RSS

DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA

20 Feb

Walau semudah mana sekalipun falsafah dan kerangka pemikirannya, tetapi apabila sifat takbur dan kepentingan diri serta puak berleluasa, seseorang tidak akan nampak jua kebenaran.

Inilah yang cuba saya peringatkan pada diri dan semua ketika dihadapkan persoalan – Dilema Melayu.

Saya sedar, pemikiran saya dalam buku Dilema Melayu: Kurang Fikir atau Kurang Zikir, tidak mendapat sambutan yang baik sepertimana input-input saya dalam buku Tentang Cinta, Nota Hati, Di Mana DIA di hatiku dan Mukmin Profesional (hanya buku itu yang tidak diulang cetak lebih  daripada sekali), tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengutarakan ‘pandangan-pandangan di luar kotak’ demi menyumbang sesuatu kepada masyarakat Melayu-Islam kita.

Saya berdoa semoga akan ada nanti pandangan yang membetulkan, melengkapkan atau memperincikan input yang saya tulis itu. Ketika bergaul dan melihat masyarakat – dari Kelantan, ke Selangor dan Kuala Lumpur – saya merumuskan, siapapun inginkan kebaikan, tetapi tidak semua inginkan kebenaran. Semua bencikan kejahatan, tetapi tidak semua bencikan kebatilan.

Kebenaran itu hanya pada Allah dan diletakkan-Nya pada Islam. Menerima Islam (kebenaran), menjemput datangnya kebaikan dan mengusir segala kejahatan. Malangnya, selimut kepentingan diri dan egoa kerap menutup pintu hati kita daripada menerima Islam secara total .

Sikap ‘separuh-separuh’ inilah musuh yang dihadapi oleh para Rasul. Sikap separuh-separuh dalam akidah inilah yang dinamakan syirik! Kita menerima Allah sebagai Pencipta, tetapi tidak menyerah seluruh pengabadikan kepada undang-undang dan peraturan-Nya.

Dan kemudian ia merebak kepada soal syariat dan akhlak. Akhlak kita hanya berfokuskan ‘kebaikan’ bukan kepada kebenaran. Syariat kita caca marba – yang ‘sesuai’ dan bermanfaat material kita ikuti, yang mana terasa mengikat dan menekan nafsu, kita katakan, “tunggu atau nanti dulu!”

Menerusi blog ini selalu saya sentuhkan persoalan cinta dan keluarga… kerana di sana NUKLEAS segalanya. Namun, sekali-sekala saya tidak dapat menahan diri daripada menyentuh soal masyarakat dan negara.

Saya bimbang, persoalan yang mudah dan jelas, seolah-olah sengaja dikusutkan hanya kerana adanya kepentingan diri dan puak – bukan oleh kepentingan agama, bangsa dan negara. Apakah ada dilema antara agama dan bangsa, Islam dan Melayu? Atau dilema itu hanyalah timbul kerana kejahilan dan kedegilan kita? Sama-samalah kita fikirkan. Namun bagi saya… jika Islam didaulatkan, insya-Allah Melayu akan dimartabatkan. Ikutilah tulisan ini sekadarnya…

DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA

Kepentingan agama perlu didahulukan-kepentingan bangsa dan bahasa akan menyusul dengan sendirinya.Dimana kekuatan agama, bangsa dan bahasa? Adakah ketiga-tiganya satu atau terpisah? Jika persoalan ini dapat diselesaikan, maka perjuangan menegakkan islam, kepentingan Melayu dan bahasa, akan lebih jelas. Dan tentunya ini akan dapat mengurangkan konflik atau dilema yang kerap berlaku dalam usaha mendaulatkan agama, memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa.

 

Islam adalah pegangan hidup yang tertinggi mengatasai sebarang agama dan ideologi. Allah SWT berfirman:

“Dan Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa agama (sisitem hidup) yang sebenarnya untuk dimenangkan di atas segala bentuk agam (sistem hidup) selainnya, walaupun orang-orang yang syirik tidak menyukainya.” (As Saff: 9)

Ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah SAW:

“Islam adalah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” (Riwayat Baihaqi dan Darul Quthni)

 

Dengan itu, mana-mana bangsa atau golongan yang benar-benar menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, layak untk memperolehi ketinggian darjat selaras dengan ketinggian Islam. Allah SWT telah menegaskan hal ini melalui firmanNya:

“Jangan kamu berasa takut, jang kamu merasa gentar, engkaulah ummah yang tertinggi dan mulia jika kamu beriman.” (Ali Imraan: 139)

Tegasnya, bangsa yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup akan menjadi bangsa yang mulia. Mereka menjadi kuat kerana dengan Islam, mereka akan mendapat taqwa – satu kekuatan yang akan memuliakan manusia, tidak kira apa bangsa atau warna kulit sekalipun.

 

Bila satu-satu bangsa bertaqwa, maka Allah akan menjadi pembela dalam setiap usaha dan perjuangan mereka. Firman Allah:

“Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 190)

Justeru itu tidak hairanlah, mana sahaja bangsa yang bertaqwa, Allah akan menjadikan mereka penguasa dunia. Firman-Nya:

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman di kalangan kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikanNya khalifah yang berkuasa orang-orang sebelum mereka.” (An Nur: 55)

 

Sejarah telah membuktikan hakikat ini bangsa Arab yang sebelumnya terkenal jahil, telah bertukar menjadi bangsa yang kuat dan mulia setelah menerima Islam. Dalam jangka masa yang tidak sampai 30 tahun selepas ke-Islamannya, umat Arab telah menjadi empayar dunia. ini telah diakui oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a dengan katanya:

“Kami bangsa Arab kuat dan berkuasa kerana Islam semata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan terhina.”

 

Ketetapan Allah ini tidak hnaya kepada bangsa Arab, malah, Turki, Mongol, Kurdi, Tartar dan lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan masing-masing dengan Islam. Inilah rahsia kekuatan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa di kalangan bangsa-bangsa itu, seperti Nabi Muhammad  dari kalnagn bangsa Arab, Muhammad Al Fateh dari bangsa Turki, Salahuddin Al Ayubi dari bangsa Kurdi dan Timurlame dari bangsa Tartar. Dengan mendaulatkan Islam, mereka menjadi bangsa yang kuat dan mulia.

 

Bangsa Melayu juga tidak terkecuali daripada ketetapan Allah ini. walaupun bangsa Melayu belum pernah menjadi empayar bertaraf dunia, tetapi Islam telah etrbuktu memuliakan bangsa ini sejak kedatangannya ke NUsantara pada kurun ke-9 Masihi. Setelah menerima Islam, bansa Melayu telah mengalami revolusi dalaman yang merubah mereka menjadi mulia dan bertamadun. Islam telah membebaskan bangsa Melayu daripada kongkongan sistem kasta ajaran Hindu dan feudal,belenggu dongeng keprcayaan animisme, tahyul paganisme, lagenda dan mitos sihir.

 

Dengan kedatangan Islam, barulah bangsa Melayu dapat menikmati kemerdekaan jiwa dan fikiran berteraskan iman dan ilmu. Lalu dalam masa yang singkat sahaja, bangunlah mereka dengan kekuatan barunya itu, dengan tertegaklah beberapa kerajaan Melayu Islam berpengaruh di Asia Tenggara. Contohnya, kerajan Sriwijaya Islam (dalam bahasa Arabnya Sribudza Islam) yang berhubung rapat degan kerajaan Islam Bani Umayyah di Damsyik, kerajaan Melayu Melaka yang menjalin hubungan dengan Laksamana Cheng Ho (Haji Syed Ho) di China, kerajaan Acheh yang rapat dengan kerajaan Turki Usmaniahdan lain-lain. Kerajaan Melayu Islam ketika itu sentiasa dinaungi oleh empayar-empayar Islam yang lebih gagah didunia Islam yang lain.

 

Dengan Islamnya bangsa Melayu, mereka menjadi kuat, dan secara automatik bahsa mereka turut berpengaruh. Penerimaan Islam oleh bangsa Melayu telah menyebabkan bahasa Melayu mengalami proses Islamisasi. Dengan masuknya perbendaharaan ‘bahasa Islam’ kedalam bahasa Melayu, bererti satu kekuatan baru telah disuntik pada jiwa bangsa itu melalui bahasanya. ‘Bahasa Islam’ seperti ilmu, muafakat, alim, ulama dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan betapa teras hidup bangsa Melayu telah diperteguh sejak Islam.

 

Dengan itu, dominasi bahasa Sanskrit yang berhubung rapat dengan agama Hindu-Buddha telah digantikan oleh ‘bahasa Islam’. Bahasa Melayu sudah di-Islamisasikan. ‘Roh’ baru ini sangat rapat hubungannya dengan bahsa Arab dan ajaran Islam. Ini juga merupakan akibat langsung daripada penghapusan adat-istiadat warisan Hindu yang telah digantikan dengan syariat Islam dalam kehidupan bangsa Melayu.

 

Bahasa adalah jiwa bangsa. Bangsa Melayu dengan penerimaan iman, maka bahasanya juga kian berpengaruh. Inilah rahsia bagaimana bahasa Melayu mampu bertapak kukuh di kalangan etnik Melanesia – nama antropologi bangsa yang tinggal di Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Singapura, Burma, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Madagascar.

Akhirnya bahasa Melayu berjaya diangkat sebagai ‘bahasa Islam’ di gugusan Kepulauan Melayu. Para Mubaligh telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dakwah Islamiyah. Para ulam menggunakannya sebagai bahsa persuratan untuk menterjemahkan kitab-kitab Arab mahupun menghasilkan karya-karya mereka sendiri. Para pedagang menggunakannya dalam urusan ekonomi. Pihak pemerintah, Islam atau bukan Islam, menggunakannya dalam hubungan diplomatik. Pakar hukum menggunakannya dalam menggubal undang-undang.

 

Oleh itu, apabila Islam berdaulat di seluruh Nusantara, maka bahsa Melayu secara automatik diterima sebagai bahasa rasminya. Faktor inilah yang menyebabkan pemuda-pemudi Indonesia mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa bagi bangsa Indonesia pada tahun 1928, walaupun ada bahasa lain, misalnya Jawa, yang kuat juga pengaruhnya. Bahsa Melayu tetap dipilih disebabkan seluruh Nusantara  di-Islamkan dengan perantaraan ‘bahasa Islam’ itu.

 

Terbuktilah bahawa hasil perjuangan mendaulatkan Islam, bahasa Melayu telah mencapai martabatnya secara automatik. Bila kepentinagn agam didahulukan, kepentingan bahasa dan bangsa akan menyusul dengan sendirinya. Hasil pendaulatan Islam dari hujung Marauke di Timur Indonesia sehinggalah Pattani di selatan Thailand, hingga hari ini bahasa Melayu  menjadi bahasa pertuturan lebih dari 200 juta manusia,

 

Bangsa dan bahasa Melayu sangat identikal degan Islam sehingga ada anggapan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam walaupun hakikatnya kenyataan itu tidak tepat.

Sungguhpun begitu, dalam mentakrifkan siapakah sebenarnya bangsa Melayu itu, ada pendapat di kalangan intelek yang mentakrifkan Melayu adalah: Bangsa yang memiliki satu agama (Islam) dan satu bahasa (Melayu), bukan lagi ditentukan dengan sempadan geografi. Menurut mereka, Al Quran sendiri mengakui kewujudan umat Arab, bukan kerana mereka tinggal di dunia Arab tetapi kerana mereka berbahasa Arab. Pepatah Arab ada menyatakan:

“Barangsiapa yang bercakap Arab, maka dia adalah umat Arab.”

 

Seperkara lagi, kedatangan Islam ke Alam Melayu juga membawa bersamanya Al Quran yang wajib dibaca dan difahami oleh umatnya. Dalam proses mempelajari AlQuran inilah bangsa Melayu dapat mengubahsuaikan huruf-huruf Arab untuk digunakan dalam menulis perkataan Melayu. Huruf-hurf inilah yang telah melahirkan tulisan jawi. Dengan adanya tulisan jawi, penggunaan bahasa Melayu semakin meluas dalan bidang pendidikan, ekonomi, perundangan, pehubungan antarabangsa dan kesusasteraan.

 

Malangnya ‘perjalanan’ bangsa dan bahasa Meayu menuju kemuncak kegemilangannya dengan Islam itu telah tersekat dengan kedatangan penjajah mulai abad ke-16. sasaran Imperialis Barat – Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol – ialah memecah-belahkan kesatuan Melayu yang satu agama dan satu bahasa ini. oleh kerana kekuatan Islam masih muda, ditambah pula dengan krisis dalaman oleh perebutan kuasa dan harta di kalangan umat Melayu waktu itu, maka Barat telah berjaya melumpuhkan bangsa Melayu dengan kekuatan quwwah (lahiriah).

Dengan kekuatan tentera atau tipu daya diplomatik melalui konsep ‘divide and rule’nya. Barat memisahkan bangsa Melayu disebelah Selatan (Indonesia) dari rumpun Melayu lain dan diserahkan kepada Belanda. Melaka diserahkan kepada Portugis, Filipina kepada Sepanyol dan selebihnya kepada Inggeris.

 

Sama seperti taktik yang dijalankan di negara-negara Arab, Barat mula meniupkan fahaman asabiah supaya kesatuan umat atas dasar seagama dan sebahasa musnah. Semangat asabiah telah mengikis kesatuan jiwa dan fikiran bangsa yang besar oleh satu bahasa dan agama, melalui sempadan geografi yang terbatas.  Inilah yang melemahkan kerajaan-kerajaan kecil Islam di zaman Pertengahan, hingga mereka tidak seia-sekata lagi dalam menghadapi penjajah.

 

Dalam usaha menawan semula Melaka dari Portugis misalnya, kerajaan Melayu Acheh dan Johor tidak sepakat bahkan kadang-kala berperang pula sesama sendiri. Inilah yang mewujudkan perang tiga segi Porugis-Johor-Acheh, yang amat pelik itu. Dengan ini kesatuan bangsa Melayu yang dahulunya kuat semakin lemah bersama lunturnya perjuangan mendaulatkan agama.

 

Salah satu strategi Barat untuk melemahkan Melayu ialah memisahkan mereka daripada Islam dengan mencabut ‘roh’ Islam pada bahasa Melayu. Barat berusaha menjatuhkan bahasa daripada agama. Khazanah-khazanah para ulama Melayu berupa kitab-kitab dan manuskrip ilmu dan bukti-bukti keagungan Islam yang pernah terbina di Nusantara dimusnahkan atau ‘dilarikan’ ke negara-negara mereka.

 

Barat adalah bangsa yang bijak. Tindakan mereka tidaklah seperti bangsa Mongol yang buta huruf ketika membakar jutaan kitab ketika menjarah baghdad. Namun kejahatan atas nama kebijaksanaan, tidak kurang buruknya. Maksud Barat dan Mongol sama sahaja yakni untuk memutuskan keterikatan generasi terdahulu supaya umat Islam yang dijajah hilang jatidiri lalu secara psikologi merasa inferiority complex sebagai satu bangsa kecil yang tidak beridentiti lagi.

 

Kini setelah puluhan tahun merdeka, segalanya telah mula berubah., setelah mencapai kestabilan politik, kepesatan ekonomi, pembangunan yang memberangsangkan, dan yang lebih penting kesedaran Islam yang tinggi, bangsa Melayu mula mencari kekuatan mereka semula.

 

Arus kesedaran Islam yang mula melanda Nusantara pada abad ke-9 Masihi telah melanda lagi pada akhir dekad 60-an hingga 80-an. Kali ini bukan untuk meng-Islamkan, tetapi memurnikan lagi Islam yang sedia ada.

 

Arus kesedaran gelombang kedua ini melanda golongan bawahan. Pada tahun 90-an, arus kesedaran gelombang ketiga mula melanda. Kali ini lebih berpotensi kerana ia melibatkan golongan korporat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik. Hal ini tidak sahaja berlaku di Malaysia dan Indonesia, malah turut berlaku di negara-negara ASEAN yang lain.

Pada ketika inilah sejarah pendaulatan gama seligus memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa berulang lagi. Perjalanan yang disekat oleh penjajah dahulu kini bersambung semula. Dunia telah mengakui bahwa bangsa Melayulah yang paling keterhadapan dalam usaha mendaulatkan Islam disamping dalam pencapaian ekonomi.

 

Malaysia misalnya, telah diakui sebagai negara contoh dalam hal ini. dunia kagum dengan peningkatan amalan-amalan Islam rakyat Malaysia yang terjadi begitu harmoni dalam sebuah masyarakat majmuk.

 

Kerajaan Malaysia dan juga negara-negara Nusantara yang lain adalah kejayaan bangsa Melayu. Ini tentunya merangsang bahkan ‘memaksa’ dunia antarabangsa mendekati bangsa Melayu secara lebih terperinci. Pemikiranb dan minda Melayu semakin tinggi nilainya. Dah tentunya salah satu aspek yang tidak boleh disishkan selain agama ialah bahasa, kerana bahasa adalah pakaian bagi pemikiran.

 

Pemikiran, wawasan dan perancangan para ilmuwan, pemimpin dan aktivis Melayu kini mula terserlah detelah terpendam puluhan tahun angkara penjajahan. Sarjana-sarjana luar negara pasti menanti-nanti untuk mendalami pemikiran ini yang tentunya secara first hand diluahkan dalam bahasa Melayu.

 

Hasrat untuk mengetahui ucapan dan tulisan bangsa Melayu boleh dibuat dengan cara penterjemahan, tetapi untuk menjiwai pemikiran Melayu tentulah dengan mempelajari bahasa Melayu itu sendiri. Sungguhpun begitu, usaha penterjemahan tulisan dan ucapan itu juga akan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

 

Tidak hairan di tengah keghairahan membesarkan lagi keluarga ASEAN dengan memasukkan sekali Vietnam dan Myanmar, bahasa Melayu akan diterima sebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di Kuala Lumpur baru-baru ini. jalan ke arah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa teknologi, bahasa diplomatik sudah direntang.

 

Malah, tidak mustahil mungkin juga jalan-jalan ke arah menjadikan Melayu ‘bahasa Islam’ di Nusantara sepertimana yang berlaku dalam sejarahnya. Apakah ini kaedah bahasa Melayu mencapai tahap globalisasi selaras dengan pandangan para intelek seperti Malek Ben Nabi, Alvin Toffler dan Prof. Fazlur Rahman tentang dominasi Islam Alam Melayu pada masa akan datang?

 

Jika track record berdasarkan sejarah bangsa-bangsa yang pernah menjadi empayar diambil kira, hal ini boleh dicapai dengan syarat 200 juta bangsa Melayu benar-benar serius dalam mendaulatkan agama. Dengan Islam menjadi matlamat, bangsa dan bahasa menjadi alat, maka Allah akan diagungkan dengan sifat taqwa.

 

Bila bertaqwa, bangsa yang kecil sekalipun, akan besar kerana membesarkan Allah. Betapalah bengsa Melayu, bangsa yang memang besar…

 
21 Komen

Posted by di 20 Februari 2011 in Politik / Siasah

 

Label: , , , , , ,

21 responses to “DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA

  1. kesidang

    20 Februari 2011 at 8:28 pm

    salam
    Melayu itu bangsa
    Islam itu agama
    Agama didahulukan bangsa diutamakan
    tapi bagaimana hendak mencapai itu semua
    jika terlalu banyak perpecahan sesama sendiri dewasa ini
    pabila orang dewasa berbalah setiap masa
    adakah mereka sudah cukup dewasa????

     
  2. shar5100

    22 Februari 2011 at 3:03 pm

    Salam….

    Ustaz,

    Saya setuju. Itulah punca masalahnya-Kita ambil Islam separuh-separuh bukan sepenuhnya. Ambil yang’berkenan di hati. Kerana itu setakat ini pencapaian umat Islam ‘takpergi jauh’.

    Tidak sehebat pemerintah zaman pemerintahan Salahuddin Al- Ayubi & Muhammad Al-FAteh yang disegani kawan & digeruni lawan.

    Secara peribadi kejayaan umat Islam hari ini saya syukuri tetapi terlalu banyak yang perlu diperbaiki.

    Jika hari ini dalam keluarga ini ramai yang berjaya kerana harta dan pelajaran tinggi, Tetapi ikatan keluarga besar tidak seakrab dulu, adab dipandang sepi dan terlalu sibuk mencari harta dunia, itukah yang disebut sebuah kejayaan ?

    Wallahua’lam

     
  3. shar5100

    22 Februari 2011 at 3:30 pm

    Ustaz,

    Saya juga sedih dengan perkembangan ‘amal Islam separuh-separuh’ semanjak dua menjak ini.

    Izinkan saya berkongsi pengalaman ini. Syukur saya dibesarkan dalam keluarga ibu yang mengambil berat tentang agama.

    Tetapi saya sedar bahawa saya adalah generasi yang lahir dalam suasana Islam yang perlu disampaikan dengan ‘hikmah’ dan bukannya paksaan dan ketakutan kerana itulah Islam yang sebenarnya. Ada perkara pokok yang perlu diutamakan dan ada perkara cabang yang jangan dijadikan punca perpecahan.

    Bagi saya Islam adalah cara hidup yang merangkumi segala aspek dari sekecil perkara sehinggalah sebesar agenda.

    Baru2 ini keluarga kami sedang memilih tarikh perkahwinan. Sebelum kami menetapkan tarikh perkahwinan, kami ada merujuk kepada ahli keluarga terdekat yang selalu ke masjid & surau bersolat jamaah untuk mendengar ceramah agama.

    Terdiam saya mendengar jawapan daripada ibu apabila saudara kami menjawab “zaman sekarang orang dah tak tengok dah hari2 yang sesuai dalam Islam. Yang penting bila hari cuti.”

    Ya ALLAH, inikah jawapannya ? Mmg tergamam saya dibuatnya. Bukankah Islam itu cara hidup dan bukankah Islam cukup mementingkan sebuah perkahwinan. Saya yakin, Islam ada jawapannya. Jika untuk memilih tarikh perkahwinan tiada bulan yang tidak elok kecuali bulan yang dilarang (Ramadhan dan Zulhijjah) dan semua hari adalah elok dan hari Jumaat adalah afdhal, saya yakin pasti ada cara yang lebih berhikmah untuk menjawabnya.

    Mohon pencerahan daripada Ustaz.

    Terima kasih.

     
  4. ariffah9

    22 Februari 2011 at 8:57 pm

    Saya suka Dilema-Melayu Islam ;)

    bukan semua, berani mengatakan yang benar dan realiti.

     
  5. Adilla Harun

    23 Februari 2011 at 10:26 am

    Saya amat bersetuju dengan pandangan Ustaz. Artikel Ustaz memang lunak dibaca dan mudah difahami. Namun Ustaz, sedih sekali dengan perkembangan dunia masa kini. Perpecahan, perbalahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam menjadi perhatian dunia. Kesal sungguh. Seolah Islam itu tidak lagi menjadi tonggak kehidupan. Inikah dilema akhir zaman yang harus kita lihat dan alami. Kuasa untuk menguasai menjadi matalamat utama. Penyalangunaan kuasa dikatakan biasa. Kezaliman seolah menjadi normal. Yang tertindas lagi ditekan. Yang menindas mendapat sokongan (musuh).

    Semoga Malaysia dijauhi dari menjadi sebahagian seperti itu. Saya masih bersyukur kerana masih ramai yang ‘peka’ di negara kita ini. Semoga ‘golongan’ seperti Ustaz contohnya terus berdakwah untuk kebenaran dalam negara majmuk yang memang ada dugaan tersendiri ini.

     
  6. in

    27 Februari 2011 at 7:22 pm

    mohon share di fb ye ust….

     
  7. erdy

    2 Mac 2011 at 3:28 am

    terleka m’bce bce nye…kn bgs jika mate rkyt m’sia ni btl2 celik..

     
  8. sham

    2 Mac 2011 at 11:39 pm

    Salam ustaz,

    Saya merasa terpanggil, acap kali ustaz menulis tentang bangsa.

    Sebelum itu, izin saya menyatakan segala kebaikan itu dari Allah dan segala kelemahan itu adalah kekurangan diri saya.

    Saya berharap kita semua diberikan taufik dan hidayah dariNya.

    Dasar kebangsaan adalah bukan satu yang hakiki berbanding dasar keislaman. Dasar keIslaman juga sering dipertikaikan melalui dasar, matlamat dan kaedah pelaksanaannya. Kadang-kadang, ada yang cuba memanupulasi sesuatu atas nama Islam.

    Inikan pula atas nama kebangsaan.Iya diibaratkan racun atau virus yang kesannya akan di rasakan perlahan-lahan. Takut akan terjadi fitnah, kerana mahu mendaulat bangsa, mengizinkan sesaorang untuk berlaku zalim terhadap bangsanya dan bangsa lain. Janganlah racun yahudi ini menjadi barah kepada kita umat Islam.

    Ada yang menang bersorak tetapi kampung tergadai.Ada yang mengatakan dialah melayu dan melayu adalah dia.Atas nama melayu, banyak melayu yang menindas melayu. Kerana tidak sanggup berlaku zalim dan kejam, maka melayu yang tertindas ini dikatakan malas dan bodoh dalam merebut peluang-peluang ekonomi.Peluang yang direbut oleh yang zalim dan kejam dijual kepada bukan melayu dan orang asing atas nama kebangsaan.

    Penjajah barat menggunakan racun bangsa untuk memenakluk dunia Islam dari Cardova, Maghribi,Africa Tengah ,Turki, Kaukus, Khurasan, India dan Asia Tenggara. Atas nama bangsa, berlaku perpecahan dengan jarum-jarum penjajah barat dan yahudi.

    Selagi kita tidak berpegang kepada tali Allah yang hakiki, kita masih terpesona dengan semangat kebangsaan yang didendangkan penjajah, membuatkan kita berpecah belah dan terbelakang.

    Tidak semua orang melayu beragama Islam dan berbahasa melayu. Di Thailand, majoriti melayu di Bangkok, Phuket, Krabi dan Songkla (terdekat dengan Malaysia) keturunan melayu, Islam, berbudaya melayu tetapi hanya tahu bahasa Thai. Begitu juga melayu di Cambodia dan Vietnam.

    Melayu di filipina, di kepulauan visayas, luzon dan lain2 hanya boleh berbahasa tagalog ( dari rumpun bahasa polenesia seperti melayu) dan kebanyakannya beragama kristian kecuali di selatan Mindanao dimana majoriti beragama Islam tetapi tidak ramai boleh berbahasa Melayu.

    Semoga kita dijauhi dari fitnah dunia dan akhirat. Saya memohon maaf jika terkasar bahasa dan menyinggung perasaan ustaz.

    Wallahualam.

     
  9. Nawfal

    6 Mac 2011 at 1:44 am

    “melayu sepakat islam berdaulat”

    ISMA tampil dengan satu agenda untuk menyepakatkan kaum melayu. kerja kita kurang tumpu kerana melayu tiada satu agenda. faham dan ambil agenda ni . kerja sama-sama

    http://www.ismaweb.net/v4/

     
  10. Firdhaus Pazil

    14 Mac 2011 at 10:08 pm

    Rasanya apa yg ISMA cuba tampilkan itu baik namun tidak menepati konsep serta tidak selari dgn pemikiran yg ingin dibawa oleh artikel nukilan ustaz.(mungkin ustazlah org yg lebih berhak untuk jelaskan)

    Pembawakan yg lebih tepat adalah sudah pasti berdasarkan tajuk artikel ini iaitu Daulatkan Islam, Martabatkan Bangsa. Di sini, proses pendaulatan Islam itu lebih diutamakan berbanding proses memartabatkan bangsa ie penyatuan Melayu.

    Antara perkara utama yg saya dapat petik daripada artikel ini adalah 2 cara bagaiman penjajah telah melemahkan bangsa Melayu. Pertama ialah dengan memecahkan kesatuan dan kedua adalah dengan menjauhkan Melayu itu daripada Islam sendiri. Antara keduanya penjarakan Islam dan Melayu itulah yg memberikan impak yg lebih besar walaupun cara serta kesanya lebih halus.

    Penyatuan bukan atas dasar Islam hanyalah umpama penyatuan negara bangsa Arab yg memerangi Israel sekitar tahun 1948 hanyalah untuk kalah dalam masa 6 hari kemudian. Penyatuan bukan atas titipan kalimah syahadah hanyalah mengundang bahaya umpama pasukan Ahzab yg berkumpul serta bersatu atas nama kebatilan. Pokoknya penyatuan itu tidak salah malah digalakkan menuju wajib namun atas dasar apa itulah yg perlu ditentutetapkan.

    Makanya, perlu didahulukan atas lapangan apa penyatuan itu berlaku dan semestinya Islamlah pilihan kita. Jurus ditekankan kembali pembawakan yg lebih utama ialah daulatkan Islam dan selarikan dengan memartabatkan bangsa.

    Saya tidak setuju dengan mazhab Melayu vs Islam namun di lantai realiti kita harus fikirkan kembali jika Islam yg kita letakkan di atas adakah Melayu akan terabai?dan jika terabai pun apakah natijahnya dunia akhirat? kemudian kita imbangkan dengan perjuangan bangsa Melayu adakah ianya akan menolak tepi Islam?dan jika benar apakah pula natijahnya dunia akhirat?

    Alla kulli hal, dasar ataupun hala tuju ISMA saya sambut baik namun tidak dapat saya cerapkan di dalam pemikiran mahupun gerak kerja yg praktikal kerna seharusnya kita DAULATKAN ISLAM, MARTABATKAN BANGSA!

     
  11. gentarasa

    15 Mac 2011 at 10:30 am

    Salam Firdahus,
    Ana sangat menghargai pencerahanmu. Wajar dan benar.

     
  12. ibnutoha

    2 Mei 2011 at 2:02 pm

    Saya sebagai ahli ISMA merasakan pendapat saudara Firdhaus Pazil tidak kontradik dengan pandangan NGO Islam itu.

    Seperti artikel-artikel di laman diatas, ISMA merasakan perlunya orang Melayu Islam sebagai majoriti Islam di Malaysia kembali kepada keperibadian Islam yang kukuh dan mantap dan bersatu atas kefahaman Islam yang jelas seperti yang dijelaskan oleh Ustaz (dalam artikel) dan Saudara Firdhaus (dalam komen). Bersatu atas tiket akidah Islam.

    Kami menyambut baik pandangan yang selari untuk kerja ini dibumikan bersama-sama. =)

    Jazakallahu khayran untuk artikel yang baik.

     
  13. Si Lumpur

    2 Mei 2011 at 11:36 pm

    Salam ustad,
    segala puji bagi Tuan empunya alam, Allah yang Maha Besar dan terima kasih untuk ustad atas penat lelah menghasilkan Dilema Melayu-Islam, biar sambutanya mungkin kurang namun percayalah kuantiti tak melambangkan kualiti. bukan semuanya terlena, tidak semuanya buta.masih ada yang terjaga.mungkin cuma terlalu kecewa dengan wajah dan rupa politik kita,sehingga tak mahu lagi ambil kira. tertarik dengan pandangan tentang aliran ketiga dalam politik kita,suka jika ustad boleh berbicara lanjut tentangnya. juga mahu mendengar sudut pandang ustad tentang perpaduan bangsa vs perpaduan negara. mengapa seringkali ada sengketa antara 2nya.

    terima kasih.

     
  14. gentarasa

    3 Mei 2011 at 8:12 pm

    Salam ibnutoha,
    Jika yang kita cari Allah, pasti kita akan bersatu. Akidah itu teras ukhwah. Jika berpecah juga, pasti ada yang salah di mana-mana.

     
  15. lan

    9 Januari 2012 at 1:41 pm

    kerana bangsa dan agama ATAU kerana agama dan bangsa..?

     
  16. mohd norhanan buhari

    23 Mei 2012 at 3:36 am

    daulah Islam akan bangkit dgn bangkitnya KHILAFAH di muka bumi…..maka selesailah segala masalah yg wujud kwtika ini bik dr segi pemerintahan, pendidikan, ekonomi, sosial dan lain2….

     
  17. Abdilah Ahmad Mudus

    4 Disember 2012 at 8:30 am

    ALLAH yang paling utama. Bangsa dan Bahasa berkadar terus denan IMAN.

     
  18. Muqarrabin al Yamin

    26 Mei 2013 at 10:04 pm

    Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami

    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    Berjihad dalam naungan Khilafah Islam demi Tegaknya Kedaulatan Dinul Islam.

    Tinggalkan Semua Bentuk Kemusyrikan Mari Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    dan Kini Saatnya Menjadi Bangsa Islam Dalam Naungan Khilafah Islam

    Kunjungi Undangan kami
    Kehadiran Anda kami tunggu di
    di http://khilafahislam.de.pl

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,222 other followers

%d bloggers like this: