RSS

BOLEH PERCAYA KE?

15 Jun

Bila menyebut tentang pemimpin, kita bercakap tentang pengaruh. Pemimpin mesti individu yang berpengaruh.

Dan bila bercakap tentang pengaruh, kita tidak dapat memisahkannya dengan kepercayaan. Bila orang percaya, pengaruh kita kuat dan kepimpinan kita pun mantap.

Justeru, Rasulullah saw itu, sebelum dilantik menjadi pemimpin (Rasul) pun sudah dipercayai orang sehingga digelar Al Amin.

Berbeza dengan sekarang, setelah dilantik menjadi pemipin, orang semakin hilang kepercayaan.

Dek pandainya bercakap, berhujah dan berkempen, dia terlantik. Tetapi apabila menjadi pemimpin, baru tembelang dan ‘temberang’nya ketara.

Semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal seperti yang dikatakan pada awal tadi,  syarat utama seorang pemimpin ialah dipercayai. Itulah yang cabaran dan hambatannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster
..  

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti. Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta. Kepercayaan lebih utama.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, anda boleh lihat betapa kita sering menerima ‘isyarat’ yang berbeza-beza daripada mereka yang bergelar pemimpin. Tidak kiralah pemimpin di peringkat mana – samada di peringkat keluarga, organisasi atau yang lebih daripada itu. Cakap lain, buat lain. Kita sering tertanya-tanya apakah bermuka-muka itu satu skill kepimpinan masa kini?

Malah kelihatan, semakin lama memimpin, semakin pandai pula bercakap berbelit-belit. Cuba kita lihat benar-benar cakap-cakap orang yang bergelar pemimpin – ucapan, kata-kata dan saranannya kekadang berbeza-beza mengikut tempat, audiens dan majlis yang berbeza-beza. Subhanallah… mudah-mudahan Allah selamatkan diri kita menjadi pemimpin yang begitu. Usahkan orang lain, anak isteri sendiri tidak akan akur dan taat!

 
18 Komen

Posted by di 15 Jun 2010 in Politik / Siasah

 

Label: , , ,

18 responses to “BOLEH PERCAYA KE?

  1. nik

    15 Jun 2010 at 7:17 am

    Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa.
    Hilang lah kepercayaan apabila cakap tidak serupa bikin, pengaruh dan pengikut semakin berkurangan.

     
  2. Mohd Nadzri Mustakim

    15 Jun 2010 at 8:30 am

    Salam

    Peringatan yang berguna…

    Tapi terkadang, dek kerana di’buta’ kan cinta, maka di berikan sepenuh kepercayaan hingga tergadai bukan sekadar maruah tetapi harga diri… mengadaikannya pula kepada yang sepatutnya menjadi ‘pemimpin’ masa depan…

    khuatir anak cucu bakal dipimpin oleh generasi semasa yang kian hanyut dalam dunia… wahn semakin menebal…

     
  3. Ummi Zara

    15 Jun 2010 at 8:52 am

    A’kum,
    Ingin saya berkongsi petikan 2 coach trainers dalam buku Steve Chandler b’tajuk 100 Ways to Motivate Others berkenaan kepimpinan :

    “Performance is your reality, forget everything else” – Harold Geneen
    “Leaders don’t create followers, they create more leaders.” -Tom Peter

    Senario masa kini secara tidak langsung memberi konotasi negatif thdp perkataan PEMIMPIN itu sdr.

    Asal disebutkan saja term pemimpin, impresi pertama pasti dibayangkan gejala lobi melobi,rasuah,oracy tanpa hemah pd pihak yg tak ‘sekepala’ -pasti akan terdengar suara2 keras dgn retorik2 yg menjatuhkan dan mengaibkan pihak lawan….
    PALING menyedihkan ,syariat dan adab dalam bersiasah langsung ditolak ketepi… Wallahu A’lam.

     
  4. shila

    15 Jun 2010 at 2:09 pm

    betul ustaz..action speaks louder THAN words.kita menerima dan menilai sesuatu bedasarkan ilmu dan pengalaman..berpaksikan al-quran dan sunnah..

     
  5. hazwan

    15 Jun 2010 at 3:40 pm

    entry yg amt bagus..,rasululullah lah memiliki semua ciri pemimpin yg terbaik utk kite teladani dan malkn.. (^_^)

     
  6. fiza

    16 Jun 2010 at 5:30 am

    thanks for sharing this with us. so good for muhasabah.. :)

     
  7. merpati putih z

    16 Jun 2010 at 8:28 am

    MENJADI PEMIMPIN terlalu didambakan oleh semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan.dan benar lah peminpin yg dipercayai..buat apa yg dicakap adalah pemimpin yg hebat..YA ALLAH selamatkan kami dari menjadi petualng pemimpin.berikami kekuatan untuk mengikuti jejak pemimpin terhebat sepanjang zaman..MUHAMMAD RASULALLAH..

     
  8. Sarzi

    16 Jun 2010 at 10:51 am

    Salam Ustaz,
    Benar kat astaz, pada hakikatnya satu individu yg betul imannya, faham akan maksud hidupnya yakni individu bertaqwa, akan keluar dr dirinya cara kehidupan yg soleh yg di redhai Allah SWT baik pemimpin atau yg dipimpin..Semua bertitik tolak dari iman & taqwa.. Tapi sayang, ramai agamawan kita terjebak dlm kencah politik yg memporak-perandakan kehidupan org islam & memecah perpaduan umat islam, yg mengundang (wa iazubILlah) bala dari kemurkaan Allah.

     
  9. gentarasa

    16 Jun 2010 at 11:21 am

    Salam,
    Syukran atas tambahan dan pembaikanmu.

     
  10. gentarasa

    16 Jun 2010 at 11:25 am

    Salam shila,
    Marilah kita belajar dan mengajar, ingat dan mengingatkan. Kita sering lupa… Allah datangkan peringatan melalui hamba-hamaba-Nya yang lain. Begitulah.

     
  11. nur cahaya

    16 Jun 2010 at 2:05 pm

    Nk jd srikandi contohi smngat pd Salahuddin Al-Ayubi.Jgn jd mcm ssetengah yg mengaku pejuang agama ttpi hya ambil pd semangat.Lupa pd punca istiqamahnya iaitu ktaqwaan. Pilihan Salahuddin bkn pd yg hebat di medan perang tp yg bgn Tahajjud d mlm hari

     
  12. durrotul islam

    16 Jun 2010 at 2:12 pm

    salam ustaz..
    alhamdulillah..satu lg kiriman yg membawa pencerahan..syukran
    brapa ramai yg tertipu dgn pangkat dan tahta yg ada. Boleh jadi mereka memiliki pangkat tp langsung tdk memperolehi pengaruh. Namun ada yg mampu membina pengaruh walaupn tidak memiliki sebarg pangkat. Oleh itu pengaruh boleh dibina oleh sesiapapun krn kepercayaan yg menjadi dasarnya.

     
  13. rozalimu

    18 Jun 2010 at 2:37 am

    Salam Ustaz,
    Saya mula tertarik dengan blog ustaz… insyaAllah dapat memberikan nur dan pengajaran kepada kami yang masih jahil ini…

    Ustaz,
    Saya setuju dengan tulisan ustaz mengenai pemimpin masa kini.
    Pada pendapat saya, adalah amanah yang amat berat untuk menjadi pemimpin. Namun kini seperti ramai pihak yang berebut-rebut ingin menjadi pemimpin…seperti acara perlumbaan lari 100meter. Semua mahu menang…mahu berada di depan…mahu memimpin bukan atas tanggungjawab, amanah… malah lebih kepada mencari ganjaran.

    Kepada yang bercita-cita menjadi pemimpin, tidak salah bercita-cita menjadi pemimpin asalkan tahu tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

     
  14. gentarasa

    18 Jun 2010 at 6:38 am

    Salam rozalimu,
    Syukran atas sokongan dan pencerahan. Sebelum memimpin kita perlu BELAJAR dulu jadi pengikut. Justeru, pemimpin yang baik selalunya berasal dari pengikut yang baik. Kini, lebih ramai yang mahu jadi pemimpin berbanding rela untuk dipimpin… dan akhirnya kita tidak layak samada menjadi pemimpin ataupun menjadi menjadi pengikut!Wallahua’lam.

     
  15. majezan yaacob

    18 Jun 2010 at 10:51 am

    Rasul jadi pemimpin sbb dipilih Allah.
    Zaman kita kini,kita yg kena memilih pemimpin skrg ini.
    Utk tunaikan tggungjwb pilih pemimpin,kita perlu berilmu.
    Pemimpin yg berilmu,dipilih oleh rakyat yg berilmu.
    (((Org yg berilmu,maksudnya seorg yg tahu/insaf/akur/ kedudukan keberadaannya/wujudnya berbanding Allah dan berbanding makhluk ciptaan Allah))).
    Apabila sudah faham maksud berilmu,maka kita bolehlah gunakan utk memilih pemimpin.
    Pemimpin yg berilmu dipilih oleh pemilih yg berilmu.
    Pemimpin yg tidak berilmu,dipilih oleh pemilih yg juga tidak berilmu.
    Pemimpin berilmu membawa kebahagiaan(sa’adah)
    Pemimpin yg tidak berilmu membawa kecelakaan(syakawah)

     
  16. mnaz

    18 Jun 2010 at 11:37 am

    Salam Ustaz,

    Malangnya, cara ‘kepemimpinan’ masa kini semakin diterima. Lebih malang lagi, ramai pula pengikut dan kaki ampunya. Yg berintegriti dan berprinsip tidak lagi dianggap sebagai pemimpin berkaliber, malah dianggap sebagai bodoh pula. Dunia ini milik mereka.

     
  17. Nabil Tolibil Ilmi

    30 Disember 2011 at 9:40 pm

    tatkala syabab mula berfikir,,,
    disimpan azam menghapus yg batil.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers

%d bloggers like this: