RSS

isteriku, apakah itu masih cinta?

06 Jan

Kata orang yang arif, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”  Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.

Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris.

Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini.  Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan.  Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…

Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.

Dalam rumah tangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insya-Allah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti akan menawan hati pasangan kita. Itulah hukum daya tarikan – law of attraction – yang kebelakangan ini kerap diperbincangkan dalam program latihan dan motivasi. Apakah yang dimaksudkan dengan law of attraction itu?

Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.

Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan  berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira.  Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.

Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.

Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!

Bila suami hendak pulang ke rumah, sediakanlah set minda (mind set) yang betul sebelum masuk ke rumah lagi. Niatkan dalam hati ingin menceriakan hati isteri yang di rumah. Betapa besar sekalipun masalah kita di permusafiran atau di tempat kerja, leraikanlah dahulu. Jangan hanya memikirkan masalahnya sahaja yang besar, masalah isteri di rumah pun adakalanya lebih besar dan mencabar daripada masalah suami di luar rumah.

Begitu juga isteri di rumah, menjelang kepulangan suami, tenangkan hati, katakana kepada diri sendiri, “suami ku akan pulang. Aku akan menceriakan kepulangannya dengan memahami, simpati dan empati terhadap segala masalahnya.” Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat… sebenarnya adalah orang yang ego.

Aneh sekali pengaturan Allah – kadangkala, cara menyelesaikan masalah kita ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri ialah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerap kali doa kita akan dimakbulkan bila kita mendoakan orang lain. Jangan nafikan hakikat ini. Sebaliknya, praktikanlah. Lakukan kepada orang yang terhampir dengan kita, siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita?

Sayangnya, set minda yang betul kekadang tercalar oleh sikap curiga. Rasa hati yang simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka. Bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi, ketulusan kita dimanupulasi, maka kita enggan menghantar gelombang yang positif. Syaitan mencelah dengan tiupan kata-kata, “ engkau ditipu. Kejujuranmu tidak akan dihargai. Apa gunanya menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia?”

Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon cinta, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera. Berilah masa, berilah peluang dan bukalah ruang untuk pasanganmu berubah.

Petanda minda yang positif dan betul banyak sekali. Cukup kalau di sini kalau dinyatakan hanya dua. Dua yang sangat penting. Sematkan dalam hati dan praktikkanlah dengan hati, lisan dan perbuatan. Pertama, orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri pasangannya. Who you are determine how you see – siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat. Ya, isteri yang positif akan dapat melihat ciri, sifat dan aksi positif pada diri suaminya dan begitulah juga sebaliknya.

Masakan tidak ada langsung sisi positif pada pasangan kita? Jika demikian, mengapa kita memilihnya sebagai pasangan hidup ketika bernikah dahulu? Jadi, cuba positifkan minda kita dahulu nescaya kita akan nampak kebaikan pada pasangan kita. Ya, keburukannya ada, tetapi kebaikannya juga ada. Jadi apa salahnya kalau kita tumpu, hargai, pupuk dan bajai kebaikan itu agar dapat bertahan dan meningkat?

Manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Lalu jadikanlah suami kita sebagai wira. Sokong impiannya, bantu cita-citanya dan pulihkan kekecewaannya. Jadikanlah isteri kita sabagai wirawati yang didorong cita-cita, impian dan harapannya. Ketika suami pulang dengan wajah lesu, bimbang dan gentar dengan tribulasi di tempat kerjanya, isteri di rumah tetap menjadi penyokong yang setia. Tidak mengapa jika tidak punya buah fikiran, cukup hanya dengan kata-kata belaian dan sokongan. Buktikan dengan bahawa tubuh mu, bahawa kau adalah benteng dalam hidupnya!

Isteri di rumah kekadang bukan mengharapkan layanan bagaikan ratu atau permaisuri tetapi cukup sekadar suaminya mendengar dengan penuh penghayatan dan memberi penghargaan yang sarat dengan kejujuran. Mata itu jendela hati, maka pandanglah wajah isteri dengan rasa sayang yang tidak berbelah bagi, insya-Allah, pandangan itu akan meresap ke dalam hati menjadi penawar yang sangat mujarab pada keletihan, kelesuan dan kejemuan memikul tugas yang sama sepanjang hari.

Kita hanya boleh memberi kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Jika kita tidak mampu lagi menghulurkan kebaikan, insaflah bahawa kualiti diri kita sebagai insan yang baik sudah boleh dipertikaikan. Walau apapun kesusahan atau beratnya penanggungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik. Aku tertekan, aku mesti marah. Aku kecewa, aku mesti mengeluh. Aku letih, aku mesti merintih… Itulah suara-suara hati yang sudah terkena tipuan syaitan dan bujukan nafsu.

Yang kedua, orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan pemasalahan. Siapapun akan myudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyuelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah isteri yang positif akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah rumah tangga atau masalah yang di hadapi oleh suaminya.

Ummu Salamah pernah memberi buah fikirannya kepada Rasulullah saw dalam menghadapi ‘rasa terkejut’ para sahabat baginda sehingga tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah  apabila mereka terhalang untuk mengerjakan haji ke Makkah hingga termetrainya perjanjian Hudaibiyah.

Begitu juga Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya demi memberikan kerehatan kepada suaminya  yang baru pulang dari musafir sehingga dipuji serta didoakan oleh Rasulullah SAW? Mereka berdua itulah antara ribuan isteri solehah  menjadi pemberi tenaga (energy giver) kepada suami dalam menghadapi ujian dalam kehidupan di dalam dan di luar rumah tangga.

Mereka sentiasa fokus kepada penyelesaian dengan mencari apakah jenisnya masalah itu, apa puncanya, apakah alternatif penyelesaiannya? Mereka berani menukar gaya berfikir dan mengubah gelombang perasaan untuk mendapat hasil yang berbeza. Justeru mereka faham jika kita tidak mengubah gaya berfikir dan berani menukar perasaan, masalah yang sama akan menjadi keluhan dan rintihan berulang-ulang tanpa kesudahan!

Bagaimana caranya untuk tetap positif walaupun mungkin reaksi pasangannya anda belum seperti yang diharapkan? Jawabnya, ada dua. Pertama, berilah alasan untuknya. Tidak kira samada alasan itu benar atau tidak tetapi andaikanlah alasan-alasan mengapa mereka berbuat demikian. Jika kita menghulur senyuman, tetapi disambut dengan masam muka… katakan mungkin mereka letih, sakit, tertekan atau sebagainya.

Sekalipun mungkin alasan itu tidak benar, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak tersiksa memikirkan perkara-perkara yang negatif. Memikirkan yang negatif itu sahaja sudah satu penderitaan. Jadi ciptalah alasan-alasan untuk mereka dan semaikan sikap sangka baik sentiasa. Jangan kecewa dalam membuat kebaikan. Insya-Allah, Allah akan mengikut sangkaan para hamba-Nya.

Jika benar pasangan kita sudah curang, menipu dan jahat, maka kejahatan serta keburukan itu tidak akan menimpa kita. Sangka baik itu adalah peluang yang kita berikan untuk orang lain berubah dan jika mereka tetap tidak berubah seperti yang kita harapkan, itu tidak akan mengubah kita. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipudaya orang lain.

Kedua, konsistenlah dalam berdoa. Doakan diri kita sendiri  dan pasangan kita. Doa itu akan ‘menutralkan’ semula  aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Bukankah dengan berdoa kita mengucapkan dan mengharapkan perkara yang baik-baik? Doa bukan sahaja memberi kesan positif dalam perhubungan kita dengan Allah tetapi jua perhubungan diri kita dengan diri kita sendiri. Kita akan selalu memberi ransangan yang positif kepada diri sendiri apabila kita berdoa.

Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih merbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu. Mengapa? Bila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau ‘toxic’. Kata-kata kita racun, pemikiran kita racun dan perbuatan kita penuh racun. Racun itu bukan sahaja boleh memusnahkan orang lain tetapi ia juga akan memusnahkan diri kita sendiri.

Oleh itu, ayuh… berilah ransangan yang positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta kita. Dan dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa untuk berdoa. Kembalikanlah daya tarikan dalam hubungan cinta. Bukankah simponi cinta itu indah? Tetapi jika tidak ada lagi keindahannya… tanyakanlah kepada diri kita, suami atau isteri kita… apakah itu masih cinta?

 

 

 
52 Komen

Posted by di 6 Januari 2011 in Tarbiyah

 

Label: , , , , ,

52 responses to “isteriku, apakah itu masih cinta?

  1. Husna

    6 Januari 2011 at 12:23 pm

    Alhamdulillah ust..satu artikel yg amat berguna buat diri ini…bila tahu suami curang saya hilang keyakinan diri,tertekan,jd pemarah,hilang tumpuan pd kerjaya..akhirnya saya memaafkan suami bila kekasihnya memutuskan hubungan mereka…cuma sekarang saya selalu buat sesuatu yg mngembirakn diri sendiri,cuba ubah penampilan diri,berhias dsbg..cuma suami kurang berpuas hati dgn perubahan saya kebelakangan ini..sdangkn saya buat smua tu hanya utk self confidence,salah kah saya ust?

     
  2. Farhah

    6 Januari 2011 at 2:37 pm

    Subhanallah..
    Trima kasih.. Saya telah banyak tersedar asbab membaca tulisan2 ustaz y sangat2 menyentuh hati. Banyak menjadikan saya seorang yang lembut dari segi dalaman dan kejiwaan dan ingin terus berbuat baik pada orang lain walau apapun balasannya nanti.. Artikel seperti inilah yang saya cari-cari selama ni.. Jazakallahu khairan.
    Semoga ALLAH membalas ustaz dgn kebaikan.

     
  3. khairul

    6 Januari 2011 at 4:09 pm

    Ustaz memberikan nasihat yang sangat baik..Mudah-mudahan kita dapat ambil ikhtibar..

     
  4. CREE

    6 Januari 2011 at 8:09 pm

    Saya amat meminati tulisan tuan, saya juga telah memetik artikel tuan untuk dimasukkan dalam blog saya. Minta maaf jika ianya suatu kesalahan. Tetapi saya amat menghargai sumbangan tuan

     
  5. Max Chempaka

    6 Januari 2011 at 9:00 pm

    Terima kasih ustaz..Banyak manfaat untuk yang masih bujang ini :-)

     
  6. Norlin

    6 Januari 2011 at 11:28 pm

    terima kasih ustaz

     
  7. CREE

    7 Januari 2011 at 12:22 am

    artikel yg menarik perhatian

     
  8. missmutiara

    7 Januari 2011 at 2:26 pm

    Ustaz.. mungkin adakala kita merasakan hanya kita yg cinta, tetapi si dia mungkin sudah pudar cintanya. Apakah masih perlu untuk disuburkan cinta itu??

     
  9. Habib Ahmad

    7 Januari 2011 at 3:32 pm

    JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT BLOG PONDOKHABIB

     
  10. naja

    7 Januari 2011 at 3:50 pm

    Salam….ust.
    saya berkata pada diri , biarpun berkali-kali…berusaha membuang prasangka, mempositifkan diri, cuba dan berusaha akan ada sentiasa rintangannya, acapkali kita kuat, acapkali jua datang yang lebih mencabar…Entri ust umpama penawar, menyirami & menyejukan hati.. dan alhamdulillah menjadikan diri tidak sunyi…teruskan entri ustaz kerna yang pasti insan seperti saya di luar sana senantiasa mengintai buah bicara sokongan, kesepaduan apa saja amal yang kita buat, Allah lah penilai yang paling layak..dan harga IKHLAS itu JUGA TIDAK SESEKALI MUDAH!!!

     
  11. Nurul Fauzani Ariff

    7 Januari 2011 at 5:59 pm

    Alhamdulillah..
    syukran ya ustaz.. :)

     
  12. jai

    7 Januari 2011 at 8:08 pm

    Seronok baca artikel ini. Kita bukan melihat satu sudut tapi semua segi untuk kehidupan.

     
  13. Lina

    8 Januari 2011 at 2:12 pm

    Salam ustaz, saya rasa sgt terkesan dgn ayat ustaz “Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. ” skrang ni sy mengalami rase hampa dgn tempat kerja saya dimana walaubagaimana byk pon effort sy, rating sy ttp biasa shj. kadang2 sy rs macam wat pe nak keje teruk2 tp tak dihargai. tp sy ttp pujuk hati sy, sy kerja kerana keredhaan Allah. Harap next post ustaz tlg la tulis tentang keikhlasan n kebaikan wpon tak dibalas dan dihargai

     
  14. Hazim Azhar

    8 Januari 2011 at 6:58 pm

    Terima kasih ustaz atas tulisan yang sangat bermakna dan mendalam.
    Sy cukup tertarik dengan gaya bahasa tulisan ustaz yang sangat berseni, moga-moiga ustaz terus menulis.

     
  15. Adilla Harun

    8 Januari 2011 at 10:28 pm

    ‘Sangka baik sebagai benteng daripada penzaliman dan tipudaya orang lain’. Penjelasan Ustaz mengenainya amat menarik dan memberi semangat. Keseluruhan artikel sungguh bermakna dan membawa persepsi yang baru pada saya.

     
  16. gentarasa

    9 Januari 2011 at 9:48 am

    Salam,
    Walaupun sangka baik itu kekadang tidak berlaku, tetapi sekurang-kurang hati kita tenang. Tetapi sering berlaku, sangka baik kita berlaku… kerana itu juga sebahagian daripada doa. Dalam doa, orang minta yang baik-baik sahaja. Betul tak?

     
  17. gentarasa

    9 Januari 2011 at 9:52 am

    Salam,
    Sudah saya telah menulisnya. Tak silap saya “biarlah sapi yang dapat nama”. Cuba semak, tak silap saya ada.

     
  18. nur

    9 Januari 2011 at 4:18 pm

    salam.. saya akan cuba positifkan diri walaupun agak susah sy melakukannya.. Syukran ya uztaz.

     
  19. naimisa

    10 Januari 2011 at 9:00 am

    Salam Tn. Hj. Pahrol.
    Membacanya.
    Artikel yang bernas.
    Terima kasih.

     
  20. ida

    10 Januari 2011 at 10:44 am

    salm..
    m0ga kita tergolong dalm golangan orang2 yg sabar..ameen~

     
  21. Hafizah

    10 Januari 2011 at 4:25 pm

    Salam.
    Terima kasih ustaz atas tulisan ustaz yang bayak membantu sya menjadi insan yg lebih baik. lebih baik dr hari semalam dan esok akan lebih dr hr ini. sentiasa menati perkongsiaan ustaz di laman ini.

     
  22. ahmadrock

    10 Januari 2011 at 4:28 pm

    Good..Numpang gih santet,leak http://minary.wordpress.com

     
  23. nhhas

    10 Januari 2011 at 5:55 pm

    Assalamualaikum wbt,
    Harap ustaz dapat kongsikan maksud hadis ini dan adakah hadis ini hadis sahih? Mohon pandangan dan kupasan:

    “Sesiapa yang jatuh cnta kemudian dia menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya maka dia adalah seorang yang syahid (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)”

     
  24. Liyana

    11 Januari 2011 at 12:16 pm

    Salam,

    Alhamdulillah, Allah mempertemukan saya dgn tulisan ustaz. Jawapan kpd semua masalah hati saya sekarang.

    Semoga Allah meredhai ustaz sekeluarga.

     
  25. safuaria

    11 Januari 2011 at 12:38 pm

    salam,
    maaf nak bertanya .. kemarin kalau tak silap, sy masuk ke sini ada ‘surat untuk suami’ .. tapi sy tak sempat habis baca .. dah deletekah ustaz? atau ada di artikel lain? mohon nak baca ..

     
  26. Habib Ahmad

    11 Januari 2011 at 1:05 pm

    InsyaAllah, kunjungan Al Habib Umar Ben Hafidz , ulama’ besar dan juga Rektor Darul Mustafa , Hadhramaut , Yemen ke Kompleks Yayasan Al-Jenderami dalam rangka dakwah beliau ke Asia Tenggara.

    Hari: Rabu , 12 Januari 2011

    Masa: 6.30 petang
    Acara: Pembacaan Maulid & Tausiyyah
    Tempat: Masjid Al-Jenderami

    Dijemput semua untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

     
  27. Gadis Kelantan

    11 Januari 2011 at 2:32 pm

    Assalamualaikum,

    Fitrah Perkasa patut menganjurkan kursus pra-perkahwinan. Pasti ramai bakal pengantin yang akan berminat untuk menyertai kursus anjuran Ustaz dan rakan-rakan. Semoga input yang lebih segar dapat disajikan kepada bakal pengantin :)

     
  28. gentarasa

    11 Januari 2011 at 3:29 pm

    Salam,
    Kami sedang melakukan transformasi. Insya-Allah, cadangan yang baik.

     
  29. gentarasa

    11 Januari 2011 at 3:30 pm

    Salam,
    Ya, ada. Tidak pernah delete.

     
  30. gentarasa

    11 Januari 2011 at 3:30 pm

    Salam, syukran liyana. Untuk keluarga mu jua. Amin.

     
  31. gentarasa

    11 Januari 2011 at 3:34 pm

    Salam, ana akan tanya pada yang arif. Insya-Allah.

     
  32. gentarasa

    11 Januari 2011 at 3:35 pm

    Salam Hafizah. Doakan saya.

     
  33. Karimahhani

    11 Januari 2011 at 3:48 pm

    Salam ustaz,

    Saya selalu bersangka tak baik terhadap suami… tapi sangkaan saya tidak pernah gagal atau selalunya terjadi dengan tepat!

     
  34. gentarasa

    11 Januari 2011 at 4:19 pm

    Salam,
    Itu rasa hati. Selalunya beginilah. rasa hati isteri sangat kuat. jadikan ia modal untuk berdoa dan membaikinya, bukan membenci dan membelakanginya. Ya, ya… isteri saya juga begitu.

     
  35. bibimie

    13 Januari 2011 at 9:35 am

    salam, saya terpanggil untuk meninggalkan komen di sini. saya rasa tak mudah jugak nak jadi insan positif dan selalu bersangka baik terhadap suami dan orang sekeliling. ada sesuatu yang saya pelajari dari entry ini. terima kasih atas perkongsian yang ustaz berikan. semoga saya sentiasa dapat perbaiki diri dan tidak lupa berdoa untuk kebaikan. terima kasih.

     
  36. Siti Khatijah

    13 Januari 2011 at 12:28 pm

    Assalamualaikum,

    Satu artikel yang cukup menarik. Terima kasih Ustaz. Saya setuju amat dengan statement “berilah masa pada pasangan untuk berubah” kerana bila kita bernikah niatkanlah pernikahan itu untuk selamanya dan jgn sesekali putus berdoa untuk keberkatan dari Allah akan perhubungan tersebut maka mekarlah cinta dan kasih sayang itu. InsyaAllah. Amin

     
  37. yanifaisol

    14 Januari 2011 at 12:55 pm

    Salam Ustaz, saya pengikut setia Gentarasa. Tulisan ustaz memang sangat berkesan mendidik hati saya.. Saya banyak membaca jika disebut tanggung jawab suami dan isteri, mesti dikaitkan dengan suami bekerja dan isteri jadi suri rumah, isteri mesti buat begitu buat begini, menyambut suami dengan hati yang lapang, sentuman, tapi tak pernah ada artikel berkenaan dengan tanggung jawab dan peranan bagi suami dan isteri yang sama-sama bekerja, jadi bagaimana sepatutnya yang dibuat oleh suami dan isteri tersebut untuk melaksanakan tanggung jawab kepada anak2 dan rumahtangga pula. Saya rasa ramai para isteri yg bekerja yang membaca artikel ustaz dan mengharapkan kupasan2 idea bernas ustaz. terima kasih

     
  38. aziza

    17 Januari 2011 at 4:40 pm

    salam ustaz… alhamdulillah.. hati saya bila bersedih.. inilah ubat yang saya cari.. motivasi ustaz mengubati hati ini.. saya sebati dengan tulisan ustaz.. mudah-mudahan Allah memberi berkat buat ustaz dan saya juga.. mendapat kebaikan setelah memberi kebaikan..amin.

     
  39. halizaliz

    17 Januari 2011 at 11:54 pm

    assalam,

    setuju sekali dengan karimahhani. rasa hati seorang istri spt sy jg sgt kuat. tp melalui artikel ini dan artikel2 ustz yg trdahulu sy cuba dan cuba mendidik hati dan minda sy utk tdk brsangka tk baik dan tk putus2 brdoa utk mndpt ‘bunga @ ‘buah’ yg baik wpun sukar utk brbuat dmkn. doakan sy ustz.

     
  40. JambuManis

    18 Januari 2011 at 3:21 pm

    Salam.
    Input yang sangat padat dengan motivasi. Lama jugak sy tak melawat laman ini, rindu dengan tulisan ustaz yang sentiasa memberi semangat kepada saya untuk memperbaiki diri.Sememangnya kita adakalanya rasa kecewa dgn sikap orang sekeliling tetapi apabila saya membaca entri ustaz terus saya bersemangat semula. Bersangka baik itu lebih baik daripada kita tersiksa memikirkan perkara yang negatif. Terima kasih ustaz.

     
  41. noor aini ahmad

    18 Januari 2011 at 4:39 pm

    Subhanallah…indahnya hidup jika kita pandai mencaturnya..ustaz benar2 tlh memberi motivasi yg bertenaga.

     
  42. Ishatun

    19 Januari 2011 at 9:24 am

    Salam Ustaz,
    Saya selalu mencuba mendapatkan kekuatan menghadapi konflik rumahtangga saya dgn bahan bacaan yang mampu membawa saya kembali ke landasan yang betul. Tulisan Ustaz umpama air yang menyirami hati saya dengan pesan sabar dan ikhlas. Semoga Ustaz akan terus menulis.
    Baarakallahu fiikum.

     
  43. arfah

    22 Januari 2011 at 10:56 pm

    Assalamualaikum…terima kasih yang tak terhingga atas tulisan ustaz yang banyak memotivasikan dan mempositifkan minda saya. Boleh tak ustaz berikan doa-doa untuk menguatkan kasih sayang antara suami dan isteri serta doa agar suami atau isteri sentiasa saling mengingati antara satu sama lain.

     
  44. Mohamad Shuhmy Shuib

    23 Januari 2011 at 11:30 pm

    Terima kasih, kongsi bersama minta ‘sharing’

     
  45. true heart

    24 Januari 2011 at 12:08 pm

    Thanks Ustaz….ianya telah mengajar saya untuk menghargai orang yang kita sayang…dan sentiasa memberi dan membuat kebaikan tanpa mengharap balasan serta hasil yang cepat..

     
  46. wahida

    4 Februari 2011 at 2:36 pm

    salam,
    terima kasih atas renungan di atas, sy amat tertarik dgn hasil penulisan ustaz..teruskan usaha ustaz.
    jazakumullahukhairan kathiira..

     
  47. naszas

    14 Februari 2011 at 4:53 pm

    asalm ustaz bagaimana kalu kite sahaj yang buat tetapi suami tetap tidak memahami dan asyik marah2

     
  48. ana sarina

    18 April 2011 at 12:27 am

    assalammualaikum.. artikel yg memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada suami dn isteri,.. bagi saya sebagai seorang isteri yg sering berfikiran positif dalam setiap pergerakan seorang suami, mengakui yang adakala menginginkan suami juga berfikiran begitu trhadap diri saya… tp setelah membaca dn memahami setiap penulisan ustaz, saya mula berfikir adalah lebih baik saya kekal menjadi diri dn kekal positif dalam perbuatan, fikiran dn trus berdoa.. hakikat manusia pasti akan diuji oleh Allah dan saya percaya setiap dugaan itu adalah utk hambaNya berfikir.. bersangka baik pada dugaan Allah akan menjadikan saya redha pada setiap takdir yg tertulis dalam kehidupan saya.. terima kasih ustaz..diharap dapat menghasilkan artikel yg berbentuk motivasi bagi mengembalikan keindahan cinta dari dalam hati…. wassalam.

     
  49. hazwanie

    26 April 2011 at 9:09 am

    terima kaseh ustaz…mohon copy artikel nie msok blog saya..

     
  50. Rohaida Mohd Yusof

    31 Oktober 2011 at 10:34 pm

    terima kasih ustaz….tulisan ustaz banyak mengajar saya menjadi berfikiran positif dlm hubungan suami isteri walaupun kekadang ada jua rasa curiga dan berperasangka tidak baik terhadap pasangan…
    Tulisan ustaz banyak menjadi motivasi kepada saya bagi menghadapi rencah rumahtangga….teruskan menulis bagi membimbing kami yg kekdg tersesat atau tersasar dr jln yg sepatutnya…terima kasih sekali lagi…semoga ustaz sekeluarga beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hendaknya….

     
  51. fazlihaj

    13 Jun 2013 at 11:44 pm

    Alhamdulillah perkongsian ini amat bermanfaat. Semoga penulis sentiasa dirahmati Allah swt.. Amin ….TintaABC/Fazlihaj….(Fazlihaj.Blogspot.com)

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,164 other followers

%d bloggers like this: