Looking for Something?

TAK LURUS DI JALAN YANG LURUS

Author:

Ahli Jemaah masjid telah menunggu hampir setengah jam. Penceramah yang dijemput masih belum tiba. Anak-anak di ruang masjid telah mula membuat bising. Suasana yang sedia panas meresahkan lagi orang-orang tua yang terus menunggu dengan setia. Menunggu lama untuk mendengar ceramah agama akan mendapat pahala, begitulah agaknya pujuk hati mereka.

“Ustaz ini memang begitu. Selalu lewat,” bisik seorang ahli kariah di sebelah saya.

“Minggu dulu pun macam ni,” balas orang di sebelahnya.

“Tak mengapa. Ceramahnya semangat. Sedap didengar,” pintas seorang lagi. Saya hanya mendengar, walaupun dalam hati sudah berkira-kira untuk meninggalkan majlis. Ia telah memakan masa yang diperuntukkan. Masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menunggu giliran.

Hampir 40 minit kemudian baru penceramah datang, lengkap dengan jubah dan serbannya. Dalam ceramah yang berdegar-degar itu dia memperkatakan tentang pentingnya mengikut sunah Rasulullah. Saya mendengar sambil mencatat. Cuba menenangkan hati walaupun hati masih tertanya-tanya mengapa sunnah Rasulullah s.a.w dalam menepati janjinya dan menjaga masa tidak disentuh sekali.

Terbayang urutan sejarah bagaimana rasulullah s.a.w sentiasa datang awal ke Masjidil Haram sehingga baginda dilantik menjadi hakim untuk meletakkan ‘Hajarul Aswad’ yang gugur dari tempatnya dalam peristiwa banjir yang melanda kota Mekah. Begitu juga dengan insiden bagaimana Rasulullah menunggu hampir 3 kali seorang yang berjanji bertemu dengannya tetapi tidak datang. Rasulullah sangat menepati masa dan alangkah baiknya jika sunah menepati masa ini dilaksanakan oleh ustaz yang memakai serban dan jubah itu. Nampak lebih sempurna dan indah. 

Saya benar-benar skeptis dengan lambang-lambang agama yang kosong makna. Elok juga sunah yang hendak diamalkan disusun mengikut prioriti amal (‘aulawiyat’). Ini kerana ada orang yang sangat menitik-beratkan soal kurang utama dengan meninggalkan soal yang lebih utama.

Bukan sahaja di tempat kita tetapi nun di Mekah sekalipun betapa ramai yang bertolak-tolakan (kekadang sehingga ke peringkat berkelahi) sewaktu ingin melaksanakan ibadat sunat mencium Hajarul aswad.  Sedangkan persaudaraan itu lebih wajib dipertahankan berbanding amalan sunat (mencium Hajarul Aswad).

Ya, saya tidak nafikan sudah dalam berpakaian. Serban dan jubah, memang pakaian sunah. Namun kekadang orang hanya mempertahankan bentuk pakaian, tetapi tidak sunah kebersihannya. Akhirnya, masyarakat yang tidak faham mengutuk jubah dan serban yang disinonimkan dengan bau hapak dan kotor. Begitu juga sunah janggut dan misai, ada yang benar-benar iltizam membelanya tetapi kurang terurus. Tidak dirapikan apalagi disisir dengan sebaik-baiknya.

Saya pernah bertemu dengan seorang yang sangat cerewet dengan persoalan tajwid. Sering dia mufaraqah dalam solat berjemaah kerana dakwanya Imam tidak betul bacaan fatehahnya.

Dadnya kurang tebal,” komennya satu ketika.

Ronya tidak sempurna,” ulasannya pada satu ketika yang lain.

Begitulah, ada sahaja yang tidak kena dalam bacaan tajwid orang lain. Dia begitu teliti hampir-hampir ke arah cerewet. Namun, sayang seribu kali sayang… anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Anak-anak perempuannya selamba sahaja keluar rumah dengan pakaian yang terdedah, tidak pula mendapat teguran daripadanya.  Dia begitu teliti tentang hukum bacaan, tetapi tidak teliti pula dalam hukum amalan.

Di satu ketika saya pernah bertemu dengan seorang yang dianggap intelektual Islam – pakar dalam istilah, bahasa dan nahu sekali gus pakar epistemologi. Pantang tersalah istilah atau huraian, dia akan menerangkannya secara terperinci. Kagum saya melihat kepintaran dan komitmennya. Tetapi saya sedikit kecewa kerana satu ketika saya dapati dia begitu longgar dalam memilih makanan yang halal.

Sewaktu heboh orang membincangkan soal logo halal dan makanan yang haram, beliau sebaliknya selamba makan di restoran-restoran yang meragukan.

“Tuan, kita patut berhati-hati.” Pernah saya mengingatkan.

“Jangan terlalu teliti. Tak merasa kita nanti.”

Saya benar-benar terkejut. Mana ketelitiannya tentang bahasa serta istilah yang ingin dipertuturkan sewaktu memilih makanan yang hendak dimasukkan ke dalam perut? Padahal Rasulullah saw seorang yang sangat fasih balaghahnya tetapi baginda juga sangat teliti dalam memilih makanan. Pernah baginda melarang cucunya memakan kurma yang disedekahkan kerana keluarga tidak boleh makan makanan sedekah. Bahkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan kembali susu yang diperoleh daripada sumber yang diragukan.

Saya masih ingat apa yang terjadi dalam majlis sambutan Maulid Nabi beberapa tahun yang lalu. Semua penceramah menekankan betapa pentingnya mengikut sunah Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan. Saya melihat sendiri betapa semangatnya peserta yang mendengarnya. Mengangguk-angguk, menangis dan ketawa dengan alunan kata dan intonasi suara penceramah yang terkenal.

Namun sayang sebalik sahaja selesai majlis Maulid itu sampah-sampah dan bekas minuman air serta botol-botol plastik berserakan. Hati saya jadi tertanya-tanya, di manakah sunnah Rasulullah saw yang sangat menjaga kebersihan itu kita letakkan? Ke mana perginya semangat yang meluap-luap ketika melaungkan selawat tadi?

Mengapa tidak semangat itu diterjemahkan ke dalam bentuk realiti yakni dengan membuang sampah dan sisa minuman serta makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Bukan kebersihan itu pernah ditegaskan oleh Rasulullah saw sebagai sebahagian daripada keimanan?

Pernah juga saya bertemu dengan seorang usahawan yang begitu mengagumi Rasulullah saw dalam bidang keusahawanan. Segala yang tersurat dan tersirat tentang sifat keusahawanan Rasulullah saw dibongkarnya.

“Bagindalah aspirasi dan inspirasi saya dalam bidang perniagaan.”

“Bila saya memberi motivasi kepada anak-anak remaja dan pelajar-pelajar yang berminat dalam perniagaan tidak lain, hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang saya tonjolkan sebagai rol model.”

Saya begitu mengaguminya sehinggalah semasa bermusafir bersamanya saya lihat dia begitu culas dengan solat. “Kita perlu berhenti untuk solat jamak qasar,” pinta saya.

“Tak boleh qada sahaja ke?” balasnya.

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Lupa agaknya dia tentang sunah Rasulullah yang begitu ‘punctual’ dalam menjaga waktu solat. Agaknya dia terlalu asyik meneliti sunah Rasulullah saw dalam bidang ekonomi terlupa persoalan asas dan teras dalam Islam yakni solat.

Bukan sahaja lewat solat, tetapi tidak solat. Ya, sunah dalam perniagaan memang diikutnya, tetapi bagaimana sunah dalam menjaga solat? Ini mengingatkan saya kepada kecenderungan masyarakat yang melihat Islam pada nilai ekonomi (muamalat) dan aspek nikah kahwin (munakahat) sahaja tetapi lupa pada soal ibadat dan jinayat (perundangan).

Sahabat saya pernah bercerita tentang seorang kenalannya yang kuat berzikir, lemah lembut tutur katanya.

“Dia betul-betul lemah-lembut dan kuat berzikir.”

“Baguslah kalau begitu. Apa masalahnya?’

“Masalahnya, apabila dia memandu. Lajunya macam pelesit. Menggeletar aku dibuatnya. Dia berkata orang yang ingat Allah, tidak takut mati!”

Saya tersenyum. Memandu melebihi had laju sepakat para ulama mengatakan bahawa itu satu dosa. Jadi, itu bukan sunah. Berani mati di jalan yang lurus (di lebuh raya) amat beza dengan berani mati ‘di jalan’ yang lurus (mati syahid, mati dalam iman dan ibadah kepada Allah). Sunah berzikir dan bertutur dengan lemah-lembut memang baik, tetapi jangan abaikan keselamatan nyawa sendiri dan orang lain ketika memandu kereta.

Ada pula lelaki hidung belang yang beria-ia hendak berpoligami kononnya untuk mengikuti sunah nabi, tetapi isteri masing-masing membuka tembelang perangai mereka yang tidak solat, tidak mendidik anak-anak, kasar, pemarah dan culas dalam memberi nafkah serta mendidik anak-anak.

Semua kisah di atas saya paparkan sebagai peringatan bersama tentang betapa lemahnya kita dalam mengikut sunah Rasululllah saw. Kita cenderung melihat di sudut-sudut tertentu yang kita sendiri punya kepentingan. Al Hasil, sering kali kita dapati dorongan memakan makanan sunah lebih hebat diuar-uarkan berbanding dengan mengajak melaksanakan sunah-sunah yang lebih besar dan afdal.

“Ayah, jika minum susu kambing kita boleh jadi baik. Ini minuman sunah.”

“Tapi jangan hanya ikut sunah minum susu kambing sahaja, ikut sunah yang lebih utama daripada itu, “ balas saya.

“Apa dia?”

“Bangun solat Subuh, tinggalkan perkara yang sia-sia.”

“Makan kismis ini yang didoakan ini bagus ayah. Fikiran kita jadi tajam. Ini juga makanan sunah.”

“Ya. Tetapi berusaha menelaah pelajaran dan memberi tumpuan ketika belajar adalah lebih sunah.”

Anak saya terdiam. Sikapnya memilih yang senang-senang dan enak-enak sahaja daripada as sunah saya perbetulkan. Memang untuk beramal, kita boleh pilih yang mudah-mudah dan senang-senang dahulu tetapi kita mesti tahu dan berusaha untuk mengamalkan yang lebih utama. Mana yang ‘sesuai’ dengan selera dan kecenderungan kita, itu yang diutamakan. Manakala yang perlukan kita bersusah payah serta mujahadah kita pinggirkan… seolah-olah itu bukan sunah.

Minum susu kambing misalnya memang sunah, ya itu ada kesannya dalam pembentukan peribadi kita,namun tentulah  meninggalkan mengumpat dan memfitnah, bermujahadah melawan nafsu, membaca Al Quran dan mendirikan solat lebih utama dalam usaha kita untuk memperbaiki diri. Ya, tidak ada salahnya menguar-uarkanlah makanan sunah yang boleh membentuk hati dan peribadi, tetapi jangan terlupa aspek-aspek lain yang jauh lebih penting seperti menjaga pergaulan, mengamalkan cara hidup bersandarkan syariat dan lain-lain.

Jadi, persoalannya betapa ramai orang yang mendakwa dan merasakan dia telah mengikut sunah padahal apa yang sebenarnya diikutinya hanyalah hawa nafsu sendiri? Inilah gara-gara tidak tulus mengikut jalan yang lurus!

 

 

 

Feedback

59
  • muhammad fakhruddin

    Assalamualaikum Ustaz,
    perihal orang baik yang memandu tidak ingat dunia telahpun diulas oleh Ustaz Hasrizal di Facebook.Katanya,perbuatan sebegitu ialah contoh sekularisme peringkat akar umbi.

    Wallahua’lam

  • myab

    lurus yang meluruskan…..

  • as-sa'adati

    Inilah antara perkara yang agak mengecewakan yang melanda pada umat Islam sekarang…
    Kadang-kala malu bercakap itu ini berkaitan sunnah…tapi praktikalnya kurang menyebabkan rasa hormat itu semakin berkurangan. Hal ini menjadi peringatan buat diri yang mengaku sebagai seorang dai’e….

    “Actions speak louder than words”

  • ridhwan

    tepat ustaz. semoga saya dijauhi unsur-unsur negatif..

    lambang-lambang Islam, mungkin ustaz terimbas kenangan lama..

    semoga ustaz sihat dan terus menulis..

  • ukhtiza li

    assalamu’alaikum ustaz,

    jazakallahukhairan kathir…

    ketukan minda akhir zulqaedah…

    muhasabah diri, benar… banyak sunnah yang lebih awla terlepas pandang…

    Ampuni kami Ya Allah…

  • einna

    Assalamualaikum ustaz..
    Tajuk di atas ada kaitannya juga dgn pngalaman saya. Saya mpunyai kawan yang tidak kurang hebatnya dalam memberi hadith dan ayat-ayat Quran. Tapi bila dia menasihati saya, kata-katanya sering kali memperlekehkan saya, kasar dan menghina. Perkataan bodoh, jahil dan tolol selalu keluar dari lidahnya apabila dia melihat saya melakukan kesalahan.(dari sudut pandangannya walhal sy sendiri tidak jelas salah apa yg saya lakukan) Apakah boleh orang yng dikatakan berilmu memperlekeh orng lain? Susah hati bila orang ada ilmu tapi tidak amalkan ilmu…..
    Mohon ustaz jelaskan…trima kasih.

  • amir

    assalamualaikum ustaz..

    saya setuju benar tajuk yang diberi ‘ tak lurus di jalan yang lurus’. kerana sikap ingin ambil yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu, kita pinggirkan kelurusan yang lebih awla. semoga kita semua dapat memerhatikan kembali setiap sudut kehidupan kita. mana yang tak betul diperbetulkan. buka telinga lapangkan dada untuk menerima nasihat daripada ‘yang lurus di jalan yang lurus’. insyaAllah. jazakallah ustaz.

  • amir

    maaf. pembetulan teks “lapangkan dada untuk menerima nasihat daripada mereka ‘yang lurus di jalan yang lurus’. bukan lurus separuh2 sahaja.

  • Fat-hi Muhammad

    Artikel yang bagus ustaz,dapat menyedar semua lapisan muslim yang masih terlena dengan amalan-amalan yang tidak memberansangkan non-muslim kepada Islam kita ini….Saya ada satu soalan>adakah Allah Swt menilai diri kita melalui “Amalan” (berzikir atau solat sunat) ataupun “Tindakan” (menyebarkan nilai Islam itu sendiri), yang mana lebih dilihat oleh Allah Swt ??

  • zo90

    salam, ustaz.

    saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz. kadang2 luaran yg tampak begitu baik tidak seiring dengan amalan dan perkataan yg dikeluarkan. manusia kadang-kadang terlalu ingin menjangkau yang terlalu baik sehingga benda yang mudah dan paling senang dapat pahala pun sering diketepikan dan dilupakan. contoh paling mudah, dalam memberi sebutir senyuman yang ikhlas. juga orang yang tampil berkopiah tapi merokok.wallahu’alam.

    terima kasih ustaz atas pandangan yg diberikan.

  • wardah_060

    assalamualaikum ustaz…
    sykran d ats pkongsian yg mnydrkn dri yg sring alpa..
    sdh bnyk snah Rasulullah yg tlpas pndng n yg x damlkn..
    astaghfirullah…

  • iqbal h

    alhamdulillah Masyarakat masa ini semakin sedar tentang pengamalan sunnah Rasullah. Semoga yang baik itu diteruskan. Pada masa yang sama bukalah pintu hati kita supaya mudah menerima nasihat daripada orang lain supaya kekurangan dalam diri kita mengamalkan sunnah dapat dibaiki. Wallahu’a’lam.

  • Puteri

    Assalamualaikum..

    Beginikah contoh yang dikatakan bahawa mempelajari Al-Quran menggunakan akal semata-mata tapi tidak menggunakan hati. Hanya tahu mengenai Al-Quran sebaliknya tidak melekat dalam hati sendiri,jadinya,diri sendiri tidak mengamalkan apa yang disuruh dalam Al-Quran dan apa yang menjadi sunnah..

  • kriey

    Asssalamualaikum. aduhai ustaz, terasa pula saya membaca mengenai kelajuan memandu itu. terasa terkena didahi sendiri. hehe.

    apapun terima kasih atas tazkirah dari pemerhatian ini. satu laporan yang teliti dalam sketsa kehidupan, salam hormat dari saya. salam 🙂

  • gentarasa

    Salam, kedua-duanya Allah nilai. Tetapi yang paling penting Allah menilai hati yang melahirkan amalan dan tindakan itu.

  • enQu ashraf

    salam.A good post!! there is a silent msg tht is being brought by ths post!! i am touched and inspired!! keep up Ustaz!!

  • Wan Zayuhisham

    Banyak perkara terkena batang hidung sendiri. Muhasabah diri dan perlu perbaiki diri.Terima kasih ustaz di atas peringatan ini.

  • 2t

    salam ustaz,

    Terima kasih kerana tulisan yang memberi impak kesedaran.
    Semoga ustaz terus menulis…. insyallah. 😉

  • Ahmad

    Assalamualaikum Ustaz,

    Terima kasih di atas peringatan yang telah diberikan. Maklumat yang diberikan sangat mudah bertepatan dengan permasalahan yang berlaku sekarang ini.

    Selain daripada yang tidak mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W, ramai juga diantara kita yang mengambil mudah tentang segala ajaran Islam. sebagai contoh, ada diantara rakan-rakan yang dengan mudah tidak pergi solat Jumaat atas alasan tak sampai 3 hari tak pergi solat Jumaat takpe lagi.

    Ramai yang ambil Islam pada permukaan sahaja. Tidak mendalaminya sehingga ke dasar.

    Wallahualam.

  • fakir ilmu

    salam…ustaz thanks atas segala ilmu yg ustaz curahkan dalam ni…

  • sue

    Terkesan betul dgn tulisan ustaz, mengambil sunah yang kena dgn nafsu shja selama ini… Ustaz.. diri ni kena ‘overhaul’.. banyak dah karat2 dlm hati, dlm pikiran… Nak mula dari mana ye ustaz…?

  • islah

    assalamualaikum ustaz,
    saya pernah duduk di sebelah perempuan yang bertudung labuh, pakai stoking gayanya macam seorang yang mengajar di sekolah agama (semasa menghadiri satu seminar) beliau ini tak berhenti2 berbual dengan rakan sebelahnya sama naik dengan suara penceramah sehinggalah sesi ceramah selesai . Bercerita pulak tu hal orang lain dlm erti kata lain mengumpat rakan sepejabatnya. Hilang terus rasa hormat dan kagum dengan cara pemakaiannya. Sudahlah tak hormat rakan di sebelah, tak hormat penceramah, mengumpat pula hal orang. Di mana silapnya?

  • keluargasakinah

    Setuju. Ada segelintir masyarakat bercita-cita nak dirikan negara Islam tetapi nak bina keluarga Islam pun tak lulus. Anak2 perempuan tidak menjaga batasan aurat. Buat tak tau ajer.

  • mira

    assalamualaikum…

    terima kasih atas perkongsian. memang kadang kala kite terlepas pandang perkara2 sebegini. Rasullulah sepatutnya menjadi tempat rujukan kite dalam setiap ape yang kte lakukan. saye teringat akan kata-kata; lelaki adalah orang yang paling senang nak ikut sunnah nabi. yang paling mudah sekali adalah dengan membela janggut. Betapa pemurahnya Allah…dengan adanya janggut dah dapat pahala. ini bukanlah alasan utk wanita tak mengikut sunnah nabi. banyak lagi sunnah nabi yang boleh kite ikuti… sama-samalah kite renungkan… Wallahu’alam…

  • nurkhaira

    assalamualaikum
    kesimpulannya, ramai yang ingin mengikut sunnah rasullullah s.a.w ..
    ramai yang rasa diri dia bagus, ramai yang rasa dia berilmu..
    tapi hakikatnya, ada perkara2 ‘asas’ dan yang ‘hampir’ dengan diri sendiri
    tidak mampu nak diperbetulkan , tak mampu dilakukan.. itulah hakikatnya..
    semoga kita sama2 dilindungi oleh Allah s.w.t dari sekecil2 kejahatan,
    semoga kita dikuatkan Allah untuk melakukan perkara yang ‘betul’ dan
    semoga kita tak hanyut disesatkan bisikan syaitan
    amiinn

  • taufiq

    assalamualaikum..betul tu, sekarang ni nampaknya penghayatan kepada ‘Islam is the way of life’ tidak ditekankan..hanya cakap sahaja tetapi tidak dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. banyak juga mereka yang tidak mengambil Islam secara keseluruhan tetapi ambil yang mana yang ‘kena’ pada diri mereka sahaja..dan untuk penyampai dakwah. .’be the message itself’. bukankah dalam surah as-shaff ada menyebut bahawa Allah membenci orang yang tidak mengerjakan apa yang dia katakan..

    peringatan untuk diri sendiri dan pada semua

  • alhamdulillah

    jklh ustz….

  • Nur adrenalin

    sdr islah,
    1) pkara spt itu bkn saja dilakukan oleh ppuan btudung tapi oleh yg tak btudung pun. Tapi bila yg btudung mlakukannya ia lebih menjadi phatian krn lumrah kita org melayu m’anggap ppuan btudung “perfect” sdgkan tiada manusia yg “perfect”. Ppuan btudung telah menjalankan kewajipan mereka dgn menutup aurat. (tak bertudung/tutup aurat tu hukumnya berdosa sama spt tidak bersolat~ bukan perlu tunggu “ikhlas” atau tidak spt ulasan ramai artis kita. Boleh ke kita kata “solat itu atas saya, bila sampai seru saya solat lah, sy tak mahu hipokrit, sekejap solat sekejap tidak semata2 utk mjaga hati orang/peminat”?) Tapi syg, dlm hal ni, kbanyak pdakwah tidak tegas & bdolak dalik untuk jaga nama & kpentingan. krn apa? Krn mrk pun cinta dunia & gila galmor masuk TV & dikenali dgn mpunyai program sendiri serta mjadi duta produk yg mana ini bkaitan bisnes & pdapatan mrk.
    2) Dlm hal tidak hormat pncramah/fasilitator dgn tidak fokus & berborak, ini juga budaya org melayu. Malahan mrk juga dgn selamba menjawab panggilan hphone, ber”sms” dsb ketika dlm mesyuarat, perhimpunan staf, ceramah, bengkel dsb. Yg melakukan kesalahan ini tmasuklah lelaki dan ppuan samada bertudung @ tidak.
    3) Membuat salah tidak tkecuali pd mrk yg bertudung @ tidak. Adalah tidak wajar mengatakan “Baik bukak je tudung tu…., tak payah pakai tudung kalu buat maksiat mcm tu….” apabila kita lihat ppuan btudung (pelajar/remaja/wanita) terbabit dlm hal2 kemaksiatan @ salah laku… Apabila kita bkata begitu, seolah2 kita meredhai plakuan maksiat asalkan tidak dilakukan oleh mrk yg bertudung….
    4) Cara kita org melayu menangani sesuatu kes atau melihat sesuatu isu selalu tersilap…Inilah punca mengapa tgn kanan kita buat benda baik tapi dlm masa sama tgn kiri mlakukan pkara tak elok…
    5) Sama spt bila kita kata “padan lah pkahwinan mrk bmasalah, tak dpt restu ibubapa, kahwin lari di Siam” bila mbicarakan isu artis yg dilanda masalah rmahtangga misalnya…Sedangkan bnyk kes perceraian juga blaku di kalangan mrk yg kononnya pkahwinan mdapat restu kedua2 belah pihak…
    6) Begitu juga bila melihat bilangan remaja ppuan yg lari dari rumah dgn pelbagai kes & punca, dilihat datang dari keluarga yg tidak berpecah belah, masih mpunyai ibubapa yg kelihatannya baik. Di sini perlu dilihat bahawa faktor keluarga berpecah belah, perceraian ibubapa bukan lagi isu yg relevan. Masalah ini berlaku dlm semua jenis latarbelakang keluarga.
    7) Malahan kita lihat berapa ramai skrg ibu tunggal terbukti mampu mbesarkan anak2 hingga ke mnara gading & bjaya dlm khidupan serta lebih bdikari bbanding mrk yg mpunyai pasangan?
    8) Pandangan org Melayu yg telah berakar umbi yg tidak berasaskan Al Quran & hadis perlu diubah…. Kalau tidak melayu tetap jadi bangsa yg layu sebelum masanya….masih dgn tanggapan lama tidak disokong oleh fakta & data yg jelas ….
    8) Agaknya mampukah Melayu mencapai Visi 2020 dgn pbagai pelan transformasi yg digariskan kerajaan krn mrk hanya bminat pd pkara kecil & diri mrk sendiri sahaja bukan masyarakat & bangsa….????

  • NHMJ

    Salam. Terima kasih ustaz =)

  • farha

    salam ustaz..
    manusia memilih…
    takut takut nanti antara dosa dan pahala pula yang memilih milih kita…

  • farha

    salam ustaz..
    takut takut kalau saya juga memilih…
    takut takut nanti antara dosa dan pahala pula yang memilih milih kita…

  • atie

    Assalamualaikum..
    ustaz. saya nie kurang sedikit ilmunya.. saya nak ustaz, kenapa RasulAllah kita tak mkan makanan yg di sedekahkan?? bukan itu akan mgguriskan perasaan pemberi?? saya sedikit tidak jelas.. em. mungkin maksud ayat nie sekiranya org yg dikenali memberi sedekah..kita harus menteliti dahulu. mcm tu ke ustaz?

  • atie

    maaf silap taip.. saya nak bertnya*. saya takut ada yg salah faham.

  • cekal

    Ustazah berceramah soal agama tetapi make up tebal2, ustazah perlu bertegas dengan penerbit dan jurumekap…mereka buat kerja mereka tetapi ustazah (penceramah) membiarkan sahaja muka disolek tebal2…bertabarruj tak ingat dunia pula. Perlu ada garis panduan yang diberikan kepada penerbit dan juru mekap bila make up ustazah ni. Takpun takkan lah ustazah begitu senang mengikut arus…tak lurus di jalan yang lurus.

  • abuyon

    salam ustaz,

    Sunnah zahir ramai yang boleh buat, tetapi sunnah batin
    ramai yang tak peduli termasuklah yang
    menulis komentar ini ..

  • Saborjelah

    Hakikatnya mmg susah nak jadi baik dan perfect.

  • SITI HAWA

    Assalamualaikum..
    Masyaallah. Banyak yang kita baca lebih banyak lagi yang masih kita tidak tahu sebenarnya.

  • ku ubi

    assalammualaikum ustaz…betul ustaz manusia sering kali kecundang juga walau dia telah berada dijalan yg lurus.maaf ustaz,dlm2 byk2 artikel ustaz, artikel ini paling mengajak sy utk meninggalkan comment.dalam dunia sekarang…sukar untuk menegur org, terutamanya anak2 muda( yg berpakaian menjolok mata..yg tak solat…yg berperangai biadap…dan mcm2 lg) kalau ditegur ini balasan mereka ‘ eleh kau ingat kau bertudung labuh @ berserban tu baik sgt ke…aku tahu ke kalau kau tu jahat(hanya bertopeng)…tuhan je yg tahu kan, so don”t judge book by a cover…” mcm nilah balasan mereka terhadap org yg menegur, walau pun yag menegur tu benar2 ikhlas kerana Allah. sy sgt2 bersetuju dgn artikel ustaz ini, memang ia satu realiti pd masa kini…tp saya kurang bersetuju ia dipaparkan kerana kalau artikel ini dibaca oleh anak2 muda yg tak boleh ditegur, yg tak tahu muhasabah diri…dan yg sering mencari2 idea untuk membalas kata2 org yang ikhlas untuk memperbetulkan mereka..pasti melancarkan lg lidah mereka untuk berkata2 n mengguris hati ramai org terutamanya iba bapa mereka sendiri yg sememangnya ikhlas membawa mereka ke jalan yg lurus.wasalam.

  • Taufiq Razif

    Alhamdulillah..entry ini telah membuka mata hati ana utk mengamalkan dari sekecil2 sunnah dan sebesar2 sunnah..Takut ada yang tersalah faham kan,ustaz maksudkan diatas bukan bermakna salah amal sunnah2 yang lain seperti selalu berzikir,pakai serban dan berjanggut..Tapi yang salahnya apabila kita CUMA mengamalkan sunnah tersebut tetapi meminggirkan sunnah2 yang lebih utama.. ~ sollallahualaihi wasallam ~

  • Sang Penjelajah Malam

    hi, please come to my blog

    Salam kenal

  • Ilmiah

    jazakallahu khairan kathir ustaz…
    smua yg ustaz crta tuh mmg btul2 terjadi pada masa kini….
    semoga apa yg ustaz coretkan kali ini,akan membuka mata-mata muslim dan muslimah ttg ap yg dikatakan sebagai sunnah Rasulullah SAW sebenarnya…
    insyaAllah

  • mawarlarangan

    Assalamualaikum wbt.
    Alhamdulillah, syukran ustaz atas perkongsian/entri yg dapat mntarbiyahkan diri kita semua. InsyaAllah.
    kadang2 kita bukan xtahu sunnah Rasulullah, tapi itulah kita yg brnama manusia sering kali lupa dan alpa. kita kdg2 pentingkan sunnah yang kurang utama sampaikn lupa kpd sunnah yg lebih utama. Sunnah itu indah, janganlah kita mnjadi fitnah kepadanya. Sama-samalah kita kembali kepada sunnah Rasulullah SAW yg sebenarnya.
    wallahu’alam

  • nuriman

    salam ustaz…entry yg sangat2 menarik….

    dua hari lepas suami sy dalam perjalanan ke tempat kerja..tiba2 ada seorang perempuan hendak memotongnya dan bergesel…..semuanya nak cepat mengejar masa…

    di surau ada seorang perempuan gayanya seperti ustazah kot…acap kali bertemu tp sayangnya tiada sedikit pun senyuman terukir di bibirnya…ttp akan jadi ramah dengan org yg dia kenal…

    di surau tatkala lepas bersalaman mereka akan memeluk org yg mereka kenal…sedangkan (kami yg baru pindah di tempat mereka jangan kata peluk menyapapun tidak)…

    selepas solat terawih…saya nak ke tempat parking kereta..seorang lelaki berjubah dan berketayap putih dengan selamba menyepit rokok di jarinya…aduhai jangan di cemari dengan pakaian2 sunnah itu….wassalam…

  • Nik Nasrul Faiz

    salam ustaz.. dah lama sy ikuti catatan ustaz baru hari ni terdetik meluahkan rasa..
    – sy setuju pndgn ustaz, ada orang ikut sebahagian tapi tinggal sebahagian mcm yg dikatakan dlm al-quran..
    – lg 1, sy percaya yg kita x mampu ikut sunnah2 ‘besar’.. cnth, solat smpai bengkak2 kaki.. tp ikut sunnah yg ‘utama’.. cnth setiap prbuatan msti didasari niat..
    akhir sekali, sy suka membaca tulisan ustaz, teruskan berkarya ustaz..

  • zamri

    salam,
    terkesan dgn tulisn ustz mmg jika di nilai penghayatan dan pengamalan sunnah byk yg kurang dan tiada seimbang dengan pengamalan seharian kita. sunnah hanya di guna sebagai bahan penarik dlm percakapan dan pelaris bagi produk-produk berasakan makanan sunnah. Mutahir ini byk sungguh jika kita selidiki sunnah umpama layak hanya penambah rasa sedangkan realitinya jauh terpinggir dari pengamalan dlm kehidupan kita…masayallah. Jika ustaz bleh komen bagaimana nak kita perbetulan keadaan ini dari perpektif org awan spt sy nie…

  • Tinta Al Murabbi

    Salam…

    Pendekatan bagi seorang Dai’e untuk sangat memberi kesan pada jiwa masyarakat adalah melalui terjemahan akhlak beliau. Jika kita seringkali mengabaikan nilai-nilai Sunnah yang utama dalam Islam ini, maka pandangan masyarakat akan menjadi pesimis terhadap Islam. Janganlah kita menjadi FITNAH kepada agama dalam asyiknya kita menyampaikan Da’wah.

    Maksud Firman Allah s.w.t:-

    “Sesungguhnya bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh yang baik bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (Al Ahzab:21)

    Akhlak mulia nabi s.a.w itu sendiri menjadi DUTA kepada Da’wah Islam. Mana mungkin, kita mengabaikan perkara sepenting ini?

    Cumanya ustaz, ada orang pernah bertanya, adakah ini bermaksud seorang Da’ie itu perlu sempurna dari segala segi dahulu, barulah boleh menegur orang? Seorang Dai’e itu juga manusia, ada salah dan silapnya. Bukan maksum. Mereka bernama si polan BIN si polan, bukannya si polan ‘ALAIHISSALAM. Mereka manusia, bukan MALAIKAT!

    Mohon penjelasan.

    By the way ustaz, nice entry~ (^_^)

  • gentarasa

    Salam,
    Seorang daie beruasaha membaiki dirinya seiringi usaha memperbaiki orang lain. Ya, kita bukan malaikat. Namun sebagai daie, kita mesti kuat bermujahadah. jatuh-bangun, kekadang apa yang kita serukan, kita sendiri sedang bertungkus lumus mencapainya… yang penting kita berusaha jadi baik walaupun belum jadi baik. Tetapi dijauhkan Allah daripada bersikap berpura-pura. Satu topeng yang kita pakai untuk mengelirukan orang lain. Syukran atas ingatan mu.

  • muhd fadhil

    Assalamualaikum ustaz..
    syukran atas perkongsian ilmu..
    d’doakan ustaz mendapat berkat n rahmat atas usaha ustaz…
    teruskan perjuangan…
    “Jazakallah khoir”

  • kamariah

    salam ustaz… satu artikel yg sepatutnya dicerna sebagai peringatan kepada setiap diri kita dalam kehidupan dan ingatan khusus kepada yang menggelarkan diri sebagai daie. saya menyokong pendapat ustaz dan melihat dengan jelas mesej yg ingin disampaikan. Senario sebegini mmg selalu kita temui. mmg benar ada yg berpendapat kita bukan manusia perfect, tapi jika seseorang itu telah merasakan dirinya mengamalkan tuntutan dan sunnah seperti berpakaian sunnah (serban, tudung labuh etc), sepatutnya ia juga patut tahu dan bersedia untuk galas tanggungjawab yang lebih berat iaitu menjaga dan berakhlak dengan pakaian tersebut, dgn erti kata lain, akhlaknya, ibadah, tindakan dsbnya perlu selari dgn penampilan tersebut. Sebab itulah, apabila ada sebahagian yg mencemarinya, akan terus hilang hormat org lain kepada keseluruhan. itu yg mybbkan org yg menegur dgn ikhlas pun akan terkena tempias daripada perbuatan sebahagian gol ini. saya mendoakan agar ustaz terus diberikan kekuatan semangat untuk terus berjuang dan sentiasa dirahmati sekeluarga.

  • wan

    inilah yang berlaku dalam realiti masyarakat kita. Islam2 tapi pada mulut sahaja. tapi cara hidup tak menggambarkan kata-katanya. Saya rasa kalau nak tau seseorang itu mengikut ajaran islam atau tidak, jangan tengok pada cara berpakaian, apa yang mereka tuturkan, tapi tengok juga cara beliau menjalani kehidupan…

  • ZACK

    dalam hal ini saya rasa kadang-kadang kita ketinggalan dibandingkan dengan orang barat . Orang barat walaupun dianggap mempunyai krisis nilai , moral dan sebagainya kadang-kadang lebih berakhlak daripada sesetengah orang islam . Saya pernah terbaca pengalaman seorang bekas pensyarah universiti di Aberdeen Scotland . Satu hari beliau hendak membeli gelas di kedai orang Inggeris . Ada dua kumpulan gelas yang sama bentuk dan rupa . Harganya sangat berbeza . Lalu beliau bertanya kepada pekedai orang Inggeris tadi kenapa harganya berbeza . Pekedai Inggeris tersebut memberitahu harganya berbeza kerana kumpulan gelas yang lebih murah adalah gelas yang lebih lama dan yang lebih mahal lebih aru buatannya . Kalau di negara kita atau negara Islam yang lainnya berkemungkinan kumpulan gelas tadi dijual dengan harga yang sama .

  • jaime

    salam
    sangat setuju, ramai yang suka memilih sunah hanya yang bersesuaian dgn mereka dan yang tak bersesuaian di tolak ketepi

  • permata hati

    assalamualaikum…
    sy setuju dgn ustz…ramai org beranggapan wanita yg memakai tdg labuh dan purdah pengotor krn mrk tidak m’jaga kbrsihan dan kekemasan tdg mrk t’utamanya golongan tua…mrk m’jalankan perintah Allah melabuhkan pakaian tp tidak m’amalkan sunnah Rasulullah iaitu m’jaga kbersihan…sdgkan dlm al-Qur’an, Allah b’firman Sesengguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan…

  • Food Lover

    Salam’alaik..Sy sangat suka artikel ni..Sedikit sebanyak ia membantu saya untuk melihat lebih luas tentang maksud sebenar Sunnah Rasulullah..

  • Ruqayya

    assalamualaikum ustaz,
    ustaz editor majalah solusikan, boleh saya tahu macam mana nak tulis buku . saya ada rancng dgn kawan2 nak tulis buku indahnya keluarga dgn remaja yang bedasarkan perspektif agama islam. tak tahu macam mana… harap ustaz boleh bantu. jazakallah hukhairan…

  • gentarasa

    Salam,
    Ada baiknya saudara dan sahabat-sahabat datang sendiri samada ke Telaga Biru, PTS, Galeri Ilmu atau lain-lain pusat penerbitan yang Islami kerana selalunya pihak mereka menyediakan latihan, kursus dan peluang untuk itu. Jangan tangguh, ambil tindakan.

  • gentarasa

    Salam,
    makan cara sunah… food lover. Hi, hi.

  • Iffah

    Saya slalu mengingatkan kawan saya…Don’t judge a book by it’s cover…

  • idzhar

    “Nowdays, we heared many things about how fierce women could get when driving a car on the road compared to men. Why it happened?

Leave a Reply

%d bloggers like this: