RSS

DWI WAJAH POLITIK DI DALAM MASJID…

25 Mei

Saya telah diminta pandangan tentang politik di dalam masjid… Isu ini telah menjadi begitu kontroversi kini.

Dan telah berkali-kali juga saya berkata, “saya hanya seorang daei (pendakwah), itupun masih bertatih. Saya bukan pakar siasah.”

Seorang pengunjung blog menasehati saya untuk mendalami politik Islam, insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya.

Namun, semasa saya sedang belajar, saya juga belajar untuk mengutarakan pandangan… justeru pendakwah juga perlu dan wajar menyentuh tentang politik, bukankan Islam itu cara hidup? Dan politik adalah sebahagiaan daripada hidup ini.

Saya berdoa, agar diperbetulkan jika tersalah. Pandangan dalam politik, pastinya menimbulkan pro-kontra yang tidak sudah-sudah. Ya, mudah-mudahan keikhlasan jua yang membuka pintu hati kita agar berpesan-pesan dengan penuh kesabaran dan kebenaran.

Di kesempatan ini, izinkan saya memuatkan kembali tulisan saya dalam buku Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir dalam tajuk DWI WAJAH POLITIK DI DALAM MASJID… Mudah-mudahan jika ada yang benar diterima , dan PASTI ada yang salah, mohon mendapat teguran. Insya-Allah…

AGENDA Islam dalam agenda politik semasa sepatutnya akan lebih membersihkan dunia politik yang selalu disifatkan sebagai ‘a dirty game’. Ini selaras dengan sifat Islam sebagai agama yang suci dan menyucikan. Jika apa yang diperjuangkan oleh parti politik (tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang) benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif. Islam sudah sewajarnya mempunyai membersihkan dunia politik dan ahli politik.

Anehnya, perkara ini tidak berlaku. Malah politik kelihatan menjadi lebih kotor apabila elemen ‘Islam’ dimasukkan dalam persaingan parti-parti politik. Justeru, kini telah timbul satu persoalan apakah politik telah di’Islam’kan atau Islam yang telah dipolitikkan?

Satu isu yang sangat berkait rapat dengan persoalan ini ialah kaitan antara institusi mesjid dengan politik. Ada pihak, beranggapan bahawa institusi mesjid seharusnya bebas dari sebarang kegiatan politik. Menurut mereka, para imam dan khatib tidak sewajarnya menggunakan khutbah dan kuliah agama sebagai platform politik. Agama dan politik mesti dipisahkan. Tanggapan ini ada benarnya jika politik dilihat dalam realiti semasa.

Umum kini melihat politik bukan lagi dari aspek ilmu dan falsafahnya, tetapi lebih diwarnai oleh perilaku parti dan gelagat ahli politik. Kebanyakan kita melihat politik sebagai satu gelanggang perebutan kuasa, penggunaan wang, pertelagahan diantara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat.

Menjelang pemilihan pemimpin dalam sesebuah parti mahupun persaingan antara parti dalam musim pilihanraya, kita akan melihat bagaimana kaedah-kaedah yang tidak bermoral akan digunakan untuk mencapai kemenangan. Kata mengata, cerca mencerca misalnya, sudah menjadi suatu yang lumrah dan hampir diterima sebagai satu budaya politik semasa. Jika inilah wajah politik yang ada, maka wajarlah mesjid diselamatkan dari ‘kekotoran’ itu. Politik yang semacam ini bukan sahaja tidak layak dibawa masuk ke dalam mesjid, malah di luar mesjid pun tidak layak diamalkan!  Manakala ada pihak yang lain pula, beranggapan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Oleh kerana politik adalah satu cabang dari ajaran Islam maka para khatib, imam dan bilal berhak menyentuh isu-isu politik kerana ia memang satu persoalan dalam kehidupan. Bukankah Islam adalah satu cara hidup, hujah mereka. Oleh itu tidak salah jika mesjid dijadikan platform untuk menyentuh soal-soal yang ada kaitannya dengan politik.

Tanggapan ini juga ada benarnya, dengan syarat politik dilihat dari segi erti, falsafah dan peranannya yang sebenar. Istilah politic bermakna, ‘the arts and sciene of government’. Atau ‘siasah’ dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, ‘to lead, to guide, to conduct, to direct’. Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, mesjid bukan sahaja boleh dijadikan tempat berpolitik bahkan mesti dijadikan pusat kegiatan politik.

Dalam konteks ini politik dilihat sebagai satu urusan kepimpinan yang hakikatnya adalah amanah Allah kepada manusia. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Urusan ini sangat penting dalam ajaran Islam justeru kepimpinan (politik) adalah satu alat untuk menegakkan ubudiyah kepada Allah swt. Lantaran itu politik menjadi sesuatu yang bersih kerana ditunjangi oleh akidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi oleh akhlak.

Sejajar dengan ini, Rasulullah dan para sahabatnya telah menjadikan mesjid sebagai tempat perbincangan dan mesyuarat untuk memimpin dan mentadbir manusia. Dari mimbar mesjidnyalah Rasululah saw menjelaskan tanggung-jawab pemimpin, peranan rakyat jelata, prinsip keadilan, susunan masyarakat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan lain-lain urusan kepimpinan.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman ibn Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar ibn Aziz telah membuat ucapan pertama selepas perlantikan mereka sebagai khalifah di mimbar-mimbar mesjid. Ucapan mereka penuh rasa takut dan gentar kepada Allah atas jawatan yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka. “Aku bukanlah manusia yang terbaik untuk urusan ini,” kata Sayidina Abu Bakar. “Jika Umar tersalah, maka betulkanlah dia,” kata Umar Ibn Khattab. Inilah petikan kata dari para pemimpin apabila politik telah di’Islam’kan.

Pada ketika ini politik lebih berpusatkan kepentingan rakyat (people-centered) bukan berpusatkan diri pemimpin (politican-centered). Kepimpinan bukan matlamat tetapi alat untuk melaksanakan tanggung-jawab. Jawatan tidak dilihat sebagai satu anugera malah dilihat sebagai satu amanah. Lantas ia sesuatu yang mesti dielakkan, sekiranya boleh berbuat demikian seperti doa Umar Ibn Aziz, “ya, Allah jauhkan jawatan khalifah daripadaku seperti dijauhkan Timur dari Barat.” Tetapi jika terlantik juga ia mesti dipikul dengan penuh rasa takut, cemas dan bimbang kepada Allah. Inilah warna indah apabila politik berjaya ‘diIslamkan’.

Sebaliknya, jika Islam pula yang ‘dipolitikkan’, kepimpinan akan berserabut dengan cita-cita peribadi dan kepentingan puak. Ahli politik bukan sahaja terpaksa bergelut dengan lawan mereka dari parti lain malah dengan anggota separti. Realiti ini boleh dilihat samada dalam kempen pilihanraya umum ataupun kempen pemilihan pucuk pimpinan parti. Kempen pilihanraya yang sepatutnya menjadi saluran untuk meyakinkan pengundi tentang dasar parti, kemampuan calon dan perubahan yang ingin dibuat telah bertukar menjadi medan caci-maki, hasut-menghasut, ejek-mengejek diantara parti-parti tersebut.

Manakala dalam kempen pemilihan pula, budaya politik wang, surat layang, buku fitnah dan bermacam-macam gejala negatif telah pun berlaku. Rakyat yang sepatutnya diberi peluang untuk membuat penilaian tentang kreadibiliti calon, rekod pencapaian parti, manifesto perjuangan telah terheret dalam kancah permusuhan yang begitu serius. Lebih malang lagi bila permusuhan itu berlarutan walaupun musim pilihanraya atau tempoh pemilihan telah berlalu. Pendekata, saluran penerangan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat menerusi kempen pilihanraya telah bertukar menjadi saluran pergeseran yang merbahaya.

Prinsip Machiavelli tidak seharusnya dibiarkan mendominasi senario politik Tanah Air. Islam tidak boleh terus menjadi semacam ‘bahan komoditi’ yang menjadi alat politik semata-mata. Kita tidak boleh melanggar nilai-nilai Islam dengan alasan untuk menegakkan Islam. ‘Orang politik’ tidak sewajarnya lagi dilihat hanya sebagai individu aktif dalam sebuah parti yang merayu rakyat menyokong partinya agar dia sendiri mempunyai tempat dan kedudukan dalam parti tersebut. Sebaliknya, dia wajar dilihat sebagai individu yang dapat membawa diri, rakyat dan negaranya menerusi bidang politik untuk mencapai kebaikan dunia dan akhirat.

Pada saya jika politik difahami dalam ertikata yang luas, ia sebenarnya bukanlah merupakan tanggung-jawab parti-parti politik dan orang politik sahaja. Isu politik dan isu kepartian walaupun berkait rapat tetapi ia tetap dua perkara yang berbeza. Usaha untuk menegakkan kebaikan, kebajikan, keadilan, kasih-sayang, keamanan dan kemakmuran yang merupakan tujuan-tujuan penting dalam politik, adalah tugas semua anggota masyarakat.

Ia adalah urusan politik dan bukan urusan parti politik. Tugas ini tidak terhad kepada orang politik dan parti politik sahaja tetapi ia adalah tugas para imam, bilal, korporat, teknokrat, buruh, nelayan malah sesiapa sahaja. Tugas ini pula mesti dilaksanakan di seluruh tempat samada di mesjid, parlimen, kilang, pejabat, pusat pengajian atau di mana sahaja. Kita semua harus matang dalam berpolitik, yakni mampu membezakan antara urusan politik yang lebih umum dengan urusan politik kepartian yang lebih khusus.

Yang penting dalam apa jua keadaan, samada dalam urusan politik umum atau politik kepartian, kita hendak terikat dengan ajaran Islam Islam. Politik adalah alat, manakala Islam itu adalah matlamat. Oleh itu apa jua persolan dalam politik mestilah ditujukkan dan tunduk kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Mana-mana pihak (samada individu atau kumpulan) yang berjaya mempertahankan prinsip ini tetap dianggap menang sekalipun kalah dalam pilihanraya.

Sebaliknya, parti yang gagal mempertahankan prinsip ini tetap dianggap kalah sekalipun memenangi dalam pilihanraya. Islam menolak prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’. Kalah dan menang pilihanraya memanglah satu faktor yang kritikal dalam politik kepartian tetapi ia bukanlah faktor penting dalam urusan politik yang lebih umum. Bakti, pengorbanan dan kerja keras masih boleh dicurahkan kepada rakyat dan negara tanpa terikat oleh blok kepartian atau musim pilihanraya.

Adalah menjadi harapan kita agar semua pihak memahami benar akan hakikat politik ini. Jika ini berjaya dicapai, urusan politik akan dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih aman, harmoni dan kasih-sayang. Walaupun dalam arus politik perdana persaingan dan pertandingan tidak dapat dielakkan, tetapi persaingan dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat dan bersih. Apabila persaingan kepartian tamat, semua pihak akan kembali merapatkan barisan untuk meneruskan urusan politik umum. Majoriti 2/3 dan minoriti 1/3 akan bertaut semula menjadi satu (3/3) semula. Titik perbezaan tetap ada, namun titik persamaan masih banyak dan boleh dilaksanakan bersama-sama. Biarlah hanya ahli parti politik sahaja yang terus ‘berpolitik’ tetapi rakyat mesti kembali bersatu tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan bangsa.

Inilah yang telah berlaku semasa pemerintahan Khalifah Uthman ra dan Khlaifah Ali. Walaupun keadaan politik di pusat pemerintahan mereka bergolak, namun dakwah, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, ilmu dan empayar Islam terus berkembang ke seluruh dunia. Sesungguhnya, persaingan dalam arus ‘politik yang diIslamkan’, tidak akan menghalang perkembangan Islam sekalipun terjadi perselisihan. Justeru, persaingan kerana berbeza pandangan atas matlamat yang sama – (the same difference) adalah suatu yang akan memberi manfaat kepada ummah. Sebaliknya persaingan dalam arus ‘Islam yang dipolitikkan’ akan memudaratkan ummah justeru perbezaan itu adalah disebabkan oleh matlamat yang telah berbeza. Renungilah hakikat ini. Mungkin renungan itu nanti boleh mendinginkan sedikit suasana politik yang kian membahang ini…

Akhirnya itu, soal mesjid boleh atau tidak dijadikan tempat berpolitik sebenarnya bergantung kepada bagaimana politik itu ditakrif, ditafsir dan dipraktikkan. Jika politik ditakrifkan dan dilaksanakan dengan tepat mengikut Islam, maka mesjidlah tempat yang paling sesuai untuk berpolitik. Sebaliknya jika takrifnya tersasar atau dilaksanakan dengan cara yang salah, maka sewajarnyalah mesjid ‘diselamatkan’ dari sebarang aktiviti politik.

 
23 Komen

Posted by di 25 Mei 2010 in Politik / Siasah, Uncategorized

 

Label: , , , , ,

23 responses to “DWI WAJAH POLITIK DI DALAM MASJID…

  1. Nur

    25 Mei 2010 at 11:27 pm

    Assalamualaikum ustaz..

    Bagi sy sejak dulu lg politik merupakan isu yg sgt sensitif utk dibncangkan..tambah lagi dgn keadaan politik pada hari ini yang semakin “kotor dan menjijikkan”…saban hari kita dgr dan baca melalui media tentang isu jatuh menjatuhkan antara satu sama lain, fitnah menfitnah semata2 utk menarik undian dan menjadi pemimpin…pada hari ini juga kita lihat semua orang berebut2 utk menjadi pemimpin,sedangkan utk memimpin diri sendiri pun mereka x mampu apalagi memimpin masyarakat..masyaAllah…kalau lah semua orang pada hari ini berebut2 utk memimpin diri sendiri terlebih dahulu ke jlan yang telah ditetapkan Allah, insyaAllah perkara lain akan clear..tidak kira bidang apa pun sama ada politik, ekonomi dan sebagainya..Alhamdulillah…

    kalau dilihat keadaan politik hari ini rasa malas utk melibatkan diri dan ambil tahu pasal politik…tp disebabkan sy ni memg suka utk ambil tahu dan melibatkan diri dgn politik.. jadi kena la ambil tahu..sy pun x tahu dari mana datangnya minat tentang politik ni..???

    berkenaan berpolitik di masjid..sy setuju sgt2 dgn pendapt ustaz tu, masjid bukanlah tempat untuk jatuh menjatuhkan antara satu sama lain tambah2 lg sesama muslim sesama melayu…masyaAllah…jgn jadikan Islam itu cara dan politik adalah matlamat…jadilah Politik itu cara dan Islam adalah matlamat.

    tp suka atau pun tidak kita kepada politik, kita kena juga ambil tahu dan memberi sokongan kpd parti politik yang menghampiri kesempurnaan kerana tiada politik yang sempurna melainkan politik Rasulullah s.a.w..wallu a’lam.

     
  2. rahatvirtual

    26 Mei 2010 at 6:15 am

    alhamdulillah,akhirnya saya dapat memahami politik islam yg sebenarnya.terima kasih ustaz:)

     
  3. Mencari Pedoman

    26 Mei 2010 at 9:40 am

    Assalamu’alaikum ustaz,
    Semoga ustaz dipermudahkan kefahaman untuk memudahkan kefahaman umat islam yang semakin bercelaru.
    Ada betulnya apa yang ustaz perkatakan. Realiti apa yang kita lihat hari ini adalah ‘Islam yang dipolitikkan’. Islam nampaknya telah dijadikan alat untuk mencapai matlamat politik. ‘Dasar’ Islam kelihatannya berubah-ubah mengikut keperluan dan selera pemimpin di atas.
    Demi mencapai matlamat tersebut, prinsip Islam seperti tolak ansur, perpaduan dan mengasihi sesama saudara Islam telah diketepikan.
    Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan para sahabat sekalian (macam khutbah le pulak) supaya kembali menghayati supaya Politik itu di Islamkan dan bukan sebaliknya.
    Mohon maaf di atas bahasa yang tidak indah dan tersusun ini.

     
  4. RIDHWAN BIN ABDULLAH

    26 Mei 2010 at 12:19 pm

    ‘Politik Terpimpin’ adalah panduan yang ampuh bagi masalah ummah di negara kita. Namun Politik memimpin telah didahulukan tanpa mengutamakan Memimpin ahli politik terlebih dahulu. Persoalan Pertama dan Utama ialah Politik itu mesti dipimpin terlebih dahulu. Apakah jawapannya…tepu dada tanya Iman & Ilmu…Allah Lebih Mengetahui

     
  5. sebaikbaikcahaya

    26 Mei 2010 at 12:21 pm

    Assalamualaikum,
    terima kasih atas ilmu yang bermanfaat. Semoga ana diperlihatkan Allah dimanakan sebenarnya jalan yang benar. Jika diizinkan, apa pandangan ustaz mengenai pemboikotkan Facebook kerana membenarkan halaman menghina Rasulullah s.a.w dan tidak memohon maaf ke atas kejadian berkenaan? Wajarkan Facebook diboikot? Wassalam.

    P/S: Buku Nota Hati Seorang Lelaki memang sangat-sangat menarik dan banyak mendidik. Teruskan menulis :)

     
  6. alHaQ

    26 Mei 2010 at 1:39 pm

    ” ‘Dasar’ Islam kelihatannya berubah-ubah mengikut keperluan dan selera pemimpin di atas”. kata Mencari Pedoma – salam semua, saya bukan arif tapi boleh membezakan yg mana intan & mana kaca. Dasar yg saya perhatikan pd ‘parti islam’ tidak berubah alquran & sunnah, cuma pembawakan, kaedah2, strategi2 bersesuaian dengan zaman yg mencabar ini. Dalami Fiqh daulah, Fiqh Sirah, Fiqh waqe’( keadaan semasa ) utk lebih pencerahan. – peringatan kp semua katakan yg haq walaupun pahit. fikir2 – byk masjid2 adakah jemaah makin ramai?? 1 Hati teguh pendirian ‘jgn atas pagar’ sudah.. (pesan buat semua)

     
  7. zasha

    27 Mei 2010 at 5:49 pm

    assalamualaikum ustaz..

    saya nak tanya kalau negara kita malaysia sebuah negara islam

    kenapa negara kita tidak laksana hukum islam sebagaimana yang ALLAH

    TETAPKAN …SUBAHANALLAH..(MAKSIAT BERMAHARAJALELA KERANA TIADA SEORANG ULAMA PUN YG MENEGASKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD)

    HAMBA YG DAIF…..

     
  8. dupahang

    27 Mei 2010 at 6:58 pm

    Assalamualaikum wrt wbt.

    Salam persahabatan.
    Terasa tersentuh hati pabila saudara menyatakan politik hari ini adalah amta kotor dan busuk/

    Persoalannya saudara tak nyatakan politik parti mana yang kotor dan jijik?
    Apa bila kata letakkan kekotoran politik secara UMUM pada mereka yang kurang memahami keadah2 Feqah mahu pun Usul Fiq atu Sirah perjuangan Rasullulah s.a.w akan mengangapkan semua parti politik adalah kotor.

    Saya ingin mengutarakan beberapa soalan pada saudara?
    Siapakah yang akan dapat memembersikah kekotoran kerajaan yang ada pada hari ini?

    Apakah dengan hanya mengajar dan berkuliah saja kita mampu merubah sesuanan nagara dan pentabiran yang jauh dari ajaran islam?

    Apakah judi boleh dihapuskan dengan kita menulis buku , berkuliah tampa adanya kuasa?

    Apakah Zina boleh dihapuskan atau digeruni tampa ada hukum Islam?

    saya juga Dai dan pengkuliah diserata ceruk, tetapai kesan nya tak sebeberapa, betapa hebatnya pengkuliah diTV Radio, forum perdana dimerata tempat….Namun maksiat tetap bertambah bukan berkurang?
    Kenapa?
    Kuasa pemerentah hari ini didokongi oleh org yang telah mati roh Islamnya lantaran rakusnya mencari dunia yang sementara.

    Amat tidak adil jika saudara menyatakan secara umum politik itu kotor.

    Jika ada soalan boleh hubungi saya pada ficbok abg_azhar2000. atau dupahang.wordpress.com

    Sekuian. mohom maaf.

     
  9. shsaad

    27 Mei 2010 at 7:03 pm

    Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana Islam adalah cara hidup (a way of life).Oleh kerana Islam itu cara hidup maka Islam juga adalah cara kita berpolitik.Di manakah tempat yang lebih sesuai untuk berpolitik secara Islam kalau bukan di Mesjid ? Apakah fungsi khutbah jumaat kalau bukan untuk berpolitik ? Para sahabat Nabi SAW sendiri menjadikan masjid sebagai gelaggang untuk berpolitik.

     
  10. MissXYZ

    28 Mei 2010 at 1:34 am

    salam
    sy sgt setuju andai saudara katakan islam & politik tak leh dipisahkan…. kerana di dalam islam islam juga ade politik….

    dalam islam semua ada termassuk sains, matematik, ekonomi, siasah 7 dll… semua lengkap bukan….

    dan pd sy berpolitik dlm masjid tak salah langsung…. kerana umum tahu masjid adalah tempat berkumpul para jemaah… sgt sesuai utk berdakwah tentang apa sekalipun…. tak kan nak pegi tempat yg tak de org… walaupun kita masih leh sampaikan dakwah secara individu…

    sekadar pandangan… sy budah baru belajar… kalau salah tolong tunjukan =)

    wallahuallam =)

     
  11. peluncurIslam

    30 Mei 2010 at 10:04 am

    salam…

    ISLAM BERPOLITIK… TAPI BUKAN “MAIN-MAIN” POLITIK.

    (”,)

     
  12. kakchik

    30 Mei 2010 at 10:56 pm

    salam,
    sedih tengok pepecahan umat islam terutamanya masyarakat melayu kini.musuh bertepuk tangan kerana agenda mereka utk memecah belahkan kita hampir berjaya.ekonomi telah mereka miliki dan kini politik pula.
    sedarlah wahai saudara2ku, mereka kini menggunakan PAS utk mendapatkan kuasa.Janganlah kita tertipu.Perjuangan PAS telah jauh terpesung dari landasan sebenar.Kita lihat antara kata2 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, suluhlah dgn quran dan hadis.
    Ogos 1963:
    Orang2 islam yg berkongsi dgn org2 kafir utk memerentah negara menjadi kafir dan haram
    12 May1999
    Kita bersyukur dgn pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dgn PAS asalkan tidak mendirikan negara islam
    25june1999
    PAS sedia gugurkan negara islam, jadi utk mencari pendamaian itu (dgn DAP) setakat mana yg boleh kita hendak kpd islam ,tapi kalau nampak menyusahkan tak apa
    4 0gos 1999
    Bukan saja dalam manifesto tapi dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun utk menubuhkan negara islam,DAP boleh tengok sendiri perlembagaan itu.
    Tak payah lagi saya ulas, dah terang lagikan bersuluh! Tepuk dada tanyalah iman.Lihat dan timbanglah dgn matahati berpandukan quran dan sunnah nescaya kita tak tertipu
    Kita lihat pandangan Tok Guru Hj Lah Geting atau Tok Guru Abdullah Saamah. Beliau adalah salah seorang tok guru yg termasyur di Kelantan.Dalam salah salah satu penulisan beliau,
    Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula 1987, apabila seorang pemimpinnya Nik Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah direka oleh Greek dan Yunan.Bagaimana pun saya
    mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yg kononnya memperjuangkan islam.Namun selepas berkali2 melihat dan mendengar kenyataan yg dibuat oleh beliau bertentangan
    dgn ahli sunnah wal jamaah, biarpun telah di tegur mula membuka mata saya.Kami ahli Persatuan Pondok SeMalaysia telah beberapa kali menasihati beliau tetapi tidak diendahkannya.
    Sebenarnya politik pilihanraya yg ada ini bukan politik islam tetapi adalah politik cara yahudi utk memerangkap islam.Mainan mereka terlalu licik dan PAS yg asalnya memperjuangkan
    islam terperangkap.Sebab itu UMNO tidak istihar politik mereka politik islam sebab tak boleh buat seperti rasullullah.Kita belum ada lagi seorang yg benar2 berwibawa seperti
    rasulullah atau para sahabat yg boleh menyatu padukan umat ini.Jadi buat sementara ini kita kena terima yg seadanya, yg boleh menyatukan kita umat islam,membangunkan ekonomi
    dan dapat memberi laluan utk kita aman melakukan ibadah di mana2 saja.Jgnlah setelah nak solat dimasjid kena tembak, nak azan di sekat,nak berdakwah di awasi baru kita nak
    sedar.
    Dgn itu saya menyeru kpd sahabat2 semua marilah kita bersatu.Janganlah kita berpecahbelah.Ini tuntutan agama.Mempertahankan agama dan negara dp musuh,wajib.Sesiapa yg
    belum mendaftar utk mengundi,saya seru pergilah daftar.DAP dgn semua sukarelawan mereka dah lama bergerak memastikan semua kaumnya daftar dan keluar mengundi bila tiba masanya.
    Mereka nak pastikan mereka menang 2/3 majoriti supaya layak memerentah.Adakah kita nak duduk bawah mereka?Lihat saja bila mereka jd majikan2 di sektor2 swasta.Org2 melayu
    dikuli-batakkan!Dgn gaji ada lagi rm250 sebulan terutama dikedah!
    Kita sekarang ni di era jihad terhadap kafir laknatullah itu, bukan lagi berlaga-laga sesama kita.sekian!!!

     
  13. zahra

    31 Mei 2010 at 3:20 am

    salam..
    minta izin ustaz utk berkongsi dilaman ilmu ini =)

    sekadar perkongsian bersama…
    maaf zahir batin atas kekurangan penulisan…

    seperti yang kita semua faham…
    islam itu matlamat dan politik itu alat..

    dan diketahui..
    amar makruf nahi mungkar dilaksana dgn 3 cara=
    1)kuasa & tangan
    2)lidah/lisan (tulisan sama seperti lisan) (setiap yang dilafaz dan ditulis akan dihisab!..hati2!)
    3)hati(x suka perbuatan mungkar itu)(ini selemah-lemah iman)…

    Disamping itu..etika seorang mukmin jgn dilupakan..
    1)Berlembut dengan org mukmin..tegas dgn org kafir (kita bagaimana??)
    2)Dirikan islam dalam daulah diri sendiri dahulu(hati,akal,anggota ikut islam)
    (diri kita adalah mad’u kita yang pertama!)(ini peringatan utk diri sendiri!) ..
    dirikanlah islam dalam keluarga..
    dirikan islam dalam masyarakat dan kejiranan..
    dirikanlah islam dalam negaramu..
    (semua ini perlu seiring dan adil)
    3)jaga hubungan dengan Allah dan manusia…

    sesungguhnya..
    ketahuilah malam itu masa utk Allah
    dan siang itu utk mencari rezeki dan berusaha…
    Allah yang pegang hati manusia..
    jadi mintalah doa padaNYA..
    kita tak mampu mengubah masyarakat walaupun dakwah siang malam…
    tetapi..usahalah termampu laksanakan semua hak sebaiknya..

    Khalifah Umar berkata..
    kalau aku tidur malam..maka sia-sialah hak Allah
    dan kalau aku tidur siang..akan sia-sialah hak rakyat..

    Nabi Muhammad SAW juga pendakwah..
    kasih sayang dakwahnya masih segar terasa hingga kini…
    siang nabi sungguh2 berdakwah..
    malam sungguh2 nabi beribadat sampai bengkak2 kaki…

    Ketahuilah sahabat2…
    jika ibadat kita benar…
    ibadat itu akan memberi kesan pada diri..
    akan tarbiah diri kita…
    hasilnya hubungan kita dengan manusia akan baik..
    mari muhasabah balik bagaimana hubungan kita dengan Allah
    dan hubungan kita dengan manusia..

    Kerana…
    Takut kita buat kebaikan ikut nafsu…
    Maka kenalah mengaji..penuhkan ilmu di dada..
    Tanyalah Ulama kepentingan dan keperluan perlaksanaan…
    Ketahuilah Hukum perbuatan…

    insyaallah dengan izin Allah..
    SEMOGA DAULAH ISLAM ZAHIR BATIN DAPAT DIDIRIKAN…
    insyaallah…Amin ya rabb…

     
  14. nur

    31 Mei 2010 at 11:44 am

    salam ustaz..saya setuju dengan pandangan ustaz tentang politik iaitu bagaimana kita memanakrifkan politik itu sendiri..maka kita dapat menentukan sama ada politik itu boleh dijalankan di masjid Bagaimana untuk menyedarkan takrif sebenar politik itu sendiri dimana politik islam itu merangkumi semua bidang, yang mana politik dan islam tak boleh dipisahkan…bukan hanya sekadar memilih parti rakyat atau pakatan.
    politik itu mengajak kepada ma’ruf..menegah kepada mungkar
    poltik itu mengajak kita kembali kepada ALLAH s.w.t
    politik itu mengajak kita kembali kepada islam…

    Jika parti A mengajak ke arah kebaikan dan cuba menegakkan kalimah ALLAH…wajarkan parti B mengatakan tentang parti A mempergunakan islam untuk politik…(tolak ke tepi pasal ahli-ahlinya)
    andai kata parti B memperjuangkan islam…tak perlu wujudnya parti A..wahhua’alam

     
  15. S.Hashim

    15 Jun 2010 at 3:10 pm

    Salam, kpd saudara DUPAHANG diatas.. ape yg sy nmpk disini adalah ada diantara yg dikatakan oleh pengarang artikel ini adalah umum.. kita sndiri perlu berfikir secara matang dlm menafsir maksud2 nya.. utk menyatakan parti politik mana yg keji atau tidak itu tidak perlu krn boleh jatuh pada fitnah jika tiada bukti.. Dan tentunya mana2 parti politik tidak akn terhindar dr melakukan kesilapan yg mmbawa kpd dosa krn kita semua bkn Maksum.. hanya Allah yg mmpu berlaku adil, kita sbg hamba tidak tahu krn Allah maha mengetahui..Saudara pengarang tidak terkecuali.. x perlu memburuk-burukkan sesama sndiri krn kita sama2 org islam lainlah kpd org yahudi..jd ini merupakan jln yg selamat..
    byk lg contoh2 lain yg membawa maksud umum, cthnya pd petikan diatas ini,klu kita lihat pengarang artikel ini mengajak kita berfikir tntg politik dlm erti kata yg luas, sila baca kembali:
    Pada saya jika politik difahami dalam ertikata yang luas, ia sebenarnya bukanlah merupakan tanggung-jawab parti-parti politik dan orang politik sahaja. Isu politik dan isu kepartian walaupun berkait rapat tetapi ia tetap dua perkara yang berbeza. Usaha untuk menegakkan kebaikan, kebajikan, keadilan, kasih-sayang, keamanan dan kemakmuran yang merupakan tujuan-tujuan penting dalam politik, adalah tugas semua anggota masyarakat.

    ada bnda2 yg tersirat,jgn tumpu pd yg tersurat sj dlm memahami sesuatu perkara.. kesimpulannya, jgn fikir yg negative sj krn kita perlu buka minda luas2..

    berkenaan dgn pertanyaan apakah dengan hanya mengajar dan berkuliah saja kita mampu merubah sesuanan nagara dan pentabiran yang jauh dari ajaran islam? sudah tentunya tidak, krn ia perlu disokong dgn cara2 lain.. tp ia ttp merupakan medium penting dlm mmberi ilmu dan menyampaikan sesuatu utk membangkitkan kesedaran dgn cara yg berhikmah dan bukan paksaan. pada pndpt sy kesedaran dlm diri sendiri itu penting krn kenapa masa zaman ketika umat islam memakai undang2 islam masih ada org yg melakukan Zina.. ini bukan kerana mereka tidak tahu hukum Allah ttp diri sendiri yg lemah dan akhirnya jatuh ke perangkap syaitan.. pokok pangkalnya adlh diri sndiri.. ttp bkn bermaksud sy menolak hukum Allah ya saudara.. hukum Allah mmg wajib dilaksanakan,tp klu umat islam sndiri x mempunyai jati diri, ttp jatuh ke tangan syaitan juga krn terlupa dgn hukum Allah saat ketika melakukan kemungkaran. itulah sedikit sebanyak peranan yg dpt dimainkan oleh gol pendakwah utk membangkitkan kesedaran..

    akhir skali, sy ingin beri pndapat lg bahwa Politik itu hanya sebahagian dlm islam, bkn seluruh isi islam adalah politik.. jd cuba la faham pula disebalik perkara ini.. berfikir lah seluas-luasnya krn kita sbg manusia diberi akal utk berfikir.. mohon maaf jika ada khilaf, ini cuma pendapat sy shj.. hamba yg lemah..

     
  16. gentarasa

    16 Jun 2010 at 11:24 am

    Salam S. Hasyim,
    Semoga dengan satu lagi sudut pandang ini, kita akan dapat lebih pencerahan. Insy-Allah, inilah berkatnya berjemaah. Ada yang kita nampak, sahabat tak nampak. Ada yang sahabat nampak, kita tidak nampak. Syukran.

     
  17. Pena vs Pedang

    20 Jun 2010 at 9:19 pm

    Politik adalah sesuatu yang berkonsep luas,
    Ia terlibat dengan pengaruh.Untuk menunaikan solat secara berjemaah juga menggunakan politik.Saya tidak mahulah menghuraikan secara jauh parti politik kerana ia perkara furu dan berlapang dada adalah antara jalan terbaik.Berkaitan politik kepartian di Malaysia tiada ada politik yang maksum namun perlulah kita memilih parti politik yang menghampiri dasar Islam untuk menjadikan negara Malaysia sebuah daulah Islamiah.

    Wahai kakchik sebenarnya telah lama negara kita dijajah oleh agama dan bangsa lain.Malah golongan seagama dan sebangsa juga menjajah pemikiran dan diri kita setelah sekian lama.Apa pun umat Islam perlu bersatu tidak kira bangsa.Bersatu atas dasar Islam bukan atas dasar bangsa.

    Maaf..Saya agak tertarik dengan perlaksanaan undang2 Islam.Ye masih berlaku perzinaan dan percabulan dalam sesebuah negara yang mempunyai undang2 syariah namun kesyariahan undang2 syariah itu perlu di pastikan.Kalau dilihat pada pesalah laku,pada zaman Kerajaan Islam Madinah, khalifah dan kerajaan khilafah pun tetap ada pesalah.Yang penting adalah pemahaman Islam disebarkan dan undang2 Islam dilaksanakan secara menyeluruh.Hasilnya kita bergantung pada ketentuan Allah kerana Allah lebih memandang usaha daripada hasil sesuatu perkara.Semoga daulah Islamiah akan terbina semula.

    Bila dilihat pada politik juga boleh dilihat pada konsep jemaah,persatuan atau gerakan.Apa2 pun saya berharap gerakan Islam sama ada jemaah Islam yang berpolitik parti atau pun jemaah Islam yang tidak berpolitik parti atau pun jemaah Islam yang menolak politik parti bersatu atas dasar Islam.Mencari titik persamaan dan berbincang untuk bersatu untuk meneguhkan semula politik Islam.

     
  18. alHaQ

    21 Jun 2010 at 7:29 am

    salam…KAKCHIK sy respect…ulasan yg jelas…
    ingat, perhati molek…DAP kafir zimmi bukan harbi…
    PAS ‘bertahaluf siyasi’ bkn pak turut…myb kdg2 kta nmpk sorang dua..
    tp jgn dok hukum PAS yg bermasalah…

    Dlm gerakan islam perlu kpd ‘intima’ aqidi’( melibatkn diri ats dasar aqidah) bukan ‘intima’ shakhsi’ (melibatkan diri atas dasar individu )
    kalu mengaku ahli…jd ahli yg bijak…kita masih ada presiden/timb. presiden./ulama2…

    masalah ke PAS mmng perlu isytihar sbb nk bukti kan islam mampu memimpin..snggup tgk 10 thn akn dtg…remaja kta jd lg teruk dr skrg..?
    bukan nak tunjuk pandai…tp kita semua ada peranan masing2..

    lu pikir la sendiri (myb antara golongan yg menyusahkan PAS )

     
  19. S.Hashim

    22 Jun 2010 at 3:16 pm

    salam.. maaf,sy x brapa faham dgn tulisan alHaq.. boleh diperjelaskn lg x saudara..

    apa kaitan yg besar tntg remaja dgn kerajaan yg memimpin?
    adakah saudara bermaksud bhw remaja jd semakin teruk (terlibat dgn gejala sosial) krn kerajaan yg memimpin mereka ke arah yg salah? adkh remaja menjadikan pemimpin sbg ikon dlm hidup mereka mengalahkan artis? dan akhir skali brapa ramaikah remaja di malaysia mengenali pemimpin mereka.. inilah persoalan yg sllu bermain di fikiran sy.. kebetulan saudara menyentuh perkara ini.. sy mohon pendapt saudara jika tidak keberatan..
    sekian..

     
  20. rimbunankasih

    16 Julai 2010 at 5:13 pm

    Marilah kita umat islam malaysia dan seluruh dunia bersatu menegakkan hukum Allah di muka bumi ini.

     
  21. kalam ku

    12 Februari 2012 at 10:12 am

    Asalammualaikum….sy sangat tertarik dgn tulisan ust, diharap tulisan-tulisan sebegini dapat memberikan pencerahan kepada umat islam melayu berkenaan realiti politik di negara kita. sy juga biasa membaca tulisan ust ttg ‘mukmin profesional’. jd sy cadangkan ust dapat menulis buku berkenaan ‘umat islam melayu profesional dalam politik’, ini kerana sy kira umat melayu telah hilang keprofesionalanya dalam politik, nilai2 amanah ,bertanggung jawab ,jujur dan sebagainya sudah tidak dipandang oleh org melayu untuk memilih pemimpin, yg dipandang hanyalah siapa yg bloeh beri kain batik 5tahun sekali, beri duit sikit atau pun gula gula pilihan raya sedangkan untuk menjadikan masyarakat melayu islam maju kita perlukan pemimpin yg dinamik terutama dlm aspek hibungan dgn Allah dan hubungan dgn manusia tp malangnya umat melayu lebih rela dipimpin oleh pemimpin yg pandai melekakan mereka, maka hasilnya kita tidak mampu bersaing dgb org lain dlm bidang ekonomi ,pendidikan dan sebagainya. Rasul Allah dalam sejarah hijrah baginda pernah ditawarkan oleh raja habsah sebuah tempat utk baginda menetap agar baginda tidak lagi diganggu oleh org musrik dan baginda bebas beribadah, tp akhirnya baginda memilih madinah sbg tmpt penghijrahan baginda kerana org madinah bersetuju menyerahkan tanpuk pemerintahan kepada Rasul Allah, dgn itu baginda dapat melaksanakan misi dakwah dgn berkesan dgn kuasa yang ada…..wasalam

     
  22. wan mazuan

    18 April 2013 at 4:49 pm

    sabarlah ustaz, dosa ialah yang buat hati kita tidak tenang, kebaikan ialah yang buat kita tenang.Dan demi Allah yang maha melihat lagi maha mengetahui, saya tenang di atas kebaikan ustaz memperjelaskan politik di malaysia. Selamanya kebenaran akan benar. Tidak kira yang munafik atau yang jujur. realiti sekarang sangat menakutkan.saya pelajar perubatan di slh sbuah universiti di malaysia, politik di sini sangat dahsyat, menyerap masuk mellaui institusi usrah2 dan majlis-majlis ilmu.antara isunya ialah hukum hudud.kalau betul negara islam,kenapa tidak ditegakkan.saya juga hairan.kuasa sekarang di tangan pm tp pm sendiri mengatakan pihak pembangkan harus bertanggungjawab sekiranya perpecahan berlaku setelah hudud dilaksanakan.disebabkan kenyataan ini,ia digunakan sbgai alat memburukkan bn.ini kenyataan pada tahu berapa saya x ingat,skrg sy x tahu pendirian pm kita bagaimana.tp mahadhir seperti sudah memahami hudud setelah berdialog dengan blogger islamik,hilal asyraf.Saya sgt berharap kefahaman yg sama singgah masuk ke dalam hati najib.hudud hukum Allah.sangat mendalam perlaksanaannya,bukan kita terus hukum.sesuai mengikut keadaan.lengkap sebab diutuskan oleh yang maha sempurna.byk cabangnya.InsyaAllah kalau najib memahaminya,hudud akan ditegakkan.Allah akan tolong Malaysia.satu-satunya harapan kami sebagai generasi muda, kami xnak islam ditindas atau mungkin dilenyapkan.saya sangat risau…

     
  23. wan mazuan

    18 April 2013 at 5:48 pm

    tq

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,100 other followers

%d bloggers like this: