Looking for Something?

INILAH BAHAGIA…

Author:

Dalam majlis forum selepas menyampaikan ceramah bertajuk Mukmin Profesional di UIA, Kuantan pada hari Sabtu yang lalu, saya berjanji untuk cuba menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan bahagia. Disebabkan agak banyak juga soalan yang dikemukakan, saya memilih untuk menjelaskan persoalan itu menerusi blog. Jadi, kepada yang bertanya, “apa itu bahagia?”, terimalah jawapan seadanya daripada saya:

Ia bermula begini…

Bahagia itu adalah fitrah insani. Semua manusia inginkan bahagia. Tidak ada seorangpun manusia yang tidak inginkannya.  Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman… dan layak dihantar ke Hospital Bahagia. Justeru, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia hakikatnya adalah untuk mencapai bahagia.

• Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan. 

• Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang (lihat sebahagian fakta yang dipaparkan).

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati ”
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:
1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

Zikrullah bawa bahagia:
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi hati tidak tenang. Kenapa? (Untuk menjawabnya sila rujuk enteri saya dalam tajuk Mencari Ketenangan Hati).

Bahagia itu letaknya di hati. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita. Agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu berhati-hatilah menjaga hati!

Feedback

44
  • BroHamzah

    Alhamdulillah Ustaz. Kupasan yang sangat JELAS, BERISI dan MUDAH untuk memahami apa itu BAHAGIA. Rasanya, SOLUSI akan datang boleh jadikan ini fokus ISU..

  • شاح

    Salam.. Tuan di Kuantan? Tak tahu pula Ana yang Uia ada program bersama Tuan pagi tu.. Tak ada rezekilah Ana.. Ana di KIPSAS pun pada hari sabtu ada program bersama penulis “Sehari Bersama Penulis Novelis Norzailina Nordin”.. Selisihlah tu.. Insya-Allah lain kali.. Ingat semua “hati-hati menjaga hati..

  • gentarasa

    Salam Shah,
    Insya-Allah, nanti ada rezeki kita jumpa. Takdir Allah tentu ada hikmahnya.

  • su uia

    alhamdulillah..dpt dgr talk ustz kat uia hr sabtu hr tu..rezki..syukur sgt walaupun b’kejar dr clas pd pg tu..kata2 ustz dpt mmotivasikan ht saya..

  • as-sa'adati

    Kebahagiaan itu sebenar ada dalam diri sendiri, tetapi ramai yang tidak menyedari kerana merasakan kebahagiaan itu perlu dibeli. Maka muncullah jiwa-jiwa yang sakit walaupun fizikalnya sihat…

    Artikel yang menarik, terima kasih Ustaz…

  • gentarasa

    Salam,
    Syukran kerana sudi ziarah.

  • gentarasa

    Salam as sa’adati,
    semuga sentiasa saadah. amin.

  • husnaizzati

    alhamdulillah,persoalan yang diajukan oleh bro hafiz dah terjawab..kupasan soalan ini sangat bertepatan dengan diri saya sendiri..alhamdulillah dapat muhasabah kembali..sikap saya yang membayangkan masa depan dan meratapi kisah silam membuatkan saya dalam tekanan yang hebat..ditambah pula dengan sikap sentiasa melihat kekurangan diri..
    tapi kini saya dah temui semula ketenangan hati..dan alhamdulillah saya bahagia dengan nikmat dan cinta Ilahi…
    ustaz,mintak izin untuk guna sebahagian isi entri ini di blog saya ye….
    syukran ustaz..

  • Teja

    salam ziarah..

    Nak sgt dpt dgr ceramah ustaz secara live..isyaAllah

  • maryam izza

    salam ustaz…kali pertama ke blog ini
    terima kasih daun keladi atas perkongsian yg sgt bermakna

  • khairulaznan

    Minta izin untuk di sunting dna dijadikan khutbah jumaat.

  • azakazu

    salam..
    alhamdulillah, artikel yg baik ini mnjadi ‘perantara’ bg saya mncari jwpn buat konflik yg melanda diri..
    terima kasih ust pahrol

    maaf, utk perenggan berikut;
    Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

    {sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf} =>> bukan kah ini sepatutnya sifat mahmudah? typing error mgkin. maaf kalau saya yg silap

    terima kasih

  • Alifi Alias

    Senang tidak mesti bahagia, susah tidak mesti gelisah,
    Kaya tidak mesti selesai masalah, Miskin tidak mesti membuat masalah..
    Salam Suara Hati buat Genta Rasa.. 🙂

  • husaini a. hamid

    Salam ustaz
    Lama saya tak kirim komen tapi setiap tulisan ustaz saya tetap baca dan hayati. Satu kupasan”bahagia” yg pasti membahagiakan dan menyuluh lorong bahagia yg sebenar nya..Muga ustaz terus menulis dan melorek hati2 pembaca dalam pesan memesan demi kebenaran.Betul ustaz,bahagia itu maknawi bukan bersifat lahiriah.Terima kasih atas coretan yg banyak membimbing.

  • husaini a. hamid

    Salam ustaz Pahrol..
    Muga ustaz dpt lahirkan pelapis dlm dunia dakwah ustaz. Erti nya ada kesinambungan atau ustaz dpt inilahirkan ramai lagi” ust Pahrol” dalam dunia pena dakwah ini. Kita memerlukan lebih banyak “mata pedang” dalam mengharungi musuh2 mazmumah terutama dalam diri dan juga menghadapi tentera2 dunia penulisan “alpa” terutama novel2 yg mengkhayalkan anak2 kita di satu lorong zulmat yg di sangkan bahagia. Muga ustaz terus berjuang dan terus berjuang dengan mata pena dakwah ini.

  • gentarasa

    Salam ustaz,
    Syukran atas doronmgan yang ana anggap dakwah juga. Kita masing-masing ada peranan. Komitmen ustaz dalam kerja dakwah juga memerlukan pelapis. Moga-moga yang datang kemudian, lebih baik dan matang daripada yang datang sebelum justeru yang kemudian belajar daripada yang sebelum. Kita belajar daripada banyak kesalahan dan kekhilafan… semoga Allah ampunkan yang tersalah, dan meningkatkan yang benar untuk dikongsi bersama. Syukran ustaz.

  • gentarasa

    Salam,
    Last sekali kita jumpa di masjid Imam Ghazali, tak silap ana waktu usai solat Zuhur atau Asar. Masih ada anak di SMAKL? Ana masih ada 2 orang anak di situ. Tetapi jarang terlibat dengan program sekolah, sebab hujung minggu sering berada di luar kawasan. Apapun, ustaz dekat… walaupun jarang berjumpa.

  • gentarasa

    Salam Ustaz,
    Syukran atas kesudian ziarah. Ustaz boleh pergi jauh dan tinggi dalam dakwah… teruskan. Tahniah.

  • gentarasa

    Salam azakazu,
    Ya, ya.. typing error, Insya-Allah akan saya betulkan. Syukran atas keprihatinan.

  • gentarasa

    Salam ustaz khairul,
    Ya, silakan ustaz. Muga jadi amal jariah orang yang terdahulu dan kita yang kemudian. Amin.

  • gentarasa

    Salam maryam,
    Syukran atas kesudian ziarah.

  • gentarasa

    Salam husna,
    Salam saya “:Assalamualaikum” untuk bro hafiz. Maaf, kerana tak dapat respons spontan masa forum tu. Sebaik mengambil pengajaran daripada masa lalu… lupakan! Dan tumpukan ke masa hadapan. Yesterday ended last night! Doakan saya, tolong ya.

  • gentarasa

    Salam ustaz muhd rashidi,
    Insya-Allah, ustaz Faisal ke Kedah bersama ustaz Hasyim, ustaz Sayuti. Ana akan ke Bagan lalang semula minggu ni. Ya, ana setuju dengan cadangan ustaz. Kalau ustaz tulis, ana sedia ber laluan kat Solusi. Bagaimana buku Travelog Iman… ustaz kena cepat, ana tak sabar nak baca pengalaman ustaz dalam travelog tu. Ustaz boleh dan sangat hebat menulis, teruskan perancangan tu ya.
    Proposal Fitrah? Nanti ana ingatkan ustaz Faisal. Dia nak walimah… Semoga mendapat isteri Solehah, sama-sama kita doakan! Amin.

  • gentarasa

    Salam hrysobah,
    Begitulah… kita hamba, hamba itu sentiasa diuji. Berjaya kita bahagia, kalah… kita ambil ujian lagi. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan, tetapi di sepanjang jalan!

  • eyma

    Salam Ustaz,

    Segala Puji Bagi ALLAH mempertemukan saya dgn ustaz melalui blog ini..Allah Maha Pengasih dan Penyayang kan ustaz? dalam ‘kegelapan’ saya mencari tujuan sebenar hidup di bumi ALLAH, saya ‘bertemu’ blog ustaz..nasihat, peringatan & teguran ustaz yang penuh hikmah mengetuk & membuka mata hati saya..’menarik’ saya keluar dari belenggu pemikiran yang amat cetek sebelum ini..Alhamdulillah, saya mulai ‘melihat’ apa tujuan hidup ini..untuk siapa dan bagaimana seharusnya hidup saya..Semoga ALLAH memberikan rahmat, kasih sayang, dan kesihatan kepada ustaz, keluarga & rakan seperjuangan. Teruskan dakwah ustaz..semoga di permudahkan ALLAH!

  • su uia

    salam ustaz..
    saya nak b’tanya..mcm mane ye nak hadapi situasi yg mane kebaikan yg kita buat yg kerana Allah d salah ertikan..pd hal kita d suruh m’cari peluang b’buat baik.kita malah di cemuh..n tdk d hargai..kdg2 mnimbulkan perasaan malas nak buat baik..tp nauzubillah..mcm mne ye ustz nak hadapi situsi cm ni..?

  • nur sarah

    salam ustaz,
    saya ada masalah mengenai ‘bahagia’ ini. Rumahtangga tidak lagi ‘bahagia’, malahmenuju hancur kerana suami begitu terlalu cinta dunia, dia utamakan duit dan tidak tinggal maksiat. malu saya cerita di sini, tapi harap ustaz dapat bantu.

  • Norulhuda Daud

    Salam…. kupasan yang menarik… mudah-mudahan ia menjadi penawar hati… amin

  • husaini a. hamid

    Salam ustaz Pahrol..
    Anak saya yg SMAKL tu sedang tunggu SPM..Dia jadi tutor utk kelas Bahasa arab di sekolah nya..//Sekarang ni saya sibuk dgn program PERKIM, madrasah dan program2 masjid.Di tambah pula dgn urusan kerja dan urusan keluarga rasa nya mcm 24jam tu tak cukup sehari.Doakan saya boleh menjadi pena dakwah seperti ustaz atau sekurang-kurang nya merasa sgt “bahagia” bila menerima ujian2 dakwah. Mmg benar kata ustaz” Berjuang mmg pahit, bukan sedikit mahar yg perlu di bayar bukan sedikit pedih yg di tagih..”Biar kita jarang bertemu tapi ustaz “dekat” dengan kami sekeluarga..Salam buat semua keluarga ustaz di sana.

  • muhammad fakhruddin

    Assalamualaikum Ustaz,
    membaca entri ustaz kali ini seolah-olah membuka kembali buku Tasawuf Moden karangan HAMKA.Moga kita dikurniakan kebahagian dunia & akhirat

  • shafifah

    Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H

    A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)
    MASJID ISTIQOMAH ,
    Kayangan Heights , Subang Permai
    DATO HASAN DIN AL-HAFIZ
    selepas Maghrib

    B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)
    MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
    Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD ,
    HABIB ALI AL-HADDAD &
    SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    info : 013-330 9474 (imam)

    C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)

    1.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    mula jam 3.30 pagi

    2.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    BUAL BICARA MAULIDURRASUL :
    DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)
    & DATIN AMINAH ZAKARIA
    mula jam 9.00 pagi

    3.
    MASJID DARUL EHSAN ,
    taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
    mula Jam 3.30 ptg
    info : 019-216 8426 (imam Sabri)

    4.
    MASJID ALBUKHARY
    Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib
    info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)

    5.
    MASJID AS-SOBIRIN,
    AU 5, Lembah Keramat
    AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY
    mula 6.30 ptg

    D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)

    1.
    YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.
    DR MUHAMMAD MU’TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)
    5 ptg – 10 mlm

    2.
    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib

    E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)

    1.
    PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR
    d/a Rumah Habib Husin al-Juned
    36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL
    HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    mula jam 11.30 pagi
    info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)

    2.
    PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,
    kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    Mula jam 5.00 ptg
    info : 019-669 3887

    F) 18 – 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)

    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE

    info lanjut : pondokhabib dot wordpress dot com

  • solehah

    ustaz,terima kasih sudi berkunjung ke UIA Kuantan..jika ada tadbir dan takdir pun mengizikan,datanglah lagi..

  • naimul firdaus

    Komentar Seorang Tokoh Gerakan :”Jadilah seorang Syabab yang dengan bangga mengatakan aku adalah aku,jangan jadi syabab yang hanya boleh berkata “Itu ayahku” dengan bangga…..”

  • Fatin Iman

    salam ustaz

    subhanallah!! alhamdulillah artikel ini membuka hati dan mata saya perihal kebahagiaan hidup.

    Hidup yang berasaskan iman yang teguh insyaAllah menjanjikan hidup bahagia kerana imanlah kunci segala-galanya =)

  • misya

    salam ustaz…
    mohon copy utk dsimpan dalam diari peribadi…pengubat hati ketika lara….

  • hafiz huzazi

    salam ustaz,

    Syukur pada Allah ats keizinanNya mengurniakan kita taufik dan hidayahNya hingga ke hari ini. Tima kasih ustaz ats kesudian menjawab persoalan saya tempoh hari. Jwpn ustaz di alam maya ni dpt beri byk manfaat buat diri yg semakin hari semakin lemah di asak ‘pukulan’ dunia harini. Suasana, gaya fikir,budaya dan tindakan manusia hari ni mngkn dah bnyk tersasar dr yg sepatutnya. Allhamdulillah, harapnya kehadiran ‘genta-rasa’ di tgh masyarakat harini dpt meredakan sedikit ‘tenat’nya jiwa insani yg ada pd harini termasuk saya.(^_^)wallahualam

  • kemboja

    mmg bnar..sgalanya bermula dari hati..sya akn cuba mmbntuk hati ke arah kebaikan..mudahan mndpt ptunjuk dariNYA..

  • Ummu Rafiq Raihanah

    Berbahagialah mereka yang hatinya sentiasa ada Allah…dan kasihnya pada Rasulullah mengatasi selainnya…

    Semoga kita berbahagia di dunia sebelum bahagia hakiki di akhirat nanti…..

  • Arief

    Assalamualaikum ustaz
    Soalan saya
    1. Dimanakah letaknya hati kita yang hakiki? maksud saya hati yang kadang-kadang terasa kecewa, gembira dan sebagainya.
    2. Bagaimanakah cara pembersihan hati mengikut prosuder yang benar dan sahih?
    3. Kata Imam al-Ghazali ‘Hati itu Raja, Akal itu menteri dan anggota itu tentera’ apakah komen ustaz tentang penyataan ini?

    terima kasih, semoga ustaz sudi menjawabnya.

  • hanif

    Izinkan saya mengcopy salah satu tulisan ustaz dalam buku ‘nota fikir untuk fikir’ ke dalam blog saya.

  • gentarasa

    Salam hanif,
    Silakan. Syukran.

  • halman

    askum…..
    bahagai itu sesuatu yang relatif. Ketenangan hati pada ilahi dalam menjadi kehidupan harian adalah erti bahagia. T.kasih ustaz…dgn penulisanmu ini memblhkanku memahami erti bahagia

  • ali aminuddin

    salam ustaz…minta copy utk rujukan diri dan saudara taulan…

  • nana aziz

    assalam ustz
    pertamamkali ke blog ustaz.hati suda terpaut..
    syukran ats setiap kalimah yg dititipkan.
    akn sy panjangkan kepada sahabt2 sy.
    izin juga untuk d copy .
    assalamualaikum.

Leave a Reply

%d bloggers like this: