RSS

DENGAN KEYAKINAN…

05 Apr

Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.

Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.

Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.

Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!

Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!

Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.

Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.

Untuk mu pengunjung blog, izinkan aku menguruskan beberapa cabaran ketika ini. Insya-Allah, akan menyusul nanti entri yang lebih serius dan menjurus. Namun, sebelum berpisah terimalah dariku sekadar dua tulisan ini sebagai “selingan”.

Bagi mereka yang begitu beria-ria untuk ke hadapan… milikilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya persediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan keyakinan bukan hanya keringat!

i) PEDANG SAYIDINA ALI

Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.

Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.

Pengajaran:

Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.

ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran:

Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang… menipu diri sendiri!

 
38 Komen

Posted by di 5 April 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

38 responses to “DENGAN KEYAKINAN…

  1. dinilhayah

    5 April 2010 at 10:02 am

    assalamu’alaikum ustaz,

    susah nak menjaga hati…benar…kita perlu berhati-hati bila membicarakan soal hati…kadang-kadang takut untuk menasihati…bimbang kalau-kalau diri ini sebenarnya tanah yang keras, yang menakung air untuk diberi minum kepada orang lain…tapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan…bimbang juga jika tidak dapat melakukan apa yang di ucapkan…bimbang kerana diri penuh dosa…hati kotor…

    macam mana ya ustaz?…adakah apabila takut begini…kita tidak boleh menasihati, mengingatkan…? sedangkan dalam masa yang sama dihimpit rasa bersalah jika tidak menyampaikan…..jika menyampaikan pula…merasakan diri tidak layak…dan takut di uji dengan kata-kata sendiri…

     
  2. PakarHowTo

    5 April 2010 at 10:23 am

    Malas adalah satu DOSA!
    Aduh, tersentak saya dengan kenyataan ini.
    Tidak pernah terfikir saya akan hakikat ini.
    Selama ini saya menganggap malas ni satu kelemahan biasa seorang manusia.
    InsyaAllah, lepas2 ni, apabila ingat malas=dosa, maka saya akan cuba lawan perasaan itu.

    Terima kasih tuan atas tulisan yang sangat bagus ini.

     
  3. salwani

    5 April 2010 at 11:29 am

    salam ustaz..
    memang betul kata-kata ustaz,kalau melakukan sesuatu biarlah menggunakan kekuatan akal bukannya kerana sesuatu yang canggih sahaja jika tidak disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah.moga ustaz teruskan perjuangan.syabas!

     
  4. orkid putih

    5 April 2010 at 12:50 pm

    assalamualaikum
    stuju sngt2 pasal tulisan kali ni.. teknologi adalah alat utk membntu medan dakwah kita. jika penggerak teknolgi sediri, tidak punya hati utk berdakwah, tiada guna teknologi itu even sehebat mana skli pun.. peringtan yg sngt berguna buat diri yg lemah..

    sedar diri telah dihanyutkan tipu daya syaitan.. moga allah mengampunkan diri yg ppenuh dengan kekhilafan.. Amin ya Allah…

     
  5. iman

    5 April 2010 at 1:46 pm

    Assalamualaikum wbt..

    ust…saya pun sentiasa mengisi jiwa saya dengan ilmu agama. tetapi macamana caranya supaya saya tidak jd begini…”Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!”.

    saya sangat takut…sekarang ni pun, jika ada orang disekeliling saya yang buat kemungkaran, saya tidak mampu menahannya..hanya mampu tegur sekali sekala dan pedih menahan benci..masalah masih tak selesai..saya sgt TAKUT.. ia akan hijab saya untuk masuk ke dalam syurgaNya.

     
  6. Arief

    5 April 2010 at 3:49 pm

    Ramai juga yang berbicara tentang hati tetapi tidak mengetahui dimana letaknya hati? Kata Al-Imam Ghazali : Hati itu adalah RAJA, Akal adalah MENTERI dan Anggota tubuh badan adalah Tentera. Bersih Raja Insyaallah semua bersih dan itulah kunci kusyuk.

     
  7. amir

    5 April 2010 at 5:37 pm

    masyaAllah. benar kata ustaz. kerap kali juga saya berhadapan dengan orang yang berdalilkan agama sebagai ‘perisai’ untuk bermalas2an. andai orang tau malas itu juga dosa, amal buruk yang mempotensikan seseorang ke neraka, nescaya mereka menjauhinya.
    jazakallah atas perkongsian ustaz..

     
  8. muhammad fakhruddin

    5 April 2010 at 5:42 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    tulisan Ustaz kali ini mengingatkan saya kepada fenomena pendek fikir(quote daripada Ustaz Hasrizal).

     
  9. gentarasa

    5 April 2010 at 5:52 pm

    Salam fakhruddin,
    Ustaz Hasrizal sahabat ana… Jazakallah.

     
  10. gentarasa

    5 April 2010 at 5:54 pm

    Salam amir,
    Dosa malas taubatnya dengan rajin bekerja. Insya-Allah. Punca malas dari nafsu, nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.

     
  11. gentarasa

    5 April 2010 at 5:54 pm

    Salam Arief,
    Syukran atas tazkirah saudara. Mudah-mudahan kita mendapat peringatan.

     
  12. gentarasa

    5 April 2010 at 6:02 pm

    Salam iman,
    Masalh mu masalah saya juga. Marilah kita berusaha, berdoa dan berdakwah… sedaya yang mampu. Ada kesalahan kita taubat. Mana layak kita masuk syurga? Yang layak hanya memohon belas kasihan Allah.

     
  13. gentarasa

    5 April 2010 at 6:05 pm

    Salam,
    Teruslah mengingatkan. Teruskan bertaubat. Teruskan mujahadah!

     
  14. hatijerneh

    6 April 2010 at 2:32 am

    salam Ustaz..

    ternyata sy selalu ditipu oleh syaitan dlm memberi hujjah utk bermalas-malas. Sy Malas naik pangkat kononnya tak mahu bergaji banyak yg bakal melalaikan & memboroskan sy. Disamping konon mahu ‘menghukum’ diri yg mungkin ada ketika terdpt kekurangan dlm melaksanakan tugas jadi cukuplah gaji yg ada dan biarlah rakan2 seperjuangan rata-rata telah bertambah gaji & pangkat.. Wajarkah sy? hmm.. artikel ustaz ini ‘mengetuk minda’ sy…

     
  15. gentarasa

    6 April 2010 at 6:46 am

    Salam hati,
    Naik pangkat tak salah… yang salah ialah kalau kita naik pangkat itu dengan CARA yang salah – ampu, bodek, adu domba – orang Islam wajar buat kerja yang terbaik. Dan bila kita berbuat demikian, kita naik pangkit… syukur. Itu beerti kita mampu melaksanakan amanah sebagai KHALIFAH dalam skala yang lebih besar. Terpaut dengan dunia? Ini bukan soal jawatan kecil atau besar, tapi hati yang terdidik. Didiklah hati kecil kita walaupun jawatan kita besar. Teruskan usaha!

     
  16. AGENT Hayat Herbal Foot Patch

    6 April 2010 at 7:43 am

    Salam.
    TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA
    Rawatan membuang toksin dari badan dengan mudah sekali!
    InsyaAllah mudahan-mudahan produk ini memberi manfaat pada anda sekeluarga. Sila klik pada nama atau ke link ini http://hayatherbalfootpatch.blogspot.com
    TERIMA KASIH.

     
  17. Kamarul

    6 April 2010 at 8:41 am

    “Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.”

    Assalamualaikum, ungkapan yang berisi.
    Sungguh peperangan dengan diri sendiri itu yang terpanjang, paling sukar dan memakan masa yang lama.

    Semoga Allah beri pelindungan pada saya, dan seluruh umat Islam untuk menang dalam peperangan ini.

     
  18. kak nor

    6 April 2010 at 9:24 am

    Salam Ustaz,

    Artikel ringkas yang mengetuk pintu hati dan menjurus kepada berfikir. Semoga Ustaz diberikan kemantapan hati dan ikhlas dan seterusnya berjaya menghadapi segala cabaran yang datang. Amin Ya Rabb.

     
  19. rosez

    6 April 2010 at 11:39 am

    Benar Ustaz, saya sering takut tertipu dgn jiwa sendri dalam soal amal. Takut apabila terlalu banyak membaca bahan ‘baik’ spt Majalah Solusi, Anis dan menghindari membeli bahan hiburan, maka saya sudah kategorikn diri saya sbg orang baik. Sedangkn berasa diri sudah baik itu sendri merupakn salah 1 dr dugaan Allah SWT, takut ujub dan riak. Nauzubillah.

    Namun Alhamdulillah rasa takut itu bila diterjemah secara positif, telah membuatkan saya sering besederhana dan berhati2 dalam pembawakan diri saya di hadapan org2 sekeliling saya, samada suami, keluarga atau rakan2. Pada saya akhlak yang ditonjolkan speaks louder than words.

    Mmg sukar Ustaz utk org biasa mcm saya, sbb sifat iman yg tidak statik, ada turun naik nya. Tapi artikel Ustaz sblum ni, yg berbunyi klu pon sifat buruk itu singgah, jgn biar berlama2 dlm diri. Terima kasih Ustaz… spt kebetulan, tulisan ‘baik’ itu adalah jawapan kepada persoalan2 hati ;) Alhamdulillah Allah masih sudi memberi hidayah.

     
  20. Ulfa

    6 April 2010 at 2:10 pm

    Salam ustaz,

    Tak pernah terfikir malas itu satu dosa…

    Terima kasih ustaz kerana mengingatkan…saya tidak boleh malas lagi!

     
  21. Bawang Goreng

    6 April 2010 at 4:46 pm

    Assalamualaikum,

    Entry ini betul-betul terkena dengan batang hidung saya… Minggu lepas baru saja ber’perang’ email dengan mereka yg saya ‘syak’ G.A.H. Sungguh, jika tidak bersiap sedia, mahu terjejas akidah dibuatnya. Saya hairan, mereka yg berilmu tidak mahu campur tangan dalam ‘perang’ tersebut. hati jadi tidak tenteram bila saya diamkan, dan saya amat takut jika saya tidak berbuat apa-apa, seolah-olah saya mengiyakan saja perbuatan mereka, lalu apa yang akan saya jawab bila disoal Allah di mahkamah nanti?

    Minta ustaz kupas tentang G.A.H. dalam Solusi keluaran akan datang.

    Terima kasih.

     
  22. Haslindah

    6 April 2010 at 5:59 pm

    Syukran ustaz. terhibur..dengan santapan ilmu dari ustaz…mudahan hati dan dri ini mampu terus meniti perjuangan hidup untuk menjadi hambaNya yang diredhai..Ya Allah terimalah aku sebagai hambaMu..ampunkan dosa-dosa ku..brkati hidupku..limpahkan aku kasih sayngMu agar aku tidak lagi mengharap selain hanya pada Mu.

     
  23. abdul rahman ali

    6 April 2010 at 8:25 pm

    salam ustaz,

    pemikiran yang payah nak diubah adalah mengharapkan sesuatu yang magic berlaku untuk Islam dan agama diterima….

    kenapa kita masih melihat kesalahan dan kejahatan dari sudut kelemahan individu itu saja…bukankah itu adalah sifat yang terpendam mereka. soalnya, macamana nak kenalpasti sifat2 positif yang lebih banyak terpendam yang tidak kita sibuk nak tonjolkan !!!

    kita kurang minat nak xplore potensi diri kita secara yang disusun oleh agama..masih terikat dengan macam2 teori barat yang tidak bertunjangkan kpd agama..

    haraf rakan2 jadikan tulisan ini sebagai renungan bersama….maf banyak2

     
  24. zaliha

    6 April 2010 at 8:47 pm

    alhamdulillah..
    setiap kali berkunjung ke blog ustaz, InsyaAllah mesti dapat sesuatu, tak banyak pun sikit..
    syukran..

     
  25. betik_muda

    7 April 2010 at 4:25 am

    malas itu satu dosa!!!peringatan utk diri bila di serang virus malas..saya suka kisah saidina Ali..syukran ustaz

     
  26. umat

    7 April 2010 at 7:21 am

    Salam Ustaz.
    Tak silap saye kisah pedang Saidina Ali r.a dan peminta sedekah ni ade dalam solusi kan. Tak ingat isu berapa. Syukran Jazilan atas perkongsian setiap hikmah dari ustaz. Moga Allah memberkatimu sekeluarga..Barakallahufiik..

     
  27. rohana

    7 April 2010 at 8:19 am

    Terima Kasih Ustaz

     
  28. Ummu Rafiq Raihanah

    7 April 2010 at 2:32 pm

    Salam ustaz,
    Terpaut dgn kata2ustaz,
    “Milkilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya pesediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan minat bukan hanya keringat!

    Saya berimpian ingin menjadi penulis sehebat ustaz @ ustaz hasrizal, novelis terkenal spt faisal tehrani @ fatimah syarha dll…yang menulis dgn jiwa yang hidup, di samping membuka minda saya ttg hakikat kehidupan dunia dan akhirat dapat juga menjadi motivasi untuk lebih mengenali dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Sekarang masih dlm proses memperbanyakkan bacaan, tolong doakan ya ustaz…

     
  29. husnaizzati

    7 April 2010 at 8:29 pm

    salam.ustaz,entri yang bagus dan membina kembali semangat untuk terus kekal di jalan dakwah..di samping dapat memperbaharui niat supaya tak terpesong dengan nikmat dunia yang semakin mencabar..semoga kita dapat sentiasa istiqamah..insyaAllah…syukran ustaz atas entri kali ini..

     
  30. kasih

    8 April 2010 at 8:57 am

    Salam Ustaz,
    2, 3 hr tdak ziarah, sy sudah terlepas entri yg sgt menarik, tp belum terlambat, Alhmdulillah..apa pun kekuatan dalaman sangat perlu untuk menjadi insan yg berkualiti ilmu dan amalnya.. mudah2an diberi kekuatan untuk bermujahadah…Syukran ustaz..

     
  31. Rosmawati Majidi

    8 April 2010 at 2:29 pm

    Salam,

    Gi mana ya mahu jadi follower blog ini?

     
  32. Afiq

    12 April 2010 at 2:15 pm

    Salam ustaz.

    Terima kasih atas peringatan dan nasihat2 ustaz dalam blog ni. Teruskan usaha ustz berdakwah melaluinya.

    Saya sangat tertarik berkenaan malas itu satu dosa. Boleh ustaz jelaskan lebih lanjut.

     
  33. gentarasa

    13 April 2010 at 1:08 pm

    Salam Afiq,
    Malas itu satu yang buruk. Malas dalam kerja menunjukkan kita tidak amanah kepada orang yang memberikan kita kerja. Malas dengan tugas diri, kita tidak amanah dengan diri sendiri. Dan jika demikian… kita tidak amanah dengan Allah. Kerana hidup dan bekerja dalam kehidupan itu hakikatnya ibadah kepada Allah. malas itu satu dosa… cara bertaubatnya, bekerja!

     
  34. ulya rumaisa'

    20 April 2010 at 4:31 am

    salam ust..
    jzkk for the sharing~memberi kekuatan untuk jiwa yang sedang mencari..:)
    ust,buku *di mana DIA di hatiku* dah lama published ke?ana try klik,takde sinopsis..

     
  35. shila

    20 Jun 2010 at 2:44 pm

    entry yg sgt menuntut untuk kita merenung..manusia selalu menghalalkan cara dengan menggunakan 1001 alasan demi kepentingan diri.

     
  36. annourr

    12 September 2010 at 8:11 pm

    أسلام عليكم
    ustaz,ana bila rasa malas sangat..ana akan motivate diri ana ” buatlah tiap2 pkra dengan penuh keimanan..sebagai simbol orang yg mngaku dirinya beriman..kerana seremeh2 perkara itu adalah 1 tanggungjawab

     
  37. Sue Enie

    14 Oktober 2010 at 5:02 pm

    Assalammualaikum…dgn nama Allah atas dasar ingin berkongsi ilmu dgn rakan-rakan islam yang lain maka izinkan saya mangambil artikal ini…harap dihalalkan

     
  38. hikaru

    8 Februari 2011 at 6:25 am

    salam ustaz..
    sy mohon share dkt blog sy ye..jzkk

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,190 other followers

%d bloggers like this: