RSS

TRAGEDI CINTA ISTERI

06 Dis

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?

Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.

 

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

 

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

 

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

 

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

 

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

 

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

 

Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

 

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Ketika hati mu telah tenang tuliskanlah surat ini. Surat buat menghadapi tragedi cinta…

 

Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak  menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

 

 
89 Komen

Posted by di 6 Disember 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , , ,

89 responses to “TRAGEDI CINTA ISTERI

  1. mayaaamore

    6 Disember 2010 at 7:56 am

    assalamualikum………….terima kasih ustaz
    sy ingin jd kan ini panduan hidup sy……

     
  2. mayaaamore

    6 Disember 2010 at 7:58 am

    ustaz izinkan sy menyalin artikel ni………

     
  3. kaseh

    6 Disember 2010 at 11:13 am

    salam ustaz…
    Terasa bingkisan surat dari isteri buat suami seolah-olah diri saya di dalamnya. Terima kasih ustaz. Izinkan saya menggunakan titipan surat itu buat suami saya.

     
  4. yushida03

    6 Disember 2010 at 12:37 pm

    thanks for the article Tuan. berguna juga buat saya selaku seorang suami buat panduan dan muhasabah diri..

     
  5. nurami

    6 Disember 2010 at 1:35 pm

    Assalamualaikum ustaz..entri ustaz nie terjadi pd sy 3 thn lps. Tika mslh menimpa sy rasa amat sedih & dlm depressed. Tetapi benarlah ianya memberi hikmah yg byk pd sy. Sy tekan ‘pause’ bertanya pd diri sendiri hidup ini utk apa, utk apa ditangisi mslh yg sekelumit itu. Rupa2nya dari mslh itu sy mendpt kecintaan & kerinduan pd DIA & tidak ingin kehilangan rasa2 itu.

     
  6. Zuraimah

    6 Disember 2010 at 3:15 pm

    salam, ustaz, saya ni tak pandai mengarang..izinkan saya salin artikel n isi surat ni ya…moga Allah memberkati ustaz..

     
  7. Hafifi

    7 Disember 2010 at 12:06 am

    Kehidupan adalah suatu ujian yang Allah s.w.t telah petakan sepanjang perjalanan manusia. Kerana Allah tidak menjanjikan hidup penuh dengan keseronokan tanpa rintangan. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita ada, apa yang kita perolehi adalah nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kebanyakannya datang daripada rasa kecewa dan kesukaran yang pernah kita alami. Hadirnya tatkala ada merupakan elemen “Rahim” Allah yang dititipkan buat kita. Itulah kebahagian disebalik ujian yang dikurniakan kepadaku. Insyaallah dengan berkat doa akan hadapilah ia dengan kuat dan tabah walaupun perit.

     
  8. cilipadi

    7 Disember 2010 at 9:53 am

    Masya Allah.Penutup tahun dan pembuka tahun yang tepat.Allah Maha Tahu.Saya korbankan cinta kecil untuk cinta Agung.Alhamdulillah saya dapat yang terbaik.Semua yang Protaz tulis berlaku.Sekarang berjuang untuk mengekalkan tahap ketaatan seorang hamba.Itu yang sukar sebenarnya.T.kasih

     
  9. Eida

    7 Disember 2010 at 10:37 am

    Saya pernah mengarang surat yang mana isi kandungannya lebih kurang sama dengan yang termuat dalam surat ini..saya beri kepada suami..respon suami..sgt menghiris hati…

     
  10. nurami

    7 Disember 2010 at 3:16 pm

    Ustaz..sy nk minta izin salin ke fb sy supaya kawan2 yg punya masalah yg serupa dpt panduan.

     
  11. Syafiqah

    7 Disember 2010 at 4:08 pm

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

    Artikel yang sungguh bermakna… moga ia menjadi ingatan bersama… Ana tertarik dengan ayat dibawah:

    “Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.”

    Benar… angin ibarat masalah yang melanda… tidak menentu waktunya…boleh jadi siang atau malam,waktu bekerja atau dirumah…datangnya juga kadang2 terlalu kencang sehingga mampu menggoyahkan iman…

    Moga kita diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan…

     
  12. ahmad adam

    8 Disember 2010 at 12:39 pm

    kebanyakan drpd kita berat untuk melafazkan kata-kata kebaikan,…hatta semudah memberi salam sekalipun,…tidak berat melafazkan kata-kata lagho dan tidak mendatangkan apa-apa kebajikan…kita mesti cuba merobohkan tembok kejahilan tradisi ini, secara sewajarnya

     
  13. Nisah

    8 Disember 2010 at 2:10 pm

    Assalamualaikum semua,

    Saya pernah ada pengalaman macam Eida, masa muda-muda dululah. kita ikut cara pakar motivasi beritahu. Bukannya suami terpaku/terkedu, tapi tak setuju cara kita. Katanya tak leh ke cakap dengan mulut. Eida, memanglah kadang-kadang kita rasakan itu cara yang terbaik kita lakukan tapi sebenarnya tidak. Tapi kita berusahakan? cuma caranya tak kena atau tak sesuai dengan pasangan kita.

     
  14. mamaY

    8 Disember 2010 at 5:16 pm

    alangkah sinisnya bila seorang suami mempertikai sikap isteri yang mengambil berat kebajikan dan dosa pahala suaminya dgn berkata:”awak tak tanggung dosa saya.saya nak berkawan dgn siapa,nak dating dgn siapa,bukan urusan awak.bukan awak yang tanggung dosa saya.tapi awak tak boleh buat semua tu tanpa izin saya,kerana saya yang akan tanggung semua dosa awak!”..maka meloponglah isteri..begitukah ustaz?bila isteri mengenguk sms manja di telefon suami,menjengah mesra inbox suami dikatakan menyibuk dan mencari kesalahan suami..aduh!sungguh melelahkan..

     
  15. UMMU AMNI

    8 Disember 2010 at 5:52 pm

    syukran ya ustaz…..Suami bukan hak kita.Allah jadikan dia hanya pinjaman.hidup yang sesingkat ini bersamanya tidak patut kita persiakan…..

     
  16. anis

    8 Disember 2010 at 6:02 pm

    Artikal ini sgt2 menyentuh hati..menitis airmata sya tika membacanya, ini lah catatan n bingkisan luahan prasaan yg ingin sya smpaikan pd suami..izinkan sya utk myalin kata2 ini ustz. trima kasih.

     
  17. merak kayangan

    8 Disember 2010 at 10:09 pm

    saya pernah menulis surat lebih kurang macam tu ustaz…tp suami tak baca langsung,terus baling dlm tong sampah..sy dh byk kali tekan ‘pause’…dan sekarang masih dalam membuat pilihan mahu teruskan perkahwinan ini ataupun tidak…

     
  18. Zulaikha

    9 Disember 2010 at 2:18 am

    salam ustaz.. kata org, isteri yg diduga melalui suami adalah kerana kebergantungan isteri tersebut adalah pada suaminya dan bukan pada Allah.. wallahualam..

    tulisan ustaz, walaupun tak kena 100% pada batang hidung saya, tapi selalu memberi saya semangat utk melalui segala dugaan yg mendatang.. Saya sangat2 terpujuk dgn ayat ini: Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil.

    Terimakasih, ustaz..

     
  19. gentarasa

    9 Disember 2010 at 11:30 am

    Salam,
    Kita mampu untuk memilih butang ‘stop’. Tetapi setelah semua pilihan kita telah cuba sehabis daya. Ana doakan semoga anti dapat kekuatan dan dipandu Allah untuk meneruskan perkahwinan dengan sabar atau apa sahaja tindakan tetapi masih tetap dalam landasan kebenaran. Amin.

     
  20. Nurjannah

    9 Disember 2010 at 11:42 am

    Salam,
    Surat ini menguris hati dan terkadang kita kira kita bersyukur dan terkadang kita rasa bersalah.Antara terima kasih dan maaf ada jurang yang menjadi penghalang. Berat dimata apalagi dibahu memikul. Lara dihati zikrullah peneman.
    Muga jadi pedoman.

     
  21. warisma

    12 Disember 2010 at 5:11 pm

    salam ustaz..izinkan saya untuk menyalin artikel ini bagi panduan saya dan suami dlm menempuh khdpan rumah tangga..permulaan tahun Hijrah yg akan mengubah kehidupan..Insyaalah..amin

     
  22. noridah

    12 Disember 2010 at 8:52 pm

    As salam ustaz,
    berkali2 saya membaca surat ini pasti airmata saya bercucuran kerana semua yg ustaz tulis terjadi kepada diri saya…tetapi saya masih lagi mempertahankan rumahtangga kami kerana saya rasa ini adalah ujian dari Allah dan saya terima dengan redha.

     
  23. hasliza

    13 Disember 2010 at 7:55 am

    salam,
    semoga allah memberkahi usaha ustaz ini, amin. izinkan saya untuk menyalin surat ini, jazakallahukhaironkathiro.

     
  24. zie

    13 Disember 2010 at 8:54 am

    alhamdulillah….tahniah ustaz….artikel yg sgt berguna…

     
  25. Adilla Harun

    13 Disember 2010 at 1:34 pm

    Entri di atas sungguh bermanfaat. Ketakutan dan kegusaran dalam rumahtangga itu hampir sama kelihatannya. Jadi membaca yang di atas membuat membuat saya sedar semula tujuan berumahtangga itu pada asalnya. Ya! tidak Allah jadikan jin dan manusia ini kecuali untuk beribadah dan menyembahnya.

     
  26. Abid

    13 Disember 2010 at 4:23 pm

    Salam,
    kata2 ustaz dr hati mmg smpi ke hati2 pembaca. Kagum sungguh sy pd Tuhan yg menjadikan hambanya spt ustaz. izinkan sy menyalin kandungan surat ini. Moga dakwah ustaz menjadikan org lain bahagia akan diberi kebahagaiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat. Sy inginkan email address ustaz. terima kasih ustaz.

     
  27. Rina

    13 Disember 2010 at 5:09 pm

    Alhamdulillah,di saat terasa kekurangan cinta si suami,maka jangan rasa kurang cinta Allah.Terima kasih atas nukilan yang membuka minda dan hati lebih terarah. Izin kan untuk di copy sebagai tatapan si suami dan ingatan diri sendiri.

     
  28. cinta pada Mu

    13 Disember 2010 at 10:23 pm

    Assalamualaikum semua. Membaca surat isteri kepada suami di atas membuat air mata saya keluar mencurah2.Diuji suami yg curang bukan sekali malah berkali2. Dalam kegelapan keseorangan dan seolah hilang arah akhirnya saya memutuskan tuk menunaikn umrah beberapa bulan lepas. Di depan kaabah saya memohon sesungguh hati andai suamiku ini adalh yg terbaek utuk diriku selamanya maka takdirkanla andai sebaliknya maka tunjukkanla.Rupanya ujian ini untuk mendektkan sy kembali kepada Allah, mencintai rasulullah, mencintai bumi makkah dan madinah. Suami hanya pinjaman sahabatku, andai kita cinta cintailah dia kerana Allah. Terima kasih ya Allah kerana Engkau memberi uian ini dalm hidupku kerna terlalu byk pengajaran yg boleh kutimba. Kuyakin apa yg berlaku ada hikmahnya. Buat para isteri di luar sana yg punya pengalamn dicurangi dn dikhianati suami bersabarlah dan berdoalah kerna sesungguhnya doa adalah senjata org mukmin. Amin.Syukran ya Ustaz.

     
  29. ZANA

    14 Disember 2010 at 1:28 pm

    Terima kasih Ustaz..

     
  30. dania

    14 Disember 2010 at 1:55 pm

    assalamualaikum ustaz,
    artikel yg sungguh menyayat hati. di saat saya memerlukan ketenangan jiwa, artikel ini byk membantu sy.

     
  31. Anira

    15 Disember 2010 at 10:29 am

    salam ustaz.. saya tak jemu membaca artikel ini.. apa yg ustaz sarankan telahpun sy lakukan sebelum membacanya.. sy cuba meujuk hati sy dgn cara ini. namun terkadang kepedihan yang terpaksa sy telan itu sangat menyakitkan. betul sperti kata noridah, airmata ini bercucuran setiap kali mengulangi membacanya.. terima kasih atas segala nasihat. cuma sy ingin sanagt bersahabat dgn noridah. mintya ustaz kirimkan alamat emailnya kepada sy. terima kasih

     
  32. 2t

    17 Disember 2010 at 9:57 am

    salam,

    Ustaz, tak sabar menanti kehadiran ustaz di JPM, Putarajaya 22/12/2010 ni…

     
  33. Alinz Din

    27 Disember 2010 at 3:27 pm

    Minta izin utk sy menyalin dlm blog sy dan menghantar email buat suami sy, semoga artikel ini dapat memberi perubahan kepada rumah tangga sy dan menguatkan kesabaran dlm mengharungi dugaan alam rumah tangga.amin….

     
  34. AaBa

    27 Disember 2010 at 4:14 pm

    sungguh menarik artikel ini…. moga ia dapat kita jadikan panduan. terima kasih ustaz

     
  35. asrarul widad

    29 Disember 2010 at 9:01 am

    salam..nk mnx izin copy ye..=)..mekasih..

     
  36. Sarry

    30 Disember 2010 at 2:59 pm

    salam ustaz…sebelum surat begini saya utuskan pada suami rumahtangga yang dibina sudah musnah.Saya pernah berdoa di Mekah dan Madinah agar rumah tangga saya dapat diselamatkan tetapi doa saya tidak dimakbulkan.Tetapi saya pasti ada rahmat disebaliknya.Benarlah cinta yg besar sedang menguji cinta yang kecil..Saya pasrah.

     
  37. raudhah

    31 Disember 2010 at 2:42 am

    assalamualaikum ustaz, lama rasanya tak singgah sini..huhu..

    bila lagi ustaz nak ke UPM bg ceramah?

    hehe, saja teringat masa ustaz bg cermah kat kolej 14 kat UPM bulan 2, 2010 yg lalu. =)

     
  38. aisha

    2 Januari 2011 at 8:31 pm

    salam..
    ketika ini rumah tangga saya memang sedang diuji.. sangat bertepatan dgn ape yg saya rasai ketika ini, saya temukan “tragedi cinta isteri” ini.. izinkan saya mengambil surat itu sbg panduan utk suami saya agar terbuka hatinya utk memahami hati saya… terima kasih..

     
  39. nur

    5 Januari 2011 at 10:16 am

    salam….izinkan saya c N p surat itu..ayat2nya menusuk kalbu dan terasa…ada cinta yang lebih agong kekadang kita yang alfa seketika…

     
  40. nurazimah

    6 Januari 2011 at 9:23 am

    Assalamualaikum..
    Diluar sana ramai yang menghadapi masalah rumahtangga yang sama..termasuklah saya isteri yang diuji.Suami itu milik sementara..mungkin kita lalai mencintaiNya..lalu diuji oleh Allah yang kekal lagi sifatNya. cinta kepada suami tidak seharusNya melebihi cinta kepada Rasul dan Allah.Mengadulah kepada TuhanMu wahai wanita..kepadaNyalah kita muhasabah diri..tawakkal..Dengan mengingatiNya hati2 akan menjadi tenang..Cintalah kerana Allah..

     
  41. balqis

    6 Januari 2011 at 9:52 am

    salam.. berat rasanya membaca coretan ini…adakalanya diri terasa lemah..semakin kita mencitai Allah..mencari kuat ujian yang melanda..terasa sangat ingin diberikan kepada suami…tapi bakul sampahlah tempatnya…entahlah

     
  42. gentarasa

    6 Januari 2011 at 11:27 am

    Salam,
    Keberanian menulis itu pun sudah melegakan. Tulislah, merintihlah. Insya-Allah, Allah mendengarnya. jangan bakul sampah. Simpan untuk diri sendiri – bermuhasabah.

     
  43. norliyana

    6 Januari 2011 at 1:18 pm

    izinkn saya mnyalin artikel ini untuk pnduan mase hdapan.

     
  44. SulamKaseh

    11 Januari 2011 at 12:12 pm

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Izinkan saya berkongsi dengan pembaca blog saya. JazakalLah.. moga Allah berkati usaha ust ini.. Ameen..

     
  45. melor ruslan

    16 Januari 2011 at 4:13 pm

    assalamualaikum,
    izinkan sya myalin artikel n utk dikongsi bersama rakan2 diluar sana.
    pengajaran yang bermakna

     
  46. seorang isteri

    17 Januari 2011 at 5:24 pm

    As-salam ustaz. Artikel ustaz benar2 memberi satu kekuatan kepada saya. Saya bercadang ingin mengutuskan titipan buat suami saya berdasarkan surat yang ustaz tulis. Izinkan saya. Semoga ia memberi dapat memberi sinar hidayah kepada kami sekeluarga. Terima kasih ustaz.

     
  47. aida suhana

    17 Januari 2011 at 7:05 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini. Sememangnya, pandangan yang diberikan dapat membantu para pembaca yang mencari-cari kata-kata @ panduan untuk pemberi semangat yang pastinya amat diperlukan dalam membina kembali keyakinan terhadap segala yang ditentukan kepada kita adalah yang terbaik….Izinkan saya menyalin artikel ini.

     
  48. asfaliza

    18 Januari 2011 at 11:39 pm

    salam ustaz. saya minta izin copy this entry di blog dan fb saya. terima kasih

     
  49. MOHD SAUPI BIN HJ CHE ISA

    20 Januari 2011 at 3:00 pm

    Terima kasih banyak ustaz, biarpun sebagai seorang suami, artikel tulisan ustaz ini benar-benar menyentuh hati saya. Perkara ini sedang terjadi dalam rumah tangga saya yang telah 20 tahun dibina, runtuh jua akhirnya. Moga risalah ustaz ini menyedarkan isteri saya untuk kembali ke pangkal jalan perkahwinan dulu dan bina kembali kekuatan baru.

     
  50. habibah

    22 Januari 2011 at 9:59 am

    ustaz,macammana nak mengembalikan cinta kpd suami yg telah hilang. suaminya sgt kedekut dan tidak beri nafkah utk keluarga. semuanya si isteri yg tanggung.sy sarankn utk dekatkn diri kpd Allah, tp nampaknya dia tidak berusaha ke arah itu. apa yg dia nmpak hanya perpisahan dgn suaminya kerna cinta dah tiada… ini kisah adik saya.. terima kasih ustaz

     
  51. mardiah

    22 Januari 2011 at 11:20 am

    salam ustaz.dlm saya trkial-kial mencari kekuatan menghadapi masalah ni tiba2 menemui laman web ustaz yg sedikit sebanyak dpt membantu,memberi kekuatan dlm diri ini dlm mengharunginya dsamping mendekati diri pd yang ESA.terima kasih ustaz sungguh terharu kata2 yg benar2 bertetapan dan meruntun jiwa sya.

     
  52. Rafik

    23 Januari 2011 at 3:54 pm

    Warkah,teguran atau al-quran hanya boleh di fahami hati yang sihat, kalau hati nya sakit maka perlu di beri rawatan sebelum di beri peringatan. Hati adalah raja pada anggota.Wallahua’alam

     
  53. azizi

    28 Januari 2011 at 8:56 pm

    salam.

    kebanyakan yang beraku hari ini isteri yang mendapat suami curang. Suami hidung belang dll.. JArang kita dengar isteri curang. Ada bukan tak ada. Tapi..jarang. Dan lebih janggal kalau sang isteri itu curang dengan insan yang sejantina dengannya. Pelikkan? Tapi itu lah dunia.. Semoga insan yang berkenaan.. Taubatlah.. kembalilah kepada suami dan anak2 kamu. Kerana mereka adalah segalanya bagi kamu setelah Allah.. Saya berharap agar isteri malang itu dapatlah membaca coretan yang penuh bermakna ini.

     
  54. isfa

    30 Januari 2011 at 5:46 pm

    Hanya airmata mengiringi bacaan saya dri awal
    hingga ke prkataan yg terakhir…Terlalu indah…
    Izin kan saya mnyalin artikel ini untuk saya kongsi
    kan bersama dgn yg lain…

     
  55. zana

    4 Februari 2011 at 5:23 pm

    Sy dlm situasi suami curang dgn isteri orang…wpun mereka telah putus dan suami memilih sy tp sy tahu suami sy masih belum melupakan dia…suami mmg xnak lepaskn sy dn katanya dia tidak mampu tapi hubungan terlarang mereka terus menghantui sy. Sy x bersedia dgn ujian ini krn sy memilih suami yg dr keturunan yg baik, latar belakang agama yg cukup dan selama ini dia melayani sy dgn baik.

     
  56. gentarasa

    5 Februari 2011 at 12:58 pm

    Salam,
    Jika kelapangan nanti baca enteri saya tentang kisah jodoh.

     
  57. Zulaikha

    8 Februari 2011 at 11:40 pm

    Salam ustaz.. di mana boleh saya cari entry ‘tentang jodoh’ tu, ustaz..? saya guna kat tempat search tu, tapi tak jumpa.. boleh ustaz beritahu bila entry tu..

    terima kasih, ya ustaz..

     
  58. zeeta

    9 Februari 2011 at 10:49 am

    artikel ini hadir tepat pada masanya.. terima kasih ustaz!

     
  59. zarina

    17 Februari 2011 at 10:27 am

    salam ustaz,
    mungkin melalui pentas ini atau di gelanggang solusi boleh ustaz kupas sedikit bagaimana kedudukan kami isteri-isteri yang dicurangi di sisi Allah. Contohnya isteri yang layanan terhadap suami tidak sebaik atau seikhlas dahulu, kebanyakan dari kami bertahan demi kebahagiaan anak-anak dan saya tidak terkejut ada yang memilih untuk berpisah di usia senja kerana merasakan anak-anak sudah kurang kebergantungan terhadap ibu-bapa. Adakah isteri seperti ini masih dalam keredhaan Allah. perkara ini sangat menghantui saya. Terima kasih ustaz

     
  60. eyra

    23 Februari 2011 at 4:21 pm

    assalamualaikum ustaz…

    izinkan sy menyalin artikel ini…
    terima kasih ustaz

     
  61. eiffa

    1 Mac 2011 at 7:37 pm

    Salam ustaz..

    Artikel ini begitu mnyentuh hati saya sebagai seorang isteri dan ia benar-benar berlaku dalam hidup saya.tapi saya pernah berkali-kali menulis surat lebih kurang surat ustaz dan pernah juga berterus terang di hadapannya sendiri di samping tidak putus-putus berdoa.Namun apa yang saya dapati ia tidak memberi kesan apa-apa pada dia.Sekarang saya hanya menyerahkan semuanya pada Allah dan redha dengan apa yang berlaku.

     
  62. yasbuatwebsite.com

    2 Mac 2011 at 11:49 pm

    Assalamualaikum Ustaz…Mohon kebenaran untuk menyalin artikel ini..Terima Kasih Ustaz

     
  63. suriza

    4 Mac 2011 at 11:46 am

    assalamualakum uztaz,

    Mohon izin salin artikel-artikel ustaz untuk dihantar kepada saudara sesama muslim.

     
  64. sisi

    4 Mac 2011 at 10:49 pm

    Assalamualaikum Ustaz, thanks artikel ini sangat menyentuh dan membuat sy menangis ….. wass

     
  65. yana

    5 Mac 2011 at 7:44 pm

    terime kasih ustaz sebb memberi panduan….huhu~

     
  66. mama

    8 Mac 2011 at 5:31 pm

    salam semua, pada hakikatnya teori tidak semudah aplikasi. Kita mmg bolh katakan itu ini, nasihat pedoman dan segala macam kerna bukan kita yg melalui semuanya….hati yg berkecai tak mungkin dpt diubati lg…..hanya pasrah dng ketentuan ilahi demi kebahagiaan anak2.

    -demimu anak2 ku, biarlah mama harungi segala keperitan ini dgn penuh kesakitan dan ketabahan. Hanya Tuhan yg Maha mengetahui apa yg aku rasai dikala ini

     
  67. syira

    21 April 2011 at 12:50 pm

    Salam ustaz, dlm sy mencari formula cinta rumahtangga, terbaca solusi Dan surat karangan Ustaz, terima kasih ustaz, mg surat ini dpt dpt menyatukan cinta kami kearah cinta ilahi..jazakallah..

     
  68. qasih

    25 April 2011 at 11:37 am

    Salam Ustaz, dalam mencari kekuatan diri, telah berulangkali saya membaca artikel ini dan juga artikel ustaz yang lain…suami saya berhubung kembali dengan kekasih lama dia yg msh berstatus isteri org setelah 10 thn usia perkahwinan kami…selepas 2 thn lebih berhubung…perempuan tersebut telah bercerai dgn suaminya dan kini dia sdg berusaha utk mengikat suami saya supaya mengahwininya di atas alasan masih saling menyayangi…sebagi isteri, telah pelbagai usaha saya lakukan demi menyelamatkan rumahtangga kami namun setiap tindakan saya disalahkan…demi Allah..apa yg saya lakukan bkn utk menjatuhkan maruah suami sebaliknya sy xnak bersubahat dgn cara mendiamkan diri…saya pernah memberi peluang kpd mereka…cuba utk menerima kehadiran perempuan tersebut sebahagian dr kami tapi akhirnya saya mengalah kerana belum apa2 perempuan tersebut secara terang-terangan tidak menghormati saya dan suami juga terlalu berlembut dgnnya (atas kapasiti bekas kekasih iaitu dia yg lbh dulu disygi) sehingga saya merasakan hak sbg isteri dinafikan.. sehingga skrg, masih belum ada jalan keluar…sy hanya bertawakkal pd Allah, semoga Allah kurniakan yg terbaik buat kami…namun dalam cuba mendidik hati, sy x mampu membuang rasa curiga pd suami, selain mendoakan yg baik, sy jg berdoa semoga suami dan perempuan tersebut diberikan balasan yang setimpal diatas perbuatan mereka menyakiti hati saya..saya bertegas dgn suami…sekiranya dia berkahwin dgn perempuan tersebut, saya rela dilepaskan…seringkali saya tertanya …adakah isteri seperti saya masih mendapat keredhaan Allah…sehingga hari ini saya masih menjalankan kewajipan saya sebagai isteri dan ibu kepada anak2 kami & msh mentaati suami kerana hakikatnya suami yg sy kahwini adalah seorang lelaki yg baik serta sgt bertanggung jwb dan sgt menyayangi anak2 tetapi kerana sikapnya yang ‘terlebih baik’ dan ego sebagai lelaki/ suami, dia terjebak di dalam masalah ini..jauh di sudut hati…sekiranya suami ingin berubah, sy sudi memaafkan semua perbuatannya pd saya atas dasar kita sebagai manusia biasa yang tidak pernah sempurna dan juga demi masa depan anak2…

     
  69. gentarasa

    26 April 2011 at 2:57 pm

    Salam Qasih,
    Nasihat saya… terus jalankan tanggungb jawab sebagai isteri yang baik. Tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan untuk mengubah hati orang kecuali kita jadi baik, berdoa dan berusaha menegur secara kasih sayang. Orang yang sedang bercinta… buta, gila, mabuk, payah untuk diingatkan kecuali bila terhantuk. Kuatkan hubungan dengan Allah. Baca Al Quran, Solat hajat dan istikharah selalu. Insya-Allah, akan ada kekautan dan keputusan yang Allah akan datangkan ke dalam hati. Jemput datangnya ketenangan dengan menyerah seluruh sepenuh kepada Allah. Insya-Allah, suami anda akan ‘tersedar’ nanti daripada fatamorgana cinta palsunya itu. Tidak ada kebahagiaan yang dapat dibina atas penderitaan orang lain.

     
  70. harfiz.

    28 April 2011 at 7:28 pm

    terima kasih ustaz..
    izikn saya umtuk kongsi mklumat ini?

     
  71. rozita

    28 April 2011 at 8:22 pm

    salam..

    Artikel yang penuh dgn pengajaran..semoga ustaz diberi kekuatan untuk terus menulis..

     
  72. intan

    6 Jun 2011 at 8:27 am

    salam…

    terima kasih ustaz…saya kini mencari kekuatan untuk mencari cinta saya kepada suami setelah apa yang dia lakukan kepada saya……kepada qasih..cerita kita sama…inikah balasan atas pengorbanan yang diberikan selama ini…

     
  73. hanis

    30 Jun 2011 at 1:47 pm

    Salam..
    terima kasih ustaz..artikel ini saya akn jadikan panduan..
    minta izin untuk saya kongsi surat ini dengan suami saya dan rakan2 saya yang senasib.

     
  74. alis

    7 Julai 2011 at 12:22 pm

    salam..
    terima kasih ustaz atas artikel ini..
    walaupun saya masih belum berumahtangga,dan akn berumahtnga beberapa bulan lagi..insyallah..
    saya rasa artikel ini boleh saya jadikan pnduan untuk hari yang akan datang..mohon copy artikel ini ustaz buat teman2 saya yang akn trut sama mndrikan rumahtnga.smga dpt di jadikan renungan bersama.

     
  75. Hisham

    18 Julai 2011 at 11:00 am

    sebagai suami tersentuh hati apabila membaca surat buat “suami”…mohon copy artikel ini untuk berkonsi bersama isteri tercinta…semoga dpt di jadikan renungan bersama…terima kasih ustaz…

     
  76. Suzana

    9 Ogos 2011 at 11:38 am

    Salam ustaz. Terima kasih dengan artikel yg sangat2 memberi kesedaran & kekuatan kpd saya dlm menempuhi ujian Allah. Dirasakan diri saya berada di dlm artikel tersebut dan izinkan saya berusaha menyedarkan suami supaya segera bertaubat dgn menggunakan artikel ini sebagai platform. Perbuatan suami menzalimi dan menyeksa perasaan saya dan anak2 membuatkan saya semakin yakin Allah memilih saya utk bermuhasabah diri. Saya akui kesilapan terlalu cintakan suami dan kebergantungan kepadanya sehingga lupa/abaikan cintakan Allah dan rasul. Cinta suami terhadap sy dan anak2 ibarat “cinta kelas kedua” yg hanya diperlukan utk meneruskan kehidupan duniawi dan tuntutan batin. Suami tiada kesedaran t/jwbnya sbg khalifah dlm r/tangga dan mencari kebahagiaan di luar bersama wanita yg tidak halal w/pun sedar kemurkaanNya, namun egonya tinggi sehingga sanggup mempersendakan hukum Allah. Allah sentiasa beri Nikmat kepadanya sehingga dia lupa nikmat itu akan membawa kehancuran cuma entah bila semua nikmat akan direntap. Rezeki yg diberi digunakan ke jalan maksiat, sedih melihat perubahan suami yang dulunya 20 tahun bersama ssangat menjaga tingkah laku dan batas pergaulan ttp kecundang dek godaan nafsu syaitan ketika usianya 43 tahun. Saya perlukan teman utk berkongsi cerita, jika tidak keberatan saya ingin dptkan e-mail nurazimah, aisha, noridah dan mamaY sekadar teman untuk mencari kekuatan.

     
  77. gentarasa

    11 Ogos 2011 at 9:34 am

    Salam Suzana,
    Yang penting kita jaga diri kita. Jangan sampai dia melukakan hati kita sehingga tercalar kasih kita kepada Allah. Semua manusia diuji, cuma… ujian kita ialah yang satu ini. Anggap ini ujian untuk kita akrab dengan Allah. Inilah jalan kita merintih dan mengharap kepa-Nya. Mungkin tanpa ujian ini kita akan alpa. Kekuatan itu ada dalam solatmu, dalam dirimu. Tak salah berkongsi dengan sahabat dan kenalan… tetapi jangan dilupakan rintihan khusus kita kepada Tuhan. Sabar, sabar, sabar itu pesan untuk kita kembali kepada Iman. Di sebalik semua ini adalah didikan daripada Allah agar kita memperbaiki diri kita dan lebih bijaksana dengan menganalisa apakah punca dan jalan penyuelesaiannya.

     
  78. Anira

    18 Ogos 2011 at 11:06 am

    salam ustaz, terima kasih atas nota kali ini..amat bermanfaat..
    mohon c0py..

     
  79. jazmiey

    5 Oktober 2011 at 4:08 pm

    salam..ust sy nk mntk untk ambil article2 dr blog nie…sy suka sgt bc article ust…insyaALLAH,klaw d izinkn sy jgk nk share dgn famili sy..smoga ust sntiasa d beri ilham untk terus mencoret article yg brnas agar dpt mmberi mnfaat kpd org lain.

     
  80. susi

    8 Disember 2011 at 4:35 pm

    Alhamdulillah…saya dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab…sayangkan seisi keluarganya…tapi masih banyak kekurangan…bait-bait ustaz sangat membuka minda….minta izin share di blog saya…moga ustaz dan keluarga sentiasa di murahkan rezeki…diberikan kesihatan …teruskan usaha membimbing kami yang kekurangan ilmu ni…. wassalam…

     
  81. amalia Fidyarini

    19 Februari 2012 at 5:39 pm

    Untuk menghadapi tragedy ini,memang membutuhkan iman yg kuat..

     
  82. marma

    19 Mac 2012 at 11:57 pm

    nak kongsi

     
  83. Waris Biduanda

    24 April 2012 at 8:10 am

    Asallammualaikum Ustaz….situasi begini seringkali saya alami sepanjang usia perkhawinan..yg kini hampir mencecah usia 22 tahun. Pelbagai ujian tlh saya lalui…dn ada ketikanya ianya begitu mencabar kesabaran dan kelembutan saya sbg seorang isteri. Artikel ustaz ini begitu menyentuh hati saya…..malahan turut mendidik hati dan diri ini utk terus tabah dan zabar dlm mengharungi ujian Allah SWT. Terimaksh Ustaz….Syukur kpd Allah SWT kerana tlh menemukan saya pd jawapan yg ingin saya kemukan bg memujuk hati saya… (krn pagi ini…saya menghadapi situasi yg sama lg….berkali…dan berkali~kali lagi…)…………

     
  84. siti

    13 Disember 2012 at 6:05 am

    Salam.alhamdulillah ada sdikit ketenangan.mungkin ini dikatakan cinta….cinta kepada suami jalan kita kesyurga.tetapi cinta manusia ini hanya utk sementara.terima kasih Ya Allah….dlm kekalutan,kerobohan jiwa ini aku tidak lari dr cinta & perhatian dari Mu.Semoga aku akan terus merasa nikmat cinta Mu Ya Allah.aku ingin terus hidup dalam merindui Mu Ya Allah…Engkau beri aku kekuatan disaat aku betul2 memerlukan.jika bkn krn cinta Mu Ya Allah..tentu aku menjadi hamba yg rugi diakhirat kelak.Terima kasih ustaz..sy suka artikel ni…doakan sy temui cinta hakiki untk Allah & Rasulullah…hidup & mati jua utk Allah.

     
  85. Yang Terlupa

    2 Mei 2013 at 4:10 pm

    salam…
    dlm mencari kata2 motivasi utk kuatkn semangat …alhamdulliah sya trjupe blog ni… menitis air mata membacanya tp sya terasa tenang dan ada semangat yg bru… sya minta copy surat buat suami… akan sya utusankan utk suami sya semoga doa2 dlm surat ini dpt membantunya melupa kan org ketiga diantara kami & dpt membantu kami utk memperbaiki hubungan kami… insyaallah

     
  86. Sue

    21 Mei 2013 at 7:15 pm

    Salam ustaz,

    Alhamdulillah bertemu dgn artikel dan surat utk suami yg ckp mendalam dn terkesan utk diri saya….Saya ditimpa dugaan ketika saya sedang mengandung anak ke 2…perkahwinan kami masih baru iaitu lebih kurang 5 tahun….suami tiba-tiba berubah memilih jalan yang tidak baik….bermesra dgn wanita2 di luar sana…hinggakan saya dimarah, dicaci, dihina……sedih hati ini tidak terkata…saya memilih utk berkahwin dgnnya atas dasar cinta semasa di kolej….ketika itu sikapnya yang sgt mengambil berat dan romantik telah melalaikan saya……mungkin ini ujian dr Allah swt agar sy lebih muhasah diri dan lebih mendekatiNya….yg plg sedih suami tidak pernah membimbing ku ke jalan yg diredhai Allah swt…tidak pernah menjadi imam…sedih hati ini hanya Allah saja yang tau……….

     
  87. zuekey.kizoo

    6 Oktober 2013 at 2:27 pm

    Syukron ya Ustaz….sangat bermakna untuk diri kami

     
  88. Alina Ali

    31 Mac 2014 at 9:06 pm

    Alhamdullilah setelah hampir 5 tahun berpisah dengan suami..hari ini hati sedkit tenang bila terbaca artikel ustaz…selama 5 tahun sy pertikaikan kenapa diri sy yg ditimpa semua ujian ini..seolah tidak redha..betul suami hanya pinjaman nikmat dunia daripada Allah..hingga semua lelaki yg hadir setelah itu tetap saya pertikaikan kejujuran mereka dan saya bertambah ego dengan diri hingga sukar percaya dan redha dengan setiap ujian dan pemberian Allah ini…Ya Allah ampunkan dosaku Ya Allah..semoga pertemuan yg Kau beri kali ini adalah yg terbaik dr mu dn jadikan aku hamba yg sentiasa bersyukur …

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,100 other followers

%d bloggers like this: