RSS

AMANAH DENGAN REZEKI

13 Jan

Penghayatan Amanah Dalam Profesion Bank Rakyat 2010

Agak payah juga saya dapat meluangkan masa untuk meletakkan entri baru dalam blog gentarasa. Tidak sangka kerja yang diamanahkan semakin banyak dan kompleks sejak awal tahun lagi. Hari ini saya dan sahabat-sahabat di Fitrah Perkasa buat pertama kalinya melaksanakan modul baru (modul yang ke lima) untuk Bank Rakyat.

Modul yang bertajuk Penghayatan Amanah Dalam Profesion itu dirangka dan diajukan kepada pihak HR Bank Rakyat sejak 3 bulan yang lalu. Selepas 4 modul sebelumnya, Bank Rakyat terus bersama kami untuk melaksanakan modul yang berikutnya. Kali ini cuba lebih verstail dengan pelbagai video klips, sajak, nasyid, peralatan mengajar, simulasi, lakonan…

Alhamdulillah, dalam kesibukan menguruskan persekolahan dan pengajian anak pada awal tahun, ditambah dengan kerja-kerja penulisan dalam Solusi dan buku ditambah pengisian program-program ceramah, akhirnya penulisan blog mendapat keutamaannya juga. Ramai yang mengajukan masalah dan meminta respons, saya berjanji akan menanganinya. Insya-Allah, lambat atau cepat.

Namun, sebagai hamba Allah, saya juga sama dengan saudara-saudari, sentiasa berharap dan berdoa semoga Allah membantu kita. Masih jatuh bangun dalam bermujahadah. Kekadang saya mengajar, banyak kali pula saya belajar. Bertemu berbagai guru… pengajarannya cuma satu, ikhlaslah dalam belajar dan mengajar.  Jika tidak ikhlas, kita akan terbabas. Baik setinggi manapun kedudukan kita, samada sebagai pemimpin, hartawan, guru atau sebagainya… tanpa ikhlas, kita akan jatuh. Terhina di dunia dan di akhirat, walaupun pernah di selaputi nama, kuasa, harta dan ilmu.

Jangan persoalkan keikhlasan orang lain, tetapi telek dan beleklah keikhlasan diri sendiri. Rahsia hati yang tidak diketahui oleh sesiapa, melainkan oleh Allah sahaja. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas. 

Sahabat, saudaraku, kini saya kembali di lapangan latihan – dakwah dan tarbiah. Berada di kehijauan belantara dan kedinginan aliran sungai Agrotek Resort, Ulu Langat ini menghadiahkan saat termahal untuk bermuhasabah. Di pagi ini sebelum memulakan kelas,  saya berkesempatan singgah dan meninggalkan bekas di blog ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan diri saya dan semua tentang amanah. Sesungguhnya hidup adalah satu amanah. Amanah sebagai ibu-bapa, anak, guru, murid, pemimpin dan pengikut. Berat sekali amanah ini, tapi hidup perlu diteruskan… dan amanah perlu digalas.

Sahabat saya, se¬orang bekas qadhi, pernah men¬ceritakan be¬tapa seorang ibu mengeluh tentang kelakuan buruk anak¬nya. Anak tersebut suka sangat mencuri. Habis semua barang milik teman-teman dicurinya. Kata ibu tersebut, “Entah¬lah, bagaimana saya harus menyelesaikan masalah ini. Hari-hari ada sahaja barang orang lain dicurinya semasa bersekolah. Hari ini pensil, esok pemadam… Puas saya nasihat tidak juga berkesan. Sudah saya ambil pensil dan pemadam pejabat saya bekerja, saya berikan kepadanya, tapi dia tetap mencuri juga.”

Saya kira anda pasti ter¬senyum mendengar cerita ibu ini. Ibu yang umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Inilah perihal, ibu yang ‘mencuri’ harta pejabat, untuk menyelesaikan masalah anaknya yang ‘mencuri.’
Mungkin sesetengah pihak menganggap adalah tidak logik untuk mengaitkan antara perlakuan seseorang dengan sumber rezeki yang dimakan, digunakan atau di-manfaatkannya.

Mana rasionalnya me¬ngait¬kan perlakuan anak yang mencuri dengan perlakuan ibu yang mencuri misalnya? Itu anggapan kebanyakan kita yang hanya melihat secara tersurat. Tetapi itu berbeza dengan pandangan ulama-ulama Islam khususnya para pendidik yang melihat secara tersirat – maksudnya selaras dengan pandangan syariat.

Mengikut para ulama ter¬utamanya yang begitu me¬ngambil berat soal sumber rezeki, perlakuan seseorang adalah ditentukan faktor ibu bapa, guru-guru, corak pendidikan yang diberi, persekitaran dan termasuk sumber rezeki yang membesarkannya. Ini bersandarkan firman Allah yang maksudnya:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah: 168)

Rasulullah s.a.w. me¬nguatkan lagi hakikat ini me¬nerusi sabdanya:
“Sesungguhnya daging yang dibesarkan dengan perkara yang haram, maka nerakalah yang lebih utama untuknya.” (Riwayat at-Tabrani)

Menghayati hakikat ini¬lah yang men¬ye¬babkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan semula susu yang di¬minum¬nya apabila mengetahui sumber wang untuk membeli susu itu dari¬pada hasil kerja bertenung nasib. Umar Ibn Aziz mengorek semula epal sedekah untuk rakyat yang sedang dikunyah oleh anaknya. Begitu juga ayah kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang rela menghambakan diri kepada tuan punya ladang apabila dia termakan sebiji epal yang hanyut di sungai dari ladang tersebut. Imam Syafie pernah berhenti memakan kambing apabila didapati ada kambing zakat yang terlepas lalu bercampur gaul dengan kambing-kambing biasa.

Timbul persoalan, apa¬kah kita mematuhi syariat di¬sebabkan faktor iman atau hanya faktor adat se¬mata-mata? Mungkin, kita menyembelih ayam hanya berasaskan adat kita makan ayam sejak nenek moyang dahulu lagi mesti disembelih. Lalu adat itu dipatuhi secara turun-temurun menjadi budaya yang hilang makna dan falsafahnya. Masyarakat kita sudah tidak tahu kenapa, mengapa dan kepada siapakah kita tujukan pematuhan syariat itu. Kalau kita sedar bahawa pematuhan syariat adalah berasaskan keimanan kepada Allah, maka kita akan memandang serius perbuatan mencuri ayam sama dengan memakan ayam yang tidak disembelih.

Justeru, jika curi ayam itu dianggap dosa seberat (malah sebenarnya lebih berat) daripada dosa makan ayam tanpa sembelih, bagaimana pula dengan dosa ‘curi tulang’ (tenaga), curi masa dan berbagai-bagai lagi curi semasa kita menjalankan kerja sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan? Bagaimana ‘despatch boy’ yang ‘warmak’ (maksudnya melencong ke warong mamak) semasa menghantar surat atau pesanan? Begitu juga para eksekutif yang membuat kerja-kerja MLM (multi level marketing) peribadi mereka dengan menggunakan waktu pejabat? Atau pengarah yang melakukan rasuah semasa menjalankan amanah pengurusan dan pentadbiran syarikat?

Ramai yang beranggapan, selagi tidak ditangkap, dibuang kerja atau dihukum, semua perlakuan negatif di atas tidak ada masalahnya. Yang salah, kalau ditangkap.

Tetapi sedarkah kita bahawa setiap perlakuan haram itu adalah berdosa? Mungkin kita terlepas daripada hukuman di dunia, tetapi masakan kita boleh lepas daripada hukuman di akhirat? Itu suatu yang pasti. Individu yang terlibat dengan rasuah misalnya, akan dihumban ke dalam neraka.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang memberi dan me¬nerima serta perantara rasuah akan dimasukkan ke neraka.” (Riwayat Abdullah Ibn Umar)

Begitu juga mereka yang terlibat dengan usaha pe¬nipuan, mencuri, merompak, riba, penzaliman dan sebagai¬nya.

Mereka yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya mungkin. Bahkan bagi mereka yang muqarrabin (orang yang sangat hampir dengan Allah) yang halal itu pun masih ditangani secara berhati-hati, bimbang terjebak dalam perbuatan yang membazir, menimbulkan fitnah atau perkara yang sia-sia. Sesetengah mereka begitu takut untuk ‘tertawan’ oleh nikmat dunia hingga berkata:
“Aku takut akan nikmat dunia kerana halalnya di¬hisab, manakala haramnya pula diazab.”

Perlu juga diingat bahawa satu kejahatan dan perlakuan haram itu bukan sahaja di¬balas di akhirat, malah di dunia lagi kita akan menerima bahananya. Bagaimana?

Jawabnya, perlakuan haram dan berdosa itu memberi kesan langsung kepada pembentukan peribadi kita, ahli keluarga bahkan generasi kita! Akibat sumber rezeki yang haram, anak, isteri malah diri kita sendiri akan cenderung untuk melakukan kejahatan. Isteri mungkin curang. Anak-anak mungkin menjadi degil dan payah diatur. Pendek kata, individu yang dibesarkan oleh sumber rezeki yang haram akan mudah melakukan ke¬jahatan dan sukar melaku¬kan kebaikan.

Sayang sekali, sekiranya seorang ibu bapa menyedari benar-benar akan hakikatnya ini, pasti dia akan berhati-hati dalam memberi rezeki untuk anak-anaknya. Sekiranya, seorang sebaik Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah dilahirkan hasil menjaga sumber rezeki yang halal oleh ibu bapanya, maka perkara sebaliknya boleh berlaku apabila anak-anak diberi rezeki yang haram. Besar kemungkinan, gejala sosial di kalangan remaja seperti dadah, vandalisme, rempit, zina dan pendedahan aurat ialah akibat langsung daripada rezeki haram yang ‘membesarkan’ mereka.
Kalau begitu apa untung¬nya? Sumber rezeki yang haram bukan sahaja me¬nyebab¬kan akan menghadapi seksa

di akhirat bahkan di dunia lagi sudah terasa bahangnya. Bukan sahaja seksa di penjara, didenda atau sebat oleh para penguat¬kuasa undang-undang dunia ini, tetapi ‘seksaan dalaman’ yang berbentuk keresahan, kebimbangan, kemurungan, ketakutan dan lain-lain perasaan negatif akan menghantui kita se¬panjang hidup.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya: “Dosa itu adalah sesuatu yang meresahkan hatimu!” (Riwayat Ahmad al-Darimi)

Sementelahan pula apa gunanya harta yang bertimbun-timbun, sekiranya isteri atau suami, anak-anak dan ahli keluarga kita yang lain menjadi orang yang jahat dan rosak akhlaknya?

Apakah perasuah rela menggadai akhlak anaknya hanya dengan ribuan malah jutaan ringgit?
Atau si pemakan riba tega mempertaruhkan kesetiaan isterinya dengan keuntungan yang berjuta-juta?
Saya kira mereka tidak akan rela dan tega. Anak, isteri dan suami adalah harta yang paling berharga buat seorang individu. Walaupun sejahat mana sekalipun seseorang individu namun dia tetap inginkan anak, isteri atau suami yang baik. Ini fitrah. Melawan fitrah ertinya melawan diri sendiri. Dan orang yang melawan dirinya pasti tidak akan bahagia dan tenang dalam hidupnya – bukan sahaja di akhirat, malah di dunia lagi!

Tidak syak lagi, perasuah, pencuri, pemakan riba dan golongan yang mengambil rezeki daripada sumber yang haram adalah pe¬musnah kehidupan dunia dan akhirat – diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka. Orang yang berlaku zalim kepada orang lain, hakikatnya berlaku zalim kepada dirinya sendiri. Pada akhirnya, tidak ada siapa yang menang. Ini kerana wujudnya manusia di atas muka bumi adalah wujud secara bersama (co-existance). Makna¬nya, kebahagiaan dan ketenangan kita sangat berkait de¬ngan manusia lain. Kita akan gembira bersama dengan orang lain, kita juga akan menangis bersama dengan orang lain.

Justeru, terkenallah ungkapan:
“Kita tidak akan bahagia sehingga orang di sisi dan di sekeliling kita tidak bahagia.”
Jadi, jangan sekali meng¬ambil rezeki dari sumber yang haram kerana itu bererti mengambil hak orang lain. Pasti ada yang terzalim dan teraniaya. Ingat, siapa yang menyemai angin akan terpaksa menuai badai. Perbuatan yang jahat, akan mendapat balasan!

GENERASI salafussoleh sangat mengambil berat ten¬tang sumber makan minum atas keyakinan ianya akan mem¬bentuk ke¬peribadian manusia. Mereka sangat arif betapa hati – pusat segala per¬lakuan manusia ¬– dibentuk oleh makanan. Makanan akan membentuk hati. Ertinya, makanan yang halal dan baik akan membentuk hati yang baik juga. Manakala hati yang baik akan melahirkan perlakuan yang baik juga. Sabda Rasulullah:
“Dalam tubuh anak Adam ada seketul daging. Jika baik daging itu baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.”

Bagaimana kita? Apakah kita mengambil berat soal sumber rezeki dalam membentuk keperibadian kita, anak-anak kita seterusnya generasi kita? Ironinya, ke¬kadang kita hanya me¬men¬tingkan soal ‘zat’ rezeki itu sama ada halal atau haram tetapi kurang prihatin tentang sumbernya. Lucunya, bila seorang yang mencuri ayam akan menyembelih ayam itu berpandukan syariat untuk dimakan! Hanya zat makanan (dalam konteks ini ayam) sahaja yang dipentingkan tetapi sumber mendapatkannya (mencuri) tidak dihiraukan.

 
16 Komen

Posted by di 13 Januari 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

16 responses to “AMANAH DENGAN REZEKI

  1. mia..

    13 Januari 2010 at 10:13 am

    salam ustaz…
    subuh hr ini,,,hati terdetik u mencari SOLUSI di laman web…alhamdulillah,, rasa hati pagi ini membawa sinar,,,sy ditemukan dgn blog ustaz..mjlh solusi sdh lma dlm koleksi sy dan tulisan2 ustaz di SOLUSI mmg berbekas di jiwa sy.. mbuatkkan sy sedar di mana dr ini berada…sy perlu lg “mencari”
    Syukran ya Allah…sy seolah2 bertemu dgn sesuatu y dcari2 selama ini… y blh mbantu mdekatkan diri ini dgn Allah..
    “amanah dgn rezeki”- sy bgtu tertarik dgn kisah si ibu dgn anak y dikupas ustaz…namun demikian,,sy ingin tahu adakah benar ap y terjadi dikalangan remaja ms kini adalah dsbbkan rezeki haram y “membesarkan” mrk??
    ustaz,,keikhlasan tu satu y sukar u sy fahami…kdgkala ia mjadi persoalan besar buat sy.. ikhlaskah sy dlm memberi,,,ikhlaskah sy dlm memaafkan org… ikhlaskah sy dlm perbuatan sy…?

     
  2. khairul

    13 Januari 2010 at 11:00 am

    Tuan,

    Rasanya tulisan ini menuju tepat kepada semua yang membacanya, terutama diri ini. Sukar sungguh membersihkan diri dari perkara-perkara syubahat kebelakangan ini. Jauh sungguh jarak syurga, hampir sangat pintu neraka, dah terasa kepanasannya.

     
  3. ashmir

    13 Januari 2010 at 4:45 pm

    Assalamualaikum Ustaz…

    pertama sekali, tahniah kerana dianugerahi Allah kebolehan dan bakat yang luar biasa dlm menghasilkan penulisan ilmiah yang baik. saya amat mengagumi dan ‘admire’ dengan karya/tulisan ustaz, baik di dalam majalah Solusi mahupun di Genta Rasa..semoga Allah akan terus merahmati dan memberkati usaha mulia ini.

    segala puji dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana telah membuka hati saya dan memberi peluang untuk saya bermuhasabah…

    rupanya saya ini tidaklah se’sempurna’ mana. terasa kualiti iman saya masih lagi cetek..tulisan ustaz telah banyak membuka minda saya untuk berfikir dan hati saya untuk merenung dan bermuhasabah tentang kelemahan diri…

    semoga Allah akan terus memberikan petunjuk kepada hambanya yang kerdil ini…syukran ya ustaz.

     
  4. Nisha

    13 Januari 2010 at 6:06 pm

    Assalamualaikum semua,
    Teramal betul apa yang ustaz cakapkan. Saya sendiri bila bermuhasabah diri akan memikirkan dan merasakan itu puncanya. Suatu ketika dula saya juga pernah bekerja. Saya amat menjaga untuk tidak mengambil hak syarikat hatta pen/pensil sekalipun dan saya sentiasa mengingatkan suami saya juga atas perkara yang sama. Sekarang(dulu pun begitu), kalau suami saya membawa balik pen(apa sajelah dari tempat kerja), saya takkan izinkan diri saya dan anak-anak saya menggunakannya. Tapi tentang mencuri masa kerja rasanya saya tidak menjaga dengan sempurna kerana masa kerja kadang-kadang berbual/bercerita(termasuk mengumpat)/bergayut dlm telefon, menggunakan kemudahan syarikat untuk diri sendiri(gunakan pc syarikat untuk tujuan peribadi) dan banyak lagi. Rasanya sekarang pun begitu bagi mereka yang masih bekerja. Saya sendiri terfikir berapa ramai yang mampu lakukan amanah itu? Berapa ramai yang mampu seperti itu. Tetapi untuk saya perkara itu telah terlepas. Bagaimana mahu di galas?

    Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang lalu.

    Wassalam.

     
  5. niez

    14 Januari 2010 at 8:27 am

    salam ustaz,

    tulisan yang bermanafaat..satu persoalan saya adalah, saya sedaya upaya menjaga amanah terutama bab claim-mengclaim ni supaya tidak melebihi apa yang sepatotnya..membuat kerja yang disuruh mengikut jadual dan sbgnya…insyaallah jika diizinNYa…

    cuma persoalan saya..semasa waktu kerja adakalanya kita berada dalam keadaan stress..bila stress saya selalu mencari artikel untuk dibaca…saya tahu di sini ketidak-amanahan berlaku..tapi saya akan qadha balik dengan menyambung tugas selepas waktu bekerja maknanya tanpa claim OT…hanya cara ini yang boleh saya praktikkan..agak “susah” dalam wakktu bekerja mengguna kan sepenuhnya waktu itu..jadi itu antra apa yg saya lakukan…mohon pandangan..terima kasih.

     
  6. niez

    14 Januari 2010 at 8:32 am

    salam ustaz,

    tulisan yang bermanafaat..satu persoalan saya adalah, saya sedaya upaya menjaga amanah terutama bab claim-mengclaim ni supaya tidak melebihi apa yang sepatotnya..membuat kerja yang disuruh mengikut jadual dan sbgnya…insyaallah jika diizinNYa…

    cuma persoalan saya..semasa waktu kerja adakalanya kita berada dalam keadaan stress..bila stress saya selalu mencari artikel untuk dibaca…saya tahu di sini ketidak-amanahan berlaku..tapi saya akan qadha balik dengan menyambung tugas selepas waktu bekerja maknanya tanpa claim OT…hanya cara ini yang boleh saya praktikkan..agak “susah” dalam wakktu bekerja mengguna kan sepenuhnya waktu itu..jadi itu antra apa yg saya lakukan…mohon pandangan..terima kasih.

     
  7. pakcikli00

    15 Januari 2010 at 9:50 pm

    Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

     
  8. artikelbusanamuslim

    15 Januari 2010 at 10:21 pm

    assalamu’alaykum wr wb

    salam silaturahmi utk saudara2ku di malaysia. semoga selalu diberkahi Allah

     
  9. Murtadha Rafaai

    16 Januari 2010 at 12:22 pm

    salam Ustaz

    Terima kasih kerana sudi reply komen saya di post artikel ustaz yang lalu
    saya amat menghargainya,dalam kesibukan ustaz..sempat jugak balas..=)

    Saya mula tertarik dengan tulisan ustaz semenjak dari Ustaz menjadi kolumnis di Majalah Anis lagi..buku memang selalu ada kat rumah saya,memang buku tu untuk wanita..tetapi,kolumnis nya kebanyakan lelaki..=)

    Selepas tu saya terus mengikuti buku-buku tulisan yang lain..

    Tentang Cinta
    Satu Rasa Dua Hati
    Nota Hati Seorang Lelaki

    dan sekarang,tengah mem”bedah” buku “Melayu-Islam Kurang Zikir Atau Fikir”

    =)

     
  10. hajar

    28 Januari 2010 at 3:47 pm

    seperti kata niez agak susah utk menjaga masa ketika di pejabat. sekarang pun saya membaca entery ni di dlm waktu pejabat. semua kerja yg patut di buat telah selesai, adakah ini juga bermasksud saya tidak amanah dengan rezeki?

     
  11. Mohamad Fisal Bin Abdul Karim

    10 Mac 2010 at 12:22 am

    Assalamualaikum,
    Tak sabar rasanya nak hadiri Kursus baru Ustaz kat Bank Rakyat..insyaallah akan ketemu kembali kita..

     
  12. mama yaya

    23 Mei 2010 at 12:23 am

    syukran ustaz.
    byk pengajaran dari cerita ini.

     
  13. Lisa Amin

    7 Jun 2010 at 11:21 pm

    Saya berasa terharu membaca Genta Rasa hingga menitiskan air mata. Ini hanyalah kerana saya merasakan jahilnya saya dalam mencari sinar di bumi Allah ini. Semakin saya cuba menghampiri rahmat Tuhan saya merasakan ia semakin jauh dari saya. Saya mahukan hidayah itu……..

     
  14. halman

    3 September 2010 at 11:34 pm

    Askum….
    Amanah memg selalu aku langgar sebelum ini. Halal dan haram memang tidak ditapis..insyaallah slps ini aku akan melakukan sebaik yang termampu dlm hal yang sepenting ini…Terima kasih ustaz

     
  15. best stun gun

    1 Januari 2013 at 3:08 pm

    Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you writing this write-up and the rest of the website is also really good.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,197 other followers

%d bloggers like this: