RSS

JANGAN MARAH…

07 Okt

86211623Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita  tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita  berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita. 

Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

 
23 Komen

Posted by di 7 Oktober 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

23 responses to “JANGAN MARAH…

  1. jah baik

    7 Oktober 2009 at 12:41 pm

    salam Abuya..jah exam minggu depan.
    koreksi tu ape buya?

     
  2. sunah

    7 Oktober 2009 at 3:28 pm

    salam wrt..syukran ustaz…perkongsian yang menarik dan indah..ditambah pula dengan petua untuk mengawal marah…

    jangan lupa, wudhu’ juga ubat kepada kemarahan…

     
  3. rayyan

    7 Oktober 2009 at 4:53 pm

    marah bukan kebencian tapi tanda sayang

     
  4. syahid86

    7 Oktober 2009 at 11:05 pm

    alhamdulillah panduan bagi mrk yg panas baran… hehehe…

     
  5. kasturi

    8 Oktober 2009 at 3:36 pm

    lepas ni jangan marah-marah lagi…istighfarlah banyak2 dan bersabar.hehe

     
  6. shafifah

    9 Oktober 2009 at 3:19 pm

    Bacaan Ratib Al-Attas & Asmaul Husna dipimpin oleh Habib Hussein Al-Attas, imam masjid Wadi Hana, Johor Baru. Masjid Al-Mukarammah, Bandar Sri Damansara, Jumaat 9hb. Oktober 2009 selepas solat Maghrib Muslimin & muslimat dijemput hadir terutama yang mempunyai hajat khas.Sama-samalah kita berdoa dan menjayakan majlis.

    http://pondokhabib.wordpress. com

     
  7. khairul

    12 Oktober 2009 at 8:05 am

    betul tuan,
    1. tapi diri ini selalu tewas juga bila dipermainkan oleh orang lain hingga marah itu kadangnya melampaui batasan yang sepatutnya.

    2. adakala marah itu telah dapat dikawal…… tetapi perlu ditunjukkan yang kita ini marah sebab ingin memberi pengajaran pada orang terbabit, kerana kadang-kadang manusia ini hanya faham bila kita marah……tak faham kalau kita menegur cara lembut

     
  8. gentarasa

    12 Oktober 2009 at 12:41 pm

    salam kahirul,
    Tidak marah bukan bererti kita rela dizalimi dan dianiayai. Bangun menentang kezaliman adalah terpuji seperti juga terpujinya sifat sabar dan pemaaf. Bila hak Allah dilanggar dan hak dharuri kita dicabuli secara melampaui batas, bangun menentang, malah jadi satu jihad. Tetapi mana ukuran jihad atau marah yang melulu? itulah tauhid, syariat dan akhlak. Di sanalah kita berhakimkan perasaan, fikiran dan tindakan.

    Menyatakan yang kita marah tidak perlu secara marah-marah. Nabi itu juga boleh dikesan kemarahannya… tetapi masih terpelihara keperibadiannya. Orang yang tidak faham kalau kita menegur secara lembut, selalunya akan melenting bila dimarahi secara keras. Hati-hati!

     
  9. wan

    14 Oktober 2009 at 7:09 am

    Tidak marah bukan bererti kita rela dizalimi dan dianiayai.
    Menyatakan yang kita marah tidak perlu secara marah-marah.
    saya setuju ngan nasiht ni.sebab ada orang tanda dia marah dia senyap/diam.

     
  10. achik

    14 Oktober 2009 at 6:42 pm

    Alhamdulillah, satu perkongsian yang menarik.. Barangkali panduan untuk mereka yang cepat marah (termasuk saya).. Teringat pada seorang rakan, masih mampu tersenyum walaupun wajahnya diludah oleh customer..

     
  11. rhazes mohamad

    16 Oktober 2009 at 3:14 am

    ustaz…saya minta izin…ambil sikit text ustaz kat entry nie….harap diizinkan…

     
  12. gentarasa

    16 Oktober 2009 at 6:45 am

    Salam.
    Ya… silakan. Yang baik diperpanjangkan, yang buruk… ditegur dan diperbetulkan. Salam pagi Jumaat yang mulia.

     
  13. kgee

    17 Oktober 2009 at 6:35 pm

    salam alaik ust,

    saya ingin bertanya bagaimana keadaanya sekiranya dlm konteks menyambung silaturahim dengan seorang yang sering mensyirikkan Allah contohnya pakcik saya ini seperti seorang bomoh. pernah memfitnah keluarga saya hingga hampir berantakan. Pelbagai onar pernah dia lakukan Alhamdulillah sudah saya maafkan ..apa jua fitnah yang berbentuk personal saya maafkan tapi memfitnah suami saya menggunakan khidmatnya adalah suatu yang agak keterlaluan kerana ini bersangkut soal akidah. Kami tidak mahu dipandang serong dianggap dikalangan mereka yang mensyirikkan Allah. bolehkah sekiranya kami suami isteri menjauhkan diri demi untuk menyelamatkan diri dari difitnah lagi.. adakah itu dibolehkan ust? adakah marah ini dibolehkan ust?

     
  14. gentarasa

    17 Oktober 2009 at 9:20 pm

    Salam kgee,
    Memaafkan itu perlu dua… kesabaran dan kebijaksanaan. Kesabaran untuk tidak berdendam dan melupakan. Tetapi perlu diiringi kebijaksanaan… agar kita tidak difitnah lagi. Sifat mukmin itu tidak terjerumus dalam “lubang” yang sama dua kali. Ya, menjauhlah… demi keselamatan diri. Tetapi jangan sekali-kali membenci. Sekadar pandangan… rujuklah lagi kepada mereka yang arif. Dari saya sekadar pandangan. Wallahua’lam.

     
  15. kgee

    19 Oktober 2009 at 12:48 pm

    InsyAllah ust, sy akan cuba hilangkan kemarahan yang ada dan hanya menjauh utk keselamatan diri. sememangnya saya cuba utk tidak mahu berdendam dengan sesiapa..saya hanya risau sekiranya jauhkan diri ini membawa murka Allah..dengan pandangan ust ..saya jadi lebih tenang. ust, nasihat ust di penghujung buku “satu rasa dua hati” benar benar membekas.. Kami suami isteri berusaha istiqamah untuk berlapang dada dan menjadi pemaaf..tak mau marah-marah tak tentu hala..terima kasih banyak ust

     
  16. gentarasa

    19 Oktober 2009 at 3:21 pm

    Salam kgee,
    Apa yang saya tulis, hakikatnya sedang sama-sama kita mujahadah. Kita bukan orang baik-baik… cuma sedang berusaha menjadi baik. Ya, mudah-mudahan kita mati di jalan itu, walaupun belum sempat sampai.

     
  17. ibnu

    4 November 2009 at 11:10 am

    Salam ustaz,
    Nak tanya satu soalan. Saya dan sahabat saya sudah terputus hubungan disebabkan saya menegur hubungan sonsangnya dengan sama jantina. Hingga ke hari ni, dia memarahi saya dan tidak dapat memaafkan saya. Persoalannya, saya masih mahu menghubunginya tetapi dia tetap memarahi saya adakalanya dengan perkataan yag tidak elok di ucapkan. adakah saya harus menjalinkan persahabatan itu atau sekadar membiarkannya hingga sikap amarahnya reda…

     
  18. najlaa

    7 Disember 2009 at 7:38 am

    salam.mohon copy entry ini ustaz.untuk dikongsi bersama teman2 lain.

     
  19. rusimah

    10 Februari 2010 at 9:37 am

    slm ustaz,izinkan saya share artikel2 ustaz di blog saya..

     
  20. sdura

    17 Februari 2010 at 12:31 am

    salam uztaz, saya mohon ambil isi article ini untuk perkongsian ilmu, mungkin akan dimasukan juga di blog saya nanti, mohon halalkan ye…

     
  21. humaira

    13 Mei 2010 at 7:14 pm

    Assalamualaikumwbh ya mualim….

    Mohon copy utk dikongsi dgn teman2.

    Barakallahu feek..

     
  22. atie

    3 Jun 2010 at 1:52 pm

    salam ustaz..bgaimana nk lembutkan hati kawan yg terluka..means spy hbgan prshabtan berterusan tanpa berdendam dn marah..wlpan sudah di ungkapkan perkataan maaf..?? terima kasih..

     
  23. gentarasa

    5 Jun 2010 at 12:36 pm

    Salam atie,
    Luka ambil masa untuk sembuh. Sebuah maaf yang ikhlas pun, masih memerlukan masa untuk berbekas.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers

%d bloggers like this: