RSS

SAAT BERPISAH

03 Mei

Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.

Semuanya masih misteri. Hanya tinggal Al Quran dan Al Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian… Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!

Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.  Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.

Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!

Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.

Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.

Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.

Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!

Pada kita, cuma pasrah…

PASRAHTuhan,
Pada Mu aku pasrah
akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar

Tuhan,
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
di hujung umur kupasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi

Tuhan,
Langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu

Tuhan,
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-Mu
seiring patahnya mujahadah

Tuhan,
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir

Tuhan,
Aku masih setia
mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan Ilahi!

 
62 Komen

Posted by di 3 Mei 2010 in Tarbiyah, Uncategorized

 

Label: , , , ,

62 responses to “SAAT BERPISAH

  1. Aleng

    3 Mei 2010 at 12:32 pm

    Terima Kasih Ustaz atas nukilan yang bermakna ini….

     
  2. شاح

    3 Mei 2010 at 1:14 pm

    Assalamualaikum.. Saat itu pasti.. Sesaat tiada lewat atau sesaat tiada cepat. Setiap yang hidup pasti merasa mati.. Insafi diri.. kerdilnya aku..

     
  3. hannie

    3 Mei 2010 at 1:39 pm

    salam…uataz…..saya suka semua artikel yg ustaz tulis…kali ni mmg saya suka sgt…..banyak menyedarkan saya….hidup mmg terlalu singkat….sentiasa tunggu updated article dr ustaz

     
  4. Nur Muhammad

    3 Mei 2010 at 3:04 pm

    Ya Allah, jadikanlah mati itu sebagai peringatan kerana dengan mengingati mati kita takut berbuat silap, berlumba mengumpul kebajikan.

    Entri yang sangat mengesankan..

     
  5. Teja

    3 Mei 2010 at 3:13 pm

    Salam..

    Terima kasih atas entri ini ya ustaz..Amat terkesan dihati saya. Moga saya redha dgn ‘perpisahan’ sementara menuju syurga abadi..Buat apa pun pasti ingat akan ‘perpisahan’ ini.Dalam perjalanan ketika memandu menuju ketempat kerja pun ingat ‘perpisahan’..Kan Mati itu datang tiba-tiba,kadang-kadang dalam keadaan dan masa yang tidak diduga..

     
  6. mujahadah sokmo

    3 Mei 2010 at 4:50 pm

    Assalamualaikum Ustz Pahrol..

    Artikel ini menyebabkan sy kluar air mata n timbul keinsafan dalam diri..tp insaf tu sekejap jer datang lepas tu pergi kerana tipuan duniawi..terima kasih ustz..

    Ustaz..sy seorg guru agama..sy rasa rendah diri sbb sy xreti nk respon org ckp..kwn2 kalangan guru xbrapa nk endah dgn sy..ada kalangan guru kata sy x tegas dgn pelajar..sy serba salah..sy xtau ape sbnrnya manusia nk drp sy….sy manusia biasa xmampu nk penuhi khendak mereka..sy masih dlm proses belajar..mereka mengharapkn sy ni pandai cepat n pandai bertindak..

    apa perlu sy buat menghadapi karenah manusia..?sy ambil peduli dgn kata2 manusia n sgala komen2,umpatan n kejian manusia sehingga sy rasa hati ni x tenang n tertekan..maaf ustaz…sy xmatang sbb bercerita ttg masalah diri..
    apa pdpt ustaz?syukran ya ustaz.

     
  7. lynx

    3 Mei 2010 at 5:27 pm

    Salam ustaz..
    Sy mula mengikuti blog ustaz lebih kurang minggu lepas. Byk yang sy pelajari dari blog ustaz ini. Terima kasih. Saya juga ada mengambil beberapa artikel ustaz dan saya bukukan untuk bacaan personal saya. Maaf kerana tidak meminta izin ustaz terlebih dahulu. Saya harap ustaz sudi berkongsi artikel2 yang lainnya lagi. Salam.

     
  8. dr_taqwa

    3 Mei 2010 at 5:56 pm

    salam us, saya nak tuliskan isi2 yang betul2 membuat saya tersentak.

    1. kalau sanggup datang, mesti sanggup pulang.

    2. mana ada dalam kesenangan yang kekal dalam dunia ni. pasti kesenangan itu pergi, walaupun tidak melalui pintu kematian.

    3. azab dunia hilang dengan nikmat akhirat, nikmat dunia hilang dengan azab akhirat.

    4. tujuan kita ke sini, cuma untuk di uji.. jadilah seperti orang asing, yang masih rindukan kampung halamannya..

    5. carilah, di mana kebijaksanaan anda, sebagai cara optimum untuk berbakti..

    6. sederhana itu pada jiwa dan rasa, bukan pada harta.

    yang paling …………………. sekali,

    “Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH”

    terima kasih ustaz :)

     
  9. wan hasni syakila

    3 Mei 2010 at 6:25 pm

    salam ustaz..

    kata2 ustaz banyak memberi kesedaran pada saya….begitu juga bila baca majalah SOLUSI..
    teringt kembali semasa pemergian ayah pada 1 RAMADAHAN yang lalu…macam tak percaya je arwah dah pergi..
    yang pasti semua akan merasai mati…hanya allah yang menentukan…
    al-fatihah buat arwah…

    p/s:salingan soalan..tak berkaitn dengan n3 ni pun..

    ustaz,kalau simpanan tetap,kadar zakat yang dikenakan macam mana ye?harap ustaz perjelaskan…

    syukran..
    wassalam…

     
  10. ukhtiza

    3 Mei 2010 at 7:43 pm

    Kata penyair,

    Berbekallah di dunia untuk hidupmu nanti
    Beribadah kepada Allah dengan hati yang suci
    Jangan tamak mangumpulkan dunia
    Kerana dunia didapat kemudian sirna
    Apa yang anda rasakan jika nanti
    Semua mambawa bekal sedang anda menggigit jari…

    syukran ustaz…ketukan buat diri yang selalu lupa…

     
  11. Rafi Yusop

    3 Mei 2010 at 9:20 pm

    Salam…

    Ini kali pertama saya memberi komen walaupun selalu menatap nukilan tuan.. saya begitu tersentuh mengenai perbicaraan kematian..harapan saya agar tuan terus menulis dan menyampaikan sesuatu yang tidak ternilai harganya…

     
  12. Mariam Wahen

    3 Mei 2010 at 9:59 pm

    Syukran ya Ustaz. Semoga kami semua tidak terputus dari Rahmat dan Hidayah Allah…Amin.

    Sungguh benarlah kata bijak pandai “Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.” :(

     
  13. adawiyah

    3 Mei 2010 at 11:43 pm

    salam ustaz..
    entri ustaz kali in sangat menyentuh jiwa saya…kerana secara kebetulan hari ini..3 mei 2010..abang sahabat saya telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya..perginya beliau dalam usia 26 thun…dan kehilangannya amat mengejutkan kami semua..sungguh ujian Allah ini sangat tidak terduga….semoga tersembunyi seribu hikmah buat keluarga allahyarham terutama sekali buat isteri allahyarham..semoga tabah menghadapi ujian Allah ini…………..

     
  14. rumaisha

    4 Mei 2010 at 5:47 am

    benar tulisan ini Ustaz..

    Aku menanti untuk pulang ke kampung halaman abadi~~

     
  15. gentarasa

    4 Mei 2010 at 6:54 am

    Salam adawiyah,
    Innalillah wa innailaihi rajiun… Al fatehah. Kita belum nampak apa hikmahnya, tetapi pasti ada. Semoga keluarga, terutama isterinya menerima dengan tabah ujian ini. Allah bersama dengan orang yang sabar. Ya Allah berilah hati yang kukuh dan teguh buatnya menghadapi ujian dari MU. Amin.

     
  16. umatnabi

    4 Mei 2010 at 7:09 am

    Salam..
    Jazakallah ustaz.. Mohon copy untuk share ngn sahabat2..

     
  17. gentarasa

    4 Mei 2010 at 7:16 am

    Slam mujahadah,
    Begitulah kita kalau sedang bermujahadah. Taat belum manis, maksiat tersa kesal. Kita dihimpit oleh dua rasa yang tidak selesa itu. Ustaz jadi ustaz sahaja. Itulah nasihat kecil dari saya. Maksudnya, jadilah dirimu sendiri… Tetapi kata-kata orang ambil untuk baiki diri, bukan untuk rasa hina diri. Namun belajar terus belajar… Membaca buku-buku tentang interpersonal skil – bercakap, mendengar, mengawal emosi, mengurus marah, menangani stress dan sebagainya. Cubalah, insya-Allah!

     
  18. nurkasih

    4 Mei 2010 at 8:41 am

    Salam Ustaz.Jazakallahukhoiron kathiraa.. artikel yg sangat menyentuh. Bergetar hati kala menghayatinya..
    Meminjam kata-kata seorng sahabat ” semoga kita tak mati sebelum mati..”

     
  19. armadrafar

    4 Mei 2010 at 8:43 am

    salam….
    beri inspirasi….

     
  20. Musafir25

    4 Mei 2010 at 9:30 am

    Allahuakbar…Astaghfirullahalazim…

    Ya Allah…Tuhan yang menguasai hari pembalasan,
    Sesungguhnya mati itu pasti,
    tetapi aku masih meragui,
    Adakah aku sudah bersedia untuk bersendiri,
    di ruang gelap yang sungguh sunyi,
    Tiada siapa yang akan menemani,
    cuma amalan yang tinggal kini,
    Tapi amalanku tidaklah sehebat nabi,
    Kerana itu hanya redha-MU yang aku cari,
    Moga aku bersama hamba-MU yang KAU kasihi dan cintai…
    Di kampung halaman yang kekal ABADI…

    Terima Kasih Banyak Ustaz atas PERINGATAN yang diberikan buat INSAN yang LEMAH ini….

     
  21. sLave_oF_Almighty

    4 Mei 2010 at 10:22 am

    ~Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya.

    Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.~

    Salam..

    Perenggan di ats, cukup buat diri ni tersentuh.. Jzkk ya ustaz.. Moga kita bpisah nnt, akn ketemu kmbali di syurgaNya.. inshaAllah

     
  22. Khairul

    4 Mei 2010 at 12:08 pm

    Salam Tuan,
    Artikel yang menarik dan menginsafkan. Saya juga masih berharap tuan dapat masukkan ke blog ini tulisan-tulisan tuan tentang kematian yang diterbitkan dalam ‘solusi isu 8′.

     
  23. JambuManis

    4 Mei 2010 at 1:09 pm

    Salam, ustaz.

    Entri ustaz memberi kesedaran kepada saya. Sesungguhnya ini kali pertama saya mengikuti tulisan ustaz di halaman ini. Saya pasti akan menjadi pembaca setia artikel ustaz selepas ini. Sungguh terkesan dihati saya.

     
  24. mujahadah sokmo

    4 Mei 2010 at 2:18 pm

    jazakallah khairal jaza’ ya ustaz…sy cuba perbaiki diri…doakan sy supaya tabah hati menghadapi ujian hidup =)

     
  25. gentarasa

    4 Mei 2010 at 7:06 pm

    Salam Ustaz,
    Maaf ana terlupa dan lepas pandang permintaan ustaz. Maaf sangat-sangat.

     
  26. nursyirah

    5 Mei 2010 at 9:55 am

    Salam…
    nukilan yg sgt berharga!..
    dpt menaikkan balik semangat yg dah slow ni…
    makasih ustaz…
    harap benarkan sue copy nukilan ni utk masukkan dlm blogs kesayangan sue…

     
  27. kemboja

    5 Mei 2010 at 10:32 am

    manusia adakala lupa bila taksub cinta manusia sehingga sanggup berkata biarla Allah cabut nyawaku sebelum melihat kekasih yg kucintai jd milik org lain..mengapa manusia selalu lupa? Walhal kita semua pasti menuju kehidupan hakiki tanpa fikir soal cinta manusia,dunia sementara..Yang pasti kita ke alam sana menuju cinta Ilahi..Wahai hati janganla ditutup hati ini dengan sinar iman..Hiasi diri ini dengan manis taqwa tawaduk kpd Maha Pencipta CINTA YANG ABADI..Wahai sahabat sama2 kita saling meningati bahawa cinta Ilahi yg membawa kebahagiaan dan takutla andai kita berpisah denganNYa hilang segala Rahmat dan PetunjukNYa…Seakadar renungan bersama..

     
  28. ain

    5 Mei 2010 at 11:23 am

    minta izin pinjam kata2 ustaz….

     
  29. cik dyana bahri

    6 Mei 2010 at 2:29 pm

    Salam ustaz,
    sungguh terkesan di hati.

    syukran.
    semoga kita sentiasa berada di bawah kasih sayang Allah
    tabah dan sabar menghadapi segala kesedihan dan bersyukur di atas nikmat yang diberikanNya.

     
  30. cik dyana bahri

    6 Mei 2010 at 2:36 pm

    Ustaz, minta izin copy n paste di facebook.
    utk kesedaran bersama rakan-rakan.
    insyaAllah, utk keinsafan dan renungan

    terima kasih sekali lagi.

     
  31. muhammad munzir

    6 Mei 2010 at 6:31 pm

    ustaz, izin kan copy artikel ustaz ini untuk di edarkan sbg risalah..

     
  32. gentarasa

    6 Mei 2010 at 10:49 pm

    Salam,
    silakan…

     
  33. ummah_misi

    7 Mei 2010 at 7:28 am

    salam,ustaz.
    dah lama saya mencari makna kehidupan.betul.hidup sebenarnya bukan di dunia.dunia hanyalah tempat diuji.akhirat yg kekal.sentiasa mengingati mati adalah ciri2 insan yang bijak.semoga kita mendapat cinta ALLAH dan kita mati dalam husnul khatimah.amiinn.

     
  34. ummul syuhada'

    7 Mei 2010 at 10:15 am

    salam ustaz,, masya-Allah. syukran ustaz krn mmasuki nukilan ini. sgt membekas di hati. jazakallah khair.

     
  35. nani

    7 Mei 2010 at 12:09 pm

    salam?kenapalah tak sempat baca.padahal inilah hadiah kala usia genap..pada tarikh ustaz berkarya rasanya inilah hadiah yang bakal saya kongsikan sebagai bacaan untuk santapan naluri kawan2.minta izin yer ustaz..terimakasih kerana inilah hadiah mata yang rindukan bacaan yang sangat indah dan bertuah kala menatapnya..terimaksaih..semoga ustaz sihat dan dipanjangkan umur..

     
  36. Zakaria

    7 Mei 2010 at 4:33 pm

    assalamualeykum waromatullah ustaz,

    Terkesan dengan post ustaz di atas. Moga saya salah satu diantaranya. Amin Allahumma Amin.

    Mohon belas disalin tampal untuk rujukan saya, juga artikel yg lepas.

     
  37. annirah

    8 Mei 2010 at 3:46 pm

    Assalamualaikum…

    Indah rasanya kalau setiap pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini, dikaitkan dengan kehidupan di alam kematian. Segala tindak tanduk dapat merasakan kehadiran CCTV yang Maha Esa.

    Tapi sayang, tak semua hamba-hambanya dikurniakan dengan perasaan tersebut. Mungkin pemahaman terhadap hari kematian itu wujud, tapi kesedaran dan kebijaksanaan untuk menghadapinya masih kurang.

    Semoga kita sama-sama berusaha mentarbiyahkan diri untuk
    membawa bekalan yang terbaik untuk permulaan kehidupan yang hakiki.

    Jazakumullah khoiron katheera ustaz.

     
  38. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:40 pm

    Salam nani,
    Saya yang bertuah kerana nani sudi membacanya. Semuga Allah izinkan kita mengamalkannya.

     
  39. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:56 pm

    Salam Zakaria,
    Silakan. Semoga jadi amal jaruah kita. Amin.

     
  40. rosma

    11 Mei 2010 at 9:51 am

    Salam ustaz..
    Terima kasih atas entry yg sentiasa menyentuh hati..semoga sentiasa diberi kekuatan utk terus menulis dan berdakwah kejalanNYA..doakan saya ustaz..semoga Allah sentiasa memimpin hati ini ke jalan yg di redhaiNYA..Amiin..

     
  41. kasturi

    12 Mei 2010 at 7:49 am

    terima kasih ustaz…saya sangat-sangat terkesan dengan entry ni. ustaz ni saya anggap seperti guru saya, minta izin ustaz nak copy entry ni.

     
  42. merpati putih Z

    17 Mei 2010 at 2:16 pm

    sunyi jalan menuju ALLAH ,menggamit hati mencari teman,indah jalan menuju ALLAH,jika teman seperti khadijah…masih ada lagi…MASIHKAH ADA LAGI??.andai ku dapat mencari teman seperti siti khadijah buatmu..andai adakah aku boleh menjadi tamsilan khadijah buatmu…pasti kukorbankan segalanya agar matlamat terakhir kita menuju syurga abadi…kerna kita bertemu kerana ALLAH..CINTAKU KERANA ALLAH,dan telah ku temui SYURGA DI HATI

     
  43. Nurr Iman

    17 Mei 2010 at 9:46 pm

    peringatan bwt diri ana yg sering jatuh dan bangun kembali dlm mujahadah diri..
    suykran ustaz..
    “……setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (Surah Ali Imran)

     
  44. aida noordina

    18 Mei 2010 at 7:44 am

    minta izin share entry ini dgn teman2 ya ustaz..

     
  45. Najihah

    21 Mei 2010 at 9:25 am

    salam. minta izin link n kongsi entri2 ustaz dgn kwn2.

     
  46. RIDHWAN BIN ABDULLAH

    23 Mei 2010 at 10:56 pm

    ‘KEmatiAN bukan rekaan tapi ketetapan, Bukan juga mainan tetapi berkait dengan keimanan, Bukan juga gurauan tetapi menagih kesedaran….jika tidak ia hanya sekadar perkataan biasa bagi manusia yang biasa-biasa.

     
  47. zahra

    24 Mei 2010 at 6:48 pm

    salam ustaz…jazakallah khairan kathira atas perkongsian..
    ustaz..nak minta izin copy artikel utk email dan edaran utk peringatan keluarga dan kawan2…boleh ke?…jazakallah:)

     
  48. RIDHWAN BIN ABDULLAH

    25 Mei 2010 at 12:51 pm

    Asalamualaikum,
    Pertama kali membaca buku dan majalah Ustaz, saya telah berkali-kali menelaah untuk dijadikan santapan diri, keluarga , jemaah[setiap kuliah/ceramah] . Alhamdulillah metodologi yg ku cari selama ini sudai ku temui untuk ku hambur kepada mereka yg sudi walaupun mengerti diri ini terlalu naif disisi manusia apatah lagi disisi Tuhan Pencipta…Taman Sri Damak,Jerantut

     
  49. wan

    30 Mei 2010 at 10:35 am

    aslmkm..sy nak minta izin utuk print smua artikel ust..sb sy suka membaca artikel2 berbentuk kerohanian n pengisian jiwa…semalam sy ad print satu..boleh??

     
  50. gentarasa

    31 Mei 2010 at 3:07 pm

    Salam wan,
    Silakan.

     
  51. wan

    1 Jun 2010 at 9:38 am

    SALAM..SYUKRAN..I’ALLAH SY AKN GUNAKAN UTK BT RISALAH UTK SHBT2

     
  52. hidayah

    8 Jun 2010 at 8:55 pm

    salam ustaz. btemu page ustaz..mmg 1 anugerah dari Dia..trima kasih! sgt suke dgn ayat2 ustaz..pohon copy utk post sy di fb buat sharing dgn teman2 ya. =) syukran.

     
  53. nik

    10 Jun 2010 at 7:39 am

    salam, boleh tak ustaz kupas isu riak…
    saya menyukai semua entry ustaz…ia tlh menjadi makanan hati saya.
    sekian.

     
  54. Nurul

    10 Jun 2010 at 12:20 pm

    Salam…

    Ustaz..bru smlm sy menemui blog ni..byk yg menyedarkan sy.slme 8 bulan keadaan sy xstabil (t’menung,xb’ckp,m’nangis)..ble m’baca artikel2 ustaz sedikit sbyk sy sedar..terima kasih ustaz..sy juga mohon untuk copy & paste kate2 ustaz buat kekwn semua…

     
  55. gentarasa

    14 Jun 2010 at 9:43 pm

    Salam,
    Benar… jika wanita itu meninggalkan solat, tidak menutup aurat, bergaul bebas. Wallahua’lam.

     
  56. Musafir Dunia

    29 Jun 2010 at 8:00 pm

    Assalamua’laikum ustz, penuh manfaat, alhamdulillah….

     
  57. Hafriz

    14 Julai 2010 at 12:43 am

    Syurga…insyaAllah…

     
  58. Norhayati

    15 Julai 2010 at 4:42 pm

    Salam ustaz, begitu terkesan dgn entry ustaz..smoga jiwa ini mampu terdidik.. izin share entry ustaz dgn sahabat2..tq

     
  59. muslim

    25 Jun 2011 at 11:09 pm

    Assalamu’alaikum ustadz..sangat bermanfaat sekali, mohon izin share ya ustadz,,Syukron.

     
  60. aishah

    24 Oktober 2012 at 12:47 pm

    Assalamualaikum ustaz..terima kasih atas peringatan yg amat brmkna ini.mohon share penulisan ustaz ini.semoga allah akan memberkati usaha murni ustaz dlm menyedarkan umat islam ini.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,222 other followers

%d bloggers like this: