Looking for Something?

GELAP DALAM LIMPAHAN CAHAYA

Author:

“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.

Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”

Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.
“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.

“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”
“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.

“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.
“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”
“Baik-baik. Teruskan…”
“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”

Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.
“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”
“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.

“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”
“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”

Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya cepat sedar dan hanya mengerling mata.
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”
“Fasal apa pula?”
“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”

“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”
Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”

“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”

“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”
“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”:
“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”

“Saya bimbang… Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi tetapi budaya ‘mukadimah’ zina anehnya terus diperagakan dan dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan apa sahaja produk, budaya bergaul bebas seperti menari bersama, dating dan bergaul bebas itulah yang diiklankan juga.”

“Awak kolot. Itu kan ada nilai komersial?”
“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”

“Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh.”
“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”
“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”

“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, jangan kamu hampiri zina!”

“Awak dah mula emosi. Janganlah emosional.”
“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”
“Islam menyuruh kita membenci?”
“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”

“Kalau iman kita kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalam atau ‘self censord’. Kita tidak perlu sekatan mahu pun kawalan.”
“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”

“Apa awak cakap ni?”
“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.”
“Banyak sangat perlambangan!”

“Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima bai’ah daripada kaum wanita baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya.”

“Itu sejarah.”
“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”
“Awak sindir saya?”
Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”

“Bagaimana pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?” tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.
“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”
“Apa maksud awak?”
“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”

“Jadi awak setuju atau tidak?”
“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘saddus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”
“Ei, ada kempen solat juga?”

“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”
“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”

Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!

Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?

Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!

(Sekadar satu dialog imiginasi hasil menangani beberapa siri forum tentang cinta dalam minggu ini dengan siswa-siswi di IPT – semoga ada manfaatnya. )

Feedback

94
  • Nur Al-Amin

    Siapa yang ada kuasa yang mampu menyekat semua muqadimah2 ini melainkan golongan yang berkuasa ? mereka buat seolah2 mereka akan mentadbir 1000 tahun lagi, sedangkan remaja masa kinilah yang akan menyambung menjaga tanah air tercinta ini, jika diteruskan begini… ada mungkinkah malaysia bakal wujud dengan utopia yang menakutkan… mahu sahaja melarikan diri dari tanah ini, namun siapa sahaja yang akan memperjuangkan islam kita jika golongan yang sedar terus meenghilangkan diri dan tidak melakukan sebarang tindakan…

  • Nor

    Salam ustaz,
    entri yang sangat bagus utk tazkirah dan peringatan buat sy sendiri.sy berdoa mudah2an sy sentiasa dilindungi dan dipelihara olehNYA.amin.
    terima kasih ustaz.

  • kamila

    Salam. Rata rata remaja sekolah expose kepada mukaddimah zina.Ibubapa yang betul2 100% menjaga anak2 dari perbuatan ini pada pandangan saya tiada,apatahlagi jika ibubapa sendiri cenderong kearah kehidupan moden sejauhmana ibubapa dapat mengawal anak2 yang mengakses internet yang segala nya hanya dengan satu klik sahaja.
    Pada pandangan saya memang tanggungjawab ibubapa wajib menghantar anak2 mereka kesekolah agama sedari kecil sekurang2nya sehingga tingkatan lima.So kena tambah lagi bilangan sekolah sekolah agama dan mantapkan sukatan pelajaran agama disamping subjek yang lain.

  • Bawang Goreng

    Nak salahkan ibu bapa 100% pun tak patut juga, sebab pengaruh luar sangat kuat. Berapa jam sehari ibu bapa dapat mengawasi anak-anak? Dan anak-anak yg menyalahkan ibu bapa pula patut sadar diri, QS5:104 – Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”. Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?

  • mnaz

    Salam ustaz,

    Saya hampir2 tidak meneruskan bacaan hingga ke akhir catatan krn sakit kepala saya cuba memahami si ínteletual’ itu jenis org yang bagaimana.

    Mujur ini hanya dialog imiginasi ustaz, tapi saya kira dialog ini pasti berdasarkan realiti yg berlaku. Dilihat secara rambang, majoriti yg membuang bayi @ berzina adalah melayu (Islam???). Sakit kepala saya.

  • Ridhwan Bin Abdullah

    Asalamua’laikum…
    Salam Ukhuwah saya ucapkan…dan Salam ‘Ramadhan Karim’. Alhamdulillah hampir 4-5 bulan mengenali Buku, Majalah dan Genta Rasa sudah meyedarkan saya bahawa kita hanya masih terkapai-kapai membicarakan segala ‘Penyakit Umat Islam’, dari sudut ‘luaran’ tanpa menyentuh pokok/dasar/pangkal yang selama ini kita abaikan. Begitu juga dengan ‘penyakit yang sedang kita bicarakan ini. Kita kadang-kadang dah ‘BIASA’ yang betul, namun dalam waktu yang sama kita WAJIB MEMBETULKAN YANG ‘BIASA’.Mari kita mulakan…

  • ilhamminrabbi

    salam..syukran ustz ats prkongsian ini..ana mntak izin copy ..

  • naimul firdaus

    assalamu’alaikum.

    saya suka artikel ini. membuka hati dari langit sampai ke buminya!

    cuma, pada baris ke 20 jika dikira dari bawah, perkataan ‘sazdus zaraik’ memang benarkah ingin dieja begitu?

    yang saya belajar namanya ‘sadduz zaraik’.

    untuk mengelak kekeliruan, mohon dijelaskan.

    http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/08/bila-kasih-diberi-mengapa-dikhianati.html

  • ~Ri_Hartini~

    Salam ustaz,

    Kalau dulu, seawal 9 tahun, kanak-kanak perempuan sudah diarah memakai tudung di sekolah,
    setiap hari pasti akan ada ustazah yang datang jenguk ke setiap kelas untuk “mengenalpasti”
    mereka yang masih gagal bertudung. 🙂
    Kadang-kadang, kami akan ditanya siapakah yang tidak solat subuh sebelum ke sekolah.
    Pujian diberikan pada mereka yang solat dan teguran positif diberikan pada mereka yang tidak.

    Naik sekolah menengah,sekali lagi solat 5 waktu dititikberatkan. Setiap pelajar tidak kira lelaki
    atau perempuan tidak akan terlepas dari renungan “hikmat” dari ustaz dan ustazah pada setiap kali
    solat zuhur diadakan disurau sekolah. Tidak kira sama ada yang lewat atau yang tertinggal telekung
    semuanya akan dapat habuan masing-masing.

    Namun akhirnya, kami semua semakin dekat dengan Allah SWT,hinggakan kami tidak betah untuk
    ponteng ke surau. Sejuknya air wuduk yang singgah ke muka, serta merdunya alunanan azan sekaligus
    melenyapkan semua kerisauan serta keresahan dijiwa. Hinggakan kalau boleh,
    ingin saja solat zuhur disekolah dibuka pada semua kelas dari ting. 1 -> 6. Namun apakan daya,
    surau kami hanya sekangkang kera.

    Melihatkan masalah sosial yang melanda kita kini, membuatkan hati tertanya-tanya,
    kalaulah semangat ustaz dan ustazah ini masih kekal malah bertambah di setiap sekolah yang ada…
    mungkinkah gejala sosial ini dapat diatasi….

  • ahmad

    Oh…dialog imaginasi…pttlah satu part saya rase mcm tak logik..tapi..tak mengapa.Sebagai panduan dan pedoman untuk para pembaca.

  • mad

    ya allah…selamatkanlah umatmu ini….
    moga kita terus berjuang dan berusaha utk menyemai cara hidup islam yg sebenar

    jgnlah ade ‘intelektual’ yg semacam ini…kalau ada yg mcam ini, mcm mana dia nak didik anak bangsa?
    geram betul masa baca jawapan2 utk ustaz….nasib baiklah dia hanya imaginasi ustaz

    teruskan usaha ustaz…trima kasih utk artikel yg menarik ini

  • aaris

    Salam,

    Mukadimah zina sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita. Pendedahan aurat, pengaruh cerita berusur seks, budaya couple ( keluar berdua, tengok wayang bersama, bergayut di telefon (disertai pula pelbagai promosi rangkaian telefon seperti mengurangkan bayaran untuk jam 12 dan ke atas, etc ) bukan lagi perkara jauh dari normal bagi masyarakat sekarang.

    Semua sudah menjadi biasa.

    Sekali pandang rasa biasa, namun bila ditelusuri hukum dari Al-Quran, saya sendiri perlu mengajar diri untuk keluar dari kebiasaan-kebiasaan seperti ini. Perkara ‘salah’ yang sudah menjadi ‘biasa’ sememangnya memerlukan ‘renungan luar biasa’ dari kita semua. Renungannya dan pikirnya perlu panjang, baru faham.

  • amin

    Ramai orang mudah di negara kita tidak tahu dan tidak memahami apa itu zina. Sedih apabila mendengar dan meneliti fakta ini. Sememangnya usaha dan ikhtiar yang gigih wajib kita teruskan dan teruskan sampai bila-bila bagi memastikan tiada generasi Islam terus hanyut dan hanyut.

  • PuanNawar

    Ya Allah..
    saya yang baca pun rasa nak mengucap panjang..
    walaupun hanya imaginasi ust..tapi rasanya masih ramai orang melayu kita yang berfikiran sebegitu sekali..

    sedih rasa hati ni..

  • cahaya kebenaran

    Assalamu’alaikum ustaz…

    tahniah…artikel yang sgt bagus..wbagaimanapun ustaz..zaman sekarang org yg pakai tudung yg labuh..org awam pandang asing…sehingga kita disindir2 warak,alim n thiqah…ada juga yg berpendapat pakai tudung labuh ni nak tutup perut spy x nmpak ngandung anak zina…padahal mereka salah sangka…apa pendapat ustaz?

    memang betul..islam itu asing…beruntung lah org2 yang asing itu…kita menurut suruhan Allah pun dipandang asing n pelik……….hmmmm

  • Zetti

    Salam,

    Yang ada kuasa mencegah ialah ibubapa melalui didikan dan pembinaan jati diri berlandaskan agama. Yang berkuasa mengawal adalah diri remaja itu sendiri.

  • wan

    salam ustaz,

    memang media massa yang wujud hari ini merupakan faktor utama maksiat2 yang berleluasa sekarang ini. kerajaan perlu amik langkah untuk kawal laman web2 yang berunsurkan pornografi dan juga pihak tv perlu menapis2 cerita untuk ditayangkan….

  • gentarasa

    Salam,
    Tolong sebutkan di mana… boleh saya betulkan. Syukran.

  • gentarasa

    Salam,
    Syukran sangat atas teguran. Saya dah betulkan.

  • Farid Amin

    Salam ustaz, mujur ustaz nyatakan di bawah bahawa perbualan tersebut hanyalah ‘perbualan imiginasi’. Terkejut sebenarnya sekiranya benar-benar wujud ‘intelektual’ seperti itu. Sangat setujulah denga ustaz, suatu permasalahan itu harus diperbetulkan dan dilihat dari akarnya, bukan pada rantingnya mahupun pucuknya. Isu sekolah hamil ataupun pusat penjagaan bayi luar nikah tiada salahnya namun jika kita terus membiarkan potensi-potensi zina atau mukadimmah zina itu berleluasa maka tiada gunanya.

  • Mohd Nor

    Assalamualaikum Ustaz,

    Maaf jika pertanyaan ini agak di luar tajuk. Saya ingin bertanya selalunya ustaz menulis artikel atau blog pada waktu bila dan apakah persediaan ustaz sebelum menulis?

  • Mihri

    Salam ustaz,

    Bagus artikel nya, dan saya setuju dengan pendapat kamila.
    Hari ni ibubapa pun tak ‘terdidik’. Saya tak pergi jauhla, dalam keluarga saya sendiri pun, ada makcik-makcik yang berbangga bila anak gadisnya pakai baju menjolok mata. yang terunanya, macam-macam gaya rambut. Mereka bangga dengan class yang mereka cipta. Bila kita tegur, dikatanya kita dengki.
    Inilah akhir zaman, kelubung litup pun kena tegur.

  • muhammad

    salam,
    pendapat peribadi saya, asuhan ibubapa sejak anak2 kecil lagi memainkan peranan penting. saya dah jumpa macam2 kawan & macam2 perangai. kita ni berasal dari ibubapa & hak seorang anak terhadap ibubapa adalah diberi pendidikan-bkn dr segi akademik saja. maknanya,pembentukan anak2 bermula dari tindakan ibubapa

  • nor

    mohon untk dishare dlm Fb..sumber akan disertakan sbg originality..moga yg mbaca ada ksdaran.amin

  • Hafriz

    Terima kasih ustaz..
    artikel yg mnarik, syabas bt ustaz!

    soalan dr penanya dlm ‘dialog imaginasi’ ustaz ni mmbuatkn jntung sy bdgup kncang yg tramat. rasa nk tenyeh2 je mulut si penanya tu…huhu
    maaf..skadar luahan.

  • mohamad saharizal

    Assalammualaikom..
    Memang betul kata ustaz. terlanjur sama dengan zina. Cerita di media cetak menambah lagi kesesatan manusia. dah ler cerita pasal si polan & si polan ditangkap berzina, siap ditambah cara bagaimana mereka berzina. Wallahualam…

  • yushida03

    terima kasih.

    satu peringatan utk diri sendiri. walau anak-anak masih kecil. besar cabaran membesarkan anak di zaman ini. semua mudah. nak beribadah mudah, nk bermaksiat pun, di hujung jari saja.. it it most important to instill iman in the heart of this kids. but how? sama-sama lah kita berkongsi ilmu dan pengalaman.

  • Hawa

    salam ustaz….
    saya nk mintak kebenaran sedikit dr ustaz. Klau boleh sy ingin ambik sdikit isi2 ustaz untuk saya bentang kn di dlm kelas sy. Sy mengajar sambilan, sy cube uk terang kn pada ibubapa tentang masalah sosial ini tp tdk tahu kt mne nk mula.. mohon pertimbangan dr ustaz. salam

  • cybertabligh

    Salam….

    Tackle the root cause…..
    Tackle the root cause…..

  • rimbakasih

    ramai yang tahu dan sedar perkara mungkar tu salah tapi mereka masih buat juga. Jati diri slalu goyah ditambah pula dgn hasutan syaitan membuatkan tindakan remaja kita sering tersasar dari landasan islam. Marilah sama2 kita bermujahadah melawan godaan nafsu dan hasutan syaitan bagi mencapai kesempurnaan iman seterusnya membenteras pelbagai kemungkaran di sekelilig kita.

  • gentarasa

    Salam rimbakasih,
    Itulah ubatnya… mujahadah. Tapi pahit dan pedih. Tak pa. kita cuba.

  • gentarasa

    Salam,
    saya ulang lagi tackle the root cause 3X. Sahih.

  • gentarasa

    Salam Hawa,
    Teruskanlah, moga jadi amal jaruah bersama. Saya tidak ada harta, cuma sedikit tazkirah diri yang boleh dikongsi. Silakan.

  • gentarasa

    Salam yus,
    Begitulah. Yang paling penting jaga dan kawal sejak kecil. Biah solehah. Rumah adalah kubu terakhir kita!

  • gentarasa

    Salam,
    Menceritakan bagaimana nak jadi baik… lebih baik daripada cerita bagaimana terlanjur jadi jahat. Ya, itulah.

  • farisa umar

    salamun a’laika..
    buat pngetahuan ustaz, ini kali pertama saya memberi respon terhadap penulisan ustaz, meskipun saya seringkali membaca artikel2 yang sangat bermanfaat pada blog ini kerana saya amat tertarik dengan penulisan ustaz pada kali ini..
    menyentuh perkara berkaitan dengan zina ini seringkali kita dengar, namun sangat sedikit yang bertindak utk mencegahnya..bila berlaku perbincangan dalm perkara ini (seperti perbualan ustaz di atas) ramai juga golongan intelektual yang sependirian dengan individu di atas..mengatakan kita yang cuba menerangkan nilai2 islam ini bersikap terlalu emotional..padahal golongan intelektual ini sangat berpengaruh dalm masyarat..iya, saya katakan berpengaruh dari segi pemikiran dan merubah pendirian dan cara berfikir masyarakat.. saya sangat kesal dangan golongan2 seperti ini..mungkin juga golongan2 intelektual ini sgt terpengaruh dengan pemikiran barat..wallahu’alam..

  • ana aziya

    salam.
    kadang2 bukan salah didikan ibu bapa..sebab saya pernah dengar keluhan dari seorang ibu yang berstatus ustazah. katanya, sukar untuk mengawal anak2 remaja pada hari ini..kerana remaja mudah memberontak..pantang ditegur. tidak seperti zaman kita2 dahulu. benar, melentur buluh dari rebungnya..tetapi adakalanya rebung yang telah dilentur sebaiknya pun akan patah juga bila menjadi buluh. entah di mana silapnya. mungkin semua itu ujian..ujian akhir zaman untuk ibubapa, pendidik dan para da’i. sukarnya untuk mengerti remaja pada hari ini.. anak2 yang masih dibangku sekolah rendah pun sudah tahu berbicara tentang mukaddimah zina..malah berani melakukannya. sudah tidak segan bergaul bebas..itu cabaran sebenarnya…kecanggihan teknologi begitu mencabar kita.. jadi siapa yang harus dipersalahkan… dalam mendidik, doa adalah penting…didikan perlu seiring dengan doa dari kita yang mendidik untuk mereka yang kita didik.. wallahu aa’lam…

  • Ridhwan Bin Abdullah

    Asalamualaikum,
    Mohon kebenaran menggunakan ‘tulisan biasa’ tetapi kesannya ‘luar biasa’ dan hasilnya ‘berbisa’. Doa dan sokongan diberi untuk keKanda[bahasa yg dirasakan sesuai] Pahrol untuk terus berdakwah dlm tulisan…

  • Amli

    Salam Ustaz,
    terima kasih atas perkongsian ilmu. tahap pemikiran saya tidak dapat membayangkan wujudnya intelektual seperti artikel di atas. Tapi yang paling saya suka ungkapan ni – “Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”
    Mohon ambil sebahagian artikel ustaz untuk disebarkan.

  • gentarasa

    Salam Amli,
    Syukran atas usahamu! Selamat berpuasa, lahir dan batin. Semoga amal kita semua (semua pengunjung blog) ini diterima. Amin.

  • gentarasa

    Salam adik Ridhwan,
    Kita hanya manusia biasa. Ketika mengingatkan pun, kita sendiripun alpa. Tetapi apakah itu alasan untuk tidak mengingatkan? kerana kekadang cara mengingatkan diri sendiri ialah dengan mengingatkan orang lain… Aku itulah orangnya. Sangat biasa tetapi sedang bertatih mengejar cinta yang luar biasa.

  • gentarasa

    Saudara ana,
    Ya, kita sering kali berusaha mengubah dunia, tetapi terlupa mendidik diri kita sendiri. Hakikatnya remaja adalah produk didikan ‘retua’. Kekadang kita malu bila melihat perangai buruk kita terserlah pada anak-anak kita. Ah, memang ini cabaran… mendidik diri untuk mendidik orang lain. Sistem yang ada tidak membantu. Budaya yang ada sangat menyukarkan. Didik, doa, didik dan doa lagi. Islam memang bermula dan berakhir begini. Kita akan terus berjuang… biarpun jatuh bertongkat dagu, namun undur tidak sekali!

  • gentarasa

    Salam farisa,
    Walaupun dialog imiginasi… tetapi ia adalah isi pengalaman bercakap dengan tiga atau empat orang yang saya temui dalam realiti. Itulah hujahnya. Cara ‘melihat’ telah tersasar. Hati dan akal tidak bersandar lagi pada keyakinan adanya Pencipta dan Hari Akhirat. Kita semua jadi mangsa oleh mereka yang punya kekuatan tanpa kebenaran dan keimanan. Tetapi kita masih ada lidah dann hati… Kita buat dulu apa yang mampu, semoga Allah bantu kemudiannya untuk kita membuat apa yang kita tidak mampu. Tolong doakan saya farisa. Doa di Ramadan ini berkat. Apa lagi dari orang yang hanya kita kenali kerana iman dan Islam.

  • basirah

    assalamualaikum,ustaz..terima kasih..mudah2an…artikel ini menjadi renungan saya dan juga sahabat2 lain, insyaallah.

  • qaireen

    Assalamualaikum ustaz. artikal ini mempercambahkan lagi pemikiran saya tentang masalah remaja sekarang. tertarik dengan kenyataan ustaz psl solat. memang betul, x ramai saya lihat kawan-kawan remaja yang solat, tak ramai juga yang saya lihat solat cukup lima waktu,dan x ramai juga yang saya lihat solat dengan tertibnya.

  • sofuan-wan

    Menjadi tanggungjawab semua untuk memikir masalah remaja sekarang.bagi saya ,pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang paling penting.ini kerana mereka mempunyai kuasa untuk merubah apa sahaja pendekatan di negara kita.Contoh ,media kita tiada pendekatan islam.Pihak berwajib hanya perlu berkata boleh atau tidak boleh sahaja.tapi kenapa tidak berani untuk terapkan islam.Pendidikan kita kurang islamik.Ini pun pihak berwajib buat tak tahu.Pendidikan ZINA itu sendiri telah dihalalkan oleh pihak berwajib.Kita semua tahu sebenarnya tapi semua berdiam diri.Manakan tidak isteri,anak pemimpin tidak bertudung.bukankah itu menghampiri zina.Jika ditegur.kita pula yang susah.Tak percaya cuba tegur Isteri Perdana Menteri kita kenapa tak bertudung .Terimalah akibatnya…..fikirkan

  • Ladfe Amir

    Assalamualaikum Ustaz.
    Satu entri yang sangat bagus. Mmg isu sebegini isu yg sukar dibendung tetapi tidak mustahil Semoga Allah membantu kita semua. InsyaAllah.
    Mohon kebenaran untuk berkongsi entri ini di blog saya menerusi backlink.
    terima kasih

  • ummu rafiq & raihanah

    salam ustaz,
    entri ustaz cukup untuk membuatkan hati bergetar, lahirnya bimbang seorang ibu yg sememangnya sentiasa mendoakn dan mencuba penjadi imam ( pemimpin) yg terbaik utk anak2.
    Di samping mencegah, kita juga tak boleh lupa dgn hukuman yang tlh Allah firmankan di dlm Al-Quran Nya ke atas pesalah 2 zina ini. Mungkin smpai saatnya kita perlu mengaplikasikan hukum hudud yang sudah sepatutnya diamalkan di setiap negara yang mengaku Islam. Inilah akibatnya jika hukum Allah diperkecilkan.
    Anak2 remaja banyak dilihat bermasalah menambah kuantiti pembuangan bayi, namun sebaliknya mungkin lebih banyak juga ‘retua’ yang berzina tapi pandai menyembunyikan identiti dgn tidak membiarkan diri mengandung…Hukuman yang ada tidak cukup membuatkan mereka takut dan patuh pada keagungan Allah…

    Tegakkn hukum Allah. Allah pasti memberi rahmat buat seluruh rakyat Malaysia tercinta ini…

  • iskandar

    nice…

  • wana93

    salam ustaz..
    saya suka penulisan yang ni..
    masalah remaja..
    minda dan hati sy terbuka dgn hujah ustaz..
    alhamdulillah..
    syukran kathiran ustaz..
    🙂

  • nurul huda

    salam ustaz.sangat setuju dgn pandangan ustaz.
    rasa sebak membaca article ni mengenangkan intelectual2 islam yang di luar sana yang mengasingkan hal dunia drpd akhirat…

  • akmariahnur

    mohon diizinkan untuk dikongsikan pada blog saya.syukran ustaz, RAMADHAN KAREEM

  • info moslem

    assalamu’alaikum wr wb

    salam kenal dari blogger info-moslem

  • Syawana UTeM

    Assalamualaikum Ustaz,alhamdulilah dan tahniah ats usaha berterusan bg mengubati “penyakit” yang melanda negara kita hri ni. Sayangnya apbila kita melhat ramai di kalangan remaja terjebak, walaupun mahasiswa sama sahaja..penting sebenarnya utk kita kmbali kpada ISLAM..amalkan seluruh ajarannya, bukan di ambil berjuzuk2.. Ciri1 ISLAM sndri mnyebut Inqilabiyah, islam tertegak dengan bangunkan syariat islam dan runtuhkan kebatilan.. Tetapi sayangnya sekarang ni, kedua2nya dinaikkan.. Semoga lbh ramai yg berjiwa besar membawa risalah dakwah seterusnya bersama mbendung masalah ini tdak kisah siapa pun kita.. TAKBIR!

  • wan

    salam ustaz….

    Kehidupan kita disini banyak dipengaruhi negara barat dari semua aspek terutama pakaian…media massa pun banyak menyiarkan iklan dan cerita2 yang melampau dalam konteks kehidupan muslim…bagaiman pendapat ustaz untuk mendidik anak-anak dalam dunia masa kini. kekadang mari terfikir x nak ada TV ..

  • Mahfudzah

    Assalamualaikum wrb ust..

    masha Allah.. setiap kali baca entry ust, mesti byk yg komen. mesti byk yg menggemari blog ust kn? mudah2an bermanfaat bgi yg menulis juga yg membaca.. ameen..

    sebab itu pentingnya didikan agama, especially first and foremost dari yg dlm rumah sendiri kan? dan kpd remaja2 sekolah skrg ni especially.

    insha Allah.. sbb kita yakin akan jnji Allah tertegaknya islam pd satu hari nnti, kan ust? maka kita kena usaha mendidik anak remaja now! infiruu.. (9:38)

    Allahu a’lam.. mohon maaf jika tersilap kata..

  • Sakinah

    Salam ustaz,

    Orang sering berkata jika iman dlm diri anak kuat hasil daripada didikan agama dirumah, jika sekalipun dikelilingi dengan persekitaran yang banyak pengaruh negatif, tetap tidak akan terpengaruh. Saya sangat setuju dengan ini :

    “Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.

    Ustaz pada pendapat saya, mungkin antara hikmah hukum hudud ialah walaupun ibubapa gagal mendidik anak2 tapi dengan adanya hukum itu orang tidak berani melakukan zina kerana amaran keras hukum hudud. tapi apakan daya..hudud dianggap zalim dan hak Allah itu ditentang manusia.

    Mohon copy artikel ini ustaz..terima kasih

  • qana'ah

    assalam …. ust…
    kenapa tren gaya hidup…rambut cacaknya…bangga tidak puasa
    tunjk dpn khalayak ramai…remaja…runsing mak ayah dah … masukkn ilmu di dada… pandai bermuka..baik di depan…kita blkg mak…setan pula..
    bila ajak bual bg perhatian..ok confuse….remaja ini??

  • kamar al bahrin

    Ustaz …. saya amat bersetuju artikel walaupun Dialog imerginasi tu. Malang lah Kita bangsa melayu ada satu perkara itulah yang paling kuat dan perkara itulah yang melemahkan kita…. iaitu BUDIBAHASA.
    dengan budibahasa kita dihormati dengan budibahasa juga kita diterajang, tipu digadai dan macam-macam lagilah.
    Tak boleh guna perkataan Bodoh… tak pandai takpa…
    Tak baik kata babi …kerbau pendek takpa…
    jangan cakap tu pelacur nanti marah dia …ayam tak pa…
    jangan cakap ganja…dam aje …
    semua benda tu sebenarnya sama…

    apakan kalian setuju ini perkara asas.
    menjaga budi orang atas…

    namun begitu untuk rasa lebih bertakwa…
    apakata kita ubah semua perkataan HAK dalam hidup kita kepada TANGGUNGJAWAB,

    Cth.1
    ini duit HAK aku… Tukar
    Ini duit TANGGUNGJAWAB aku…

    cth2
    ini harta HAK aku…. TukaR
    ini harta TANGGUNGJAWAB aku…

    semoga kita lebih bertakwa dalam melunaskan hak kita sebelum pejam mata (meninggal dunia/mati).

    wasalllam.

  • along///

    salam ustaz…..
    kalu sy laa brdebat ngan org cam nehh….
    pertama skali sy akn tumbuk di mukanya…
    musti dia marahh…n nak membalas….
    soalan yg akn sy ajukan padanya selepas tu ialah….kenape awak tak elak semasa sy tumbuk itteww….
    mendalam neh maksud sy…..ahhaa

  • Latifah

    Assalamua’alaikum.

    First time datang ke sini.
    Isu yang semakin membimbangkan sekarang.
    Moga2 Allah tetapkan hati2 muslimah di luar sana agar tidak terjebak sama.

    Mohon dikongsi artikel ini.
    Syukran.

  • Azizulman

    Assalamualaikum.

    Pendapat ustaz tuh sangat-sangatlah benar dan praktikal. Sy sokong 100%.

    Kita perlu berdakwah, tetapi dakwah di dalam cara yg bagaimana?

    Sy lihat dimana-mana ada dakwah yg cuba dilakukan, tetapi tidak begitu berkesan, malah dijauhi oleh hampir kebanyakan umat. Sy tergerak hati untuk bertanya dan berfikir, dakwah bagaimana untuk menembusi dan membuka hati umat Islam kini yg sudah makin terpesong dari ajaran Islam dan hanya menggunakan LOGIK dan AKAL fikiran.

  • gentarasa

    Salam along,
    Ya. faham. Mencegah dari ditumbuk lebih baik daripada dah kena tumbuk baru nak cegah. He, he… nakal.

  • gentarasa

    Ya,
    Tanggung jawab itu perlu dilanjutkan kepada “itu Amanah Allah pada aku.” Itu duit yang diamanahkan Allah padaku. Itu harta amanah Allah padaku. Wallahua’lam.

  • gentarasa

    Salam,
    Begitulah anak-anak kita. Perlu terus mujahadah. Jangan kecewa… mendidik ini kerja anbiya, perlu kesabaran yang tinggi.

  • gentarasa

    Salam,
    Sekuat mana pun iman… perlu hudud. Undang-undang yang baik bukan hanya untuk orang yang jahat… orang baik pun perlu.

  • gentarasa

    Salam,
    Syukran atas kesudian akhi. Salam takruf juga dari saya.

  • Wani

    Salam Ustaz,
    Semoga mendapat kerahmatan dari Allah…..saya tertarik dengan artikel ustaz yang sangat bermakna dan dapat memberi panduan dalam membentuk generasi masa kini. Sebagai salah seorg individu yg terlibat dalam usaha membantu golongan remaja yang bermasalah saya mengakui kebenaran bahawa solat mampu mencegah kemungkaran, hasil dapatan dari maklumbalas remaja2 ini….di akhir sesi saya pasti bertanyakan adakah anda menunaikan solat? kebanyakkan menyatakan tidak solat, kalau solat pun,kadang2, kebanyakan masalah yang melanda manusia hari ini berpunca dari faktor dalaman (sering berlaku internal conflict) disebabkan kekuatan spiritual amat rapuh…..apabila rapuh jika dilanda badai maka berkecailah ia….sama2lah kita berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam usaha kita membentuk semula generasi hari ini menjadi insan iman & bertaqwa….Amin.

  • gentarasa

    Salam Wani,
    Syukran atas perkongsian. Solat sangat penting… mula-mula didirikan atas dasar kebiasaan dididikan dan latihan, kemudian difahami, dihayati dan dirasai kesannya pada hati semasa solat dan di luar solat. Punca kejahatan, adalah tidak solat. Ataupun solat tetapi tidak didahului oleh ilmu dan penghayatannya.

  • ayub

    Assalamualaikum ustaz,

    terima kasih ustaz kerana semua artikel ustaz yang saya baca banyak memberi manfaat kepada saya……mohon untuk di copy.

    syukran

  • along///

    kpd gentarasa::::

    sy ada mendengar satu komen yg amat bernas dr seorg ustaz di tanya la ustaz tv9….
    jawapan persoalan d mana tuhan itew trjawab apabila seorang kekasih allah memberi dia satu tumbukan setelah pertanyaan ia ajukan kpdnya…..
    sy tak igt bila dan apa nama ustaz itu..
    ttpi jawapan yg dberikan mempunyai maksud yg amat mendalam hingga org yg di tumbuk brtukar menjadi hamba allah yg trbaik akhirnya…..

  • nomad melayu

    Salam Ustaz,
    Terima kasih atas artikel ini. Walaupun rekaan, tetapi sangat menghampiri realiti masyarakat kini. Terbuka minda membaca. Mohon izin artikel ini di copy dan disebarkan.

    🙂

  • muhammad hafizuddin

    assalamualaikum ustaz

    sy b’trime ksh kpd ustaz atas p’kongsi artikel yg pnting dn amat b’guna ini., artikel ini tlah m’nyedrkn sye tntng k’llaian sy t’hdp agama yg suci ini dn sdar tntng k’mdenan yg m’jrus k’arh k’hncran dn k’glapn kpda m’nusia yg m’nylh gneknny.. Sy sdr bhwa umat islam mse kni krang k’sdrn t’hdpap agama yg suci ini,dgn adny org yg s’prt ustaz ini mmpu m’berikn k’sdrn d’smping m’nmbh motivasi dri sye,trime ksih ustaz..sy hrp ustaz hlalkn ye sy copy artikel ini untk t’juan k’sdrn.,aslmualaikum…

  • Niee Daud

    Mohon kongsi Ustaz. Terima kasih.

  • izmer

    Assalamualaikum.. saya setuju solat asas segalanya… yang pertama disoal pun solat..

    wallahua’lam

  • zinnirah

    salam. ustaz, sy minta izin link utk share di fb boleh?? mungkin boleh kongsi dgn lbh ramai org..

  • gentarasa

    Salam, ok sahaja…

  • zurina md.noor

    Salam ustaz…mukadimmah zina ini dah menjadi satu kebiasaan di kalangan remaja. Sudah hilang rasa takut dan dosa. Saya sangat berempati dengan remaja masa kini. Ayuhlah..same-samelah kita dampingi remaja dengan penuh kasih sayang…mereka sangat memerlukan bimbingan BUKANNYA bebelan atau leteran yang tiada kesudahannya.

  • Busainah

    salam,

    walaupun bukan secara mutlak kesalahan itu perlu terbeban di bahu ibubapa, namun memang ibubapa lah antara puncanya kerosakan akhlak anak2 kini. mak, bapak solat lambat. kadang2 jadi jamak ta’khir pula. tu yg bersolat. mak, bapak yg tinggal solat juga amat ramai! anak? yg ajar solat guru di sekolah. aurat mak tak terpelihara. pakai tudung lengan nampak. bentuk dada kelihatan jelas sebab tudungnya pendek dan disingkap ke tepi. anak? hanya merasakan tudung utk org dah masuk umo 40-an. ini bukan soal tudung tp sola tutup aurat. tu yg bertudung (pun masih tak terpelihara auratnya), yg tak pakai langsung lebih parah. rambutnya perang menutup uban. anak? tentulah lebih blonde lg rambutnya!

    saya sedih. saya risau. saya juga ibu muda yg baru mempunyai 2 chymata perempuan. setiap hari dada terasa cemas…apa mampukah sy mendidik mereka.gerun melihat dunia di luar sana. maka kita lah sbg ibubapa yg paling utama mendidik anak2. ajar aurat mereka. didik kenal ALlah dan Nabi. rajinkan diri mengajar ngaji. khabarkan ttg syurga neraka mengikut kesesuaian umur mereka. pimpin mereka dgn akhlak mulia. yg lelaki ajak ke surau, masjid. hidupkan solat berjemaah dan tazkirah keluarga di rumah. pantau teman dan sahabat mereka. peringatkan ttg haram berdua dgn jantina berbeza, pastikan makanan dan rezeki bersih, halal lagi baik, pantau rancangan tv yg lagha-lock sj!, temankan anak bila mereka layari internet, ceritakan ttg mata yg akan terbakar dek api neraka jika memandang yg haram, pastikan anak2 berpakaian menutup aurat, jika mereka tersilap tegur dgn baik, beri ganjaran bila mereka berkelakuan mulia dan kadangkala hukuman perlu bila mereka tidak mendengar kata.

    semua ini….segala usaha mendidik dan mentarbiyah sejak usia 3,4 thn hinggalah ke usia 21, 22thn mungkin…..kitalah ibubapa yg bertanggungjawab memikulnya. siapa lagi? bukankah kelak kita yg akan disoal di akhirat sana ttg amanah anak pd kita. malah selagi namanya anak…hingga hujung nyawa wajiblah kita pantau dan ambil berat walaupun ketika itu anak berumur 50thn mungkin dan kita 75thn jika pjg umur.

    tapi ramai ibubapa yg merasa cukup dlm menjalankan tggjwb bilamana mampu bg duit poket yg byk, mampu bg makan sedap dan beli baju berjenama, mampu hantar anak ke tuition hingga anak dpt straight A’s, mampu belikan anak motor atau kereta yg dengannya dpt anak keluar dating dgn buayafriend atau gelifriend! sgt sedih!

    saya berdoa semoga kita semua ibubapa mula bertaubat dan muhasabah…apakah selama ini tgn2 kita yg merosakkan akidah dan akhlak anak2! sesungguhnya…anak2 itu ketika lahir sgt bersih dan fitrah, tetapi orgtuanya lah yg menjadikan dia itu yahudi, nasrani atau majusi! nauzubillah… inilah peringatan buat kita ibubapa.

  • yani

    sama-samalah kita berdoa agar kita dan keturunan kita jauh dari mukaddiamah zina.. memang pengaruh negatif di sekeliling kita sangat kuat..tapi berusahalah dan berdoalah pada Allah SWT agar kita & keturunan kita selamat..

  • along///

    busainah…..
    usah gentar dlm mendidik anak anda….
    guru yg paling trbaik ialah anda (ibu) sendiri…..
    so didik lah anak puan itu dengan cara suci murni yg d tunjukkan oleh baginda rasulullah saw……
    insya allah, mrk akn trdidik dan trbaik……

  • thaqif

    salam..betul apa yg us kata..masih lg ada org yg mahu asingkan urusan dunia dgn urusan agama…sdgkan agamalah yg patut kita praktikan dlm kehidupan…lg 1 perkara…kbykan umat islam mandang syahadatain perkara remeh…sedangkan kalau kalimah syahadatain kuat dalam diri setiap insan nescaya iman dirinya kuat dan insya-allah semua masalah dapat diatasi….

  • pahlawan

    salam dalam islam….
    subhanallah..sgt terkesan dalam fikiran..
    ape yg nk dilindungi,itulah yg smkin terdedah,ape yg nak ditonjolkan,itulah yg smkin tenggelam…1 pkara tntang mudahnya berilusi..ari ni kta lihat bebudak penuh padat di “SURAU”,,oppps!! itu dulu,,kini di…?,,CC…n yg paling syok..”KERAJAAN PERUNTUKAN NOTEBOOK BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH”..wouuu..bestnya kn kn..cam mne kita nak didik kucing,kalau harimau ada sebelah..??

  • mFaiz.as

    salam. menarik. xde “pedas” mane pun istilah zina tu…betul lah tu!

  • QaSeh

    Salam,
    Ustaz…sy stuju dgn kempen tutup aurat…cerita tentang remaja teringat sy kpd sepasang remaja yg umur nye sekitar 17thn,ketika itu sy dan suami pegi bertemu kawan yg sudah lame tidak jumpa kebetulan dia bekerja di sebuah hotel bertaraf 3 bintang sekitar bukit bintang sedang berbual2 di lobi tiba2 sepasang remaja kuar dari hotel tanpa rasa ape2 dan bersahaja jam pada waktu itu pukul 6ptg..sy dan suami masing2 berpandangan tanpa sebarang kata2.Hingga hari ini sy masih lagi teringat2.

  • mawarlarangan

    salam..
    Alhamdulillah.. Tahniah kpd ustaz dan kpd puan Rosmawati (Raudatul Sakinah) atas kupasan yg menarik yg penuh bermakna tuk forum tadi (Forum Mahasiswa Bijak Jauhi Zina: Zina Bukti Cinta Palsu)

    Ayat ustaz masih lg terngia-ngia dan sangat terkesan di hati saya,
    ” Sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang paling banyak mengingati kematian dan mempersiapkan diri ke arah kematian”.
    ” Beribadatlah sehingga kita letih untuk membuat maksiat”

  • ccomme

    Assalamualaikum semua,
    Terlalu sukar hidup zaman ini. Kalau boleh biarlah seperti zaman 70’an di Malaysia – 70’an di Barat sudah maju, bibi-bibit kehancuran telah bermula.

    Menjadi ibubapa zaman ini sangat confuse, apatah lagi remaja, lagi confuse. Yang mana benar yang mana tidak. Bagaimana untuk memilih dan membuat keputusan. Untuk lari dari teknologi, tak mungkin. Nampaknya kita pun mungkin mabuk teknologi, paling kurang nak juga talipon yang skrin warna. Cuba tanya siapa yang tak ada komputer sekarang? Benar atau tidak, teknologi Internet antara agenda syaitan, (bagus dibincangkan) yang datang dalam bentuk teknologi melalui Barat. Mereka ‘dipilih’ melaksanakanya. Hendak atau tidak kita kena ambil dan tempuh juga. Berdoalah agar kita pula terpilih oleh NYA untuk sentiasa waspada dan menyedari keburukanya.
    Disini letaknya keseimbangan yang perlu ada pada setiap orang. Bukan sahaja remaja, yang berusia juga tidak terkecuali.

    Kerana banyaknya isi kandungan Internet, tetapi sedikit yang ‘betul’, dipercayai ia adalah penyebab kepada sesetengah isu moral dan sosial. Persoalaanya benarkah visual yang begitu membanjiri Internet penyebab kepada kejatuhan moral dewasa ini?

    Saya cuba melihat pemasalahan yang semakin membimbangkan ini dari satu sudut lain. Bolehkah tuan/puan bantu saya dengan menyertai poll satu kajian di blog http://ccomme.wordpress.com.
    Saya perlu mengumpul maklumat sokongan dan pendapat ramai sebanyak mungkin sebagai bukti masalah yang dikaji ini benar-benar berlaku di negara kita dan serius. Komen di blok ini juga satu bukti. Izinkan saya mengambilnya. Saya menunggu pendapat saudara di sini selanjutnya atau di blok saya. Terima kasih semua.

  • inassayangg

    salam..
    artikel artikel ustaz semua best.. suka luangkan waktu untuk membaca dan hayati setiap mesej mesej yang ustaz sampaikan..
    terima kasih ustaz..

  • abdullah zubair

    salam ustaz…artikel yg sangat bagus untuk menjawab persoalan remaja sekarang ini..kalau boleh dikongsi dalam facebook adalah tersangat baik kerana facebook, kerana timbul isu masaalah ini yang bermula dengan faceboo…

  • elil husna

    Salam ustaz…
    Isu buang bayi kala ini amat merungsingkan banyak pihak..Saya sendiri pun kecut perut apabila membaca tentang isu ini di dada akhbar…Hal ini tidak akan terjadi jika para remaja dididik tentang keburukan pergaulan bebas…Segalanya bermula dari rumah,tetapi tidak boleh kita salahkan ibu bapa yang mendidik..Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan ustaz tentang mukadimah zina. Iman kita senipis kulit bawang,Ya Allah saya bimbang jika saya sendiri terdorong ke arah itu… Moga Allah melindungi saya dari segala gejala maksiat…amin…. 🙂

  • lån penge nu

    I have read so many posts about the blogger lovers except this article is
    really a pleasant article, keep it up.

  • Jermaine

    I was very pleased to find this website. I need to to
    thank you for your time for this particularly wonderful read!
    ! I definitely appreciated every little bit of it and I have you saved to fav
    to see new stuff in your website. I though you should
    know, I bookmarked GELAP DALAM LIMPAHAN CAHAYA | Genta Rasa at
    Buzzfeed so my family can learn from it also. May I also reveal a word of advice.
    Purchasing great video marketing could well be incredibly challenging.
    I find it most advantageous to speak to a a Top San Diego
    Bankruptcy Attorneys. Our staff of Great Bankruptcy Lawyers San Diego are right here to assist with all
    your legal demands.

Leave a Reply

%d bloggers like this: