RSS

JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH

13 Apr

Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam

 
46 Komen

Posted by di 13 April 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

46 responses to “JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH

  1. PakarHowTo

    13 April 2010 at 1:23 pm

    Subhanallah. Bagus sekali tulisan ini. Saya akan jadikannya peringatan terutama apabila ditimpa ujian dan mehnah kehidupan. Izinkan saya ‘print out’ dan tampal di meja saya. Terima kasih ustaz.

     
  2. Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib

    13 April 2010 at 1:46 pm

    ya Allah.. terasa benar dengan penulisan ini. betapa kasih sayang Allah itu jauh melampaui fikiran kita. Maha Suci Allah dengan segala Kesempurnaan..
    wassalam..

     
  3. imtiyaz

    13 April 2010 at 1:53 pm

    Assalamualaikum wbt..

    Inna Ma’al ‘Usri Yusra..

     
  4. Khairul

    13 April 2010 at 2:05 pm

    Salam

    Senyum dalam musibah? Belum mampu lagi. Kurang ilmu dan lemahnya iman. Perlu bimbingan dan rahmat Allah untuk melakukannya. Nak sabar dengan musibah punnn perit. Allah, bantulah diri ini mengenali Mu..

     
  5. ibnu hisyam

    13 April 2010 at 2:15 pm

    Salam Ustaz,

    JazakAllah…suatu perkongsian yang baik sekali…dan sekali lagi related …..

     
  6. kembara

    13 April 2010 at 2:43 pm

    salam, ust..jazakallah di ats pringatan..

    Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Amat menghairankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan seperti itu tidak ada untuk orang lain kecuali hanya untuk mu’min itu, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka keadaan itu adlah kebaikan baginya, sdg apbl ia ditimpa kesukaran, iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan bgnya.”
    (Riwayat Muslim)

    insyaAllah, kita akan berusaha..

     
  7. Teja

    13 April 2010 at 3:57 pm

    Salam..

    “penyucian rohani’ di waktu petang. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..Bersangka baik dengan Pencipta..Moga terdidik hatiku,dia dan kita semua..InsyaAllah

     
  8. Hafizuddin

    13 April 2010 at 5:28 pm

    salam ustaz…
    syukran atas peringatan…
    bersabarlah atas segala musibah yang menimpa..
    disebalik musibah itu pasti ada hikmahnya…

     
  9. cik dyana bahri

    13 April 2010 at 7:33 pm

    Salam,
    Sangat baik tulisan ustaz,
    Rasanya masih tersenyum di kala mehnah datang dari Allah,
    saya masih belum mampu. Sudah kerap kali dibaca, diperingatkan kpd diri sendiri, namun terkadang masih lupa dan terlalu ikutkan nafsu utk memberontak.

    InsyaAllah, tulisan ini akan dijadikan perangsang utk musibah yang mendatang.
    ‘Kenang-kenangkanlah bujukan Allah’.

     
  10. شاخ

    13 April 2010 at 7:47 pm

    Salam. Ustaz Pahrol..
    Syukran Jiddan.. Tulis motivasi menaikkan semangat Ana dan buat Ana senyum.. (^_^)

     
  11. Nurr Iman

    13 April 2010 at 9:50 pm

    “Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.”

    Syukran ustaz..
    Alhamdulillah, mohon dari Nya agar terus diberikan hati yg sabar dan redha..
    Musibah itu ujian.
    Nikmat juga merupakan ujian dari Nya namun andai titisan iman bertaut di hati, UJIAN YG PAHIT MENJADI NIKMAT.
    mohon copy ye ustaz:)

    Jazakallah

     
  12. delima

    13 April 2010 at 10:30 pm

    salam ustaz….

    satu perkongsian yang begitu mendalam maksudnya…
    terina kasih…

     
  13. bmuraqabah

    13 April 2010 at 10:41 pm

    Sememangnya ujian itu datang untuk mengembalikan kita kepada fitrah…terkadang aku berfikir….banyaknya dan besarnya dosa diri…diuji sebegini…bukankah ujian itu penghapus dosa…ketukan ingatan hati kembalikan aku pada kalimah sabar…redha…yakini DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita….akan hadir redha menghiasi hati…Mengadu dan merintih hanya padaNYA….Jazakallah ustaz atas ingatan dari hati….sampai ke hati…insyaALLAH..

     
  14. iman

    14 April 2010 at 8:57 am

    Assalamualaikum wbt..

    dulu, bila saya ditimpa musibah (time kecik2 dulu) merengek2 sampai hentak kaki..

    kini, dah dewasa saya cuba didik diri saya untuk ucap “alhamdulillah dan tq kat Allah” atas semua ujian yg menimpa, terkena minyak panas ke, terhantuk ke dll. sampai satu tahap ia jd habit dan terpacul dari mulut ini secara spontan…

    tapi untuk menangani masalah kehidupan yg besar… saya akan ingat tagline yg ustaz ajar dalam majalah solusi ” hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu”

    walaupun kadang2 saya “tersungkur”, insyaAllah saya akan bangkit kembali. bila rasa “jauh”, saya akan baca al Quran+ terjemahan, dengar IKIM dan surf blog yg membina mcm blog ustaz…(Alhamdulillah berjaya)..walaupun kemudiannya tersungkur kembali, bangkit lagi dan lagi, lagi dan lagi..

    Allahuakbar….terima kasih Allah atas ujian yg diberi. samada berupa nikmat atau musibah semoga ujian tersebut boleh menyebabkan aku menjadi hambaMu yg semakin bersyukur bukan hambaMu yg bertambah kufur….

     
  15. kasih

    14 April 2010 at 9:09 am

    Salam untuk semua…
    Entri yang pandek namun padat.. Jazakillah ya Ustaz, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani..

     
  16. Nazeri

    14 April 2010 at 9:30 am

    Assalammualaikum ustaz…
    alhamdulillah syukur dgn penulisan ustaz…”membuka minda” kita bersama
    syukran atas peringatan bersama….
    mohon izin print out utk ditampal pada meja…terima kasih ustaz!

     
  17. Nabilah

    14 April 2010 at 11:14 am

    Assalamualaikum ust,

    Tenang sgt apabila membaca setiap ruangan dlm blog ini.
    Byk mendidik diri ini mnjadi hamba yg dekat kpd yg Maha Esa..
    Alhamdulillah..syukran ust

     
  18. mia...

    14 April 2010 at 11:20 am

    terima kasih ustaz ats peringatan….

    kdg2 diri ini xkuat ustaz…
    doakan sy agar sentisa tergolong dlm golongan yang tersenyum apabila dilanda musibah…

     
  19. Ana Dina

    14 April 2010 at 11:41 am

    Salam ustaz,

    Sesungguhnya memang ujian itu satu mehnah untuk kita hambanya..belajar dari ujian itu memang pahit..apatahlagi jika bukan itu kehendak kita.Tapi kita sebagai hambanya perlu belajar redha dan sabar kerana hikmah yang tersembunyi itu adalah hadiah buat kita andai kita berpegang pada redha & sabar..Sesudah kesukaran,pasti ada kemudahan..itulah janjiNya.Maka sabarlah menunggu jalan keluar dan serahkan lah padaNya segala urusan..

     
  20. Ayu

    14 April 2010 at 12:53 pm

    Terima kasih ustaz.

     
  21. nani

    14 April 2010 at 6:34 pm

    Salam…

    sebagai isteri dah 30tahun,suami tak pernah sekalipun mengimamkan kami anak-anak.dah masuk usia senja masih liat ke masjid..ni musibah pada kami sbg isteri dan anak yang dahaga melihat suami rajin ke masjid.kami memimpin dia bukan dia memimpin kami..kami sayangkan dia,tapi dia marah jika ditegur bab berjemaah..bila cakap baik2 dia berjanji nak ke masjid,tp janji tinggal janji..apa hikmahnya?dapat dosa marahkan dia saja..bila sabar..saya yang makan hati..hanya muhasabah hati sendiri buat saya sabar dgnnya…

     
  22. umat

    14 April 2010 at 7:04 pm

    salam..
    mohon copy ke dalam facebook saya ya ustaz… jazakallah

     
  23. hafiz rantisi

    14 April 2010 at 8:35 pm

    syukur buat Ya Rabb….
    salam ukhwah dari hamba ke hamba…….
    didiklah diri utk sabar adanya apabila ditimpa musibah…kerana,setiap kejadian itu punya alasan…Allah maha mengetahui akn tiap-tiap sesuatu…
    terima kasih atas perkongsian ilmu……

     
  24. Haslindah

    15 April 2010 at 1:17 am

    ibu adalah segala dalam rumahtangga..suami seolah menurunkan semua tanggugjawab didik anak pada kita..berat rasanya..namun membaca artikel ustaz…aku masih mampu untuk memikul tangjawab itu../doakan saya ustaz..saya trhibur setiap kali membaca tulisan ustaz..meskipun dugaan datang silih berganti…

     
  25. rosma

    15 April 2010 at 9:43 am

    Salam ustaz…
    Terima kasih atas perkongsian ilmu yg diberi..Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan yg diberi..Saya pernah dengar ceramah yg mengatakan..hidup ini merupakan perpindahan dari satu masalah ke suatu masalah yg lain..dan org yg tidak mempunyai masalah itulah sebenarnya yg sangat bermasaalah..jadi hadapilah hidup ini dengan sabar..kerana tiada takdir Allah itu yg tidak baik untuk hambaNYA…

     
  26. kautharherbs

    15 April 2010 at 10:55 am

    “produk Halal, Kesihatan Terjamin, Bonus Lumayan”. Layari http://www.kautharherbs.wordpress.com

     
  27. ihez

    15 April 2010 at 2:07 pm

    alhamdulillah..tenang hati saya..

     
  28. anis

    18 April 2010 at 6:35 am

    sabar kak nani…saya pun kadang2 lemah dengan ujian yang datang brtimpa2…kadang2 saya duduk mencari apa hikmahnya….tapi tak jumpa…..

     
  29. ingenieur

    22 April 2010 at 1:54 am

    Syukran!

     
  30. Shah Aznie

    23 April 2010 at 11:42 pm

    salam ustaz…
    Syukran atas perkongsian ustaz. artikel ini sangat membantu saya untuk memotivasikan diri menjadi lebih kuat & tabah menghadapi dugaan Allah. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. dan Allah itu tidak akan menzalimi hambaNya. Semoga musibah yang Allah susunkan untuk ita, menjadikan diri kita sebagai hambaNya yang lebih baik. Kuatkan diri dan redhalah dengan qadha dan qadarnya. Moga kepayahan kita menempuhi dugaan2 ini memudahkan perjalanan kita ke syurga. Ameen.. syukran…

     
  31. Zainon

    24 April 2010 at 6:11 pm

    Peringatan yg cukup melegakan. Sebelum ni kalau ditimpa musibah atau ujian terutama yg berkaitan dgn suami emosi sering memberontak. Tapi bilaa mengetahui bahawa ujian yg diberi petanda bahawa sygnya Allah pd hambanya barulah dapat muhasabah diri dan tenang. InsyaAllah. Doakan saya agar sentiasa terpelihara dgn sifat ketenangan.

     
  32. sarah

    28 April 2010 at 7:35 pm

    salam ustaz,
    best sgt entry ni.bru 1st time msuk blog ni ari ni..insyaAllah saya akn trus baca entry2 seterusnye. saya mmg tgh sedih sgt dan ble baca sntry ni saya rasa macam Allah yang bagi jawapan kat saya.Alhamdulillah..lega sangat..rasa b’semangat semula..

     
  33. rose

    29 April 2010 at 12:41 pm

    salam.
    terima kasih ustaz..tulisan2 ustaz banyak memberi manfaat dan pengajaran buat saya..syukur alhamdulillah saya bertemu keyakinan menerusi pembacaan di sini..rasa terpujuk hati saya dengan pesanan dan penyampaian ustaz..penghayatan seakan-akan ustaz berdiri didepan saya dan menasihati..terima kasih ustaz..semoga Allah merahmati Ustaz dan keluarga dunia akhirat..aminn..

     
  34. nurul

    6 Mei 2010 at 3:12 pm

    salam ustaz,

    apabila sy ditimpa musibah hati kecil sy selalu berkata kenapa allah memberi dugaan yg amat berat utk sy tanggung…sy redha dan brtawakkal kpdNya…tp knpa kadang2 hati sy berbisik kenapa perjalanan hidup sy ini tdk seperti org lain yg selalunya bahagia…harap ustaz dpt membantu…

     
  35. wanzafalis

    13 Mei 2010 at 5:55 am

    Ustaz, mohon izin untuk masukkan artikel ini ke blog saya…moga Allah berkati usaha ustaz. Terma kasih

     
  36. ummah_misi

    13 Mei 2010 at 3:55 pm

    salam,
    masalah kita umat islam adalah kerana kita tak mengenal ALLAH.jika kita mengetahui betapa kasihnya Allah pada kita,baru kita akan sentiasa taat padaNya.cinta,rindu hanya padaNya.cinta membuatkan kita bersemangat.cinta ALLAH memang tak terbatas.kita boleh sentiasa mengadu padaNya bila2 masa,dimana2 sahaja.tanpa perlu mengadu pada manusia.Dia akan tunjukkan jalan.modalnya cuma keyakinan dan ketaatan.manfaatnya,kita dapat kebaikan didunia dan yg paling manis,balasan yg baik diakhirat.wallahualam.ustaz,terima kasih;-)

     
  37. Kembara Iman

    18 Mei 2010 at 8:36 pm

    Assalamualaikum?
    Mohon dizinkan ana copy atikel ini buat perkongsian pada sahabat2 ana.

     
  38. ummu

    20 Mei 2010 at 3:27 pm

    salam ustaz,Subhanallah, tulisan ustaz menyntuh rasa…
    izinkan saya salin di teratak saya ya.

     
  39. Mastura

    26 Mei 2010 at 3:51 pm

    Salam…Ustaz,
    Membaca tulisan ustaz ini membuat hati saya tenang dan sangat bersemangat untuk meneruskan kehidupan apatah lagi diri ini memang sedang diuji dengan musibah yang sangat berat…saya bersyukur kerana dipertemukan oleh Allah s.w.t dgn penulisan ini…izinkan saya copy untuk panduan hidup…sesungguhnya memang saya akui janji Allah itu benar…Ujian dan musibah membuktikan betapa Allah sangat mengasihi hambanya…sebagai manusia yang terbatas kemampuan akalnya untuk berfikir rahsia Allah tentang segala hikmah disebalik setiap musibah itu, saya dapat merasakan dengan ujian yang Allah beri pada saya membuatkan saya lebih menginsafi diri dan cenderung untuk lebih mengenal kekuasaan Allah kerana diri ini memang jahil dan banyak kelemahan dan kelalaian.walau terkadang hati terasa amat berat menerima hakikat dugaan yang diterima,namun apabila mengingati Allah terasa tenang memikirkan hikmah yang diterima… Syukur ke hadrat ilahi kerana dipilih sebagai seorang hamba yang diberi ‘hadiah’ paling bermakna melalui musibah ini….kepada sesiapa yang sedang berhadapan dengan ujian dan musibah…Yakin lah pada janji Allah bahawa sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kelapangan,sesudah kesulitan ada keringanan (kelapangan)

     
  40. Anak Gadis

    20 Jun 2011 at 12:22 pm

    terima kasih.tersedar saya dari lamunan.terlalu saya takut pada musibah yang melanda diri hingga terlupa hikmah yang Allah dah janjikan. Ya Allah, jgn lah Engkau cabut manisnya hikmah yang telah Engkau janjikan padaku.

    Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

     
  41. Ummat Nabi SAW

    4 Ogos 2011 at 1:42 pm

    Assalammualaikum wbkt Ustaz,

    Mohon di copy, paste dan print.

    Jazzakumullah khairan katsira.

     
  42. Raihanah

    18 Julai 2012 at 10:14 am

    minta di kongsi …

     
  43. Mohd Buhari Mohamed Shaari

    31 Julai 2012 at 11:21 am

    Salam ustaz terima kasih atas pengkongsian ini…saya harap dikuatkan iman oleh Allah untuk mengharungi musibah ini…

     
  44. zaridah

    18 Oktober 2014 at 5:20 pm

    Salam.sy skrg sedang diuji.sy cuba utk redha.Syukur sy skrg cuba mbaca artikel drp ustaz dan sedang cuba utk mpraktikkanya.Doakan saya berjaya utk memupuk iman dlm diri supaya bsabar dgn ujian yg perit ini.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,243 other followers

%d bloggers like this: