RSS

DEMONSTRASI MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH?

14 Okt

ethiopia_muslim_boy_islam_by_ademmmDalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, “pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.

Pada tahun 80’an, sewaktu masih menuntut di universiti, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan. Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Karmal (seingat saya) dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang “menjemput” tentera Rusia menjajah Tanah Air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Breznev dan Babrak Karmal telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin (waktu itu belum ada Taliban) bagi melancarkan jihad. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.  

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di surau kolej kediaman, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?

Hemm, mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??

Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya “kadang-kadang” dan “jarang-jarang” menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

Marilah kita renungi dua hadis ini:

1. Rasulullah saw telah bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh.” (HR Muslim).

2. Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad dan An Nasai’)

 
20 Komen

Posted by di 14 Oktober 2009 in Iktibar Kisah, Uncategorized

 

Label: , , , ,

20 responses to “DEMONSTRASI MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH?

  1. muhamad jihad

    14 Oktober 2009 at 5:35 am

    salam..abuya bagus la atikal nie;)

     
  2. gentarasa

    14 Oktober 2009 at 6:59 am

    Salam,
    Terima kasih Jihad. Minggu ni Jihad balik tak? Umi dah rindu dengan Jihad. Buku yang kawan-kawan jihad nak sain tu bila nak ambik? Buya minggu ni tak kursus. Kalau balik, ok jugak. Nanti buya bagilah tambang ok. Jaga solat, tumpu studi.

     
  3. kak chik

    14 Oktober 2009 at 7:01 am

    Assalamualaiku,
    hanya jiwa yg kuat n cintakan allah sj yg mampu menolak selimut yg x sampai 1 kilo tu

     
  4. hisyam

    14 Oktober 2009 at 7:53 am

    salam alaik,

    betul tu ustaz, ana setuju sangat2, orang islam kita sekarang ni, time berdemostrasi bukan main lagi semangat, tp kalau nk tgk yg lead demo tu turut lead kita time subuh berjemaah bukan main susah lagi. dunia-dunia.

    sebelum engkau bercita-cita untuk mengangkat senjata tuk melawan Israel,
    Kuatkanlah tanganmu dulu untuk mengangkat selimut tuk subuh berjemaah di subuh pagi…., wassalam

     
  5. fareast

    14 Oktober 2009 at 11:29 am

    Subuh dan isyak berjemaah itu memang penting. Jadi kita harus terus istiqamah untuk menunaikannya.

     
  6. rose kalas

    15 Oktober 2009 at 11:29 pm

    Salam buat tuan,

    Wah! Saya suka dengan wajah baru blog ini. Nampak lebih ceria dan segar. Lebih-lebih lagi kontennya. Semoga Allah swt sentiasa merahmati usaha tuan. Amin.

     
  7. sukri

    16 Oktober 2009 at 12:22 am

    as`kum wr. wbt. ya ustaz… sudah lama ana tidak membaca artikel2 ustaz ni….banyak maklumat yang bermanfaat yang ana telah tertinggal di dalam artikel2 ustaz ni….demostrasi melalui solat subuh berjemaah…sungguh mengagumkan apa yang diperbincangkan ini…ana bersetuju dengan dua hadith yang telah ustaz utarakan di atas….namun, kita janganlah terikat dengan hadith itu terutamanya bagi setiap lelaki muslim yang mana wajib ke atas setiap lelaki Islam solat fardhu secara berjemaah setiap waktu…

     
  8. muhammad fakhruddin

    16 Oktober 2009 at 1:55 am

    Assalamualaikum ustaz,
    lama benar tak komen di sini,hingga template bertukar rupa pun baru saya sedari.

    Opss…artikel ustaz ni pun terkena batang hidung saya sendiri.Insya Allah bermujahadah kelak =)

     
  9. gentarasa

    16 Oktober 2009 at 6:30 am

    Salam rose kalas,
    Syukran. Sahabat-sahabat saya yang tolong bantu, hias-hiaskan blog ini. Saya sedang belajar lagi tentang pendekatan IT ini. Maklumlah saya bukan dari generasi Y… X saja mungkin. Salam awal Jumaat yang mulia.

     
  10. gentarasa

    16 Oktober 2009 at 6:35 am

    Salam sukri,
    Ya… saya setuju. Dari segi hukumnya jelas, solat jemaah itu Fardhu Kifayah. Tapi saya hanya menekankan soal keutamaan bagi yang benar-benar komited. Tentulah perlukan sedikit “extra” untuk mendapat bantuan, kasih sayang dan kecintaan Allah. Wallahhua’lam. Saya hargai peringatan itu.

     
  11. gentarasa

    16 Oktober 2009 at 6:44 am

    Salam muhammad,
    Terkena batang hidung saya juga. Supaya kita sama-sama beringat… tulisan dan apa jua ingatan yang kita berikan kepada orang lain adalah satu motivasi untuk diri sendiri mengamalkannya. Wallahhua’lam.

     
  12. adienur

    17 Oktober 2009 at 11:20 am

    Salam.. betul… artikel yg membuatkan ramai pembaca terjaga dari lena.. sesuatu yg harus diingati dan saling memperingati.. juga sebagai motivasi diri sendiri dan pembaca lain supaya tidak terlalu lena diulit mimpi ketika azan bergema di subuh hari… terima kasih atas peringatan..izinkan saya menggunakan artikel-artikel dlm blog ini untuk memperingatkan sesama insan lain juga.. wallahua’lam… salam ukhuwwah fillah..

     
  13. gentarasa

    17 Oktober 2009 at 9:07 pm

    Salam adienur,
    Ya, peringatan untuk kita semua. Sebar-sebarkanlah demi pesan kebenaran dan kesabaran. Wallahuaa’lam.

     
  14. rayyan

    19 Oktober 2009 at 8:25 am

    assalamualaikum..ucapan terima kasih kepada nyamuk kerana dengan gigitanya bisa membangunkan insan-insan yang liat bangun pagi.Sebelum lelapkan mata tanam niat untuk bangun awal pagi dan solat subuh semestinya.bukan sahaja dimurahkan rezeki malahan mendapat kesegaran tubuh badan.Nenek selalu bagitau sesiapa yang berselimut selepas azan subuh, selimut yang dipakainya akan ditukar oleh syaitan dengan kulit khinzir..wallahuallam..sama-samalah kita mengingati,

     
  15. gentarasa

    19 Oktober 2009 at 3:27 pm

    Salam rayyan,
    Yang sakit itu kekadang menyedarkan. Yang enak itu kekadang melenakan. Bagaimana hari bermula, selalunya menentukan bagaimana ia “berjalan” dan berakhir. Solat Subuh ialah mukaddimah kecemerlangan hari itu!

     
  16. gentarasa

    19 Oktober 2009 at 3:29 pm

    Salam along,
    Itu sudah satu permulaan yang baik. Ingatkan dia dan doakan selalu. Insya-Allah, istiqamah.

     
  17. aminbaek

    21 Oktober 2009 at 8:08 am

    salam..
    buku karangan Raghib al sirjani ini sangat menarik..
    isu dikupas dengan bgitu teliti,dan dsertakan lagi panduan tuk bangun awl..

    Mungkin di antara kita yang tidak nampk akan kepentingan solat subuh berjemaah ini..mungkin dengan artikel2 spt ini dapat membuka mata yg sering sahaja tertutup ini..

    teringat cerita para sahabat,para syuhada,tentera2 salahuddin al ayubi…mereka menjadikan solat malam,solat subuh berjemaah sbg amalan rutin mereka..siangnya dgn latihan ketenteraan..dan sblah malamnya dgn latihan rohani..br la dpt melahirkan generasi yang mantap..

    tpi syang,kita skarg smakin dibuai kepesatan teknologi.terpengaruh dgn ghuzwul fikr buatan yahudi.ayuh anak2 muda,..buktikan pada yahudi,kita .kita bukn spt mereka sangka..cara nya mudah,bangunlah subuh berjemaah..

    2rakaat solat sebelum fajarlebih baek dari dunia dan seisinya(HR muslim)

    wallahuallam

     
  18. idham

    6 November 2009 at 10:45 am

    Article ini akan menyedarkan ramai muslim di malaysia. syabas

     
  19. abdullah

    12 Mei 2010 at 6:00 pm

    salam

    mintak izin copy hadis n beberapa part dari artikel ini
    terima kasih..

     
  20. Zara Hani

    27 Jun 2010 at 10:55 pm

    Salam,
    Baguslah artikel ni, satu lagi nak tambah, kalau dapat kawan yang soleh dan beriman lagi mudah nak menjalankan solat subuh berjemaah.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,204 other followers

%d bloggers like this: