Looking for Something?

SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!

Author:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada semua pengunjung blog, saya memohon ampun dan maaf  atas kelewatan meletakkan entri baru. Bukan sibuk beraya, tetapi sibuk menguruskan kedua orang tua dan anak-anak yang semuanya sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Walaupun saya sering mengingatkan belajar kerana Allah untuk mendapat ilmu, tetapi kelulusan dalam peperiksaan adalah alat yang penting juga untuk mencapai matlamat.

Kepada semua yang masih sudi menikmati tulisan saya seadanya, terimalah coretan buat peringatan bersama… SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di sebuah masjid di Putrajaya baru-baru ini. Sele¬pas itu beliau terus membacakan hadis yang menjadi sandaran hujahnya itu dengan begitu lancar dan fasih.

Pada hari esoknya, saya menyemak hadis itu dengan bantuan seseorang yang sangat saya hormati kepakarannya. Beliau dengan segera memberikan nombor rujukan hadis itu dan sumbernya. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’

“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki ke¬kurangan akal dan agama yang dapat meng¬hilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’

“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)

Oleh sebab itu, setiap suami yang men¬cintai isterinya pasti berasa bimbang de¬ngan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.

Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami… Itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh.

Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah. Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.

Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiyah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun. Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka si isteri jadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.

Lunak Berbahasa
Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga. Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” dan kasih. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isi¬nya kebenaran dan kebaikan.

Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan yang hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit tersilap, boleh menjadi punca ke¬marahan yang berjela-jela dan sukar direda¬kan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”. Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak mem¬besarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita. Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat. Mengapa? Dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.

Selamatkan Isterimu
Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Se¬lain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu. Dan yang paling penting bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan me¬mendam rasa tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.

Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan. Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.

Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai ke¬susahan isterinya yang keletihan mengurus¬kan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuh¬nya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tem¬pat dia lalu! Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!

Jadi didiklah para isteri agar selalu dan sering bersedekah. Bersedekah itu bukan sahaja dengan harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa dan tenaga ataupun sekadar memberi senyuman. Itu ialah saranan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri untuk tidak tergolong dalam gerombolan majoriti wanita yang akan dihumban ke neraka. Carilah ruang dan peluang untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, kaum kerabat, mentua, saudara dan lain-lain anggota masyarakat.

Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.

Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka. Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Feedback

60
  • nur misnan

    salam pagi ustaz..
    Sewaktu membuka laman ini
    hati dah risau bila melohat tajut NERAKA
    bila dibaca hingga habis lagi membuatkan hati saya takut
    TAKUT jika ada layanan yang tidak suami sukai

    InsyaAllah…. semoga di perbetulkan segala kesalahan
    dan carilah pahala dan keampunan.. =)

  • Nooridah

    Salam ustaz,
    Terima kasih di atas perkongsian ilmu yg sering kali dipandang sepi. Rasa takut mula menyelubungi hati ini. Banyak juga dosa pada suami sendiri. Terima kasih kerana menyedarkan saya.

  • suami_jauh

    salam ustaz
    secara normalnya isteri sering dikaitkan dengan cerewet, suka berleter, kuat merajuk. kalau sebut perkataan2 tu memang sinonim ngan seorang perempuan.tapi ustaz macam mana nak berhadapan dengan suami yang memiliki sifat tersebut?
    suka dengan setiap entry ustaz..teruskan..

  • nurindah

    Salam ustaz,
    Perkongsian yang lembut dan menusuk di jiwa. Terima kasih ustaz atas nasihat ini. Saya akan kongsikan dgn suami, supaya dia sentiasa membimbing saya ke jalan yang diredhai. Amin….

  • Endriani

    Salam Ustaz,

    Pagi ini memang hati rasa kusut.. Membaca catatan Ustaz membuatkan saya cuba utk memotivasi hati ini agar lebih bersemangat menghadapi ujian Allah swt.

  • Abdullah

    Assalamualaikum Wa Barakallah Hu Fih..

    Eid Mubaraka ya Ustaz..Lama sudah saya ikut perkembangan nukilan-nukilan ustaz menerusi blog ni. ALLAH beri saya peluang untuk belajar banyak darinya.Halalkanlah ilmu yang diambil ni. Pinta juga izin ustaz atas ilmu ustaz yang saya guna untuk aktiviti tarbiah di tempat saya.Semoga ALLAH merahmati kamu ya Mu’allim..Kullu ‘Am Wa Anta Bil Khair..

    Wassalam

  • m.a.r

    Syukur saya pada Allah kerana diperkenankan saya untuk membaca catatatn di blog ini. Sememangnya saya mencari-cari jawapan boleh saya sebagai isteri masuk syurga juka suami kurang baik. Contoh Aisyah isteri Firaun adalah yang terbaik untuk jadi isteri solehah walaupun suaminya adalah sebaliknya. Saya tidak kata diri saya sempurna, cuma saya berdoa pada Allah agar saya tidak mendeherhaka kepada suami secara sengaja atau tidak sengaja.

  • Jasmin

    Salam ustaz…
    Terima kasih atas perkongsian ini..
    saya memang suka tulisan ustaz kerana bagi saya ianya sangat berhemah.. sangat lembut tapi terkesan dijiwa…
    semakin saya banyak membaca ttg peranan isteri & ilmu kerumahtanggaan saya merasakan makin banyak yang perlu ditambah baik…
    takut kena campak ke neraka….. nauzubillah..

  • Ummu Ammar

    salam ustaz,
    terima kasih. saya sedar betapa susah untuk saya kawal emosi sendiri, sedangkan suami sangat baik, penyabar dan bertimbangrasa. namun, mujahadah melawan nafsu dan syaitan insyaAllah tetap berterusan, dipohon moga mendapat bantuan dari Allah jua..
    Mohon dikongsi dengan teman-teman..

  • Fyda

    terima ksih ustaz diatas penerangan tanggungjwab layanan seorang isteri terhadap suami. begitu jugalah pada suami terhadap isteri .. benar kata ustaz Taburkanlah segenggam salji
    pada secubit api
    Insya-Allah,
    cinta itu akan semarak kembali. Dan kesabaran amat penting dalam satu perhubungan. Saya harap saya akan menjadi isteri yang solehah kepada suaimi saya ntn. Amin~

  • klcitizen

    assalammualaikum ustaz

    alhamdulillah, saya didorong Allah membaca artikel ini. Banyak perkara yang perlu saya lihat semula dalam diri…

  • ana syahidah

    Salam ustaz,

    Terima kasih ustad atas peringatan ttng kaum hawa yg byk tergolong di dlm api neraka. Ana berasa sangat takut dan sedey kerana mengingatkan kesalahan yg pernah dilakukan. Ana mohon ampun pd ALLAH segala dosa ana diampunkan dan dijauhkan api neraka. Ustaz ana mohon sharekan blog nie utk mengingatkan sahabat2 dan keluarga ana. Syukran ustaz.

  • Latifah

    salam uztaz.

    sangat terkesan dengan entri ini.
    mohon dikongsi bersama rakan2 yang lain.

  • kukubima

    suka sgt dgn entri kali ni..sgt berbaloi w’pn dh lama menunggu..tima kasih ustaz.

  • umaira

    Assalamualaikom…

    Sewaktu membaca entri ini saya dalam keadaan yg amat tak keruan. ….saya keliru, buntu tak tahu apa yg patut dibuat bila terbaca semua email-email cinta suami kepada seseorang. Sedihnya hati hanya tuhan saja yang tahu…saya sudah tak mampu bergelar seorang isteri lagi….saya ingin keluar dari neraka rumahtangga ini

  • redmasasa

    Salam Ustaz…camne ustaz boleh tau seratus peratus isi hati wanita ni…tepat dan jitu…terima kasih ustaz..Insyallah akan cuba praktikkan demi kerukunan rumahtangga.

  • MoHFiR

    Salam Ustaz.. minta izin and dihalalkan ‘copy’ artikel ini ke blog saya… sekadar sebar dan berkongsi dengan lain…

  • gentarasa

    Salam umaira,
    Bersabar… bersabar dalam bersabar. Pautkan hati pada Allah. Ambil wuduk, dirikan solat doa rakaat… adukan kepada Allah segalanya. Jangan buat keputusan apa-apa ketika hati sedang celaru, kacau bilau dan marah. Tenang dulu. Cari dan percayalah kepada Allah… jangan fikirkan lagi soal suami tu. Fikir anti dengan Allah sahaja dulu. Insya-Allah, nanti akan ada cahaya dalam kegelapan ini. Amin.

  • Insan Lemah

    Salam ustaz..mintak copy entry ini untuk saya hadiahkan pada insan yang sangat saya sayang dalam hidup saya selain Allah dan Rasul-Nya. Doakan kebahagiaan keluarga saya.

  • Musdalipah Benajare

    Terima kasih atas artikel ini ustaz. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua

  • farisa umar

    salam a’laika ustaz..
    alhamdulillah..berwajah baru ye blog ustaz..moga dengan wajah bari ini ia membuatkan ramai yang tertarik untuk mentelaah setiap hasil penulisan ustaz yang banyak memberi manfaat kepada manusia

  • Manan Qayyim

    Salam ya ustaz..
    post ni memang berguna…
    disini saya terdapat persoalan..
    Bagaimana saya seorang anak ingin membantu seorang ibu daripada termasuk didalam golong yang diceritakan?…
    Kerana saya bukanlah baik sangat, tp sy masih mencari dan berusaha menjadi lebih baik….

  • Norlin

    terima kasih ustaz…bila membaca tulisan ustaz ini….saya terfikir sejenak yang saya semakin hari semakin tidak menjadi isteri yang baik…..kesabaran semakin kurang, hati semakin cepat terasa…tulisan ustaz, menyeru hati saya untukkembali menjadi yg lebih baik seperti sebelum ini…walaupun saya tak pasti saya mampu atau tak…niat di hati tu ada

  • NurKasih

    Salam Ustaz.. sy pun sudah lama x mnjenguk blog ustaz..
    terima kasih atas perkongsian ini..mg kita semua mendapat redho Allah..

  • ummi

    slm ustaz.memang takut dgn azab neraka.agaknye sbb tu jugalah isteri2 takut untuk memberitahu secara umum jika suami memukulnye tanpa belas kasihan.masih fikir tiada hak untuk bersuara dan cume mendengar kate suami kerana suamilah segalanya..tapikan kite tak bole salahkan agama.cari dimana silapnya.ya Allah terangkanlah hati kami sebagaimana terangnya cahaya mataharimu menyimbah di muka bumi ini.amin…terima kasih ustaz.

  • Junichiro

    Salam ustaz..minta izin utk share ye..terima kasih..artikel yg sgt terkesan di hati..Alhamdulillah

  • lembut hati

    salam,
    tersenyum sendiri bila membaca entri ustaz. kebetulan diri diserang perasaan syak wasangka dan cemburu kepada si tunang yg suka berkawan dengan perempuan.
    jazakallahukahairanjaza’ atas entri2 yg sentiasa mendidik jiwa dan mengetuk sanubari.

  • lembut hati

    semoga kami,para wanita pembaca blog ini menjadi isteri2 solehah penghuni jannatulfirdaus di kemudian hari! begitu juga dengan murabbi nya.
    doakan bersama, insyaAllah.

  • Furqan

    Salam Ustaz Pahrol,

    hamba mohon kongsi entri ini ya. terima kasih. semoga Allah memberkati serta merahmati tugas Ustaz dalam berdakwah ke jalan Allah. amin.

  • hakim

    salam.terima kasih ustaz…Alhamdulillah telah banyak iktibar yg sy dapat hasil tilisan Ustaz…semoga Allah trus mengurniakan kebolehan untuk menulis kepada ustaz.Insya Allah.

  • Habib Ahmad

    Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz di Malaysia Zulkaedah 1431H

    Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIDZ AL-HADRAMI ke Malaysia / Zukaedah 1431H

    Bersempena acara Haul Imam Abdullah Al-Haddad :

    15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

    16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

    17 Oktober 2010 = Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730 PM

    Majlis2 Haul 2010

    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

  • PutraRocker

    sabar dan ikhlas pasti hasilnya manis..wooot3 o_O

  • theufo

    Salam…terima kasih diucapka kepada ustaz yang memberi peringatan tersebut, harap2 sy dapat mencontohi Rasullah swt dan sahabat2 Rasulullah swt..

    ‘ semoga ustaz memperolehi nikmat kesihatan baik dan dipanjangkan umur’

  • miafiq

    Bagaimana untuk perempuan yg tidak lagi bergelar isteri? Boleh ustaz tolong coretkan sesuatu untuk kategori ini, yg masih tercari cari hikmah disebalik kegagalan dan teraba raba jalan untuk terus melangkah ke hadapan?Jazakallah..

  • umi

    Salam Ustadz, apabila digerakkan hati utk membaca artikel ustadz kali ini…sy begitu tertarik dgn tajuknya…Selamatkan dia dari neraka..sy fikir ini berkenaan dgn sang suami…rupenye utk sang isteri…terima kasih memberi dan berkongsi peringatan buat wanita yg bergelar isteri…kadangkala sy berfikir dan terfikir…bagaimana dgn suami yg terlalu sensitif jiwanya…bukan maksud isteri utk melukakan hati suami tp kadangkala perkara2 kecil terlalu dibesarkan..sy terlalu penat utk melayan karenah suami…dgn melayan karenah anak2 lg,rumahtangga,memasak…sampai sy x paham apelagi yg nk dirajukkan…sy sedaya upaya menjadi isteri solehah…tapi apabila perkara2 kecil yg membuatkan hati suami terguris sy jd keliru…dan beranggapan…bagaimana dgn amalan yg sy sering buat?adakah Allah terima sedang suami hatinya terguris?terasa begitu berat ujiannya apabila mendapat suami yg terlalu sensitif…adakah sy berdosa mengendahkannya..??tolonglah ustadz…jiwa lelaki sensitif ini terlalu rumit…bukan sekali dua..tp terlalu byk x terhitung…

  • gentarasa

    Salam,
    Puan… inilah masalah dan cabaran semua wanita bergelar isteri. Manakala di pihak suami, ada cabarannya tersendiri. Kita salaing diuji dengan karenah masing-masing. Pesan saya, pintalah kekuatan daripada Allah. Amalkan zikir Sti Fatimah… Jika Allah kuatkan jiwa kita, ujian sebesar manapun kita akan gagah dan tabah. Soal dia sentitif kita tak dapat kawal, cuma bermujahadahlah agar kita tidak sensitif dengan ke’sensitifan’ dia. Semua orang menghadapi masalah yang sama atau ada yang lebih lagi… tetapi yang penting ingat: Rumahtangga adalah medan ujian Allah untuk kita mendapat Syurga. Jadi, tabahlah… itulah pesan saya untuk saya, puan dan semua. Wallahua’lam.

  • abuyon

    ya Tuhan, kita saling diuji .. Allah

  • umi

    Terima Kasih byk ustadz….insyaAllah sy akan amalkan…semoga sy lebih tabah dan redha utk hadapi ujian2 yg akan dtg….Maha Suci Allah…Sekali lagi Terima Kasih…:D

  • MamaNajlaa

    Salam ustaz…
    Artikel yg sgt memberi kesan. Minta copy & paste yek
    Sharing Is Caring

  • ananabilah

    Assalamu’alaikum ustaz..terima kasih. Sebagai isteri saya akan terus bermuhasabah..perbaiki diri yang sangat lemah dan hina ini. Semoga Allah sentiasa ampunkan saya dan lembutkan hati suami untuk ampunkan dosa-dosa saya.

    Puan umi..saya bersuamikan seorang lelaki yang bukan saja sangat sensitif, kuat merajuk, bahkan baran, pendendam, mulut laser, suka mengata orang dan macam2 lagi sifat yang saya tak sukai..walau bagaimanapun sifat-sifat mulia dia ialah bertanggungjawab, penyayang, pemurah, suka menolong terutama kepada anak-anak, kaum keluarganya dan sahabat handainya.

    Saya sangat selalu bersedih, menangis dan merintih. Bila lihat kebahagiaan pasangan lain, saya selalu rasakan mereka sangat bertuah. Tapi saya sangat malang. Lalu saya cuba kuatkan semangat dan katakan pada diri sendiri yang saya sangat bernasib baik dalam hal-hal lain. Selalu pesan pada diri sendiri, sekejap saja Allah pinjamkan suami pada saya. Sampai masa saya akan kembali pada Allah. Suami pun akan kembali pada Allah. Kalaupun sangat menderita, berapa tahun saja lagi. Lagipun kita takkan dapat semua benda dan perkara dalam dunia yang sementara ini.

    Tapi saya sangat faham betapa sukarnya bersuamikan sebegitu. Peranan saya sebagai ibu memang terkesan. Saya hilang fokus dan gagal (?) untuk mendidik anak-anak dengan berkesan dan cemerlang sebab terlalu fikirkan masalah saya. Saya jadi pemarah. Anak-anak jadi degil. Rasanya saya boleh faham kenapa ada sesetengah ibu sanggup dera anak sendiri. Saya sedang berusaha untuk berubah dan mengubah teknik saya mendidik anak-anak.

    Sekadar berkongsi, selain dari mengadu dan merintih pada Allah saya cuba salurkan derita ke tempat lain. Saya sedang pujuk diri sendiri, “lelaki yang baik utk perempuan yang baik. Sebab saya tak baik la dapat suami tak baik kot..hehehe”. Hanya Allah MAHA mengetahui kenapa dengan izinNya kami bertemu jodoh.

    Wahai para isteri ..marilah kita banyakkan sedekah..

  • Nur adrenalin

    Pengalaman idup sy hampir separuh abad dan berjiran selama 20 thn di penempatan awal sebelum berpindah di tmpat baru, dtmbah dgn cite2 rumahtangga famili melayu di TV (itulah sebab sy tak tgk drama melayu lebih baik tgk Oprah Show, NatGeo & History Chanel) membenar & mengesahkan hadis tsb di mana kbanyakan ppuan mmg mulut jahat pd suami & tak bersyukur dgn nikmat yg ada.

    Pesan Umar al-Khattab adalah benar tapi apa kes pd perkara di mana (terbukti) isteri meleteri suami & dlm masa sama:
    “suami bersabarlah, wlaupun isteri tidak membantu kerja rumah krn alasan berkerjaya (basuh, sidai,ke pasar, masak & urus bil2 & anak2 diuruskan suami wpun suami juga bekerja),
    isteri tidak menyelamatkan suami daripada amukan nafsu krn sakit hati dgn suami krn mengesyaki suami ada hubungan dgn ppuan lain sdgkan isteri mmg sentiasa moody & tak dpt memuaskan suami krn tlh menjalani operation membuang fibroid,
    isteri juga tidak memainkan peranan utama menjaga & mengurus hal anak-anak terutama pelajaran, mkn minum serta kewangan
    isteri tidak menjaga makan minum suami malahan sebaliknya (terbukti mmg suaminya yg ke pasar seorang diri, balik sempat lagi mengukur kelapa & memasak & pernah waktu jiran bertandang ke rumah mrk, suami yg hidang air utk tetamu)
    isteri tidak mencuci kain-baju famili malahan suami subuh2 tlh bangun membasuh & menyidai sebelum pegi keja (jiran2 semua tahu & nampak) malahan menyediakan baju2 & keperluan isteri jika isteri ke outstation (hingga menjadi pertengkaran bila isteri mengamuk suami tak sediakan kain dlm nya dlm beg)
    isteri juga tidak membantu membersihkan rumah krn yg selalu dilihat menyapu rumah adalah suami… & jiran semua tahu bhw rumah mrk bersepah, di atas kerusi itulah buku2, kain baju yg tak berlipat, beg2 sekolah anak serta lain2… wanita lain pun bekerjaya juga tapi masih boleh ligat mengemas rumah…
    dan terbukti dari Hadis ini mmg mulut isterinya amat laser hingga pernah bergaduh dgn jiran/org tua yg kebetulan menjadi pengerusi surau di tmn tmpt tinggal mrk dahulu..
    pengamatan sy, ppuan selalu menyalahkan suami dlm masa sama tak pernah nak muhasabah diri sendiri…
    wahai ppuan.. berbaliklah kpd al-quran & hadis…
    ilmu banyak @ pelajaran tinggi pun kalau tak diamalkan tiada manfaat & faedahnya…
    pegi haji, title hajah, jadi AJK surau atau KAFA tapi kebanyakan ppuan masih mempunyai tendency menghuni neraka krn MULUTnya…
    inilah hakikat yg selalu dinafikan olh kaum ppuan sendiri..
    sy berckp bg pihak ppuan krn sy juga seorg ppuan yg meluat tgk perangai ppuan melayu khasnya yg mengaku islam….

  • cilipadi

    Asm.artikel yang amat menyentuh jiwa.Teguran yang lembut berhemah.Terima kasih Protaz.Saya masih mujahadah untuk patuh dan taat samada di rumah atau di tempat kerja.Rasa kehambaan itu yang saya kejar supaya senang patuh dan taat.Untuk suami dan bosses yang sewaktu dengannya,rasanya yang perlu dikejar adalah wibawa seorang ketua menurut acuan Yang Maha Esa.Marilah saling melengkapi…bahagia dalam taat dan ditaati…jua terselamat dari zalim menzalimi,insyaAllah.

  • kamariah

    salam …setelah membaca nukilan ini, datin o datin dan komen dari nuradrenalin, hati terpanggil untuk berkongsi rasa yang terpendam dalam hati. Kebanyakkan masyarakat kita memandang serong terhadap suami yang berkahwin dua dan juga kepada wanita yg maju dalam kerjaya dan kepimpinan. Saya adalah seorg yg berkerjaya dan merupakan isteri kedua kepada seorg ustaz yg agak dikenali. Isteri pertama suami saya seorg yang berpengajian agama dan sebelum ini adalah seorg surirumah sepenuh masa. Mengikut yg maklumat yg diberikan oleh saudara mara isteri pertama, jiran2 dan suami sendiri, walaupun tidak bekerja, semua urusan membersihkan rumah, mengurus rumahtangga dan anak2 dilakukan oleh suami. Isteri pertama hanya selalu membentak, mengarah dan merajuk serta membangga keterlaluan dengan kepopulariti suami yang semakin dikenali. Kata2 kesat dan membongkak sering dilempar kepada suami dan jiran2. Suami yang sangat2 sayangkannya akhirnya mula merasa kehilangan dari sudut kasih sayang, belaian dan penghormatan. Sudahlah penat dengan tugas harian, balik ke rumah, rumah berselerak, makan hanya ke kedai2 dan perlu membuat tugas2 di rumah, padahal isteri sepanjang masa di rumah dan anak2 pula bukan jenis yang asyik meragam. Akhirnya, suami saya mula mencari kasih lain. Saya pula jika ditanya, samapai sekarang rasanya jawapan saya adalah kalau boleh saya sendiri pun tak mau jadi isteri kedua, namun keadaan saya (saya janda anak tiga diwaktu itu dan anak mengalami sakit kritikal) menjadikan saya reda dengan takdir ini serta cinta yang hadir dalam jiwa yang sangat kuat terhadap suami. Alhamdulillah, insyaAllah…cinta itu saya letakkan cinta Allah di depan, menyebabkan saya sentiasa utamakan tanggungjawap rumahtangga dahulu sebelum saya lihat pada tggjwp terhadap tugas. Memastikan rumah dan ank2 terurus dan memastikan jabatan salam dan pelukan saya terhadap suami sebelum dan selepas balik kerja dan selepas solat sentiasa menghangatkannya… CintaNYA menjadikan saya ikhlas mencintai suami dan redha dengan setiap yang berlaku… Jadi, pada saya, diri kita sendiri yang patut kita lihat dahulu sebelum melihat apa yang pasangan kita lakukan…Semak semula keikhlasan semua perbuatan kita dengan Allah, sebab tempiasnya akan pergi kepada pasangan, anak2 dan kerjaya… Saya percaya dan yakin, jika kita nak berjaya dalam rumahtangga dan kerjaya, kita perlu berjaya dalam hubungan kita dengan Allah terlebih dahulu. Oleh itu, cinta DIA, maka kita juga akan mencintai dan dicintai……

  • gentarasa

    Salam,
    TAHNIAH untuk anda dan suami. Semoga diberkati Allah. Amin.

  • kamariah

    amin. terima kasih ustaz. moga Allah memberkati setiap usaha ustaz dan melimpahkan kebahagiaan kepada ustaz sekeluarga.

  • rosesolusi

    sentiasa rasa terpanggil dengan tulisan ustaz… Taniah…

  • Hossein Fatemi

    Hello my brother.
    I m a muslim ( shia ) from Mashhad ( tomb of Imam Reza ) city fom Iran, the country of Ayatollah Khamenei ann president Mahmoud Ahmadinejad.
    in holy Quran :
    واعتصموا بحبل الله جمیعا و لا تفرقوا
    I have come that I get the Shiites of Iran “Islamic republic of”
    Good luck.
    with thanks Hossein Fatemi From Mashhad

  • su

    rasa sayu baca artikel ustaz..memang artikel2 ustaz banyak membantu saya mengenali siapa diri saya dan membuatkan saya sentiasa berusaha utk menjadi isteri dan ibu yg menjadi kekuatan keluarga. setelah hampir setahun membaca artikel2 di blog ustaz dan lepas membeli hampir semua buku2 tulisan ustaz, kini suami saya turut jatuh cinta pada buku2 ustaz (walhal dia tak suka membaca sebelum ni), dan dia juga gunakan tulisan2 ustaz dlm memberi nasihat kpd staf2nya di ofis setiap pagi. semoga ustaz sentiasa diberi kekuatan utk terus menulis dan membantu kami dlm mewujudkan keluarga bahagia dan masyarakat bahagia dunia dan akhirat.
    Anyway, saya ada seorang kawan (wanita) berumur 54 tahun. cara hidupnya agak moden (moden dr segi keinginannya, matlamat hidupnya yg seolah2 menganggap wang segala2nya,pakaiannya dan pergaulannya termasuk anak2nya).Seorang wanita yg digantung tak bertali.(kisah yg panjang). Dia kerap bercakap dan bertanya bhw dia pelik kenapa Tuhan tak gerakkan hati suami dia bertanggungjawab pd anak2 dia selama ni”.Saya cuba menyatakan bhw hanya Allah tahu kenapa DIA menjadikan begitu, dan saya juga berusaha menarik minatnya utk menjalani kehidupan yg tidak fokus kpd duniawi semata2, lebih2 lg dlm usia sebegitu, namun saya tak tahu bagaimana caranya kerana dia jauh lebih tua dr saya.baru2 ni saya hadiahkan buku tulisan ustaz, ‘ Di mana DIA dihatiku”. saya harap dia akan baca buku ustaz sebagai permulaan mengenali diri sendiri..

  • ummuAriff

    Assalamualaikum…

    mohon izin share dengan kenkawan ye ustaz 🙂

  • gentarasa

    Jagalah Allah, Allah akan menjaga kita. Kita selesaikan dulu urusan akhirat, insya-Allah, Allah akan bantu kita dalam menguruskan hal-hal dunia. Jika kita selesaikan ‘masalah’ kita dengan Allah, DIA akan selesaikan urusan kita dengan manusia. Untuk masalah begini, saya syorkan sesiapa membaca buku tulisan saya SATU RASA DUA HATI terbitan Galeri Ilmu. Tetapi banyak lagi buku-buku yang lain boleh dijadikan panduan. Tetapi palaing utama selesaikan dulu persoalan asas… TUJUAN hidup dan apa ertinya BAHAGIA dan di mana letaknya UJIAN dalam hidup dan kehidupan. Buku Mukmin Profesional pun bagus juga. Insya-Allah. Saya bukan mengiklankan produk tetapi inilah jalan dakwah yang mampu saya buat untuk mengjangkau masalah. Insya-Allah.

  • niza

    Salam…

    terima kasih ustaz.alhamdulillah, hari ni saya dpt ilmu yg berguna yg menjadi kegusaran hati saya selama ini. ‘Soal dia sentitif kita tak dapat kawal, cuma bermujahadahlah agar kita tidak sensitif dengan ke’sensitifan’ dia.’….tulisan2 ustaz saya kagumi…puitis, penuh dgn ilmu…

  • arfah

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada GENTA RASA. banyak pedoman dan panduan yang boleh di ambil. Tahniah. Saya meminta izin untuk memetik beberapa bait sajak sebagai penambahan dalam blog saya. Mohon diberi keizinan.

  • ZANA

    Assalamualaikum Ustaz. setelah membaca artikel ustaz Alhamdulillah, hati saya semakin tenang. boleh tak ustaz menulis tentang berlapang dada menghadapi POLIGAMI. itulah masalah yang sedang saya hadapi. Suami saya sedang berura-ura ke arah itu dengan keizinan saya. Saya telah mengizinkan, tetapi perasaan yang mungkin didorong oleh nafsu menyebabkan saya sentiasa dalam kesedihan. Tolong bagi feedback ya Ustaz.

  • ZubirJamal

    Salam ustaz,

    terima kasih ustaz kerana tulisan ini banyak membuka mata saya..
    sememangnya SABAR itu perlu baik si isteri mahupun suami dalam mengharungi setiap dugaan..

    minta izin sharekan tulisan ustaz ni ya buat manafaat rakan² lain.

  • aini

    Alhamdullillah bersyukur saya dalam saya ingin memperbetulkan kembali ati yg liar ni Allah permudahkan dengan menjumpai blog2 ilmiah seperti ini..
    tulisan ust membantu saya untuk berfikir dan mencari jawapan bg persoalan yg sering kali bermain dalam fikiran saya.. mengenai ati, cinta dan kebahagian…

  • PERMATA KASIH

    SALAM USTAZ..

    terima kasih kerana tulisan ini memberi panduan dan banyak menyedarkan saya.. semoga dakwah ustaz akan diberkati..terima kasih sekali lagi.. mohon share ustaz..

  • arfah

    assalamualaikum..ustaz tolong tulis tetang poligami secara mendalam, agar hati isteri2 yang menghadapi dan akan menghadapi menjadi tenang. Kadang2 apabila ditimpa masalah rumahtangga membuatkan hati isteri bukan sahaja berburuk sangka pada suami malah ditakuti akan berburuk sangka juga pada yang Maha Pencipta. terima kasih..

  • balqis deylyme

    salam ..
    tima kch ustz…tersentuh hati saya bila membaca tulisan ini…bertambah ilmu di dada…

  • Dzalnish Shah

    Assalamuaalaikum,
    Mohon saya copy & share ..boleh?
    Terima kasih :))

Leave a Reply

%d bloggers like this: