RSS

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

27 Nov

Kebelakangan ini saya kerap dihujani panggilan telefon menceritakan pelbagai masalah. Terus terang ada masalah yang diluahkan itu, juga masalah yang saya hadapi sendiri. Saya bukan insan serba baik dan sempurna.

elalu saya katakan, saya seorang daie yang sedang bermujahadah – berusaha membaiki diri dan usaha itu dikongsi untuk membaiki orang lain. Di kesempatan ini, saya hulurkan tulisan yang saya cuba alirkan dari hati. Dengan doa dan harapan agar bergunalah untuk dijadikan panduan (ataupun sempadan) buat pembaca.

Kebelakangan ini saya juga diburu waktu dan tugasan baru… Jadi masa untuk memasukkan entri baru kekadang terjejas juga. Maafkan, saya mungkin kelelahan, tetapi tidak pernah melupakan. Insya-Allah.

Terimalah kata pengukuhan dan pencerahan ini…

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja  dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa  nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

 

 
86 Komen

Posted by di 27 November 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , , , , ,

86 responses to “JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

  1. naimulfirdaus

    27 November 2010 at 2:24 pm

    alangkah indahnya bahawa hidup ini adalah diatur oleh Allah..

    kalaulah Allah memberi keizinan kepada kita, adakah kita berfikir dapat mengatur seluruh hidup kita dengan tangan sendiri? ( http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/11/alangkah-baiknya-yang-mengatur-adalah.html )

    terlalu ramai manusia yang meminta dengan perkara mustahil…

    syukran ustaz.

     
  2. Linda Amin

    27 November 2010 at 3:04 pm

    Subhanallah walhamdulillah..

    Sangat bagus penyampaian Ust, menusuk ke jiwa..
    kebimbangan yang selalu muncul, mulut mengatakan ini semua ada hikmahnya. tapi hati selalu diasak dengan rasa kecewa. lalu terkeluar juga keluhan-keluhan kecil. Dibimbangi yang kecil itu menjadi besar.
    kerana itu perlunya tulisan-tulisan ini supaya kembali membius hati agar kembali jernih. Insya-Allah..

     
  3. syaima'

    27 November 2010 at 3:12 pm

    salam,
    kalau dilihat kepada rukun iman – iblis melepasi kelima-lima rukun tetapi rukun yang ke-6lah yang menyebabkan iblis gagal,begitu juga kita manusia ramai yang kecundang dengan rukun islam yang ke-6 ini meskipun miliki ilmu agama yang tinggi.

     
  4. syaima'

    27 November 2010 at 3:13 pm

    salam,
    kalau dilihat kepada rukun iman – iblis melepasi kelima-lima rukun tetapi rukun yang ke-6lah yang menyebabkan iblis gagal,begitu juga kita manusia ramai yang kecundang dengan rukun islam yang ke-6 ini meskipun miliki ilmu agama yang tinggi. Adakah iman kita juga seperti azazil?

     
  5. salwa

    27 November 2010 at 4:26 pm

    Salam Ustaz,

    Terima kasih di atas artikel ustaz ini, bingkisannya menjadi pengubat dan penawar di kala hidup ini sedang menerima ujian dr Allah…Mudah-mudahan diri ini menemui hikmah yang tersirat di sebalik semua ujian yang telah tersurat ke atas diri ini..YA ALLAH HAMBAMU INI SENTIASA BERUSAHA MENCARI KEREDHAANMU..

     
  6. Iffah

    27 November 2010 at 4:26 pm

    masyaAllah…bagus la crite nie.. sy suke :)

     
  7. Latifah

    27 November 2010 at 9:11 pm

    Alhamdulillah…

    Terima kasih ustaz atas artikel ini. Semoga kita semua diberi kekuatan oelh Allah untuk menghadapi setiap ujian dalam kehidupan. Aminnn…

     
  8. klcitizen

    28 November 2010 at 7:36 am

    Terima kasih ustaz di atas artikel ini. Pengisian yang menginsafkan

     
  9. halimah bt muhamad

    28 November 2010 at 8:19 am

    saya amat meminati artikel yang berbentuk ubat hati…maksud ilmu Tasawuf yang mana sikit sebanyak dapat mengubat hati dan mendekatkan diri kepada Allah.

     
  10. nur solehah

    28 November 2010 at 8:25 am

    Allah…

    saya mahu menangis….

    :’-(

     
  11. Lina

    28 November 2010 at 2:17 pm

    Ustaz.. U r the best!! Rs lebih bersemangat nak menghadapi ujian dlm kehidupan.. Allah bless ustaz.. Aminnnn

     
  12. Jai

    28 November 2010 at 4:59 pm

    Saya pernah kecewa dan gembira. Ya….. saya tahu ini adalah kuasaNya. Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya.

     
  13. munirah sulaiman

    28 November 2010 at 7:15 pm

    Salam ustaz Pahrol.

    Syukran atas artikel :)

     
  14. jaime

    28 November 2010 at 9:16 pm

    best sangat ! tulisan ustaz selalu mencorong ke arah tasawuf dan soal-soal hati dan pembersihannya.terasa dekat dengan Allah.semoga Allah merahmati,mengurniakan kekuatan untuk terus menulis dalam menyampaikan agama kepada orang lain. Amin :)

     
  15. Fadzil

    28 November 2010 at 10:00 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Terima kasih banyak dengan artikel ni..
    motivasi yang cukup baik bagi saya..
    kalu boleh saya ingin copy untuk simpanan saya..
    Wasallam

    ”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

     
  16. Nur Azian Buyong

    29 November 2010 at 1:06 am

    Alhamdulillah…..jzkl Ust….satu tazkirah yg begitu hebat! Sememangnya kita tidak mampu berbuat apa2 pun melainkan dgn izin Allah….sama ada takdir mahupun tadbir….

     
  17. lina

    29 November 2010 at 8:02 am

    Alhamdulillah & terima kasih ustaz,

    Saya baru sahaja selesai membaca artikel ini. pagi ini ketika sampai di meja pejabat saya, saya mencari artikel tentang ketenangan hati, namun saya terpandang tajuk jangan sombong dengan takdir…kadang-kadang saya hamba Allah yang lemah tidak dapat menerima apa yang telah berlaku terhadap diri dan tidak redha apa yang berlaku, saya punya kerja, namun ternyata dirasakan tanggung jawab kerja ini begitu berat, sehingga tertanya kepada diri, mampukah aku…

    setelah membaca artikel ini, semangat saya bangkit semula, terima kasih.

     
  18. nordalily

    29 November 2010 at 9:04 am

    syukran ystaz….

     
  19. muhaimin

    29 November 2010 at 11:41 am

    sngguh mndalam mksud tulisan awk
    in syaallah awk mnjadi pnulis yg lbih baik nnti he 3
    ada masa chat dgn sya add sya d ym

     
  20. Ros

    29 November 2010 at 12:06 pm

    Salam :)

    Sangat menarik artikel-artikel di sini. Ada juga saya share di FB atau blog (dengan menyatakan sumber). Harap tiada halangan ya Ustaz
    Jazakallahu khairan kathira.

     
  21. naja

    29 November 2010 at 1:42 pm

    salam..ustaz , mohon dicopy petikan yang terakhir dalam FB saya…terlalu bermakna dan Allah saja yang mahatahu….semoga dilapangkan hidup orang- orang yang melapangkan hati orang lain dan sama -sama mengajakan kearah kebaikan dan dilapangkan juga kepada orang -orang yang membaca dan mengambil, mengamalkan kebaikan tersebut…amin
    yarakbalalamin…

     
  22. Saborjelah

    29 November 2010 at 4:04 pm

    Setiap hari saya datang kerja, saya tak dapat selesaikan kerja dengan baik. Termenung depan pc, hari ini saya telah nekad untuk berhenti kerja. Sebab rasa terseksa setiap hari bila dtg kerja, perasaan itu sudah tidak tertanggung. Banyak hati yang kecewa dengan tindakan saya tetapi saya juga sudah tidak mampu lagi.

     
  23. Nisha

    30 November 2010 at 7:30 am

    Assalamualaikum semua,

    Saya selalu terasa “artikle ni macam di tujukan kat saya je”. Padahal kita tak kenal pun antara satu sama lain. Hakikatnya Allahlah yang memberi peringatan untuk saya.

    Terma kasih ustaz.

     
  24. ermafatiha

    30 November 2010 at 9:32 pm

    salam, indah bahasanya ustaz.Bisa menggamit hati-hati yang tidak terubat lantaran debu-debu dosa yang masih melekat di permukaan hati.

     
  25. pemuda_solusi

    30 November 2010 at 11:34 pm

    input yg sgt bagus yg mesti dihayati sepenuhnya,dan paling penting,di amalkan.
    islam.ilmu.iman.ihsan.

     
  26. andinoeg

    1 Disember 2010 at 12:29 am

    Assalamualaikum Wr Wb

     
  27. corla

    1 Disember 2010 at 7:36 am

    saya mau belajar agam ustats,,

     
  28. corla

    1 Disember 2010 at 7:48 am

    saya mau belajar agam ustats,,sunbanallah ustast saya suka dgan dakwah insyallah saya menerima dgn takdir saya apa yg suda di kehendakin Allah…

     
  29. sofi

    1 Disember 2010 at 9:27 am

    salam. kelmarin saya memasukkan satu entri yg saya dapat dpd blog seseorg. alhamdulillah, pagi ini, saya mengetahui bahawa apa yg saya coretkan itu sebenarnya sebahagian dr isi buku tuan iaitu, nota hati seorang lelaki. terima kasih.. itu yg mampu saya katakan. kalau sudi, silalah buka….
    http://anneali.blogspot.com/2010/11/kenapa-dah-kaya.html

     
  30. gentarasa

    1 Disember 2010 at 10:40 am

    Salam corla,
    Sekarang guru banyak. Pendakwah ramai. Dan bahan-bahan dakwah pun banyak dalam media. Insya-Allah, jalan menuju Allah itu luas!

     
  31. gentarasa

    1 Disember 2010 at 10:41 am

    Walaikum salam wr wb

     
  32. nuriman

    1 Disember 2010 at 11:09 am

    salam ustaz..terima kasih kerana menyedarkan saya…betapa besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada hambaMu ini….tetapi kekadang hambaMU ini selalu tidak bersyukur dengan apa yang ada…

     
  33. keliru

    1 Disember 2010 at 2:33 pm

    salam uztaz.

    pagi ni saya terfikir kaitan qada & qadar dengan hidup. sampai di opis terbaca artikel uztaz. alhamdulillah terjawab juga masalah saya. kalau dapat saya berharap uztaz dapat kupaskan faktor pemilihan dalam hidup. kerana kehidupan ini memaksa kita membuat pemilihan dalam pilihan yang ada. saya ini keliru antara takdir dan pilihan yang perlu dibuat.

     
  34. adah

    1 Disember 2010 at 3:22 pm

    Salam Ustaz,
    Sangat bermakna dan mendalam sekali, izinkan saya copy tulisan ustaz buat pedoman saya dan kawan2.

     
  35. ummu

    1 Disember 2010 at 3:29 pm

    assalamualaikum ustaz,

    tulisan yg sgt mmbina.membuka fikiran.
    bkn namanya manusia jika x diuji.
    ingin saya berkongsi dgn kalian semua.
    tatkala sye dilnda musibah kwn saya prnh menasihati.
    die brkata:
    analoginya mudah.klu Allah mnimpakan sesuatu yg ringan maka kita juga akn memndg ‘ringan pd Allah.
    dn klu berat ujian yg Allah beri, maka bukankah kita,kita juga akn memndg ‘berat’ pd Allah.
    sebenarnya, dgn ujian ini Allah mahu kte sntiasa d selalu dekat pdNYA.

     
  36. Saborjelah

    1 Disember 2010 at 5:34 pm

    Tang perit tu yang susah nak lawan kadang-kadang..

     
  37. Sara Maya

    1 Disember 2010 at 6:54 pm

    P’ingatan buat diri yg sering alpa…Masya’Allah, masih jauh lagi hati ini dr pangkuan Yg Maha Esa…P’isian yg betoi2 menyentuh tangkai hati yg masih diselaputi oleh kotoran dan noda…Syukran ya Allah atas ‘teguran’ ini…

     
  38. laila

    2 Disember 2010 at 5:06 am

    Assalamu`alaikum.
    Subhanallah!
    Alhamdulillah, saya semakin yakin dgn takdir Allah.
    Jika jodohku yg dipilih Allah adalah dia, aku redha Ya Rabb.
    Ampunkanlah hambamu ni krn hanya menilai dr kekurangan dia, ada bnyk lagi kebaikan dia yg ku tak tahu.

    Terima kasih ustaz, semoga Allah merahmati kita semua…

     
  39. Gina

    2 Disember 2010 at 4:04 pm

    Salam ustaz..saya sangat suka dengan artikel ini. Sungguh bermakna untuk mengubati hati yang selama ini sering menangis bila diujiNya…

     
  40. Farehan Aida

    2 Disember 2010 at 5:24 pm

    Salam.. izinkan sy share article Ustaz dalam facebook ye.. untuk tatapan dan ingatan saya ,keluarga dan rakan2 saya.. Trima kasih ustaz..=)

     
  41. iwan munzir

    2 Disember 2010 at 8:02 pm

    Terima kasih ustadz atas pencerahannya

     
  42. Lina

    4 Disember 2010 at 7:19 am

    bagus nye entri ni ustaz… byk kali sy bace.. Moga Allah bg byk idea lg kt ustaz utk menulis

     
  43. gentarasa

    5 Disember 2010 at 6:26 am

    Salam, Terima kasih sangat atas doamu. Saya hanya mengharapkan doa dari pengunjung. Itulah sumber harapan saya di jalan ini.

     
  44. nur idayu bt mohd aris

    5 Disember 2010 at 9:27 pm

    salam.ustaz.trima kasih atas perkongsian ilmu.memang tepat apa yang ustaz katakan.wahai diri dan insan semua, sama2 lah kita muhasabah diri.insyaAllah jika ustaz izinkan saya mohon print dan edarkan kepada keluarga dan rakan taulan.trima kasih

     
  45. rozana

    7 Disember 2010 at 10:10 pm

    terubat jiwa saya sebab saya sedang menghadapi ujian yang hampir merosakkan iman…Alhamdulillah izin Allah menemukan saya dengan blog ustaz, ternyata artikel ini sangat bermakna buat saya, mengubah persepsi saya dan pelapang hati saya InsyaAllah….

    izinkan saya ‘copy’ke FB untuk dikongsikan bersama rakan-rakan…

     
  46. ida

    8 Disember 2010 at 11:21 am

    slm uztaz..
    Terima kasih sekali lagi t0k ustz..mga dri ustz n sekeluarga sentiasa dalm keberkatanNya dan sentiasa dberi kekuatan tok trus beribadah padaNya..

    Terasa sekali sy dgn coretan uztz..btul2 myedarkn sy btapa sy insan yg btol2 terpilih..

    Dia memberi sy ujian tok sy bersabar dan tok sy mengenali Dia..”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

    bayk hikmat tuhan menguji sy dgn sakit sy sekrg..

    ”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

     
  47. Norulhuda Daud

    8 Disember 2010 at 9:48 pm

    Salam Ustaz…
    tenang hati saya membacanya… :)

     
  48. nhhas

    13 Disember 2010 at 1:56 pm

    Assalamualaikum wbt…
    Ustaz,
    Allah gerakkan hati saya untuk ke sini hari ini, dan saya menemui sedikit pencerahan terhadap soalan yang dikemukakan seorang sahabat.
    Mohon izin di copy dan saya akan nyatakan sumbernya ya.
    jazakallah

     
  49. Adilla Harun

    13 Disember 2010 at 10:59 pm

    Salam!

    Takdir sentiasa mengatasi tadbir dan ujian menghapus dosa. Sungguh ini mengingatkan kekerdilan saya di sisi Allah. Bernas sungguh karangan ustaz ni.

     
  50. ina

    14 Disember 2010 at 11:43 am

    Alhamdulilah & syukran ustaz…

     
  51. Ain Masturah

    29 Disember 2010 at 12:47 pm

    artikel yang bermanfaat..mohon izin untuk di copy,syukran..

     
  52. Mia

    1 Januari 2011 at 1:53 am

    Alhamdulillah Ya UsTaz..Terima Kasih…

     
  53. Mia

    1 Januari 2011 at 1:54 am

    Alhamdulillah…Ya Ustaz.n terima Kasih

     
  54. Mia

    1 Januari 2011 at 1:56 am

    Alhamdulillah Ya Ustaz..n terima kasih

     
  55. syi

    10 Januari 2011 at 1:02 pm

    salm ustaz…
    sy akn berkahwin dgn plihan hati mak ayah sy..
    tp ustaz, hati ini sedih krn mrk xign bertemu pun dgn plihan hati sy
    sy sygkan dia krn dia telah byk mengubah dr ini utk lbh baik..
    sentiasa igtkan sy utk dkt dgn NYA,wlu apapn yg menimpa kami
    tp mgkin xde jodoh..
    tp ustaz, sy mgharap akn ada jalan yg lain utk kami…
    moga ALLAH permudahkan jalan itu, dam melembutkan hati kedua org tua sy…sy msih xblh trima kehadiran tunang sy,tkut ini akn tkesan dlm rumahtangga yg bakal dibina..
    moga hati ini sentiasa sbr, doakan sy juga ustaz,,
    sy ingin bersama pilihan sy….tp apa daya sy..
    ibubapa, ttp ibubapa….sy sntiasa berdoa agar mereka lembut hati..
    tp mungkin hati sy yg perlu diperbetulkan dulu….
    klu sy terus berdoa utk bersama dgn plihan sy, tp pd ms yg sm merelakan shj perkahwinan itu ats dasar taat kpd ibubapa…an yg sombong dgn takdir?
    adakah sy termasuk dlm golong

     
  56. gentarasa

    11 Januari 2011 at 3:38 pm

    Salam,
    Ketaatan tidak menutup pintu perundingan dan perbincangan. Jika ibu-bapa buat pilihan atas dasar agama, patuh dan taatlah. Tetapi jika tidak, syariat membenarkan untuk kita menyatakan pendirian dengan adab.

     
  57. insan keliru

    15 Januari 2011 at 9:35 am

    salam ustaz….
    saya masih keliru dngn kehidupan dan masa depan saya..
    saya berkawan dgn pilihan saya hampir 7 tahun tapi bnyak dugaan..
    bagi saya si dia yang tidak mahu memilih antara dua sampai satu tahap kedua ibu bapanya mahu dia mengikut kata mereka.tapi dalam masa yang sama dia memberi harapan kepada saya..
    usataz..saya sentiasa berdoa agar kami diprmudahkan jodoh kerana saya mngharapkan dia…uztaz..adakah ini dikatakan sombong dengan takdir sekiranya dia bukan untuk say??
    saya tak tahu mahu terus mengharap dia atau tidak.

     
  58. Maidatusyima bt. Mansor

    18 Januari 2011 at 4:45 pm

    Salam,
    Tepat di waktu ini saya membaca tulisan saudara ustaz tentang artikel jangan sombong dengan takdir, kerana saya baru gagal dalam mendapat pekerjaan sebagai seorang guru, saya banyak berdoa, melakukan solat hajat dan tahajud, bermunajat pada Allah agar diberikan kepada saya pekerjaan ini,tapi saya gagal memperolehinya, Syukur saya memperolehi kekuatan atas sokongan suami dan saya cepat-cepat menyedari bahawa segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri..dan saya yakin ujian Allah ini ada banyak lagi hikmah yang tersembunyi. Saya akui agak kecewa tapi sering mengingatkan diri agar tidak terpengaruh akan hasutan syaitan yang memungkinkan saya untuk buruk sangka dengan ALLAH. Allah sangat HEBAT dan Maha Mengetahui apa yang terjadi.

     
  59. shuhadarahim

    21 Januari 2011 at 12:58 pm

    Allah
    Subhanallah
    sangat membina
    moga terdidik utk bermujahadah

     
  60. Roza

    22 Januari 2011 at 8:07 pm

    Salam ustaz..
    Saya sgt tertarik dgn artikel ni.Malah artikel-artikel lain juga amat menarik hati saya.Tenang hati membacanya kerana saya sendiri terlalu byk dugaan dan ujian yang saya tempuhi.Dan kerana ujian-ujian Allah juga la saya lebih mendekati Allah.Allah Maha Besar…

     
  61. kesidang

    5 Februari 2011 at 11:07 pm

    seringkali aku terlupa
    akan takdirNya
    seringkali aku menyalahkan takdir
    mengapa harus aku yang menerimanya
    mengapa harus aku yang melaluinya
    bukan mereka
    mengapa tidak mereka
    seringkali aku melawan takdirNya
    semakin aku melawan
    semakin aku kesakitan
    hingga akhirnya aku tersungkur kelelahan
    terbujur kaku menatap langit
    tanpa aku sedari
    takdirNya adalah kekuasaanNya
    Tuhan…Kau maha tahu dan aku adalah hambaMu yg jahil
    Kau maha kuasa dan aku adalah hambaMu yg dhaif
    Kau maha mengetahui segala yg ghaib dan tersembunyi…

    terima kasih ustaz kerana menyedarkan aku…insya Allah..

     
  62. musafir25

    6 Februari 2011 at 3:14 pm

    As Salamu ‘Alaikum Ustaz,

    Tulisan yang amat menyentuh hati dan peringatan buat saya ustaz…kadangkala kita terlupa bila kita diuji…bukan mudah untuk bersabar jika hati ini terlalu jauh dari-Nya.Sumber kekuatan itu akan hadir bila hanya hati ini sentiasa ingat pada-Nya dan percaya ada hikmah disebalik ketentuan-Nya. Teruskan menulis ustaz agar hati ini terus ditarbiyah dengan tulisan yang cukup berkesan, nikmat besar dari tuhan buat ustaz…

    Wassalam

     
  63. intan farhana

    9 Februari 2011 at 4:37 pm

    Alhamdullilah!! sy amat suka membaca tulisan2 ustaz..banyak memberi pgajaran dan pedoman yg bole4h digunakan dlm kehidupan…nak plak skarang sy ditimpa dugaan yg pa saya amat hebat,walaupun pada dasarnya ujian ini tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan pada kekasih2 Allah..namun hati hambaNYA ini tidak mampu untuk menanggungnya..hanya pada Allah lah sy mengadu dan berserah…setelah membaca artikel nie,sy rasa dapat muhasabah diri agar tidak mengeluh dgn takdirNYA yg Maha Mengetahui lbh dari manusia…subahanallah (Maha Suci Allah)

     
  64. siti

    13 Februari 2011 at 7:28 pm

    assalamualaikum ustaz..
    terima kasih diatas artikel ini…sgt2 menyentuh…
    mohon pandangan dari ustaz..
    akhir2 ini saya selalu berfikir ttg masa hadapan saya…
    ini mmbuat saya semakin takut untuk meghadapinya..
    saya takut dengan takdir yg ALLAH berikan kepada saya…
    sering saya tertanya-tanya..
    siapa suami saya..
    bagaimana hidup saya kalau saya tdk berkahwin..
    siapa yg akan menjaga saya kalau saya tinggal seorg diri..
    paling saya takut saya nk menghadapi maut…
    tlg saya ustaz

     
  65. gentarasa

    14 Februari 2011 at 6:32 am

    Salam Siti,

    Semua yang saudari takuti itu adalah juga ditakuti oleh semua orang. Dan semua itu tidak akan kita temui jawapannya selagi belum terjadi. Jalanilah kehidupan sebagai seorang yang hamba yang ‘serba tidak tahu’ dengan mengharap kebaikan jua daripada Allah yang serba tahu. Masa depan bukan untuk dibimbangi, hidup hari ini yang perlu dijalani dengan baik. Jangan risau dengan ‘kesusahan’ yang belum terjadi… kerana ia belum tentu terjadi. Kalau benar-benar terjadi pun, tidak berbaloi untuk susah 2 kali – satu sebelum terjadi, satu lagi semasa ia benar-benar terjadi. Apa yang penting… beruasaha jadi bak, dan berilah kebaikan kepada orang lain. Insya-Allah kita akan sentiasa mendapat yang baik dan dikelilingi oleh kebaikan! Amin.

     
  66. gentarasa

    14 Februari 2011 at 6:32 am

    Salam Siti,

    Semua yang saudari takuti itu adalah juga ditakuti oleh semua orang. Dan semua itu tidak akan kita temui jawapannya selagi belum terjadi. Jalanilah kehidupan sebagai seorang yang hamba yang ‘serba tidak tahu’ dengan mengharap kebaikan jua daripada Allah yang serba tahu. Masa depan bukan untuk dibimbangi, hidup hari ini yang perlu dijalani dengan baik. Jangan risau dengan ‘kesusahan’ yang belum terjadi… kerana ia belum tentu terjadi. Kalau benar-benar terjadi pun, tidak berbaloi untuk susah 2 kali – satu sebelum terjadi, satu lagi semasa ia benar-benar terjadi. Apa yang penting… beruasaha jadi bak, dan berilah kebaikan kepada orang lain. Insya-Allah kita akan sentiasa mendapat yang baik dan dikelilingi oleh kebaikan! Amin.

     
  67. siti fatimah

    14 Februari 2011 at 2:11 pm

    salam…alhamdulillah d saat i saya banyak menghadapi masalah dan terkenang kan semua yang berlaku ,keatas diri saya,akhirnya saya di pertemukan dengan artikel ustaz ini. Terima kasih di atas artikel yang sgt berguna dan memberi kekuatan utk saya meneruskan kehidupan ini.

     
  68. hafiz

    15 Februari 2011 at 10:34 pm

    Alhamdulillah.. terima kasih ustaz..
    kini saya melihat ujian yg menimpa diri dari pandangan yang berbeza.. terasa terangkat beban pahit dan pedihnya.

    teruskan menulis ya ustaz..

     
  69. Ice Pearl

    16 Februari 2011 at 2:50 pm

    SubhanaLLAH..
    Your writing brought me to tears..
    How true that we tend to struggle against things pre-ordained onto us, misleading ourselves that we have the power to will for things to happen in the ways that we want.
    TQ ever so much for sharing your knowledge, may ALLAH Reward you with good health and abundance of inspiration to continue with your work.

     
  70. QaSeh

    18 Februari 2011 at 2:07 am

    salam.

     
  71. gentarasa

    18 Februari 2011 at 6:57 am

    Salam Qaseh.

     
  72. serikandiumar93

    27 Februari 2011 at 8:23 pm

    salam ustaz…sudah lemah tak terdaya… cuba redha dan redha dengan takdir ini sekalipun tahu, seorang gadis pasti impikan memiliki zuriat…namun redha, andai aku tak bisa sekalipun aku masih belum berkahwin… allah… payahnya untuk ku terima… yakin dan terus yakin dengan ketentuan Ilahi….

     
  73. Anna

    7 Mac 2011 at 9:10 pm

    Salam…

    Ustaz, tahniah atas artikel yang amat memberi makna kpd para pembaca dan pejuang hati nurani ke arah yang lebih baik dan diredhai…

    Ana mohon keizinan ustaz untuk menyimpan atau menyiarkan artikel ini secara soft copy dan hard copy untuk rujukan ana sendiri atau tatapan umum. Mohon ustaz memberi respon atas persoalan ana..

    Syukran..

    Harap ustaz dpt menghasilkan dan menyiarkan lagi karya secara istiqamah…mutiara tasawuf yang semakin hilang sinarnya dlm jiwa setiap hambaNya…

     
  74. syafiqah

    3 April 2011 at 4:33 pm

    syukran ya ustaz..”Semoga Allah merahmati ustaz dan keluarga..”Amin..

     
  75. gentarasa

    27 April 2011 at 6:38 am

    Salam naurah,
    Syukran atas sokongan. Ya, mudah-mudahan Allah bantu kita apabila kita saling membantu saudara kita. Rahmat Allah atas jamaah. Insya-Allah. Ya Allah, bantulah kami semua untuk zikir, syukur dan memperelokkan ibadah kami kepada MU. Selalu. Sentiasa. Amin.

     
  76. jiwatenang

    27 April 2011 at 8:39 pm

    salam ustaz..

    Alhamdulillah ustaz..setelah baca artikel ini memberi saya seribu satu makna dalam kehidupan saya.jika dulu saya anggap takdir Allah sbg satu beban, tetapi sekarang ini saya menerima takdir Allah dgn hati yang tenang..semakin saya mengingatkan diri saya bahawa takdir Allah adalah satu hikmah semakin tenang hati saya ustaz..jika dulu saya sering bertanya mengapa Allah selalu menguji saya?bila saya th takdir Allah adalah sbg ujian dan ada hikmahnya,saya mengangkat tangan mengucap syukur pd Allah kerana Allah uji saya lah saya kembali mengingati NYA..

    terima kasih ustaz dgn artikel ini

     
  77. NORMAJIDAH BINTI MAT DAUD

    1 Jun 2011 at 10:32 am

    Terima Kasih ustaz. Sy mohon keizinan ustaz untuk menyimpan atau menyiarkan artikel ini secara soft copy dan hard copy untuk rujukan sy sendiri atau tatapan umum.

     
  78. kentang bakar

    4 Jun 2011 at 9:47 pm

    Salam ust. Seorang insan pernah berpesan pd saya. Jgn sombong. Sy x faham hinggalah sy mbaca artikel ust yg berkaitan dlm Solusi edisi 32. Sy pernah mohon pd Allah supaya mberi panduan dan hidayah dlm bentuk yg sy boleh faham. Dan sy dipertemukan dgn Solusi dan ust. Penulisan ust pada setiap keluaran senantiasa dapat merungkai pergelutan jiwa sy. Sy adalah antara wanita yg diberi ujian berpoligami. Dan kini masih bergelut dgn diri sendiri krn kekecewaan, kesunyian dan seumpamanya. Sy x tahu bilakah pergelutan diri ini akan berhenti. Walaupun kekadangnya insaf dan menyedari diri melawan takdir Tuhan, tapi pergelutan ini masih berlarutan hingga ke peringkat HASAD. Sy mohon supaya Allah senantiasa terus berkata kata dgn sy melalui penulisan ust. TK

     
  79. Sikhpower

    18 Julai 2011 at 5:53 pm

     
  80. Umi Kalsom Eanich

    20 September 2011 at 10:00 pm

    takbiiirrrrr!!!!!!…teruskan jihad ini ustaz:)

     
  81. Umi Kalsom Eanich

    20 September 2011 at 10:25 pm

    takbirrrrr….teruskan jihad ini ustaz…:)

     
  82. Aziz

    1 Mac 2012 at 3:55 pm

    Alhamdulillah Ustaz Pahrol..

    Satu artikel yg sgt memberi impak kepada hati saya setelah membacanya. Teruskan dgn hasil kerja ustaz ini untuk masa mendatang.

     
  83. PricesScreen.com

    12 Mac 2013 at 11:27 am

    product is a excellent item for the income and I would definately advocate it based on high excellent and value.

     
  84. anuar mohamed zain

    19 Jun 2013 at 11:58 pm

    santapan rohani yg sgt baik untuk sekelian umat..syukur

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,097 other followers

%d bloggers like this: