RSS

DIDIKAN INI DEMI CINTA…

24 Jan

DIDIKAN INI DEMI CINTA…

Kalau ditanyakan kepada orang tua, bilakah masanya dalam takah kehidupan ini mereka rasakan terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Nescaya mereka menjawab, “semasa kami masih muda.” Ya, bila seorang tua menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat semasa muda, tidak dibuat. Sebaliknya banyak pula perkara yang tidak sepatut dibuat, telah dibuat.

Sayangnya, kebanyakan orang muda tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka  sendiri meningkat tua. Lalu atas kealpaan itu mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman mudanya. Pendek kata, ramai manusia lambat belajar di ‘universiti kehidupan’ ini. ‘Kurikulum’ pelajaran yang sepatutnya telah difahami di peringkat muda baru difahaminya hanya apabila kita meningkat tua.

Alam adalah sebuah ‘universiti’ yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Mungkin ini juga termasuk dalam maksud “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluh kehidupan untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu.

Kurikulum pelajaran ini pula tersusun mengikut tahap usia dan tempoh kedewasaan seseorang. Justeru, di peringkat muda ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?

Itulah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap kita. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ pada usia muda terpaksa dibawa ke peringkat tua. Kalau begitu keadaannya maka rugilah. Samalah seperti pelajar universiti yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan semester atau tahunan mereka.

Para remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa. Tahap transisi ini tidak stabil. Umpama air (cecair) yang hendak bertukar menjadi wap (gas), maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Keadaan itu samalah dengan remaja, pada tahap itu jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen dalaman mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, ingin mencuba, perubahan biologi dan macam-macam lagi.

Dan di tahap ini juga para remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dalam hidup mereka dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.

Sesungguhnya semua itu tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Para remaja (malah orang tua sekalipun) mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas kita. Jika tidak, kita terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali.

 

Sebab itulah dalam pengalaman kita, sering  kita temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama. Abu misalnya, akan sentiasa ‘pokai’ setiap pertengahan bulan dan sentiasa merungut duitnya tidak cukup. Minah, sudah lima kali ditinggalkan kekasih dan mengeluh tidak ada lelaki yang benar-benar memahami perasaannya.  Joe pula, telah tujuh kali jatuh motor dan marah-marah tentang nasib malang yang sedang menimpanya.

 

Anehnya mengapa Mat tidak mengalami masalah ‘pokai’ seperti yang selalui dialami Abu. Bedah tidak seperti Minah, dia telah pun bertunang dengan lelaki yang pertama dikenalinya? Manakala Samad, cuma sekali sahaja jatuh motor dalam hidupnya dan sekarang sedang selesa memandu Perodua yang baru dibelinya… Apakah yang menyebabkan keadaan atau nasib mereka berbeza?

 

Bezanya ialah ada diantara para kita yang cepat belajar dengan hidup sebaliknya ada di antara mereka yang tidak pernah atau lambat belajar. Yang belajar, akan ‘naik kelas’ dan layak untuk mengambil mata pelajaran baru yang lebih tingkat dan martabatnya. Yang tidak belajar, terpaksa mengambil mata pelajaran yang sama berkali-kali.

 

Abu, contoh kita tadi, tidak pernah belajar bagaimana mengurangkan perbelanjaan berbanding pendapatan… dan dia akan mengalami masalah yang sama walaupun kiranya nanti ia menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar. Manakala Minah, tidak cuba mengenali kelemahan dirinya sendiri sebagai seorang wanita justeru dia sering menemui lelaki yang tidak sepatutnya dia temui.

 

Jadi langkah pertama supaya kita ‘lulus’ dalam pelajaran hidup ialah  kita perlu akur bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan ada unsur pengajaran dan didikan buat kita. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk – hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Dan setiap guru itu mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala kelihatan pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

 

Untuk itu, apabila ditimpa sesuatu musibah atau menerima sesuatu nikmat, hendaklah ditanyakan pada diri sendiri, “apakah pelajaran yang di sebalik semua ini?” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

 

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sesiapaun. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

 

Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu ‘kesempitan’ wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

 

Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik. Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Allah, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik kerana tujuanNya mendidik pun pasti baik.

 

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik ‘pelajaran-pelajaran’ yang datang  dan pergi dalam hidup kita? Tujuan utama pelajaran dalam hidup ini adalah untuk mengubah kita ke arah yang lebih. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup ini sendiri adalah satu proses perubahan yang berterusan.

 

Sudah menjadi sunatullah (peraturan Allah) yang tidak berubah dalam hidup ini adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan manusia. Kita akan kalah jika kita tidak berubah. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jika tidak, kita juga terpaksa berbuah, mengikut kawalan orang lain atau keadaan sekeliling.

 

Manusia umpama nakhoda yang belayar di lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kekadang arah pelayaran kita ke utara tetapi angin bertiup ke selatan. Kita akan tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.

 

Sebaliknya kita akan patah, jika  terus berkeras menentang tiupannya. Jadi, apakah kita menjadi ‘Pak Turut’ yang terpesong tanpa prinsip dan haluan? Atau bersikap keras, rigid dan akhirnya patah kerana kedegilan melawan gelombang?

 

Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we can’t direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia, sebagai khalifah.

 

Kita diamanahkan untuk mentadbir pendengaran, sentuhan, penglihatan, penciuman, penglihatan, fikiran, emosi, hati dan tindakan kita dalam lingkungan takdir-Nya. Oleh itu, dengan segala kuasa dan kelebihan yang ada, kita perlu berubah mengikut arah dan bentuk yang kita pilih dengan izin Allah jua.

 

Malangnya, ramai manusia yang tidak suka berubah. Ada kita bersikap ‘selamba’ dan ‘relaks’ dengan apa sahaja yang berlaku termasuk perubahan yang berlaku pada diri dan sekeliling mereka. Mengapa? Sebab perubahan ertinya hijrah atau berpindah. Setiap hijrah dan berpindah itu menagih kesusahan. Maksudnya, orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan zon keselesaan (comfort zone) untuk menuju zon cabaran (courage zone).

 

Misalnya, anak kecil yang hendak berpindah dari tahap merangkak ke tahap berjalan, tentu terpaksa bertatih-tatih, jatuh bangun, jatuh dan terpaksa mengalami calar-calar dan sebagainya. Namun segala-galanya terpaksa dihadapi demi membolehkan dia berjalan. Apa akan jadi kalau ada anak kecil yang terus selesa merangkak dan tidak mahu belajar berjalan kerana takut cabaran? Tentulah tidak ada perkembangan dalam hidup. Maka begitulah para kita, dengan ujian mereka dituntut supaya berubah, jika tidak mereka tidak akan mencapai tahap kematangan untuk berjaya dalam hidup!

 

Rengkasnya, pelajaran dalam hidup datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna kita gagal dalam peperikasaan di universiti kehidupan kita. Apa yang menghalang kita berubah?

 

Salah satunya ialah keinginan untuk melihat orang lain, keadaan atau peristiwa di luar diri kita terlebih dahulu berubah. “Aku boleh jadi baik, jika guru dan ibu-bapaku melayanku dengan baik,” begitu selalu yang kita dengar. “Kedudukan kewanganku boleh stabil, jika pendapatanku bertambah,” kata sesetengah yang lain. “Jikalau aku mengenali seorang lelaki yang beriman, aku akan menjadi isteri yang solehah.” “Kalau motorku dari jenis yang mahal, tentu aku tidak terlibat dengan accident lagi!”

 

Begitulah suara-suara kelohan dan harapan yang selalu diluahkan oleh hati kita. Semuanya, mengharapkan keadaan, individu lain dan peristiwa berubah – barulah kita mahu dan mampu berubah. Sedangkan hukum perubahan tidaklah begitu. Kita mesti berubah dulu, barulah keadaan, peristiwa dan individu lain berubah akibat perubahan kita.

 

Guru dan ibu-bapa akan melayan kita dengan baik, jika kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Anda berjimat cermat dahulu, barulah kedudukan kewangan anda akan stabil. Anda jadi wanita solehah dahulu, barulah akan ada lelaki beriman yang akan melamar anda. Dan anda perlu baiki dan memandu motor ‘buruk’ anda dengan baik barulah anda tidak terlibat dengan ‘accident’ dan akhirnya layak untuk mendapat motor baru yang mahal harganya!

 

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk… itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

 

Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).

 

Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

 

Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri… aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku.  Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.

 

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.

 

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

 

p/s Nota Hati:

 

Sahabat-sahabat ku, maafkan kerana kekadang malah sering, aku gagal mengemudi arus perubahan dalam kehidupan ku. Bertugas di dua tempat dan dalam dua bidang berbeza ada kalanya sangat menguji aku. Begitu juga dengan anak-anak yang sudah dewasa – persahabatan dengan mereka menyebabkan aku sering tergelincir dalam mengendalikan masa. Betapa pemikiran dan perlakuan mereka yang perlu dipantau, diperbetulkan dan diluruskan dengan berhati-hati… selalu!

Semua itu memaksa aku ‘meninggalkan’ seketika tugas ku dengan masyarakat. Ayat Quran, “selamatkanlah diri dan ahli keluarga mu daripada api neraka,” sering mengingatkan aku (dan kita semua) betapa keluarga adalah benteng terakhir untuk menghadapi arus jahiliah kali kedua ini. Aku sering mengingatkan diri sendiri, aku akan ditanya Allah tentang ‘ini’ lebih daripada tentang ‘itu’.

Juga kesihatan yang sering menguji, memaksa aku cuba bersantai-santai dengan hidup. Mengatur jadual makan dan berjalan kaki pada awal pagi seolah-olah tidak ada kerja yang menggamit dan menanti. Sering kali aku mengendurkan keghairahan menulis walaupun digoda oleh tujahan idea yang mencurah-curah, agar aku tidak lelah menatap skrin lap top berjam-jam seperti yang selalu aku lazimi sejak dulu.

Namun, membaca respons pembaca di Gentarasa.com menyebabkan aku terbangun kembali. Malah ada kalanya aku menangis. Ya Allah, begitu lemahnya aku, masih Kau izinkan beberapa kerat manusia untuk terus setia berkongsi resah, masalah dan suka duka hidup mereka dengan aku yang kerdil dan berdosa ini. Lalu genta rasa ku, terus berbisik, bangunlah… menulislah, walau terpaksa jatuh bertongkat dagu. Kata azimatnya, patah sayap terbanglah jua!

Kiranya, ada sisa ingatan dan masa, hulurkanlah doa kalian. Nafas tulisanku berada di pinggir bibir dan hati doa kalian. Aku sedang mendidik dan terus mendidik hati dan nafsu yang masih liar ini. Marilah kita lalui titian mehnah Ilahi ini… kalah tetapi tidak mengalah.

Antara aku dan kalian, ada talian yang menyambung hayat iman kita kepadaNya. Semoga gentarasa ini akan terus bergema selagi talian itu terus teguh dan kukuh disepuh doa-doa sesama kita!

 

 

 
60 Komen

Posted by di 24 Januari 2011 in Kemudi Hati, Uncategorized

 

Label: , , , , ,

60 responses to “DIDIKAN INI DEMI CINTA…

  1. zam

    24 Januari 2011 at 8:26 am

    nice write…… satu fenomena jalur susunan ayat yang mengajak manusia berfikir semula tentang masa mudanya dan peringatan yang sangat berguna untuk golongan yang di panggil ” tua’…..mudah mudahan kehidupan ini tidak di sertai arus perdana yang mengakibatkan kegelinciran pegangan agama …..

     
  2. 2t

    24 Januari 2011 at 9:23 am

    as-salam. ..

    Terima kasih atas renungan berguna di kala tercari-cari solusi..

     
  3. nezzz

    24 Januari 2011 at 10:04 am

    Assalammualaikum..Syukran ya ustaz…
    article ustaz selalu datang dikala sebagai pembangkit motivasi untuk saya.. terutamanya diakal hati dan fikiran terganggu seketika.. nota hati ustaz hampir menitiskan air mata saya..
    Saya doakan ustaz dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa diberkati Allah Swt..
    InsyaAllah..
    Dan saya megharapkan doa dari ustaz semoga kita sama2 kuat menghadapi dugaan demi dugaan dalam kehidupan seharian kita…
    Wassalam

     
  4. matadore

    24 Januari 2011 at 10:10 am

    anjakan paradigma iman dan hati diperlukan.
    syukran ustaz.

     
  5. diana

    24 Januari 2011 at 11:29 am

    aslkm…trm ksh ustz.dlm keadaan sy yg agk kusut & hmpr bputus asa akhir2 ni,alhamdulillah entri ustz mbuat ht sy kmbali kuat walau tdk spnhnya.sbg sorg yg br bgelar ibu tunggal & mmpunyai pelbagai mslh,sy mmg perlukn entri2 yg blh mmotivasikn dr agr mjadi lbh kuat & dpt mnerima ape yg tlh dtakdirkn utk sy & ank2..ttapi scara jujur,bkn mudah utk mnerima ssuatu yg pht ddlm hdp kt sbg 1 pelajaran dlm khidupn…

     
  6. perantau

    24 Januari 2011 at 11:36 am

    syukron ustaz, moga-moga diberi kekuatan untuk terus bekarya menyedarkan umat..

     
  7. SeMut'z

    24 Januari 2011 at 11:47 am

    slmz ust…

    trime kasih atas coretan ust nie…
    member kekuatan pd sy utk belajar ape yg sy x pnh cube utk blajar slme nie…
    sebak bile mengenangkan kdg² diri nie x nk cube belajar utk bangun dr ssuatu prkare yg brlaku.. tnpa sedar, sy masih di takuk yg sama…

    insyaAllah ust…
    coretan ust nie buat sy sedar utk terus mengubah diri mnjadi insan yg lebih baik dr hari² sblmny…

    doakan sy ust…

    wslm…

     
  8. nurindah

    24 Januari 2011 at 2:47 pm

    Salam ustaz Pahrol,

    Saya dan yang lain, tetap di sini.
    Terima kasih Ustaz kerana mahu berkongsi rasa hati. Bahkan terima kasih jua, utk ustaz kerana dgn tulisan dan buku ustaz, saya lebih memahami hati seorang lelaki, suami saya, ayah saya, mertua saya dan adik-adik lelaki saya…

    Moga mata jari terus menari. Moga gentarasa terus naik update di bloglist saya. Lakarkanlah dahulu di nota kecil, di mana pergi, mesti ustaz mampu menyambung idea di hadapan laptop sehingga menjadi satu lakaran yang hebat dan tidak perlu berlama-lama.

    Moga ustaz dan keluarga dalam lindungan Allah..

     
  9. kaseh

    24 Januari 2011 at 2:48 pm

    Salam Ustaz…
    Teruskanlah perjuangan ustaz dalam menyampaikan ilmu Allah swt hatta dengan sebaris ayat pedoman hidup kerana setiap perkara baik yang dikongsikan pasti ada ganjaran besar yang Allah swt akan berikan kelak. Saya percaya dengan ketentuan Allh swt dan saya yakin,hasil penulisan ustaz sedikit sebanyak mampu membangkitkan jiwa manusia untuk berubah menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam. Bagi insan yang serba kekurangan didikan agama seperti saya ini,sudah tentu mengharapkan perkongsian ilmu yang mampu mendidik jiwa sejajar dengan tuntutan agama. Teruskan usaha Ustaz….,kerana di luar sana ada insan-insan yang dahagakan pedoman hidup. Mudah2an apa yang dikongsikan mampu mengubah seseorang yang lebih baik dripada hari semalam.

     
  10. Aishah

    24 Januari 2011 at 3:25 pm

    Alhamdullillah… apa yg ustaz bentangkan adalah seperti mana yg saya rasakan & cuba sampaikan kepada keluarga & teman2 yg sering mengeluh dalam menjalani kehidupan ini. Tp amat sukar utk saya menyusun kata2 seindah yg disusun ustaz & amat senang difahami. Izinkan saya berkongsi dgn mereka artikel ustaz ini, semuga ianya dpt memberi ketenangan kpd mereka spt mana sya mendapat ketenangan & meredhai apa yg terjadi, apalagi setelah membaca artikel ustaz. Terimakasih ustaz, syukur kepada Allah kerana ustaz dijadikan perantaraan diantara saya dan Dia…. alhamdullillah!

     
  11. Astana

    24 Januari 2011 at 3:54 pm

    Salam..
    Peringatan yg sgt bagus sementara menunggu kelibat solusi yg baru.Syukur Alhamdulillah tulisan ini juga satu mehnah spya diri makin kuat utk menahan kehendak jiwa yg kdgkala tergugah bila diuji Tuhan.
    Usia yg muda bknlah masa untuk bertangguh2 bak kata ustaz..memg benar.lihatlah skrg di dada akhbar..mcm2 kes yg kejam berlaku kini..

    sama2lah kita merawat hati sebelum terlewat.
    Perubahan bukan demi org lain tp buatlah demi diri kita.

     
  12. noor murni liana mohd noor

    24 Januari 2011 at 4:30 pm

    salam..terima kasih Ustaz.artikel ini dtg tepat pd saat sy diuji dgn ujian yg sgt hebat..artikel yg bgs utk memotivasikan dri & utk menggalakkan kte sama2 berfikir..syukran

     
  13. Dyana ShaifulHaq

    24 Januari 2011 at 5:42 pm

    Semoga kita terus sihat selalu.insyaAllah.

    dan bilamana sy membaca tentang ini, benar, sy selalu lupa bahawa ujian semuanya dari Allah, dan tidak akan pernah jua Allah memberi ujian tanpa sebab.
    Mustahil Allah memberinya dengan sia-sia.
    Persahabatan dan komitmen terhadap tugas juga kadangkala menginginkan kesabaran yang tinggi, kadangkala hati selalu lalai dengan rungutan dan helahan lelah dengan tugas, walhal, semua itu kan dikira dan dihitung oleh Allah Yang Maha Teliti.
    Syukran kerana mengingatkan.
    Semoga pembacaan kali ini sedikit sebanyak membawa perubahan untuk terus menjadi orang yang bertaqwa.

     
  14. murtadha rafaai

    24 Januari 2011 at 8:27 pm

    Ya ustaz
    kami masih disini dan
    sentiasa ingin menyegar gentarasa ini

     
  15. ananabilah

    24 Januari 2011 at 10:08 pm

    salam ustaz

    terima kasih. nice thoughts and words esp on the nota hati.

    saya sedang mengalami konflik perubahan zaman muda ke tua..jiwa muda masih meronta-ronta untuk mencuba, meneroka, menjelajah pendek kata bekerja keras siang malam tapi jiwa tua mahukan satu kehidupan yang lebih tenang dan damai. ~

     
  16. raudhah ismail

    24 Januari 2011 at 10:23 pm

    sangat menghargai perkongsian ilmu ini.. terima kasih ustaz.

     
  17. peluncur islam

    24 Januari 2011 at 10:34 pm

    salam…

    teruskan ustaz…saya sentiasa menanti entry atau buku-buku terbaru ustaz…

    banyak perkara saya dapat belajar drp ustaz….

    jazakallah…

     
  18. nuur

    24 Januari 2011 at 10:44 pm

    salam ustaz,

    Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu ‘kesempitan’ wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

    ketiga2 perasaan itu memang tengah membelenggu diri di kala dan ketika ini..terima kasih atas peringatan ini..

     
  19. NurKasih

    24 Januari 2011 at 10:46 pm

    Assalamualaikum wrh wbh….moga Allah memberikan kesejahteraan dan kesihatan pd Ustaz dan keluarga…Alhamdulillah, tulisan Ustaz banyak manafaatnya…”mendidik hati membina jiwa” dalam mencari redho Allah…Jazakallaah….

     
  20. shuhada

    25 Januari 2011 at 8:45 am

    salam ustaz…mg terus menerus d beri kekuatan dalam berdakwah…sesungguhnya mata pena kadangkala lebih tajam dr tusukan pedang menghunus…mg Allah memberi kemudahan untk ustaz meneruskn perjuangn…BAARAKALLAHUFIK..=)

     
  21. syafik hamdan

    25 Januari 2011 at 10:33 am

    Salam, ustaz.
    Terima kasih & subhanallah atas tulisan ustaz.Semoga terus menulis untuk membimbing pemuda seperti saya yg berusia 22 tahun.

     
  22. intan

    25 Januari 2011 at 11:28 am

    jazakallahu khair ..

     
  23. zabaidah ibrahim

    25 Januari 2011 at 11:37 am

    Salam ustaz, terima kasih tulisan ustaz telah membantu saya membina semula keyakinan diri ini. Sekarang saya lebih yakin dan sayang pada-NYA. Alhamdulilah… ustaz teruskan menulis…….

     
  24. ain

    25 Januari 2011 at 1:57 pm

    alhamdulillah … terkesima dgn setiap bait tulisan dn sentiasa mendorong utk berfikir keatas implementasi dan hasilnya… insyaAllah …. teruskan perjuangan!

     
  25. Umatnabi

    25 Januari 2011 at 5:56 pm

    Moga Allah berkati ustaz… ameen
    Jazakallah

     
  26. Ridhwan Bin Abdullah

    25 Januari 2011 at 6:55 pm

    Salam,
    Universiti terbaik bagi kita untuk menjadi ‘ahli tetap dan berpencen’ dalam ‘Universiti Kekal Abadi’….SYURGA.

     
  27. helwa

    25 Januari 2011 at 8:33 pm

    MasyaAllah.. buat sekian kali saya terasa seolah-olah Allah berbicara dgn saya melalui tulisan2 ustaz. Alhamdulillah, terjawab resah di jiwa saya.
    Saya doakan ustaz terus dilimpahi rahmatNya dan ketenangan serta kesihatan yg baik. Saya doakan juga majalah solusi terus berkembang dan memenuhi ruang jualan di mana-mana shj. Saya sgt bersyukur dgn kelahiran solusi yg sgt relevan isinya dan isu-isu yg dikupas saban bulan. Jazakallahukhairankathira!

     
  28. SulamKaseh

    26 Januari 2011 at 10:32 am

    Semenjak mengenali Genta Rasa, banyak pengajaran dan nasihat yang dapat saya kutip dari sini.. walaupun sudah mempunyai Majalah Solusi yang turut di muatkan dengan artikel dari Genta Rasa, namun saya masih gemar untuk ‘print’ artikel ini terus dari GR, sebagai simpanan dan pembacaan saya..

    Tatlala membaca Nota hati ; tanpa disedari, air mata mengalir dan menitis di atas kertas yang sedang di baca.. terkasima dengan kata – kata yang begitu tulus dari lahir dari hati .. menyedari, ustaz juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari ujian dari Allah..

    Saya mendoakan semoga Allah kuatkan semangat ustaz agar dapat meneruskan perjuangan yang murni ini.. dan dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah.. Ameen.

     
  29. aisyah

    26 Januari 2011 at 8:32 pm

    MasyaAllah..bagus sekali penulisannya.

     
  30. noorhayati

    27 Januari 2011 at 9:18 am

    Salam, ustaz..

    Tulisan ustaz amat menyentuh hati saya, setiap baris ayat memberi inspirasi kepada saya agar terus berusaha merawat hati ini..
    Saya doakan semoga kehidupan ustaz dan keluarga diberkati ALLAH.. Ameen

     
  31. siti nuranie

    27 Januari 2011 at 9:47 am

    Salam, ustaz..

    Entri yg sngat mnarik & mmberikan motivasi…izinkan sy kongsi ya..syukran

     
  32. Habib Ahmad

    27 Januari 2011 at 5:09 pm

    MAJLIS-MAJLIS ILMU 28-30 JANUARY 2010

    28hb JAN 2011 – PENGAJIAN HABIB ALI, SURAU AL HIDAYAH, KERAMAT AU3 JAM 915PM

    29hb JAN 2011 – USTAZ AZHAR IDRUS, CERAMAH PERDANA DI MASJID AR RIDUAN HULU KELANG LEPAS MAHGRIB.

    30hb JAN 2011 MAJLIS MAWLID DI MASJID KOLEH ISLAM MALAYA, PUSAT ASASI UIAM PJ

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :

    http://www.facebook.com/home.php#!/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

     
  33. ainhany

    27 Januari 2011 at 6:15 pm

    salam ustaz,

    subhanallah tinta ini adalah kita yang hidup. Tempuh masa perjalanan atas nama sebuah bernama kehidupan..terima kasih ustaz mengajar saya menghargai guru2 kehidupan di universiti ini…tiada taranya pengajaran diperolehi dari setiap sudut ilmiahnya….a

    YA ALLAH rahmatilah ustaz dan mudah2an tinta getarasa akan terus menggigit jiwa mncintai ALLAH dan menghargai nikmatNYA..Terima Kasih ALLAH

     
  34. atiqah

    27 Januari 2011 at 6:35 pm

    salam..
    moga kesihatan dlm keimanan buat ustz, dpt meneruskn dakwah melalui pena genta-rasa.

    kekecewaan tu mehnah, kdg igt kdg alpa..
    tawakal tak kuat.. masih belajar.
    mencari mn khilaf diri…
    wslm…

     
  35. aziza

    28 Januari 2011 at 5:16 pm

    salam ustaz.. bila saya terjumpa sahabat yang mengadu rasa duka.. satu nasihat & cadangan saya kepada mereka.. bukalah & carilah blog ustaz pahrol..GENTA RASA.. disitu banyak cetusan menenang hati & meneguh jiwa.. ya benar.. inilah sahabat setia saya sejak hati dilukai.. inilah penawar duka saya hingga kini..
    Ya Allah Yang Maha Agung.. berikan kesihatan dan kekuatan yang baik kepada hamba Mu Ustaz Pahrol ini untuk terus menulis kata2 semangat yang bernas & benar2 menguatkan jiwa yang kian lemah dek harapan yang tidak kesampaian kerana lemahnya iman yang gagal di gilap hari demi hari dibiarkan malap..

    Ustaz, semoga ustaz terus kuat dan bersemanga meneruskan perjuangan memulihkan hati-hati yang hilang seri ini… amin.

     
  36. Lina

    29 Januari 2011 at 8:02 am

    salam ustaz, tersentuh hati sy membaca nota hati ustaz. Ya Allah, Ya Wasi’ berilah kelapangan dan keberkatan masa kepada ustaz Pahrol untuk terus menulis. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim berilah kesihatan yg baik kepada ustaz.. Moga Ustaz dan para pembaca blog ni dirahmati Allah dan sabar mengharungi ujian kehidupan dgn ketakwaan dan diberi ganjaran pahala tanpa batas spt yg Allah janjikan. AMIN

     
  37. Zana

    29 Januari 2011 at 11:22 am

    Assalamualaikum ustaz. Saya sangat setuju dgn komen saudari aziza. Saya juga selalu cadangkan blog ustaz pada sesiapa saja, termasuk juga mengenalkan mereka pada majalah Solusi. Sesungguhnya tulisan-tulsan ustaz begitu dekat & sampai ke hati kami. Saya yakin ustaz tidak keberatan membenarkan saya berkongsi artikel2 yang menarik dgn sahabat-sahabat saya bukan? Saya berdoa ustaz akan terus diberikan kesihatan yang baik & kelapangan masa dalam meneruskan usaha ustaz untuk mengajak manusia pada kebaikan. Amin.

     
  38. Aisyah

    30 Januari 2011 at 1:20 am

    assalamualaikum ustaz..

    moga ustaz sekeluarga sehat dan sentiasa diberkati Allah.
    Terima kasih utk ustaz krn tulisan2 ustaz sedikit sebanyak memberi santapan kepada jiwa muda sy..

    Teruskan menulis, ustaz..Semangat!.. Tulisan2 ustaz dapat mendidik jiwa2 muda spt sy dan lain2..

    Thank you so much=)

     
  39. klcitizen

    30 Januari 2011 at 10:49 am

    assalammualaikum ustaz

    moga Allah kurniakan kesihatan baik berterusan buat ustaz skluarga.

    terima kasih atas artikel ini… mengetuk hati dan fikir saya bertalu2

     
  40. Habib Ahmad

    30 Januari 2011 at 3:10 pm

    Majlis Maulid Tahunan Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya

    Masa
    30hb Januari · 7.00 ptg – 10.00 ptg
    Lokasi CFS / Matrik UIAM / Masjid Kolej Islam Malaya
    Bersebelahan Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya
    Majlis Maulid UIA Petaling Jaya

    – Solat Maghrib berjemaah
    – Bacaan Maulid Ad-Dhiyaul Lami’
    – Qasidah
    – Ceramah J
    Jamuan
    – Bersurai

    ~ jemput datang beramai ramai~

    http://www.facebook.com/event.php?eid=119955871411649#!/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

     
  41. gentarasa

    30 Januari 2011 at 8:20 pm

    Salam,
    Saudaraku, Inilah hasdiah terbaik yang telah Allah berikan pada saya saat ini… doa saudara. Semoga Allah limpahi keberkatan dan ketakwaan buat saudara/i juga.

     
  42. gentarasa

    30 Januari 2011 at 8:20 pm

    Salam,
    Saudaraku, Inilah hasdiah terbaik yang telah Allah berikan pada saya saat ini… doa saudara. Semoga Allah limpahi keberkatan dan ketakwaan buat saudara/i juga. Amin.

     
  43. gentarasa

    30 Januari 2011 at 8:22 pm

    Salam,
    Ya… silakan, Mudah-mudahan ada kebaikan untuk kita semua.

     
  44. ali

    31 Januari 2011 at 12:56 am

    tersangat bauk artikel ini,,,,,,minta d copy…

     
  45. norhayati

    2 Februari 2011 at 9:37 am

    Assalamualaikum,

    Tulisan ustaz sering memujuk dan menguatkan hati saya di kala hampir perputus asa mengelola hati yang liar ini…

    Terima kasih..teruskan menulis..insyALLAH.

     
  46. Adilla Harun

    2 Februari 2011 at 1:53 pm

    Salam!

    Masyaallah! Membaca entri Ustaz yang di atas seolah-olah ringkasan pada nama sebuah kehidupan. Dapat saya muatkan diri saya ke dalamnya. Ibarat mengisi ‘puzzle’. Saya suka membaca tulisan Ustaz kerana merasa ada keserasian dan menerbitkan pemahaman menerusi huraian-huraian Ustaz. Ternyata perkongsian Ustaz untuk kami dicerna cukup baik dan saya berdoa dapat mudah menghadamnya. Dalam umur menjangkau 40an ini dan tidak mungkin menerima nasihat dari seorang ayah, tulisan Usataz ini rasanya mampu menginspirasi dan memberi panduan.

    Membaca Nota Hati Ustaz, menyentuh perasaan juga. Ia menyedarkan saya bahawa manusia ini menempuh yang lebih kurang sama sahaja dalam kehidupan. Saya mendoakan semoga Ustaz diberi kesihatan yang baik. Semoga Ustaz dan keluarga dihujani rahmat dari Allah dan sentosa melayari kehidupan…..Amiiin.

    Wassalam

     
  47. pza

    7 Februari 2011 at 7:06 pm

    salam…
    ust teruskan menulis… kami dahagakan pengisian… walaupun sekadar silent reader, kami tetap menyokong dan mendoakan moga ust istiqomah dalam penulisan ini…
    kami tetap perlukan idea2 baru dari pendakwah yang bahasanya kontemporori mcm ust..

     
  48. taqwa79

    8 Februari 2011 at 10:31 pm

    assalamualaikum, ustaz pahrol.

    membaca hasil tulisan ustaz membangkitkan lg rasa keinsafan dlm diri. alhamdulillah, dgn izinNya jua.

    saya harap sgt saya dpt belajar dan merungkai hikmah yg berlaku dlm setiap detik kehidupan ini. saya ingin jdkn hidup ini significant dan brmakna dgn mnjadikan Allah sbg tujuan utama, Rasulullah sbg rujukan dan ikutan dan islam sbg cara hidup.

    terima kasih sekali lg atas karya ust, semoga diberikan nikmat sihat dan kelapangan untuk terus menulis dan doakanlah juga kami yg ingin berhijrah dan sedang brmujahadah.

     
  49. ummu mujahid

    9 Februari 2011 at 1:10 pm

    Salam ‘alaikum…syukran ustaz, diatas ayat-ayat pembangkit jiwa-jiwa yang ingin didik, dibentuk, dipimpin menuju redhanya..terasa diri yang lemah bangkit semula..

    moga Allah permudahkan urusan ustaz sekeluarga dan setiap hamba Ilahi yang menjalani pelajaran kehidupan yang kadang-kadang diri diuji dengan mehnah kesenangan dan juga mehnah kesusahan..

    jazakumullah khairan..=)

     
  50. amir

    10 Februari 2011 at 5:07 pm

    Assalamualaikum ustaz
    Minta izin utk di share di blog sy..

     
  51. hafiz

    17 Februari 2011 at 11:08 am

    Dalam menempuh dugaan hidup..dilambung badai, di hempas punah.. Kita terdesak untuk berubah. Kalau membiar diri di takuk lama, apalah erti akal dan minda.

    Namun perubahan pada konsep memang enak dan lunak di bicara. Tetapi melaksana untuk benar-benar keluar terdidik dengan mehnah Allah tidak semudah disangka.

    Alhamdulilah.. segala bahan tulisan ustaz menjadi penyuluh untuk saya keluar dari gelap kekalutan perasaan.
    Tiada lah daya upaya kita,kecuali dengan izin Allah jua.
    Saya mendoakan ustaz sekeluarga sentiasa sejahtera aman bahagia dunia akhirat.. InshaAllah

     
  52. aini

    17 Februari 2011 at 1:45 pm

    syukran ustaz..
    karya ustaz byk menyentuh tentang kehidupan saya.mengubah pemikiran saya untuk manusia yang lebih baik.tersentuh dengan nota hati ustaz..jzklh

     
  53. gentarasa

    17 Februari 2011 at 3:05 pm

    Salam aini,
    Syukran atas perkongsian dalam Nota Hati Seorang Lelaki.

     
  54. Nor Aznita

    25 Februari 2011 at 9:09 am

    Yg Berbahagia Ustaz Pahrol,
    Sy yakin kekuatan, ketulusan, kecemerlangan dan kebernasan idea ustaz adalah hadiah drpd ALLAH, hasil drpd prbuatan ustaz mntaati n berbuat ihsan kpd ibubapa ustaz sndiri… mana mgkn orang sehebat ustaz blh brkarya begini rupa jika tdk kerana ustaz memiliki “title” anak soleh…BERBAHAGIALAH!!!

     
  55. ahmad

    26 Februari 2011 at 12:08 pm

    as salam ustaz…

    karya yg menarik… banyak memberi kesedaran pd ana. terketuk hati bila membacanye…

     
  56. wann

    1 April 2011 at 4:37 pm

    salam ustaz..
    Subhanallah…begitu baik sekali ustaz persembahkan..amat berhikmah …tahniah ustaz…inila yg saya harapkan sepanjag hdup ini…sekaligus ianya dpt menyedarkan sy dari terlena memahami erti sebuah kehidupan,,terima kasih ustaz.

     
  57. anuar

    7 April 2011 at 10:04 am

    penulisan yang menjentik lamunan….

    syukran jazilan ya ustaz….

     
  58. Farah Zaidi

    28 Julai 2011 at 8:38 am

    syukran ustaz,
    karya ustaz banyak menyedarkan saya dan turut memberikan saya kekuatan dan semangat untuk meneruskan hidup yang penuh dgn cabaran.

     
  59. Ana

    18 Oktober 2011 at 3:14 pm

    terima kasih ustaz..benar kata ustaz, kita lah yang perlu berubah jika mahu orang lain berubah. Masa lalu adalah sesuatu yang amat jauh, tidak mungkin dapat dikejar lagi. Tinggalkan segala yang telah berlaku, dan hiduplah pada hari dan saat ini. esok belum tentu milik kita..terima kasih ustaz atas peringatan..

     
  60. HasimahHashim

    11 Jun 2013 at 3:29 pm

    Salam ustaz. Minta disalin untuk dishare dengan anak2. terima kasih. didoakan ustaz dan keluarga dalam keadaan sihat walafiat.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,197 other followers

%d bloggers like this: