubkan. Malah menimbulkan cemburu di hati,” tambah saya.
“Cerita benar?”
“Baru berlaku dua bulan yang lepas…”

Saya mula bercerita tentang seorang lelaki abang kepada kawan isteri saya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Allahyarham meninggal sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di dalam masjid.
“Alhamdulilah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini,” ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita,” pintas saya perlahan.
“Macam pernah dengar sahaja ungkapan tu.”

“Itu kata-kata Imam Ghazali,” kata saya mengingatkan.
“Saya agak terlupa akan maksudnya.”
“Kau tahu mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?”tanya saya. Saya pun bercerita lagi. Menurut kawan isteri saya itu abangnya memang orang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Kerja kampung seperti ambil upah menebas, membersihkan kebun di samping berniaga secara kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri. Ya, hanya orang yang sering ke masjid yang “terpilih” mati di sana. Dan orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat. Siapa yang hidup secara baik akan mati baik. Insya-Allah.

“Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi. Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya, itu lebih utama.”
“Ada yang lebih utama daripada itu… yakni menentukan cara hidup yang baik! Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, ” saya mengingatkan.
“Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita mengingati Allah?”
Kali ini dia pula yang mengalih arah perbualan.
“Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya-Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita.”

“Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sekumpulan pendakwah ketika masih di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, sampahlah yang akan bertabur dan tersembur ke luar.”
“Maksudnya?”
Kali ini saya pula yang menagih penjelasan daripadanya.
“Samalah seperti manusia. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikirullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang akan tersembur keluar di saat kematiannya. Tak kanlah lori sampah akan mengeluarkan pasir apabila berlanggar?”
“Cantik dan tepat sekali analogi itu.”

“Kita berhenti makan sedikit, ok?” ajak sahabat saya sambil membelok ke tepi jalan. Sebuah warung sederhana di tepi desa itu menjadi persinggahan kami. Memang agak lapar juga rasanya. Sejak awal pagi (sewaktu mendengar berita kematian) hingga jam 5 petang waktu itu kami tidak menjamah apa-apa. Hampir terlupa makan dek rasa terkejut tentang kematian yang itu.

Ketika mengambil lauk di warung itu, hati saya jadi sayu tiba-tiba. Bergenang air mata tanpa disedari apabila melihat masakan tempe goreng pedas kering bersama tahu, ikan bilis dan kentang hiris – masakan Jawa! Itulah masakan yang sering dihadiahkan oleh Allahyarham sahabat saya kepada keluarga saya sewaktu kami tinggal berjiran beberapa tahun yang lalu. Dia akan berkata, “ini kiriman ibu saya, mari kita kongsi bersama.” Dan perasaan saya sekali lagi “mengalahkan” logik akal saya. Perasaan saya terlalu sayu bila hati saya terus dan tetap berkata, “memang orang baik, mati cepat!”

 
59 Komen

Posted by di 4 September 2009 in Iktibar Kisah

 

59 responses to “ORANG BAIK MATI CEPAT…

  1. taj

    4 September 2009 at 5:55 am

    Salam,

    Terima kasih. Terkesan saya dgn entri ini, begitu terasa diri ini belum cukup baik utk mati..
    Ya Allah, kau akhirilah kehidupan kami dgn khusnul khatimah dan sentiasa mengingatimu..

     
  2. Zayu Hisham

    4 September 2009 at 11:32 am

    Salam…satu peringatan berguna buat semua. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Yang Maha Esa. Dan terlindung daripada melakukan sesuatu perkara dimurkai-Nya.

     
  3. Sakinah Amin

    5 September 2009 at 7:03 pm

    Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.. Itu janjiNYA.. Dan kematian itu adalah nikmat bagi org2 yg beriman kerana ia adalah wasilah menuju ALLAH.. Inza ma’an..

     
  4. mujahidah

    6 September 2009 at 4:40 am

    Sayu apabila baca enry ini… Hanya Allah yang tahu bila ajal maut kita, semua ada hikmah mengapa Allah rahsiakan daripada pengetahuan kita. Moga kita tergolong orang2 yang bertaqwa. Ramadhan makin meninggalkan kita, tetapi saya tidak pasti adakah masih berkesempatan utk menyambut Ramadhan pada tahun depan….

     
  5. mujahidah

    6 September 2009 at 4:40 am

    Sayu apabila baca entry ini… Hanya Allah yang tahu bila ajal maut kita, semua ada hikmah mengapa Allah rahsiakan daripada pengetahuan kita. Moga kita tergolong orang2 yang bertaqwa. Ramadhan makin meninggalkan kita, tetapi saya tidak pasti adakah masih berkesempatan utk menyambut Ramadhan pada tahun depan….

     
  6. muhammad

    6 September 2009 at 8:37 am

    syukran for the sharing..

     
  7. anak baik

    6 September 2009 at 11:57 am

    Abuya,
    sangt berkesan dn menyayatkn hati.. doakan jah dn keluaga,abuya.

    yg penting,kita memulakan amal kerana Allah dn harapan akhirnya adlh menharapkn keredaan-Nya..

    Sayang Abuya!

     
  8. mazlan abu

    6 September 2009 at 12:44 pm

    …rakan saya pernah cakap 10 tahun dulu; kau cuba perhatikan apabila nak masuk ramadhan, MESTI ada sesorang yang kita KENALI akan meninggal… samada waris kita, kawan atau tokoh/ pemimpin/ individu yang dikenali ramai… akan meninggal dunia di kala hampir ramadhan atau dalam bulan ramadhan.

    …pengamatan beliau sentiasa menepati & sekarang dah masuk 15 tahun pemerhatian saya. bermakna teori ini sudah 25 tahun membuktikan.

    “Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita” kita terlalu fikir tentang akhir kalam mereka tetapi kita gagal ambil ikhtibar bagaimana cara hidup mereka.

     
  9. musafir87

    6 September 2009 at 8:28 pm

    Salam singgah ustaz. baru pulang dari ceramah ustaz bertajuk Surat Cinta Dari langit diUTM sebntar tadi. Saya si cameraman. ak sempat berbual-bual dengan ustaz, sedangkan niat saya sebelum keceramah tersebut adalah teringin bebrual dengan ustaz. sekadar sempat meminta tandatangan ustaz ketika ustaz menunggu untuk berbuka dan sempat bersalaman ketika sesi bergambar. jemput singgah ke blog saya.

     
  10. ummuabbas

    7 September 2009 at 4:00 am

    Salam alaikum Ustaz,

    Jazakumullah atas perkongsian ilmu dan pengalaman ini.
    Seorang Tok Guru pondok mati dalam keadaan sujud semasa solat Subuh.

     
  11. Ummu Humaira

    7 September 2009 at 6:57 am

    Suatu hari nanti kita akan pergi
    Pergi yang takkan kembali lagi
    Pada hari bertemu Allah
    Semoga kita dari kalangan yang ‘dijemput’ pulang
    Bukannya yang ‘diheret’ dengan kebencian
    Pada hari bertemu kekasih
    Semoga kita redha dan direhaiNya
    Cinta dan dicintaiNya

     
  12. gentarasa

    7 September 2009 at 7:48 am

    Salam sunah,
    Alhamdulilah cantik blog akhi. Muda-muda lagi dah hebat berjuang. Semoga terus istiqamah sampai bertemu “yakin”. Maaf, sebenarnya itulah pertama kali saya bercakap tentang Al Quran secara khusus. Permintaan daripada seorang sahabat (ayah Aiman) terlalu tinggi untuk ditolak. Dia sahabat akrab saya. Dia sendiri sanggup memandu. Jauh tu. Selalunya, saya hanya menerima amanah ceramah atas tajuk yang benar-benar saya fahami dan hayati. Tetapi semalam… ah tak palah. Demi anak-anak yang ghairah berjuang. Salam saya kepada sunah. Insya-Allah, semoga kita berjumpa lagi nanti.

     
  13. gentarasa

    7 September 2009 at 7:49 am

    Salam mujahidah,
    Amin ya Allah. Ampuni dosa kami bakarah fasa pengampunan separuh Ramadan ini. Amin ya Allah, amin…

     
  14. gentarasa

    7 September 2009 at 7:58 am

    Salam musafir87,
    Maaf tak sempat lama di UTM. Saya perlu pulang segera ke KL. Saya bertemu dengan awak dan sahabat-sahabat. Kejap tetapi terasa kemesraannya. Ya, saya akan ziarah ke blog awak. Doakan saya ya. kalau ada gambar please kirimkan… just untuk imbau kenangan. Ah, surat cinta dari langit, sudahkah kita berusaha untuk “membumikannya” – yaknikan amalkan dan perjuangkan?

     
  15. gentarasa

    7 September 2009 at 8:00 am

    Salam ummuabbas,
    Semoga Allah merahmati dan mencintai-Nya. Dan kita juga yang pasti menyusulnya. Amin.

     
  16. kakchik

    7 September 2009 at 8:08 am

    satu hari cik gu tanya kami “kenapa umur perempuan lebih pjg dari lelaki”.mcm2 jwpan yg diberi.Kemudian katanya “allah nak suruh org perempuan taubat byk2″…

     
  17. gentarasa

    7 September 2009 at 8:17 am

    Salam kakchick,
    ada kebenarannya. Wallahua’lam.

     
  18. pencintalelaki

    7 September 2009 at 10:04 am

    Hadis Nabi: Manusia yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati mati, dan bersedia untuk menghadapainya…

    Alhamdulillah, saya akan bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dan kerap saya melihat orang meninggal dan selalu menginsafi diri setelah melihat seseorang itu meninggal.

    Mie.

     
  19. musafir87

    7 September 2009 at 8:06 pm

    ustaz, boleh berikan email. ana nak send gambar program di UTM hari tu.

     
  20. haryati

    7 September 2009 at 10:04 pm

    salam
    Alangkah baiknya kalau kita dapat jadikan Ramadhan ni, a turning point & room for improvement setiap hari. Improve cara hidup utk mati dgn khusnul khatimah.

     
  21. ekonbesh

    8 September 2009 at 3:20 am

    YA Allah thank u so much for the sharing. Moge kite semua dapat kebaikan darinya. Amin. JZKK

     
  22. gentarasa

    8 September 2009 at 5:49 am

    Salam musafir87,
    Syukran atas perkongsian. Email saya pahrolmjuoi@yahoo.com

     
  23. fardah

    9 September 2009 at 6:39 am

    Salam ustaz..harap ustaz dpt semak emel ya..dn harap brkesempatan brkingsi ide2 utk panduan saya yg masih mencari solusi ini.Sekian.

     
  24. apokalips

    9 September 2009 at 8:33 am

    Salam perkenalan Ustaz..
    Bersyukur di atas perkongsian kisah sebegini.

    Begitu meruntun jiwa saya bila mengingati mati sedangkan diri belum bersedia. Malah hidup di dunia ini pun masih mencari-cari jiwa dan kasih sejati..

     
  25. sylarius

    10 September 2009 at 5:47 am

    Assalamulaikum..
    Terima kasih dengan entri yang sebaik ini. Diharap tuan dapat meneruskan penulisan yang cantik dan enak untuk dibaca seperti ini di masa depan. Ia amat bermakna.

     
  26. gentarasa

    12 September 2009 at 4:53 pm

    Salam,
    Tunggu jawapan dari saya ya fardah. Ramadhan ini banykkan berdoa… Insya-Allah makbul. Amin. Bantulah saudaraku ini ya Allah. Amin.

     
  27. musafir87

    14 September 2009 at 10:39 pm

    ustaz, kenapa tak approve komen ana. yg ada link ke gambar tu.

     
  28. gentarasa

    15 September 2009 at 5:51 am

    Salam musafir,
    maaf terlepas pandang. Puasa-puasa ini saya tengok blog ini lepas Sahur atau lepas Subuh. Maaf sangat-sangat ya nak.

     
  29. musafir87

    15 September 2009 at 2:21 pm

    its ok ustaz….

    ana resend…..
    Ustaz…terlalu besar dan banayk utk email. Ana upload dalam ni je… http://musafir87.multiply.com/photos/album/3/Surat_Cinta_Dari_Langit .

    jemput ke blog ana http://musafirmenulis.wordpress.com

     
  30. Lie

    19 September 2009 at 12:00 pm

    SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI,

     
  31. ainhany

    8 Oktober 2009 at 8:41 am

    mati itu benar…hidup belum pasti.
    info yang menyentuh diri bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang…semuga ALLAH membahagiakan org2 yang kita sayang.
    Mohon copy info ini…Trimakasih

     
  32. fatimah abd nasir

    24 Oktober 2009 at 3:15 am

    salam
    saya baru mengikuti blog ustaz ni
    saya kenali ustaz melalui buku Tentang Cinta dan saya suka buku tu..
    tulisan-tulisan ustaz banyak memberi input yang baru pada saya..
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

     
  33. gentarasa

    26 Oktober 2009 at 11:44 am

    Salam fatimah,
    terima kasih kerana membaca buku saya. Insya-Allah, mari terus kita berkongsi ilmu.

     
  34. zai

    29 Oktober 2009 at 1:01 am

    salam ustaz,
    baru first time baca blog ustaz ni. tersentuh hati baca artikel ni..lebih2 lagi pada ayat2 tentang cara hidup kita menentukan cara mati kita..orang baik mati cepat..saya dah lama fikirkan tentang itu berdasarkan pengalaman persekitaran. mak saya pergi lebih dulu dari bapa saya, bapa mertua saya pergi lebih dulu dari ibu mertua saya.saya selalu merasakan suami saya lebih baik dari saya. lantas saya sering berdoa agar biarlah saya pergi dulu berbanding dia sebab saya tak sanggup kehilangan kebaikannya.

     
  35. nadira

    12 November 2009 at 3:15 pm

    salam.
    pertama kali saya ziarah blog ini.
    artikel ini memang menyentuh hati dan menambahkan pengetahuan..
    semoga uztas terus gigih dengan usaha dakwah..
    doakan saya istiqamah dalam menjalankan usaha dakwah walaupun sedikit serta berusaha dalam menambah ilmu agama..

     
  36. Fat-hi Muhammad

    30 November 2009 at 10:42 am

    Hai,assalamualaikum.Harap Uztaz sihat dan boleh menulis banyak lagi.Amin

     
  37. gentarasa

    1 Disember 2009 at 6:34 am

    Salam anakku,
    Jaga solat. Taat ibu-bapa… tumpu study. Jaga pergaulan, kurangkan rehat yang tak perlu. Orang yang berjaya bukan orang yang pandai, tetapi orang yang betul dan baik sikapnya!

     
  38. Pingback: Mati | MEGAT
  39. gentarasa

    11 Februari 2010 at 12:52 pm

    Salam,
    Bukan begitu tujuan artikel ini ditulis. Wallahua’lam.

     
  40. sore

    21 April 2010 at 4:52 am

    Allhamdullilah….
    org yg beramal soleh akan tahu dirinya akan pemergian nya.
    lebih-lebih lagi didalam dirinya itu lebih hendak mendekatkan kepada Dunia.

     
  41. WARISMA

    4 Mei 2010 at 10:45 pm

    cerita ustaz tntang pemergian Allahyarham Ust asri ke

     
  42. gentarasa

    5 Mei 2010 at 7:44 pm

    Salam WARISMA,
    Begitulah… lebih kurang. Al Fatehah.

     
  43. gentarasa

    6 Mei 2010 at 10:45 pm

    Salam nurul,
    Boleh hubungi saya di email pahrolmohdjuoi@yahoo.com. Semoga Allah beri kekuatan iman untuk mu menghadapi ujian-Nya. Amin.

     
  44. nurul

    7 Mei 2010 at 10:30 am

    ustaz sy ada hantar di email ustaz..ustaz cek yer

     
  45. rahmah

    27 Mei 2010 at 3:41 pm

    salam..saya pernah baca…org yg lpanjang umur itu supaya mempunyai waktu untuk bertaubat…atau beribadah..wallahualam..

     
  46. me

    16 Jun 2010 at 12:39 pm

    Pak ustand saya cape bgt hdp didunia ini,byk skali mslh krn utang”ke 2org tua saya,orang tua saya uda cerai,pdhl saya tdk tau kgunaan uang itu u/apa,saya jg br tebus bpkb yg dgadai oleh ibu saya sbsr 59jt,,ibu saya bilang ke saya agar bapak saya byr smua utang”,krn uang itu smua saudara”bapak ya,ya u/nikahin ade”nya&ayahnya skt…Dan ibu saya bilang hrs jual rmh,,krn bapak saya blm ksh harta gono gini,,saya cape skali ustand ga tau hrs ngapain lg,,slalu anak yg jd korbannya ya=( Dan skr pe mati ayah saya blg u/inget slalu mslh ini&saya dtnggu oleh ayah saya u/byr mbl yg dy ksh u/saya….
    Sebegitu bsr kslhan saya ustand…Saya uda cape menangis,,saya orgnya ga bs utarakan isi hati,krn sia”aja,,saya orgnya memendam rasa…
    Terima kasih…

     
  47. gentarasa

    16 Jun 2010 at 2:39 pm

    Salam saudaraku.
    Ini musibah. Allah mengajar kita supaya bijak, sabar dan kuat berusaha dengan musibah ini. Ya Allah, bantulah saudaraku. Amin.

     
  48. atul

    17 Julai 2010 at 11:29 pm

    salam…
    perkongsian yg sgt indah..
    syukran ustaz…

     
  49. ash

    21 Julai 2010 at 11:49 pm

    salam a’laik…
    syukran atas perkongsian ini…
    tidak mmpu rasanya diri ini utk terus menakung empangan air yg makin sarat…
    kadang cemburu menghimpit diri… fikiran terus diasak…
    Cemburu dgn mereka yg kembali disisi-Nya dgn keadaan baik…
    dan diri serasanya tidak cukup sempurna utk pulang ke sisi Ilahi…
    Benar, yg dikasihi-Nya terlalu cpt pergi meninggalkan bumi ini…

     
  50. jonurzaidi

    6 Ogos 2010 at 8:56 am

    Kematian…adalah sesuatu yang paling tidak suka didengar tetapi itulah kepastian. Hendak ke syurga kita semua perlu mati . Lantaran dewasa ini ramai manusia yang melakukan ibadah tetapi dalam masa yang sama turut mengikut hawa nafsu.Sekiranya ibadah kita tidak dapat membendung diri kita dari maksiat sudah barang tentu ada sesuatu yang tidak sempurna pada ibadah kita. Samaada wuduknya, solatnya hatta rezeki yang diperolehinya. Kembalilah wahi semua muslimin dan muslimat kepada islam. Mungkin Ramadhan ini yang terkhir buat kita. Renung-renungkanlah…

     
  51. jamilah

    4 Oktober 2010 at 5:02 pm

    Ya Allah matikan lah aku dalam iman dan cara yang paling mulia Ya Allah

     
  52. SITI HAWA

    10 November 2010 at 12:11 pm

    Setiap yang hidup bakal jadi jenazah dan hidup di alam barzah …..

     
  53. saadiah

    14 November 2010 at 12:04 pm

    ya allah semuga aku mati dlm iman dan dlm Mulia disisimu Ya Allah

     
  54. nadia

    1 Februari 2011 at 4:33 pm

    Mohon ambil beberapa idea tentang idea ini, macam menarik untuk dikupas di dalam blog~

     
  55. isgod

    6 Mac 2011 at 8:20 pm

    mati yang sempurna ialah mati setelah mengenal
    Allah.

     
  56. hamba Allah

    7 April 2011 at 1:51 pm

    Assalammualaikum w.b.t. ustaz.

    Semoga ustaz slalu dalam rahmatNya..
    Alhamdulillah..syukur yang teramat pada Allah yg membuka pintu ati sy menjenguk ke laman web ni..

    Pemikiran ustaz sgtla membuka minda ati sy yg sebelum ni meronta mencari kebenaran,ketenangan & tujuan kehidupan ini..

    Mohon izin ustaz untuk sy berkongsi ilmu ini dgn family, saudara-mara dan rakan2 sy..

    syukran..

     
  57. jiwatenang

    27 Mei 2011 at 11:30 am

    as salam ustaz..
    trima kasih ustaz atas entry ini..sgt berguna untuk saya..semoga aku mati dalam iman..izinkan saya utk copy dlm blog sy..

     
  58. cinta syurga

    7 Oktober 2011 at 12:04 pm

    suamiku meninggal pada usia 26tahun. semua mengatakan arwah sangat baik. saya juga berpegang bahawa orang yang baik mati cepat…kerana arwah adalah suami dan ayah terbaik..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi Allah, insyaAllah…

     
  59. Ahmad Safuan

    22 September 2012 at 12:22 pm

    But we still need good peoples to fight the evil of these days.
    No matter how short our lives is. Twist this corrupted world back to the way it was, clean and pure and Islam was the way of life and was followed by many.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: