RSS

PUISI HATI DI AIDIL FITRI

07 Sep

Assalamualaikum saudara-saudaraku,

Ramadan sudah di hujung hari. Mudah-mudahan ia tidak di penghujung hati. Ia sentiasa hidup untuk baki hari seterusnya pada 1431 Hijrah ini. Untuk pengunjung Gentararasa, saya ketengahkan kembali sebahagian sajak-sajak  yang pernah saya nukilkan sempena Aidil Fitri. Ada diantaranya telah dijadikan nasyid. Saya ucapkan syukran jiddan kepada semua yang telah mengingati dan mendoakan saya. Saya juga akan sentiasa mendoakan anda. Apa lagi yang kita harap sesama manusia jika tidak doa dan nasihat?

Selamat membaca… semuga ada sekelumit manfaatnya.

IKHLAS DI HARI RAYA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina

Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!

Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah

Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!

SEMAI KEBAIKAN TUAI KEREDHAANPada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendikiawan
murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan…
Di akhirat nanti menuai keredhaan…
Di sini tempat berkerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Ramadan itu medan mujahadah
Agar di Syawal kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit kerana syurga itu manis
Ramadan itu bagai ‘dunia’ – menempuh ujian
Syawal itu umpama ‘akhirat’ – menempah kejayaan!

KEMBARA DI HARI RAYADahulu…
saat indah zaman nubuwwah
Di kanan iman, di kiri ukhwah
Di tapak… kebersihan hati
Di puncak… kecanggihan teknologi

Lalu keindahan Islam pun kembara
dari Makkah ke Madinah
Menuju Asia, Afrika dan Eropah
Jelajah seantero benua!

Ketika itu perilaku ummah dihias mahmudah
Di asas ‘lil Lah’ padu keikhlasan
Gerak kerja cekap dan berkesan
Kukuh seluruh sepenuh itqan

Puasa kita itulah kembaranya
Syawal kita itulah destinasinya
Membina TAQWA dengan yang Esa
Melahirkan AKHLAK sesama manusia
Menjana ITQAN di dalam kerja

Semuga Syawal kali ini
Adalah satu kemenangan
Menyemai kerendahan seorang hamba… di dalam jiwa
Menuai keperkasaan seorang khalifah… di maya pada
Jika tidak…
Kita terus terusan kembara!

Allah hu Akbar, Alllah hu Akbar, Allah hu Akbar!

PERISA HATI DI AIDIL FITRI

Kepelbagaian perisa menjadi satu rasa
Aroma yang berbeza bumbu kelazatannya
Pedas, harum, manis dan pahit bergaul mesra
Dalam resepi warisan sejak dahulukala

Pada kelembutan ketupat dan lemang
Pada keenakan lodeh dan rendang
Bersalut segala kreativiti dan aspirasi
Melahirkan citarasa yang serasi dan harmoni

Begitulah kiasan di Hari Raya
Hari mempertemukan semua yang berbeza
Segala bangsa, budaya dan agama
Buat menjalinkan kesatuan rasa

Berbeza bukan untuk bertentangan
Pelbagai bukan untuk bertikai
Di Aidil Fitri kita dipertemukan
Bagai ramuan dalam satu masakan

Inilah menu hakiki…
Inilah persaudaraan sejati…
Perisa hati di Aidil Fitri!

MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

BUNGA TANJUNG
(Buat wanita solehah itu…)

Seroja wangi di jambangan
kemboja indah pandangan
anggerik cantik menarik
mawar merah menyala
… cuma Tanjung
di hujung kampung
harumnya sentiasa ada
tawadduknya tetap ketara

Bunga tanjung di hujung daun
Dipagar belantara merimbun
Namun harumnya sampai jua
… ke hujung kampung

Tanjung sepi sendiri
Mengadu sunyi di sisi Ilahi
Dia pilu yang menabur bakti
Tersiksa jiwanyaagar
Bahagia milik bersama
… tetap segar
… tetap mekar

Bunga tanjung mendakap wangi
Terseri di julang sanggul puteri
Gugurnya sebagai gugur serikandi
Bertuah anak yang memanggilnya ibu!
Beruntung suami yang memanggilnya isteri!

PELUANG SAMA NATIJAH BERBEZA

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

MUHASABAH RAMADAN

Hari Raya Hari Kemenangan
Hari Kesyukuran Dilimpahi Kemuliaan
Di Lipatan Seni Mehnah
Ada Maksud Murni Yang Lebih Hakiki

Pada Nafsu Yang Dilentur Lapar Dahaga
Pada fikiran Disinar Wahyu dan Sabda
Pada Hati Bersih Di Solat Tarawih
Apakah Semuanya Telah Dimiliki

Puasa Mengajar Erti Ketabahan
Menghadap Ujian Berlandaskan Iman
Puasa Perisai Yang Sangat Maknawi
Penyinkap Hijab Antara Hamba Dengan Illahi

Puasa Sempurna Menahan Rohani dan Rasa
Puasa Sederhana Menahan Indera dan Juga Anggota
Puasa Biasa Hanya Melawan Lapar dan Dahaga
Lalu Di Manakah Puasa Kita
Adakah Masih Di Tahap Lama

Lalu Muhasabah Di Hujung Ramadhan
Sudahkah Terbangun Jiwa Teguh Dankukuh
Atau Kolam Jiwa Masih Tercemar Keruh
Bersembilu Dosa Duri Angkara

Ketika Bertahmid
Bertakbir
Bertasbih
Terasakah Ita Hamba Illahi
Yang Hanya Mampu Mengukir Tadbir
Sedangkan Padanya Segala Takdir

 
43 Komen

Posted by di 7 September 2010 in Tarbiyah

 

Label: , ,

43 responses to “PUISI HATI DI AIDIL FITRI

  1. PutraRocker

    8 September 2010 at 12:44 am

    salam ambang syawal..wooot3 o_O

     
  2. ros

    8 September 2010 at 8:13 am

    Salam..
    Terima kasih atas entry ustaz..puisi yg menarik..semoga kita dpt muhasabah diri kita sepanjang ramadhan ini..smg Allah memberi keampunan dan keberkatan di bulan yg mulia ini..

     
  3. NurKasih

    8 September 2010 at 8:25 am

    Salm Ustaz.. Selamat Menyambut Hari Kemenangan buat Ustaz sekeluarga..
    Suka lah puisi yg bertajuk “Berilah kemaafan itu”. Mohon share untuk diisi dlm FB.. boleh ya Ustaz..
    Jazakallah atas perkongsian ilmu selama ini.. mg Ustaz sekeluarga dirahmati..

     
  4. Manan Qayyim

    8 September 2010 at 9:30 am

    Salam… puisi yg menyentuh hati, jiwa dan sanubari…

     
  5. Hj Hamidon b Hj Ali

    8 September 2010 at 2:17 pm

    Mohon ampun dan maaf atas segala yg terlanjur baik dr kata2 dan sikap lebih2 lg yg kurang menyenangkan pd mata, hati dan perasaan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dr ana duakluarga.

     
  6. kamila

    8 September 2010 at 8:55 pm

    ustaz seisi keluarga selamat hari raya maaf zahir batin.ustaz teruskan dengan entri baru ye..cadangan tajuk “tekanan” (sepanjang ramadan pelbagai ujian datang bersangkut dengan rasa hati yg sukar sekali untuk dibaiki) namun bersyukur kerana ada rasa kesedaran.

     
  7. ananabilah

    8 September 2010 at 11:25 pm

    as salam ustaz. ddidoakan ustaz sekeluarga sihat dan dalam peliharaan Allah. alhmdlh..puisi yang mendalam maksudnya & memberi pengajaran. i like it. minta izin nak share. terima kasih.

     
  8. Nur Qistina

    9 September 2010 at 6:43 am

    Salam Aidilfitri buat ustaz sekeluarga..

    Puisi yang sungguh memberi makna..

     
  9. gentarasa

    9 September 2010 at 9:25 am

    Salam Nur,
    Syukran jazilan. Begitu juga untuk keluarga nur. Amin.

     
  10. gentarasa

    9 September 2010 at 9:29 am

    Salam sahabatku,
    Begitu juga daripada saya sekeluarga. Semoga yang baik-baik kekal dalam hati kita dan terhindar sesuatu yang pahit buat selama-lamanya. Semuga usia yang bertambah ini mendewasakan kita terutamanya dalam perjalanan kita menuju Allah. Kita pasti kembali!

     
  11. gentarasa

    9 September 2010 at 9:29 am

    Salam kamila,
    Syukran. Syukran.

     
  12. Ridhwan Bin Abdullah

    9 September 2010 at 10:50 am

    Asalamua’laikum,
    Salam Idul Fitri kepada Kekanda & semua teman-teman yang bersama dalam genta rasa..Takabalallah mina wa minkum. Semoga Ramadhan menghasilkan ‘natijah’ yang bermakna dalam diri kita…

     
  13. halizaliz

    9 September 2010 at 3:12 pm

    assalam ustaz,

    slamat mnyambut hari raya aidilfitri utk ustaz sekeluarga. terima kasih atas kesudian ustaz membuat “amal jariah” buat saya dan suami dengan cara tersendiri ustaz iaitu melalui pena ustaz yg lembut tapi menusui jiwa dan penuh makna di pertengahan ramadhan lalu. doakan saya dan suami ya.

    smoga ustaz dan keluarga sentiasa di hidupkan, dimatikan dn dihimpunkan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga berserta iman dengan rahmatNYA yang amat pengasih dan penyayang.

     
  14. wana93

    9 September 2010 at 5:04 pm

    salam aidilfitri buat ustaz sefamily..
    puisi hati yg sunggu indah.. ;)

     
  15. Ummuhasanah_Lina

    9 September 2010 at 5:44 pm

    Ustaz, ana benar-banar minat akan lirik Peluang Sama Natijah Berbeza. Dahulu, ia dilagukan sebagai nasyid oleh kumpulan Nada Murni, kalau tak silap, kan.. Sampai sekarang, ana masih ingat alunannya…
    *Mohon dikongsi dalam blog saya ye, Ustaz…(http://ummuhasanah-lina.blogspot.com/)

     
  16. Dewa Bonze

    9 September 2010 at 10:02 pm

    Sungguh indah naungan hatimu Ustadz… Selamat hari raya untuk ustadz sekeluarga, Mohon izin untuk share

     
  17. Jamal Rafaie

    9 September 2010 at 11:16 pm

    Salam Aidilfitri buat ustaz sekeluarga.. Moga amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah.. Insya-Allah..

     
  18. Salam

    11 September 2010 at 7:14 am

    Selamat Aidilfitri kpd Tuan Sekeluarga,
    Sy amat bangga ttg penulisan dan usaha tuan dalam blog ini cuma amatlah beruntung sekiranya setiap ayat yg di”bold” dalam mana2 artikel tuan disertakan dari mana sumber2nya untuk rujukan seperti perawi,hadis,ayat Al quran dan tidak perlu guna sumber yg kurang jelas seperti “kebanyakan ulama tafsir” siapa ulama tafsir yg dimaksudkan?paling tidak pun nyatakan seorg dua dari ulama tafsir ini?tiada niat hati untuk mencari salah tapi alang nak memberi biarlah bermanfaat sepenuhnya..Selamat beramal…

     
  19. Aq_Furqan

    13 September 2010 at 8:42 am

    Salam a’laik.Salam Aidilfitri bt ust sekeluarga,mf zhir & batin… تقبل الله منّا ومنكم…Amin,i.Allah..mg dirahmati Allah sntiasa…

     
  20. hafizi tajuddin

    13 September 2010 at 3:07 pm

    slm. slmt hari raya ust. mg ramadan yg pergi meninggalkan kesan kepada kita dan syawal yang datang menjadi pemangkin kepada kita untuk lebih berjaya. dlm byk2 sajak ni mana satu yg dah dijadikan nasyid ye?

     
  21. Izzuddin

    14 September 2010 at 3:22 am

    Assalamu’alaikum…..minta kongsi ya ustz…

     
  22. wan

    16 September 2010 at 9:30 am

    salam aidilfitri ustaz. Moga kita semua diberi pengampunan pada bulan ramadhan baru-baru ni…amin

     
  23. gentarasa

    21 September 2010 at 10:24 am

    Salam Salam,
    Syukran atas teguran. Saya akan usahakan. Saya mengaji secara tidak formal… hadir dalam majlis ilmu. Insya-Allah, saya cuba baiki kelemahan ini.

     
  24. شلح

    22 September 2010 at 8:09 am

    Salam ustaz pahrol.. Maaf lama tak kunjung.. kesihatan tak mengizinkan.. Doakan Ana kembali pulih..

     
  25. Meryna Adnan

    22 September 2010 at 1:21 pm

    Salam Saudara Pahrol,

    Teruskan berkarya, may Allah bless U.

     
  26. Meryna Adnan

    22 September 2010 at 1:23 pm

    Salam saudara Pahrol,

    Teruskan berkarya demi Ummah dan Negara. May Allah Bless U. Amin.

     
  27. gentarasa

    22 September 2010 at 3:19 pm

    Salam Shah
    Syafakallah… mudah-mudahan saudara disembuhkan. Amin. Syukran atas ingatan.

     
  28. gentarasa

    22 September 2010 at 3:24 pm

    Salam,
    Syukran atas doamu. Untuk mu juga, semoga Allah perkukuhkan iman dan taqwa anda, Amin.

     
  29. nur

    22 September 2010 at 9:39 pm

    Salam Aidilfitri Ustaz,
    Terima kasih atas semua perkongsian ustaz dalam blog gentarasa ini. Tulisan2 ustaz berjaya melembutkan hati, berjaya merubah hati untuk sentiasa menghampiri DIA. Tulisan2 ustaz telah berjaya mententeramkan jiwa yang adakalanya terasa kosong dan kehilangan. Terima kasih untuk buku”DIMANA DIA DIHATIKU”, sangat2 memberikan kesan dan dalam proses untuk menghampiri DIA tatkala diri terasa semakin jauh dari DIA.
    Teruskan berkarya ustaz, semuga ustaz dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan.

     
  30. Hafriz

    23 September 2010 at 4:02 am

    Salam eidulfitri bt ustaz dan sluruh keluarga…

    waah… makin berseri dengan layout baru ni. Smoga terus berjaya!!!
    bittaufiq wanNajah…insyaAllah.

     
  31. gentarasa

    23 September 2010 at 6:58 am

    Salam Nur,
    Semoga saya dan nur dapat mengamalkan apa yang tertulis dalam buku itu. Kita sama-sama bermujahadah.

     
  32. gentarasa

    23 September 2010 at 6:59 am

    Salam Hafriz,
    Sekadar ingin membuat pembaharuan… semoga hilang sedikit kejemuan yang menjadi fitrah manusia. Insya-Allah.

     
  33. syahrul Fadzil

    11 Ogos 2011 at 10:42 am

    salam Ustaz Pahrol,

    Minta izin untuk gunakan kata-kata ustaz dalam Kad Raya…

    Terima kasih,

    Selamat berjuang di medan Ramadan dan berjaya meraikan Syawal dengan kejayaan.

    Syahrul Fadzil Sarif

     
  34. anum asfariza bte ayob..

    21 Ogos 2011 at 1:39 pm

    sungguh tepegun…

     
  35. efa nur

    27 Ogos 2011 at 11:57 am

    salam aidil fitri ustaz.. :)
    indah nya puisi nie.. minta izin share ya ustaz :)

     
  36. lembayung

    28 Ogos 2011 at 5:06 pm

    Assalamu’alaikum wr wb
    salam kenal pak ustadz,
    maaf sebelum dan sesudanya, lembayung izin copas puisi lebarannya..
    Met jelang lebaran 1syawal1432H, mohon maaf lahir dan bathin. Trimaksh..

     
  37. Mastura Nordin

    31 Ogos 2011 at 6:06 pm

    syawal selalunya indah buat insan2 yang menghargai kewujudanya

     
  38. nasrin aribah salimin

    19 September 2011 at 9:23 pm

    syukran jazilan. may GOD bless you…. =)

     
  39. El

    25 Julai 2012 at 8:52 am

    love the puisi, nowadays this art makin pupus… would put in our office raya card this year + add credit to you. Pls send your address so that send a Raya card. Salam

     
  40. bam

    14 Ogos 2012 at 2:39 pm

    Salam, Ustaz, mohon pinjam kata2 dr puisi Mahar Cinta Syawal.. hanya untuk di hiasi di kad ucapan raya saya..

    Thanks
    Bam

     
  41. nur fatihah anissa (@nur_anissanf)

    25 Julai 2013 at 10:31 pm

    Assalammualaikum Ustaz,Nak tanya kenapa bila raya kita kena saling bermaaf padahal sebelum raya kenapa mereka membuat salah kepada kita tetapi mereka tidak meminta maaf pun …

     
  42. norhisyam bin mohamad spiee

    4 Ogos 2013 at 5:47 pm

    salam ustaz…bagaimana untuk mendapatkan buku-buku hasil penulisan ustaz di sarawak ni?siapa yang boleh saya hubungi?banyak juga kedai buku yang telah saya pergi sekitar kuching tetapi buku ustaz masih sukar didapati..saya meminati penulisan ustaz yang terkesan di hati saya…

     
  43. gentarasa

    19 Ogos 2013 at 11:30 am

    assalam. Hubungi sahabat saya En Mat 0193783100

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: