Looking for Something?

MENGAPA SUKAR UNTUK MENCINTAINYA?

Author:

Mengapa begitu sukar mencintai Allah? Ya, benar. Memang sukar mencintai Allah. Walaupun kita tahu bahawa Dialah yang sewajarnya kita cintai. Budi-Nya, kasih-sayang-Nya, nikmat-Nya terlalu banyak untuk dimungkiri. Segala kebaikan Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kita melebihi kebaikan manusia. Sekalipun manusia itulah yang paling baik dengan kita.

Hatta kasih ibu yang sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati kita… kenapa sukar benar mencintai-Nya? Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu lojik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.

Mengapa hati sedegil itu? Untuk mengetahui kenapa, mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan ayam goreng, asam pedas, tomyam atau apa sahaja masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmatinya dengan lazat.

Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit.

Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Jika perbandingan ini dapat diterima, maka kita boleh mengukur tahap ‘kesihatan’ hati kita.

Rupa-rupanya dalam kehidupan ini ramai manusia (termasuk kita) yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan menderita di akhirat. Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati akibat lebih parah. Kita akan menderita selama-lamanya di akhirat. 

Mengapa hati kita sakit?

Hingga dengan itu hati tidak bergetar lagi dengan cinta Allah? Bukankah cinta Allah itu fitrah? Ertinya, cinta Allah itu adalah ‘makanan’ atau ‘penawar’ kepada hati manusia. Sebelum menjawabnya izinkan saya membawa satu analogi. Katalah, ada seorang anak yang sejak kecilnya lagi sudah dipisahkan daripada ibunya yang sejati. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, anak itu dipelihara oleh ibu angkat. Masa berlalu bertahun-tahun. Hinggalah anak itu mencapai usia dua puluhan.

Tiba-tiba, si anak mengetahui rahsia yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja kepada ‘ibunya’ sekarang. Dia pun mencari ibunya yang sejati. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya. Maka di hari pertemuan bersejarah itu (masih ingat program Jejak Kasih?), sianak pun bertemu dengan ibu sejatinya ditemani oleh ibu angkatnya.

Saya ingin bertanya, dan anda boleh menjawabnya… pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh sianak? Ibu sejati yang telah terpisah sekian lama itukah atau ibu angkatnya yang telah memelihara selama ini?

Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati sianak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selama dua puluh tahun berbanding ibu sejati yang baru dikenalinya pada hari pertemuan itu. Walaupun pada lojik dan dari segi rasionalnya, ibu sejati perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan sianak tidaklah begitu. Sayang bukan paksaan. Sayang bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa. Ia datang dengan sendirinya. Kenapa sayang dan cinta sianak tak mahu bertandang walaupun dia patut merasa begitu?

Kenal Allah Dari Alam Roh
Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita. Firman Allah:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”

Al-A’raf : 172

Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.

Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’. Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar

Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:

“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh. Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?”

Riwayat Bukhari

Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula. Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu. Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima. Begitu juga media massa yang didengar dan lihat. Apa lagu yang didengarnya? Apa filem yang ditontonnya? Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya? Malang sekali, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati, pemikiran, perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian, di rumah, di sekolah, di dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya. Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

Mencari Cinta Sejati

Ada orang yang bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati. Ada cinta yang lebih hakiki. Itulah cinta Allah. Dia mencari cinta itu, seperti anak angkat yang mencari ibunya yang sejati. Lalu dia menemuinya.

Menerusi pengajian, melalui pembacaan, menerusi lidah para daie, melalui tarbiah para ulama tahulah dia bahawa Allah-lah cinta yang sejati. Namun… semuanya masih di daerah ilmu, bukan di alam rasa. Dia tahu Allah wajib dicintai, tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya… akal tahu, hati tak mahu!

Apa yang perlu dibuat bila hati telah sakit? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yang sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal dari tanah, maka buatnya pun mesti berasal dari tanah. Feram, Natrium, Magnesiam dan lain-lain unsur semuanya dari tanah. Herba juga demikian.

Ubat sakit fizikal yang berasal dari tanah juga berasal dari tanah. Namun hati adalah soal rohani, ia bukan berasal dari tanah. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat kepada Allah.

Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stresss… kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat.

Pengubat Hati

Maka begitulah jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya pahit. Ubat jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati?

• Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi menfaat.
Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Kata ulama, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Nama-Nya yang baik dan mulia.

• Amal ilmu, dirikan solat.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.

Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segalanya itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri.

Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi ‘penawar’ tentulah lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingat solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.

Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.

• Berpantang
Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi makan ‘racun’. Apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan?

Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh, jika melanggar pantang. Bahkan, sesetengah pengamal perubatan menegaskan berpantang lebih baik daripada berubat.

Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiya sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.

• Cari perkumpulan yang baik.

Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Bila ada perkumpulan (dulu dikampus sering dinamakan study group atau usrah), maka tentu ada program. Program yang baik boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardhu Ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.

Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar dan memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.

Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masakini. Sebelum berpisah renungilah kata Imam Ghazali rhm:
“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”

Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.

Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

Feedback

56
  • marina mat arus

    salam.. syukran ya ustaz kerana post ustaz ni memang kena dgn diri ini yang alpa.syukran atas inzarnya.mudah2an kehidupan ustaz akan bertmbh lebih baik pada msa akan datang. insyaAllah..

  • ZURAINAN BIN ARIFF

    Bertahun saya mencari kedamaian hati. Tapi tak pernah saya temui. Mungkin ini saat bermula untuk saya rasai kedamaian itu. T.kasih ustaz.

  • arejae

    terima kasih ustaz.
    Izinkan saya share lagu tombo ati (ubat hati) yang asalnya dikarang oleh sunan bonan.

  • pencintadamai

    Inilah yang saya cari selama ini. T.kasih ustaz.

  • nurkasih

    Salam Ustaz..terima kasih diatas perkongsian ini..
    Semoga hati kita tidak mati sebelum mati.. semoga kita semua kembali sebagai hamba yang di redhoiNYA..
    Jazakillah diatas doa Ustaz untuk saya dan keluarga

  • senyum sokmo..

    assalamu’alaikum ustaz…

    ya..en3 ni mmg betul2 kena pada diri saya…ustaz..mmg sukar untuk bbermujahadah..kdg2 kwn2 xnak dekat kita n takut dgn kita sbb kita ni lakukan perkara yg diredhai Allah..mereka anggap kita ni tunjuk alim,hipokrit,warak n mcm2 lg la ustaz…tu yg kdg2 sy tengok org yg berlatar belakang pendidikan agama..bila menceburi bidang pekerjaan..mereka berubah dr segi pakaian yg dulu sempurna menutup aurat..kini dah singkat tudung..sbb mereka x kuat iman menghadapi masyarakat n kwn2 yg mengata warak n alim..

  • Kunang-kunang

    Assalamualaikum ustaz.

    Terima kasih sudi memberi ubat sakit hati yang sangat menginsafkan.

  • zahra

    salam ustaz..
    jazakallah atas santapan ubat utk hati yang kronik ni…
    tolong doakan saya ye ustaz..
    kullu sanah wa anta bikhair,amin =)

  • Hafriz

    Assalamu’alaikum ustaz…
    Terima kasih ya Allah, terima kasih ustaz..krn tlah mghuraikn prsoalan yg slama ni trbuku dln kolam fikiran sy. Seolah berkurun tiada jwpn, akhirnya pnulisan ustz mmbuatkn sy brfikir..nah di sinilah jwpn itu lahir.

    Ya Allah..kerdilnya diriku berbanding Cinta dan Kasih-Mu…

  • nik

    salam.
    Terimakasih atas penerangan bgaimana untuk merawat hati yg sakit. Hati yg sakit mmg perlu dirawat dgn mendekatkan diri kepada Allah.

  • Roslina Ibrahim

    alhamdulillah, semoga ingatan ini dapat menjadi pedoman dalam menghadapi hari muka ini

  • sebaikbaikcahaya

    Assalamualaikum,
    terima kasih kepada ustaz atas perkongsian yang bermanfaat. Sekadar berkongsi, menurut Ustaz Abdul Mutalib Ma’arof dirujuk kepada kitab Maniyatul Musolli, cara untuk kita periksa keadaan hati kita adalah melalui solat. Selagi kekusyukan itu tidak timbul walaupun sedikit, maka adalah perkara silap yang perlu dilihat semula dan diperbetulkan. InsyaAllah sekiranya hati itu sudah cerah, maka khusyuklah kita di dalam solat, wassalam.

  • Damia

    Assalamualaikum ustaz pahrol..terima kasih atas perkongsian kali ini..saya selalu mengikuti setiap posting terbaru ustaz..saya sangat inginkan jawapan dan penerangan yang detail seperti ini..terima kasih sekali lagi..

    untuk pengetahuan ustaz, saya sudah cuba beberapa kali untuk mencari cinta Allah itu..dan saya pernah merasakan diri saya semakin dekat denganNya..Alhamdulillah..akan tetapi baru2 ini saya diuji dengan kawan2 sekerja dikalangan lelaki..mereka selalu mengusik sya dan akhirnya kami selalu berhubung..saya rasa bersalah kerana selalu mesej dengan dia..tetapi dalam masa yang sama saya rasa ingin mencuba..dan sekarang saya rasa sedih kerana saya sudah tersilap langkah..saya cube perbaiki diri dan meminta agar lelaki tersebut jangan mesej dengan saya selalu..

    ustaz..

    adakah mesej dengan lelaki yang bukan muhrim itu berdosa?apakah hukum sebenar bermesej2 dengan lelaki yang bukan muhrim?saya rasa berdosa dan merasakan hati saya kotor..tidak seperti dahulu..saya ingin kembali padaNya…Saya sedih ustaz…bantu saya 🙁

  • jahbaik

    salam, abuya jah dah bace. hmmm…efektifla kalo ntk jah yang sdg lemah iman ni. ‘cinta angkat’ sepatutnya jd batu loncatan untuk ‘cinta yang sebenar’ kan? kalo kite memahami btol2 dimana cinta angkat ni dtg. kalo cinta angkat je maknanye cinta buta tuli.

  • ain shaari

    alhamdulillah syukran ustaz pahrol..entri yang menyedarkan kita sebagai hambaNya untuk sentiasa mencari dan terus m’cari cinta illahi.~

  • Khairul

    Salam Ustaz

    Terimakasih….kerana entri ini …..dan yang lain-lain juga

  • Taufiq Razif

    Salam ustaz..Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakhbar..
    amat terkesan di hati sy..trima kasih ya ustaz..mintak izin share di fb sy.
    Menangkanlah cinta Allah di atas cinta yg lain nescaya cinta selainNya akan tunduk.

  • Musdalipah Benajare

    Ustaz,
    Terima kasih atas infonya, banyak manfaatnya

  • masturah

    Allahuakbar, sukarnya jalan mujahadah merebut cinta Allah..

    “Wahai Tuhan, kalaulah cinta Mu dapat berputik, walau senafas terdetik di hatiku, itulah saat-saat yang termanis, terindah dan saat-saat yang ku tunggu…”

  • cempaka

    salam, sgt bmakna mohon cpy and paste ke fbook ya!

  • amir

    jazakallah ustaz atas nasihat yang amat berguna!

  • sLave_oF_Almighty

    Aminn..

    Alhamdulillah.. Jzkk

  • mashitah

    assalamualaikum…
    minta izin utk copy artikel ini

  • gentarasa

    Salam Damia,
    Jika dah ada rasa begitu (yakni tak senang) dalam hati sendiri… tinggalkanlah. Berubah kepada yang yakin. “Fatwa” hati sendiri juga satu hidayah daripada Allah. Tinggalkan yang ragu, pergi kepada yang yakin. Insya-Allah.

  • azizahmy

    Assalamualaikum ustaz……terima kasih . semoga sumbangan ustaz ini mendapat ganjaran dari ALLAH. Saya sgt suka membaca buku2,penulisan dan sesi motivasi ustaz. Saya selalu bersedih kerana bnyk diuji dengan kematian yang berturut turut ibu,ayah.suami, anak dan cucu.semua itu mendektkan diri saya kepadaNYA. Alhamdulillah.

  • Hakimi

    Salam.

    Feram- Ferum
    Magnesiam- Magnesium

  • sofila

    Assalamualaikum wbt..
    Entry yang amat baik..kebetulan entry ustaz ni berkaitan dengan entry saya minggu lepas.. mujahadah saya baru bermula,dan Allah menggerakkan hati saya untuk ke sini pula.. buat menguatkannya. terima kasih ustaz..

    buat Damia: kisah kita hampir serupa, dan nasihat ustaz amat berguna. fatwa hati =)

  • Damia

    insyaAllah..syukran ustaz..!!!

  • WARISMA

    salam ustaz..kupasan ilmu yg sungguh berkesan di hati..Semoga hati yang semakin jauh ini kembali pada MU YA ALLAH..terima kasih ustaz kerana meyedarkan diri ini..

  • Aisya Zinirah

    Alhamdulillah..ini dia pengheret kepada hati yang telah teralpa pada cinta

  • Sarzi

    Salam Ustaz,
    MasyaAllah, saya harap bayak lagi entri2 sebegini utk tatapan setiap pembaca. Konsep menghidupkan cinta bagi saya yg amat hina ini, ialah pengorbanan, dalam apa2 sahaja yg kita banyak bagi masa, harta & fikirkan, maka benda itulah kita cinta. Contoh, kita byk invest diut kita & masa kita utk kereta kesayangan kita, maka kita cinta pd kereta tersebut. Bila kereta kita calar sikit, hati kita pun terasa tercalar. Bila kita banyak luangkan masa dan korbankan kesenangan kita utk maksud Allah, maka cinta Allah akan wujud dlm hati kita….insyaAllah.

  • Cinta1

    Ketika kurasakan diriku bersendirian tanpa teman, kusedari ada DIA yang menemaniku…
    Ketika kurasakan hatiku dilukai, kusedari ada DIA yang merawat kelukaanku..
    Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta, kusedari ada DIA yang menemukan aku dengan CINTANYA. Namun masih belum ketemui di mana DIA dihatiku.
    Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA.
    MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
    Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA pada hambaNYA.
    Akal tahu, hati mahu…. tapi masih belum mampu menepis kecintaan pada dunia…Daerah hatiku masih berperang antara cinta palsu dan cinta hakiki..
    Rupa-rupanya hatiku masih sakit.
    Terima kasih atas nasihat dan perkongsianmu..
    Semoga menjadi penyembuh buat hatiku yang sakit..

  • saf_wannie

    Terima kasih ustaz….
    bait-bait bicara indah begitu indah sehingga terbangkit diri dari lena yang panjang. kehilangan suami tercinta buat selamanya menyedarkan diri tentang agungnya cinta Rabbani. kuatkan semangatku dalam menghadapi mehnahmu ya Allah. Allahuakbar

  • Cinta1

    Ketika kurasakan diriku bersendirian tanpa teman, kusedari ada DIA yang menemaniku…
    Ketika kurasakan hatiku dilukai, kusedari ada DIA yang merawat kelukaanku..
    Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta, kusedari ada DIA yang menemukan aku dengan CINTANYA. Namun masih belum ketemui di mana DIA dihatiku.
    Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA.
    MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
    Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA pada hambaNYA.
    Akal tahu, hati mahu…. tapi masih belum mampu menepis kecintaan pada dunia…Daerah hatiku masih berperang antara cinta palsu dan cinta hakiki..
    Rupa-rupanya hatiku masih sakit.
    Terima kasih atas nasihat dan perkongsianmu..
    Semoga menjadi penyembuh buat hatiku yang sakit..

  • huzaifah

    Assalamualaikum ustaz,

    syukran atas entri kali ini…realitinya hati perlu ubat setiap hari. kena ubat setiap waktu. utk hati terus berpaut dan bertaut pada yang Esa. kerana segala tindak dan gerak geri kita bermulanya daripada hati dan niat.

    wallahualam.

  • Zainal

    terima kasih ustaz..

  • pali

    salam ustaz,
    jazakallah atas artikel ini. Satu perkongsian yang amat saya cari selama ini. Tahun ni saya balik malaysia. kalau ada pesta buku atau apa apa sahaja penglibatan ustaz, kepingan benar ingin bertemu.

  • Aleng...

    Akm ustaz…. t kasih kerana sentiasa memberikan yg tbaik untuk di kongsi di dunia ini ntuk bekalan akhirat… semoga Allah membalas segala ilmu2 yg ustaz kongsikan

  • terima kasih

    assalamualaikum,

    terima kasih. saya memang antara mereka yang sakit hati.saya cuba baiki hati saya sebaik boleh. insyaallah

  • nur

    salam ustaz…saya selalu mengikuti entri2 ustaz…ianya sgt membantu saya pada ketika…saya dapat merasakan ketenangan dan kepuasan ..terasa amat dekat denganNYA. …t/kasih kerana berkongsi ilmu…semoga Allah jua membalasnya

  • rosma

    Salam..Terima kasih ustaz atas entry yg menarik dan menyentuh hati..Ya Allah jangan Engkau matikan hati kami di kala matinya hati org@ yg mati hatinya..Amiin..

  • razlan m razali

    salam us,
    alhamdulillah saya sudah mula berjinak-jinak dgn genta rasa. mudah mudahan ianya dpt membantu kita semua utk memperbaiki diri. time kaseh ustaz.

  • hadir lah cinta padaNya

    Ustaz, terima kasih, hati saya masih kosong dan keras. Masih berpenyakit. Saya cuba bemujahadah untuk menyucikan hati dan menciintai Allah. Hasad, marah, sedih, sesal, riak, sombong masih bersarang dihati. Saya sedang diuji pada saya ujian saya sangat hebat. Hendak menimbulkan sabar atas ujian dan cinta padaNya sukar tapi saya akan teruskan usaha.

  • rohaizad Nenasi

    asslamualakum..
    Terima kasih utz…kerana menunjuk jalan yg dicari selama ini…

  • Nor afifah

    Salam…
    terima kasih di atas bingkisan yang sgt bermanfaat ini.Ssghnya manusia sering kali leka dengan mainan duniawi.Mudah-mudahan kita sentiasa mndapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T.amin.

  • Hisyam

    – masalah yang melanda kita ialah kita tidak tahu bahawa kita sedang sakit.

    – seolah2 penyakit kanser. tidak diketahui sehingga telah kronik. Sudah teruk, baru hendak diubati. mujur jika sempat, jika tidak sempat mengubati, alamatnya MATI….

    – Hati kita sakit tanpa cinta Allah, tetapi kita tidak sedar. sehingga kita sudah kecewa dengan cinta makhluk, baru kita mahu mencari ubat merawat hati. jika sempat, alhamdulillah… tetapi ramai yang mati sebelum sempat mengubat ‘sakit hati.’

    – terima kasih. perkongsian yang sangat menarik…

  • siti humairah yasin

    Salam ustaz..
    Sgt sukakan coretan ustaz di dalam blog genta rasa.Minta untuk di copy untuk diltakkan dalam blog saya agar dapat di kongsi oleh semua.

  • Niee Daud

    Salam Ustaz. Mohon “share”. Terima kasih.

  • zahra

    salam ustaz…
    entri yang sangat menarik..memang kena masanya ketika hati ana sedang dilanda sakit dan gelisah…
    hati rasa rindu yang amat pada DIA tapi badan lesu nak mencariNYA…
    insyaAllah, semoga ubat yang ustaz bagi ni menguatkan ana untuk terus mencari dan menggapai cintaNYA yang satu…amin…
    syukran ya ustaz…

  • gentarasa

    Salam zahra,
    Untuk kita juga. Sama2lah kita berusaha. Mengingati Allah dalam keadaan lalai adalah lebih baik daripada lalai terus untuk mengingati Allah!

  • asmahanna

    Salam ustaz, jazakallah atas semua entri² yg bagus dan sgt terkena dgn diri yg byk kurg ni..makin jelas kenapa selalu walupon baca quran tp kalau masih buat perkara² dosa walupon kecil, sukar hati nk faham apa yg dibaca..n sedar masih kurang ingt pd Allah dgn sebenar² cinta pd Nya..moga diberi peluang memperbaiki diri lagi..

  • rezqie

    alhamdulillah

  • darwisyah sakinah

    syukran jazilan kathira ya ustaz..

    memang amat susah utk bercinta dgn ALLAH..kadang-kadang rasa diri ini tak layak utk berCINTA dgn ALLAH..walaupun ana rs cinta kita selayaknya hanya utk ALLAH semata-mata..mmg benar kata-kata..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..sbb itu mujahadah melawan nafsu itu diklasifikasikan salah satu drpd cabang jihad..

  • Zakiah binti Taharim

    Assalamualaikum…terima kasih ustaz diatas artikel yang telah memberi kesan dalam hati saya….

  • anep

    subhanallah..syukur benar ana ketemu dengan blog gentarasa ini..ana mohon izin untuk republish di blog ana ya ustaz..terima kasih

Leave a Reply

%d bloggers like this: