RSS

JANGAN PINTA KEMATIAN AYAH MU!

11 Jan

Konflik antara ibu-bapa dan anak pasti terjadi. Walau bagaimana sabar dan bijaksananya kita mentadbir keluarga, satu ketika masalah ini akan muncul jua. Apatah lagi kita yang masih bermujahadah ini… tetap akan diuji Allah dengan karenah anak-anak.

Anak-anak pelbagai wataknya. Ada yang mudah mendengar, mudah dibentuk. Ada yang lemah, mudah terpengaruh… perlu diperkukuhkan selalu. Ada yang bijak, boleh diharap menjadi pengganti sewaktu diperlukan.

Dalam hal memilih jodoh misalnya, kekadang lebih sukar daripada memilih jodoh anak-anak berbanding memilih jodoh kita sendiri. Begitu juga dalam soal yang lain. Pandangan anak-anak perlu diraikan. Apa yang kita nampak, kekadang ditolaknya… bukan kerana dia derhaka, cuma belum sampai fikir dan congak mindanya ke tempat tuju fikiran kita. Masa perlu dihulurkan, perbincangan perlu diraikan. Jalan kita dahulu mungkin tidak relevan lagi dengan jalannya sekarang.

Apapun, prinsip dan syariat tetap sama. Mutlak sampai bila-bila. Pendekatan menegakannya sahaja yang mungkin berubah dan beza. Kebelakangan ini kerap pula saya menerima rintihan anak tentang saikap ibu-bapa. saya sungguh empati. Betapa kekadang saya juga pekak dan buta daripada rintihan anak sendiri. Kita perlukan hiadayah Allah untuk ketepatan dalam memimpin dan membuat keputusan. Sayang, cinta dan kasih tidak menafikan kebijaksanaan, ketegasan dan keadilan.

Untuk sahabatku di luar sana. Mari berkongsi rasa bersama masalah yang pernah dihadapkan kepada saya  ini. Mudah-mudahan, ada kebaikan yang dapat dipelajari dan diteladani oleh kita semua… Kita  sebagai ibu-bapa, mahupun kita sebagai anak.

Soalan:

Saya seorang pelajar di IPTA. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Apa yang merisaukan saya ialah semenjak akhir-akhir ini, sifat ayah  sungguh berlainan. Rupa-rupanya dia mempunyai perempuan lain dalam hidupnya. Apa yang saya tahu, dia telah ‘diguna-gunakan’ oleh perempuan itu.

Hubungan ayah dengan kami adik beradik semakin renggang. Ayah sering pulang lewat, malah kadang kala tidak pulang langsung. Pelajaran kami adik beradik juga tidak dipedulikan. Sejak itu saya mula membenci ayah. Perasaan benci ini adakalanya menyebabkan saya mendoakan agar bapa saya mati sahaja. Saya tahu perbuatan saya ini salah, tetapi apakah yang harus saya buat dalam situasi ini?

Jawapan:

Dalam Islam, kita dituntut supaya menghormati ibu dan ayah kita, tidak kira dalam dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukan setakat tidak boleh menderhaka, malah jika kita tidak mendoakan kesejahteraan keduanya pun, kita sudah boleh  dianggap anak yang derhaka. Itu kalau kita tidak doakan kesejahteraan mereka, jadi bagaimana pula kalau kita doakan kecelakaan ke atas mereka?

Bermakna itu lebih derhaka. Dan jika anda doakan agar ayah anda mati, maka tidakkah itu bermakna bahawa anda lebih jahat daripadanya? Saya akui masalah ini agak sulit ditangani oleh anda atas kedudukan anda sebagai seorang anak yang dikira masih terlalu muda untuk mengetahui punca sebenar masalah… Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh memainkan peranan yang penting untuk setidak-tidaknya tidak menambah masalah lagi. Dan saya tegaskan, bahawa mendoakan supaya seseorang mati, (lebih-lebih lagi ayah anda sendiri) bukanlah sebahagian daripada cara menyelesaikan masalah ini.

 

Anda sendiri yang mengatakan bahawa ayah anda telah ‘diguna-gunakan’. Jika itu memang benar  patutkan beliau yang dipersalahkan? Ya, kalaulah benar dakwaan anda itu, ini bermakna ayah anda hanya menjadi ‘mangsa’ bukan pemangsa. Apabila menjadi mangsa, maka ibu dan keluarga anda turut menerima akibatnya. Kalau demikian, ayah anda wajar dibantu, bukan dibenci. Malah mungkin keadaannya lebih buruk dan teruk daripada apa yang anda deritai.

Jadi sekarang, persoalannya ialah bagaimana ingin ‘menyelamatkan’ ayah anda, bukan bagaimana hendak ‘mematikan’nya? Dan sebagai seorang anak, anda punya banyak cara untuk membantunya. Dan inilah yang akan membawa kepada penyelesaian kepada masalah ini secara tidak lansung. Pertama, sekurang-kurangnya anda perlulah membantu diri anda sendiri terlebih dahulu. Yakni dengan cuba melawan perasaan kecewa, marah dan benci yang ada dalam diri anda itu. Stabilkan diri anda dan jalanilah hidup dengan sebaik-baiknya. Anda perlu faham bahawa masalah adalah ‘rule of life’ – hukum kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia.

 

Pandanglah ke kiri dan ke kanan anda, dan insafilah semua orang sedang berdepan dengan hukum kehidupan ini. Malah, ada diantara mereka yang lebih sukar lagi daripada anda. Mungkin bapa mereka meninggal dunia ketika mereka masih kecil dengan bilangan adik-beradik yang begitu ramai, ibu pula sakit-sakit. Tetapi anda tidak begitu… anda adalah lebih baik kerana ayah anda masih hidup, ibu anda masih sihat.

Tujuan saya menceritakan hal ini ialah untuk memberi semangat pada diri anda supaya tenang dan berpijak di bumi nyata dalam menghadapi sesuatu masalah. Jangan terlalu mengharap dunia akan jadi seperti yang kita idamkan. Dan jangan marah, jika anda dapati ayah anda atau siapa sahaja tidak bersikap seperti yang anda kehendaki kerana diri anda sendiri tidak bersikap seperti anda sendiri kehendaki… betul tak? Jadi, rasionallah. Hadapi kenyataan dengan sewajarnya.

 

Hakikat ini akan membantu ayah anda secara tidak lansung. Anda harus menjaga hati dan fikiran anda agar tidak terlalu tekan dengan masalah ini. Janganlah hendaknya tekanan masalah ini mengganggu tugas anda sebagai seorang pelajar IPTA yang menjadi harapan dan sandaran bukan sahaja oleh keluarga anda bahkan oleh masyarakat. Jangan tambah satu masalah lagi dalam keluarga anda… yakni dengan masalah anda sendiri! Cubalah belajar dengan baik. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya. Anda sudah dikira dewasa untuk menganggap masalah ini sebagai cabaran bukan halangan.

Tentu anda punya adik-adik yang masih muda, tunjuklah teladan yang baik. Mereka melihat anda, maknanya jika anda ‘stabil’ dalam menghadapi cabaran ini, maka mereka juga akan mendapat suntekan semangat. Sebaliknya, jika mereka melihat anda goyah, mereka juga akan goyah dan mungkin terus patah.

 

Hendaklah anda menyedari hakikat bahawa mempunyai seorang ayah yang bermasalah adalah jauh lebih baik daripada tidak ada ayah langsung. Sekurang-kurangnya ayah anda masih pulang juga walaupun kadang-kadang terlewat. Maka sambutlah kepulangan dengan baik, jangan diboikot atau dipulau. Api tidak akan dapat dipadamkan dengan api. Teruskan peranan anda sebagai seorang anak. Dekatilah dirinya… Dan dengan kedudukan anda sebagai seorang siswa saya yakin anda adalah seorang anak yang diharapkannya.

Dia mempunyai rasa bangga, yakin dan hormat terhadap anda. Pergunakanlah kelebihan ini untuk mendekati dirinya. Bila sudah ada interaksi maka mudahlah anda berkomunikasi seterusnhya mula menyelami masalahnya. Insya-Allah, nanti anda mendapat gambaran masalah ini dengan lebih luas dan jelas. Nanti anda akan tahu apakah punca dan kenapa ia berlaku. Siapa pemangsa, kenapa ayah anda boleh terjerat dan apa umpan yang digunakan dalam keadaan ini? Sekurang-kurang ini akan menghilangkan kebencian anda terhadapnya kalau tidakpun menyelesaikan masalah ini secara keseluruhan.

 

Semua itu akan membetulkan persepsi seterusnya sikap anda terhadap ayah anda. Dan barulah nanti anda tahu benar-benar apakah ruang lingkup masalah itu. Apakah  sebab dan kesannya. Ingatlah, masalah yang sudah kita tahu, kata pepatah, adalah separuh selesai. Ya, setakat ini saya kira anda sudah faham bahawa saya ingin mengajak saudara supaya menyelesaikan masalah ini berdasarkan sumber yang ada pada diri anda sendiri. Lingkungan penyelesaian yang cuba saya ketengahkan ialah… bertindaklah dengan kuasa dan pengaruh yang ada pada diri anda sendiri.

 

Dalam konteks ini, saya ingin mengingatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bahawa doa merupakan senjata yang ampuh bagi orang mukmin. Di sini anda  telahpun mempunyai ‘senjata’ untuk menangani masalah ini. Cuma senjata itu nampaknya sudah tersalah guna. Senjata itu  digunakan untuk menikam ayah anda,  yang sebenarnya turut menikam diri anda sendiri. Daripada anda berdoa kematian ayah, bukanlah lebih tepat berdoa untuk keselamatannya?

Doakan ayah anda dari dianiaya orang, ‘diguna-gunakan’ dan sebagainya. Ingatlah, doa anak yang soleh terhadap ayahnya pasti dimakbulkan Allah sama ada ayah itu masih hidup atau mati. Sama ada ayah itu masih siuman atau telah ‘diguna-guna’. Jika benar ayah anda diguna-gunakan, bermakna dia telah disihir. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampu melawan kuasa jahat yang didalangi oleh syaitan itu. Oleh itu apa yang mampu anda lakukan ialah berdoa, sembahyang hajat dan bacalah ayat suci al-Quran serta beramallah dengan niat melawan sihir yang  sedang membelenggu ayah anda itu. InsyaAllah, dia akan sembuh semula dan menjalankan tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

 

Perasaan benci tidak pernah menyelesaikan masalah. Bagaimana anda hendak mengikhlaskan diri berdoa untuk ayah, sedang perasaan benci ada dalam diri anda? Wajar saya ingatkan, perasaan benci mesti terlebih dahulu dibuang sebelum anda berdoa untuk kesejahteraannya. Doa yang dipanjatkan berserta  rasa benci tidak akan diperkenankan.

Rasulullah saw pernah bersabda bahawa doa seorang ibu terhadap anaknya adalah doa yang paling makbul. Ketika ditanya mengapa? Rasulullah saw menjawab, “kerana ibu paling menyayangi anaknya.” Oleh itu saya mengingatkan , sayangilah ayah anda walau apa jua keadaannya. Berbuat baik terhadap ayah bukanlah kerana kebaikan yang telah, sedang dan akan dicurahkannya tetapi kerana itu perintah dari Allah. Jika anda benar-benar cintakan Allah, maka berbuat baiklah kepada ibu bapa tanpa melihat apa jua keadaannya.

 

Permasalahan orang tua, lebih manis jika orang tua yang menyelesaikannya. Anda terlalu muda untuk menangani masalah ini secara langsung. Ibu, bapa saudara serta sanak-saudara yang lain mungkin juga sedang memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini. Berilah mereka masa. Peranan anda pula ialah apabila sesekali ayah balik, tunjukkanlah kemesraan tanpa apa-apa perubahan. Ceritakan masalah kepadanya tanpa mendesak-desak apalagi menggugut. Ini supaya dia rasa dihormati sebagai ayah terhadap anak-anak-anaknya, Jadi andalah terlebih dahulu mesti menunjukkan yang anda masih anak yang menyayanginya.

Mungkin dengan cara ini akan menyedarkannya bahawa kehadiran seorang ‘perempuan’ lain dalam hidupnya boleh dan akan memungkinkan dia kehilangan anak-anak yang disayanginya. Tidak mustahil selepas itu nanti, dia yang sebenarnya dalam dilema terpaksa membuat pilihan…apakah memilih anak-anaknya atau memilih ‘perempuan’ itu. dan jika anda telah menyayangi, mengasihi dan mendoakan kesejahteraannya, saya tidak teragak-agak lagi buat menyatakan bahawa ayah anda akan memilih anda.

Anak ku,

Barangkali ayah kita bukan seorang yang baik, tetapi sebagai anak kita mesti dapat melihat dan menghargai kebaikan ayah kita!

 
19 Komen

Posted by di 11 Januari 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

19 responses to “JANGAN PINTA KEMATIAN AYAH MU!

  1. Habib Ahmad

    13 Januari 2011 at 11:42 am

    JADUAL TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله – SHAFAR 1432H/JANUARI 2011

    10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)

    KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
    11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD)
    KULIAH SHUBUH DI MASJID KOTA DAMANSARA;
    ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 – 11.00 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
    WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30 PAGI – 11.30 PAGI
    KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
    14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
    WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM

    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    SEBARANG PERUBAHAN INSYAALLAH AKAN DIMAKLUMKAN. OLEH ITU SILA RUJUK/SEMAK JADUAL PROGRAM

    BLOG PONDOKHABIB

     
  2. wan

    13 Januari 2011 at 12:05 pm

    entry yang sangt menarik… kadang-kadang kita hanya melihat kesalahan orang lain daripada melihat kepada kelemahan kita. sedangkan dengan kekuatan kita itulah dapat memperbaiki kesalahan orang lain. tanpa ibu dan bapa siapalah kita.

     
  3. e_man

    13 Januari 2011 at 3:59 pm

    Salam! saya terharu apabila ustaz menyentuh soal ibu dan bapa dalam artikel kali ini.Syukran! Saya juga ingin berkongsi dengan pengirim bahawa ayah saya juga mempunyai masalah yang kritikal juga, tetapi bagi saya ini semuanya bukan masalah besar untuk ditangani lebih2 lagi semenjak saya menginjak dewasa. Inilah dugaan dan cabaran kita sebagai anak dan khalifah Allah di muka bumi! Mungkin satu masa nanti saudara akan benar2 mengerti. Bak kata ustaz “Perasaan benci tidak pernah menyelesaikan masalah”. Dari itu, selalulah berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk ibu dan bapa kita.Ingatlah segala ketentuan Allah mempunyai maksud baik yang tersembunyi! dan redhalah serta usahakan jalan penyelesaian yang terbaik! Semoga tabah…

     
  4. Habib Ahmad

    14 Januari 2011 at 4:32 pm

    Perkara: Pengajian di Ba’alawi KL Minggu Ini (14/1 -16/1/2011)
    Perkara: Pengajian di Ba’alawi KL Minggu Ini (14/1 -16/1/2011)
    Assalamualaikum,
    Pengajian di Ba’alawi KL pada minggu ini adalah seperti berikut :-
    Hari : Jumaat malam Sabtu (Lepas Isyak)
    Tarikh : 14/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Sabtu (Dhuha)(10:00am)
    Tarikh : 15/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Sabtu malam Ahad (8.00pm)
    Tarikh : 15/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Ahad (Dhuha)(10.00am)
    Tarikh : 16/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Ahad malam Isnin( Lepas Maghrib)
    Tarikh : 16/1/2011
    Guru : Habib Ali Zainal Abidin
    Kitab : Tafsir Quran Surah Yusof
    Mohon dipanjang-panjangkan kepada jemaah yang lain. Jazakallah
    ALAMAT LENGKAP : http://www.baalawi-kl.com/v1/

     
  5. iqbalhazaidi

    15 Januari 2011 at 5:57 pm

    menarik!

     
  6. raudhah

    18 Januari 2011 at 5:22 pm

    salam, ustaz..
    Alhamdulilah, sy amat gembira membaca artikel sebegini, sedikit sebanyak dapat menyedarkan sy..ustaz,sepanjang perjalanan hdp sy telah ditakdirkan tanpa kehadiran seorang ayah akibat penceraian ayah dan ibu semasa sy msh kecil. Ayah sering mengabaikan tanggungjawabya, dgn tdk memberi nafkah apatah lagi berjumpa anaknya sendiri walaupun jaraknya dekat shj aptah lagi menelefon bertanyakan khabar..Ayah telahpon berkahwin lain dan dikurniakan beberapa org anak. Hbgn sy dengan ayah menjadi renggang ustaz, sampai satu ketika ada terdetik utk sy membenci dia dan rasa cemburu terhadap adk beradik sy yg lain kerana khdpn mereka boleh dikatakan sempurna berbanding sy..
    jadi persoalannya ustaz, bagaimana peranan yg harus sy mainkan peranan bg memperbaiki hubungan yg kian lama semakin renggang, dan bagaimana cara utk mengelakkan perasaan “benci” terhadapnya menguasai diri sy..? kadangkala perasaan sebegini menguasai diri walaupon sy tahu ia adalah sifat yg dilarang.. Nasihatkanlah sy ustaz… Syukran..

     
  7. angah

    19 Januari 2011 at 9:31 am

    mmm..sy ada bad xperience with my own dad..cant help to hate him..am trying to forget n forgive..cara n kelakuannya masih sama..tak pernah mtk dia mati..tapi how i wish i can forgive n forget.people can judge me as they want.coz people dont know d truth.
    tp sy bersyukur krn experience itu menjadikan saya dan adik beradik kuat,n tabah..it’s just we have some missing pieces in our life.

     
  8. Eiza

    19 Januari 2011 at 10:07 am

    Kepada remaja yang masih punya ayah, doakan kesejahteraan mereka. Hargailah mereka dan sayangilah mereka. Ayah juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Ingatlah, Allah Maha mengetahui apa-apa yang kita tidak ketahui. Bermohonlah padaNya untuk mencari jalan keluar setiap masalah yang hadir. Hidup ini sunyi tanpa ayah.

     
  9. suteramaya

    19 Januari 2011 at 10:35 am

    assalamualaikum…..
    ustaz pahrol, blh x sy ambil artikel ni utk dikongsi dalm blog sy sbg pengajaran??/

     
  10. mazni

    19 Januari 2011 at 8:14 pm

    saya nak beri komen pada pelajar tersebut…
    kenapa tidak kamu doakan supaya ayah kamu sedar apa yang telah beliau lakukan.seperti kamu nyatakan ayah kamu telah ‘diguna-gunakan’ mengapa tidak kamu berjumpa ustaz-ustaz yang dapat membantu untuk memulihkan.sayangilah ayahmu sepenuh hati dan doalah agar kebahagiaan menjadi milik kamu sekeluarga.

    -maaf andai menyinggung-

     
  11. noor

    20 Januari 2011 at 12:05 pm

    ustaz, sebagai seorang ayah jika sudah suka dgn perempuan lain itu hak mereka cuma anak2 mohon hak mereka di beri sedikit perhatian waktu diperlukan. mohon bantuan kewangan supaya dapat meneruskan persekolahan. jika benci dgn isteri lama tapi mohon jgn dibenci anak2. ayah ada penghidupan baru. semua beban diatas bahu ibu seorang mana letak nya keadilan hidup ini..jika mohon bantuan dari ayah , ibu dan anak2 umpama pengemis..maki hamun tidak pernah kurang..itu tidak berdosa ke namanya..ustaz tlg lah BERI PANDANGAN “BAPA YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SELEPAS PENCERAIAN”

     
  12. *¨^¨* haLf-FairY *¨^¨*

    21 Januari 2011 at 2:57 pm

    hai anak,………..insatlah kau anakkkkkkk ;)

     
  13. Adilla Harun

    21 Januari 2011 at 3:13 pm

    Menghayati entri di atas membawa rasa berbeza-beza ada saya. Menempatkan diri saya sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan anak membawa kepada rasa yang berbeza-beza ini. Bagaimanapun ustaz telah pandangan dan saranan Ustaz cukup baik untuk diikuti. Menghayati rangkap-rangkap ayat dari tulisan Ustaz untuk saya memang mendamaikan. Jawapan Ustaz itu tepat dengan situasi yang bertanya memfokus kepada sebagai seorang anak.

    Saya berpendapat ini sememangnya satu dugaan yang berat untuk yang empunya masalah. Mungkin Allah ingin menyediakan sesuatu yang lebih baik untuknya di masa hadapan. Sebagai ibu, saya berpendapat tiada ayah yang tidak menyayangi anak mereka. Kecuali yang kurang waras atau tidak mahu berfikir secara waras. Biarpun nisbah kasih sayang antara ayah dan ibu adalah 1:3, masih perlu menyayangi mereka demi hak mereka yang 1 itu.

    Doakan pada Allah semoga diluruskan semula pemikirannya, dipulihkan jiwa dan hatinya, dicerahkan pandangannya dan dikembalikan limpahan kasih-sayangnya untuk isteri dan anak-anaknya. Semoga kebaikan datang pada keluarga anda dan segala niat jahat mahu pun keburukan yang ditujukan untuk keluarga anda berpatah balik menjauhi anda menuju kepada asalnya. Jika anda dari golongan teraniaya, Allah pasti memakbulkannya. Insyaallah!

    Setiap kali membaca entri Ustaz pasti ada sesuatu buat saya. Terima kasih Ustaz.

     
  14. datinlili

    22 Januari 2011 at 10:01 am

    Salam ustaz,
    Saya bersahabat dengan seorang isteri pertama,yang sering meminjam teinga saya untuk meluahkan keresahannya.Suaminya tidak memberi keadilan padanya dan anak-anak,saya tahu dia seorang yang berakhlak,tetapi suaminya sering mencari sebab untk tidak melayan mereka dengan baik.Walaubagaimanapun saya sering memberi kekuatan padanya,saya rasa saya tidak begitu kukuh untuk menjadi tempat sandarannya.Jadi saya sandarkan pada ustaz pula.

     
  15. Fatimah Adam

    24 Januari 2011 at 5:12 pm

    Kisah sedikit sebanyak sama dgn kisah yang saya alami sekarang ini…dan adanya nasihat drpd artikel ini sedikit sebanyak memberikan saya motivasi utk berubah menjadi lebih baik di masa yang akan datang…Insyaallah…
    Terima Kasih Daun Keladi kepada penulis….

     
  16. miell

    17 Februari 2011 at 2:00 pm

    sy stuju dgn e_man dan sahabat yang lain..
    Ape yg dikatakan ustaz itu ada benar nye..
    Seburuk mana lelaki itu, sekeji mana lelaki itu, sejahat mana lelaki itu..
    Dia itu tetap lelaki yang pernah kamu panggil sebagai ayah.
    Berbalik pd takdir dan suratan..
    Ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk.
    Susah mahupun senang. tangis mahupun tawa..
    Dari mana hadir nya ujian..
    kerana apa hadir nya ujian..
    Kerana sang Pencipta sayang akan kita..
    kerana DIA lah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita..

     
  17. gentarasa

    17 Februari 2011 at 3:06 pm

    Salam miell,

    Syukran dengan perkongsian dan pencerahan.

     
  18. Husnul Khatimah

    12 Oktober 2011 at 4:05 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    satu artikel yang menarik untuk dikongsi oleh semua yang masih mempunyai bapa. ustaz bagaimanakah untuk menangani bapa yang selalu bersikap kasar terhadap anak2. sebagai contoh bapa yang suka memaki hamun anak2. jika anak2 tersebut lambat melakukan apa yang dimintanya, bapa tersebut akan menyatakan anak tersebut anak derhaka. adakah anak tersebut anak derhaka ustaz?adakah berdosa sekiranya anak tersebut berdiam diri? dan bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapi bapa yang seperti ini. mohon pendapat dan nasihat daripada ustaz.

     
  19. shamidahr

    26 April 2014 at 6:32 pm

    Assalamualaikum ustaz, mungki agak terlambat untuk maklum balas saya ini namun,ia sememangnya artikel yang sangat menarik. Apa yang ingin saya katakan ialah saya punya pengalaman sama seperti beliau,sangat membenci ayah saya. Sebab kebencian saya bagi saya sangat kukuh dan sampai satu tahap saya sering mendoakan kematiannya. Akhirnya,Allah mendengar doa saya dan beberapa tahun yang lepas dia meninggal dunia. Benci,amarah dan dendam saya terhadapnya masih tidak dapat dipadam. Ada kalanya ustaz,manusia ini mudah menghakimi dan menilai tanpa cuba memahami. Benci itu bukan sesuatu yang indah ianya lebih menyakitkan daripada ditikam. Kerana ayah,saya trauma sehingga kini.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: