RSS

‘FRUST’ DALAM BERCINTA

07 Mac

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

 
154 Komen

Posted by di 7 Mac 2011 in Tarbiyah

 

Label: , ,

154 responses to “‘FRUST’ DALAM BERCINTA

  1. najat

    7 Mac 2011 at 10:41 am

    nice sharing ustaz..selalu tanamkan dalam diri bahawa akulah insan yang terpilih untuk menerima ujian Allah itu..moga yang terbaik menjadi milik kita..insyaAllah..

     
  2. starsyeea

    7 Mac 2011 at 10:53 am

    assalamualaikum…

    syukran ustaz…^__^ terubat dan terisi jiwa saya pagi ni baca artikel putus cinta…dan agaknya saya juga antara yang terpilih untuk bercinta dengan Allah…!

     
  3. suehann

    7 Mac 2011 at 11:15 am

    Salam ustaz….artikel ni mmg betul2 membuka mata saya…syukur Allhamdulillah..mula2 mmg rasa kehilangan…tapi saya SEDAR sy ada ALLAH!..

    Biarla putus CINTA dengan manusia…tapi saya x sanggup Putus CINTA dengan ALLAH…Terima kasih ALLAH kerana pilih saya..ALLAH lebih mengetahui yang TERBAIK untuk saya.

    Terima kasih juga untuk ustaz…teruskan menulis ilmu2 yang bagus ni ya..

     
  4. Adilla Harun

    7 Mac 2011 at 11:27 am

    Nasihat yang amat baik sekali. Sesuai untuk semua. Dari mereka yang mahu cuba-cuba mengenal cinta hingga yang sudah pun berumahtangga. Jika semua berjalan lancar kemunkinan besar di sana akan jumpa kilau cinta Agung. Kemuncak segala cinta.

     
  5. yurn

    7 Mac 2011 at 11:34 am

    saye setuju dgn entry awk nih…keadaan yang same berlaku pade saye skang…ble ex-tunang dah wat mcm tuh…saye jadi serba salah..saye keliru…thanks dgn entry awk nih…

     
  6. Hajar

    7 Mac 2011 at 11:58 am

    Assalamualaikum…. nak minta kebenaran untuk copy entry in kedalam blog saya…. berharap agar diizinkan…. terima kasih..

     
  7. meyhowma

    7 Mac 2011 at 12:21 pm

    syukran atas artikel yang begitu mendalam maknanya..izinkan saya mengambil ayat2 us untuk dijadikan ingatan bagi diri ini dan kawan2 saya..:)

     
  8. noazhatori

    7 Mac 2011 at 1:11 pm

    salam ustaz..

    terasa begitu tepat pada masanya entry ustaz ni..

    terima kasih atas ingatan dan panduan..

    *minta izin share ustaz..

     
  9. anasyahidah

    7 Mac 2011 at 1:12 pm

    As Salam Ustaz,

    Entry amat bermakna utk para remaja kita…memberi manfaat dan kata2 yg mendalam. Difahami dan diperbetulkan kesilapan yg lalu semuanya kerana ALLAH. menjaga Hubungan sesama ALLAH, maka ALLAH akan menjaga hubungan sesama manusia.
    Sayangi ALLAH setiap masa, maka sesama manusia akan menyangi kita…

     
  10. Fizza Halim

    7 Mac 2011 at 2:48 pm

    tersentak, terhantuk tatkala membaca tulisan ustaz.

    benarlah kata2 ustaz.

    Syukur saya adalah insan yang terpilih untuk mencintai Allah setelah frust dalam bercinta.

    waktu bercinta dengan manusia, saya alpa bahawa Allah sentiasa mencintai saya, dan saya mensia-siakan cinta Allah itu semata-mata kabur dengan cinta manusia.

    terima kasih ustaz. teruskan untuk menulis input2 yang menarik.

     
  11. KHATIJAH

    7 Mac 2011 at 3:47 pm

    as’salam……saya terima pandangan ustaz bulat2.
    terima kasih krn sudi bkongsi ilmu di blog ini.
    sy slama hdup slalu ditimpa ujian hdp. sume sy buat mjadi sukar.alhamdulilah bla kuat sy blh btahan dgn dugaan yg maha esa. sy takut bl sy xmampu btahan sy tsungkur lagi………….krn dugaaan

     
  12. haizad

    7 Mac 2011 at 3:58 pm

    Terima kasih ustaz!..terkesima saya bila baca bait2 kata dalam entri ustaz kali ini…menusuk jauh ke sudut hati. Moga ustaz diberi kesihatan yang baik supaya dapat menulis artikel2 yang dapat mendidik hati seperti ini. Dulu saya suka baca buku karangan Dr. Aidh tapi sekarang nie saya dah jatuh cinta dengan buku2 ustaz pulak. Tahniah uztaz!

     
  13. cikzsmile

    7 Mac 2011 at 4:24 pm

    assalamualaikum ustaz,

    alhamdulillah artikel nie benar2 membuka mata saya utk tahu setiap yg jadi ada hikmah.

    saya juga merasa putus cinta dan menemui cinta Nya.

    syukran ustaz!

     
  14. younghafiz

    7 Mac 2011 at 4:29 pm

    assalamualaikum ustaz..

    terima kasih pd ustaz ats entry yg sgt bagus ini…
    mintak izin share blh ustaz??
    ustaz,teruskan keluarkan ilmu2 bermanfaat khasnya kepada remaja yg sedang mencari identiti khususnya dlm soal cinta manusia ini ustaz.. syukrallak..

     
  15. adilah

    7 Mac 2011 at 4:59 pm

    CintaNYA adalah segalanya…tak kira kita gembira ,kita sedih.kita berduka…DIA sentiasa besama kita dan tak pernah tinggalkan kita…

     
  16. Sabariah Ahmad

    7 Mac 2011 at 5:01 pm

    seronok bace artikel ni, memotivasikan diri.. :-)

     
  17. mahabbah

    7 Mac 2011 at 6:16 pm

    salam…

    alhamdulillah…artikel yg menarik…
    saya yakin dgn janji Allah…ada yg terbaik setiap hambaNya…

    Sabar dan Redha itulah kunci yg plg utama…

    pelajarilah dan tealdanila ia sebaiknya, kerana hasil nya sangat manis…insyaAllah…

    Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu..

    Tingkatkan amal dan iman…akan ketemu cinta yg sejati dan hakiki…Cinta kan Allah tak pernah layu, malah dirai…

     
  18. Wan Zayuhisham

    7 Mac 2011 at 6:25 pm

    Saya TIDAK pernah kecewa dengan hasil tulisan ustaz. Ia banyak mengajar saya untuk lebih mengenali kehidupan ini. Moga ia juga dapat dimanafaatkan oleh semua pengunjung setia atau baru Genta Rasa.

    Kenali diri sendiri…Ingat Yang Maha Esa.

     
  19. Intan Suhada

    7 Mac 2011 at 6:31 pm

    subhanallah.entry yg sgt bagus ustaz.=))
    moga Allah meredhai usaha yg ustaz lakukan.insyaAllah.

     
  20. ruzaimy

    7 Mac 2011 at 9:13 pm

    salam ustaz…

    terima kasih atas sumbangan2 idea ustaz utk mengajak masyarakat kembali kepada Allah…methodnya sangat halus dan lembut..sesuai utk setiap lapisan masyarakat terutamanya remaja..dimana pada zaman kini ramai dikalangan remaja sudah ketirisan identiti…

    persoalan ustaz, bagaimana kita ingin merubah pandangan mana-mana individu mengatakan ” Allah sentiasa tidak adil kepadaku kerana aku saling tidak bernasib baik, dan aku saling putus cinta ( jika dia bercinta )” dan seterusnya menyebabkan individu tersebut berputus asa dan terus menerus menyalahkan takdirnya.

     
  21. wawa

    7 Mac 2011 at 9:50 pm

    salam alaik..
    syukran ust atas perkongsian yg sgt2 menarik..memang kena dgn jiwa ini….semoga ustaz sentiasa maju dengan idea2 yg menarik dan bermanfaat…

     
  22. umi

    8 Mac 2011 at 12:21 pm

    menarik saya suka membaca artikel tuan.bernas,menginsafkan.bermotivasi.jalan cerita yang padat tapi memberi pengajaran.

     
  23. Srikandi Lipo

    8 Mac 2011 at 12:46 pm

    Assalamualaikum wbt….
    Terima kasih ustaz, di atas perkongsian ini…. Subhanallah… Besar kuasaNya…. Bagai terasa menjadi seorang yang baru, bila kembali semula bercinta dengan Allah swt….Tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta yang membawa kepadaMu, Ya Rabb….Semoga hari ini lebih baik dari semalam..Marilah kita dahulukan rasa cinta kita kepada Allah dan RasulNya lebih dari rasa cinta kita kepada yang lain. Kerana, cinta kepada Allah dan Rasul tidak mengecewakan, tetapi akan sentiasa menggembirakan hati kita semula,dan merupakan sebaik-baiknya untuk kita cintai…..Wallahualam.

     
  24. TeruTeruBozu

    8 Mac 2011 at 1:15 pm

    Assalamualaikum wbt

    artikel yang sgt bagus..dengan membacanya membuat saya muhasabah diri..cinta yang tiada balasan sgt sakit..apalagi bila kita tidak mampu meluahkannya kerana dia sahabat baik kita..lantaran itu, ku serah cinta pada-Nya dan menunggu janji-Nya “lelaki yang baik untuk wanita yang baik”~~~Pemilik cinta ku setelah Allah dan Rasul

     
  25. maslina

    8 Mac 2011 at 5:13 pm

    Assalamualaikum..

    Sangat benar apa yang ustaz sampaikan dalam artikel ni. Saya dah melaluinya, dan sekarang saya sangat bersyukur pada Allah atas apa yang dikurniakan-Nya. :)

     
  26. Pencari sinar

    8 Mac 2011 at 5:22 pm

    Terima kasih Ustaz bagi artikel ini yang menyatakan dengan jelas apa yang terasa dan ter’jelma’ dihati. Masih belajar mencintaiNya dengan sesungguhnya.

     
  27. zue

    8 Mac 2011 at 5:38 pm

    assalamualaikum ustz…..
    nice artikel…rasa mcm terkena kt diri sendiri plak…
    terima kasih ye ustaz:))

     
  28. nur rashidah

    8 Mac 2011 at 6:32 pm

    terima kasih ustaz untuk artikel yg sangat bermanfaat.. ya…cinta Allah sentiasa ada tak kira di mana saja kita berada…Dialah pencinta yang paling agung dan sempurna…walaupun pahit apabila hajat pernikahan terputus di tengah jalan…insyaAllah…sy akan terima dengan redha…

     
  29. anis

    8 Mac 2011 at 8:48 pm

    as salam ustaz…saya selalu menjadi insan yang terpilih.du gaan hidup silih berganti…memang sedih….

     
  30. nazifah

    8 Mac 2011 at 8:57 pm

    Terima kasih ustaz,

    pengisian yang cukup bermakna untuk remaja di alaf baru ini yg terlebih-lebih mengagungkan CINTA..
    semoga ustaz dapat keluarkan ilmu yang lebih lagi untuk santapan jiwa-jiwa yang sedang mekar ini…

    ~mohon share untuk disebar-sebarkan lagi ilmu yg cukup bernilai ini=)

     
  31. Srikandi

    8 Mac 2011 at 10:51 pm

    insan..sering merasakan kesedihan yg melampau saat dikecewakan kekasih hati mahupun cinta tidak berbalas..tapi manusia itu jarang sekali merasa sedih apabila jauh dari cinta dan rahmatNya..

    wallahu’alam

     
  32. za

    8 Mac 2011 at 11:37 pm

    AS SALAM…
    thnx ustaz atas entry y bagi pndapat saya…byk beri kesedaran dan menimbulkan rasa insaf dalam diri saya…
    mgkin saya salah seorang juga yang terpilih untuk bercinta dgn Allah…
    entry ustaz wat saya tersedar dari lamunan mimpi saya selama ini…,
    trime kasih byk2 ustaz…

     
  33. ara

    8 Mac 2011 at 11:38 pm

    terima kasih banyak2 ustaz…
    banyak bagi saya kesedaran…

     
  34. umie hasrina

    8 Mac 2011 at 11:39 pm

    syukran ya ustaz…mohon share..

     
  35. za

    8 Mac 2011 at 11:40 pm

    AS SALAM…
    thnx ustaz atas entry y bagi pndapat saya…byk beri kesedaran dan menimbulkan rasa insaf dalam diri saya…
    mgkin saya salah seorang juga yang terpilih untuk bercinta dgn Allah…
    entry ustaz wat saya tersedar dari lamunan mimpi saya selama ini…,
    trime kasih byk2 ustaz

     
  36. nezzz

    9 Mac 2011 at 12:32 am

    tqs ustaz.=)
    saya sgt setuju , sememangnya, pengalaman gagal dalam bercinta adalah pengalaman yang terindah ,kerana saya berjaya menjadi dan berubah lebih baik dari sbelum kegagaln menimpa dir saya ..

     
  37. cook

    9 Mac 2011 at 2:24 am

    tiips pengendelian diri macam gimana ye….

     
  38. gentarasa

    9 Mac 2011 at 9:26 am

    Salam,
    Pesan saya… jauhkan. Jangan main api. Jangan berbuat sesuatu tanpa pengetahuan suami. Apatah lagi berhubung (walau apa alasannya) dengan kekasih lama. Maaf, ini sekadar pandangan.

     
  39. dauns_hijau

    9 Mac 2011 at 11:06 am

    assalammualikum ustaz,

    tqvm ustaz, sudi share artikel yg amat berguna tok kami simuda yang dungu ini…
    sy rase tenang bile bace karya ustaz..ustaz doakan saya jadi anak yang baik ya…:)

     
  40. nur

    9 Mac 2011 at 11:25 am

    As Salam Ustaz..
    Terima Kasih ats perkongsian ni..

    Saya kini lebih kuat untuk mencintaiNYA.
    Cinta ALLAh itu benar, cinta ALLAH itu suci, cinta ALLAH itu kekal…
    tp cinta manusia penuh dengan kekecewaan,penipuan, dan palsu semata-mata..

    Syukur Alhamdulillah atas HidayahMU YA ALLAH..

     
  41. hafiz

    9 Mac 2011 at 11:40 am

    Salam..
    Terima kasih atas perkongsian ustaz.
    Saya pasti membaca, dan mengulangi bacaan artikle Genta Rasa.. Untuk mendidik diri.
    Apabila ditimpa ujian, minda sedar bertindak mengikut landasan yang benar.. Tapi hati.. Hati yang kerap bersilih ganti rasanya. Terkadang tenang menerima, ada kala bergelora menolak ketentuan yang nyata.
    Bersungguh-sungguh menghayati kehidupan mukmin,tapi masih juga kecundang bila kekecewaan, kesedihan melanda hati. Bagaimana menemu penawar hati..?

     
  42. nur radhiyah

    9 Mac 2011 at 6:57 pm

    slm ustaz.. Izinkan sya copy ayt2 dlm pnlisan ustaz… Subhanallah ayt2 ustaz mmg pwer.. Alhamdulillah.. Syukran ustaz..

     
  43. n@a

    9 Mac 2011 at 7:35 pm

    Assalamualaikum..

    btl2 terkena pd diri sy sndiri.Syukur saya adalah insan yang terpilih untuk mencintai Allah setelah frust dalam bercinta.

     
  44. salwa

    9 Mac 2011 at 10:03 pm

    thnk alots ustaz:)..i love this article soo much…

     
  45. orang baru

    10 Mac 2011 at 11:34 am

    Salam,

    terima kasih ust diatas entri yang sgtt membina ni… saya sendiri terkasima selepas membcnya kerana ianya begitu terkena dengan kehidupan kini. tak dinafikan mmg punah hilang harapan bila ditimap musibah tetapi kita tak pernah melihat ianya dari sisi hikmah sesuatu itu terjadi. lumrah manusia spt saya yang mudah alpa dengan suma yang ada,

    terima kasih ust diatas entri yang cukup menyedarkan ini. Saya pada mulanya mencari doa ketenangan hati dan keluar blog ini. sya bersyukur sangat dipertemukan dengan blog ini kerana pada ketika itu jiwa saya sangat tidak stabil dan selepas membaca blog ini ianya begitu menenangkan. Alhamdulillah. Moga ust diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus menyumbang karya yang sangat membina.

     
  46. miz cahaya

    12 Mac 2011 at 1:45 am

    ustz…sysgt suka membca hasil penulisn tajuk ni..^___^… hti sy telah kembali lega…^__^

     
  47. miz cahaya

    12 Mac 2011 at 1:47 am

    tq very much….

     
  48. saya

    12 Mac 2011 at 9:36 am

    salam…

    ustaz, terima kasih atas perkongsian entri ini dan entri-entri yang lain. izinkan saya untuk share entri ini… syukran ustaz

     
  49. jura

    14 Mac 2011 at 1:05 pm

    assalamualaikum,ustaz..

    syukur alhamdulillah saya dapat membaca entri daripada ustaz ini…

    tq banyak2 kerana entri dapat membuka mata hati saya supaya lebih terbuka…

    Allah ada yang terbaik untuk kita…amin!

     
  50. gentarasa

    15 Mac 2011 at 10:43 am

    Salam Hana,
    Ramai orang yang telah melalui saat seperti mu. Teruskan hubungan dengan Allah, terus berdoa. Dengan keyakinan, doa mu akan dimakbulkan. Atau diberikan ketabahan iman untuk menerima kehilangannya. Saya pernah melihat keadaan yang lebih buruk daripada itu… isteri yang kematian suami. Ah, lebih berganda pedihnya. Tetapi lama kelamaan hati akan menerima kenyataan. Masa, akan membantu kekuatan dalaman kita untuk hadapinya. Tidak ada nasihat, buku atau tulisan yang dapat memberi penawar, jika kita sendiri tidak kuat melawannya. Kenangkan siapa yang mentakdirkan segalanya… Bukankah Allah? Apakah kita ingin derhaka, apabila mempertikaikan keputusanNya? Jujurlah, jika kita kenangkan siapa sasaran kemarahan dan kekeceawaan kita? Bukankah Allah. Teruskan hubungkan hati dengan Allah, sibukkan diri dengan ibadah dan aktiviti2 yang baik. Jika kita ingatkan Allah lebih daripada ingatkan sidia… pasti Allah berikan pada kita sidia satu hari nanti, atau akan ada sidia yang lebih baik daripada sidia yang sedia ada. Barang yang lepas jangan dikenang, teruskan hidup dengan semangat baru. Allah mengajarmu erti sabar dan redha. terimalah!

     
  51. ROS LINA

    15 Mac 2011 at 1:34 pm

    assalamualaikum…
    terima kasih ustaz kerana membuat ruangan ini sbg salah satu platform untuk kami semua jadikan panduan hidup…walaupun saya tidak pernah bercinta sesama manusia tp saya yakin satu hari nanti saya akan bertemu cinta manusia kerana Allah SWT

     
  52. sebiji epal

    15 Mac 2011 at 3:30 pm

    Best sangat..tahniah ustaz..

     
  53. naurah

    15 Mac 2011 at 5:38 pm

    assaLamuaLaikum uStAz,
    nasiHat daN juga kenyaTaaN yg sesuai utK seMua..
    diRi kiTa miLik-NYA, kekasiH yg AguNG..
    m’ingatkaN sy kaTa2 ni..

    to Love soMeonE is nothINg,
    to be LovEd by soMeoNe is soMething..
    to be LoveD by soMe, thaT yOu LoVe is ExCiTiNg..
    buT to LoVE ALLAH is EVERYTHING..
    b’coZ ALLAH aLwayS LoVe uS..

     
  54. Lence

    16 Mac 2011 at 12:27 am

    membuka mata & minda…memberi 1 semangat..utk terus hidup…1 pengajaran yg amat mendalam!

     
  55. norshah

    16 Mac 2011 at 10:02 am

    assalamualaikum…
    thank you for such a beautiful reminder. i really need something like this. i know that i always forget and reading this article brings me back to HIM.

     
  56. Haryati

    16 Mac 2011 at 4:58 pm

    assalammualaikum..ana nak copy entry ni..sebelum tu minta maaf, sebelum ini pernah mengambil entry2 terdahulu…

     
  57. rahsia

    17 Mac 2011 at 11:51 am

    ye ke?

     
  58. hana

    17 Mac 2011 at 8:39 pm

    terima kasih ustaz atas nasihat… saya hambaNYA yang masih tidak2 henti-henti berusaha mengingatiNYA lebih dari apa juga yang diciptakanNYA… saya berusaha mencari redhaNYA.. semua keputusanNYA… :) terima kasih ustaz..

     
  59. semanis madu

    18 Mac 2011 at 11:27 am

    Entry ustaz kali ini sangat bertepatan dengan keadaan saya sekarang.terima kasih Ustaz. selama ini adakan saya membuat keputusan yang salah, dengan menjauhkan diri saya darinya. kerana saya telah membuatkan dirinya sedih dan sangat kecewa. dia ingin dikasihi dan diberi peluang, tapi saya x dapat untuk berpatah balik untuk kembali seperti dahulu, rasa dikasihi oleh seorang lelaki yang tidak halal, membuatkan saya lalai,biarlah rasa kasih itu saya rasai oleh seorang lelaki yang digelar suami. betul kata Ustaz “Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.”DIA yang berkuasa menentukan segalanya. kata pujangga ini akan saya selu sematkan dalam hati“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

     
  60. izi

    18 Mac 2011 at 10:08 pm

    assalamualaikum… Ya Allah terima kasih ustaz… Ya… setiap kejadian dan dugaan yang berlaku ada hikmah disebaliknya… bersabar dan mengingati Allah adalah senjata untuk menghadapi ujian dan dugaan ALLAH…. putus cinta bukan pengakhiran kepada kehidupan… tapi ianya permulaan…. kerana cinta itu bukan untuk pasangan antara lelaki/perempuan tetapi erti cinta itu sendiri meluas… terima kasih sekali lagi…sangat berkesan article ni… =)

     
  61. izi

    18 Mac 2011 at 10:17 pm

    Ustaz saya minta share sikit isi article ni dekat facebook saya ya… terima kasih….

     
  62. hudu' iman

    19 Mac 2011 at 8:31 am

    aslm mg tuhan mudahkn semua urusan..ust
    kerna dh bantu sy merawat hati…yg punah ini kembali hidup
    segar..menjadi kebal…setelah hancur… dek kerna harap pd makhluk melebihi tuhan…rasakn udh mati kini kembali. damba cintai ilahi..sblm cintai yg lain..

     
  63. anira

    19 Mac 2011 at 12:52 pm

    salam ustaz,terima kasih krn menulis entri ini..sy kagum dgn ustaz..semoga ustaz bertambah maju..

     
  64. hmm..

    20 Mac 2011 at 11:35 am

    thx to writer..

    sgt tepat pada masanya article ni kuar..

    n sykur alhamdulillah sy terpilih dalam pelajaran ini..

     
  65. ask

    20 Mac 2011 at 3:37 pm

    Salam ustaz…

    Terima kasih mngenai artikel ini…Saya kini faham apa itu erti cinta yang sebenar…apa yang ustaz ceritakan dalam artikel ini amat berguna buat saya kerana saya pernah frust bercinta dulu…Sekarang saya cuba berusaha untuk mencintai-Nya lebih dalam daripada mencintainya..Insyaallah…

     
  66. eyemellda

    20 Mac 2011 at 8:17 pm

    trima kasih ustaz.. lebih mudah bagi saya untuk menerima apa yang terjadi selepas mambaca artikel ini..saya yakinkan hati untuk menerima ujian-Nya dengan redha dan ikhlas.. moga-moga DIA sediakan hikmah terindah selepas apa yang saya lalui.. Amin..

     
  67. nani ismail

    22 Mac 2011 at 8:57 am

    Salam
    Semoga tuan sentiasa diberi kesihatan yg baik utk terus menghasilkan tulisan yg sgt bermanfaat utk kami semua
    syukran!!

     
  68. jiwatenang

    23 Mac 2011 at 11:43 am

    terima kasih ustaz atas nasihat dan pandangan ustaz..saya pernah alaminya betapa peritnya putus cinta..saya pujuk hati saya yang frust dlm cinta dgn berkata..”Allah sayangkan saya sbb itu saya terpilih untuk diuji oleh Allah..dan saya yakin dan pasti bila kita kembali mencintai Allah,pasti akan rasa tenang..itu janji Allah..DIA buat pasti yang terbaik untuk kita..hanya DIA yng mengetahui segalaNYA..

     
  69. amin..

    26 Mac 2011 at 2:32 am

    alhamdulillah..ustaz…senangla sikit hati ini…we must follow what was the chosen one (nabi saw) left for human mankind in this world…and never disobey Allah..

     
  70. ezzy

    27 Mac 2011 at 7:59 pm

    salam..
    sy mohon share..kerana entry ni byk mngenai diri sy..
    alhamdulillah..sy kembali b’cinta dengan Allah…sehingga sy tidak lagi merasa kekecewaan tersebut…

     
  71. sitimaizia mahad

    27 Mac 2011 at 10:21 pm

    Assalammualikum wbt,

    ustaz syukran…saya benar2 termotivasi dgn nukilan ustaz ini..betul kata ustaz, jika kita fikirkan yg positif maka kita akan menerima qada n qadar. Sememangnya saya sedang didalam perasaan tidak keruan. Putus kasih kali kedua amat memeritkan jiwa saya. Sehingga saya menyalahkan takdir , bile terbaca artikel ini…saya seakan tersentak dari kekhilafan sendiri. Terima kasih ustaz

     
  72. nat

    28 Mac 2011 at 4:06 am

    salam ustaz..nice sharing..izinkan sy berkongsi article ni di blog sy..mohon diizinkan..thankz ustaz..

     
  73. fie

    30 Mac 2011 at 1:20 am

    assalammualaikum W.B.T..

    mohon kebenaran untuk copy and share pada kawan2 saya..
    Terima kasih.. :)

     
  74. MANje SUee

    30 Mac 2011 at 3:00 pm

    assalammualaikum…
    mnta keizinan utk share post nie ke dalam blog sya ye…
    ske mmbaca post nie bkali2…

     
  75. imranulkhalis

    31 Mac 2011 at 12:13 pm

    Terima kasih ust….

    Terima kasih banyak2 kerana telah menjawab segala pertanyaan yang berada di lubuk hati saya..

    Terima kasih.. =)

     
  76. ajad

    5 April 2011 at 2:57 pm

    mungkin lepas ni kita boleh tolak orang yg mencintai kita dengan alasan “kau beruntung kerana dijemput Allah untuk mencintai – Nya”. suka kah kita mendengar alasan penolakkan yg semacam itu?

     
  77. hajar

    5 April 2011 at 7:38 pm

    salam alaik’ …

    p’ingtan yg sgt baik t’utamanya utk kaum hawa..
    ye,, kini ramai kaum hawa yg begitu mudah tunduk pada cinta si adam…nauzubillah..

    mohon share…
    syukran :)

     
  78. jee

    6 April 2011 at 9:36 am

    Allah itu dekat, penuh kasih sayang..kasih sayang Allah lebih bermakna daripada kasih sayang manusia..Syukran Ustaz kerana entry ini..dah berkali-kali saya baca tanpa jemu demi merawat kekecewaan yg saya alami…Betapa saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya bahawa dia bukan pilihan yang terbaik buat saya

     
  79. AKRAM AFIFI

    8 April 2011 at 12:06 pm

    diskusi yang MANTOB!! :-)

    sedarilah bahawa “tiada temen sehebat Allah dan Rasul-Nya”
    cinta itu pasti akan hadir dikala kita memerlukannya kiranya diserahkan pada Ilahi. yakinlah!

     
  80. hamba

    9 April 2011 at 2:15 pm

    salam ustaz, Alhamdulillah dpt ilmu yg brmanfaat untuk hari ini. mohon izin untuk share dgn sahabat yg lain

     
  81. gentarasa

    11 April 2011 at 12:09 pm

    Ajad,
    Kata-kata yang baik boleh diluahkan atas tujuan yang buruk/jahat. Ayat Al Quran lagikan boleh digunakan oleh orang yang tidak lurus hatinya untuk tujuannya yang jahat… apatah lagi hanya kata-kata manusia. kata-kata yang baik, perlu diluahkan atas tujuan yang baik, oleh orang yang baik, tepat pada suasana dan ketika yang baik. Wallahua’lam.

     
  82. saya

    15 April 2011 at 1:19 pm

    bila-bila jiwa tidak tenteram, tiada tempat bercerita(selain Allah), saya akan mencari tulisan ustaz. ustaz bercerita seolah2 hanya bercerita dengan saya, lembut gaya bahasa. betapa saya menjaga buku2 saya hasil tulisan ustaz, seperti menjaga barang peribadi, elok kemas di simpan rapi. itulah saja harta yang saya ada untuk menenangkan jiwa. teruslah menulis ustaz, moga Allah ilhamkan ustaz idea yang bernas berterusan. saya dan mereka akan terus menyokong ustaz, kadang2 kata2 ustaz umpama lilin bila rumah “black-out”. semoga Allah merahmati ustaz

     
  83. haizad

    17 April 2011 at 6:24 pm

    salam ustaz,

    nak minta tunjuk ajar ustaz,ada x ayat – ayat dlm Al-Quran yg boleh kita baca utk menghilangkan kesedihan akibat ditimpa ujian putus cinta ini?

     
  84. sham

    17 April 2011 at 9:28 pm

    Assalamualaikum w.b.t.

    terpetik jari jemari ini utk membaca artikel ini.
    sedikit sebanyak dapat mengubati hati ini..

    terima kasih.

    semoga Allah merahmati Tuan sekeluarga.

     
  85. gurl

    21 April 2011 at 10:37 am

    salm ust..mohon copy artikel ini untuk dkongsi brsama sahabat lain ye ust..syukran.

     
  86. insan keliru

    22 April 2011 at 4:37 pm

    Artikel ni btl2 menyentuh hati saya.. dalam masa 2bulan ni, saya rasa sangat tertekan.. disebabkan cinta, saya hanyut melakukan dosa2 besar.. bila ditinggalkan seorang diri, saya rasa dunia saya gelap.. saya takut untuk menghadapi masa depan saya.. diri saya kotor sangat.. saya ingin berubah, tapi saya tak tahu macam mana cara nye.. masih kah diri saya yg penuh dengan dosa ni akan diterima allah? saya jadi tak tentu arah.. saya malu dengan diri saya, sy takut dengan tanggapan orang len.. setelah dia dapat apa yang dia mahu dari sy, dia tinggal kan sy tanpa kata apa2.. dia lari dr tanggungjawab dia.. apa yang patut saya lakukan lg???

     
  87. beylla

    23 April 2011 at 3:22 am

    mencintai drinya membuat kn dri ku lalai bhawa sapa yg seharusnya aku cintai…ya allah hinanya hamba mu ini…kerdilnya dri ku terasa untuk berada di sisi mu…berat ujian mu x tertanggung rasa di hati betapa sikitnya iman ku…ya allah aku mencintai dri nya lbih dri aku menyayangi engkau sedangkn engkau lah yg buat aku dapat melihat dunia yg begitu indah…beratnya dugaanmu ini ya allah melupakn drinya seolah2 menyiat kulit2 ku..seolah mencarik ati ku dengan kejam..jika ini yg kau putuskan kau kuat kan lah ati aku sebagaimana kuatnya dugaan yg di berikan..ustz atau siapa yg dapat bantu sy tuk berdiri teguh untuk meneruskan kehidupan ini…

     
  88. farah

    25 April 2011 at 9:25 am

    salam ust,

    Sy br membeli buku ust, Di mana Dia di hatiku…Subhanallah..tulisan2 ust terasa begitu dekat di hati dan setiap bait yang diungkapkan memberi kesan yg sgt mendalam terutama utk jiwa yg masih mencari seperti sy. Semoga Allah terus memberi ilham utk ust trs berkarya di masa2 akan dtg..

     
  89. siti

    25 April 2011 at 4:46 pm

    ustaz , boleh tak kalau saya nak share kat kawan kawan :)

    ilmu ini sangat beguna .

     
  90. gentarasa

    26 April 2011 at 2:52 pm

    Salam Siti,
    Insya-Allah. silakan…

     
  91. ima

    27 April 2011 at 12:23 am

    salam..
    ustaz article nie bnyk membantu sy sebab sy baru je lepas frust bercinta..
    sy akan jadikan panduan utk jadi manusia yg lebih baik..
    btul pe kata ustaz..
    lepas apa yg jadi buat sy lebih dekat padaNya..
    dan sepatutnya sy lebih menyintai Allah swt dan Rasullullah saw..
    InsyaAllah..

     
  92. asyraf

    28 April 2011 at 10:34 am

    Alhamdulillah hati nie tergerak nak baca artikel nie..bukan skali tp byk kali….sgt bagus artikel nie…mohon kebenaran utk share ngan kwn2…

     
  93. Izzah

    5 Mei 2011 at 9:46 am

    Assalamu’alaikum ustaz…
    Saya nk mintak izin utk share dgn kwn2.. boleh??

     
  94. ani

    13 Mei 2011 at 2:39 pm

    Assalamualaikum ustaz..sy baru terbaca article ni..sebenarnnya saya baru saja putus cinta..saat ini mmg hati saya sedih dan sayu. saya tak suka dengan perasaan yang saya alami ni. Da dua kali sya putus cinta. Apatah lagi bila memikirkan usia bertambah lanjut.. sedikit sebanyak article ni dapat la membantu saya kenal diri saya kembali..Muhasabah diri..DIA lebih mengetahui segalanya..mungkin ada hikmah yang saya masih belum tahu.

     
  95. pahitnyamadu

    15 Mei 2011 at 11:40 pm

    Salam Ustaz,

    Saya membaca entri ini tatkala hati saya sedang sangat berduka. Terima kasih Ustaz. Sekurang-kurangnya gundah gulana saya sedikit terubat dengan entri ini. Insya-Allah, akan saya cuba cernakan ia sebaik-baiknya, walaupun saya pasti ia akan mengambil masa.

     
  96. ina

    16 Mei 2011 at 3:43 pm

    assalam ustz!
    terima kasih diatas pekongsian yg sangat bermakna.
    saya salah sorg dr hamba Allah yg sedang diuji dgn ujian cinta..hati menjadi tenteram bilamana dpt membaca entry ini..sungguh,ujian ini amat perit tp sy perlu yakin dgn setiap janji Allah..yg terbaek menanti sy kerana Allah..moga sy bertemu dgn insan yg dpt membimbing sy ke jalan ALLAH dan syurga hakiki disana nnt! doakan yg terbaek utk sy! tq again!

     
  97. ana

    2 Jun 2011 at 11:48 pm

    subhannallah..
    sgt terkesan di hati..dengan izin ALLAH,saya diberi perluang membaca perkongsian ini. saya pernah melaluinya..rasa terseksa..tapi ini semua ujian drNya,supaya kita kembali pada DIA..SYUKRAN,ustaz..

     
  98. Fiza Omar

    30 Jun 2011 at 6:46 am

    Assalamualaikum WBT Ustaz..mohon share artikel Ustaz dengan teman-teman saya ye..Jazallah khairan kathira..

     
  99. catherine

    13 Julai 2011 at 11:44 am

    salam ya ustaz …saya percaya Allah SWT tidak pernah kecewakan hambanya..tulisan yang hadir dari Allah ini..dapat pujuk hati ..mohon copy paste..:)

     
  100. mesyae

    17 Julai 2011 at 12:18 am

    em. kalu tgk dr post ustaz ni.
    adakah ustaz membolehkan couple itu sendiri??

     
  101. gentarasa

    17 Julai 2011 at 1:14 pm

    Salam mesyae,
    Tolong buku saya Tentang Cinta terbitan Telaga Biru. Insya-Allah saya ada menulis tentang budaya couple.

     
  102. Mohd Amirul

    4 September 2011 at 3:16 am

    salam ustaz .
    terbuka hati saya baca entri ni ustaz , terima kasih .
    mohon share ustaz untuk kawan2 saya ?

     
  103. Laily

    5 September 2011 at 3:32 pm

    Terima kasih ustaz. :)

     
  104. na...

    6 September 2011 at 10:17 am

    salam…firstly sy minta izin tuk copy entry ustaz ni yer..n keduanya..syukur sgt krn entry ini benar2 kena dgn diri sy..saya percaya Allah SWT tidak pernah kecewakan hambanya..mmg benar ini semua ujian..tulisan yang hadir dari Allah ini..dapat memujuk hati ini..sgt terkesan di hati..mmg sy rs terseksa sgt..tapi ini semua ujian drNya,supaya kita kembali pada DIA..trima kasih ustaz..

     
  105. lailykalyubi

    7 September 2011 at 10:13 am

    sangat bagus artikel ini.. untuk mereka yang mahu musahabah diri

     
  106. Mazura A. Rahim Zuradiaz

    9 September 2011 at 12:17 pm

    terima kasih…artikel ustaz sgt terkesan di hati…syukur sy manusia ‘terpilih’ dariNya utk menerima ujian ini….kesedaran yg telah mengubah diri utk mnjadi lebih baik sebagai hambaNya…

     
  107. syed hafiz

    12 September 2011 at 3:02 pm

    sgt sgt sgt bagus untuk mereka yg frust bcinta diluar sane.. hehehe, aku pn sama.. sgt rase kebesaran allah… sgt hebat artikel niii.. tq ya ustaz.. kami doakan ustaz diberi ilham menulis dgn lebih bagus oleh allah..

     
  108. Wan Samsuri Omar

    15 September 2011 at 3:58 pm

    nicee….

     
  109. Gadis yang Teramat Berdosa...

    20 September 2011 at 1:05 am

    Ustaz,
    Terima kasih sebab tulis post ni…
    Ustaz, saya malu dengan hidup saya…
    Nak tulis ni pon saya rasa malu yang teramat-amat sangat…
    Saya dah tersesat…
    Saya tak tahu sama ada, ALLAH menerima taubat saya yang teramat-amatlah hina ini…
    Ya, ALLAH Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat…
    Tapi saya sangat malu atas kesilapan lalu yang dah saya lakukan…
    Saya rasa susah hati..
    Saya rasa tak bersemangat nak teruskan hidup…
    Sebab, saya rasa saya ni kotor sangat, dan hina.
    Saya sanggup tinggalkan orang yang cintakan saya selama empat tahun, hanya kerana seorang lelaki yang baru saya kenal, tetapi yang saya rasakan lebih hebat dari bekas teman lelaki saya tu…
    Saya tahu bekas teman lelaki seorang yang baik, tapi saya tak dapat menolak cinta yang hadir dari lelaki yang baru saya kenali ni, hanya kerana saya rasakan dia adalah jejaka idaman saya…

    Bila saya bercinta dengan teman lelaki baru ni, segala-gala yang terlarang kami buat, cuma kami masih lagi tak terjebak ke dalam kancah penzinaan, nauzubillahiminzalik!

    Dari seorang gadis yang langsung tak pernah disentuh oleh yang bukan mahram, saya sanggup membiarkan dirinya menyentuh saya, hanya kerana dasar cinta.

    Nasib kami tidak pernah sampai ke tahap berzina.

    Saya terlalu hanyut ketika mabuk bercinta dengannya…

    ALLAH masih sayangkan saya, alhamdulillah.

    Facebooklah yang menjadi saksi, rupa-rupanya si dia memang seorang yang sangatlah tidak baik, akhirnya terbongkar jua (ingin sahaja saya labelkan dia sebagai seorang yang sangat jahat di sini, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa saya tak sanggup lagi nak menuduh orang lain jahat walaupun mereka memang betul-betul jahat, kerana apa bezanya saya dengan mereka sekarang!).

    Akhirnya, terbongkar jua, rupa-rupanya si dia ternyata memang bukan seorang yang baik, banyak perempuan keliling pinggang, scandal sana-sini, dan dia juga merupakan seorang penzina!

    Nauzubillahiminzalik!

    Saya perempuan yang kotor kerana saya sanggup biarkan diri saya tercemar oleh tangan kotor si dia, sedangkan bekas teman lelaki tidak pernah menyentuh saya walaupun selama empat tahun kami bercinta.

    Macam mana saya nak bersihkan diri saya dari dosa-dosa dan noda-noda yang terpalit ini, ustaz…

    Ya ALLAH, saya malu…

    Saya perempuan yang kotor…

    Apakah ALLAH masih mahu menerima taubat saya.

    Setiap kali saya teringat akan janji ALLAH dalam Surah An-Nur, ayat ke-26,
    “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik”,
    saya berasa teramat-amat takut…

    Saya takut.

    Saya takut kalau ALLAH hukum saya, dengan cara, saya yang keji ni, dapat juga seorang lelaki yang keji..

    Nauzubillahiminzalik!

    Macam mana saya nak lepaskan beban yang terasa amat berat di hati saya ini Ustaz?

    Macam mana saya nak teruskan hidup, dengan menjadi seorang Muslim yang lebih baik, tanpa dibayangi oleh dosa-dosa silam?

    Kini, kedua-dua lelaki telah saya tinggalkan…
    Yang pertama, terlalu baik, hingga sukar membuatkan saya hormatkan diri nya, kerana dia terlalu baik, segala kehendak, kata-kata saya diturutkan, mungkin kerana dia terlalu cintakan saya… Saya tak sanggup lagi nak kecewakan orang yang baik macam tu, biarlah dia bertemu dengan orang yang betul-betul layak untuknya…

    Yang kedua, terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan ketika bersama dengannya, setiap kali berjumpa, pasti aksi-aksi terlarang kami lakukan, nauzubillahiminzalik! Selalu dia mengajak saya berzina, tapi nasib baik saya masih lagi kuat untuk tidak terlalu menurut kehendaknya…

    Alhamdulillah, kegadisan saya masih terpelihara, tapi saya telah membiarkan tangannya yang kotor itu menyentuh diri saya.

    Saya berasa teramat-amatlah menyesal…

    Tolonglah saya ustaz…

    Saya berdosa!

    How do I free myself from the past?!

     
  110. gentarasa

    25 September 2011 at 7:31 am

    Salam saudaraku,
    Sebaik mengambil pengajaran dan bertaubat atas dosa-dosa silam… terus tumpukan ke hadapan untuk baiki diri. Usah diingat-ingat lagi. Siapa yang tidak berdosa? tetapi jadilah sebaik-baik orang yang berdosa dengan menempuh syarat-syarat taubat… berhenti, menyesal dan lakukan kebaikan. Jangan biarkan syaitan menyengat kita dua kali… pertama semasa kita tergoda untuk melakukan dosa. Kedua, kesal yang menyusahkan hati selep[as melakukannya hingga putus asa dengan pengampunan Allah. Teruskan hidup… ramai lagi orang yang lebih berdosa daripada anda tetapi Allah pilih sebagai orang soleh malah waliullah. Cara bebas daripada masa lepas… ialah fokus pada hari ini. Anda layak untuk gembira, aktif dan menikmati hidup. Jaga solat, tutup aurat, jaga akhlak… insya-Allah, akan pulih semangat saudari nanti. Ya Allah, bantulah saudaraku ini… demi kebaikan dunia dan akhiratnya. Amin.

     
  111. 26ss

    7 Oktober 2011 at 9:48 am

    saya terjumpa artikel ini ketika hati ini betul2 memerlukan semangat untuk bangun semula dr rasa kecewa.artikel ini benar2 membuat hati saya kuat. terima kasih ustaz. ia benar2 membuka mata saya untuk menerima semua yang terjadi dengan tabah. yang terjadi tetap kenyataan yang perlu dihadapi walaupun perit. saya lebih mendekatkan diri dengan Allah, hanya DIA yang Maha Mendengar dan tahu segala-galanya.saya akui kadang2 lalai, lupa. segala yang terjadi menjadikan kita berfikir dan berubah menjadi lebih baik.

    terima kasih ustaz.

     
  112. hise tanahmeroh

    19 Oktober 2011 at 8:04 am

    terima kasih ustaz…dapat membuka pemikiran saya…ini…

    ustaz saya mintak izin untuk copy….penulisan ustaz ini..

    untuk saya share dengan kawan2 saya….

     
  113. firdaus

    31 Oktober 2011 at 12:05 pm

    Jazakallah ustaz atas sharing yang sangat membina ni.. Pagi ni saya dapat semangat untuk terus brighting my life..
    Mungkin saya antara yang dipiliha Allah untuk menyambung cinta dengan-NYA.. Semoga Allah terus beri kekuatan.. Semoga semua dipermudahkan segala urusan…

     
  114. Ieka Syafiqah

    8 November 2011 at 10:43 am

    salam ustaz….terima kasih ats artikal nie…amat bersesuai ngan keadaan saya..sy br je pts cinta yg terbina hmpir 8 thun nie…dlm sejarah hidup sy telah membuat pergorbanan di ary raya aji thn nie…bersyukur Allah bg peluang sy mencintai Nya lebih mndlm lg….amat2 istimewa krn sy tidak rasa mnyesal dn besedih dlm perpisahan ini…mlh sy rasa lebih tenang n yakin die bkn jodoh sy..Allah telah selamat kan diri sy dr terus hanyut mengejar cinta dunia…sy cuba baiki kesilapan sy spye tidak terjerumus lg dlm cinta manusia…moga dgn izin Allah ditemukan ngan jodoh yg telah ditetapkan…doakan sy ustaz :)

     
  115. Azri Abdullah

    14 November 2011 at 10:16 pm

    Assalamualaikum ustaz..terima kasih ats artikel ni..dlm kehidupan sy, sudah 3 kali sy frust..alhamdulillah saya dpt atasi walaupun sy susah nk melepaskan seseorg yg sy sayangi..artikel ni akan sy jadikan panduan dan motivasi terhadap diri sy sendiri dan belajar menerima hakikat dgn cara yg diredhai oleh-Nya..moga dgn izin Allah sy akan terus kuat dan tabah menghadapi ujian-Nya dan moga dgn izin Allah ustaz akan terus menerus menulis artikel sebegini..smoga mereka yg membacanya akan berubah kepada yg lebih baik..Insya-Allah..terima kasih sekali lg sy ucapkan kepada ustaz..

     
  116. Ak Sweet

    15 November 2011 at 2:28 pm

    salam ustaz…terima kasih atas n3 yg sgt menyentuh hati ini..sesungguhnya sy bru lepas putus cinta..sy berjumpa dgn bermacam2 jenis org…sy dm proses untuk mengenali Allah…kerana selama ini sy gagal ustaz…gagal dlm hidup yang hanya pentingkan keseronokan sehingga sy melakukan perbuatan yg sy sendiri menyesal seumur hidup sy….sampaikan sy terlupa terus pada pencipta dan pemberi nyawa kepada tubuh yg selama 26 tahun ini bernyawa..sy teramat menyesal ustaz..dan jika sy di berikan peluang sy ingin mengubah hidup saya yg lepas…tapi apakan daya perkara yg lepas terjadi sudah tertulis dan Dia amat mengetahui setiap hamba2nya….sy bersyukur sy masih terasa apa itu nikmat sakit, sedih, murung dan rasa bersalah…sy bersyukur Allah menyedarkan sy ketika sy berusia 26 tahun…sy harap sy tidak terlambat ustaz untuk berubah…berubah ke arah kebaikan…skrg sy belajar untuk mencintai Allah…belajar untuk menyayangi Rasul dan keluarga sebelum sy bersedia menyintai insan yg di utuskan oleh Allah sebagai pembimbing sy untuk lebih dekat kepada allah…moga allah memberkati hidup sy, ustaz dan juga semua umat islam di seluruh dunia ini…amin….

     
  117. Syieqa

    29 November 2011 at 1:17 pm

    sekarang hati saya memang tengah sedih , rasa macam tak dapat nak jalani hidup lepas ditinggalkan kekasih . setiap hari menangis . tiba2 hari ni saya terbukak entry ustaz ni . alhamdulillah , rasa tenang dan saya mula berfikir . yee , Tuhan sayangkan saya la DIA pilih saya untuk berubah suapaya mencintai-Nya . terima kasih ustaz .

     
  118. Siti Khadijah Abdullah

    4 Disember 2011 at 6:32 am

    ustaz mohon copy artikel ini untuk nk share gn anak2 yang menghadapi masalah ini…..moga ianya bermanafaat…terima kasih ustaz.

     
  119. hamba Allah

    4 Disember 2011 at 6:54 pm

    salam ustaz . boleh saya nak tanya satu soalan ? saya baru seminggu ditinggalkan kekasih yang sangat saya cintai . pedih rasanya . saya terkejut sebab secara tiba2 dia ingin memutuskan hubungan kami . alasannya dia semakin kurang menyayangi saya sedangkan kami tak bergaduh pun pada masa tu . katanya dia tak mahu saya menyayangi orang yang tak menyayangi saya . dia tak mahu cinta saya tak dibalas . tapi saya redha . saya ikut kemahuan dia walaupun itu bukan kemahuan saya . setelah baca post dari ustaz ni , saya rasa lapang dada . mungkin dia bukan yang terbaik untuk saya . tapi boleh ke saya terus berdoa kepada ALLAH agar dia terbuka pintu hatinya dan lembut hati untuk menyayangi saya semula ? :’(

     
  120. gentarasa

    5 Disember 2011 at 7:33 am

    Salam Hamba Allah,
    Berdoalah… jika dia terbaik untuk kita (untuk iman dan Islam kita) pertemukanlah. Amin.

     
  121. amir

    11 Disember 2011 at 6:56 am

    terima kasih ustaz

     
  122. Faiz MoHd Noor

    14 Disember 2011 at 6:40 pm

    terbak ustaz..:D tq

     
  123. setia selamanya

    18 Disember 2011 at 7:17 pm

    slm ustaz…..artikel ni mang cukup menyedarkan hati yang frust bercinta….tapi bagaimana pula kepada si pelaku curang? adakah dia sedar tentang apa yang dia lakukan? apa pula balasan keatas orang tu?kepada hamba Allah, saya juga punya harapan seperti anda ;( teringin sgt kembali bersamanya lagi kalau diberi peluang lg walaupun telah pernah dipermainkan oleh dia dengan teruk…melalui artikel ustaz ini, sya faham akan maksudnya tapi, keinginan dan harapan saya terhadap dia amat lah tinggi malah smpai skg masih menunggunya dan tidak terlintas untuk mencari penggantinya…

     
  124. gentarasa

    20 Disember 2011 at 8:20 pm

    Salam Munira,
    Berdoalah sungguh-sungguh kepada Allah. Tidak salah minta untuk dia kembali. Jika itu yang terbaik untuk kita. Amin.

     
  125. farhana

    6 Januari 2012 at 6:59 pm

    sesungguhnya dia adalah yang terbaik buat saya ustaz…y pernah saya jumpa
    x pernah saya jumpa seseorang yang seperti dia..
    saya selalu jadikan dia idol saya..
    tp knp, suatu saat,,dia hancurkan harapan saya..
    saya hanya sebagai kakak??
    apa y harus saya lakukan??

     
  126. jue

    17 Januari 2012 at 1:33 pm

    terima kasih kerana memberi artikel ini….ia amat berharga buat semua insann yang dlm kekecewaan….

     
  127. dayang

    26 Januari 2012 at 2:30 am

    terima kasih atas perkongsian ilmu :)

     
  128. amirul

    27 Januari 2012 at 8:22 am

    assalammualaikum…
    mnta keizinan utk share post nie ke dalam blog saya ye…
    terima kasih

     
  129. nortazeli

    28 Januari 2012 at 2:37 pm

    Salam untuk semua,

    Bila baca artikel ni..terdetik di hati..ramai sebenarnya yang pernah lalui apa yang saya pernah alami..Putus Cinta = Putus Kasih = Putus Sayang sesama manusia..Sekadar untuk berkongsi dengan semua yang ada di sini, perpisahan dengan seseorang yang saya sayangi telah kembalikan dan mendekatkan saya kepada Allah…Saya berjumpa dengan sesuatu yang baru dalam hidup saya, yang tak pernah pun dekat dengan saya sebelum ini..saat ini, buku LA TAHZAN, buku-buku agama,SOLUSI, web GENTA RASA ni (terima kasih pada Ustaz atas perkongsian yang amat baik untuk panduan semua), radio IKIM dah jadi kekasih hati saya..Rasa lebih tenang walaupun tak pernah sunyi dari ujian..

    Walaupun pahit sesuatu perpisahan itu..manisnya adalah Allah nak gantikan sesuatu iaitu HIDAYAHNYA untuk kita…

    Kepada teman-teman GENTA RASA yang telah putus cinta dan masih menyayangi sidia…yakin dan percayalah sekiranya Allah telah jadikan sidia untuk kita…tiada apa yang boleh menghalang untuk Allah kembalikan dia dalam hidup kita suatu hari nanti..teruskan berdoa dan sabar dengan dugaan ini..Sekiranya dia bukan dijadikan untuk kita…sabar dan tunggulah saat-saat Allah berikan kita kekasih hati yang jauh lebih baik dan penyayang daripada sidia..

    Semoga kita semua meneruskan perjuangan hidup ini dengan penuh ketabahan…Pelajarilah sesuatu daripada perjalanan hidup kita..

     
  130. Iman

    2 Februari 2012 at 2:27 pm

    salam…terima kasih atas artikel2 yg ditulis..baru mula membacanya hanyer tersempat beberapa shj, namun amat menyentuh rasa yg saya rasakan sekarang :) alhamdulilah, akan sy jadikan iktibar dan kongsikan bersama rakan yg lain

     
  131. Asnan Hamdin

    11 Februari 2012 at 4:43 pm

    salam.. terima kasi ustadz dengan artikel yang diberi sungguh memberi manfaat kepada saya..sesungguhnya pengalaman akan mendewasakan kita..
    saya suda membaca buku ustadz baru2 ni untuk mendapt kekuatan dan semangat untuk mendepani hari hari wlpn tanpa si dia ..saya yakin kalu ada jodoh tak kn kemana..kita hanya mampu berusaha & merancang tapi tuhan yang menentukan.. saya mula menerima bahawa frust bercinta adalah hakikiat hidup..

     
  132. pkaisaku

    12 Februari 2012 at 10:37 pm

    terima ksih pengajaran yg bergune

     
  133. nebula

    17 Februari 2012 at 11:54 am

    Alhamdulillah, aku insan yang terpilih. Kuatkan aku ya allah

     
  134. Faris

    18 Februari 2012 at 6:40 pm

    Kalau selalu frust dalam bercinta, cinta tak berbalas, ini semua kehendak Dia kah ustaz?

     
  135. siti noorsuhaiza

    21 Februari 2012 at 4:00 pm

    Assalam ustaz,
    Kisah cinta saya musnah di tengah jalan kerana kecurangan suami. Saya mengahwini dia dulu kerana saya yakin cintanya terhadap saya melebihi cinta saya terhadapnya. Dia mengkhianati saya saat saya mengandungkan zuriat2nya. Setiap hari saya mohon padaNYA moga di tunjukkan akan kejujurannya terhadap saya. Dan hancur luluh hati saya bila mengetahui perbuatannya selama ini.
    Dia mengakui perbuatannya dan mohon kemaafan saya. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Saya cuba untuk menjadi kuat menghadapi dugaan ini tapi saya tak mampu…saya sangka saya kuat tapi hakikatnya tidak…saya tak kuat menghadapi kenyataan yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini.
    Cinta saya dah mati terhadapnya namun kehancuran di hati ini sukar di rawat kerana dia bertegas tidak mahu melepaskan saya. Hari-hari yang berlalu amat menyakitkan bila harus berdepan dengannya di rumah. Untuk itu saya banyak mengelakkn diri darinya, dengan mengubati hati mendekatkan diri padaNYA. Saya tahu saya berdosa dengan mengabaikannya tetapi jiwa saya dah mati untuknya….saya sedar ini adalah dugaan dan takdir Allah pada saya…

     
  136. hazwani

    23 Februari 2012 at 11:04 am

    salam ustaz,
    saya dah hampir 9 bulan putus cinta.
    masalah nya, perasaan sakit tu tak hilang2 lagi, mcm baru semalam je dia tinggalkan saya. memang sakit sgt rasanye. memang banyak nasihat yg saye terima, byk buku yg saya baca.
    doa saya xputus, minta dikuatkan hati dan tabah.
    tp perubahan nye turun naik, kadang2 ok, tp sekejap je ok.
    kawan2 cakap saye byk berubah, makin kurus, xceria macam dulu.
    memang dia la yg terbaik pernah saya jumpa setakat ni.
    ustaz ade apa2 cadangan atau tips yang boleh saya amalkan?
    da byk saye cube tips yg saye baca di internet, hasilnye sama je, saye tetap xok.
    memang pernah terfikir nk bunuh diri tu.. tp saya xsggop nak tinggalkan keluarga saye.

     
  137. ajud

    27 Februari 2012 at 2:39 pm

    Terima kasih…
    datang satu perasaan selepas membaca artikel ini…..mencintai seseorang dalam diam walhal kite sedia maklum bahawa dia tidak menyintai kite…..
    benci tapi sayang….
    marah tapi rindu….
    kadang2 sanggup korbankan hati dan perasaan semata2 kerana menyintainya….
    sanggup menangis secara diam2…semuanya kerna dia yg sy cinta…
    sanggup membiarkan diri ini diherdik,disakiti….semuanya kerna dia yg sy cintai dlm diam…..
    sy tau sy bukan utknya…..tp hati sy sering berkata dia yg terbaik utk sy…..semua kerana rasa `cinta`…
    biarpun byk kesalahn yg dah dilakukannya terhadap sy….tp kerna cinta sy sering memaafkan….

    yup, sy insan terpilih….terima kasih ustaz…..
    (menitis air mata ini tatkala menaip ayt terakhir)

     
  138. gentarasa

    29 Februari 2012 at 11:50 am

    Salam hazwani, cinta bukan tuhan. Sangka baik, kita temui orang lain yg lebih baik sebagai ganti. Kalau kita rasa nak bunuh diri, jelas kita bertuhankan manusia. Jangan. Ramai orang yang frust cinta tetapi akhirnya bertemu dengan pasangan yang lebihbaik. Ubat masalah anda ada pada diri andasendiri. Hati2 dengan akidah kita,

     
  139. mdzaidi

    4 Mac 2012 at 1:01 am

    Assalamualaikum..

    terima kasih ustaz di atas artikel yg baik ini.. saya selalu menonton ustaz di tv sbb ustaz byk memberikan keterangan yg mmpu meredakan hati sebahagian orang yg gundah dan kecewa.. mohon share artikel ini ustaz, harapnya ustaz menghalalkan..

     
  140. maz

    5 Mac 2012 at 7:34 pm

    assalam..syukur alhamdulillah…jenuh saya mencari artikel berkenaan putus cinta ini….
    saya mengalami hal ini…subhanallah..memang teruk rasanya..dan hampir putus asa…namun alhamdulillah…Allah masih melindungi saya sebagai hamba Nya yang penuh kekurangan dan cacat celanya….akhirnya saya berjaya tinggalkan kisah cinta berlandaskan nafsu itu..dan kembali mencari cinta yang sebelum ini saya abaikan dan lalaikan…terima kasih ustaz…moga usaha ustaz akan terus dimudahkan oleh Allah s.w.t untuk terus berdakwah dan menaburkan ilmu..amin

     
  141. ruzie

    18 Mac 2012 at 8:36 pm

    ermm saya membaca kisah ini kerana saya kasihankan kawan saya yang sngat frust bercinta…selama 2 bulan hari2 kami bermesej untuk memberi kata-kata smngat kpedanya sehingga smpai satu tahap saya sendiri yang frust untuk memujuknya..dah pelbagai kata peransang saya berikan tapi dia tetap menangisi lelaki yang telah meninggalkan dia…bila saya bukak tenet saya mencri bacaan yang boleh saya postkn kepada dia untuk mengubat hatinya tapi sya rasa sejak dia kecewa dia sudah membuka laman GENTERASA..

     
  142. zaleha

    23 Mac 2012 at 5:29 pm

    saya pun frust bila suami kata tidak cinta pd saya…tpi bg saya ada hikmah atas tiap2 ujian itu…ya allah tabahkanlah hati hambamu ini …kuat la semangat ku untuk terus bersama dengan dia ya allah..

     
  143. naz

    4 Mei 2012 at 1:55 am

    Salam..
    Terimakasih..ataz atikel ney..

     
  144. sumaiyah

    30 Mei 2012 at 8:05 am

    assalamualaikum,

    cinta hakiki ialah cinta kepada Allah.. saya nak itu…..Ya Allah, aku inginkan cintaMU…

     
  145. anna

    1 Jun 2012 at 7:41 pm

    Assalamualaikum,
    Terima kasih ustaz kerana artikel ini benar2 membuka mata sy. Hari ini sy mencari2 artikel untuk org putus cinta kerana hendak menyenangkan hati yg tgh sedih n kecewa.
    Membaca entry ustaz, air mata sy mengalir. Kerana mata hati sy dah tertutup selama ini. Terlalu mengikut perasaan menyintai kekasih sy.
    Sebenarnya dia seorg yg baik, tp sy takut percintaan kami akan menjerumuskan kami ke arah kemaksiatan, kerana sy tidak nampak kesungguhannya memperiterikan sy. Dengan berat hati sy minta dia tinggalkan sy.Sy ingin kembali kepada fitrah manusia, iaitu menyintai penciptanya, ALLAH.
    Sy seorg diri di sini,sebagai perantau. Untuk meminta nasihat kawan, sy tiada teman.
    Sy mencari artikel2 yg baik, artikel ustaz benar2 menenangan.

     
  146. Miz Rinie

    18 Julai 2012 at 8:38 am

    Assalamualaikum,Ustaz…
    Artikel ini betul2 membuat saya terbuka mata dan minda bila membacanya…terima kasih,Ustaz…Penulisan yang sangat baik dan memberi kesan yang mendalam terutama bagi golongan yang pernah putus cinta seperti saya…

     
  147. gadis

    30 September 2012 at 1:35 pm

    assalamualaikum,

    Selama ini saya fikir saya fikir telah menemui lelaki yang terbaik.Tapi sebenarnya saya cuma ditipu,dipermainkan dan dipergunakan dari awal perkenalan lagi.Hati saya hancur bila mengetahui dia sebenarnya dah ada org lain.Ternyata saya cuma membuang masa menunggunya selama ni. Kesetiaan dan kesabaran tidak membawa makna ape2.Tapi segala yang berlaku adalah qada dan qadar Allah, walaupun terlalu pahit untuk ditelan, saya harus menerimanya…

     
  148. Nur

    12 Oktober 2012 at 11:03 am

    Assalamualaikum, ustaz.
    Alhamdulillah Allah telah menemukan saya dengan artikel ini. Sebelum ni saya amt sedih atas apa yang berlaku pada diri saya. Si dia tinggalkan saya setelah menemui orang lain. Hubungan kami agak lama iaitu 8 tahun. kami telah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Tetapi, tiba-tiba dia berubah. Saya berasa amat sedih. Tapi, sekarang alhamdulillah saya agak tenang setelah membaca artikel ustaz yang sangat berguna ini.

    Saya telah melakukan solat istikharah berulang-ulang kali (lebih 3 kali) dan setiap kali selepas solat saya mendapat mimpi yang sama. Saya mimpikan si dia. Tetapi dalam mimpi tersebut si dia bersama orang lain dan bukan saya. Apakah maksud mimpi saya itu ustaz? Tetapi dalam hati saya masih berharap agar hubungan kami dapat diselamatkan. Saya benar-benar keliru sekarang ni ustaz sama ada untuk terus menunggu dia atau sebaliknya. Saya harap agar ustaz dapat memberi sedikit pendapat buat saya.

    (Saya masih mengharap pada si dia agar kembali pada saya kerana si dia masih menghubungi saya dan mengambil berat diri saya-ini yang membuatkan saya lebih keliru)

    Terima kasih.

    Wassalam

     
  149. suhada mohamed

    31 Januari 2013 at 12:20 am

    asalamualaikum ustaz,
    alhamdulillah,terima kasih ats artikel diatas amat bermkna buat sya.yg mngalami masalah ini. dengan adanya artikel ini,dpat memberi pengetahuan bahawa bukan cinta takat disini saja.Mencintai allah melebihi segalanya dan merupakan insan yang terpilih oleh allah.terima kasih mengenai isi kandungn pengisian ckup bermakna membuat sya lebih yakin,tabah dan cekal dalam hadapi semua ni.

     
  150. siti ros

    25 Mei 2013 at 12:40 am

    salam,ya ustaz, sesungguhnya janji Allah itu benar….Dia memisahkan saya dan ex kerna Allah maha mengetahui siapayang terbaik bagi makhluknya…hikmah yang berganda2….alhamdulillah…

     
  151. BAHARUDDIN

    28 September 2013 at 9:07 am

    SALAM USTAZ,sgguh tepat kata2 ustaz memang btl kita putus cinta dengan manusia membuatkan kita menjadi lebih cinta kepada Allah,dan bertambah erat hubungan keluarga,hubungan kawan2 dengan berkongsinya masalah..saya putus cinta dengan kekasih saya baru-baru ni saja..saya dengan dia menjalani hubungan selama 7 tahun ustaz,dan saya berniat baik terhadapnya untuk menjadikan isteri saya dengan menjaga akhlak,cara berpakaian,dan selalu berpesan kepadanya supaya tidak tinggal solat..tetapi setelah dia ke bandar untuk bekrja dia jdi terikut2 budaya bandar,keluar lewat malam,,,,dia yang dulu seorang yang menyayangi saya tetapi akibat tidak teguh pendiriannya,dia mencari lelaki yang berfikiran moden yang dapat memberinya keluar malam dan memahami kehendaknya untuk mencuba segala hiburan di bandar…stelah apa yang berlaku terhadap diri saya dengan meminta nasihat drpd keluarga dan kwn2,saya merasa tenang..dan selepas melihat pengisian ustaz saya sedar saya tidak boleh mengatur hidup saya sendiri dan membuatkan saya lebih cinta Allah….lebih mematangkan diri saya dan selalu berfikir mungkin jodoh yang baik yang sesuai dengan sikap dan diri aku ada di luar sana….tq ustaz ilmu ustaz ni saya akan sebarkan kepada anak murid saya setelah saya bekerja kelak….

     
  152. eyntan

    17 Februari 2014 at 12:49 pm

    AllahHuAkhbar!! sy adalah yg terpilih. .sblum ni sy slalu bepkir utk dekatkn diri dgn Allah. .pd sy hbungan sy dgn dia menjadi penghalang. .krn mksiat. inilah masanye. .harap sy blum terlambat. segala y terjadi ad hikmahnya. .amin.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers

%d bloggers like this: