RSS

MENIKMATI PELANGI CINTA

26 Okt

200245262-001Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikan kata pendita. Benar, cinta yang lama (setelah usia perkahwinan meningkat) hanya akan bergetar semula bila berpisah.

Perpisahan yang sekali-sekala akan menyuburkan percintaan. Tetapi jangan terlalu lama, justeru jika terlalu lama ia mengundang bahaya kerana ia boleh mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.

Jika sayangkan anak tangan-tangankan, mungkin sayangkan isteri perlu ditinggal-tinggalkan. Dan dalam kehidupan pejuang agama dahulu, kini dan akan datang, perpisahan memang sudah menjadi “mainan”.

Walaupun, mungkin ada yang melihat perpisahan dikalangan suami isteri yang berkahwin itu satu yang memedihkan, tetapi ia sebenarnya baik untuk menyuburkan rasa cinta. Maksud saya bukan berpisah kerana bercerai tetapi berpisah kerana berjauhan oleh sesuatu urusan atau tugasan.

Jangan terus-terusan “berkepit” di rumah. Manusia tidak boleh lari daripada rasa jemu. Oleh itu para suami harus keluar dalam tempoh tertertu dan pada pada waktu-waktu tertentu tanpa rasa berat hati, enggan atau malas. Lebih-lebih lagi atas tujuan dakwah, kebajikan dan membuat kebaikan. Bukankah itu hak Allah atas kita? Janganlah hendaknya kerana terlalu cinta isteri sehingga kita mengabaikan cinta Allah.

Sayidina Abu Bakar pernah mengarahkan anak lelakinya menceraikan isteri yang baru dikahwininya apabila didapati anak lelakinya itu sudah jarang keluar solat berjemaah di masjid sejak berkahwin. Sudah menjadi tradisi para sahabat Rasulullah SAW dan baginda sendiri, keluar daripada kota Madinah sama ada untuk berperang atau berdakwah. Dan tentunya sahaja ini memaksa mereka sering berpisah dengan isteri mereka.

Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana serinya mentari… rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan pelangi yang indah. Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah!

Kalau dahulu, dengan bermusafir ertinya terjadilah perpisahan secara total, kerana pada masa itu tidak ada lagi alat-alat komunikasi seperti hari ini, maka sekarang keadaan sudah berbeza. Sudah banyak alat untuk berhubung walaupun berjauhan lama atau seketika. Jadi, apa salahnya semua alat itu dimanfaatkan untuk “meredakan” rasa rindu yang pasti melanda dengan syarat, perhubungan itu tidak merosakkan atau mengganggu tugasan dan tanggung jawab semasa di perantauan.

Malah kadangkala tempoh berjauhan seperti itu, yakni semasa hati dan emosi sangat lembut sekali, adalah ketika yang paling sesuai dimanfaatkan untuk mendidik isteri (selain anak-anak). Berbicara dari jauh kekadang lebih mendekatkan. Benar sekali kata pepatah, “jauh-jauh berbau bunga.” Ingat, cinta kadangkala menjadi lebih subur dikejauhan berbanding berdekatan.

Di kejauhan kekadang kebaikan, kejelitaan dan kesetiaan isteri kita akan lebih terasa. Bukankah terlalu dekat ada kalanya menjadikan kita buta? Ramai suami yang asyik memarahi isterinya bila bersama, tetapi apabila isterinya itu meninggal dunia, maka dialah yang paling banyak meratap, menangis sayu kerana rindu dan cintakannya.

Apa yang ada sering dilupakan, apa yang tiada sering didamkan. Itulah ungkapan untuk membayangkan sifat manusia ketika berdepan dengan nikmat jasmani dan itulah juga sifatnya bila berdepan dengan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jadi, bila berjauhan ertinya kita “hilang” seketika akan dirinya, maka sudah tentulah ini akan menyerlahkan semula cinta yang selama ini terpendam. Oh, rupanya cinta itu masih ada, malah masih membara dan menyala.

Kalau ada yang bertanya, mengapa ketika berjauhan bukan dia yang dikenang? Sudah hampir sepurnama bermusafir, tetapi wajah isteri yang ditinggalkan tidak juga muncul-muncul dalam ingatan, doa dan kerinduan… Oh, itu petanda kurang baik. Mungkin cinta itu bukan terpendam, tetapi sudah terpadam. Jika ada cinta, pasti ada rindu. Jika ada rindu pasti ada keinginan – ingin bertemu, berbual, bermesra dan sebagainya. Tetapi jika semua itu sudah tidak ada, ah khuatir saya, mungkin cinta itu sudah tidak ada!

Untuk anda saudara ku, mari seketika ku ajak kembara bersama sepucuk surat cinta ini…

Ke ribaan isteriku yang tersayang…Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.

Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.

Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”

Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.

Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian i
tu!

 
64 Komen

Posted by di 26 Oktober 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , , , ,

64 responses to “MENIKMATI PELANGI CINTA

  1. cilipadi

    26 Oktober 2009 at 11:45 am

    Alhamdulillah,tepat sekali penulisan ustaz.Sungguh indah bahasa surat cinta di atas,mohon izin untuk saya forwardkan kpd suami saya.Segala solusi masalah terletak pada ALLAH,kita cuma perlu YAKIN.

     
  2. gentarasa

    26 Oktober 2009 at 12:01 pm

    Salam cilipadi,
    Mudah-mudahan dengan berkongsi daerah hidayah kita akan menjadi semakin luas. Amin.

     
  3. Mohd Amzari Iberahim

    26 Oktober 2009 at 12:39 pm

    Kata-kata yang sungguh menyentuh hati..

     
  4. Zakaria

    26 Oktober 2009 at 12:47 pm

    Salam aleykum Ust,

    Sungguh puitis dan berinti nukilan di atas. Terima kasih atas pencerahan minda terhadap cinta. Mohon izin untuk di “copy paste” bagi dikongsi bersama isteri tersayang.

     
  5. Suluh Hati

    26 Oktober 2009 at 1:40 pm

    Subhanallah…

     
  6. cik amy

    26 Oktober 2009 at 2:34 pm

    salam..

    baru pertama kali bertamu di sini..sebuah blog yang penuh dengan bahasa yang indah tersusun rapi dengan alunan makna yang tersirat..

    syabas dan teruskan berkarya..

    sememangnya pelangi cinta memang sangat indah tatkala ianya dihayati dengan pandangan mata hati yang sejati..

    teruskan perjuangan di medan dakwah ini..wassalam..

     
  7. mawar

    26 Oktober 2009 at 7:50 pm

    salam..ustaz mohon utk copy entry ustaz ini utk difrwdkn kpd seorg teman..terima ksh ustz..

    Semoga ustz trs istiqamah di jln dakwh..amiin..

     
  8. nadzir

    26 Oktober 2009 at 9:22 pm

    Cinta ditandai oleh rasa rindu kepada yang dicintai, takut berpisah, harapan untuk mendapat balasan cinta. Perasaan itu berbeda-beda kerana hasrat sang pencinta. Hasrat itu kdg2 kuat, lemah atau hilang sama sekali. Dengan demikian cinta Allah cinta yang sempurna; itulah yang menyatukan makhluk dlm mencari cita2 yang sama….ibn hazm.

    semoga kita sama2 tidak lupa dengan cinta yang menjadikan mentari, guruh, kilat, pelangi dan semesta ini.
    ayuh nikmati cinta ilahi!!
    salam buat ustaz, zaujah n family

     
  9. apokalips

    26 Oktober 2009 at 9:48 pm

    Salam ustaz,
    Alangkah indah bahasa surat cinta ini. Ia amat mengusik jiwa seorang isteri. Tiada perlu lagi pujuk rayu seorang suami. Surat cinta sebegini cukup untuk memujuk hati.

    Semoga perkongsian dakwah sebegini terus bersemarak di dunia siber.

     
  10. za

    27 Oktober 2009 at 12:54 pm

    MasyaAllah, bahasa yg sgt puitis..mmg boleh menyejukkan hati para isteri..

     
  11. shauqatulwardah

    27 Oktober 2009 at 2:05 pm

    ~Rahsia hati~ amat tersentuh membaca surat cinta ini..seperti biasa penulisan ust yang sangat puitis,,buku,artikel, sampai la ke blog,,xpernah ketinggalan..terima kasih ustaz krn memberi inspirasi.. =)

     
  12. muhammad fakhruddin

    27 Oktober 2009 at 6:01 pm

    Assalamualaikum ustaz,
    walaupun masih belum berumah tangga,namun frasa

    jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

    amat menyentuh rasa :)

     
  13. mutiara

    27 Oktober 2009 at 6:18 pm

    salam alaik, Ustaz..
    alhamdulillah, saya baru sahaja memikirkan mengenai cinta kepada manusia dan cinta kepada Allah.. baru sahaja membenamkan diri ke dalam daerah muhasabah, terkadang cinta manusia yang berperanan sebagai alat untuk menuju cinta Allah swt (matlamat) itu lebih di pentingkan.. cinta alat acapkali mengatasi cinta matlamat.. moga hati ini tidak buta dalam meletakkan cinta.. moga diri ini tidak terlalu bergantung kepada cinta alat berbanding cinta matlamat..

    dengan rendah diri, saya memohon tunjuk ajar dalam menulis utk urusan dakwah :)

    semoga Allah merahmati kita semua.amin

     
  14. Nisha

    27 Oktober 2009 at 8:55 pm

    Assalamulaikum semua,
    Memang benar apa yang di katakan oleh ustaz di atas, kerana telah di sarankan oleh Allah di dalam FirmaNya yang bermaksud,
    Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”.

    Wallahua’lam

    (Surah At-Taubah: ayat 24)

     
  15. ihez

    28 Oktober 2009 at 2:05 pm

    terasa macam khas utk diriku. terima kasih ustaz..

     
  16. rikazu

    28 Oktober 2009 at 3:00 pm

    “Jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu ” :)

    ~~ Sy benar-benar terusik dengan ayat ini.Terima Kasih atas perkongsian ilmu sebegini.Semoga impak positif kepada semua pembaca.InsyaAllah.

     
  17. ruanghatiberbagi

    28 Oktober 2009 at 8:21 pm

    Posting yang sangat ku suka kerana menyentuh qalbu, salam dari jauh

     
  18. diktatormedia

    28 Oktober 2009 at 9:12 pm

    Salam Ziarah ust, jemput ke blog ana & mohon tunjuk ajar. Sama2 kita melebarkan jaringan dakwah!

     
  19. pengemisredha

    30 Oktober 2009 at 9:13 am

    salam indahnya surat tu ustaz….syhdu mmbacanya

     
  20. BudakBaruBelajar

    30 Oktober 2009 at 9:55 am

    assalamualaikum ustaz,
    mahu minta pndangan dr ustaz…
    bagaimana ya, kalau sy yang bukan mengambil bidang agama ni sangat berminat untuk mendalami ilmu agama…
    ilmu mana yang harus saya mulakan dahulu..atau ada buku2 y ustaz ingin syorkan..apakah step2nya?

     
  21. gentarasa

    30 Oktober 2009 at 3:39 pm

    Salam BudakBarubelajar,
    Tentulah ilmu tauhid, sangat penting kalau dapat berguru. Muda-muda dulu saya hanya belajar kitab-kitab asas seperti Risalah Tauhid (tauhid), Penawar Bagi Hati (akhlak), Mutaalbadrin (feqah). Kemudian saya rapat dengan karya Imam Ghazali, seperti Ihya’ ulumddin, Minhajul Abidin.Tetapi untuk mind set Islam, saya menekuni karya Hasan al Banna, Syed Qutb, Maududy, Fathi Yakan, Dr. Yusuf Al Qardhawi dan buku-buku harakah-harakah Islam di Malaysia seperti Jemaah Tabligh, Al Arqam, PAS, Abim dan lain-lain. Buku-buku dari Wahbah Zuhaily, pun begitu. Saya dari aliran akademik, bukan aliran agama. Saya banyak belajar, sampai sekarang. Yang tak tahu kita akui dan kata tak tahu. Teruskan belajar…

     
  22. syuhada

    30 Oktober 2009 at 6:17 pm

    AKU HANYA MENUNGGU WAKTU UNTUK BERTEMU DIA YANG SATU!!!

     
  23. tuliputih

    30 Oktober 2009 at 6:40 pm

    assalamualaikum ustz..
    sya mugkin baru dalam pembacaan ustz tp banyak input berguna serta pengajran bertapak di sanubari ini dengan sekali membaca… alhamdulillah ana yakin pelangi akan muncul setelah mentari bersembunyi kerana itulah keindahan di sebailk kesakitan…

     
  24. BudakBaruBelajar

    30 Oktober 2009 at 6:52 pm

    terima ksh ustaz..masyaAllah..
    rupa2nya ustaz jg dr aliran akademik, tp mempunyai ilmu agama y mantap!tahniah ustaz

     
  25. Halawatul iman

    31 Oktober 2009 at 2:26 am

    Alhamdulillah.. Satu penulisan yg sgt indah utk didkn r0hani.. Sem0ga lah!r lebih ramai penulis yg b’bakt dlm jln dakwah.. Amin (“,)

     
  26. Nisa' Zack

    31 Oktober 2009 at 5:00 am

    Nisa’ pernah dengar rintihan isteri yang suaminya sering outstation. Anak ramai tetapi terpaksa jaga sorang2… mana yang nak dihantar sekolah, mana yang sakit, perlukan perhatian, mana yang nakal… yang kecil nak dikendong selalu, yang besar nak dijaga perasaannya selalu… nak uruskan rumah lagi… kekadang terasa macam si suami lepas tangan… “Nak anak ramai tapi kite jaga sorang2,” terluah juga desakan hati. Kesihan juga mendengarnya.

    Mungkin suami perlu sediakan pembantu rumah.. Tapi pembantu rumah yang jujur sangat susah dicari sekarang ni…

    Nisa’ tak alami situasi ini. Alhamdulillah bekerja dengan suami. Dimana-mana pergi tetap bersama.

     
  27. gentarasa

    31 Oktober 2009 at 7:40 am

    Salam.
    Mamang ucapkan tahniah atas pembukaan kedai yang baru. Nanti mamang datang ya. Semoga jihad melalui ekonomi umat Islam akan terus marak. Teruskan kejayaan.

     
  28. aisya humaira

    31 Oktober 2009 at 11:40 am

    salam..sungguh indah bait-bait kata, diolah dengan pujangga yang terlorong untuk syariat agama…

     
  29. marlia

    1 November 2009 at 12:07 pm

    salam…
    syahdu je rase….
    sngat mnyentuh prasaan…

     
  30. tenang hati

    1 November 2009 at 4:32 pm

    salam….sangat menyentuh hati…tahniah ustaz dari bidang akademik, tetapi gigih belajar agama….bagaimana kalau yang dari bidang akademik dan juga agama…kedua2nya…tapi terasa susah sangat nak istiqamah belajar agama..

     
  31. dhiyaaddin

    1 November 2009 at 8:06 pm

    mohon utk copy… syukran… amt menyentuh aty..

     
  32. syahadah Alina

    2 November 2009 at 3:12 am

    Assalamualaikum ustaz..

    Puisi yg sangat menyntuh hati..
    Mengajar akan hakikat cinta yang sebenarnya..
    Biarpun mencintai..biarlah cinta itu disandarkan ikhlas keran Allah dan mengharap cinta dan Redha dari Yang Esa..
    Semga Allah sntiasa mnghadirkan rasa cinta pdaNya didalam jiwa..
    Amin…
    .

     
  33. khumiara

    4 November 2009 at 1:27 pm

    salam..
    perkongsian yang sangat menyentuh hati saya. hilang sesak di dada bila membaca tulisan ustaz. saya seakan akan tersedar dari khayalan yang panjang.
    “jangan di pinta ringan kan ujian, tapi pintalah beratnya iman untk menghadapinya..”
    masyaAllah..terasa bagaikan air dingin menyirami hati ini….

     
  34. hatijerneh

    4 November 2009 at 3:49 pm

    salam.. mohon kebenaran dititipkan buat teman2 yg memerlukan peringatan ini… :) smoga Allah sentiasa merahmati Ustaz

     
  35. nasyrah

    5 November 2009 at 11:55 am

    assalamualaikum….

    trm ksh ustaz…
    syahdunyer,,,
    bekali sy ulangi membace ape yg ustaz sampaikan…
    kini sy btl2 fhm ape itu CINTA….

     
  36. norhamimie

    6 November 2009 at 12:16 pm

    kte2 yg menyentuh hati dan boleh membuatkan pembaca berfikir sejenak stiap kte2 yg d beri……..

     
  37. ummumuhammad

    10 November 2009 at 8:50 am

    salam..
    menitis airmata ini membaca tika membaca..terasa seperti arwah suami sedang berkata-kata dari alam sana…” jangan dipinta ringankan ujian, tapi pintalah beratnya iman menghadapi ujian itu..” amin…semoga Allah terus memberi kekuatan iman dalam menghadapi ujian ini…

    MasyAllah…Allah berikan ust satu kelebihan yang mungkin tiada pada org lain..gunakan sebaiknya dan teruskan dakwah!, kami pembaca menyokong segala usaha ust…
    minta izin copy..

     
  38. zulaikha

    10 November 2009 at 2:56 pm

    salam..minta izin copy ustaz..untuk renungn sy & kwn2..

     
  39. wana93

    13 November 2009 at 10:10 pm

    salam ziarah ustaz..
    terharu membacanya..
    Subhanallah.. :)

     
  40. redhaAllahYgkucari

    16 November 2009 at 12:04 pm

    ha?!!ust dari aliran akademik?!apa yg buat ust termotivasi utk mendalami ilmu agama? blog ust ni pun kwn yg suggest suruh baca..tumpang tanya, ank2, ust hantar ke sekolah men agama ke?saya pun masih baru berjinak2 utk mengenal islam scr menyeluruh even saya mmg sejak lahir muslim. saya sdg meningkatkan sumber bahan bacaan tapi sekarang agak terbatas sebab kwn2 kata tak semua buku blh baca.sesetengah buku ada unsur israeliat n terrorism. nk minta masukan dari ust buku yg mcm mana yg tak perlu dibaca.mungkin dari segi publisher buku atau ape2 saja yg berkaitan..
    jazakallah

     
  41. norazizah bt hamid

    18 November 2009 at 12:08 pm

    Subhanallah……

     
  42. ummu masyitah

    19 November 2009 at 1:01 am

    Assalamualaikum Ustaz;
    Tahniah dia tas penulisan ustaz yang sungguh mengtuk jiwa dan minda saya.saya membaca tulisan ustaz di Solusi isu 13. Oleh kerana sangat tertarik saya bercadang nak masukkan di blog saya. Namun sebelum tu,saya hendak meminta izin dulu dari ustaz dan bermulalah pencarian laman web ustaz. Syukurlah bertemu jua blog Ustaz. izinkan ya saya publish di blog saya.
    sekian wassalam

     
  43. gentarasa

    20 November 2009 at 10:17 am

    Salam ummu,
    Ya, silakanlah. Mudah-mudahan dengan berkongsi, yang sedikit akan bertambah banyak dengan keberkatan dari Allah. Mudah-mudahan kebaikan akan menghapuskan kejahatan pada diri, famili dan masyarakat kita.

     
  44. hajar

    28 November 2009 at 9:33 am

    salam ustaz pahrol..
    saya tersentuh hati yang amat sangat membaca ‘menimati pelangi cinta’..
    saya kini kebetulan sedang ditinggalkan atas sebab kesalahan dan kesilapan diri saya sendiri..katannya dia ingin mengajar saya..agar saya dapat menjadi seorang isteri yang tahu menghargai suami..pada mula nya saya amat takut dgn tindakan dia meninggalkan saya, tp sekarang saya, redha dan berserah..sy akan berusaha memujuk..mohon izin ustaz pahrol untuk mengambil petikan-petikan tulusan ustaz utk dikongsi di blog saya.Semoga ALLAH menjadikan ustaz tergolong dlm golongan Ilyyin di akhirat..

     
  45. kunang-kunang

    4 Disember 2009 at 11:21 pm

    Assalamualaikum ustaz

    Menjadi surat cinta nukilan ustaz ni mengingatkan diri bahawa perpisahan dengan orang-orang yang disayangi pasti terjadi.

    Belajar menerima takdir dengan hati yang tabah.

     
  46. kunang-kunang

    4 Disember 2009 at 11:23 pm

    Salam sekali lagi ustaz,

    Saya mohon izin ustaz berkongsi surat cinta ini dengan kawan2. Terima kasih

     
  47. aziza

    12 Disember 2009 at 12:47 pm

    berbahagialah isteri2 yang menjadi solehah dengan bimbingan dan pimpinan suami2 soleh.. beruntunglah isteri siteri begini.. apakah aku di golongan yang rugi??? tidak kan ustaz.. dugaan setiap hamba yang Allah turunkan berlainan kn.. indah sungguh surat ini.. Ya ALLAH.. gerak kanlah hati suami yang kau jodohkan kepada ku ini agar mempunyai ‘hati dan jiwa’ yang setulus seperti suami yang menukilkan surat ini… agar aku menjadi sebahagian dari isteri2 solehah yang berbahagia dalam rahmat MU Ya ALLAH… lembutkanlah hati suami ku terhadap ku.. agar jiwa ku tenang di sisinya dan dapat ku jalankan tgjwbku sebgai isteri yang di redhai ALLAH.. teguhkan iman ku..ku gantungkan sepenuh harapan kepadaMU Ya ALLAH..dan ku hamparkan tawakal mengharap redhaMU Ya ALLAH..amin

     
  48. aziza

    12 Disember 2009 at 12:53 pm

    Tuhan ku.. jika tidak kau ”ringan’kan ujian, kau ‘beratkanlah’ iman ku.. ku sematkan kata2 ustaz ini di jiwa yang lara ini semoga ALLAH memberatkan iman ku seberat2nye… hingga aku rasa teramat ringan nye ujian ini seperti angin lalu… rasa tapi hanya sepintas lalu..tak meninggalkan kesan kesedihan di jiwa.. yang ada hanya rasa CINTAKU pada MU Ya ALLAH…apalah sangat cinta sesama manusia.. jika suami ini hanya pinjaman semata2, tabahlah hatiku melalui ujian yang ‘ringan’ ini dgn bantuan dan pertolongann MU YA ALLAH…insyaALLAH kan ustaz..

     
  49. gentarasa

    12 Disember 2009 at 5:04 pm

    Salam,
    Begitulah kita, walaupun kita tahu yang menguji itu Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang… namun sedikit sebayak hati kita “berontak” jua. Kita lemah, Allah Maha tahu tentang itu…. tetapi yakinlah walau sakitnya terlalu, nanti kemanisannya juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

     
  50. gentarasa

    12 Disember 2009 at 5:05 pm

    Salam,
    Isteri nabipun diuji. Siti Aisyah lagikan difitnah. Hidup menjanda dalam usia yang begitu muda… Bayangkan!

     
  51. Teja

    18 Disember 2009 at 11:06 pm

    Salam..

    Ana menuju CINTA yg Allah redhai.Doakan ana..ameen

    *Pelangi Tersenyum pada Surat Cinta*

     
  52. greensoul

    18 Januari 2010 at 2:07 pm

    salam ustaz… alhamdulillah setelah ana membaca surat cinta buat isteri, ana terpana sebentar, sukar utk ana lahirkan dgn kata2.. sehinggakan menitis air mata meskipun ana belum berumah tangga ttp sepert jodoh ana yg mengirimkan surat tersebut pd ana. Semoga suatu hari nanti andai Allah membebankan ujian seperti itu pada ana, ana dpt menerimanya dgn hati yg reda dan kecintaan ana kpd yg Maha Esa lebih istimrar bukan sekadar istiqamah… wlwbagaimanapun ustaz, ana ttp seorg hamba yg kerdil yg merasakan utk istiqamah bukanlah perkara yg mudah.. ana berharap ustaz dpt memberikan pendapat kpd ana spy menjadi mujahidah solehah di dunia dan akhirat… wassalam.

     
  53. hamka

    26 Januari 2010 at 10:08 am

    salam..

    apa perasaan ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik muslimah tentang ini…

    “Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

    “Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

    Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya…”

    Soalan:

    1. Adakah kini masih wujud muslimah yang HATINYA tabah setabah Siti Hajar..

    2. Adakah wujud muslimah yang KATA-KATAYA mampu berkata-kata seperti ini.. “Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

    3. Adakah wujud muslimah yang JIWA DAN RAGANYA.. berkorban demi untuk sukakan ALLAH?..

    Nah..
    Jawapan:

    1. Suami kepada Siti Hajar adalah Nabi Ibrahim AS, telah mendapat tarbiah sebelum khawin dengan tarbiah iman yang begitu banyak. HATINYA penuh dengan kebesaran Allah.

    2. Nabi Ibrahim AS telah membuktikan KATA-KATANYA ketika dimasukkan ke dalam api, bahawa yang akan membantunya ialah ALLAH SWT.

    3. Adakah wujud muslim lelaki yang JIWA DAN RAGANYA.. berkorban demi untuk sukakan ALLAH?..
    yang nanti akan mentarbiah isterinya..
    yang nanti akan mentarbiah anak-anaknya..?

     
  54. aida

    12 Mac 2010 at 9:51 pm

    cuba belajar memahami cinta kepada suami berteras cinta yng hakiki..

     
  55. atul

    26 Ogos 2010 at 12:27 am

    salam…ustaz,mohon copy untuk perkongsian dan panduan di masa hadapan..
    syukran…

     
  56. nurul fidza

    13 Disember 2010 at 12:20 pm

    salam usataz,
    nukilan ini membuatkan saya tersedar siapa saya di sisiNya. alhamdulillah. amin

     
  57. naziff

    8 April 2011 at 7:45 pm

    syukran ustaz di atas perkongsian idea…mohon share ustaz..barakallah..

     
  58. anisfahmi

    29 Jun 2011 at 5:46 pm

    salam ustaz,

    terima kasih atas perkongsian ini. buat sy rse byk perlu bersedia sblm bergelar isteri. izinkan sy share dgn bakal suami saya. doakan kami berkekalan ke syurga. Insyaallah.

     
  59. gentarasa

    1 Julai 2011 at 10:39 am

    Salam anisfahmi,
    Ya Allah berikanlah saudaraku dan keluarganya ketenangan di dunia dan syurga di akhirat sana. Amin.

     
  60. nur

    7 Ogos 2011 at 11:28 am

    salam ustaz…

    Sungguh indah apa yg ustaz kongsikan…terima kasih ustaz…walaupn saya blum mendirikn rumah tangga,ianya dapat dijdikan sbgai bekalan dan ingatan kpd saya untuk masa akan datang….
    Mohon d copy untuk dikongsikan bersama yg lain….

     
  61. Muhammad Muzammir

    12 Februari 2012 at 12:41 pm

    tq

     
  62. Muhammad Muzammir

    12 Februari 2012 at 12:44 pm

    macam mne nk share???

     
  63. wankembang

    20 Ogos 2013 at 7:15 pm

    mohon utk share ustaz..slm.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers

%d bloggers like this: