RSS

BUKU MUKMIN PROFESIONAL

22 Jun

Alhamdulillah, saya mengucap syukur ke hadrat Allah swt, pada hari ini Insya-Allah, sebuah buku yang sangat besar ertinya kepada saya dan sahabat-sahabat di Fitrah Perkasa telah mula dicetak.

Saya berdoa semoga ada kebaikannya untuk semua. Kepada Allah jua kami berserah… semoga Allah permudahkan jalan kami untuk terus berdakwah dengan niat memperbaiki diri dan orang lain. Amin.

Bagi, pengunjung-pengunjung blog, terimalah prakata dalam buku yang diberi tajuk, Mukmin Profesional: Celik Mata hati ini.

PRAKATA

“Bukan soal mati pucuk tetapi mati akar!”

Tahniah, kerana mula membaca buku ini. Membaca umpama memberi ‘makanan’ pada akal dan memberi ‘cahaya’ bagi hati. Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung. Sering diungkapkan oleh bijak pandai:

“Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.”

Insya-Allah, buku ini akan mencorakkan hidup anda ke arah yang lebih baik. Malah keputusan untuk membacanya pun sudah membuktikan bahawa anda telah komited untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad.

‘When you stop learning, you stop leading’ – apabila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin. Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi, apa yang anda lakukan sekarang sebenarnya bukan setakat membaca, malah anda sedang memimpin. Ingat selalu, ‘leaders are learners!’ – pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.

Tidak ada noktah dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik. ‘Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung’. Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang lebih luas.

‘In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning’.

Ya, dalam hidup, kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru! Berbanding malaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik, manusia pula sebaliknya mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik.

BERJAYA, CELAKA ATAU TERPEDAYA?

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapi satu kembara (journey) yang berterusan. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war). Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak menaik, kita pasti sedang menurun.

Kata hukama: “Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam.”

Kita di golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilihnya. Justeru, sudikanlah buku ini sebagai panduan untuk membuat pilihan dan tindakan. Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati kita untuk mencari dan mendapatkan kekuatan dengan membacanya. Amin.

Buku ini akan menjelaskan perkara-perkara penting dan teras dengan cara yang mudah dan pantas sama ada dari segi bahasa, perbahasan, dalil atau contoh-contohnya. Insya-Allah! Saya cuba memenuhi apa yang dinasihatkan oleh Fauzil Adhim, seorang pengarang tersohor Indonesia melalui katanya:

“Orang yang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan bahasa berat.”

Walaupun saya bukan orang yang hebat, tetapi tidak salah untuk meniru orang yang hebat dengan mempermudah penyampaian mesej menerusi buku yang serius ini.

JANGAN BIARKAN ‘INGIN’ MENJADI ‘DINGIN’

Buku ini bukan sahaja untuk mereka yang ‘lemah’, tetapi juga buat yang ingin ‘menambah kekuatan’. Keinginan untuk menjadi lebih kuat adalah satu modal besar. Tanpa keinginan – walau mempunyai bakat, minat dan kecerdasan yang hebat pun tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jadi, jangan biarkan ‘ingin’ menjadi ‘dingin’. Fikirkan tentang kuasa ‘keinginan’ itu berdasarkan kata-kata ini:

“It’s not how good you are, it’s how good you want to be.” – soalnya bukan sejauh mana kebaikan awak tetapi sejauh mana keinginan awak untuk menjadi baik.

Oh, ya! Apabila bercakap tentang ‘menambah kekuatan’, saya tidak bermaksud bercakap tentang Tongkat Ali atau Viagra. Tidak, buku ini tidak akan memperkatakan soal ‘pucuk’, tetapi ia akan fokus pada soal ‘akar’. Kita akan menelusuri soal ‘mati akar’ yakni hilangnya daya tahan, kekuatan dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat.

APA PERLUNYA BUKU INI?

Kenapa anda perlukan buku ini? Apa keistimewaannya? Mungkinkah isinya nanti akan mengulang-ulang perkara lama yang telah pun anda sedia ketahui? Saya ingin tegaskan sekiranya benar pengulangan itu berlaku pun tidak mengapa, justeru pengulangan merupakan ibu kepada segala pengetahuan. ‘Repetition is mother of knowledge’ – pengulangan itu ialah ibu kepada pengetahuan.

Setelah dibeli, jangan dibiarkan buku ini tersepuk di rak buku tanpa dibaca dan dipraktikkan (sesetengah orang hanya berminat untuk membeli buku, bukan untuk dibaca, apalagi mengamalkannya). Jangan begitu. Jadikan peribahasa Cina ini sebagai motivasi untuk serius membaca dan mengamalkan isinya: “Dengan wang kamu hanya boleh membeli buku, tetapi kamu tidak boleh membeli ilmu.”

Ilmu hanya boleh dimiliki dengan membaca – membaca anak kunci pengetahuan. Mulakanlah membaca, walaupun dengan kadar yang sedikit. Mulakan sekarang. Mulakan hari ini. Ingat, tidak ada hari esok bagi mereka yang tidak memulai hari ini!

JANGAN LETAKKAN PELITA DI ATAS ATAP

Imam Ghazali pernah mengumpamakan ilmu yang tidak diamalkan samalah seperti meletakkan pelita (lampu) di atas atap. Apa hasilnya? Ruang dalam rumah tetap gelap kerana cahaya hanya tersebar di atas atap.

Begitulah perumpaannya apabila ilmu tidak diamalkan, cahayanya akan berlegar-legar seputar akal tetapi tidak menusuk ke dalam hati. Dan ilmu ini pasti tidak akan melahirkan tindakan. Kejayaan bukan dengan banyaknya membaca, tetapi sejauh mana kita amalkan apa yang telah dibaca.

Ingin ditegaskan, buku ini ditulis berdasarkan realiti dan pengalaman, bukan atas teori dan andaian. Buku ini memaparkan pengalaman penulis dan sahabat-sahabatnya mendidik dan melatih melalui program yang dijalankan oleh Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Yakni pengalaman yang didapati hasil melihat, bertemu, bergaul dan berbincang sendiri dengan pelbagai golongan masyarakat selama lebih 12 tahun. Ya, buku ini ditulis dengan pengalaman dan diharap pembaca dapat memahaminya berdasarkan pengalaman anda juga. Bukankah pengalaman itu adalah guru terbaik kita?

Terlibat secara langsung merangka dan melaksanakan program latihan dengan pelbagai modul – Mukmin Profesional Berteraskan Nilai-nilai Murni, Kesedaran Pencetus Perkasa Diri, ‘Internalizing Core Value’, Kepimpinan Berteraskan Nilai, Penghayatan Nilai Murni Menerusi Solat dan beberapa modul lagi, menjadi sebab timbulnya satu keinginan yang kuat untuk membukukan semua pengalaman itu.

Syukur, ramai pihak di pelbagai peringkat – individu, keluarga dan organisasi yang telah mendapat manfaat daripada program-program tersebut dan buku ini merupakan satu kesinambungan pada kesyukuran itu. Usaha itu terbukti menyentuh hati sekali gus membangunkan aspirasi pelbagai pihak – daripada ‘budak’ pejabat, pemandu, hinggalah kepada usahawan, pegawai eksekutif, CEO-CEO dan ahli-ahli korporat.

Alhamdulillah, ramai yang mengalami satu anjakan paradigma, pemurnian persepsi, keyakinan dalaman untuk menambah keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan organisasi. Ada yang tekad membuang amalan-amalan negatif, ada yang mula solat, menutup aurat, gigih dan bersemangat tinggi untuk bekerja.

Semua itu bukan untuk dibanggakan, tetapi sebagai pendorong untuk mempertingkat dan mempelbagaikan lagi pendekatan untuk mengubah diri, masyarakat dan negara ke arah kebaikan. Jika ramai yang telah berubah melalui program latihan, saya optimis akan ramai juga yang bakal berubah melalui pembacaan. Bukankah kalimah komunikasi Tuhan dengan manusia yang pertama dimulakan dengan Iqra’ – yakni bacalah?

KELUHAN DAN RINTIHAN

Bermacam-macam keluhan dan rintihan yang telah kita dengar. Dari soal kesetiaan dan keikhlasan yang dipersiakan, soal dilema antara kepentingan famili dan organisasi, krisis dengan bos yang sentiasa merasa betul, sikap pilih kasih pihak atasan, sehinggalah kepada sifat melawan ‘tauke’ orang bawahan. Kemelut dalam – diri, famili, organisasi ini – kadang-kadang sungguh memeningkan.

Di dalam diri – stres, marah, kecewa dan rasa lesu sering mengganggu. Di rumah, ramai yang mengeluh tentang kerenah anak-anak, ragam isteri atau kealpaan suami. Dalam organisasi pula, tertekan oleh ketidakadilan atasan, kedegilan bawahan, keegoan rakan sekerja dan lain-lain.

Tiga kekecewaan ini sahaja sudah cukup untuk ‘melemahkan’ manusia moden yang kononnya serba ‘power’ dan ‘super’ ini. Benar seperti apa yang pernah saya dengar daripada Prof. Dato’ Mahmood Zuhdi, “Manusia akhir zaman sentiasa ‘berperang’ dengan dirinya, dengan orang lain dan dengan alam.” Jika demikian, di mana kebahagiaan?

Hakikatnya tidak siapa boleh lari daripada masalah. ‘Life is to solve problem’ – hidup memang untuk menyelesaikan masalah! Kematian, perbalahan, kegagalan, kesakitan dan kesempitan hidup akan terus melanda kita. Itulah peraturan hidup – ‘rules of life’ yang tidak boleh dimungkiri dan dielakkan. Cuma, bagaimana kita menanganinya? Masalah kita bukan masalah itu, tetapi bagaimana kita berdepan dan menanganinya… itulah cabarannya!

MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL MANUSIA

Ramai yang hanya melihat masalah secara tersurat. Fokus kita hanya sebatas melihat buah atau kesannya, yakni berpaksikan ‘sebab-sebab luaran’ bukan ‘sebab-sebab dalaman’. Lalu sering kali kita gagal menyelami hakikat yang tersirat atau punca sebenar masalah itu. Kita hanya berlegar-legar dan berkisar pada soal-soal ‘kulit’ (akibatnya) bukan pada isi (puncanya).

Murid yang jahat, perketatkan disiplin. Isteri yang meragam, longgokkan harta. Pekerja yang malas, potong gaji. Majikan yang tamak, boikot. Pemimpin yang zalim, demonstrasi. Membuang sampah, denda. Mengedar dadah, gantung!

Tapi apakah semua masalah itu berjaya diselesaikan secara tuntas dengan cara itu? Kita sama-sama tahu jawapannya. Hidup zaman ini terlalu bergantung kepada akta, undang-undang dan peraturan. Bukan menafikan kepentingan undang-undang dan peraturan, tetapi kalau cara itu sahaja yang diharap untuk menyelesaikan semua masalah, yakinlah kita akan berdepan dengan lebih banyak masalah.

Manusia selamanya tidak akan dapat mengawal manusia. Kita perlu kembali kepada Pencipta manusia. Mari kembali kepada Allah. Mari kembali kepada fitrah. Inilah seruan awal yang menjadi pembuka kata dalam buku ini.

 
53 Komen

Posted by di 22 Jun 2010 in Tarbiyah

 

53 responses to “BUKU MUKMIN PROFESIONAL

  1. yushida03

    22 Jun 2010 at 12:55 pm

    salam.

    Tahniah di atas karya terbaru. Sudah ada di kedai-kedai buku? InsyaAllah akan saya cari.Mudah-mudahan membantu membina diri.

    Salam sekali lagi.

     
  2. nur_insani

    22 Jun 2010 at 2:57 pm

    Salam..
    Tak sabar rasanya ingin membaca keseluruhan buku.
    Mg usaha itu memberi impak yg maksima pada saya dan smua.
    InsyaAllah…

     
  3. intan

    22 Jun 2010 at 3:27 pm

    Salaam tuan
    Buku2 tuan memang saya nantikan. Tulisan2 tuan memang menarik, besarnya kurniaan Allah terhadap tuan diberikan ilham menulis dengan penuh gaya bahasa yang boleh menginsafkan kepada sesiapa yang membaca. Tulisan yang lahir dari hati yang ikhlas boleh menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Itu yang saya nampak dari tulisan2 tuan. Syukran tuan….

     
  4. Nur

    22 Jun 2010 at 3:34 pm

    Assalamualaikum ustaz..

    Subhanallah setelah membaca prakata buku ni..begitu tertarik sy dgn buku ini dan insyaAllah akan sy dapatkannya.

    Secara jujur sy katakan sy memang suka jika seseorang penulis tu menulis berdasarkan pengalaman dia yang betul2 berlaku, bukannya cerita fantasi atau khayalan..walaupun kadang-kadang cerita fantasi dan khayalan itu boleh juga memberi kesan tp bg sy yang realiti itu lebih baik.

    Dan melalui pembacaan buku dan blog tulisan ustaz, sy dapati secara keseluruhan kebanyakan buku ustaz tulis berdasarkan pengalaman..betul x ustaz??

    Bagi sy itulah yang lebih berkesan. Terima kasih ustaz dgn membaca prakatanya sahaja telah membuatkan sy bersemangat apa lagi membaca keseluruhan isinya..Allahu akbar..

     
  5. Roslina Ibrahim

    22 Jun 2010 at 4:15 pm

    Salam, saya amat tertarik dan berminat dgn tulisan tuan dan bercadang untuk mendapatkan buku dan membacanya. Semoga saya mendapat manafaat dan dapat beramal selepas membaca buku ini.

     
  6. gentarasa

    22 Jun 2010 at 8:07 pm

    Salam,
    Insya-Allah, bila dah ada nanti saya uar-uarkan. Tolong doakan saya.

     
  7. gentarasa

    22 Jun 2010 at 8:09 pm

    Salam,
    Kadangkala daripada pengalaman sahabat-sahabat saya. Saya tuliskan sahaja seadanya. Berkesan pada diri saya, insya-Allah harap berkesan juga kepada orang lain yang membacanya. Syukran atas sokongan mu.

     
  8. mimi

    23 Jun 2010 at 12:20 am

    x sabar mahu dapatkan buku ini,Allhmdullilah penulisan2 Ust Pahrol mmg berkesan di hati pembacanya..
    Harapan kami agar Allah permudahkan usaha ust utk berdakwah & menolong org lain….jgn pernah rasa penat/putus asa…Terima kasih ust…

     
  9. ana syahidah

    23 Jun 2010 at 12:32 am

    Salam,
    Alhamdulillah…sungguh lancar penulisan dan pasti membawa manfaat yang banyak tentang buku ini. Saya rasa begitu tenang apabila membaca blog gentarasa nie. Seolah-olah mendekatkan diri pd ALLAH. Syukran dan teruskan berdakwah dlm blog ini.

     
  10. habibah al-farisi

    23 Jun 2010 at 6:58 am

    semoga tuan terus maju berkarya

     
  11. merpati putihZ

    23 Jun 2010 at 8:23 am

    MUKMIN PROFESIONAL…..MUKMINAH FIRST CLASS. JANGAN TIDAK TIDAK

     
  12. tebangtebas (TT)

    23 Jun 2010 at 9:56 am

    PAS : TAPAK SUBUR BERKEMBANGNYA WAHABI?
    http://tebangtebas.wordpress.com/

     
  13. riza

    23 Jun 2010 at 12:49 pm

    salam.bila ada di pasaran?

     
  14. norfazihah hani

    23 Jun 2010 at 1:20 pm

    Assalamualaikum

    pernulisan ustaz banyak memberikan saya inspirasi untuk meneruskan daei melalui blog. semoga selepas ini ustaz lebih berjaya, insya Allah

    Wallahu’alam.

     
  15. nusrahhusna

    23 Jun 2010 at 3:20 pm

    Assalamualaikum,
    Tahniah di atas kelahiran buku ini..Semoga beroleh keberkatan yang berpanjangan…InsyaAllah.

     
  16. amir

    23 Jun 2010 at 5:02 pm

    salam ustaz.. lama tak komen di blog ustaz.. sekalung tahniah buat ustaz dan sahabat-sahabat yang berjaya menyediakan wadah solusi untuk umat kita hari ini. tahniah! moga amal antum mendapat keREDHAan ALlah taala insyaAllah. amin.

     
  17. Amani

    23 Jun 2010 at 7:32 pm

    Assalamualaikum wbt..
    benar ustaz..life is to solve problem…masalah adalah rencah kehidupan…kadang2 rasa letih dan lelah menghadapi masalah yg tak berkesudahan..kadang2 bagus juga ada masalah ni..rasa dekat padaNya. hikmah disebalik masalah tu pula INFINITI…sampaikan tak terjumpa diri yg lemah ini akan kebaikannya..ALLAH MEMANG HEBAT,

    yg penting sentiasa hadapi masalah dengan POSITIF…apapun semua masalah mesti ditangani dengan baik dan semakin bawa diri ini hampir kepadaNya bukan semakin jauh dariNya….

     
  18. mardhiyyah shaffie

    23 Jun 2010 at 7:59 pm

    salam ustaz..
    buku dimana dia dihatiku sudah ada di pasaran ka?
    sy beberapa kali mencarinya di bangi tapi masih belum ada

     
  19. شاح

    24 Jun 2010 at 1:44 pm

    Salam.. Alhamdulillah.. Ana menunggu keluarannya.. :))

     
  20. Zul Baharudin El-Sunni

    24 Jun 2010 at 7:21 pm

    Salam ustaz,
    Apa rahsianya ustaz semenjak terajui Solusi ni berbondong2 pulak buku2 ustaz mewarnai pasaran, lebih ‘menyengat’ berbanding waktu ‘ligat’ dalam Fitrah Perkasa…. Apa2 pun didoakan ustaz sihat SQ, EQ & IQ utk terus memberi dan memberi…. amin.

     
  21. Faris Adli

    24 Jun 2010 at 11:31 pm

    Salam..alhamdulillah ustaz dah keluar buku baru..harap2 tak sesukar saya dapatkan buku ustaz yang sebelum ni “Dimana Dia Dihatiku?”

     
  22. abd razak ismail

    24 Jun 2010 at 11:31 pm

    salam ukhwah saya kenalkan diri sy abd razak masih menuntut di luar negara dalam bidang agama alhamdulililah besar rahmat allah memberi saya peluang ni.. allah… sy meminati karya2 ustaz dan munkin sy abadikan dalam kehidupan sy walau pun hanya sekadar tulisan tapi ianya menusuk ke hati sanubari .tahniah ustaz teruskan dakwah ni.. doakan sy moga jadi hamba allah jika ada apa2 nasihat hantarlah kpd email sy.. sy sentiasa menantinya.. cuma untuk ruangan kali ini sy nak bertanya kenapa ustaz memilih tujuh langkah @ ada maksud di sebaliknya..
    maaf jika ada kesilapan dalam tulisan sy

     
  23. midah

    25 Jun 2010 at 4:08 am

    salam.pandangan dan penulisan ustaz selalu berbeza dari orang lain. cam ne ustaz buat?

     
  24. Nurul'Ain Harun

    25 Jun 2010 at 6:49 am

    Assalamualaikum ustaz…tahniah atas penerbitan buku ini,Tak sabar rasanya ingin memiliki,berkongsi rahsia mukmin profesional.Moga usaha murni ustaz dan rakan-rakan sentiasa diberkati dan moga hasil tulisannya sentiasa menjadi panduan saya untuk mengharungi kehidupan di dunia ini dan menjadi bekalan saya di akhirat nanti.amin….

     
  25. khyrul hycal

    25 Jun 2010 at 8:25 am

    Tahniah atas kelahiran buku ni ust..akan dijadikan koleksi insyaAllah..

    mudah2an pelita di atap rumah akan berpindah ke dalam rumah..^_^

     
  26. nurkasih

    25 Jun 2010 at 12:25 pm

    Salam Ustaz..
    Membaca disini pun sudah terasa bhw buku ini amat menarik..
    TK Ustaz atas perkongsian ilmu yang sangat2 menarik dan amat mmberi manafaat buat sy yang sedang mencari diri..
    Semoga Ustaz sekeluarga di beri kelapangan dalam pelbagai urusan dan semoga Allah terus menurunkan ilham kepada Ustaz untuk membimbing kami dalam mencari redhoNYA…
    Jazakallahukhoiran kathiiroo

     
  27. amanina baharuddin

    25 Jun 2010 at 4:56 pm

    salam.
    brapakah harga buku ni?

     
  28. hasnah

    25 Jun 2010 at 6:08 pm

    Salam ustaz,

    Tahniah! Baca prakata pun sudah mengujakan saya untuk memilikinya. Bila agaknya mula ada di pasaran? Tak sabar hendak dapatkannya….

     
  29. halman

    26 Jun 2010 at 11:05 am

    Askum……
    Semoga ustaz sentiasa berada dalam sihat saejahtera selalu dan dapat meneruskan penulisan yang cukup bermakna bagi saya ini.
    Good Luck

     
  30. gentarasa

    26 Jun 2010 at 11:35 am

    salam halman,
    Doa saya untuk mu jua. amin. Syukran.

     
  31. gentarasa

    26 Jun 2010 at 11:47 am

    Salam,
    Insya-Allah pada pertengahan bulan Julai. Mudah-mudahan Allah izinkan.

     
  32. gentarasa

    26 Jun 2010 at 11:50 am

    Salam amanina,
    Buku ini setebal 325 muka. Berkulit tebal. Harganya insya-Allah 55 rm.

     
  33. gentarasa

    26 Jun 2010 at 11:56 am

    Salam nurkasih,
    Syukran atas doamu. saya sangat berterima kasih. Saya doakan anda dan keluarga juga diberkati Allah.

     
  34. gentarasa

    26 Jun 2010 at 12:02 pm

    Salam Nurul,
    Saya juga mendoakan begitu buat Nurul. Bantulah kami dengan doa mu.

     
  35. gentarasa

    26 Jun 2010 at 12:04 pm

    Salam,
    Setiap manusia unik. Insya-Allah.

     
  36. gentarasa

    26 Jun 2010 at 12:08 pm

    Salam abd razak,
    Salam takruf. Tujuh langkah itu – arah, tujuan, jalan, bekalan, pendorong, penghalang, pengakhiran dalam hidup. Itulah 7 langkah yang saya maksudkan. Hanya sebagai gimik, untuk menarik pembaca. Asasnya: Dari mana, untuk apa dan ke mana kita akan pergi? Saya juga minta maaf.

     
  37. gentarasa

    26 Jun 2010 at 12:09 pm

    Salam Faris,
    Saya pun tidak pasti mengapa buku “Di mana DIA di hatiku” sukar dicari. Padahal pihak Karangkraf yang mencetak dan mengedarkannya. Saya hanya menulis. Maafkan saya atas kesulitanmu.

     
  38. gentarasa

    26 Jun 2010 at 12:12 pm

    Salam ustaz Zul,
    Saya menulis dan terus bersama dengan fitrah perkasa. Ana doakan ustaz dan keluarga makin maju dan laju di jalan Allah. Amin.

     
  39. mokhtar

    26 Jun 2010 at 12:57 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Ana sentiasa mengikuti tulisan ustaz dan menjadikan rujukan kepada penulisan dlm blog ana. silalah lihat blog ana. baru nak belajar dlm penulisan untuk berkongsi ilmu sebagaimana hadith Nabi S.A.W. “sampaikanlah walaupun satu ayat”. insyallah ustaz akan masih ingatkan ana (dulu tugas di Bank Muamalat). Bagaimana nak hubungi ustaz? no hp ana 016 9187888

     
  40. kamila

    26 Jun 2010 at 5:36 pm

    salam saya nak sume satu set buku2 ustaz ni tapi tak sumenya ada kat kedai buku….dari ipoh ke kl…harap suatu masa dapat koleksi buku ustaz…saya akan cari..

     
  41. sumayyah

    27 Jun 2010 at 2:41 pm

    salam ustaz…
    saya da byk persoalan slalu t’tanya2…..tp
    akhirnya hny tpendam n sabar krn xda tmpt sesuai utk
    btanya…di manakah tmpt tu?

     
  42. Zayu Hisham

    27 Jun 2010 at 8:41 pm

    Salam..berkesempatan membelek-belek manuskrip buku ini semasa hadiri bengkel penulisan di Kota Damansara. Alhamdulillah, perkongsian Ustaz Pahrol kali ini amat menarik dan molek dijadikan bahan bantu kehidupan seharian kita.Insya-Allah.

     
  43. gentarasa

    29 Jun 2010 at 6:44 am

    Salam Zayu,
    Teruskan menulis. Semoga Zayu terus maju dalam tulisan dakwah dan tarbiah. Amin ya Allah.

     
  44. azizahmy

    29 Jun 2010 at 10:19 am

    Assalamualaikum ustaz……tahniah kerana dpt mengeluarkan satu lagi buku yang sungguh bermunafaat kepada para mukmin. rasanya tidak sabar menunggunya dipasarkan.Saya banyak menggunakan ilmu yang saya dpt dari pembacaan tulisan ustaz untuk saya sampaikan kepada orang ramai ,penuntut universiti, rakan rakan dan ahli keluarga.saya bertugas sebagai penolong pengarah cawangan gerak saraf dan tugasan saya byk melibatkan orang ramai dan kesempatan ini saya ambil untuk menyampaikan ilmu ilmu mencintai ALLAH dan mencintai Rasulnya.

     
  45. mokhtar

    30 Jun 2010 at 12:03 am

    Assalamualaikum Ustaz,
    Ana sentiasa mengikuti tulisan ustaz dan menjadikan rujukan kepada penulisan dlm blog ana. silalah lihat blog ana. baru nak belajar dlm penulisan untuk berkongsi ilmu sebagaimana hadith Nabi S.A.W. “sampaikanlah walaupun satu ayat”. insyallah ustaz akan masih ingatkan ana (dulu tugas di Bank Muamalat). Bagaimana nak hubungi ustaz? no hp ana 016 9187888

     
  46. ummu ina

    3 Julai 2010 at 3:59 am

    Salam Ustaz….saya baru saya kenal blog ustas. Saya berminat sangat dengan program ustaz “BENGKEL PENULISAN” yang mana dah lama saya tercari-cari untuk ikut program sebegini. Tapi malangnya dah terlepas….so bila agaknya program ini akan dijalankan lagi dan berharap sangat dpt infomasinya. Buku-buku ustaz sangat menarik perhatian saya….semoga ustaz terus menulis dan mendapat keberkatan yang berkekalan…insya allah…amin

     
  47. razlan m razali

    3 Julai 2010 at 5:28 pm

    insha allah, kompem sy nak ‘miliki’ satu nanti.

     
  48. Niee Daud

    20 Julai 2010 at 6:12 pm

    Mohon “share” Ustaz. Terima kasih.

     
  49. muhammad dzulqurnain

    24 Julai 2010 at 4:05 am

    mcm mana nak beli buku 7 langkah memperkasakan diri.

     
  50. gentarasa

    25 Julai 2010 at 6:56 am

    Salam,
    Buat masa ini boleh dibeli secara pos. Call saja En. Mat di no 0193783100. Bulan depan mula dijual secara terbuka.

     
  51. Hj.Zullastree (KLfm)

    18 Ogos 2011 at 3:44 pm

    Saya jatuh hati dengan penulisan Tuan, Terima kasih ..Moga Allah Merahmati Tuan Sekeluarga.

     
  52. azmasaari

    9 Februari 2012 at 10:45 pm

    antara buku yang terbaik dalam koleksi…walaupun belum habis baca…one more is Nota Hati Seorang Lelaki…

     
  53. aiman

    2 April 2012 at 8:57 pm

    Alhamdulillah…saya telah pun memiliki buku permata ini…masih di awal pembacaan…satu hasil yang berkualiti…tahniah dan teruskan usaha murni…

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,164 other followers

%d bloggers like this: