Looking for Something?

BEBASKAN DIRI DENGAN SYARIAT

Author:

Bebaskan diri dengan syariat (baca betul-betul), bukan “dari syariat” . Menjadi hamba Allah dengan ertikata sebenar… itulah hakikat kemerdekaan diri kita. Dan untuk cuba menjelaskannya, mari kita ikuti tulisan ini…

Seorang isteri memberitahu dia terpaksa menipu suaminya setiap kali ingin balik kampung menziarahi orang tuanya. Menurutnya dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya tidak berapa suka dia menemui kedua ibu-bapanya. Jadi, tidak ada jalan lain baginya selain ‘curi-curi’ balik di belakang suami. Alasan yang sering diberikan, kerja banyak di pejabat atau sekali-sekala terpaksa ‘out station’.

Cerita di atas saya dengar dari mulut seorang sahabat. Dan dia mendengar luahan isteri itu menerusi radio dari sebuah stesyen yang diminati ramai. Saya tanyakan padanya, bagaimana respon orang ramai yang mendengar? Beliau menjawab, “hampir semua menyokong. Malah memberi galakan untuk dia terus berbuat demikian.”
Saya diam. Sekali imbas, memang patut siisteri berbuat demikian. Tetapi kemudiannya, saya terfikir… logik kita tidak semestinya sama dengan syariat Allah. Seringkali apa yang kita fikirkan patut, tidak patut pada pandangan Allah.

Apabila dirujuk kepada syariat, apapun alasan dan hujahnya, dia tidak boleh berbuat demikian. Walaupun tegahan suami patut atau tidak patut, ada alasan atau semata-mata emosi, tetapi itu bukan alasan untuk siisteri mengengkari suaminya. Isteri yang solehah akan mematuhi suaminya walaupun dengan kepatuhan itu dia terpaksa membelakangkan ibu-bapanya. Walaupun kepatuhan itu tidak menutup pintu perundingan, namun apabila suami membuat sesuatu keputusan maka isteri wajib mematuhinya. 

Moral kisah di atas ialah dalam apa juga keadaan, seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami , pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Percayalah pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima – wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita.

Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya?

• Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk… menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa.

• Menguap jatuh haram sekiranya kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Katalah semasa mendengar satu ceramah, kita bosan dan benci pada penceramahnya. Lalu kita pura-pura menguap untuk ‘memberitahu’ penceramah kita benci atau bosan. Menguap ketika itu menjadi isyarat untuk ‘menghalau’ atau menyuruh sipencermah sakit hati dan berhenti. Pada waktu itu menguap jatuh haram. Dibuat berdosa, ditinggalkan berpahala.

• Menguap hukumnya sunat jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah, yakni dengan menutup mulut dan membaca taawwuz . Kerika itu berdoa kelihatan sopan dan tertib sekali. Bukan sahaja indah dipandang mata manusia, tetapi disukai oleh Allah. Dengan menguap seperti itu, hukumnya sunat. Sangat digalakkan dan diberi pahala.

• Menguap hukumnya harus dalam mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dalam keadan berdiri, duduk atau berbaring. Tidak semestinya menguap mesti dalam keadaan duduk. Ertinya, boleh menguap dengan ‘gaya bebas’. Harus hukumnya.

• Bila menguap jatuh makruh? Perbuatan makruh, walaupun tidak haram, tetapi ntidak disukai Allah dan hodoh pada pandangan manusia. Menguap jatuh makruh sekiranya dilakukan tanpa sopan misalnya membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya. Hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu. Kebencian Allah ke atas perkara-perkara makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Malah, jika ditinggalkan berpahala pula.

Ya, tujuan saya bukan untuk menjelaskan prinsip dan soal-soal kaedah menguap sebenarnya. Tetapi apa yang ingin saya paparkan, sekiranya dalam soal sekecil-kecil seperti menguap itupun ada lima hukum yang menyuluh, tegasnya da kemungkinan mendapat pahala dan dosa, redha atau murka Allah… apalagi dalam soal-soal yang lebih besar seperti soal makan-minum, berpakaian, mengatur famili, mengatur sistem kewangan dan ekonomi, pendidikan, budaya, hiburan hinggalah kepada urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Anehnya, ramai manusia termasuk orang Islam masakini seolah-olah ingin lepas bebas daripada syariat. Apa yang difikir, dipertimbangkan dan diputuskannya tidak langsung dikaitkan dengan syariat. Semuanya berasaskan logik akal dan dorongan emosi. Pada pendapat saya, pada hemat aku…. Begitulah yang kerap kita dengar. Bila diperingatkan hidup mesti berpandukan syariat, tidak kurang yang merasakan itu seolah-olah mengikat. Tidak merdeka. Ketinggalan zaman. Terlalu ideal. Begitu sesetengah pihak membuat tanggapan.

Bebas daripada syariat, bererti bebas dariapada Allah. Dan bebas daripada Allah bererti terikat dengan hawa nafsu. Hawa nafsu akan membawa kepada kemusnahan diri dan orang lain. Bebas tapi terbabas. Kembali kepada cerita isteri dan suami di awal tulisan ini… jika suami merujuk kepada syariat, dia tidak akan ‘sekejam’ itu. Bukankah syariat menetapkan ibu dan bapa mertua berkedudukan sama seperti ibu dan bapa kita kita sendiri? Seorang suami perlu mentaati, mengasihi bahkan menyayangi ibu dan bapa mertuanya dengan sepenuh hati. Berpandukan syariat sisuami tidak akan menjadi pemisah kasih-sayang anak (isterinya) dengan bapa dan ibunya (ibu dan bapa mertuanya).

Berpandukan syariat juga, seorang isteri tidak boleh ‘mencuri-curi’ menziarahi ibu-bapanya kerana membuat sesuatu tanpa izin suami (dalam konteks ini keluar rumah) adalah haram hukumnya. Walaupun hati sangat ingin, tetapi kawallah keinginan itu kerana Allah demi mematuhi suami. Ingatlah, ketika itu siisteri bukan mematuhi suami secara membuta tuli, tetapi hakikatnya mematuhi Allah. Ingatlah, kepatuhan kita kepada suami akan menjadikan kita isteri yang solehah, dan isteri yang solehah akan dapat menyelamatkan kedua ibu-bapanya kerana itu merupakan ‘amal jariah’ yang berterusan pahalanya untuk kedua ibu-bapa kita.

Pemikiran berasaskan Tauhid (Tauhidic Mindset) perlu ada pada setiap kita. Bila pemikiran Tauhid ini kukuh secara otomatik kita akan merujuk kepada syariat dalam apa jua kelakuan dan tindakan. Bila kita yakin Allah Maha Bijaksana, tergamakkah kita mendahului ‘kebijaksanan’ kita dengan membelakangkan kebijksanan-Nya? Bahkan kita akan sentiasa memastikan kebijaksaan kita yang kecil dan kerdil ini tunduk kepada kebijaksanaan-Nya yang tiada bandingan dan tandingan itu. Hati akan sentiasa terdetik, apa ‘kata’ Allah dalam setiap situasi dan kondisi yang sedang kita hadapi.

Seorang sahabat, pernah menghadiahkan saya sebuah buku ‘Halal Dan Haram Dalam Islam’ karangan Dr. Yusuf Qaradhawi – dan saya merasa buku yang sarat ayat Quran dan hadis itu sangat berguna sebagai teman rapat dalam kehidupan. Menurut ulama, iman itu bukan sekadar kepercayaan dan keyakinan, tetapi tindakan dan kepatuhan. Sungguhpun kekadang kita belum nampak ‘hikmah’ dan kebaikan di sebalik hukum syariat – dan ketika itu hati kita bertanya, kenapa begitu, tidak begini?

Yakinlah, bahawa saat itu sebenarnya akal kita ‘tidak sampai’ buat menjangkau kejituan dan kemurnian syariat. Bukan syariat itu tidak indah, tetapi akal dan hati kita yang rabun atau buta… seperti kelelawar yang tidak dapat melihat pada waktu siang. Bukan siang yang tidak cerah, tetapi mata kelawar yang tidak mampu menatapnya! Jadi setiap kali terasa begitu katakan pada diri, “ya allah, aku tidak nampak lagi di mana hikmah-Mu menetapkan demikian. Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu-Mu yang Maha Luas. Tetapi aku tetap yakin… Engkau Maha Benar yang Allah. Syariat-Mu tetap benar, betul dan baik.” Ingat selalu, terikat dengan syariat itulah kemerdekaan yang sebenarnya!

Feedback

15
  • aku_wanita

    Tahniah dan terima ksih atas tulisan yg mmg mnyntuh hati… Mmg klu kita akal saja menilai syariat kita akan rasa syariat itu membebankan..krn akal dan ilmu kita sgt tbatas.. Moga kita terus diberikan kkuatan utk terus mentaati syariatNYA.. Amin..

  • Bawang Goreng

    Salam tuan,

    Ada beberapa persoalan yang masih tiada jawapan :

    Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

    Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

    Sumber 2 – http://kias.edu.my/nushus.htm pula menyebut :

    Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak.

    Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz sekiranya mereka sakit. Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara`. Firman Allah, (al-Isra’ : 24), maksudnya, “Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan.”

    Persoalan :

    1. Apakah hak seorang suami dalam melarang/menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?
    2. Apakah peruntukan undang-undang Islam Negeri dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?
    3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?
    4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami.

    Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam tak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibubapa merasa, dapat anak perempuan rugi sebab bila dia bersuami, dah jadi hak suami dan ibubapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?

    Mengikut fahaman saya, taat kepada siapapun kita harus melihat kepada keadaan/situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tak taat?

    Ada suami yang beri kata dua kepada isteri, contohnya “Kalau kamu balik kampung ibubapa kamu, jatuh talak satu.” Atau isteri diugut begini, “Sekarang awak sudah menjadi isteri saya, jadi awak kena taat pada saya. Bukan taat kepada ibubapa awak. Kalau saya tidak benarkan awak ziarah ibubapa awak, awak tak boleh ziarah.”

    Dalam situasi di atas, apakah pilihan isteri? Sejauh manakah ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu bapa? Apakah jatuh haram isteri (berdosalah) yang langgar perintah suaminya yang melarang dia menziarah ibubapa sakit (contohnya).

    Mohon penjelasan.

    Terima kasih.

  • merpati putih Z

    salam tahajud cinta….betapa genta rasa menulis dari rasa hatinya menyentuh denyut jantung si hawa..benar..tiada kompromi dalam menegak syariat ALLAH apatah lagi melibatkan ketaatan isteri terhadap suaminya..YA ALLAH..AKU TIDAK NAMPAK LAGI HKMAHMU..ILMUKU MASIH TERBATAS dan aku bukanlah ciri ciri bidadari syurga yg dicanangkan munif hijjaz dalam lenta puisinya.aku hambamu yg banyak dosa..namun ku yakin JANJI ALLAH ITU BENAR..SYARIAT ITU BENAR..KAN KU PERJUANGKAN HINGGA KEHUJUNG NYAWA..moga kdg kala nampak kalah kitadimata manusia bergelar lelaki tapi hebat kita disisi NYA…AMIN..syukur ALLAH mencampakkan ilham pada ustaz berbicara tentang syariat ini.

  • Fatimah Abd Nasir

    salam..
    penulisan yg amat baik..
    menjawab persoalan yg sy inginkan secara xlangsung..
    & byk input bru untuk sy..
    terima kasiah ust..
    teruskan usaha..

  • ummu rafiq & raihanah

    Salam ustaz,

    Terima kasih di atas entri yang indah ini…

    Sedih dan risau memikirkan negara kita ini di tahun2 yang ke hadapan. Syariat semakin ditinggalkan akibat di zaman ini banyak yang “ikut logik” atau “ikut pandangan aku”.
    Contohnya tentang pemakaian tudung. Ramai anak2 muda hatta yang berpangkat ibu2 bertudung sekarang, namun kebanyakannya tidak menepati piawaian syariat, di tambah lagi dengan longgokan pelbagai jenis tudung bewarna-warni dan pengaruh fesyen yang pelbagai. Bertudung tapi singkat (tidak menutup dada), bertudung tapi menampakkan bentuk badan, kekadang baju singkat nampak pula pusat.
    Risau dan takut saya mengenangkan bagaimana ‘wajah’ anak2 saya dan kanak2 lain yang sekarang ini baru setahun jagung, bila dah semakin remaja dan dewasa nanti. Selamatkah dunia ini untuk mereka membesar menjadi anak2 yang teguh keimanan mereka, taat pada Allah dan syariatNya? Kerana ancaman di luar sana terlalu hebat…..

    Semoga Allah berikan kita kekuatan. Dunia hanya pinjaman, penuh keseronokan yang sementara, pagarilah ia dengan sebenar2 iman dan taqwa kepada Allah.

  • gentarasa

    Salam Ummu,
    Marilah kita bermula daripada keluarga kita. Insya-Allah, kebaikan ini akan merebak kepada masyarakat. Amin.

  • Hajar

    Salam,

    Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Dalam mencari-cari cara mententeramkan hati yang sedang gundah, saya dijumpakan olehNya akan entri ini dan yang lainnya hasil nukilan Ustaz. Bahasa yang mudah difahami dan insyaalah, saya akan terus mengikuti ruangan ustaz, terima kasih.

  • tebangtebas

    Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah. sila baca di
    http://tebangtebas.wordpress.com/

  • bieyang

    Salam.
    Alhamdulillah. Terima kasih diatas entri yang byk menyedarkan saya akan perihal syariat dan kehendak akal. Namun saya pohon jawapan ustaz atas persoalan yang telah dikemukakan oleh ‘Bawang Goreng’. Terima kasih

  • lily

    Mohon dijawab soalan bawang merah.

  • Nur adrenalin

    Salam Ustaz,
    Hidup manusia di dunia telah disediakan kitab panduan oleh Pencipta iaitu Al Quran & Hadis. Masalah yg ujud di kalangan umat islam berpunca dr kejahilan masing2 dan tidak mjadikan Muhammad rasullullah sebagai contoh dlm setiap tingkah laku kehidupan. isteri berbuat begitu krn pd pandangannya itulah solusi yg terbaik krn suaminya yg sebegitu. jika dpt suami yg berpandu kpd Al Quran & hadis serta sirah & sunah Nabi, tentu perkara ini tak terjadi.
    Alangkah cantiknya jika setiap kita balik kepada ajaran sebenar dgn menjadikan Muhammad sebgai contoh. Lihatlah video klips (boleh download dari youtube) ttg bgm Maher Zain cuba merealisasikan Muhammad sbg sebaik idola & contoh dlm setiap cabang kehidupan dlm lagunya hitnya Muhammad. So beautiful, touching & effective.. sehingga mengalirkan airmata… memang setiap lagu Maher Zain mampu mengalirkan airmata.. (ini yg pelik ~ knp muslimah2 terjerit2 excited bila melihat Maher Zain perfom di UIA, memalukan!! sama taraf perlakuan bila melihat konsert rock!! memanglah ppuan ramai penghuni neraka.. yg mendedah aurat berlambak, yg tutup aurat pun ibarat telanjang!
    jika begini taraf pemikiran , bgm mahu memajukan negara dan menjadi pemikir kpd agenda / isu yg lebih serius?? bgm mrk boleh menyumbang? Mrk tak ada sensitiviti @ awareness ttg permasalahan yg berlaku terutama yg melibatkan perkara “besar” sebab perkara “kecil” pun tak bijak untuk dtangani.
    Sy mahu bkongsi lagu “AWAKEN” oleh Maher Zain yg menyentuh perlakuan org Arab yg kaya raya khasnya tetapi boleh juga direnungkan bersama liriknya sebab ianya amat sesuai utk kita semua yg mengaku islam untuk meningkatkan tahap ilmu kita & fokus kpd kelemahan diri kita sendiri sbg org islam berbangsa Melayu… yg sy pun kdg2 malu menjadi org melayu….

    AWAKEN ~ Maher Zain
    we were given so many prizes, we changed the desert into oasis
    we built buildings of different lengths & sizes & we felt so very satisfied
    we bought & bought we couldnt stop buying
    we gave charity to the poor cause we couldnt stand their crying
    we thought we paid our dues, but in fact to ourselves we just lying

    Chorus *
    i’m walking with my head lowered in shame from my place
    i’m walking with my head lowered from my race
    yes it’s easy to blame everything on the west
    when in fact all focus should be on ourselves

    we were told what to buy & we’d bought
    we went to London, Paris & Costa del sol
    we made show we were seen in the most exclusive shops
    yes we felt so very satistied
    we felt our money gave us infinite power
    we forgot to teach our children about history & honor
    we didnt have anytime to lose, when we were… (were)
    so busy feeling so satistied…

    repaet chorus *

    we became the visuals without a soul, despite the heat
    our homes felt so empty & cold
    to fill the emptiness we bought & bought
    may be all the fancy cars & bling will make us feel satisfied
    my dear brother & sister its time to change inside
    open your eyes, dont throw away right aside
    before the day comes where there’s nowhere to run & hide
    now ask yourself ’cause Allah ‘s watching you…

    Is HE satisfied?
    Is ALLAH satistied?
    Is ALLAH satistied?
    Is ALLAH satisfied?
    Is ALLAH satisfied?

    Repeat Chorus *

  • Nur adrenalin

    Salam ustaz,
    Lagu tersebut Muhammad ~ the choosen one… really indeed Muhammad was the selected one…. the beloved messenger and prophet… how i really love & misses you ya habibullah…. kekasih Allah.. kami merindui mu & terlalu ingin berjumpa dgn mu …. kerana kami terlalu ingin melihat contoh peribadi mu ditampakkan melalui lelaki2 yg mengakui umatmu ya Rasullah … dan hingga kini kami tak ketemui… walau 10% apa lagi 50%…..

    Apakah susah untuk hidup bersederhana dlm setiap aspek khidupan Ya Rasullullah mengikut ajaranmu? tetapi megapa mrk memilih juga yg ektrim???

    Apakah susah mendidik isteri mengikut perintah Allah jika suami telah berusaha mcuba mengikut sunah mu dlm kbanyakan amalan mengikut yg termampu olehnya?

    Knp sukar sgt mrk mengikut ajaran mu Ya Rasullah sehingga kami terlalu merindui mu & memujamu? Adakah memang ini ujian supaya kami benar2 cinta kpdmu Ya Rasullah & tidak mengharap yg lain dlm hidup ini selain mengharapkan agar dpt bersamu di syurga nanti???

    Ya Allah ampuni kami yg banyak dosa ini namun dgn lemah & takut kpd MU kami tetap memohon untuk bersama kekasihMu Ya Allah…. kami mahu bersama2 Nabi kesayangan kami Muhammad di jannah….. ya nabi salam alaika …. berilah syafaat mu kpd kami agar kami dpt bersamamu…. aminnnnn…..

  • gentarasa

    Salam Nur,
    Amin.

  • gentarasa

    Salam,
    Lebih kurang setahun lalu (seingat saya) ketika anak yang belajar di fakulti perubatan UKM pulang, dia minta saya mendengar nasyid Maher Zain yang dinyanyikan oleh seniornya dalam satu majlis usrah (tak berapa ingat). Sekali mendengar sahaja, saya terus tertarik. Dan pada Hari Keluarga syarikat, saya mula memperdengarkannya kepada sahabat-sahabat. Dan serentak itu juga saya petik beberapa lagu terutamanya ‘Open your eyes” sebagai lagu mengiringi modul Mukmin Profesional. Saya dapati lirik dan melodinya sangat menyentuh.
    Saya uji kepada para staff perubatan dan pengurusan UIA sewaktu menjalankan kursus diExcell, Broga, kesannya juga bagus. Lagunya jelas, mesejnya padat. Akhirnya bukan sahaja di dalam famili melarat pula ke sahabat-sahabat lain. Saya berdoa kekuatan dan kemurnian itu kekal dan bertambah. Dan kebetulan tadi pagi video klips “the chosen One” telah menghiasi bengkel Ibu-bapa Cemerlang sewaktu bersama kakitangan ATM di ILMI, PD. Walaupun saya tidak berkesempatan bertemu apatah lagi bergambar secara life dengan beliau… tetapi misi dan visinya saya kira sudah dikongsi untuk diperjuangkan. Bagi saya, penasyid adalah mujahid, bukan gambarnya atau dirinya yang hendak kita ‘idolkan’ tetapi mesej dan perjuangannya. Ya, cukup dari jauh secara peribadi tetapi yang penting kita sudah ‘bertemu’ dan ‘bersama’ dengan perjuangan mendaulatkan agama Allah. Semoga kita semua ikhlas… Dan dapat bersatu dengan siapa sahaja untuk memperjuangkan agama Allah dalam diri, keluarga dan negara. Amin.

    Saudara/i ku,
    Syukran atas ingatanmu. Syukran atas pencerahanmu. Gentarasa berbangga dengan kehadiranmu. Allah hu Akbar.

Leave a Reply

%d bloggers like this: