Semalam saya di akademi Pengajian Melayu UM. Melayani remaja yang ingin tahu tentang Hati Ku Milik Siapa? Seminggu dulu di UIA Nilai, begitu juga. Berbicara tentang cinta, hati, kasih dan sebagainya. Takdir menentukan begitu… terlalu lemah untuk ditadbir apatah lagi untuk diusir amanah itu.
Banyak sekali dibicarakan tentang cinta. Tetapi kali ini ingin saya tegaskan: CINTA ITU BUKAN TUHAN!
Ikutilah tulisan yang seadanya ini…
Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.
“Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing.”
Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan kekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga.
“Apa masalahnya?” tanya saya seperti sukar memahaminya.
Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.
Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan. Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang “gila” itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah… Berbaloikah?
Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan. Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan. Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!
Malangnya, begitulah realitinya kini. Cinta dimertabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung… Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, “apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!”
Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem “yang sewaktu dengannya”. Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan “akal bawah sedar” sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan “retua” hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.
Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.”Al Dhariyat 51: 56
Dan Allah menegaskan lagi:
“Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah.”
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil.” Al Ahzab 72
Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.
Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia ujud secara “co-existance” (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.
Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).
Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa? Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.
Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.
Namun, tanpa seorang “teman wanita”, Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.
Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika “tercampak” ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.
Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.
Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:
“Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!”
Ironinya, ada yang berkata, “lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta.” Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut… semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.
Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Ujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.
SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk… Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah…
berbuahlah rahmah
Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!















naimul firdaus berkata,
18 Januari 2010 pada 4:05 pm
salam..boleh tak saya nak kirimkan entri ini kepada sahabat-sahabat saya?
hakimi berkata,
18 Januari 2010 pada 4:28 pm
Sememangnya di mana-mana pun jiwa “remaja” ini bertuhankan cinta berbanding cinta hakiki. Menurut ustaz, bagaimana mahu mendidik jiwa dan mengubah pendirian remaja yang sering kali terpengaruh dengan konsep bertuhankan cinta kepada rasa cinta dan takut kepada Allah. Adakah dengan menunggu bala dari Allah (sebenarnya rahmat), baru mahu mengubah pendirian mereka kepada takut Allah?
Kerana saya belajar di IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh, selepas kejadian Tsunami pada tahun 2004, sepertinya para remaja disini tiada mengambil ibrah dari kejadian tersebut, malah konsep bertuhankan cinta itu lebih hebat dari sebelumnya dan semakin menjadi-jadi. Jadi menurut pandangan ustaz, bagaimana mahu mengubah mereka sedangkan kita sendiri tahu seorang manusia itu sendiri menentukan jatuh bangun dirinya sendiri.
ibnu ali berkata,
19 Januari 2010 pada 12:32 am
salam, ustaz….
saya merupakan seorang pengawas di salah sebuah sekolah di kawasan gombak…. di sini, banyak berlaku masalah couple antara pelajar lelaki dan perempuan… walaupun setelah ditegur namun masih tegar bercouple…seolah mereka telah dibutakan oleh keindahan pasangan mereka… jadi ustaz, saya ingin meminta nasihat ustaz tentang cara untuk menyedarkan mereka daripada terus bercouple… harap ustaz dapat membantu…
ummuabbas berkata,
19 Januari 2010 pada 1:45 am
Cinta yang tidak bertapak di desa taqwa merupakan hasil tiupan iblis. Ia sebenarnya mampu disingkirkan menggunakan akal waras berimamkan Quran dan Sunnah. Jika kita kata hasrat nafsu itu benar, maka semuanya akan menjadi benar kendatipun terpaksa membelakangkan al_Quran dan hadis.
Hanya hati yang dibersihkan dengan sabun mahmudah mampu menilai yang mana intan yang mana kaca.
Kebenaran hanya datang dari Allah, bukannya bisikan nafsu yang cenderung kepada kejahatan.
Wallahua’lam.
Khidir berkata,
19 Januari 2010 pada 8:10 am
Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Sy sungguh tertarik dgn ayat itu. Dalam perkara ini iblis akan memainkn peranannya utk menyesatkn manusia kecuali org yang punyai keimanan yang kuat dpt menepisnya. Ingatlah sahabat ‘berbaloi’ kah semua itu..
naimul firdaus berkata,
19 Januari 2010 pada 1:10 pm
salam ziarah
haizad berkata,
19 Januari 2010 pada 7:24 pm
“seandainya mencintaimu satu dosa, aku rela berdosa kerananya” Dulu pada zaman sekolah quotes inilah yg sy simpan. bila jatuh cinta perasaan begitu berbunga sekali. Sekarang tidak lagi… rasa bodoh pulak cintakan orang mengikut nafsu begitu. semakin kita dewasa banyak perkara yg kita belajar sebenarnya. suka ngan blog nie…artikel yang banyak memberi motivasi pd sy. teruskan…sekurang-kurangnya usaha nie dapat membantu orang-orang yang gersang jiwanya diluar sana. TQ
ummuabbas berkata,
19 Januari 2010 pada 10:09 pm
Saya mohon mencelah lagi di sini, saya tertarik dengan luahan ibnu ali. Saya mahu syorkan beliau membaca artikel saya, “Bank In CINTA di Usia Remaja”. Mungkin beliau dapat mengutip sedikit idea di sana untuk mengatasi situasi rakan-rakannya.
Ada lagi artikel berkaitan yang ditulis secara santai.
Antaranya;
Bank In CINTA; Esok Masih Ada.
Moga dapat membantu.
Syukran.
gentarasa berkata,
20 Januari 2010 pada 8:26 am
Salam ummu,
Syukran kerana sudi membantu sahabat-sahabat kita. Jika ada apa-apa lagi, sila syorkan ya. Moga dakwah makin meriah.
kataganti berkata,
20 Januari 2010 pada 6:56 pm
Apa yang berlaku pada saudara kita seperti cerita di atas , bukannya cinta. Tapi itu adalah mainan nafsu dan syaitan. nafsu dan syaitan adalah musuh kita. Ia akn sentiasa , setiap saat hendak menyesatkan dn merosakkan kita. ia akan tuju di mana kelemahan kita dan ia akn gunakan keadaan itu untuk rosakkan kita.
fatin berkata,
20 Januari 2010 pada 10:01 pm
syukron ustaz for this article =)
gentarasa berkata,
21 Januari 2010 pada 8:29 am
Salam,
Benar apa yang saudara katakan. Terima kasih atas pencerahan.
gentarasa berkata,
21 Januari 2010 pada 8:30 am
Salam fatin,
syukran juga untuk Fatin.
widyana berkata,
21 Januari 2010 pada 11:23 am
slm ustaz………..
insyaallah…jika diizin kan ALLAH,lepas hri raya nnt sy akn bergelar isteri…harap ustaz n pembaca smua sudi mendoakan sy slmt d akad nikah kn dgn si dia…
shafifah berkata,
21 Januari 2010 pada 1:17 pm
Pemerhatian: Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama Politikus
Wacana Pemikiran Dan Pembinaan Ummah 1: Gerakan Tajdid /a>
Laporan Kunjungan Dakwah Habib Umar Ke Malaysia, Januari 2010
Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram
Mengapa Orang Bukan Islam Tidak Berhak Menggunakan Kalimah ALlah>/a>
Atikah berkata,
21 Januari 2010 pada 2:29 pm
Salam ustaz,
Terima kasih dengan perkongsian ini… saya suka membaca tulisan ustaz yang banyak memberi motivasi pada diri saya…
Professor berkata,
22 Januari 2010 pada 7:43 am
Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm..dh biasa dh ustaz cerita mcm tu, yg lagi bnyk kesnya, dh ada anak isteri, tapi masih lagi bercinta di belakang. tak kira la isteri orang ke, janda ke, ataupun anak dara lagi, memang fitrah manusia akan nampak semua tu indah..(3:14), tapi macam yang ustaz cakap, mereka tidak nampak yang setiap yang Allah beri tu adalah alat untuk mencapai matlamat..
Pandangan ana dalam nk menyelesaikan masalah ni, tak lain tak bukan, perlunya ada tazkirah dalam diri manusia tu, peringatan yang berkala, perlunya dibangkitkan iman yang lesu dalam diri..zaman sekarang bukan zaman abbasiyah, Islam di puncak, tapi zaman sekarang adalah kembali kepada fasa zaman arab jahilliyyah, timbul semula masalah2 yang hakikatnya sama dengan apa yang orang arab jahiliyyah buat dulu. Kemudian di tengah-tengah ‘sistem’ yang rosak tu, Rasulullah memulakan fasa dakwah dengan berkumpul di rumah Arqam Abi Al Arqam secara berkala, generate iman golongan pertama memeluk Islam. dan lahirnya individu-individu yang hebat seperti Abu Bakar, Bilal, Zaid, Khadijah dan lain-lain.
Jadi, untuk proses ni, banyak wasilah yang ada. tinggal nak cari je lagi, (5:35). Kalau cinta yang entah macam mana boleh jumpa tu dapat dicari, takkanlah wasilah2 ni tak dapat dicari. Hakikatnya, tanya diri. Nak atau tak nak.
Wallahu’alam..
gentarasa berkata,
22 Januari 2010 pada 7:52 am
Salam prof,
Benar sekali apa yang dinukilkan. Oleh kerana kita kembali ke zaman asal, maka pembaikannya pun mesti kembali kepada kaedah yang asal. Syukran atas pencerahan.
gentarasa berkata,
22 Januari 2010 pada 7:53 am
Salam Atikah,
Nama macam anak anak saya. Syukran nak…
gentarasa berkata,
22 Januari 2010 pada 7:53 am
Salam Atikah,
Nama macam anak anak saya. Syukran nak…
gentarasa berkata,
22 Januari 2010 pada 10:36 am
salam,
Tahniah. yA, SEMOGA SAHABAT KITA INI MENDAPAT SEORANG YANG SOLEH SEBAGAI PEMBIMBINGNYA MENUJU SYURGA. Amin.
ashmir berkata,
25 Januari 2010 pada 6:00 pm
Assalamualaikum Ustaz,
Terima kasih di atas kupasan yang menarik ini… saya kagum dan berminat dengan setiap penulisan ustaz yang banyak membuatkan saya berfikir dan berzikir…SYUKRAN & TAHNIAH ya ustaz.
madiha berkata,
25 Januari 2010 pada 11:40 pm
salam ustaz,
terima kasih atas entri yg menarik.
setiap tulisan ustaz,pastinya menyentuh hati yg membaca.
justeru itu membuatkan sy “ketagih” untuk membaca entri2 dlm blog ni
syukran atas sgala pkongsian ilmu yg menarik.
hamka berkata,
26 Januari 2010 pada 10:37 am
Sekiranya maksud cinta korang adalah Allah!
Maka adakah korang sanggup buat apa saje demi kerana Allah?
Sanggup?
Sanggup mati kerana Allah….?
Sanggup taat segala perintah Allah?
MAKSUD CINTA: SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI YG DICINTAI…
Ps: sanggup jadi mayat demi yg di cintai….
Murtadha Rafaai berkata,
27 Januari 2010 pada 3:16 am
Salam…ustaz,di ruangan “Nasyid” di sebelah,saya rasa ada sedikit kerosakan..tidak ada pun senarai nasyid yang ditulis oleh ustaz,hanya komen-komen…Mohon dilihat…:)
muslim_me berkata,
27 Januari 2010 pada 1:07 pm
salam..
wasilah yg dimaksudkn prof itu cthnya ape ye, ustaz?
Ijah Ali berkata,
31 Januari 2010 pada 8:27 pm
Assalamualaikum Ustaz yang budiman,
Penulisan skrip ustaz di atas sebenarnya telah terjadi ke atas keluarga saya. Kes serupa hanya bilangan anak dan tahun perkahwinan saja yang membezakanya. Usia perkahwinan saya telah menjangkau setengah abad iaitu hampir 25 tahun. Bayangkan bagaimana perasaan saya selaku isteri pada ketika itu apabila si suami menceraikan saya atas alasan tiada sefahaman lagi. Anak-anak seramai 4 orang dah besar remaja dan 2org anak sedang menuntut di universiti tempatan. Anak sulung sudah bekerja manakala yang bongsu berusia 19 tahun telah terbengkalai dari pelajaran akibat masalah keluarga. Bayangkanlah..bagaimana perasaan saya setelah ditinggalkan bekas suami. Anak-anaklah yang merasai bahang kehancuran tersebut! Anak-anak kehilangan kasih sayang orang yang bergelar seorang bapa. Selama ini bapalah segala-galanya..curahan kasih sayang, masalah kewangan dan perbelanjaan harian..semuanya tidak diabaikan. Allah telah meletakkan diri saya sebagai pilihan utama kepada ujian seberat ini. Ya Allah, saya akui saya adalah hambaMu yang lemah.
jasmine berkata,
23 Februari 2010 pada 9:55 am
salam uastaz. saya ingin bertanya,adakah mencintai suami orang itu hukumnya haram? (seperti entri di atas). saya tidak faham tentang maksudnya.mohon ustaz perjelaskan.terima kasih.
mior ahmad taha berkata,
26 Februari 2010 pada 9:29 pm
salam ustaz,
seperti dalam lirik lagu lagu kerana cinta yang dinyayikan oleh mestica dan inteam…..”dan jangan pula kerana bercinta,engkau leka entah kemana,dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama”…..ana setuju sangat dengan ustaz….harap ana sentiasa dilindungi Allah…amin
Nurr Iman berkata,
20 Mac 2010 pada 11:04 am
Salam ustaz,
mohon izin nk edit dan dikongsikan bersama sahabat2 bleh ustaz??
insya Allah artikel nie boleh dijadikan wadah tarbiyah bwat kami dalam menyusuri kehidupan dunia yg penuh onak dan duri.
syukran bwat ustaz.muga Allah sentiasa memberi rasa dan semangat istiqamah dalam setiap mujahadah kita.amiin..
Jazakallah.
gentarasa berkata,
21 Mac 2010 pada 7:24 am
sALAM nURR iMAN,
Silakan.
nik berkata,
7 Mei 2010 pada 10:15 pm
salam…
Sy teramat mnyukai hsil nukilan ustaz…sgguh mendamaikan jiwa. Blh djadikan panduan untk diri n pelajr2 sy…Sy harap ustaz akan terus menhsilkn nukilan. smoga pnjang umor n d berkati Allah.
safwah Razlan berkata,
7 Mei 2010 pada 11:31 pm
assalamualaikum, ustaz !
minta keizinan ustaz utk berkongsikan artikel2 ustaz dgn sahabat2 saya .
moga ianya boleh dijadikan iktibar & seterusnya mendekatkan diri lagi dgn Sang Maha Pencipta… insyaAllah.
terima kasih.
gentarasa berkata,
9 Mei 2010 pada 2:46 pm
Salam safwah,
Silakan. Semoga dipanjangkan sebagai amal jariah bersama.
gentarasa berkata,
9 Mei 2010 pada 2:51 pm
Salam nik,
Syukran atas doamu. Itu lebih mahal dari tulisanku. Doa yang sama untuk saudara. Semoga diberkati Allah, sentiasa.Amin.
Sha berkata,
13 Jun 2010 pada 11:32 am
cinta itu milik hati..hati itu milik Tuhan
haqisa berkata,
14 Jun 2010 pada 7:22 pm
saya ada teman yg mengaku cinta mati pada suaminya.hampir 3 tahun kawin dah 2 kali cerai.selalu gadoh kerana dia isteri nombor 2.suaminya sayangkan dia tapi mengutamakan isteri pertama kerana isteri pertama punya bnyk kelebihan yg sisuami sgt perlukan.teman saya ni kawin sembunyi2.saya da nasihat jgn rujuk tapi degil krn cinta matinya itu. dia rela tak dapat peluang yg penting suami dia lelaki yg sama.istri pertama anggap poligami itu tak perlu krn tak menepati syariat.isteri pertama minta diceraikan krn takut berdosa.sisuami lak tak mahu melepaskan keduanya tapi sepanjang berpoligami hidup kucar kacir
shila berkata,
15 Jun 2010 pada 3:02 pm
SALAM USTAZ..betul cinta memang bukan segalanya..amat rugi org2 yang mengabdikan diri kepada cinta manusia semata2.Dengan kehendak Allah manusia dilahirkan,digalaskan pula dengan pelbagai tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah dimuka bumi ini..amat rugi org2 yang mensia2kan amanah itu…rugi di dunia…rugi juga diakhirat, Masyaalah ruginya..hanya kerana cinta kepada Manusia.semoga dakwah ustaz berterusan..amin.
Ijah Ali berkata,
16 Jun 2010 pada 12:53 pm
Salam. Ustaz..saya sekali lagi muncul..kali ini saya nak tanya satu soalan.. adakah menyintai isteri orang dan suami orang yang sudah punyai anak-anak membesar dan sudah bekerja, masing-masing bercerai dengan isteri dan suami kerana nak bersama semula. Akhirnya mereka berkahwin di sempadan. Berkahwin atas dasar cinta lama berputik semula itu kata mereka adalah qadak dan qadar namanya..sudah dijodohkan mereka bertemu dan berkahwin..Allah dah tentukan segala-galnya kata mereka.. sekarang si suami membela anak-anak tiri seramai empat orang bersama isteri baru dan isteri lama diceraikan dan tinggal bersama anak-anak kandung yang dahagakan kasih sayang seorang ayah yang sudah tidak menghubungi atau bertemu sejak berkahwin dengan isteri orang. Waallahualam..Allah maha kaya..saya cukup teraniaya oleh perbuatan mereka..
gentarasa berkata,
16 Jun 2010 pada 2:38 pm
Salam Ijah,
Cinta bukan Tuhan untuk dituruti semua kehendaknya. Kita disuruh dan diberi kuasa untuk memilih… pilihan yang baik, diberi pahala. Pilihan yang salah diberi dosa. Perkahwinan atas kezaliman dan penganiayaan… satu dosa. Jangan berselindung di sebalik qada dan qadar! Bolehkah pencuri, perompak dan lain-lain berkata…. sudah ditakdirkan? Mereka memilih yang salah, berdosa pada Allah dan zalim pada manusia. Allah Maha Tahu. Jangan buat kerja syaitan atas nama Tuhan!