Looking for Something?

INGAT MATI, TINGKAT PRODUKTIVITI

Author:

“Saya risau kalau semua orang ingat mati, produktiviti syarikat ini akan menurun,” kata pegawai tinggi sebuah organisasi. Dia begitu sinis sekali dengan ceramah-ceramah yang menyentuh soal mati.
“Kenapa tuan beranggapan begitu?” tanya saya.

“Bila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka akan asyik solat dan zikir wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung ceramah tentang mati ni dibuat dalam organisasi ini. Sorry, saya tak setuju!” katanya berterus-terang.

“Saya rasa tidak begitu. Bila semua ingat mati, makin meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat ini,” kata saya.
“ Kenapa pula?” Kali ini dia pula yang bertanya.
“Orang yang ingat mati sedar dia akan menemui Allah,” jawab saya pendek.
“Apa kaitan hal itu dengan produktiviti?”

“Kalau kita sedar kita akan bertemu Allah kita akan memperelok dan memperbanyakkan ibadah.”
“Itu yang saya kata tadi… bila asyik beribadah kita akan lupa dan lalai bekerja. Habislah syarikat ini.”

Saya tersenyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah dia belum faham konsep ibadah yang sebenar atau ada masalah lain yang “bermain” di mindanya.
“Tuan, ingin saya ingatkan konsep ibadah itu luas. Ibadah bukan sahaja solat, zikir dan wirid. Kerja juga satu ibadah.”
Dia merenung saya. Saya bersikap biasa-biasa sahaja.
“Maksud awak saya tak faham konsep ibadah?” tusuknya tiba-tiba.
“Saya Cuma mengingatkan. Ibadah itu terbahagi tiga – ibadah asas, ibadah sunat dan ibadah khusus. Ibadah asas itu, solat, puasa, zakat dan lain-lain rukun Islam. Ibadah sunat itu banyak antaranya zikir, wirid, baca Quran, solat dan puasa sunat.”

“Itu saya tahu,” getusnya.
“Manakala ibadah umum pula adalah seluruh aktiviti hidup kita selain ibadah asas dan ibadah sunat tadi. Termasuklah kita bekerja, berniaga, berhibur, bermesyuarat dan lain-lain.”
Tanpa mempedulikan reaksinya saya terus memberi penerangan.

“Tu yang saya kata tadi. Nanti semua tumpu pada ibadah asas, ibadah umum terpinggir. Pekerja kita ni bukan faham sangat konsep ibadah yang berbelit-belit ni.”
“Kitalah yang mesti memahamkan mereka. Ceramah tentang mati ini perlu dibuat selepas ceramah tentang visi dan misi hidup, konsep ibadah, habluminallah, habluminannas,” pujuk saya. 

“Saya tak yakin mereka boleh difahamkan. Orang Melayu kita ni bila ingat mati gementar, takut, kecut… saya tak mahu menakut-nakutkan mereka. Kita nak kualiti, kita nak produktiviti. Ingat mati ni soal peribadi, bukan soal organisasi. Dalam organisasi kita bercakap soal keuntungan.”
“Tuan, Islam menganjurkan agar kita ingat mati, bukan takut mati. Yang tuan bimbangkan tu takut mati, bukan ingat mati.”

“ Apa bezanya?” tanyanya. Suaranya mula meninggi.
Saya diam sejenak. Berfikir untuk mengolah kata-kata yang baik. Mengadun antara kebenaran dan kelembutan

“Saya teringat maksud sebuah hadis…” kata saya memulakan penjelasan.
“Awak jangan berselindung di sebalik hadis!”
“Bukan berselindung tuan, tetapi pada siapa lagi yang patut kita sandarkan segala hujah dan pandangan melainkan kepada Rasulullah?” jelas saya perlahan.
“Apa maksud hadis tu? Direct to the point!”

“Orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Itu maksud hadis. Sama ada ibadah asas, sunat dan umumnya. Tapi orang yang takut mati, akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.”

“Saya masih bimbang mereka akan takut mati bukan ingat mati.”
Perlahan-lahan saya menggeleng-gelengkan kepala. Sekarang saya mula berfikir, ini masalah dia atau masalah pekerjanya.
“Tuan jangan lupa satu golongan lagi. Mereka tu ingat mati pun tidak, takut mati pun tidak…”
“Ada lagi?”
“Ya, satu golongan lagi adalah mereka yang lupa mati. Golongan ini akan menangguhkan taubat, meremehkan ibadah dan jiwanya sentiasa kacau. Mereka ini sangat benci bila diperingatkan tentang mati kerana itu mengganggu keseronokan mereka melakukan maksiat dan dosa,” ujar saya lagi. Kebenaran itu memang pahit, walau betapa indahnya bahasa kita mengucapkannya.

“Saya masih khuatir mereka akan berkurung di surau, asyik solat, solat duha, doa berjam-jam lamanya. Kerja tertangguh.”
Terkedu saya. Satu kebimbangan yang tidak berasas.
“Kita perlu terangkan kepentingan ibadah umum. Ibadah umum yang kebanyakannya dikategorikan dalam fardu kifayah. Fardu kifayah kedudukannya lebih tinggi daripada ibadah sunat.”
“Maaflah, awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik.”
“Mengapa? Apa sebabnya?”

“Culas, curi tulang, pembaziran, rasuah…”
“Tuan, itu semua sikap orang yang lupakan mati,” jolok saya pula.
“Lagi-lagi mati. Kita bercakap tentang hidup sekarang!”
“Bercakap tentang mati akan menyebabkan kita jelas tentang hidup. Persediaan menghadapi mati dibuat semasa hidup. Keadaan hidup selepas mati sangat berkait dengan keadaan hidup sebelum mati!”
“Saya tambah tak faham dengan awak.”

“Maksud saya orang yang curi tulang, culas dan rasuah itu tidak takut dengan dosa. Mereka hanya takut dengan undang-undang dunia. Kalau mereka nampak undang-undang dunia ada kelemahan, kurang penguatkuasaan, maka di situlah mereka ambil kesempatan.”

“Apa kaitan itu dengan mati?”
Lucu. Kali ini dia pula yang mengingatkan saya tentang mati.
“Kalau mereka ingat mati, mereka ingat hari pertemuan dengan Allah di hari akhirat. Di sana segala dosa yang disembunyikan dari manusia dan yang terlepas dari undang-undang dunia akan dipaparkan dengan nyata. Bukan dipaparkan sahaja, bahkan akan beri hukuman dengan api neraka.”
Dia mula diam.
“Di sana nanti Allah akan tanyakan segala-galanya. Tentang solat, tentang kerja, tentang keluarga. Jika semua beres, baiklah keadaan hidup kita di sana. Itu yang saya katakan tadi, keadaan hidup selepas mati sangat ditentukan oleh corak kehidupan kita sebelum mati.”
“Maksud awak keadaan hidup di dunia kita sangat menentukan keadaan hidup di akhirat?”
“Ya, begitulah tuan. Orang yang ingat mati, akan melaksanakan amanah dan tanggung jawabnya dengan baik dalam famili, organisasi dan masyarakat.”

“Saya takut orang yang ingat mati asyik solat sahaja!”
“Asyik solat? Apa salahnya dengan solat?”
“Kalau asyik solat sahaja mana sempat buat kerja?”
Saya macam nak tergelak. Macamlah ramai sangat orang yang solat sampai tak sempat buat kerja. Realitinya, ramai yang bekerja sampai tak sempat solat. Dan lebih ramai orang yang tak sempat buat kedua-dua. Solat tidak, kerja pun tidak. Lalai, leka dan terbuai dengan hiburan semata-mata. Ramai yang curi masa di pejabat kerana leka dengan kerja-kerja luar, buat “direct selling”, “game”, “chatting”, “face book” dan segala macam.

“Saya rasa orang yang solatlah yang paling jujur dan amanah dalam kerja.”
“Mana boleh macam tu…”
“Ini Al Quran kata. Solat itu mencegah dari fahsya’ dan mungkar. Termasuklah mungkar dalam pekerjaan seperti culas, membazir, rasuah, curi tulang dan lain-lain.”
“Saya pernah jumpa orang yang banyak solat tapi rasuah, curi tulang…”
“Tentu ada salah di mana-mana dengan solatnya. Kalau solat tak mencegah kemungkaran, solat itu bukan solat. Ini hadis.”
“Maksud awak?”
“Mungkin solat kerana riyak. Mungkin jahil dengan ilmu solat. Atau tidak mujahadah hingga solatnya dikategorikan sebagai solat orang yang lalai. Khusyuk jauh sekali!”
“Jalan penyelesaian?”
“Perlu diberi ilmu, dididik dan dilatih dengan program solat yang sebenar!”
“Ke situ balik… saya bercakap tentang produktiviti dan kualiti kerja, awak bercakap dengan kualiti solat… Pelik!”

Saya tersenyum. Inilah realiti kefahaman majoriti umat Islam. Amalan Islam dilihat secara terpisah-pisah. Padahal semua amalan Islam itu bersepadu. Yang satu mempengaruhi yang lain. Solat ada impaknya kepada pekerjaan. Membetulkan solat boleh membetulkan pekerjaan. Soal ketepatan waktu, pengurusan masa, amanah, fokus, kebersihan, keikhlasan yang menjadi teras dalam solat seharusnya melimpah kesannya bila kita bekerja.
“Kalau begitu kita perlukan program latihan yang menyentuh soal mati ke, solat ke atau produktiviti? Saya makin keliru sekarang…” kata pegawai tinggi tersebut.
“Ketiga-tiganya sekali. Kita perlu program latihan yang bersepadu. Hingga dengan itu pekerja yang ingat mati akan serius dengan solat dan seterus akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaannya!” jawab saya.

Dia tersentak. Saya semakin yakin, sebelum orang bawahannya menjalani program latihan yang dibincangkan itu… dialah orang yang perlu menjalaninya terlebih dahulu. Ketua yang keliru, akan mengelirukan anak buahnya!

Feedback

28
  • rabiatuladawiyah

    salam Ustaz…

    saya baru beberapa hari terserempak dgn laman web ni..sgguh seronok mmbc artikel2 yang dapat mmberi nasihat kpd kita..sy rs dh terlalu lm hati sy d biarkan tanpa santapan rohani..sy agak terleka..skrg sdg mencari sesuatu untuk penyucian jiwa..alhmdulillah bertmu dgn laman web ini..sedikit sebanyak membantu sy bermuhasabah diri…doakn saya Ustaz..

  • Khairunnisa'

    Assalamualaikum…ustaz pahrol,

    saya tersenyum membaca post kali ini sbb saya bleh bygkan betapa ustaz sabar n tabah menjawab soalan ketua organisasi tu. Betul apa yg ustaz katakan, kurangnya didikan berkaitan mati di dlm organisasi dan pendidikan. cth terdekat di UIA Gombak la saya bleh nampak kerana sy student disitu. jika dengar saja program zikrulmaut, sume ckp ekstrem la, menakutkan la.. jdnya prog pn xrmai yg dtg.

    dalam pendidikan juga sekolah dilarang mengadakan program berunsurkan alam kubur, kematian krn bimbang pelajar2 akan jadi takut dan diganggu makhluk aneh la dan semacam lagi. mengingatkan mati mendekatkan kita kpd Allah. Camne ustaz kita boleh menyebarkan ilmu bkaitan ttg kehidupan slps mati adalah bermula dr skrg? dlm keadaan manusia smakin ego dan xmahu dengar

  • khairunisa

    thanx ustaz!!..nukilan yg sgt mendalam..sama2la kita baiki diri..inshaAllah…saya selalu pk pyh nk solat kt sini..sbb xde surau,nk curi2 solat pn segan nti org tgk..klas pn pnuh xleh escape..n selalu sy wt jamak blk dr klas..kdg2 rse brslh,..but inshaAllah lps ni cube nk cr tmpt di uni utk solat…pasti ada kemudahan,..inshaAllah..

  • shima

    subhanallah, syabas ustaz… dakwah hanya mudah disebut tp tak mudah dlm perbuatan

  • abdul rahman ali

    salam ustaz,

    Ini mungkin antara beberapa langkah penghayatan yang boleh dilakukan bagi menjinakkan diri untuk kerap berbuat baik/ibadah.

    a. banyak2 bersyukur kpd Tuhan setiap kali berpeluang berbuat baik/ibadah
    b. minta dengan Tuhan agar peluang ini dapat diamalkan secara berterusan/istiqamah
    c. moga2 datang rasa bahagia/seronok untuk terus berbuat baik/ibadah ini
    d. hasilnya rasa tawakal yang tinggi sebagai buah kepada kerja baik itu/ibadah yang akan menguatkan keyakinan kepada kekuasaan Tuhan yang tiada tolok bandingnya….

  • faiz

    mcm2 ragam..muga dia mudah memahami 🙂

  • faiz

    ustaz kn adiahkan dia material solusi edisi awal yg bincangkan soal mati..pasti terjawab jika dia mbuka matahati

  • kaklong

    assalamualaikum..
    saya betul2 berterima kasih pada ustaz dan bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan entri ini. ye ingat mati bukan takut mati. tak dapat dinafikan memang ramai takut mati termasuk saya. saya takut sebab amal saya langsung belum capai tahap kualiti tinggi. namun saya istighfar dan nasihat diri bahawa tiap yang hidup pasti mati.terus tingkatkan ibadah2 (asas, sunat, umum).selebihnya serah pada Allah. hakikatnya setiap hari manusia mati.betul tak ustaz.mati sementara (tidur). satu lagi tentang kematian, saya terasa agak beban bila memikirkan perpisahan dengan orang-orang yang disayangi meskipun saya tahu setiap pertemuan ada perpisahan.moga Allah sentiasa memelihara keimanan dan ketakwaan kita semua. moga ustaz dirahmati Allah.

  • ibnu nafis

    Salam..
    Alhamdulillah… Kali ini entri Ustaz berbeza dgn entri yg lain. Banyak yg terfikir dalam kehidupan seharian di mana, saya sendiri perlu melakukan ibadah2 yg ustaz nyatakan dalam entri ini. Terima kasih ustaz..Entri ini menjadi santapan rohani untuk org2 yang membacanya.. Di harap ustza terus menulis agar saya sendiri akan menjadikan entri ini sebagai panduan dari kelalaian hidup berpanjangan…

  • Hamba Allah

    Insan yang dimaksudkan masih belum memahami kaitan hidup didunia ni dgn hidup selepas mati nanti..klu dia faham insyallah dia dapat menerapkan kepada kakitangan bawahanya..tidak salah dia tidak menghayati kerana dia tidak memahami…sy juga menghadapi problem yg sama dgn teman2 yang seagama dan sebangsa..kdg2 tu sakit hati dibuatnya,tapi bila ingat mereka tak faham dan penghayatan agama tidak sebati dlm jiwa mereka…kesabaran dapat mendominan diri…bukan senang nak mengamalkan jika tidak mendarah daging..kalau mereka memahami dunia adalah ladang akhirat insyallah mereka akan menghayati hidup ini dgn tenang dan damai…

  • rosma

    Salam Ustaz..
    memang best artikel ni..saya terkilan sikit sb tak dapat memiliki SOLUSI berkenaan “Ingat Mati”..sampai hr ni tak dpt lg..tp berazam akn memilikinya..InsyaAllah..”Orang yg paling bijak ialah org yang paling byk mengingati mati”..betul tak ustaz?Betulkan sy kalau tersilap..

  • intan

    salam ustaz
    terima kasih atas nukilan ustaz..Hasi nukilan ustaz amat terasa dekat di hati. Semoga usaha ustaz diberkati Allah dan saya doakan agar ustaz sentiasa diberi ilham untuk menulis. Jazakallahu khair

  • NAZARIZAH

    Salam ustaz…
    Solat subuh yang agak culas pagi tadi harus diperbaiki kerana mati itu sangat hampir dengan kita.andai selalu diperingatkan dengan nukilan-nukilan ustaz seperti ini pasti akan merasa selalu ingat akan saat kematian bukan takut padanya.moga-moga dengan mengingati mati produktiviti kita tak kira dari segi melakukan ibadat asas,ibadat sunat atau ibadat khusus semakin meningkat..insyaAllah.Terima kasih ustaz..

  • gentarasa

    Salam Nazariah,
    Semoga dibantu Allah dalam usaha-usaha memperbaiki diri. Semoga mati sentiasa hidup di hati kita.

  • amir

    Salam ya Ustaz! syukran sekali lg entri yg sgt relevan buat permaslahan msy hari ni.. melihat agama dan pekerjaan dunia terpisah2. penglmn sy sndri mngesahkan hal ni pabila tiap kali nak tunai ibdat sunat (duha), brp kali org mherdik diri ini.. malang skli kerna Rasulullah s.a.w. sendri menjanjikan kemurahan rezki berbentuk ketenangan sekaligus meningkatkan produktiviti kerja sy sbg Navy People di kapal..
    mudah2an rmi msy mula menyedari kaitan MATI dan HIDUP di dunia sementara ini insyaAllah.

  • mus

    Kita sudah dkira mati apabila HATI kita sudah mati. Hidup dan mati setiap insan itu bergantung kpd kemahuan kita utk berubah mjadi lbh baik. Skiranya kita bertekad utk berubah…mulakan langkah pertama utk berubah. Nescaya Allah swt pasti menolong hambanya yg mahu mhidupkan hati mrk yg sudah mati. Bangunlah utk berubah….

  • putrafird

    SALAM ust….
    nukilan yang sungguh mnarik dan mengadungi unsur-unsur yang perlu di fikirkan oleh semua
    ingt kat saya lg tak…
    Saya FIRDAUS, dari uia pj….

  • cahaya petunjuk

    Salam Ustaz,
    Saya mengenali penulisan ustaz melalui buku SATU RASA DUA HATI. Alhamdulillah, buku tersebut ‘mengeyangkan’ saya. Banyak ilmu yang saya dapat dari hasil penulisan ustaz untuk diaplikasikan sbg seorang hamba-NYA, isteri, anak, dan insyaAllah bakal ibu. Selepas baca buku tersebut, terus saya ke carian Google dan bertemu dgn website ustaz. Teruskan memberi ilmu, kerana tidak semua ilmu saya dapat dipelajari di sekolah, kolej, mahupun institut pengajian tggi. Terima kasih, ustaz. Semoga dirahmati-NYA selalu.

  • Muhammad Al-Fadzil Hidzir

    Assalamualaikum Wrt Wbt.

    Apa khbar Ustaz? Doa dan harapan ana ustaz sihat sejahtera dibawah naungan dan rahmat Ilahi. Seronok baca penulisan ustaz..Diharapkan Allah swt memberikan kekuatan kepada ustaz untuk terus menyampaikan dakwah dan mematikan hujjah mereka yang jahil agar tidak menyesatkan orang lain dan mengembalikan mereka kepangkal jalan. Insyaallah mereka akan melihat betapa cantiknya Islam sekiranya diamalkan dan diadaptasikan dalam diri, keluarga, Organisasi dan Masyarakat. Selamat Aidiladha Maaf zahir dan batin.

    Salam dari pelembahan Nil.

  • NurSyahadah

    assalamualaikum ustaz..TAHNIAH dan saya doakan ustaz akan sentiasa diberi kesabaran sehingga akhir hayat dalam meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan membetulkan kejahilan umat islam sendiri dalam mempraktikkan ISLAM dalam hidup sebelum mati…apalagi dalam zaman ini..pertembungan kekeliruan mengenal kepentingan hidup di dunia untuk menemui akhirat yang kekal..

  • gentarasa

    Salam NurSyahdah,
    Syukran. Kita doakan sama-sama… perjuangan menegakkan Islam dalam diri adalah kekangan pertama dalam perjuangan menegakkan Islam secara seluruh dan sepenuh. Doakan kesihatan saya – pada jiwa, akal dan jasad.

  • muslimahanis

    salam ustaz..

    pertama skali saya ingin mengucapkan tahniah atas artikel yang cukup bernas..saya melihat dari sudut bagaimana cara dan adab yang cukup baik didalamdiri seorang yang dipimpin menegur seorang pemimpin..kata2 yang penuh hikma dalam menegur tanpa menyinggung perasaannya..begitu cantiknya ISLAM itu..cukup , lengkap malahan flexibel dengan segala bentuk urusan yang kita ingin lakukan sehari-harian..saya juga dapat melihat apabila sesuatu masalah itu timbul sebnarnya kita kita BACK TO BASIC bermakna kembali kepada Allah YG ESA..masyaAllah sesungguhnya islam itu sungguh indah..syabas ustaz..

  • kakak

    salam. first of all. mabrook pada ustaz. saya kerap membaca artikel ustaz dalam majalah ANIS dan SOLUSI khususnya. dan alhamdulillah ia mampu mengubah cara saya mendekati golongan yang perlu kita bantu dari segi aqidahnya. keep up the good work.;)

  • aziza

    salam ya ustaz.. banyak ilmu yang saya dapat dr blog ustaz.. oo ustaz ada tulis buku ye?? nanti saya akan cuba dapatkan buku2 tulisan ustaz.. biasanye saya membaca buku2 motivasi dr penulis2 yang biasa dan popular masa kini.. alhamdulillah.. ALLAH menemukan saya dengan satu lagi laman yang membawa saya selangkah lagi mendekati ALLAH.. semoga ALLAH merahmati usaha ustaz. terima kasih ustaz.

  • madaih

    assalamualaikum ustaz saya bersyukur dapat masuk laman web ini.
    dan saya berterimakasih dengan apa yg saya dapat pelajari dari ustaz.ustaz saya ingin bertanyakan soalan.bagaimana supaya kita lebih dekat dangan allah?
    saya besar hati sangat nak beribadat sungguh2 tapi kekadang contoh ye…time nak solat.nak sangat khusyuk dalam solat tapi tuelah khusyuk tue mesti lari,masa solat boleh terfikir dunia.lagi satu setiap malam nak sngt solat tahajjud dah niat sebelum tidur,tapi bila dah sedar sepertiga mlm terus jadi malas.ustaz saya minta ustaz dapat tolong saya dalam masaalah saya ini.trerimah kasih ustaz.

  • kesidang

    salam

    ingat mati
    tingkat produktiviti
    satu ungkapan yang membekas di hati…Insya Allah
    melalui kawasan perkuburan apabila hendak ke tempat kerja
    setiap kali datang kebosanan pasti akan segera terhapus kerana melihat batu-batu nisan yang kaku
    bisik hati “mereka sudah pergi
    aku yang masih hidup mesti hargai detik ini
    esok mungkin tiada lagi
    jadi hargailah hari ini”
    nampak pelik tapi benar
    mungkin di sinilah takdir Ilahi
    buat empunya diri
    yang lalai serta lupa diri
    namun tetap mengharap kasih Ilahi….amiiiin

  • quibids review

    Thanks for your interesting article. One other problem is that
    mesothelioma cancer is generally due to the inhalation of fibres from asbestos fiber, which is a cancer causing
    material. It’s commonly seen among individuals in the construction industry who definitely have long contact with asbestos. It is caused by living in asbestos covered buildings for long periods of time, Genetic makeup plays an important role, and some individuals are more vulnerable towards the risk as compared to others.

  • zafran

    Mohon share

Leave a Reply

%d bloggers like this: