RSS

LAWAN HAWA NAFSUMU!

20 Okt

LAWAN NAFSU MU!

Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat.  Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang  hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” (Surah : )

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?

MANUSIA DAN MUJAHADAH

Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

i)                    Telah menyerah kalah.

Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)

ii)                  Sedang dan sentiasa berperang

Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”

iii)                Orang yang telah menang

Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

ERTI MUJAHADAH DAN KEPENTINGANNYA

Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.”  Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah: “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)

Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah: “Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang buat baik.” (Surah : )

Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya: “Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” Baginda juga bersabda: “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.”

Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah” berasal daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul. Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.

Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya,  kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja. Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.”

PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.

Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa). Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.

Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah.

Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.

Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya,  bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.

Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:

“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

LANGKAH-LANGKAH JALAN MUJAHADAH

Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:

i) Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.

Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.

ii) Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.

Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.

iii) Mempraktikkan ilmu.

Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.

Semua itu kerana mereka belum ‘mahu’, dan baru sekadar ‘tahu’. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktiokkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu ‘tahu’ tempat letakkannya di akal tetapi ‘mahu’ itu letaknya di hati.

iv) Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.

Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran. Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.

Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit.”

“Alah bisa, tegal biasa,” begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan. Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya. Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.

Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan. Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerakan kepada pembangunan ummah. Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.

Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah. Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).

Jangan menoleh ke belakang… tempuhlah jalan mujahadah. Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah. Tidak ada jalan pintas!


 
58 Komen

Posted by di 20 Oktober 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

58 responses to “LAWAN HAWA NAFSUMU!

  1. Max Chempaka

    20 Oktober 2010 at 5:18 pm

    Jazakallah ustaz.. Sangat bermanfaat :-)

     
  2. helwa

    20 Oktober 2010 at 7:47 pm

    Alhamdulillah. Terima kasih ustaz.

     
  3. mawarlarangan

    20 Oktober 2010 at 11:23 pm

    Alhamdulillah. syukran ustaz entri/ilmu yang sangt berguna untuk kita semua renungi dan mengamalkannya.
    ye, kite skrng semakin melupakan ilmu tentang kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya sedangkan itulah yg patut kita utamakan dlm menghadapi kehidupan yg penuh dgn dugaan duniawi, sedangkan segala kejahatan itu bermula dari nafsu yg jahat yg tidak terkawal.
    jika diri dikuasai oleh nafsu yg jahat maka hancurlah diri itu.

     
  4. rabiadza

    21 Oktober 2010 at 7:46 am

    salam..ikut hati mati..ikut rasa binasa..ikut nafsu lesu..terima kasih atas peringatan ustaz..=]

     
  5. annourr

    21 Oktober 2010 at 8:02 am

    akal (tahu)
    hati(mahu)
    nafsu (mampu)

     
  6. khyrul hycal

    21 Oktober 2010 at 10:03 am

    Teringat kata-kata Sufyan At-Thauri:

    “Tiada yang aku rawati lebih sukar dari nafsuku sendiri. Satu ketika aku mengalahkannya dan di satu ketika yang lain aku di kalahkannya”

    Moga kita termasuk dalam golongan2 yang ‘kuat’ dan terus istiqamah di jalan mujahadah ini..^_^

     
  7. zul

    21 Oktober 2010 at 10:55 am

    alhamdulillah..mohon share ye ustaz

     
  8. naf_qayyma

    21 Oktober 2010 at 11:07 am

    kita berjaya melawan nafsu kerana apa?kerana diri kita?usaha kita yang sentiasa mujahadah melawannya?

    atau kerana rahmat ALLAH itu sendiri..
    pabila ALLAH tahu kita bersungguh sungguh ingin jauh dari hasutan nafsumaka..barulah kita akan dapati ALLAH permudahkan jalan bagi kita

    ..namun kiranya..kita masih rasa sukar untuk melawan nafsu…maka tahulah kita kesungguhan itu masih hanya d bibir …bukan dari hati..

     
  9. ana syahidah

    21 Oktober 2010 at 11:31 am

    Salam ustad,

    Entri yg sngt berharga kerana berkaitan dgn mujahadah….InsyaALLAH ana akan mempraktikan selalu….anak yg solehah dan isteri yg solehah. Syukran ustad…Teruskan lagi menulis ustad dan mengingati ana dan kaum muslim yg lain…Inilah ilmu dan peringatan utk semua org mengenali diri sendiri dan seterusnya mencintai ALLAH yg memberikan nikmat yg tidak putus-putus. Alhamdulillah….istiqamah itu mendidik jiwa kita menjadi terbaik utk melawan nafsu kita sendiri. Ustad ana mohon dkongsi bersama yg lain. Syukran ustad.

     
  10. mdrid2010

    21 Oktober 2010 at 12:51 pm

    Alhamdulillah, semoga kita berada pada landasan yang benar. Insya Allah

     
  11. shahnur

    21 Oktober 2010 at 2:41 pm

    Terima kasih ustaz……..

     
  12. Mohd Nadzri Mustakim

    21 Oktober 2010 at 3:50 pm

    Surah Al-Ankabut
    [69]
    Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

    Merujuk kepada

    “Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang buat baik.” (Surah : )

    Sekadar ingin membantu…. :)

     
  13. cilipadi

    22 Oktober 2010 at 7:27 am

    Artikel yang sangat relevan dengan masakini.Saya ada buku terjemahan Imam Al-Ghazali ‘Rahsia mengenal nafsu dan cara mengawalnya’ Mohd Rushdun Kamil terbitan Jasmin enterprise…bagus sebagai guideline…kena sentiasa ulangbaca…ini nak ulangbaca selepas baca artikel Protaz.Tkasih tolong mengingatkan.

     
  14. syifa aslah

    22 Oktober 2010 at 8:09 am

    salam ..syukran ustaz atas perkongsian yang bermakana..

     
  15. Hafriz

    22 Oktober 2010 at 9:28 am

    Salam ustaz..

    Satu lagi artikel menarik. Izinkan saya brkongsi input bernas ini dgn shbt…

     
  16. Junichiro

    22 Oktober 2010 at 10:49 am

    Salam Ustaz..sgt terkesan dihati sy..terima ksih ustaz..mudah-mudahan Allah panjangkan usia ustaz utk meneruskan perjuangan ustaz mndidik ummat Islam khususnya di M’sia ini di mana saban hari semakin ‘parah’..Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami semua..berilah kekuatan kpd kami utk terus bermujahadah di jalanMu, Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, dan Maha Penerima Taubat..segala kebaikan hanya datang dariMu Ya Allah..

     
  17. safa

    22 Oktober 2010 at 3:19 pm

    artikel yg sangat berguna. terima kasih.

     
  18. ee

    22 Oktober 2010 at 11:29 pm

    terima kasih atas titipan ilmu buat saya yang selalu tewas dalam hawa nafsu..lebih2 lagi bila bab boros..lepas tu menyesal

     
  19. Syidi syahid

    22 Oktober 2010 at 11:42 pm

    Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah: “Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang buat baik.” (Surah : )……. ni surah ape ust? dan ayat ke brp?

     
  20. kaer

    23 Oktober 2010 at 10:21 am

    alhamdulillah..sama2 kita mperbaiki n mgawal nafsu..

     
  21. Nur adrenalin

    23 Oktober 2010 at 10:43 am

    Salam ustaz,
    “Hawa Nafsu” ~ petikan terkenal “ppuan ada 9 nafsu manakala lelaki 1″ (tak pasti samada dari alquran @ hadis… kalu bkn dr keduanya, bermakna ini hanylah pandangan mnusia saje).. seolah2 mcm ada kebenarannya…
    Berkaitan nafsu juga ~ melibatkan diri dlm program IFF serta memberi gambaran yg salah ttg berpakaian secara islamik, ini termasuk dlm nafsu mana? Bgm nak membetulkan isu ini?
    Pembaca boleh dapatkan mklumat dari internet dan ulasan Dr MAZA (bekas mufti Perlis) bdlm Blognya Minda Tajdid berkaitan isu IFF (Islamic Fashion Festival 2010) ini dimana dibuat di Monte Carlo dan dihadiri oleh PM kita & dirasmikan oleh isterinya…. Lihatlah pakaian yg digayakan…
    Terlalu banyak pandangan & kertas kerja pun tak guna, sebab org melayu ni mmg suka memberi pandangan tapi amalan perbuatannya tak sama dgn apa yg diucap (never walks their talk)…
    Kertas Kerja dibentang ttg pelbagai isu terlalu banyak tapi hanya tinggal kertas je yg bekerja… orgnya tidak… melayu masih ditakuk lama samada di segi Minda, ekonomi, kesihatan, keluarga, sosial, ilmu dll masih tidak menunjukkan penambahbaikan yg memberangsangkan….

    Kesimpulannya ~ Semuanya kerana didorong oleh NAFSU… baliklah kpd sirah Rasullullah, kajilah peperangan Uhud & Badar…..

     
  22. ummu iman

    23 Oktober 2010 at 11:34 am

    salam mujahadah duhai diriku, teruslah pandang ke depan. toleh sekejap cuma sbg bekal muhasabah.

     
  23. iman

    23 Oktober 2010 at 4:50 pm

    seperti biasa perkongsian yang diberikan ustaz sgt berguna dan menarik.. ceramah & perkongsian yg diberikan ustaz di fakulti sastera UM, walaupun singkat tetapi padat dengan nasihat, InsyaAllah menjadi ingatan yang “evergreen & longlasting” kpd semua peserta ceramah ustaz tersebut.. (^,^)

     
  24. gentarasa

    23 Oktober 2010 at 5:22 pm

    MasyaAllah, kita sama-sama ingat mengingatkan. Diharap sudi mendoakan agar saya kuat dijalan mujahadah untuk mendapat taqwa. Doa juga untuk Iman dan sahabat-sahabat.

     
  25. fiza

    24 Oktober 2010 at 9:07 pm

    ustaz..terima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat ini…
    mudah2han kita semua akan dpt menggerakkan kenderaan kita dgn baik di jalan mujahadah ini. amin…

     
  26. nasa

    25 Oktober 2010 at 12:34 am

    assalamualaikum ustz.. mohon share dgn shbt2 sy entri ustaz ni.. ckup m’didik jiwa hasil karya ustz ni…

     
  27. gentarasa

    25 Oktober 2010 at 8:12 am

    Silakan sahabatku. Semuga ada kebaikan bersama.
    Saya ingin tegaskan bahawa saya berpegang kepada prinsip: utamakan mesej bukan personal. Try to ‘express’ misi perjuangan kita bukan ‘impress’ terhadap personaliti diri kita. Saya dah sentuh persoalan ini dalam entri saya ‘Kau murabi bukan selebriti’. Kita terdedah kepada kelemahan… yang penting kita baiki diri kita, dan cuba baiki orang lain. Tetapi kita bukan dah jadi baik, cuma sedang mujahadah ke arah itu. Kita bukan hendak orang ‘idolkan’ diri kita, cukup berkongsi misi untuk mendaulatkan agama Allah. Yang penting mesej bukan ‘mesager’nya. Ya, bagi saya elok ketengahkan apa yang boleh dikongsi bersama… bukan supaya orang kagum dengan keperibadian atau cerita-cerita kita. Biar mereka boleh berbuat dan beramal dalam situasi dan kondisi mereka sendiri. Bukan dengan mengkagumi situasi dan kondisi yang kita alami. Jalan menuju Allah terlalu banyak dan luas. Kita berikan keyakinan bahawa setiap orang punya kekuatan, jalan dan keunikan sendiri. Biar mereka yakin dengan diri mereka sendiri. Bukan mengkagumi ‘orang agama’ seperti peminat-peminat artis yang mengkagumi artis pujaannya. Bantulah orang lain ‘menemui’ diri mereka sendiri. Bukan berangan-angan untuk terus bergayut kepada diri kita. Jangan bius pencinta Islam dengan ‘cerita-cerita’ peribadi kita seperti mana simiskin di India yang mendapat hiburan dengan menonton ‘kekayaan’ dan ‘kerupawanan’ artis-artis dalam filem Bollywood.
    Ya, itulah sedikit prinsip saya, jika dapat dikongsi bersama. Tetapi saya tidak dinafikan, setiap orang ada cara dan kaedah serta manhajnya tersendiri. Allah Maha Tahu. Keyakinan saya atas prinsip ini tidak menafikan kaedah orang lain yang juga untuk mendidik umat. Wallahua’lam.

     
  28. zailani

    25 Oktober 2010 at 2:24 pm

    Saya amat tertarik dengan ilmu yang disampaikan. Ya Allah dekatkan diri ini kepada Mu. Amin.

     
  29. spirit_soul

    25 Oktober 2010 at 5:53 pm

    Insya Allah…
    moga2 dgn tips dan doa y diberikan dapatlah melawan nafsu secara istiqamah
    seterusnya agar dapat berjaya & berbahagia di dunia dan akhirat,,,
    syukran jazilan

     
  30. ceriterahamba

    25 Oktober 2010 at 11:45 pm

    salam ustaz.. peringatan yang sangat bermakna.. punya erti.. punya isi..

    ustaz, bagaimana saya boleh dapatkan rakaman motivasi pagi ikim yang ustaz sampaikan.. saya minat sangat-sangat..

     
  31. ayub

    26 Oktober 2010 at 2:32 am

    minta izin untuk d copy

     
  32. iqbal h

    26 Oktober 2010 at 12:46 pm

    jazakallah khairan kathira……

     
  33. abuyon

    27 Oktober 2010 at 8:32 am

    salam ustaz,

    Dapatkah kita, tanpa bimbingan seorang
    mursyid. Mohon pencerahan ya ustaz .

     
  34. gentarasa

    27 Oktober 2010 at 2:40 pm

    Mursyid sangat penting untuk memimpin kita di jalan mujahadah. Jadi carilah Mursyid yang benar-benar cukup syaratnya. Namun, pencarian itu tidak seharusnya menangguhkan atau melemahkan semangat dan usaha kita melawan hawa nafsu berdasarkan ilmu yang telah kita pelajari. Harus diingat, mengenal KEBENARAN itu perlu didahului daripada mengenal SIAPA yang benar. Itulah memperlukan suluhan ilmu dan suluhan hidayah untuk mengenal kebenaran dan kemudian mengenal siapa yang benar dengan sebenar-benarnya. Insya-Allah, jika menempuh jalan mujahadah dengan bersungguh-sungguh, Allah menjanjikan kita akan bimbingan dan pimpinan-Nya dan salah satu caranya ialah dengan dikurniakan seorang mursyid yang hakiki untuk kita. Amin.

    Namun ingat, kewajiban menuntut ilmu lebih UTAMA dan PERTAMA dilakukan oleh setiap yang ingin melalui jalan Allah. Ingat kembali 7 tanjakan yang dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin. Bimbang, mencari yang benar kita tersasar. Lebih-lebih lagi dalam mencari siapa yang benar. Beramal, tahan lidah dan sabar dalam bersabar. Wallahua’lam sahabat dan saudaraku. Jika Allah permudahkan, maka mudahlah jalan kita menuju-Nya. Amin.

     
  35. gentarasa

    27 Oktober 2010 at 2:45 pm

    Salam, maaf saya pun tidak ada rakamannya. Mungkin boleh bertanya terus kepada IKIM. Insya-Allah, saya juga cuba tanyakannya. Syukran.

     
  36. nisa insyirah

    29 Oktober 2010 at 11:07 pm

    alhamdulillah indahnya bicara penuh menafaat , semuga Allah mempermudah kan usaha kita kearah membendung nafsu….. dan insyaallah
    akan cuba mengikutm langkah yang disarankan ….

     
  37. abuyon

    31 Oktober 2010 at 11:00 am

    Alhamdulillah, terima kasih atas jawabnya ya ustaz. Akan saya ingat pesanan ustaz yang ini, “Harus diingat, mengenal KEBENARAN itu perlu didahului daripada mengenal SIAPA yang benar”.

    Moga Allah permudahkan.

     
  38. Nor'Ain Abu Bakar

    31 Oktober 2010 at 10:51 pm

    Salam Ustaz..

    MasyaAllah….perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan mudah2an ia menjadi peringatan buat diriku yang lalai..

    Syukran ya Ustaz

     
  39. md

    2 November 2010 at 12:38 am

    Assalammua’laikum ustz, mhon copy n masuk ke dlm blog ana ye ustz.. moga manfaatnya tersebar luas.. jazakallahu khoir ustz..

     
  40. engrfeez

    2 November 2010 at 11:55 am

    Mampukah kt berseorgan menahan nafsu tatkala dikelilingi oleh semua yg menuruti nafsu termasuk kaum keluarga sendiri. Lihat sahaja rata2 di antara kita siapa yg tidak ingin menjadi kaya? Sedangkan kaya itu hanyalah permaianan dan sandiwara dunie. Bagaimana kita nak explain pd semua ustaz termasuk yg pling hampir iaitu keluarga?

     
  41. fakir ilmu

    3 November 2010 at 2:21 pm

    salam…masyaALLAH…amat2 terkesan di jiwa ana,syukran ustaz…kdg2 ana jatuh dalam nafsu…kdg2 ana menang menawannya…bila jatuh rasa menyesal…tp sukar utk membangkitkn diri spy bersemangat menawannya semula…harap ustaz boleh menasihati ana lg…ana perlukan pembimbing dan penasihat dr org2 yg soleh…tp kdgkala terasa diri sepi tanpa org2 soleh…

     
  42. AHLITAFQIR

    4 November 2010 at 4:23 pm

    salam…
    ustaz, ana minta izin copy yang ini jgk..
    harap dihalalkan segalanya..

     
  43. gentarasa

    5 November 2010 at 7:48 pm

    Ya, ya… silakan.

     
  44. Kakak

    7 November 2010 at 7:26 pm

    Salam,
    Terima kasih atas ilmu ini.

     
  45. yaya

    7 November 2010 at 9:36 pm

    Salam muhibbah..salam ukhwah..terima kasih atas ilmu yang bermanfaat…
    ironinya kehidupan moden kini penuh dengan mainan tipu muslihat syaitan dan kuasa hawa nafsu…InsyaAllah ilmu yang bermanfaat ini akan di siram supaya kian subur dalam amalan seharian kita semua..insyaAllah..

     
  46. SITI HAWA

    10 November 2010 at 4:49 pm

    Alhamdulilah. Bertambah ilmu setingkat lagi.

     
  47. ali aminuddin

    18 November 2010 at 9:53 am

    asslamualaikum ustaz..
    artikel yang mampu membuat para remaja berfikir 2 kali sebelum melakukan perbuatan melalaikan …bahasa yang mudah lagi berkesan..

    “ekspresikan imanmu dengan taqwa”

     
  48. fikri mujahid

    27 November 2010 at 1:08 pm

    salam ustaz..mohon izin untuk copy beberapa article kt blog ustaz..halalkn ye ustaz?

     
  49. Iffah

    28 November 2010 at 8:44 am

    lawan nafsu dgn beribadah kpd Allah !! :)

     
  50. Adilla Harun

    13 Disember 2010 at 11:14 pm

    Saya dapati untuk mendapatkan istiqamah itu tidak mudah. Apa ada cara terbaik dari pengalaman Ustaz?

     
  51. si polan

    8 Februari 2011 at 8:39 pm

    salam ukhwah…

    mintak kebenaran untuk tepek link entri ini di entri blog saya…

    terima kasih

     
  52. aswad

    13 Mac 2012 at 10:48 am

    salam….ilmu yg sngat berharga..tq

     
  53. Sahila Shukor

    17 September 2012 at 7:14 pm

    Allahuakbar,terasa kerdil membaca perkongsian ilmu ini,Ustaz.Semoga Allah terus merahmati Ustaz.

     
  54. hairil

    12 Mac 2013 at 10:40 pm

    salam ustaz
    ana mohon untuk copy

     
  55. boost your bust review

    24 April 2013 at 3:06 am

    What’s up, everything is going well here and ofcourse every one is sharing information, that’s
    really excellent, keep up writing.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,099 other followers

%d bloggers like this: