RSS

DIPERCAYAI LEBIH UTAMA DARIPADA DICINTAI

06 Nov

menu hatiRamai sahabat yang menggiat agar saya mengulas  isu-isu politik kontemporari. Tetapi saya belum tergerak untuk itu. Sikap tidak berpihak kepada mana-mana parti politik bukan ertinya saya tidak berpendirian. Tetapi itulah pendirian saya.

Politik terlalu kompleks dan saya tidak punya ilmu, maklumat dan pengalaman mendalam mengenainya. Jadi biarlah saya menulis sesuatu yang benar-benar saya fahami, hayati dan rasai. Biarlah orang yang benar-benar “ahli” menanganinya. Jika tidak, yang keruh akan bertambah hodoh!

Pernah saya mendapat teguran daripada seorang pengunjung blog yang menyifatkan jalur dakwah berbanding siasah yang saya pilih sekarang adalah suatu langkah yang tidak praktikal dan tidak sunnah.

Saya diamkan saja, namun tegurannya saya paparkan. Tentu dia punya sebab untuk berkata demikian, saya hormatinya. Dan saya juga ada sebab untuk bersikap begini. Saya harap pendirian saya juga dapat difahami. Mudah-mudahan kita semakin  matang menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan.

Sebahagian pandangan politik saya telah saya jelaskan dalam buku DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR? Insya-Allah, sedikit sebanyak input-input dalam buku itu mula dihadam oleh khalayak. Soal diterima atau ditolak, itu soal kedua.  Sekurang-kurangnya saya sudah berbuat sesuatu untuk menyatu padukan saudara seagama dan sebangsa.

Selain itu saya terus melaksanakan berbagai-bagai program latihan dalam agensi swasta, badan-badan korporat dan kerajaan serta tazkirah-tazkirah di surau & masjid. Dengan keterbatasan waktu, saya turut menulis beberapa buah buku dan artikel-artikel di dalam majalah. Mudah-mudahan, dalam usaha memperbaiki diri sendiri… dapat disepadukan untuk menyeru orang lain.

Mudah-mudahan  Allah izinkan  kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.  

Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster.
.

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!

 
10 Komen

Posted by di 6 November 2009 in Politik / Siasah

 

Label: , , , ,

10 responses to “DIPERCAYAI LEBIH UTAMA DARIPADA DICINTAI

  1. su

    6 November 2009 at 1:30 pm

    kepercayaan itu sukar dilihat umpama semut hitam yang melata dibatu yg hitam gelap..tetapi dapat dirasai apabila benar2 dihayati..dengan kepercayaan terbinanya baiti jannati..sahabat sejati…ukhuwah islamiah yg teguh..hilangnya kepercayaan mengundang kejahilan yg nyata..berusahalah utk memelihara kepercayaan agar terus bersinar..

     
  2. pali

    6 November 2009 at 1:35 pm

    Assalamualaikum ustaz.

    Mempercayai juga bermaksud ‘beriman’ dari segi bahasanya. Sebagai muslim yang kita beriman kepada rukun Iman yang 6 berteraskan rukun Islam yang 5.

    Tiada Iman, tiadalah cinta.

    Hubungan dengan Allah, sesama manusia, dan sekelian makhluk bertaaruf dengan iman.

    Pasal politik pun, saya pun sependapat dengan ustaz, serah pada yang pakar untuk mengulasnya, tapi seboleh-bolehnya pilihlah pihak. Atas pagar bukan pilihan, walaupun itu pendirian.

    Maaf kalau ada kekhilafan. :)

    -anak murid tumpang belajar-

     
  3. khairul

    6 November 2009 at 6:19 pm

    salam…

    artikel yg tepat pada masanya untuk yang terlibat dan memahami untuk
    – memuhasabah diri,
    – memperbetulkan hati
    -dan memohon pertolongan ilahi

    semoga kepercayaan diraih kembali demi redha ilahi…

     
  4. al-isra'

    7 November 2009 at 7:07 am

    salam ziarah ustaz..
    sy nak tanya pendapat..katalah kita telah dilantik menjadi pemimpin sesuatu organisasi. kemudian sepanjang gerak kerja kita tiba-tiba ada diantara anak buah kita tidak puas hati dan seolah-olah tidak menyokong apa yang kita arahkan dan usahakan. kemudian anak buah yang tidak puas hati tadi mempengaruhi anak buah yang lain untuk sama-sama berkompromi dengannya. soalan 1, adakah ini bermaksud anak buah kita telah hilang kepercayaannya kepada kita? ustaz ada sebut tentang jujur, amanah sangat penting dalam setiap pemimpin agar pengikut nampak cakap dan sikap pemimpin itu selari. Andai kata pemimpin tersebut telah menunaikan syarat tersebut, tetapi masih terdapat pengikut yang tidak berpuas hati, hasad dengki, marah kepadanya. pada pendapat ustaz, mengapa ini boleh berlaku dan bagaimanakah pemimpin tersebut boleh menyelesaikan masalah ini?

    sungguh sukar untuk membina kepercayaan orang kepada kita tetapi sangat mudah untuk menghilangkan kepercayaan itu..

    syukran ustaz atas penulisan yg boleh men’cair’kan hati sy ni. wallahualam.

     
  5. radzi

    7 November 2009 at 5:46 pm

    mohon menyalur pandangan….bagi saya pilihan juga boleh hadir dalam pelbagai bentuk…dalam hidup kita dihidang dengan pelbagai pilihan….pilihan untuk berdiam diri juga merupakan satu pilihan pada pandangan saya….akibat tersalah dengan pilihan juga mampu membawa akibat yang buruk…jadi kita dibekalkan dengan fasiliti solat istkharah sebelum membuat pilihan….tak salah rasanya diaplikasikan…:-)

    -juga anak murid tumpang belajar-

     
  6. meknol

    9 November 2009 at 8:24 pm

    salam.merarik pandgn ini.dipercayai lebih utama dari dicintai.boleh sy copy article ni?syukran

     
  7. gentarasa

    10 November 2009 at 12:53 pm

    Salam,
    Dalam mengundi kita tidak akan berdiam diri. Kita akan menyatakan sokongan kepada kebenaran. Mengundi itukan rahsia. Dalam berdakwah, kaedahnya lain. Wallahua’lam.

     
  8. gentarasa

    10 November 2009 at 12:56 pm

    Salam, Nanti jawapannya. Sementara ini saya banyak komitmen yang urgent. Maaf.

     
  9. kak chik

    10 November 2009 at 6:47 pm

    Assalamualaikum,
    gunakanlah mata hati dgn panduan quran dan sunnah dlm memilih pemimpin kita.bukan ikut emosi.
    “Sesungguhnya Kami menurunkan kpdmu kitab(quran)dgn membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yg allah telah tunjukan kpdmu melalui wahyuNya dan jgnlah engkau menjadi pembela bg org yg khianat.(An nisa:105)

    “tak mungkin terkumpul iman dan kufur dalam jiwa sesaorang dan tidak juga mungkin bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa.(hadith riwayat Ahmad).

    Jd suluhlah dgn mata hati,sama ada kita mahu umat islam bersatu atau berpecah-belah, atau kita suka utk jadi seperti nasib saudara2 kita di singapura.nak azan pun tak boleh.nak masuk u pun susah,apa lg menjawat jawatan yg tinggi dlm kerajaan(pengalaman huby walaupun best student disana).Klu di thailand nak sembahyg pun kena tembak…fikirlah …jgn lah kita golongkan diri kita dlm golongan yg kufur nikmat…tiada negara islam yg sebaik kerajaan kita( walaupun byk kelemahan yg mungkin boleh di perbaiki melalui dakwah).Kita masih boleh belajar percuma @bayaran yg rendah di MLVK,Pusat giat mara dll. Adakah kita masih dpt menikmatinya jika PR yg memerintah.Saya di kelilingi org2 politik.Pernah merasa bos org BN dan kini PAS…huhuhuhu…depan lain belakang lain…wallahualam.muga2 allah ampunkan dosa2 kami dan kelemahan serta kesilapan kami…amin.
    Teringat saranan sesaorang supaya dakwah ala arqam dulu di hidupkan kembali tp bersyarat. Tak pasti pula apa yg PM maksudkan dgn bersyarat.Al arqam mangsa politik org yg berkepentingan utk menjadi PM dulu kerana diwaktu itu kabarnya arqam kuat utk berkempen allahyarham gafar baba musuh politician tersebut.arqam diburuk2an dan dimomok2kan sehingga di haramkan terus.ustaz pasti lebih tahu…wallahualam…sekian,maaf jika tersilap…

     
  10. abdul rahman ali

    12 November 2009 at 6:35 am

    apabila kita mudah dipercayai maknnya unsur spiritual kita semakin mantap. dengan kata lain, rakan atau orang sekeliling mula melihat kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi hasil daripada kita dah mula melakukan banyak kebaikan yang diminta oleh ALLAH….

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: