Looking for Something?

Di mana DIA di hatiku?

Author:

Insya-Allah, pada hari ini sebuah lagi buku hasil tulisan saya kan berada di Pesta Buku KL. Buku Di mana DIA di hatiku ini saya tulis hasil dorongan yang sangat kuat daripada Kak Wan, seorang editor di Alaf 21 Karangkraf. Saya kagum dengan kemesraan, kegigihan dan iltizamnya.

Akhirnya, saya bersetuju untuk menulis… Dan ikutilah petikan bab terakhir daripada buku ini:

Di mana DIA di hatiku?

…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.  

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

MENGEMIS KASIH MU

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

(Sajak yang ditulis sejak lama. Kini telah pun diangkat menjadi sebuah nasyid).

Feedback

65
  • Nur

    Assalamualaikum…

    Tahniah ustaz krn berjaya menyiapkan satu lagi buku pada tahun ini. sy percaya ini bkn sesuatu kerja yg mudah utk menyiapkan beberapa buah buku dlm masa yg singkat.

    bila sy baca tulisan dalam bab terakhir ini membawa sy muhasabah diri di manakah Allah di hati sy???? buat sy terfikir….bila berlaku pertembungan antara hak Allah dan hak manusia yg mana sy lebih dahulukan??? yg pasti selama ini sy sentiasa dahulukan hak manusia…sedangkan Allah yg perlu kita utamakan.

    ustaz sy nk tanya pendapat mcm mana nk jadikan kita sentiasa ingat akan Allah bkn sahaja diwaktu susah tp juga diwaktu senang. Dan mcm mana nk elakkan bertangguh dlm melakukan sesuatu?? sy sentiasa ada keinginan utk bgn solat mlm tp bila sampai waktunya sy rasa x pe esok ada lagi…sedangkan kita x pasti adakah lg esok utk kita.

  • PuanNawar

    tapi ustaz..

    kadang-kadang gaya penulisan ustaz berbentuk puitis dalam sinis..saya kagum dengan ustaz…dalam fakta dan pengetahuan yang ustaz canangkan,ustaz selitkan perkataan yang menarik..jadi semua pembaca rasa tertarik..apakah rahsia ustaz? 🙂

    boleh saya tanya…
    selain PakCik Nora..siapa lagi idola ustaz ye? saya sedang menjejak sasterawan islam melayu yang ada di laman web..sangatlah rugi andai mereka tidak saya kenali..kerana sekarang ini saya berada di rantau orang..jadi saya sangat dahaga dengan bahan bacaan seperti tulisan ustaz…

    maaf kalau saya banyak tanya..

  • muslim_me

    Yup.. Ianya satu perjuangan.. Perjuangan yg tetap berterusan selagi kedua-dua telapak kaki belum menginjak syurga Tuhan, sekaligus dalam redha-Nya..

    Jzkk atas perkongsian ustaz.. Cukup bermanfaat bg memuhasabah kembali diri yg kian leka dn alpa..

    p/s: afwan.. ana rasa background baru website ustaz ni, kurang sdikit jelas la utk pembacaan.. apapun, tetap cantik.. =)

  • betik_muda

    terkadang terfikir,layak ke saya bergelar hamba,sedang dua cinta bergelut dalam jiwa?masya-Alllah,terima kasih ats perkongsian ini

  • hatijerneh

    Salam Ustaz…
    Membaca tulisan ustaz seakan membaca kisah diri sendiri.. Penat kadang terasa kerana hati terlalu ingin hanya ada Allah tetapi sy selalu kalah dgn kehendak diri yg salah. Penat melawan utk menang keatas nafsu tapi sy selalu tewas. Bila sedar kesilapan rasa sedih & bodoh krn diri sendiri tahu telah bersalah. Iman pasang & surut , malahan lebih banyak surut dr pasang. Penat benar utk istiqamah kan ustaz! Cuma sy harap xpernah akn putus asa dr kasih sayang & Rahmat& Pengampunan Allah.. Sy takut dibuang Allah swt.! Smoga sy tak penat memohon keampunan.. Sy juga amat berharap satu hari nanti hanya ada Allah dihati sy!.. Terima kasih ustaz …

  • Hidayah

    assalamualaikum ustaz… subhanallah cantiknya blog ustaz ni… dah lama ana tak jenguk… artikel kali ni memang mengusik hati nurani… Dimana DIA di hatiku??? ana sendiri terkedu membisu… apapun ana akan kongsi artikel ni dengan ahli famili dan anak-anak didik ana… segala puji bagi Allah… terima kasih ustaz…

  • firdaus muhammad

    SubhanAllah,,
    terkesima saya membacanye !!
    time kasih ustaz..

  • fatin

    alhamdulillah ustaz, akhirnya terbit juga buku ini..
    InsyaAllah saya akan mendapatkannya hari ini di KLIBF.
    hidup ini memerlukan mujahadah.. Betapa besarnya perbezaan diantara kemahuan yg berada di belakang akidah, dengan adanya akidah di belakang kemahuan.. betapa jauhnya beza antara keduanya dari segi ketinggian dan kerendahan, antara kemuliaan dan kehinaan…
    semoga saya dapat manfaatkan buku ini dengan bermuhasabah diri,
    ustaz boleh saya tahu adakah buku ini terbitan GISB juga atau karangkraf?
    di booth mana saya boleh mendapatkan buku ini?

  • kasih

    Masya Allah..Jazakallah dan Alhamdulillah sarapan minda dan hati yang sangat menyentuh pd awal pg Jumaat yang baraokah ini.
    ‘Dimana DIA dihatiku “bukan menagih jawapan tp menagih pengorbanan yang bukan sedikit. Ianya memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk bermujahadah melawan nafsu. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk itu.
    Barokalllahulaka…
    TERIMA KASIH USTAZ..

  • ayahzain

    Salam Ustaz

    insya Allah, saya akan memiliki buku

  • iman

    salam,
    sajak ni nukilan ust ke? baru saya tahu…saya sentiasa putarkan nasyid ni (selain lagu dendangan Edcoustic – Muhasabah Cinta) bila saya rasa jauh dari Allah, dirundung duka, rasa tak bersemangat dll untuk “impove”, pulihkan dan tambah kembali rasa iman dalam diri dan jiwa ini… TQ ust…

    saya dah baca nota diri seorang lelaki..sangat best dan penuh dengan pengajaran… bila saya baca rupa2nya ust anak kedua…betul ke? if betul samalah mcm sy…wassalam

  • Wan Siti

    Salam Ustaz,
    bertambah lagi satu koleksi buku untuk simpanan saya.

  • Murtadha Rafaai

    Insya Allah akan dapatkan..

  • amir

    Allahu akbar! terasa ana benar2 sangat jauh dari DIA.. mudah2an mujahadah kita tidak terhenti selagi nyawa dikandung badan… selagi pintu TAUBATNYA tertutup rapat..

  • ketenanganygdcari

    mccg yg baik disampaikan..ya Allah betapa lemahnye diri ini dlm meltakkan diriMU dihatiku melebihi segala2nya…

  • zamri

    Salam ustaz, masyallah di akhir zaman ini betul kekadang bukan DIA yang dekat di hati kita, material, kemewahan, wang ringgit, pangkat, dan segala macam perihal duniawi lebih dekat di hati kita. Di manakah DIA? Bila hati gundah gelana dan berduka ditimpa kesedihan dan musibah barulah DIA di hati kita, barulah DIA yang kita puja tidak diwaktu senang kita leka dari DIA. Itulah kita, terima kasih ustaz atas tulisan yang menyedarkan dan menyegarkan hati agar dekat dengan DIA…

  • abdul rahman ali

    salam…ust, tahniah ! diatas kemunculan buku baru ini yang diterbitkan oleh alaf 21 karangkraf.

    semoga bertambah khazanah ilmu pengetahuan buat bekalan anak didik dibelakang hari.

  • alfath

    Alhamdulillah..akhirnya, buku yg ditunggu2 telah tiba..inilah agaknya susulan dari buku Tentang Cinta! Moga dengan buku ini kita akan memperoleh panduan utk menggapai CINTA..InsyaAllah

  • peluncur Islam

    salam ustaz…

    oh…ada buku ustaz yang terbaru rupanya… kena dapatkan ni..!

    ya Allah.. ana memang sangat tersentuh dengan lirik lagu tu… maknanya cukup tersirat.. lirik tu ana dengar dari lagu Raihan album gema alam… mengemis kasih…

    jazakallah perkongsian ygncukup menarik..

  • shafifah

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – AL-USTAZ AHMAD UMAR BAFADHAL : http://wp.me/piAx4-1jq

    SYARAHAN PERDANA BERSAMA DR. SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANIY : http://wp.me/piAx4-1k2

    Buku Sifat Solat Nabi yang Sahih : http://wp.me/piAx4-1jf

  • naimul firdaus

    salam.. tahniah ustaz! jemput ambil anugerah di blog ana.

  • Yuana

    Assalamualaikum Ustaz,
    sangat menarik membaca tulisan Ustaz ini,
    inshaAllah,
    berhasrat untuk mendapatkannya di KLIBF hari ini

  • kembara

    salam ust..

    syukran di ats perkongsian peringatn..

    sentiasa ku ingatkn diri agar terus bermujahadah,
    namun kadangkala ku tewas dlm gelombang cinta dunia..
    apbl ku bangkit tersedar,
    rupanya telah jauh ku tersasar,
    ku harap keampunanNya masih lagi bersisa utkku,
    ku pohon agar tiada lagi niat selain dari krnMU,
    moga mujahadah ini terus ku harungi…
    dgn huluran pergantungan kpdMu..

    ~supaya hadirnya DIA sentiasa di hatiku.

  • gentarasa

    Salam Fatin,
    Di mana DIA di hatiku di booth Karangkaraf. Nota Fikir untuk Zikir di GISB. Syukran.

  • Najihah Mumtazah

    salam, ustaz..alhamdulillah, akhirnya sy berjaya memiliki buku tersebut=)
    tahniah buat ustaz..this is a greatest book after Tentang Cinta..

  • dianaharif

    assalamualaikum ustaz,
    Subhanallah…bc tajuk pn dh ckup hebat… “di mana DIA di hatiku..” ~ sedikit tersentak…seketika bermuhasabah…
    Ustaz, buku nie bila akan msk ke pasaran (kedah/ penang)? or boleh buat tempahan dari Karangkraf ke?
    Teringat time blaja dulu, beli ANIS je, msti cari KEMUDI HATI tlsn ustz;) n alhamdulillah skrg, tmbhn SOLUSI. ‘Tentang Cinta’ yg saya beli ketika 1 program bicara cinta di uia, 2006 (ustaz salah seorang panelist) pun beberapa kali ulang baca time zaman blaja dulu.
    Tulisan yg ‘lahir dari hati’, pasti sgt ‘terkesan di hati’….
    Tahniah ustaz, Baarakallah…moga Allah sntiasa bantu + lorongkan ustaz untuk terus menulis…
    ‘Di mana DIA di hatiku’… pencarian ‘CINTA’, bkn skdr ‘cinta’…

  • husaini a. hamid

    Salam ustaz..
    Tahniah.Allah izinkan ustaz untuk menulis buku lagi. Muga jadi panduan buat semua. Salam dari ana yg sedang bertugas di sibu sarawak.

  • شاخ

    Salam Ustaz… Seronok jumpa ustaz tadi.. Tapi baru Ana teringat lupa nak bergambar dengan Ustaz.. Ana juga tak beli lagi buku baru ini.. Malah tak perasaan kewujudannya.. Tapi insya-Allah jika sudah ada di Kuantan maka wajib Ana memilikinya…

  • gentarasa

    Salam us husaini,
    Tolong doakan ana pada kesempatan yang ada ya. Sikit pun jadilah. Doa orang yang musafir makbul insya-Allah. Ya Allah, bantulah sahabatku dalam permisafirannya, agar dikurniakan barakah, sakinah dan saadah. Amin.

  • gentarasa

    Salam Shah,
    Orang muda… syabab! Teruskan perjuangan. Shah boleh pergi jauh dengan akrab pada Islam. Insya-Allah. Amin.

  • Nurul ain

    salam,ust. bila buku ni akan dipasarkan di kedai2 buku?

  • za

    huhh..bila pula ana baru boleh memiliki buku ini..MasyaAllah..sememangnya buku2 dinanti.kadang2 membaca di website, kepuasannya berlainan dgn memiliki buku..

  • Ummu Rafiq & Raihanah

    Salam ustaz,
    Tahniah & terima kasih di atas terbitnya buku terbaru ustaz.. Tak sabar untuk menelaah lagi setiap hasil nukilan ustaz…

    Semoga ustaz terus dikurniakan Allah kesejahteraan dan ilmu yang tiada bertepi agar ianya boleh disampaikan kepada pembaca dlm bahasa indah yang menyentuh jiwa, membawa kami semakin dekat kepada Dia….

  • gentarasa

    Salam,
    Selepas 2 minggu Pesta Buku di KL, dengarnya pihak Krangkaraf akan mula mengedarkannya ke seluruh negara. Bila saya dapat maklumat, akan diberitahu nanti. Insya-Allah.

  • poknik

    jika ada kelapangan masa berkunjunglah ke tempat mungkin ada ilham terbaru untuk ustaz

  • AlieyaMyNurIman

    Salam..
    tahniah buat ustaz..
    walaupun hnya 1 bab, pnulisan yg begitu mendebarkan persaan sy..
    moga ustaz dilimpahi rahmatNya..aminn..
    brape yg hrga buku ni?

  • AlieyaMyNurIman

    ** brape ye hrga buku ni?

  • Ana Dina

    Salam ustaz..

    Saya bru sja mengenali ustaz dr majalah solusi.Alhamdulilah..tulisan2 motivasi inilah
    yg sy cari untuk memperkuatkan lg pegangan diri.Benar ustaz, nak meletakkan hanya Allah di hati kita dirasakan satu perjuangan yg berat..apalagi di zaman ini banyak sgt cubaan2 dan godaan2 lain yg boleh menyesakkan hati..Hati ni selalu berperang antara kehendak diri dan mentaati Maha Pencipta..Dan ini selalu berlaku kerna tak mengutamakn Dia di hati kita.
    Harapan agar buku terbaru ustaz ini dpt membantu kerna kita ini sememangnya lemah tanpaNya..

  • aisya_raudhah

    Assalamualaikum ustaz…
    sejenak melayari blog ust ini..terasa di mana diri sebenar..
    mencintai Allah lebih didahulukan dalam mencintai segalanya.
    moga Allah sentiasa di hati kita dlam mencari keradhaannya…
    amin.

  • IMEda

    salam ustaz…
    saya dalam proses membaca buku nota fikir untuk zikir & dimana DIA dihatiku..
    menarik..
    ustaz, saya minta izin untuk mengambil ayat2 dari tulisan ustaz ye..
    terima kasih

  • gentarasa

    Salam IMEda,
    Semoga Allah membatu anda membaca dan menghayatinya. Saya amat gembira mendengarnya.

  • gentarasa

    Salam aisya_raudah,
    Amin. Untuk kita semua… agar dibantu Allah untuk mencintai-Nya.

  • gentarasa

    Salam Ana Dina,
    Sama-samalah kita berdoa supaya kita mencinta Allah menerusi cinta sesama manusia. Dan mencintai manusia kerana-Nya.

  • gentarasa

    Salam Alieya,
    Harganya RM 15. Belum pasti bila mula berada di pasaran. Cuma dijual di pesta Buku baru-baru ini. Syukran atas respons yang positif.

  • gentarasa

    Salam,
    Ya… syukran. Nanti baca dan berina teguran ya.

  • Shah Aznie Ariffin Kashinath

    salam ustaz… membaca tajuk buku & bab terakhir ini pun sudah cukup menggetarkan hati… Allah, terasa lemahnya diri.. Buku ini wajib dibeli ni. Moga buku ini membantu kita memproses hati menjadi hambaNya yang lebih baik. syukran ustaz.

  • hasnah

    Salam ustaz,
    Tahniah atas kelahiran buku-buku baru ini. Tak sempat ke Pesta Buku di KL. Tak sabar-sabar untuk dapatkannya. Tulisan-tulisan ini memang saya nanti-nantikan.

  • siti

    salam ustaz,
    saya ingin mndptkn buku dimana Dia dihatiku scara online?
    adakah ustaz mnyediakn pembelian buku scara online?

  • malek redzuan

    salam ustaz..
    minta izin nk share tulisan ini dgn mmbr2 sy..moga mendapt manfaat bersama

  • gentarasa

    Salam siti,
    Buat masa ini, belum ada di pasaran. Hanya di Pesta buku yang baru lalu. Tapi sedikit masa lagi, insya-Allah ada.

  • gentarasa

    Salam hasnah,
    Syukran. Syukran. Jazakalallahhu khairan.

  • gentarasa

    Salam Shah,
    Sempat ziarah ke bloh Shah. Mendidik dan menarik. Bagi sahabat yang lain, jemput ke sana juga.

  • Nurr Iman

    Assalamu’alaikum

    Subhanallah.
    “di mana Dia di hatiku??”
    benarlah ustaz.Allah ciptakan SATU hati bg kita.namun takhta cinta di hati kita bukanlah milik Nya andai keseronokan dunia ataupun makhluk ciptaan Nya yang kita dahulukan.
    ….jika cinta Allah bersinar di hati, maka akan sirnalah cinta yang lain….
    ….bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain diam membisu seribu bahasa….

    Syukran ustaz.1 perkongsian bwat diri ana yg masih mengemis cinta Nya..
    “betapa aku ingin diri Mu menjadi kekasihku..dan betapa aku ingin diriku diangkat menjadi kekasih Mu…”

  • Nur Adibah

    Salam Ustaz, saya berminat dgn buku karya ustaz. Macam mana saya nak order melalui pos.

  • zainon

    Salam ustaz…karya ustaz begitu menyentuh hati saya…seoalah-olah saya berada di situ…harap ustaz terus berkarya…

  • wan

    Assalam ustaz…alhamdulilah..
    sy tcari2 buku nie..btol2 tpegun dgn tajuk serta isi2 dalam buku nie..terima kasih byk2 ustaz..smg dpt trus berkarya dan bdakwah..
    alhamdulilah,sy bsyukur sgt2..dpt mbace buku ini..buku nie lah yg sy cri selama2 ini,tntng hati manusia kpd Allah..
    terima kasih… =)

  • imran

    salam ustaz,

    terima kasih kerana menghasilkan sebuah buku yang sangat istimewa ini..

  • Nurhuda Araby

    Alhamdulillah…sy sudahpun selesai membaca buku ini….kata2 ustaz sungguh menyentuh hati seorang remaja seperti sy yg masih terumbang-ambing dlm mencari dimana Dia dihati ini….alhamdulillah byk kata2 uztaz yg mampu menolong sy utk merubah dengan izinNya…moga Allah merahmati dan meredhai segala usaha uztaz…Amin….

  • Ana

    Assalamu alaikum..
    Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk membaca ilmu yang ustaz sampaikan.. Terima kasih ustaz.
    Di saat kita jatuh, rasa seperti segalanya telah berakhir kerana kita lupa, Allah itulah tujuan dan destinasi kita.
    Terasa kembali bersemangat, hidup takkan hilang arah dan putus harapan selagi Allah ada di hati.
    Hati…marilah mengingati Allah..

  • Faiqah

    Assalam alaik,
    Alhamdulillah Ya Rabbi,
    Saat diri sedang tercari-cari diri dan meraba-raba dalam gelapnya sinar dunia
    Tangan kurniaan Illahi ini bertemu jodoh yang tidak diduga dengan buku ini
    Tika jiwa sedang resah akan pudarnya cahaya iman dan matinya hati
    kerana desakan dunia,
    kerana lambaian nafsu,
    tinta dan kata buku ini memberi seribu jalan baru untuk cuba ditempuh
    Semoga Allah redha.
    Dan semoga kalian juga beroleh manfaatnya.

  • yuhaisya

    Mohon copy paste =)

  • habibi humaira

    assalamualaikum ustaz..
    saya suka kata-kata dalam buku ni…
    sungguh saya rase terbawa-bawa dengan ayat ini..
    membuatkan saya berfikir kembali
    apa bukti saya cintakan Dia…
    terima kasih ustaz kerana menyedarkan kembali diri saya

  • nur

    assalamualaikum ustaz.
    saya pelajar jrsan bahasa arab. kami ditugasan utk membuat resensi buku terhdap buku ilmiah yg dipilih. kami memilih buku ustaz. boleh saya berhubung secara langsng dengan ustaz?

  • gentarasa

    Waalaikum salam.
    Jazakallahu khairan khatira. Tolong hubungi saya di no 019 3319848

Leave a Reply

%d bloggers like this: