Politik sebahagian daripada kehidupan. Dan Islam itu adalah cara hidup. Justeru, bagaimana kita boleh memisahkan daripada politik. Samada seorang pelajar, daie atau siapa sahaja politik pasti ‘menyentuhnya’.
Telah saya nyatakan beberapa pandangan tentang politik lewat buku saya DILEMA MELAYU: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Namun, samada bersahaja atau serius saya tetap ditanya dan bertanya tentang perkembangan politik kontemporari di negara kita.
Sekadar memberi pandangan, maka saya tuliskan sebuah puisi…
‘KETUANAN’ IMAN
Dilema perjuangan Melayu atau Islam…
satu prajudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Merangkai minda disulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi…
tanpa emosi berapi-api!
Pertama mari kita fikirkan…
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?
Justeru sepatutnya dengan keduanya
lebih mudah menyatukan kita
kerana agama dan bangsa kita sama
akidah kita Islam, kabilah kita Melayu…
tapi kenapa sukar untuk bersatu?
Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
cintakan Islam telah dipolitikkan
kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan…
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?
Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Keduanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?
Cintakan agama atau bangsa?
seolah-olah satu dilema
satu ke Timur satu ke Barat
tak mungkin tersatu dalam muafakat
benarkah itu satu hakikat
atau itu hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?
Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian…
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban…
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan nasib bangsa
Dari jurus misi agama!
Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Tuhan
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan – lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Bila kukuh ‘habluminallah’ yang vertikal
akan teguhlah ‘habluminannas’ yang horizontal
Itulah silahturrahim – ‘hubungan’ intim atas nama Ar Rahim
Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat…
Terikat dengan syariat – peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus – terpulang,
bebas untuk buat pilihan
Inilah 5 hukum dari Al Quran
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
secara otomatik terbentuklah perpaduan
Inilah maksud firman Allah:
“Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah-belah.”
Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itu adalah fitrah…
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabie
- jika bangsa terjajah, jiwa tersiksa …
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
- jika bangsa mundur, hati terdera…
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat
Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
…selagi Melayu menguasai pemerintahan
… selagi “Hak istimewa Melayu’ maktub dalam perlembagaan
selagi itu keduanya dikekalkan
Begitulah yang dipegang sebagai rujukan
Tapi selama mana Melayu dapat mengusai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan…
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?
Jika hanya berpegangkan semangat bangsa tanpa roj agama
Melayu tidak kukuh iman tak layak menjadi tuan
Bumi ini diwariskan hanya untuk hamba yang beriman
Begitu yang termaktub dalam Al Quran
Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin….
Itu tanggung jawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah…
itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabillah
Lalu… satukanlah fitrah dengan hidayah!
Hanya hamba yang beriman layak menjadi tuan
Jadi pemimpin dengan penuh kerendahan
Memikul amanah penuh keikhlasan
Agama dan bangsa bukan milik organisasi
justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
“Hubbul Watan minal Iman”
Musuh bangsa dan agama cuma satu – dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah sihamba nafsu yang punya kepentingan diri…
dalam barisan perjuangan bangsa
dan saf perjuangan agama!
Hakikatnya dia bukan pejuang bangsa
Dan dia pun bukan mujahid agama…
Hanya pejuang kepentingan diri dengan jubah agama
Hanya pejuang nafsu dengan baju Melayunya!
(Sahabat dan saudara,
Aku insan kerdil yang berkongsi kebimbangan
Lalu dengan rendah hati ku hulurkan satu peringatan
Mana tahu kalau tulisan kecil ini boleh dijadikan sedikit panduan?)














mama
3 Disember 2010 at 5:54 pm
setuju dlm sendu..
abid_pm
3 Disember 2010 at 6:54 pm
Alhamdulillah, banyak perkara dapat dipelajari dari entri ini.
Perpaduan sangat penting. Tapi persoalannya sampai bila kah akan berakhirnya persengketaan?
Murtadha Rafaai
3 Disember 2010 at 10:16 pm
Kembali kepada yang ISLAM .
muaz
4 Disember 2010 at 2:15 am
thanks ustaz..
masyitah
4 Disember 2010 at 11:07 pm
hari berganti hari, zaman berganti zaman,
kalau kita renungkan bagaimana syariat yang mula2 dibawa oleh NABI (S.A.W) dan para sahabat jauh berbeza dengan ape yang dihadapan kita sekarang. Islam sekarang bagaikan asing disisi masyarakat. adakah kita juga tmasuk dalam golongan itu? sama2 muhasabah. mg amalan kita sntiasa dalam landasan-NYA.
murabbi cinta
5 Disember 2010 at 1:06 pm
jzzk untk satu perkongsian yang begitu menarik..
islam dan politik tidak boleh dipisahkan..
semangat dan perjuangan adalah adik beradik..namun perlu berlandaskan syariat Islam..
andai perjuangan hanya semangat semata, binasalah dunia ini..
perjuangan perluakan ilmu dan petunjuk..petunjuk hakiki lg lurus, hanyalah Quran dan Sunnah:)
takeo
5 Disember 2010 at 1:29 pm
ustaz, saya kadang2 ditanya apabila terlampau menekankan agama, adakah kita ini baik sgt agamanya?adakah orang lain jahat apabila tidak pandai bercakap mengenai agama? satu persoalan yg membuatkan saya terkedu dan tidak boleh menyatakan pendapat saya..
hamba
5 Disember 2010 at 3:45 pm
Setuju!Prinsip Ketuanan Melayu itu penting, tapi Prinsip ISLAM itu lebih penting.
gentarasa
5 Disember 2010 at 8:48 pm
Salam,
Kita pun belum baik. Confirm. Tapi kita wajib cinta pada kebaikan dan kebenaran. Itulah agama, Belum betul-betul baik tidak menghalang kita bercakap tentang kebaikan. yang penting kita sedang berusaha jadi baik. Bukan berpura-pura. marilah sama-sama kita berdoa untuk jadi benar-benar baik satu hari nanti.
mujahidah
6 Disember 2010 at 4:08 pm
assalamualaikum, disebabkan matlamat yg berlainan, x dapat bersatu untuk membangunkan negara, memang agama dan bangsa adalah sama, tetapi matlamat tidak sama, kita masih belum bersatu… satu pihak perjuangkan agama, satu pihak perjuangkan bangsa, tunggu dan lihat mana yg benar…
nadhirah
6 Disember 2010 at 4:37 pm
bersikap patriotik itu bagus..
malah digalakkan oleh baginda Rasulullah
supaya wujudnya rasa kasih dan sayang pada tanah air..
namun rasa cinta dan kasih pada negara dan tanah air tidaklah memadai
jika rasa cinta itu tidak dipandu atas dasar agama
andai pejuang berbaju melayu itu berjuang atas dasar agama
maka
insyaALLAH
pergolakan, pergaduhan, persengketan menemui nokhtahnya
kerana yang dikatakan berjuang dalam jubah agama itu
tidak inginkan yang lain
melainkan keredhaan ALLAH semata
juga kedamaian dan keharmonian
jika soal tahap keimanan dan kewarakan menjadi persoalan bagi kelayakan menegur dalam urusan agama
maka,
siapa yang layak???
siapa yang berhak???
justeru,
soal tahap kewarakan dan keimanan bukan persoalan
yang penting
usaha kita dalam menegakkan kalimah ALLAH
usaha kita dalam memastikan negara ini dipandu berasaskan AlQuran
agar kita semua diredhoi ALLAH
ya!!
kita semua!!
bukan hanya yang berorganisasi
bukan hanya yang bercakap
bukan hanya yang menabur janji
tapi
kita semua
insyaALLAH..
mungkinkah kerajaan Parsi pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh bakal kita warisi
dimana pemimpin, tentera dan rakyatnya itu takutkan ALLAH melebihi yang lain
mungkinkah??
mungkinkah??
sama-sama kita renung..
sama-sama kita koreksi..
fikir,zikir dan ibadat mana yang akan membawa kita kepada kegemilangan itu kembali..
Azrul
7 Disember 2010 at 8:35 am
Kesedehanaan itu sebahagian dari iman. Islam rahmatan lilálamiin… Nabi Muhammad S.A.W qudwatun hasanah…Fikir2kan
seri
8 Disember 2010 at 4:09 am
salam ustaz..
saya mntk maaf sgt..
saya seorg remaja yg sdg menilai landasan perjuangan..
saya nk bertanya ustaz..
apa tindakan dan cadangan ustaz utk atasi kerisauan diatas?
tindakan jelas dan realiti ustaz lakukan dulu & kini?
saya faham..yang beriman jd tuan..
ketuanan melayu adalah jelas melayu yang beriman..
berjuang jgn ikut nafu,politik jgn ikut nafsu,
sememangnya semua dalam hidup kita,x boleh ikut nafsu..
kita sentiasa kene mujahadah..stp detik mujahadah lawa nafsu..
maaf skali lg..nk tanya utk jelas..
salahkah landasan politik?
maaf ustaz..setahu saya yg baru belajar..
kita x bole nk cakap mereka yg guna landasan politik x mujahadah lawan nafsu..
atau ikut nafsu berjuang..
atau kononnya berpolitik untuk agama kan..betul ke?..
sbb itu hal hamba dan Allah..
hanya Allah yg tahu betapa seseorg itu snts berusaha sucikan diri..
sentiasa berusaha mujahadah…
sentiasa berusaha bertaubat..
sentiasa berusaha bertakwa..
walaupun kita tahu org yg baik hubungan dgn allah akan baik hubungan dgn manusia..
tapi banyak lagi pekara batin yang luar pengetahuan kita kan..
sbb tu kita disuruh agar snts bersangka baik dan bantu ingat mengingati sesama muslim dan sahabat kan..
akhirnya..saya mnta maaf skali lg..
andai terkasar kata kpd ustaz yg jelas makan garam lebih byk..
saya anakmu yg baru belajar..
jimi
8 Disember 2010 at 9:50 pm
sokongan politik berpecah skrg bkn lg disebabkn ideologi..ttp faktor kekangan hidup dan desakan ekonomi serta ketidakadilan sistem dlm segenap aspek yg menyebabkan stgh golongan mengmbil jln untuk mnjadi opurtunis dan satu lagi pihak mengambil untuk melawan arus untuk menegakkan keadilan..soal ideologi lg tidak timbul..kalau diambil soal ideologi shj sudah pasti seluruh umat melayu akan menyokong parti Islam sbg kerajaan kerana bukti dan kredibelitinya sudah jelas.Jd tegakkan Islam hapuskan kezaliman, perpaduan akan terpupuk dgn sendirinya
gentarasa
9 Disember 2010 at 11:30 am
Salam,
Naam. taiyib. Saya sangat bersetuju.
abuareef
12 Disember 2010 at 7:55 pm
Syabas dengan karya sajak di atas…
tapi ia terlalu idealis…Melayu hanya bangsa…ISLAM itu agama..
Perisai Mahkota
13 Disember 2010 at 12:42 am
Kita satu Ummah, satu Aqidah.
arewere
14 Disember 2010 at 12:21 am
salam..
benarla bak dikata..
sayu d hati melihat agama dperkotak-katikkan..
sendu d jiwa menonton agenda bangsa yg dipermainkan..
entah bila..
segalanya menjadi satu..
bila semua mahu menjadi nombor satu..
Shah
15 Disember 2010 at 10:52 am
Org kita kebanyakan terlalu taksub dgn bangsa @ ketuanan melayu. Kalau nk dibangga dgn bangsa Nabi S.A.W boleh berbangga dgn bangsa arabnya,keturunan Quraishnya dan puak bani Hashimnya, tetapi Nabi S.A.W lebih mengutamakan Islam ia itu Agamanya.
sham
10 Januari 2011 at 9:33 pm
Islam adalah keadilan dan satu cara hidup (way of life). Ia merentas warna kulit, darjat, keturunan, bangsa dan lain. Ini telah dibuktikan sewaktu pemerintahan Islam di Madinah, Andalusia dan India. Berpolitik haruslah diniatkan keranaNya (Lillah hi taala)dalam kita melaksanakan tanggung jawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Setiap apa yang ada pada kita hanya pinjaman dan ada tanggung jawab yang harus dilaksanakan. Semuanya akan diperhitungkan di sana nanti.
Ketakwaan adalah yang di pandang Allah dari hambaNya. Kita telah melihat dari sejarah, beberapa ramai orang Islam yang bersekutu dengan musuh-musuh Islam menindas umat Islam. Mereka adalah Ulamak dan Umarak yang jahat. Mereka merestui, bersengkokol dan meneruskan usaha-usaha musuh Islam dengan ideologi-ideologi politik sekular dan melaksanakan dasar-dasar seperti pecah dan perintah dan assabiah.
Golongan ulamak yang mula-mula sekali dihisab di padang mahsyar diikuti oleh golongan umarak.
Janganlah kita tertipu dengan helah-helah musuh Islam. Umat Islam harus mempunyai Ilmu untuk mengenal musuh-musuh Islam dan modus operandinya sepertimana kita harus mengenal diri sendiri sebelum mengenal Allah.
Sesungguhnya malanglah nasib kita, jikalau kita tidak dapat mengenal musuh-musuh umat Islam.
Mungkin video berikut boleh memberi sedikit panduan: http://www.youtube.com/watch?v=YaqybvymYIE&feature=related
Waullahualam.
gentarasa
11 Januari 2011 at 3:33 pm
Salam,
Syukran Syam atas pencerahan. Semoga saudara diberkati. Amin.
Islahmujahidin
13 Januari 2011 at 4:22 pm
Setuju ..
Cuma mungkin boleh kongsi sikit cara penyelesaian ?
“Innallazi na3amanu waamilussolihati anna lahum jannatin tajri min tahtihal anharu khalidina fiha ”
(Orang yg beriman dan beramal soleh bagi mereka sturga yg mengalir dibawah tapak kaki mereka dan mereka kekal berada disana selama-lamanya ..)
Kita sudah beriman , bagaiman dengan amal ?
Mungkin boleh ustaz kongsi insyaALLAH…
Sgt tertarik dengan artikel ini …
wallahu a’lam
-islahmujahidin-
Azwa
18 Januari 2011 at 7:54 pm
Syukur yang tidak terhingga kita hidup dalam Islam. Semoga hidayah Allah akan terus bersama kita.
kesidang
22 Februari 2011 at 10:51 pm
bagaimana hendak bersatu
jika dalam hati tiada cinta???
bagaimana hendak berpadu
jika dalam hati ego menggunung??
bagaimana hendak berdamai
jika dalam hati ada dendam kesumat???
bagaimana hendak berjaya
jika tiada kerjasama
maka…teruslah Melayu layu di bumi sendiri
jika tiada kesepakatan dan keimanan tulus
apakah kita tega membiarkan segalanya musnah????
fikirlah sendiri jika masih ada cinta di dada…..
Ya Tuhan, selamatkanlah kami…amiiin..
Syahiran
2 Mei 2011 at 8:15 am
rindu pada zaman 2 kegemilangan Islam ,,
mohd faizal
1 Mei 2013 at 12:23 pm
politik diri,politik keluarga,politik masyarakat,politik negara&politik dunia.