RSS

‘ISLAMOPHOBIA’ MUSLIM

09 Okt

“Kenapa orang bukan Islam sangat sukar untuk memahami Islam?” tanyanya pemuda itu dengan nada kesal.

“Sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan mereka,” jawab saya perlahan.

“Kenapa orang Islam gagal memahamkan bukan Islam tentang Islam?”

“Sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!”

 

“Apa bukti kata-kata awak ni?”

“Buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan.”

“Kenapa ke situ pula arah percakapan awak?”

“Sebab Islam itu bererti selamat. Bukan sahaja selamat bahkan mampu menyelamatkan. Maka sudah tentulah secara logiknya umat Islam adalah umat yang paling selamat dan dapat menyelamatkan orang lain.”

 

“Tetapi realitinya tidak begitu kan?”

“Awak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Kita mundur di semua sudut,  samada rohani mahupun jasmani.”

“Maksud awak di dunia antarabangsa?”

“Tak payah. Lihat sahaja di negara kita. Siapa yang terlibat dalam gejala sosial? Siapa yang paling ramai di Pusat Serenti? Siapa yang ketinggalan di bidang ekonomi? Ya, bangsa Melayu Islam,” kata saya.

 

“Awak jangan silap, kelemahan umat Islam bukan bererti kelemahan Islam.”

“Benar. Tetapi umat Islamlah yang menyebabkan berlakunya Islamophobia. Umat Islam yang tidak amalkan Islam secara sepenuh dan menyeluruh,”balas saya.

“Musuh ambil kesempatan memburuk-burukan Islam atas kelemahan umat Islam. Mereka yang salah.”

“Jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri membuka peluang untuk diperlakukan demikian.”

 

“Jadi, bagaimana nak atasi Islamophobia?”

“Di kalangan siapa, umat Islam atau bukan Islam?” bidas saya.

“Tentulah di kalangan bukan Islam. Contohnya, Barat merekalah yang menuduh kita mundur, ganas, berpecah-belah dan militan.”

“Bagi saya kita perlu laksanakan strategi serampang dua mata.”

 

“Macam mana pula tu?”

“Kita perlu perjelaskan dan amalkan Islam yang sebenar di kalangan umat Islam. Itu yang penting.”

“Bagaimana dengan bukan Islam?”

“Insya-Allah umat Islam yang faham Islam dan mengamalkannya merupakan hujah yang kuat untuk menolak Islamophobia.”

 

“Kenapa?”

“Selamanya manusia mempercayai matanya daripada telinga. Actions speaks louder than word.”

“Eh, tak faham pula saya.”

“Kita mesti amalkan Islam yang boleh dilihat. Bukan sahaja cakap-cakap tentang Islam yang hanya enak didengar.

 

“Apakah amalan Islam kita sekarang belum cukup?”

“Belum cukup dan belum sempurna,” kata saya lagi.

“Jangan ekstrim. Berpada-padalah. Bersederhana.”

“Kita belum amalkan Islam yang sedehana. Kita masih di bawah paras sederhana.”

“Awak ni… Buar betul. Ukuran mana yang awak pakai?”

 

“Siapakah yang paling sederhana mengamalkan Islam?”

Pemuda itu terdiam.

“Role model individu yang paling sederhana mengamalkan Islam ialah Rasulullah s.a.w. Bagindalah yang pernah bersabda, sebaik-baik urusan adalah yang pertengahan. Justeru, bagindalah orang pertama mengamalkan apa yang diperkatakannya.”

“Ikut Nabi… susahlah.”

“Bagindalah ikutan dalam kita mengamalkan kesederhanaan Islam. Bagindalah Quran hidup yang mengamalkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam  Al Quran.”

 

“Maksud awak konsep wasatiyah?”

Wasatiyah dalam seluruh sistem hidup. Daripada persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Yang merangkumi soal akidah, syariah dan akhlak.”

“Siapa yang mampu buat begitu?”

“Para sahabat, salafussoleh dan orang-orang mukmin daripada dahulu sehingga sekarang. Mereka adalah golongan sederhana yang mengikuti Rasulullah saw, insan yang paling sederhana.”

 

Melihat dia diam, saya menambah lagi, “lihat bagaimana iman, solat, ekonomi, ketenteraan dan seluruh cara hidup mereka. Itulah model kesederhanaan yang direhai Allah. Selain itu masih dikira ekstrim, samada ekstrim yang liberal atau ekstrim yang fanatik.”

“Bagi saya sedehana itu adalah mengamalkan Islam yang tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan. Kita dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang majmuk dan pelbagai.”

“Saya setuju dengan pandangan awak. Lihat apa yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Baginda mampu menghadapi dan menangani cabaran masyarakat majmuk di Madinah.”

 

“Kita perlu diplomasi.”

“Diplomasi yang tidak menggadaikan hukum dan peraturan Allah.”

“Contohnya?”

“Apabila kita makan, kita memilih yang halal, menolak yang haram dan syubhat. Itu sederhana. Bila kita berpakaian, kita menolak pakaian mendedahkan aurat, itu sederhana. Bila berekonomi, kita menolak riba dan penzaliman. Itu sederhana. Apabila…”

“Cukup-cukup. Itu semua berlaku di kalangan umat Islam bukan? Bukan itu sasaran saya. Sasaran saya ialah Islamophobia di kalangan bukan Islam.”

 

Saya hampir menggeleng-gelengkan kepala. Betapa sukar untuk meyakinkan bahawa Islamophobia di kalangan bukan Islam boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi Islamophobia dikalangan umat Islam sendiri.

“Cuba awak fokus sedikit kepada bukan Islam.”

“Ya. Saya teringat apa yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al Qardhawi mengenai ucapan seorang intelektual yang baru memeluk Islam…”

“Ya, itulah yang saya nak dengar!”

“Kata intelektual itu, subhanallah yang mengenalkan aku kepada Islam terlebih dahulu sebelum aku mengenal orang Islam.”

“Pelik bunyinya?”

 

“Tak pelik sebenarnya. Maksudnya, mujur dia memahami ajaran Islam yang begitu indah, sempurna dan praktikal secara ilmiah terlebih dahulu. Hingga dengan itu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Justeru, sekiranya dia terlebih dahulu mengenal perangai dan sikap orang Islam yang buruk, maka dia tidak akan tergerak untuk memeluk Islam. Maka dia memuji Allah atas rahmat itu!”

“Tetapi ramai juga orang yang tertarik kepada Islam kerana umat Islam betul tak?”

“Betul. Tetapi umat Islam yang bagaimana? Tentulah umat Islam yang mengamalkan Islam.”

“Hish, fokus awak masih kepada orang Islam. Itu bukan sasaran saya.”

 

“Saudara, memang benar kita akan ditanya oleh Allah mengapa tidak berdakwah yakni memberi penjelasan tentang Islam yang sebenar kepada bukan Islam… tetapi Allah tentunya akan lebih bertanya kepada kita apakah kita telah amalkan Islam yang telah kita akui kebenaran dan kesempurnaannya ini. Bukankah kita bertanggung jawab menyelamatkan diri kita dan keluarga kita daripada api neraka terlebih dahulu? Bukankah motto dakwah kita adalah perbaiki diri dan serulah orang lain?”

Dia terdiam.

 

“Jadi awak enggan berusaha mengatasi Islamophobia dikalangan bukan Islam?”

“Saya menyokong. Fitnah yang melanda Islam dan umat ini perlu ditangani dengan serius. Ia satu dakwah dan jihad yang utama.”

“Tetapi awak macam skeptik sahaja…”

“Bukan begitu. Saya merasa kita perlu juga baiki dan sempurnakan kefahaman dan amalan Islam dikalangan umat Islam, sekaligus kita perjelaskan Islam yang kita fahami dan amalkan itu kepada bukan Islam. Mari kita amalkan cara hidup Islam yang syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu kita.”

 

“Mengikut nafsu?”

“Ya, kekadang yang ada yang sesuai kita ikut. Tetapi ada yang kita rasa tidak sesuai kita pinggirkan. Saya teringat ancaman Allah dalam Al Quran tentang golongan yang beriman dengan sebahagian isi kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain. Mereka itu dijanjikan dengan kehinaan ketika hidup di dunia dan akan dilemparkan ke neraka.”

“Awak mengancam.”

“Tidak, ini mengingatkan kerana kasih-sayang. Saya pun lemah. Tetapi jika kita sama-sama berusaha, kita akan saling kuat menguatkan.”

 

“Kalau begitu, boleh tak kita jangan bercakap tentang neraka?”

“Mengapa?”

“Itu menakutkan. Kita bincang soal yang harmoni.”

“Saya tidak faham apa yang awak maksudkan dengan ajaran Islam yang harmoni. Tetapi soal neraka dan syurga ini adalah soal iman. Ia adalah perkara pertama dan utama yang ditekankan oleh nabi Muhammad saw di peringkat awal perjuangannya.”

“Awak menakutkan orang bukan Islam.”

“Maaf saudara, saya sedang berhadapan dengan saudara… orang Islam. Kita perlu bercakap soal iman, kerana tanpa Iman, Islam akan hanya ada di fikiran dan lisan bukan di hati dan amalan.”

“Bukan begitu, tapi soal ini perlu dikemudiankan…”

 

Saya terdiam. Oh, betapa ramainya orang Islam yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut ‘kesederhanaan’ nafsu. Bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu!

 
29 Komen

Posted by di 9 Oktober 2010 in Semasa

 

Label: , ,

29 responses to “‘ISLAMOPHOBIA’ MUSLIM

  1. Nur adrenalin

    9 Oktober 2010 at 12:49 pm

    Salam Ustaz,
    Ye… begitulah masalah yg dihadapi oleh kita khasnya di Msia yg tercinta di mana kita menghadpi penentangan bkn sja dari segi perbuatan tetpi lisan bukan dr org bukan islam ttpi dari org islam sendiri! krn mrk jahil ttapi mengaku bijak.. sdgkan kalu kita berilmu pun, islam mengajar kita merendah diri (krn islam mengajar pbandingan ilmu kita bbanding ilmu Allah, ibarat air yg tinggal dijari berbanding lautan yg luas tak bertepi)…
    Kerana ehsan, iman, islam yg lemah maka kita boleh bergaduh sesama sendiri & inilah yg menghalang kemajuan org islam..

    Boleh bukak minda & baca info terkini “perbandingan Beijing (contoh tamadun bukan Islam) & Kaherah (contoh tamadun Islam selepas Firaun)” dlm Blog Dr MAZA. Di Msia? tgk lah apa yg berlaku antara org islam UMNO, PAS dan KEADILAN… Krn utamakan parti berbanding islam, inilah yg terjadi sekarang… msing2 mdakwa mrk islam tapi tidak menunjuk contoh pengamalan islam… Malahan memalukan, contoh pengamalan islam dpt dilihat di Jepun! (isu punctuality, rajin, hormat menghormati, menjaga kebersihan, beradab, kehidupan berstruktur & teratur, berjaya, tidak putus asa, bersemangat juang tinggi etc)..

    Dan di Msia tercinta di mana Islam adalah agama rasmi, boleh pula menjemput Adam Lambert si GAY dari US utk membuat konsert di Bkt Jalil sdgkan penyanyi ini dikecam hebat di US sendiri??? di mana la kuatnya kerajaan islam kita…..???

    Untuk org mengaku islam di Msia yg berlainan kpartian, sy cuma nak share lirik “Hold My Hand” lagu dari Maher Zain (isteri Maher berpurdah, so,org ppuan islam yg emosi mengutuk & menuduh Waheeda yg bkn2 dlm internet maka bertaubatlah) :

    Hold My Hand ~ Maher Zain

    “Muslims are brothers, therefore make peace between the two brothers & fear Allah that the mercy may b shown to u” ~ 49:10

    I hear the flower’s kinda crying loud
    the breeze’s sound is sad… oh no
    tell me when did we become so cold & empty inside
    lost a way long time ago
    did we really turn that blind…
    we dont see that we keep hurting each other .. no..
    al we do is just fight

    Chorus *
    now we share the same bright sun, the same round moon
    why dont we share the same LOVE?
    tell me why not
    life is shorter than most have thought
    hold my hand, there are many ways to do it right
    hold my hand, turn around & see what we’ve left behind
    hold my hand my friends
    we can save the good spirit of me & u
    for another chance & let’s pray for a beautiful world
    a beautiful world i share with u

    children seen like they’ve lost their smile
    on the new blooded playgrounds… oh no
    how could we ignore, heartbreaking crying sounds..
    and we’re still going on, like nobody really cares..
    and we just stopped feeling all the pain
    because like it all daily basic affair

    Chorus *

    no matter how far i might be
    i’m always gonna be your neighbour
    there’s only one small planet where to be
    so i’m always gonna be your neighbour
    we cannot hide we cant deny
    that we ‘re gonna be neighbours
    your neighbour
    my neighbour
    we’re neighbours..

    repeat chorus *

     
  2. anasyahidah

    9 Oktober 2010 at 1:12 pm

    Salam ustaz,

    Alhamdulillah ustaz, ana setuju dgn entri ustad kali nie…bersederhana lebih baik dan jadikan amalan wajib itu rutin dan amalan sunat sbg saham2 kita labur utk akhirat. InysaALLAH ana sntiasa mendoakan kita dan semua umat islam semuanya dibukakan hati utk menerima ISLAM yg sebenar spt yg diajar oleh Rasulullah s.aw. Betapa berharganya diri kt ustaz, bila nk berjumpa dgn ALLAH…titisan air mata mengenangkan dosa2 yg telah dilakukkan kerana kejahilan agama. Syukran ustaz.

     
  3. masita

    9 Oktober 2010 at 4:42 pm

    susahnye nak bagi org tu paham.moga dia akan paham kemudian. dan semoga kite semua dikurniakan Allah kefahaman yang sama dan benar amin. Syukran ustaz. Teruskan usaha ya!

     
  4. Nabila Nia

    9 Oktober 2010 at 4:42 pm

    “Role model” bagi kita yang beragama Islam ialah Rasulullah. Majoriti mereka yang masuk Islam adalah kerana tertarik dengan akhlak Baginda. Oleh sebab itulah sunnah dipentingkan dalam setiap urusan.
    Ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan hadis sesuai bagi setiap zaman. Lantaran itulah kita mengamalkan kesederhanaan.
    Islam itu adalah fitrah semua orang. Mereka yang belum Islam itu masih bingung. Ajaran apa yang harus mereka pilih. Ini juga dinamakan melanggar fitrah manusia. Kita juga sebagai seorang da’i serta da’iah, mengikut hukum dan keadaan semasa kita sekarang, adalah wajib untuk menyampaikan dakwah di samping melakukan amalan Rasulullah.

     
  5. Ridhwan Abdullah

    9 Oktober 2010 at 6:30 pm

    Asalamualaikum..Kekanda
    Terima Kasih tulisan yang tepat pada masanya. Apa pun jenis ‘Phobia’ ia berbalik kepada kefahaman yang ‘tepat’ dan ‘padat’. Inilah masalah ‘kita’ umat Islam yang ‘gagal’ mengarap ‘masalah’ ketakutan ini dari sudut yang berbeza. Mungkin masih lagi terbawa dengan sentimen menyelesaikan sesuatu perkara hanya ‘permukaan’ bukan mendasar kepada ‘akarnya’. Namun ia bukanlah faktor ‘pengagal’ kepada semua para ‘dai’ untuk istiqamah dalam menyampaikan dan mengamal Islam yang ‘Syumul’.

     
  6. safa

    10 Oktober 2010 at 2:49 pm

    ‘Kita kena bersederhana’…istilah yang sering disalahertikan…semua ini adalah kerana penerapan yang salah di’download’kan ke dalam hati kita…saya bersetuju untuk kita sama-sama berganding bahu, menambah ilmu…meningkatkan amal…menuju iman…Percayalah, amalan yang di atas paras ‘biasa’, bukanlah sesuatu untuk kita banggakan.. bahkan…sesungguhnya, ianya hanyalah sesuatu yang sangat biasa…. pandangan manusia sahaja yang memandang luar biasa kerana terlalu biasa melaksanakan perkara di bawah paras ‘biasa’….Bersama mengutamakan pandangan ALLAH dalam setiap perkara….Amiin…

     
  7. annourr

    10 Oktober 2010 at 6:06 pm

    ALLAHUMMA FAQEHNA FI DEEN,WA ‘ALIMNA FI TA’WIL

     
  8. annourr

    10 Oktober 2010 at 6:07 pm

    INNA DEENA ‘INDALLAHIL ISLAM

     
  9. luke

    11 Oktober 2010 at 7:10 am

    salam.. hum.. memang benar tu. ramai orang salah faham faham konsep wasatiyah. pertengahan bukan maksud menyeimbangkan baik dan buruk. semua perbuatan yang wajib, wajiblah, yang sunat, sunatlah.. buat semua yang disuruh, tinggal semua yg dilarang.. barulah wasatiyah.

    islamophobia ni pada saya datang dari agenda jahat orang kafir.. terpengaruh pula oleh orang Islam yang bersifat sekular. nak atasinya, kita umat islam janganlah sekular. amalkan setiap ajaran islam. lepas tu, si kafir nak kata apa lantak they ol la.. memang ada sahaja yg busuk hati. saya percaya, dengan umat islam ikut perintah agama, fenomena islamophobia pun tak larat nak tersebar..

    insya Allah. wassalam.

     
  10. Muqammulamin

    11 Oktober 2010 at 9:52 am

    Berjemaah lah kerana dengan jemaah sahaja yang cintakan islam

     
  11. Sharizal

    11 Oktober 2010 at 11:48 am

    Terima kasih atas tulisan Ustaz ini..Kadang2 tertanya-tanya, dimana silapnya orang melayu sekarang..sehingga hilang IMAN dikalangan mereka..banyak melayu sekarang cuma Islam hanya pada nama sahaja, bila diceritakan mengenai agama sedikit kepada mereka, mereka marah, jelek, skeptic, tutup telinga, pertahankan hawa nafsu mereka lah adalah yg benar…Islam dijadikan sebagai “Secondary lifestyle”, jadi jika mahu mengamalkan Islam atau tidak, tanya hawa nafsu sendiri dulu(which Primary lifestyle) samada ia sesuai diamalkan atau tidak, tulisan Ustaz di atas make a point..Saya bukan nak mengkritik bangsa sendiri, cuma mengetengahkan realiti kebanyakan kehidupan melayu Islam masa kini..Subhanallah.. semoga Allah SWT memberi kita semua hidayah.

     
  12. Junichiro

    12 Oktober 2010 at 2:30 pm

    Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala pancaroba dan tipu daya di dunia ini…

     
  13. firdaus UMT

    12 Oktober 2010 at 3:06 pm

    satu pencerahan yang terang… melihat kembali pada seerah nabi… islamophobia bagi saya telah pun berlaku sejak daripada kehadiran Nabi lagi… cuma jenis “ketakutan” sahaja yang membezakan dulu & sekarang…

     
  14. arie rahman

    13 Oktober 2010 at 2:35 am

    “Bukankah motto dakwah kita adalah perbaiki diri dan serulah orang lain?” saya cukup terkesan dengan kata-kata di atas yang dipetik dari artikel ustaz.. selama ini saya lihat islam itu pada diri org islam yang lain.. saya kurang lihat islam pada diri saya sendiri terlebih dahulu.. Alhamdulillah dengan ingatan demi ingatan yang ustaz sampaikan dapat saya mempertingkatkan iman dalam hati ini… semoga usaha ustaz diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT..

     
  15. Khairul

    14 Oktober 2010 at 11:18 am

    Salam

    Perpecahan sukar dielakkan selagi sebahagian umat Islam masih lagi melakukan perkara syirik (menolak hukum-hukum Allah dari di daulahkan) sedangkan sebahagian lagi ingin berpegang dengan Islam sepenuhnya. Dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah kecuali dengan taubat…

    Setuju dengan tuan, Islamphobia berpunca dari ketidakfahaman Umat Islam tentang Islam itu sendiri. Itu punca utama. Sebabnya kejahilan dan zalim terhadap diri sendiri….

     
  16. milan

    15 Oktober 2010 at 8:18 am

    salam ust,
    layout baru ni tak cantik lah..tulisan haluih, susah nak baca.
    yg dulu best. mohon tukar.

     
  17. im

    15 Oktober 2010 at 10:13 pm

    Sbb tu hasan al-banna ckp:
    “Faham itu sebelum ikhlas”
    Jazakallah ustaz atas prkongsian..sungguh kita prlu FAHAM sblum MEMAHAMKAN yg lain..baru skang sya lbih FAHAM akan kta2 imam tuh..

    “Allahummah dina, wahdi bina, waj`alna sababal limanih tada!”

     
  18. Hadi Rofiee

    16 Oktober 2010 at 5:10 pm

    Salam.

    Menarik kisah ini sehingga asyik membaca. Terima kasih. :-)

     
  19. E-Wan

    16 Oktober 2010 at 10:14 pm

    Salam ustaz. saya bersetuju sangat dengan kata-kata, “tanpa Iman, Islam akan hanya ada di fikiran dan lisan bukan di hati dan amalan.”. Ramai yang pandai berkata tentang islam. tetapi amalannya tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. sama-samalah kita muhasabah diri kita sendiri…

     
  20. azam

    19 Oktober 2010 at 10:03 pm

    salam utz,
    Alhamdulillah ditemukan laman utz ini kpd sy…
    sy telah copy entri utz & jadikan ia twet sy dilaman twitter.

    Hidup jika dilihat pada perbezaan,maka banyaklah yg berbeza.kerna manusia memang diciptakan dgn perbezaan supaya mereka saling faham dan mengenali antara 1 sama lain…

    Lihatlah pada persamaan,kerna disitu akan muncul kesamaan yg membawa kpd keserasian.

    contoh: utk menyalakan mentol kita perlukan -&+ supply…baru mentol akan menyala…

     
  21. gentarasa

    21 Oktober 2010 at 10:04 am

    Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Tidak semua perbezaan… mencetuskan penentangan tetapi jika diurus dengan jujur dan bijak, perbezaan bolh melahirkan KEINDAHAN.

     
  22. Ahmad Mustafa

    22 Oktober 2010 at 11:27 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Alhamdulillah saya faham dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz dan saya sokong 100%. Cara pemahaman umat Islam kini perlu diperbetulkan. Kebanyakan daripada kita hanya menekankan konsep negara Islam sahaja tanpa memikirkan tentang umat Islam. Banyak yang mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain sahaja apabila berlakunya banyak kerosakan, kemaksiatan sehinggalah kepada penindasan kepada umat Islam. Apabila sudah terdesak, banyak yang mengambil jalan mudah memerangi masalah tersebut dengan cara yang radikal sehingga dengan mudah musuh-musuh Islam melabel umat Islam sebagai pengganas.

    Sekiranya dari peringkat awal lagi ajaran Islam yang sebenar dan seperti yang diajar oleh Nabi Muhammas S.A.W. sudah dipupuk di dalam sanubari setiap umat Islam, Insya-Allah umat Islam akan menjadi umat yang terbaik dan dapat memimpin ke jalan yang benar.

    Wallahualam

     
  23. ZACK

    23 Oktober 2010 at 6:17 am

    Saya amat tertarik dengan entry ustaz. Saya pernah terbaca tulisan seorang ulamak , katanya ‘ aku pergi ke negara Islam tetapi tak nampak Islam , tetapi bila aku pergi negara orang bukan Islam aku nampak Islam ‘ . Saya malu apabila pada senarai 5 negara terbaik dunia tidak ada negara Islam.

     
  24. Zala Wajik

    31 Oktober 2010 at 3:52 pm

    terima kasih ustaz atas entri ini :)

     
  25. muaz

    2 November 2010 at 1:49 am

    thanks ustaz….

     
  26. ashmir

    3 November 2010 at 10:12 am

    Assalamualaikum,

    bile membaca tulisan Ustaz, hati dan minda saya baru tersedar. saya baru nampak, sebenarnya kita sendiri sebagai umat ISLAM yang mewujudkan ISLAMOPHOBIA. perubahab mestilah secara ‘inside-out’, mestilah bermula dari diri kita sendiri. benarlah ungkapan “Actions speaks louder than word.”
    semoga Allah melapangkan dada kita dan memberi hidayah serta kekuatan untuk kita sama-sama menegakkan ISLAM.

     
  27. Fatimah

    3 November 2010 at 5:47 pm

    Rasulullah bersabda ‘Di akhir zaman nanti Islam akan terhijab oleh umat Islam sendiri..kita la yang berada di zaman itu..’

     
  28. along aman

    26 November 2010 at 2:17 pm

    Salam semua..diharapkan orang yg beragama islam faham apa yg di cerita oleh ustaz.., kebanyakan org islam bukan cari islam , tetapi cari harta dan lupa islam segelitir yg kita jumpa benar benar..menghayati islam.. orang melayu nama saja melayu.. tapi islam sebenar belum tentu.. Agak agak mcm mana rupa org islam sejati.. susah nak cari… apa pun yg dah islam hayati lah, baca la, renong lah kapada alam dan alam kecil.. moga semua nya berbahagian dalam islam. wasallam…

     
  29. muhammad nur salam

    24 Mac 2012 at 10:58 pm

    islamophobia..bole terangkan tak lg tentng islamophobia.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: