RSS

MENANGANI RASA ENGGAN MEMBERI

07 Dis

Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.  Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

• Memberi akan mengurangkan.
• Orang yang menerima tidak berterima-kasih.
• Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
• Takut dieksploitasi & dimanupulasi.
• Tidak adil setelah kita penat berusaha.
• Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu.  Berikut adalah beberapa alasan mengapa kita tidak memberi dan bagaimana cara untuk menanganinya. Insya-Allah. Jom sama-sama kita mujahadah untuk amalkan!

i) MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayyidina Ali ra berkata, “rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan yang apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.

Memmberi sebahagian harta seperti mana yang kerap dianjurkan oleh Al Quran, akan membersih dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabutnya sebahagiannya, pokok sayur yang lain akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk berusaha (mencari rezeki). Untuk memberi mesti memiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh itu dorongan untuk memberi menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamlakan prinsip 3 M dalam berusaha – Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ii) ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA-KASIH

Ini lumrah alam (sunatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima-kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terimasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima-kasih di dunia ini. Jika ada ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, kita bukan sahaja akan kecewa bahkan itu menunjukan kita orang yang ego.

Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima-kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya:
“Cari ayat: Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur.”
Namun apakah dengan itu Allah berhenti memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

iii) TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI

Jangan sempitkan rezeki dengan ‘menyempitkan’ pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta, jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu ‘ada’ untuk memberi. Luaskan pengertian rezki maka “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

iv) BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI.

Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi-buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita orang itu patut menerima pemberian kita.

Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak dunia, pasti di akhirat. Insya-Allah. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah riri dieksploitasi dan dimanupulasi untuk kebaikan.

v) TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.

Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita memberi. Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Mesti kita sedari bahawa kita adalah ‘saluran’ Allah untuk memberi. Oleh kerana itulah Allah menggunakan kalimah ‘KAMI’ (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.

Adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana ia samalah dengan menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya ‘kepunyaan’ kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain. Manusia ialah ‘peminjam’ bukan ‘pemilik’. Memulangkan pinjaman adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

vi) TIDAK MENDAPAT BALASAN.

Individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, pasti menolak anggapan memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman:
“*Cari ayat: Sebesar zarah kebaikan akan mendapat balasan (kebaikan).”
Malah pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.

Malah ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat ‘ketenangan’ hati. Hakikatnya, mereka “berzikir” dengan anggota (rujuk isu utama Solusi Edisi ke-10: Mencari Bahagia). Orang kaya hakikatnya “berzikir” (zikir fikli) apabila menginfakkan hartanya. Ulama berzikir ketika menyampaikan ilmunya. Pemimpin sedang berzikir ketika memimpin dengan kuasa dan kewibawaannya. Dan semua ini akan berikan ketenangan di dunia.

Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi dan Ahmad Nabi Muhammas saw telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya, “Ya, Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu? Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”

Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah menteladani orang yang berjaya. Semua mereka adalah terdiri daripada orang yang sangat komited dengan memberi.

Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah simiskin seperti Sayidina Ali Karamallahuwajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah saw bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah. Hanya satu sahaja penghalang untuk memberi… lemah iman!

 
23 Komen

Posted by di 7 Disember 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

23 responses to “MENANGANI RASA ENGGAN MEMBERI

  1. Takaful & Roadtax Kenderaan

    7 Disember 2009 at 12:47 pm

    Antara ciri2 ahli syurga adalah yang memaaf semua orang sebelum tidur..

     
  2. kunang-kunang

    7 Disember 2009 at 2:29 pm

    Selalu dengar orang kata “can forgive cannot forget”.

    Tapi kalau kita ikhlas memaafkan seseorang, rasanya kita kenalah lupakan perkara yang telah terjadi, kalau kita “cannot forget” di mana kemaafan.

     
  3. suhaini

    7 Disember 2009 at 4:33 pm

    terima kasih.. good info…

     
  4. nurkasih

    7 Disember 2009 at 5:58 pm

    salam semua..

    sekadar berkongsi cerita..
    di saat2 saya menghadapi kesukaran yang agak getir pada suatu masa dahulu, sy sgt2 buntu dan takut…bermacam2 cara telah dilakukan tetapi ttp tidak menampakkan hasil..saya bersedih dan sgt tertekan..dan cemuhan dan cacian insan lain membuat kan diri saya sguh ‘ down’ sekali..walau bermacam cara telah sy bwt, masih hati ini tidak kuat..akhirnya sy berkata pd diri ‘ sudahlah usaha ini, biarlah Allah yg selesaikan yg lain (dgn yakin Allah akn bantu jua saya) ‘ ketika itu saya memahami erti bertawakal yg sebenar..lalu tanpa disedari pertolongan Allah tiba juga di penghujung nya…sy?? sy sgguh terharu dgn pemberian itu..Allah sentiasa menberi kpd saya even sy x pernah meminta..sdgkan saya jarang sekali memberi kpd NYA…owh hina sguh diri manusia ini(saya)….pengajaran nye…yakin lah kpd DIA..tidak selamanya kamu berada dalm derita..di celah2 kesempitan, Allah mempermudahkan (meminjam kata2 ustaz)..sesungguh nya apabila ALLAH berkata jadi, maka jadilah ia…..

     
  5. kak chik

    7 Disember 2009 at 9:12 pm

    Assalamualaikum,
    “sebaliknya tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!”ada sesiapa nak mendaftar? sy boleh tolong uruskan.psychiatric ward di sini masih ada lagi kekosongan…

     
  6. Hamba Allah

    8 Disember 2009 at 12:12 pm

    Salam ustaz,ada ketikanya terlalu mudah memberi kemaafan..tapi bila perkara yang amat menyakitkan hati..datang bisikan “aku tak akan lupa sampai mati”…membuatkan hati amat sukar untuk memaafkan…terimakasih ustaz..semoga coretan ustaz kali dapat membantu ana mengikis mazmumah yang bersarang dihati…

     
  7. abdul rahman ali

    8 Disember 2009 at 9:46 pm

    Salam…..jika unsur mental dan fizikal kita tidak seimbang biasanya akan mendorong kita kearah terlalu berkira-kira dan skeptikal. Bimbang yang sediada makin berkurangan dan terlalu berjimat cermat…tak suka ambil risiko rugi atau tak cukup.

     
  8. fatin

    9 Disember 2009 at 3:21 am

    salam alaik, saya amat tertarik dgn mesej ust kita menjadi saluran rezeki org lain. Ini akan menjadikan kita lebih redha dan berlapang dada sekiranya ditakdirkan seseorang itu mendapat rezeki lebih drpd kita ttp mlalui kita, krn kita yakin itu memang rezekinya yg Allah sampaikan melalui kita. Maka tidak akan timbul perasaan tidak puas ati,menyesal dan sbgainya.. btol x ustaz?
    mudah-mudahan kita siap siaga utk memberi..

     
  9. hamba~

    9 Disember 2009 at 6:00 am

    Salam ustaz,
    bagaimana pula, jika dia sudah pun melafazkan kemaafan itu..
    namun hatinya masih sukar terima..
    ada yang kata “can forgive, but can not forget..”?

    sebab orang2 tu, suka bermuka2 .. depan kita manis muka,bila tanya ada masalah ke dsbgnya.. “owh,xde pape” tp rupanya..belakang kita tak sangka..

    Ya Allah,
    sukar ustaz…
    Alhamdulillah, selalunya saya mudah memaafkan orang..
    tp kali ini..
    dah maafkan.. tp rasa macam.. sia2 shj.. sebab dia ckp belakang juga lagi..
    diberikan nasihat, kata kita “psyhco” dia..

    Bagaimana ya ustaz….

     
  10. ashyfida

    9 Disember 2009 at 6:39 pm

    salam..

    ustaz.. rentetan post yang mempunyai mkna mendalam :)

    “jgn takut untuk memberi.. andainya perasaan itu wujud, cubalah utk bermujahadah mencari di mana silapnya. mungkin hati tidak merelakan atau iman belom ckup matang. ikhlaskan hati dalam memberi, sejalur senyum atau selautan maaf.. semua itu terletak dalam hati samada ingin atau menolak”

    berdoalah spy tergolong dalam golongan yg mendapat naungan arash di akhirat kelak iaitu “hamba yg memberi dgn tgn kanannya sedangkan tgn krinya tidak mengetahui”

     
  11. muhammad fakhruddin

    9 Disember 2009 at 9:10 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    maafkan saya jika saya ingin menyatakan penghalang daripada kita memberi satu alasan yang terlalu apologetik dan klise.

    Buat dosa,disalahkan lemahnya iman.
    Malas-malasan ibadah,lemah iman juga puncanya.
    Iman yang jadi fokus,bukan empunya iman dalam diri itu.

    Letakkan sahaja ustaz,penghalang terbesar ialah DIRI KITA.Maaf ustaz kalau nada saya seolah-olah emosional.Tajuk ini sedikit sebanyak terkait dengan pengalaman saya.

    Walaupun bukan dari sudutu materi,ada juga yang berat ‘memberi’ dan berkongsi ilmu,dengan alasan utamanya ‘SAYA TAK CUKUP ILMU, USTAZ KAN ADA’

    Bila banyak kali berhadapan dengan situasi ini,muak pun ada.Apa nak buat,sabar sahaja lah =)

     
  12. gentarasa

    9 Disember 2009 at 9:12 pm

    Salam aziza,
    ada masalah yang Allah datangkan bukan untuk diselesaikan… tetapi ia di situ sebagai saluran untuk kita terus merintih kepada Allah. Bila Allah takdirkan kita menerima ujian itu, Allah pasti akan membantu kita untuk melaluinya. Allah sekali-kali tidak akan menguji kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. Sakit, memang sakit. Tetapi terimalah kerana hakikatnya Allah menguji kita melalui suami kita. Untuk berpisah? Jangan ditempah, selagi suami melaksanakan tanggung jawabnya mengikut syarak.

    Allah menguji kita menerusi “apa” yang paling kita sayangi. Seperti Ismail yang menjadi ujian kepada ayahnya Ibrahim, justeru Ismail itulah yang paling disayangi oleh Ibrahim AS. Dalam hidup kita pasti ada “Ismail” kita yang tersendiri. Mungkin anak, mungkin isteri atau suami yang menjadi “Ismail” kita… lalu korbankanlah demi cinta kita kepada Allah. Rasa sakit diuji tidak akan sembuh secara mendadak, tetapi beransur-ansur. Teruskanlah merintih kepada Allah. Pinta dibesarkan iman untuk menghadapi ujian ini.

    Ada isteri yang lebih diuji… Didera, diceraikan dan dizalimi. Ada juga yang suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ah, begitulah kita yang hanya seorang hamba ini. Rasa sakit diuji dan merintih kepada Allah adalah pintu pembukaan untuk menjadi hamba Allah yang solehah. Kekadang rasa perit diuji itu lebih berkesan menempa rasa kehambaan kepada Allah berbanding ibadah-ibadah yang lain.

    “Ya Allah, bantulah saudaraku yang sedang diuji ini. Kuatkan imannya. Teguhkanlah pendiriannya. Berilah sesuatu yang lebih baik dan indah di sebalik ujian ini. Amin.”

     
  13. gentarasa

    9 Disember 2009 at 9:19 pm

    Salam,
    Syukran atas input-input yang berkesan. Doakan saya.

     
  14. gentarasa

    9 Disember 2009 at 9:35 pm

    Salam saudaraku,
    Merasai kurang ilmu itu perlu untuk rasa tawaduk tetapi bukan untuk berhenti menyampaikan. Menjadi pendakwah itu adalah tuntutan semua orang… tahu satu, sampai satu. Bukankah Rasul berpesan, sampaikan daripadaku walaupun satu ayat?

    Ya, sabar. Sabar itulah ubat kepada semua masalah. Sabar yang dinamik, sabar yang tidak menafikan usaha – milik ahli sunnah, bukan tersasar kepada jabariah atau qadariah.

     
  15. muhammad fakhruddin

    10 Disember 2009 at 2:09 am

    Jazakallah atas nasihat ustaz itu.

    p/s:dalam proses menghayati Nota Hati Seorang Lelaki

     
  16. faziela

    10 Disember 2009 at 11:04 am

    Salam,

    Bagaimana nak memaafkan sesorang yang hari nie kita maafkan, besok lusa ulang semula. Kemudian berjanji dan buat silap lagik.Bagaiman hati nak memafkan sesorang yg kita bantu beri sokongan tiba-tiba bila berlaku yang tak puas hati ..balasan pada kita …hanya kata-kata penghinaan, maki kutuk.

    Saya dah cuba memaafkan tp bila marah dan sedih sya tarik balik kemaafan sya.

     
  17. aziza

    10 Disember 2009 at 4:09 pm

    subhanallah..subhanallah..syukur ku kepada MU YA ALLAH.. kau kurniakan aku tempat untuk ku luahkan rasa duka dan mencari sedikit penawar dengan kata2..terima kasih ya ustaz kerana meluangkan masa mu yang berharga memberikan ku sedikit kata2 penawar agar aku terus kuat menghadapi dugaan ALLAH ini.. sayu benar hati ini..saya buntu tiada tempat meluahkn rasa, takut bercerita di tempat yg tidak kena ibarat membuka pekung didada, takut di tertawa atau di kata menjaja cerita.. mujur ALLAH memberi ilham dan menemukan saya blog ini..benar2 terima kasih kpd ustaz.. amat benar kata2 ustaz yang saya sndiri akui, ALLAH sedang mnguji dan moga juga menghapuskan dosa2 dgn ujian ini.. Terima kasih ustaz kerana mendoakan hamba Allah yang berduka ini..mudah2an doa ustaz yang di muliakan ALLAH akan di makbulkan.. insya ALLAH.. ustaz, adakah amalan @ doa2 untuk saya praktiskan supaya hati saya tenang menghadapi ujian ini dan ustaz, jika ada, tolong ustaz ajarkan saya amalan yang dapat melembutkan hati suami yang terlalu keras, kasar dan ego.. saya berdoa jika Allah memanjangkan jodoh ini, dan andainye suami ini adalah jodoh yang terbaik bagi ku di jannah NYA, berilah saya kekuatan dan ketabahan untuk membimbing suami ini ke jalan ALLAH.. tapi kerana sikap ego dan keras hati suami, saya kadang2 give up dan rasa ingin menarik diri dari perkahwinan ini.. tapi kuasa ALLAH masih memanjangkan jodoh kami, akibatnya saya tertekan.. antara untuk meneruskan tgjwab sbg isteri tetapi idup bersama suami yang soleh, lembut hati dan tidak ego atau memutuskan hubungan kerana suami yang keras hati dan terlalu ego. Jika suami tersalah jalan, saya ingin jadi isteri yang mampu membawa suami kembali ke jalan ALLAH.. apa yang harus saya usahakan ya ustaz untuk tujuan ini?? mohon petunjuk dari ALLAH dengan ustaz yang punya pengetahuan sebagai perantara.. mohon ustaz membantu.. terima kasih ustaz..semoga ALLAh membalas pertolongan ustaz.. amin

     
  18. kak chik

    10 Disember 2009 at 5:14 pm

    assalamualaikum faziela,
    kak chik rasa allah sedang melatih kamu utk ikhlas beramal.Tanda kita ikhlas ,bila di puji hati tak rasa ‘berbunga’ dan bila di keji tak rasa terhina.mudah2an kita berjaya dlm mujahadah ini sebab ia adalah syarat kpd ibadah @amalan kita di terima allah.wallahualam

     
  19. gentarasa

    11 Disember 2009 at 8:40 pm

    Salam,
    Saya dalam musafir. Bila agak lapang akan saya jawab nanti. Insya-Allah. Apapun, ingat Allah, Allah, Allah. Baca quran. Kalau tidak cukup pegang-pegang dan ciumnya. Berwuduk selalu. Susah hati… cepat-cepat ambil wuduk. Bantulah dia ya Allah!

     
  20. aziza

    12 Disember 2009 at 11:25 am

    salam ustaz,
    terima kasih. saya ikut panduan ustaz.. ingat Allah, Allah, Allah.. Baca Quran.. berwuduk selalu.. susah hati saya ni ustaz.. cuba berbaik dan membuat baik tapi selalu di salah erti, di hina kerana ‘baik’, di fitnah suami sendiri, di herdik dan di keji.. tersiksa jiwa ini.. Ya ALLAH.. bantulah hamba MU ini kuat.. Ya Allah. Ya allah… ya Allah… kasihanilah jiwa ini ya Allah.. terima kasih ustaz.. semoga Allah berkati ustaz. amin.

     
  21. Teja

    18 Disember 2009 at 11:02 pm

    Allah ‘hadiahkan’ pelangi indah selepas datangkan petir dalam hujan kehidupan.Allah ‘gantikan’ yg hilang dulu dgn yg baru.Semuanya setelah lalui ‘kepahitan’ ujianNYA.Hati tenang kerana yakin pasti ada RAHMAT disebalik dugaan itu..:-)

     
  22. NABIEZA

    20 Disember 2009 at 12:15 am

    SALAM………
    NAMA KITA HAMPIR SERUPA, TAPI TAK SAMA. BEGITU PULA MASALAHNYA, HAMPIR SERUPA TAPI TAK SAMA………….RUPANYA, TIAP KITA ADA MASALAHNYA, CUMA BESAR, KECIL, BOLEH DITANGANI ATAU TIDAK….MERINTIH KEPADA ALLAH SAHAJALAH YG MAMPU KITA BUAT…APA SEKALIPUN, SYURGA KITA TETAP DI TELAPAK KAKI MEREKA……..
    YA ALLAH.TERIMA KASIH MENEMUKAN SAYA DENGAN LAMAN INI, PENULISNYA YG AMAT DI HORMATI LAGI RENDAH HATI.
    AZIZA……….KITA SAMA BERKONGSI RASA…MOGA DIBERI KEKUATAN UTK MENEMPUH SEGALANYA……….AMIN

     
  23. Shairizwa

    1 Disember 2010 at 1:59 pm

    Setelah membaca artikel di atas, sedikit terubat hati dengan sikap pasangan yang tidak perlu saya nyatakan disini.. cukuplah sekadar mengecewakan..
    Mustahil untuk saya mendendami suami sendiri, tapi tiap kali terluka saya akan terkenang perkara yang menyedihkan yang dia lakukan selama ni.. buat saya rasa nak lari jauh.. tapi saya takut tak diterima Allah jika suami tak redha.. dalam pada mencari keredhaan Allah, sia-sia jika melukai suami..
    Entah sampai bila, tapi semoga Allah kuatkan hati dan iman wanita kerdil ini.. Aminn..

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,100 other followers

%d bloggers like this: