RSS

BIARKAN CINTAMU BERKATA TIDAK!

19 Feb

Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.

Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

 
60 Komen

Posted by di 19 Februari 2010 in Tentang Cinta, Uncategorized

 

Label: , , , ,

60 responses to “BIARKAN CINTAMU BERKATA TIDAK!

  1. abusyakirin

    19 Februari 2010 at 9:35 am

    ana minta izin untuk post ke blog ana

     
  2. SUE

    19 Februari 2010 at 11:09 am

    Salam Ustaz………..memang best!

     
  3. ihez

    19 Februari 2010 at 1:49 pm

    tapi kalau suami yang pantang ditegur susah la jugak untuk isteri menegur…

     
  4. ibnu nafis

    19 Februari 2010 at 3:00 pm

    Salam Ustaz,
    Benar kata-kata ustaz itu. Bila ustaz menulis kembali bagaimana Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana tingginya takwa dan Iman kepa Allah S.W.T, begitu kerdilnya saya dalam dunia ini. Terlalu banyak yg saya perlu dalami utk memimpin iman dalam diri ini…

     
  5. fatimah

    19 Februari 2010 at 4:39 pm

    artikel yang menarik dan menyentuh hati.. bila cinta Tuhan diketepi, bila sayang pasangan mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan xlagi diikuti.. sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya..

     
  6. Fat-hi

    19 Februari 2010 at 8:53 pm

    fathi baca tapi tak habis pun,mungkin tak faham lagi.

     
  7. gentarasa

    19 Februari 2010 at 9:29 pm

    Salam abusyakirin,
    Silakan.

     
  8. seorang da'ie

    19 Februari 2010 at 10:50 pm

    assalamu-‘alaikum wrh wbt.

    Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain. Nampak, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya. Dia hamba, kita hamba.

    Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah maaf, dan bersedia memaafkan.

    Peranan takwa dan Iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya. Banyak versi dan variasi. Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para ‘pejuang agama’ sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.

    wallahu ‘alam.

     
  9. harith

    20 Februari 2010 at 1:25 am

    salam ustaz…perkongsian yang sgt menarik tentang cinta..
    betul ape yang ustaz kongsikan..cinta adalah satu kuasa perubahan satu kuasa untuk diri megubah keadaan..
    setiap yang ustaz kongsi sangt dekat dgn jiwa remaja seperti saya dan sahabat yang lain..
    megalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti,selalu membuat kesimpulan gunakan hati, bukan berdasarkan Al-quran dan sirah nabi..

    tq ustaz, teruskan perkongsian dan dakwah ustaz, hanya Allah sahaja yang dapt membalas segala apa yang ustaz lakukan..
    Moga selalu diberi ilham dan petunjuk oleh Allah di dalam berdakwah ini..

     
  10. marwan fathy

    20 Februari 2010 at 9:01 am

    salam…
    ustaz izin ana post artikel nie ke blog ana…
    blog ust banyak manfaat bagi ana…
    seorang remaja yang sedang mencari erti kehidupan

     
  11. aziza

    20 Februari 2010 at 10:49 am

    salam ustaz.. syukur kepada Allah, dapat lagi mentarbiahkan hati ini..tertunggu2 buah tangan ustaz.
    cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman..itulah yang berlaku dalam kehidupan saya selama ini. terlalu sayang, sayang sangat2..hingga bisu untuk menegur kesalahan, sudah ketara, tp buat2 lupa, sudah menonjol, tetapi pura2 buta.. hinggakan diri sendiri pun terikut2 dan sama2 jadi buta!! Ya,bila ujian Allah datang mendidik diri baru sedar..tp syukur Allah datangkan jua rasa redha dihati ini. Mujur jua Allah tunjukkan jalan mengajar hati redha. ya, Allah berikan hidayahNYA melalui tulisan2 ustaz ini. saya kini ingin menerapkan dihati dan jiwa dgn ayat ustaz.. “cinta org mukmin itu ‘buta’ kpd sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah”. Saya dalam proses merangkak kearah itu..memang susah dan terlalu sukar, hy pada Allah dimohon agar diberi kekuatan kembali ke jalan yang dirahmatiNYA..semoga Allah tidak meminggirkan diri ku dan ahli rumahtangga ku dari hidayahNYA..amin.
    Ustaz, jika kesedaran itu hanya Allah berikan LEBIH kepada saya sebagai isteri dan ibu rumahtangga tetapi tidak kepada suami sebagai ketua rumahtangga, usaha saya menjadi sukar untuk mengembalikan kehidupan dalam rumahtagga mengikut lunas dan landasan islam 150%..tapi masih syukur sudah ada 60%..bagaimana ya Ustaz untuk meningkatkan peratusan ini ?? Maklumlah, ego seorang suami, bila di tegur, tega juga berkata, siapa dia dan siapa saya. RIsau juga jika hati lama2 jd jeran dan terus diam..tak mahu saya menyayangi hamba Allah yang KURANG menyintai Allah, tetapi takdir Allah jua mewajibkan saya menyayangi suami kerana Allah kan ustaz.
    Mohon ustaz berikan tunjuk ajar dan kata2 pembakar semangat kepada jiwa yang lemah ini untuk terus berusaha berubah dan merubah..
    Terima kasih ya Ustaz yang dimuliakan..

     
  12. Nofri Yeni

    20 Februari 2010 at 3:31 pm

    izin share dengan kawan2 ustaz…

     
  13. شاح

    20 Februari 2010 at 8:21 pm

    Salam.. Suka suka.. mantop!!!

     
  14. kasih

    21 Februari 2010 at 8:21 am

    Salam Ustaz.
    Cinta anugerah Ilahi. Cinta sejati yg datang dari lubuk hati yg dalam, itu yg dicari. Cinta pd Ilahi adalah tunggak segala2nya. Pabila ianya kukuh dijiwa, tiada lagi masaalah yg melanda. Syukran atas bahan yg menarik.Manusia sering terlupa cinta kasih Allah pada hambanya..

     
  15. gentarasa

    21 Februari 2010 at 10:16 am

    Salam aziza,
    Dengan izin Allah, kita masih mendapat pahala orang yang mencintai seseorang kerana Allah walaupun orang yang kita cintai itu jauh daripada Allah. Sebagaimana Asiah isteri Firaun yang masih mampu menjadi isteri yang solehah walaupun suaminya seorang yang jahat. Namun, kita tidaklah sebaik Asiah dan suami kita tidaklah sejahat Firaun, maka jalan untuk bersabar dan mujahadah masih terbuka. Berdoalah, kuat merintih dengan Allah… bila allah permudah, segalanya akan menjadi mudah. Tetapi jika Allah belum permudahkan, itu petanda Allah ingin memberi pahala yang besar untuk kita terus bermujahadah. Amin, bantulah ya Allah, saudara ku ini.

     
  16. gentarasa

    21 Februari 2010 at 10:21 am

    Salam da’ie,
    Sangat benar katamu! Barakallahu fik.

     
  17. zahratul asrar

    21 Februari 2010 at 5:09 pm

    salam ust,
    artikel yg mantop..
    mohon utk share ye ust..syukran alaik~

     
  18. husnaizzati

    21 Februari 2010 at 9:19 pm

    salam..betol tue ustaz…ada yang selepas berumah tangga,pengamalan agama dianggap enteng…jika dahulu impian ingin membina baitul muslim itu cukup tggi tetapi bila ada kelemahan dan kesilapan yang dilakukan,pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta….
    saya suka bila ustaz memberi contoh tentang saidina abu bakar dan nabi Ibrahim a.s…semoga dapat jadi panduan untuk saya kelak…
    terima kasih ustaz kerana menyampaikan ceramah yang mantap semasa kunjungan ke UIA kuantan semalam…
    banyak yang dapat saya amalkan dalam kehidupan..syukran..

     
  19. Suluh Hati

    21 Februari 2010 at 10:38 pm

    Mudah-mudahan cinta kita tak tersasar…

     
  20. shafifah

    22 Februari 2010 at 9:32 am

    Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H

    A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)
    MASJID ISTIQOMAH ,
    Kayangan Heights , Subang Permai
    DATO HASAN DIN AL-HAFIZ
    selepas Maghrib

    B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)
    MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
    Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD ,
    HABIB ALI AL-HADDAD &
    SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    info : 013-330 9474 (imam)

    C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)

    1.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    mula jam 3.30 pagi

    2.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    BUAL BICARA MAULIDURRASUL :
    DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)
    & DATIN AMINAH ZAKARIA
    mula jam 9.00 pagi

    3.
    MASJID DARUL EHSAN ,
    taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
    mula Jam 3.30 ptg
    info : 019-216 8426 (imam Sabri)

    4.
    MASJID ALBUKHARY
    Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib
    info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)

    5.
    MASJID AS-SOBIRIN,
    AU 5, Lembah Keramat
    AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY
    mula 6.30 ptg

    D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)

    1.
    YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.
    DR MUHAMMAD MU’TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)
    5 ptg – 10 mlm

    2.
    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib

    E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)

    1.
    PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR
    d/a Rumah Habib Husin al-Juned
    36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL
    HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    mula jam 11.30 pagi
    info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)

    2.
    PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,
    kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    Mula jam 5.00 ptg
    info : 019-669 3887

    F) 18 – 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)

    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE

     
  21. gentarasa

    22 Februari 2010 at 9:49 am

    Salam,
    Sollu alaik. Selawat kepada Rasulullah saw, keluarga dan sekelian habaib yang dimuliakan.

     
  22. gentarasa

    23 Februari 2010 at 7:15 am

    Salam,
    Benar cerita mu cerita benar… Acapkali yang kelihatan umpama permata, hanyalah kaca. Namun, setelah beberapa lama kita alpa dan terkesima!

     
  23. nomad melayu

    24 Februari 2010 at 11:48 am

    Salam ustaz…ana minta izin untuk post di blog ana

     
  24. pengemisredha.blogspot

    24 Februari 2010 at 1:34 pm

    penulisan baik sekali ustaz…
    idea2nya sgt bernas

     
  25. kokmi

    24 Februari 2010 at 2:33 pm

    Assalamu’alaikum wbt,

    Ustaz mohon artikel untuk diletakkan dalam facebook. Kupasan ‘soal hati’, ‘soal cinta’ yang mantap! Alhamdulillah… syukran :)

     
  26. sofiya miller arch

    2 Mac 2010 at 2:27 am

    assalam ustaz. minta izin utk letak artikel ni kat blog saya. boleh? saya sangat teruja membaca nya. menggetarkan hati.

     
  27. radziah

    2 Mac 2010 at 10:01 am

    Assalamualaikum wbt..
    minta izin copy :)

     
  28. ziyana

    5 Mac 2010 at 1:09 pm

    assalamualaikum ustaz.. menarik artikel ini. syukran.

     
  29. INTAN SUHADA

    6 Mac 2010 at 6:21 pm

    Assalamualaikum.tahniah atas penulisan dan idea yang sangat bernas dan menginsafkan ya ustaz.saya turut membaca tentang ini di majalah solusi.menarik sebagai medium dakwah untuk menyedarkan sesama muslim..alhamdulillah.

     
  30. lebahfaqir

    12 Mac 2010 at 3:39 pm

    Salam’aleik ustaz…
    JazakaLLAH atas tulisan yg benar2 menyentuh hati…
    ana minta iizin untuk di kongsi dgn shbt2 yea…
    syukron…

     
  31. Nabilah

    15 Mac 2010 at 11:45 am

    Assalamualaikum, ustaz

    >> Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.” <<

    Maaf ustaz, tapi, saya telah rujuk sebuah buku Heroes of Islam karangan Prof Mahmoud Esma'el Sieny, kata-kata yang sama diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas.
    Mungkin saya tersilap, mohon saya dibetulkan.

    Terima kasih.

     
  32. mia

    21 Mac 2010 at 8:54 am

    minta izin tuk copy ke blog sy… tq

     
  33. nurularshad

    22 Mac 2010 at 2:13 am

    assalamualaikum

    ust,minta izin copy artikel ni untuk diforward ke emel shbt.jazakallahu khairan

     
  34. gentarasa

    22 Mac 2010 at 7:06 am

    Salam nurularshad,
    Syukran atas kesudian ziarah. Ya, silakan, mudah-mudahan jadi amal jariah kita.

     
  35. gentarasa

    22 Mac 2010 at 7:11 am

    Salam mia,
    Ya… silakan, Syukran.

     
  36. sirna mentari

    27 Mac 2010 at 2:17 am

    salam..ust, minta izin copy artikel ini..jzkk

     
  37. farhana

    28 Mac 2010 at 8:55 pm

    salam ustaz
    ana wakil kawan ana nak minta izin copy paste ke blog…
    minta maaf dia dh tercopy dulu
    baru nak minta izin…minta maaf sgt2 ustaz..

     
  38. gentarasa

    29 Mac 2010 at 9:53 am

    Salam farhana,
    Tak pa. Ok. Teruskan.

     
  39. Nabilah

    30 Mac 2010 at 2:34 pm

    Terima kasih ustz,sy amat bersyukur kehadrat ilahi krn diberi petunjuk utk membuka laman ini..Semoga Allah merahmati & memberkati diri ustz..amin

     
  40. Fuad

    2 April 2010 at 11:11 am

    Ust, mohon panjangkan artikel ni kedalam fb sy untuk berkongsi dgn sahabt2 sy yg lain….artikel ni sgt berkesan…syukran

     
  41. gentarasa

    5 April 2010 at 6:22 pm

    Salam Fuad,
    Silakan.

     
  42. Pasrah

    6 April 2010 at 11:57 am

    Mohon dipaparkan dalam facebook saya. Artikel ini yg juga saya baca dlm majalah Solusi sungguh mengesankan. ia memberi kesedaran kpd saya utk mencintai diri saya sendiri kerana selama ini saya curahkan pada orang lain. sayangnya cinta saya itu didustai, dicurangi. Melalui artikel ini saya sedar saya harus mencintai pd Yg Maha Esa, ibu bapa, diri sendiri, anak2, barulah pd yg sebelum ini pernah dikasihi sesungguh hati.

     
  43. Ummu Rafiq Raihanah

    7 April 2010 at 2:59 pm

    Salam ustaz,

    Mohon izin ustaz utk email pada sahabat2 ye… artikel ni menarik, menyentuh jiwa, menggamit rasa… menerbitkan keinsafan diri.

    Betapa kerdilnya diri ini.. Mampukah bertemu Illahi dgn hati yang tenang nanti….????

     
  44. nurul

    8 April 2010 at 10:56 pm

    salam.. mohon utk copy-paste ke dlm blog sy, artikel ni sgt menarik perhatian sy.. semoga sy terpelihara dripada cinta dunia…

     
  45. Liza

    13 April 2010 at 2:42 pm

    Minta izin bagi meletakkan di dalam blog..sungguh bermakna artikel ini..gunakanlah kelebihan yang telah diberikan olehNya..

     
  46. sakinah

    14 April 2010 at 4:13 pm

    salam ustaz,
    sy nk mntk kebenaran utk copy certain ayat yg sy rs interesting utk post kn blog sy….trime ksh… ;-)

     
  47. adibah akmal bt abdullah

    6 Mei 2010 at 2:04 pm

    salam ustaz.. nak mintak izin tuk dimasukkan dalam blog sy ..sbgai tatapan tuk teman2 yg lain.

     
  48. gentarasa

    6 Mei 2010 at 10:46 pm

    Sala adibah,
    Silakan.

     
  49. atul

    26 Ogos 2010 at 12:34 am

    salam ustaz…mohon copy..
    syukran ustaz

     
  50. halman

    26 Ogos 2010 at 6:00 pm

    Askum….
    Cinta….dulu aku pun mengtakan cinta itu buta….
    Kini ku mengerti ada masa cinta itu perlu buta dan perlu celik berdsrkan syariat Allah..Cinta Allah dan Rasul diutamakan..

     
  51. aslinda

    20 Oktober 2010 at 9:58 am

    assalamualaikum ustaz,

    saya minta izin dari ustaz print artikel ni dan beberapa yang lain utk di kongsi bersama suami…

    alhamdulillah, hati saya bertambah tenang membaca artikel2 di sini..saya berkongsi bersama suami saya…

    terima kasih ustaz :)

     
  52. aslinda

    20 Oktober 2010 at 9:59 am

    assalamualaikum ustaz,

    saya minta izin dari ustaz print artikel ni dan beberapa yang lain utk di kongsi bersama suami…

    alhamdulillah, hati saya bertambah tenang membaca artikel2 di sini..saya mahu berkongsi apa yang yang perolehi bersama suami saya…

    terima kasih ustaz

     
  53. hafiz

    20 November 2010 at 9:30 pm

    assalamu’alaikum ustaz..mntak izin untk copy artikel nie yer….syukran…

     
  54. ana

    7 Disember 2010 at 6:42 pm

    salam. ustaz. bagaimana lagi untuk berkata tidak kerana cinta pada seorang ibu yang sangat penyayang? ia sangat sukar. apakah lagi cara lain selain kata2 dan perbuatan? ustaz, boleh jelaskan sedikit, hikmah itu bagaimana?

     
  55. nurislam

    30 Januari 2011 at 8:44 am

    assalamualaikum,ustaz…
    saya nak minta kebenaran dari ustaz untuk copy n kongsi dengan sahabat2 yang lain

     
  56. ida

    21 Ogos 2011 at 7:43 am

    salam. disini saya ingin berkongsi tentang cinta saya pd suami. saya cuba mencelikkan suami supaya mengingati allah dalam setiap langkah. tapi saya seakan dibenci dan tidak dihiraukan. bila saya tegur kesalahan suami yang melanggar hukum Allah, saya akan dipulaukan. dia akan lari meninggalkan rumah tanpa balik sehari semalam, Sekarang hubungan kami yang terpisah kerana tuntutan kerja, ( tinggal berasingan kerana saya tidak dapat pindah), dia menggunakan kuasa vetonya, saya sms dan telefon, dia tidak balas dan jawab. kerap kali saya mengalah. dan kuasa vetonya semakin menjadi2 sekrg kerana dia sanggup tidak menelefon atau mensms saya hampir 3 minggu kerana marah saya menegur sikapnya yang melanggar hukum Allah. Apa yang perlu saya lakukan lagi ??. Saya mencegah kemungkaran suami dengan kata2 tetapi dia masih tidak cuba untuk berubah…

     
  57. gentarasa

    23 Ogos 2011 at 11:04 am

    Salam Ida,
    Puan telah menjalankan tanggungjawab. Cuma, kuatkan doa dan perkemaskan lagi kaedah menegurnya. Kita berusaha… kerana Allah. Tak mengapa jika diuji, pasti nanti ada bantuan Allah. Amin. Kuatkan solat hajat dan doa untuk suami.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,217 other followers

%d bloggers like this: